1. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek
asal dalam Ayat Aktif sebagai unsur yang hendak
diterangkan dalam ayat
• Contoh:
• Ayat Aktif: Zakiah menulis karangan
• Ayat Pasif: Karangan ditulis oleh Zakiah
• Dalam Ayat Aktif: unsur yang hendak
diterangkan ialah Zakiah (subjek)
• Dalam Ayat Pasif: unsur yang hendak
diterangkan ialah karangan (subjek)
2. Apakah objek dalam Ayat Aktif
Objek dalam ayat aktif ialah kata nama yang
mengikuti kata kerja transitif dalam Ayat Aktif
Contoh: Zakiah /menulis /karangan .
Karangan tergolong dalam kata nama
Objek mesti terdiri daripada kata nama
3. OBJEK TEPAT DAN OBJEK SIPI
dalam Ayat Aktif
Objek tepat ialah objek yang mengikuti kata
kerja transitif
Objek sipi ialah objek yang mengikuti objek
tepat
Contoh:
Amalina /menghadiahi /Fatin/ sebuah buku.
Amalina – subjek
Menghadiahi- kata kerja transitif
Fatin- objek tepat
Sebuah buku- objek sipi
4. Ayat Pasif:
• Cara Mempasif Ayat :
• Amalina menghadiahi/ Fatin /sebuah buku.
• Hanya subjek, kata kerja transitif dan objek tepat yang
terlibat semasa mempasif ayat.
• Objek sipi tetap di tempat asal iaitu selepas objek tepat
.
• Fatin dihadiahi Amalina sebuah buku.
• Fatin – subjek
• Dihadiahi- kata kerja pasif
• Amalina menjadi objek tepat.
5. Begitu juga jika selepas objek tepat bukan terdiri
daripada kata nama TETAPI terdiri daripada frasa
adjektif, frasa sendi nama atau frasa kerja.
• Contoh:
1. Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi menangkap bayan dengan mudah sekali.
Ayat Pasif: Bayan ditangkap oleh Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi dengan
mudah sekali.
2. Raja Indera Bumaya menyantap nasi sambil berbual-bual dengan Tuan Puteri
Mandu Kesuma Dewi.
Ayat pasif: Nasi disantap oleh Raja Indera Bumaya sambil berbual-bual dengan
Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi.
3. Raja Baharom Dewa menyerang istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi kerana
terlalu marah akan tuan puteri.
Ayat pasif: Istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi diserang oleh
Raja Baharom Dewi kerana terlalu marah akan
tuan puteri.
6. Ayat Pasif Songsang ialah Ayat Pasif
yang mengalami pendepanan predikat
• Contoh:
• ( subjek diikuti predikat)
• Ayat aktif: Raja Indera Bumaya /memerangi /tentera Raja
Baharom.
• Subjek diikuti predikat
• Ayat Pasif: Tentera Raja Baharom /diperangi oleh /Raja
Indera Buyama.
• Ayat pasif Songsang:
• (PREDIKAT DIIKUTI SUBJEK)
• Diperangi oleh Raja Indera Buyama, tentera Raja Baharom.
7. LATIHAN: Tukarkan Ayat Aktif menjadi Ayat
Pasif, kemudian menjadi Ayat pasif Songsang
1. Tuan Puteri Madu Kesuma Dewi mencintai Raja Indera Buyama.
2. Burung bayan sentiasa memuji-muji Raja Indera Buyama
1. Dayang-dayang menghidangkan sedulang makanan kepada Raja Indera Buyama.
2. Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi mempercayai kata-kata bayan tentang
kebijaksanaan Raja Indera Buyama.
3. Raja Indera Buyama segera meminta bantuan .
4. Pasukan tentera mengepung istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi
( sumber latihan: HIKAYAT LANG LANG BUANA-ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU)