SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  34
Télécharger pour lire hors ligne
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 1
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.
CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah
baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya.
Tak sabar rasanya.
CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.
Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri.
Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari
luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.
AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik
dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk
semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga,
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
(Dipetik daripada drama Berkhidmat Untuk Negara, Affix Zulkarnaen Adam
Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda selain
menyertai PLKN?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan
satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 2
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Objektif PLKN
P1 Menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda / remaja
Malaysia
1
P2 Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional 1
P3 Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni 1
(ii) Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan selain PLKN
P1 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan. 1
P2 Ibu bapa membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah. 1
P3 Kerajaan melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat
patriotik.
1
P4 Media massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan
semangat patriotik.
1
P5 Pihak sekolah / guru menubuhkan Kelab Rukun Negara / Persatuan Sejarah. 1
P6 Kerajaan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun. 1
(iii) Latar masyarakat dalam petikan:
P1 Masyarakat yang sedia berkhidmat untuk negara
Contoh: Cikgu Dahari memuji anak-anak muridnya yang sentiasa berkhidmat
untuk negara kerana mereka teruja untuk menyertai PLKN.
2
P2 Masyarakat yang berpengetahuan / berilmu pengetahuan
Contoh: Cikgu Dahari dapat menjelaskan secara mendalam tujuan dan objektif
PLKN ditubuhkan.
2
P3 Masyarakat yang mempunyai semangat patriotik / cinta akan negara
Contoh: Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah
Tiau dam SUndarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka
terpilih menyertai PLKN
2
Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:
P1 Masyarakat yang kaya
Contoh: Khir Ghazali dan Masnah merupakan golongan yang kaya,
berpengaruh dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
2
P2 Masyarakat yang amanah dan jujur
Contoh: Posmen menghantar surat kepada Aiman dan menyambung tugasnya
menghantar kepada orang lain.
2
P3 Masyarakat yang berpendirian tegas
Contoh: Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman
menyertai PLKN walau dipujuk oleh Aiman dan Masnah.
2
P4 Masyarakat yang sombong dan berfikiran negatif
Contoh: Aiman bongkak akan kekayaan keluarganya dan tidak mempunyai
sikap cinta akan negara kerana tidak mahu menyertai PLKN.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 3
(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan
Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih
terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah
pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah
hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di
tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air
mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi
tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu...,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara
lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di
hospital lain, segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan
dana kepada kelab elit kita. Kita tidak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu
terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.”
(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan
Tuan Besar Musa?
[2 markah]
(ii) Tabung darah di sesebuah hospital sering mengalami masalah kekurangan
darah.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan untuk menggalakkan
orang ramai supaya menderma darah?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 4
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Sebab Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh:
P1 Tuan Besar Musa banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit mereka 1
P2 Tuan Besar Musa seorang dermawan yang prihatin 1
P3 Mereka banyak terhutang budi kepadanya 1
P4 Tuan Besar Musa menaja makan malam tahunan mereka beratus-ratus ribu 1
(ii) Pendapat:
P1 Memperhebat kempen kesedaran tentang kepentingan derma darah. 1
P2 Pihak sekolah memberi didikan kepada murid tentang manfaat derma darah kepada
pihak yang memerlukan.
1
P3 Media massa menyiarkan program atau rencana yang berkaitan dengan kebaikan
derma darah.
1
P4 Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah / memberi
penghargaan kepada penderma darah.
1
P5 Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah.. 1
(iii) Pengajaran dalam petikan:
P1 Kita mestilah cakna terhadap golongan yang memerlukan bantuan.
Contoh: Nusia cakna terhadap pesakit-pesakitnya yang sangat memerlukan darah.
2
P2 Kita hendaklah bertindak adil dalam sesuatu perkara.
Contoh: Nusia tidak puas hati terhadap Profesor Doktor Juadi yang tidak berlaku adil
kepada pesakitnya.
2
P3 Kita haruslah menghargai budi seseorang.
Contoh: Profesor Doktor Juadi sangat menghargai Tuan Besa Musa dan berusaha
memberi rawatan terbaik kepadanya.
2
P4 Kita mestilah bertindak dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh: Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi
mendapatkan bekalan darah untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang
kehabisan stok.
2
Pengajaran dalam cerpen:
P1 Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Contoh: Nusia dengan penuh tanggungjawab telah memasukkan gelafundin ke dalam
saluran darah Solehah untuk menyelamatkannya.
2
P2 Kita mestilah bersedia menderma darah demi menyelamatkan nyawa insan yang
memerlukan.
Contoh: Nusia dan Doktor Murni telah menderma darah di bank darah hospital itu
bagi menampung keperluan bekalan darah yang tidak mencukupi untuk kegunaan
pesakit.
2
P3 Kita hendaklah memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri.
Contoh: Doktor Murni meletakkan jawatannya di hospital itu kerana hospital tersebut
telah mengetepikan nilai kemanusiaan kepada pesakit.
2
P4 Kita hendaklah saling menyayangi sesama insan.
Contoh: Nusia menyayangi pesakitnya dan berusaha memberikan khidmat rawatan
yang terbaik kepada mereka.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 5
(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU)
Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu
agama sayang masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus
hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata
bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya
dengan segala adat resan dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi
nenek moyang sejak zaman berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah
dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mei, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita
yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi
generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang
Mel untuk bermastautin di bandar.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati
diri remaja sekarang?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 6
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Usaha-usaha
P1 Ilmu agama Mel masih kurang 1
P2 Bimbang Mel akan terpengaruh dengan budaya hedonisme dan
modenisme
1
P3 Bahasa ibunda Mel masih lemah 1
(ii) Cara-cara meningkatkan semangat jati diri remaja:
P1 Memperkukuh ilmu agama 1
P2 Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di
sekolah
1
P3 Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian 1
P4 Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum 1
P5 Kempen / program semangat jati diri secara berterusan 1
P6 Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti remaja / anak-anak 1
(iii) Pengajaran dalam petikan:
P1 Kita hendaklah bersungguh memartabatkan bahasa ibunda agar bahasa
ibunda terus kekal dan dituturkan oleh generasi akan datang.
2
P2 Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum
merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus
pemodenan
2
P3 Kita hendaklah mempertahankan agama dan bangsa agar maruah kita
tidak tergadai / tercemar.
2
P4 Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ibu bapa agar kita dapat
hidup bahagia.
2
Pengajaran dalam cerpen:
P1 Kita hendaklah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk
meningkatkan pengetahuan.
2
P2 Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan supaya masa
depan lebih terjamin.
2
P3 Kita janganlah mudah berputus asa apabila menemui kegagalan tetapi
sebaliknya bangkit semula untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
2
P4 Kita hendaklah amanah dalam tugasan yang diberi agar kita dihormati
dan disegani.
2
P5 Kita janganlah melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti terjebak
dengan rasuah, kronisme dan hasad dengki kerana akan mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 7
(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan
Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz
masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras,
tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang
dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel
darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air
mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja,
tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi
pakar-pakar itu...,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.
“Dapatkan di hospital lain, segera.”
(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan keadaan pesakit yang bernama Solehah.
[2 markah]
(ii) Peranan seorang doktor adalah memastikan pesakit dijaga dengan baik.
Andaikan anda seorang doktor, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan
untuk menceriakan pesakit anda?
[3 markah]
(iii) Kita haruslah bertanggungjawab terhadap pesakit.
Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan satu peristiwa yang menunjukkan
pengajaran tersebut dan satu peristiwa lain daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 8
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keadaan Solehah
P1 Tenat 1
P2 Pundi janinnya pecah di ovari 1
P3 Sedang koma 1
(ii) Tindakan untuk menceriakan pesakit:
P1 Memberikan rawatan yang terbaik. 1
P2 Memberikan kata-kata motivasi / positif 1
P3 Bercakap dengan suara yang lemah / tidak garang 1
P4 Mengambil hati pesakit / beri hadiah / cenderahati 1
(iii) Peristiwa dalam petikan:
P1 Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni
mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan
segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah
kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan
2
Peristiwa dalam cerpen:
P1 Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek
darah untuk menyelamatkan Solehah dan al-Hafiz kerana
mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga, agama dan negara.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 9
(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DOKTOR : (sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum.
Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah
“Sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya.
(Beralih kepada AZMIR). Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari
Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan
yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?
AZMIR : (Kelihatan takut dan tiba-tiba semacam orang bodoh). Saya tidak mahu
pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini.
DOKTOR : Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas
itu, Encik Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik
bubuh ubat dulu, OK?
(Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia
meronta-ronta tidak mahu pergi).
AZMIR : Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di
tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan
cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka
manis, tapi dalam hati mereka jahat.
(Arif dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada Azmir)
(Dipetik daripada Bukan Gila, Sharif Shaary
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Azmir kelihatan ketakutan dan
meronta-ronta?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk
menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
persoalan yang lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 10
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-ronta kerana:
P1 Dia tidak mahu pulang. 1
P2 Dia rasa bahagia berehat di sini. 1
P3 Dia takut dikurung di tempat yang tiada kesejahteraan. 1
(ii) Tindakan:
P1 Peranan semua guru khususnya guru kaunseling untuk mengenal pasti murid-
murid yang murung dengan memberikan rawatan awal.
1
P2 Mengelakkan kes buli dalam kalangan murid. 1
P3 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah yang melibatkan kes
kemurungan.
1
P4 Memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat. 1
P5 Menyarankan ibu bapa supaya membekalkan anak-anak dengan makanan
berkhasiat.
1
P6 Menggalakkan murid-murid terlibat dengan kegiatan kokurikulum /
perkhemahan / aktiviti koakedemik / bersukan.
1
(iii) Persoalan dalam petikan:
P1 Persoalan kesakitan membawa penderitaan.
Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.
2
P2 Persoalan dunia ibarat pentas lakonan.
Contoh: Dalam kehidupan di dunia ini manusia ialah pelakonnya yang mampu
membawa pelbagai watak dalam kehidupan.
2
Persoalan dalam cerpen:
P1 Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu
dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling.
Contoh: Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza
tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding dengan
orang lain.
2
P2 Persoalan kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan.
2
P3 Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan
dalam menghadapi cabaran hidup.
Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan
kekasih hati.
2
P4 Persoalan keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh: tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
mengetahui latar belakang hidup Azmir.
2
P5 Persoalan setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu.
Contoh: Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
memicit-micit kepalanya.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 11
(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah
hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit.
Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir
dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan
perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan
rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa
dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada
wajah hari.
(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istabul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di
negara kita?
[2 markah]
(ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan
rakyat Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 12
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Kesan sistem pecah dan perintah:
P1 Bernanahlah prasangka buruk 1
P2 Tragedi sengketa / rusuhan kaum antara warga kota 1
P3 Mencetuskan huru-hara kepada negara 1
(ii) Langkah-langkah mengelakkan sejarah hitam berulang:
P1 Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum 1
P2 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum 1
P3 Pemimpin jangan memainkan fahaman politik 1
P4 Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan. 1
(iii) Persoalan dalam petikan:
P1 Kesan penjajahan kepada tanah air / negara
Contoh: Sistem pecah dan perintah menyebabkan perbezaan fahaman,
bahasa dan budaya
2
Persoalan dalam cerpen:
P1 Pesanan ibu terhadap anak
Contoh: Bonda berpesan kepada anaknya agar mempunyai pegangan agama
dan memartabatkan bahasa Melayu jika ke bandar.
2
P2 Taat kepada ibu
Contoh: Mel sanggup menundakan impiannya ke bandar setelah dinasihati
oleh bondanya.
2
P3 Kepentingan pegangan agama dan bahasa ibunda
Contoh: kedua-duanya merupakan maruah bangsa dan agama.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 13
(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir
senyuman lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi
akal untuk berfikir secara rasional dan matang, berbeza daripada haiwan. Kebanggaannya
kian menguntum dan terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan.
“Objek yang terlambung di udara pasti akan jatuh ke bumi kecuali tersangkut di
dahanan utuh ataupun reranting teguh.” Ketawa berderai meriuhkan suasana kelas.
Perlahan-lahan Aiman bangun. “Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat
menetapkan kedekatan bulan dengan bumi.”
“Maksudnya?” Satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah, yang
menggelari dirinya profesor, kerana yang didepaninya murid pintar dan mempunyai IQ yang
tinggi.
“Alam semesta sebaik-baik kejadian pada sisi Allah Taala.” Riuh gemuruh terus
berterusan menyambut jawapan ringkasnya.
Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang nampaknya
macam tidak terkawal, tidak terbatal. Sedar akan hakikat itu, cepat-cepat Aiman
membetulkan jawapannya.
(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud di sebalik nama Aiman Aqil?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah insentif-insentif yang boleh diberikan untuk
mengembangkan potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 14
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud di sebalik nama Aiman Aqil
P1 Insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang. 1
(ii) Insentif-insentif untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik
P1 Menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara. 1
P2 Memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti
terkemuka di dalam dan luar negara.
1
P3 Memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. 1
P4 Menawarkan laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih
awal (lompat kelas)
1
(iii) Persoalan dalam petikan:
P1 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bangga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut
mempunyai makna yang terbaik.
2
P2 Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari
wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya.
2
P3 Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak serius memberikan respons terhadap soalan
Cikgu Faridah telah menyebabkan Cikgu Faridah naik marah.
2
Persoalan dalam cerpen:
P1 Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana
lambat menyelesaikan tugasan Matematik.
2
P2 Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.
2
P3 Persoalan ketegasan guru dalam mendidik pelajar
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana
mengganggu rakan-rakan.
2
P4 Persoalan kasih sayang seorang ibu
Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh
ayahnya.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 15
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku
yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin.
Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian
mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak pasti sama
ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak, atau
warna kasutnya.
Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu
piring cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke
dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati
berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik
daripada nasib wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam
kamera sedangkan wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari
kewujudannya.
Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg
plastik hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik.
“Black market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel
tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak
berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. “Perfume. Wallet. Jacket.
Please!”
(Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang, Maskiah Haji Masrom
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 16
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan
tersebut.
P1 Memakai pakaian hanya kain kapas nipis 1
P2 Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan 1
P3 Memakai kasut yang bahagian hujungnya koyak dan berstoking lusuh 1
P4 Figura hidup yang tidak disedari kewujudannya 1
(ii) Langkah-langkah pihak kerajaan
P1 Menyediakan rumah / tempat penginapan 1
P2 Memberikan pekerjaan yang sesuai 1
P3 Memberikan bantuan perubatan / makanan 1
P4 Memberikan bantuan kewangan 1
(iii) Persoalan dalam petikan:
P1 Persoalan tentang kemiskinan hidup warga emas
Contoh: Wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak serta
berstoking lusuh dalam cuaca yang amat dingin, menyara hidup dengan
menjual makanan burung.
2
P2 Persoalan tentang pasaran gelap
Contoh: Seorang pemuda datang menghampiri penulis dan bertanyakan sama
ada ingin membeli Perfume, Wallet, Jacket sambil berkata ”Black market, black
market. Good price.”
2
Persoalan dalam cerpen:
P1 Persoalan perasaan prihatin terhadap kehidupan haiwan liar.
Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi
korban kerana kulitnya.
2
P2 Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama
dan negara.
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya.
2
P3 Persoalan kepandaian sikap puji-memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh: Masyarakat Turki memang panda memuji pelanggannya demi
melariskan jualan.
2
P4 Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh: Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang
akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 17
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja
membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank.
Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah
yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak
ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”
Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan
antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama
menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak
bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk.”
“Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah
muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain
mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara.
Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.
(Dipetik daripada Kaduk Ayam dan Raja, Zurinah Hassan
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya,
Kaduk.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim
untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 18
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk ialah:
P1 Mereka sama-sama membela ayam. 1
P2 Mereka sama-sama menggadai tanah. 1
P3 Mereka sama-sama di bawah cengkaman orang berkuasa. 1
(ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah
P1 Mengutamakan pembayaran hutang berbanding keperluan lain. 1
P2 Membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan. 1
P3 Berbincang semula dengan pihak peminjam untuk memanjangkan tempoh
bayaran.
1
P4 Mendapatkan khidmat nasihat agensi kewangan. 1
P5 Meminta nasihat dan bantuan ahli keluarga / rakan. 1
(iii) Latar masyarakat dalam petikan:
P1 Latar masyarakat yang dibebani hutang
Contoh: Hakim terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk meneruskan
kerja-kerja menternak ayamnya.
2
P2 Latar masyarakat yang menindas golongan yang lemah.
Contoh: Pihak bank telah merampas tanah Hakim tidak ubah seperti Raja
merampas tanah datuk Hakim dahulu
2
Latar masyarakat dalam cerpen:
P1 Latar masyarakat yang suka membantu orang lain
Contoh: Azam telah membantu Hakim mendapatkan tanah Pak Kaduk iaitu
datuk Hakim yang terlepas ke tangan Raja suatu masa dahulu.
2
P2 Latar masyarakat yang setia kawan
Contoh: Azam sahabat Hakim sentiasa menyokong tindakan Hakim untuk
mencapai cita-citanya untuk menjadi penternak ayam yang berjaya.
2
P3 Latar masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.
Contoh: Hakim terus bersabar dan tabah menghadapi masalah dalam
mengusahakan reban ternakan ayamnya seperti masalah bayaran hutang,
masalah upah, untung sedikit dan sebagainya.
2
P4 Latar masyarakat yang bertanggungjawab kepada keluarga
Contoh: Hakim bertanggungjawab menebus kembali tanah datuknya kerana
menganggap datuknya telah teraniaya.
2
P5 Latar masyarakat yang terpelajar
Contoh: Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak menolong
Hakim mendapatkan kembali haknya melalui proses perundangan mahkamah.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 19
(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo dan
estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang seraangan Jepun
mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.
Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau
dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa
ke rumahnya. Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi
anak angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam
Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan.
“Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda.
Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Imam Ngah Deraman.
Di surau, terutama, pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibrahim Sigap, Imam
Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.
(Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil semasa penduduk kampung
menghadapi kesulitan hidup pada zaman Jepun?
[2 markah]
(ii) Selain bercakap dalam bahasa Melayu, Ahmad Mutawakkil juga pandai
berbahasa Inggeris.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedahnya jika kita menguasai lebih
daripada satu bahasa?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 20
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil
P1 Menjadi anak angkat Imam Ngah Deraman 1
P2 Kerap menghilang 1
(ii) Faedah
P1 Menambahkan / meluaskan ilmu pengetahuan 1
P2 Mudah berhubung / berkomunikasi dengan orang lain 1
P3 Meningkatkan keyakinan ketika berada di khalayak 1
P4 Mudah mencari / memahami maklumat daripada sumber lain 1
P5 Boleh menjadi sumber pendapatan / pengacara / penterjemah / guru 1
(iii) Pengajaran dalam petikan:
P1 kita hendaklah bersikap prihatin terhadap nasib anak yatim.
Contoh: Imam Ngah Deraman telah mengambil Ahmad Mutawakkil yang telah
kematian ayah sebagai anak angkatnya.
2
P2 Kita perlulah gigih untuk mempelajari sesuatu perkara.
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar menulis dan bercakap dalam bahasa
Inggeris daripada anak Tuan Booth.
2
Pengajaran dalam cerpen:
P1 Kita perlulah mempunyai semangat patriotik dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil meniupkan semangat patriotik melalui ceramah
dan tulisannya di dalam akhbar.
2
P2 Kita mestilah berani untuk memperjuangkan hak.
Contoh: Ahmad Mutawakkil dengan suara lantang mengkritik perjuangan
komunis tanpa memikirkan keselamatan dirinya.
2
P3 Kita haruslah menyayangi ahli keluarga serta memastikan keselamatannya.
Contoh: Tuan Booth menyayangi keluarganya dan telah menghantar mereka
pulang ke England seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.
2
P4 Kita perlulah mengamalkan nilai hormat-menghormati sesama jiran tetangga.
Contoh: Tuan Booth dan isterinya menghormati adat resam masyarakat
kampung, contohnya meraikan pasangan pengantin baharu di banglo /
estetnya.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 21
(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90
darjah tepat.
Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati
mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan
protes dalam hati.
Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada
lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan
terungkai.
Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi
futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.
Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah
pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan.
Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.
Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok
kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam
dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.
(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dibayangkan oleh
Aiman Aqil?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak
sekolah bagi menangani masalah ponteng?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 22
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil
P1 Lulus pengajian tinggi 1
P2 Mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa 1
P3 Takah usia dianjakkan sedekad ke hadapan 1
P4 Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya 1
(ii) Perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah:
P1 Guru-guru memberi kesedaran tenang keburukan ponteng / kepentingan datang ke
sekolah.
1
P2 Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa / PIBG memantau lokasi-lokasi
yang menjadi tempat pelajar ponteng.
1
P3 Guru / kaunselor berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan
khidmat kaunseling.
1
P4 Pihak sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid. 1
P5 Guru memastikan P&P menarik dan berkesan. 1
P6 Pihak sekolah mempelbagaikan / mengaktifkan aktiviti kokurikulum. 1
P7 Memberi ganjaran / hadiah kepada pelajar yang sifar ponteng 1
P8 Mengamalkan konsep sekolah penyayang 1
P9 Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif 1
(iii) Persoalan dalam petikan:
P1 Persoalan kasih sayang seorang ibu
Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.
2
P2 Persoalan tanggungjawab ibu bapa mendidik anak
Contoh: Ayah merotan Aiman Aqil kerana ponteng sekolah.
2
Persoalan dalam cerpen:
P1 Persoalan adab menuntut ilmu
Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus dalam kelas Cikgu Faridah menyebabkan
cikgu hilang sabar.
2
P2 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh: Aiman Aqil bangga dengan namanya yang mempunyai makna yang baik.
2
P3 Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapan apabila menyedari wajah Cikgu
Faridah berubah dengan jawapan yang diberikannya.
2
P4 Persoalan kepentingan mempunyai prinsip hidup
Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang
hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.
2
P5 Persoalan ketegasan guru dalam mendidik
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu
rakan-rakan.
2
P6 Persoalan sikap memandang rendah terhadap orang lain
Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat
menyelesaikan tugasan Matematik.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 23
(PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sekalipun secara terbuka Ahmad Mutawakkil berjuang menentang Inggeris, dia tetap akrab dan
mesra dengan keluarga Tuan Booth yang kembali ke estet sebaik-baik saja Jepun kalah.
“Saya suka pemuda yang berani,” kata Tuan Booth. “Sekarang,” kata Orang Putih itu lagi,
“di mana-mana, orang Melayu sudah lawan Inggeris, dan Ahmad Mutawakkil nasionalis Melayu
paling muda.”
Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tidak lagi terperap di estet. Pada setiap
petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual,
bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali,
sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya.
“Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth
ikhlas nak berbaik-baik.”
Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman
dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama
Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati
Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan
persahabatan.”
(Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu.
[2 markah]
(ii) Negara kita pernah dijajah oleh kuasa asing beberapa kali.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara
kita dijajah oleh kuasa asing semula?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 24
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu
P1 Orang Melayu berbudi bahasa 1
P2 Hati Melayu tidak pandai / tidak mengerti bermusuhan 1
P3 Hati Melayu penuh dengan persahabatan / hati Melayu gemar akan persahabatan. 2
(ii) Untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula
P1 Kerajaan menyediakan pertahanan negara yang kuat daripada ancaman musuh 1
P2 Rakyat perlu mengekalkan perpaduan / saling menghormati antara kaum. 1
P3 Rakyat rela / bersedia menyumbang tenaga demi keselamatan negara. 1
P4 Pihak sekolah menanam / menyemai semangat cinta akan negara kepada para
pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran / kokurikulum.
1
P5 Kerajaan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. 1
(iii) Persoalan dalam petikan:
P1 Persoalan keberanian seorang anak muda dalam menyuarakan pendapat
Contoh: Ahmad Mutawakkil yang berani menyuarakan pendapat walaupun dia masih
muda.
2
P2 Persoalan kehidupan masyarakat yang saling menghormati
Contoh: Walaupun Tuan Booth berbangsa Inggeris, dia tetap bercampur gaul dengan
masyarakat kampung di surau pada setiap petang.
2
P3 Persoalan sikap rasional sebelum bertindak
Contoh: Ahmad Mutawakkil menjelaskan bahawa orang kampung patut berbaik-baik
dengan Tuan Booth walaupun mereka berlainan bangsa.
2
Persoalan dalam cerpen:
P1 Persoalan kasih sayang terhadap keluarga
Contoh: Tuan Booth yang amat menyayangi ahli keluarga bertindak membawa
mereka berpindah seminggu sebelum kemaraan Jepun di Tanah Melayu.
2
P2 Persoalan kerjasama yang erat dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat kampung penulis bekerjasama mencari dan menjejaki
kehilangan Ahmad Mutawakkil.
2
P3 Persoalan ketabahan dalam mengharungi kesulitan
Contoh: penduduk kampung tabah mengharungi dugaan dan kesengsaraan semasa
pendudukan Jepun dan Parti Komunis Malaya yang mengganas semasa zaman
perang dahulu.
2
P4 Persoalan semangat patriotik yang tinggi
Contoh: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersama-sama berjuang untuk
memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris dan anasir komunis.
2
P5 Persoalan cinta yang mendalam
Contoh: Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil sehingga sanggup kembali
semula ke banglo peninggalan bapanya setahun selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
2
P6 Persoalan kekejaman pihak pengganas terhadap masyarakat
Contoh: Serangan maut pengganas komunis telah mengorbankan tiga orang
pengurus berbangsa Inggeris dalam serangan berkembar di Estet Emphili dan di
Estet Sungai Siput.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 25
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangkaku yang remuk, salur darah di ruang
foraks, memancut bagai paip bocor.
Di katil nombor empat, gadis malang kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang
berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu
hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah.
Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi.
“Hanya lima pek darah untuk lima orang yang sedang koma. Prognosisnya yang baik,
kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.”
“Tapi darah ini untuk Tuan Besar Muda.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat.
Anak mataku bulat penuh. “Hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang
merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.”
“Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?”
“Saya rela menerima herdiknya.”
Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Lima pek darah sejuk telah berada di
tangan. Tarikan nafas Solehah, mampu menyusukan anak keenam, kelima-lima yang lain
pula, gagah memanjat tangga sekolah. Denyutan jantung mahasiswa leukemia mampu
menyudahkan tesis. Sinar mata al-Hafiz, ketujuh-tujuh anak masih belum yatim, beratus-
ratus tahfiz kecil. Boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran.
Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi.
(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk
menyelamatkan pesakit?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah peribadi seorang doktor yang terpuji?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 26
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Tindakan yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit
P1 Melangkah meninggalkan wad unit rawatan rapi 1
P2 Meminta lima pek darah daripada juruteknik makmal untuk kegunaan enam
orang pesakit yang sedang koma
1
(ii) Sumbangan yang boleh dilakukan oleh seorang doktor untuk pesakitnya
P1 Perlu merawat pesakit tanpa mengira kedudukan dan status 1
P2 Bekerja dengan jujur dan bertanggungjawab 1
P3 Mendahulukan keperluan pesakit melebihi keperluan peribadi 1
P4 Mendahulukan pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan 1
P5 Sentiasa bersikap belas terhadap orang yang memerlukan rawatan 1
(iii) Pengajaran dalam petikan:
P1 Kita perlulah bersikap baik hati terutama kepada orang yang dalam kesusahan.
Contoh: Nusia mengambil lima pek darah daripada juruteknik untuk diberikan
kepada pesakit yang lebih memerlukannya.
2
Pengajaran dalam cerpen:
P1 Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.
Contoh: Tindakan Doktor Murni yang meletakkan jawatan kerana ingin menjadi
doktor yang berperikemanusiaan dapat membantu menyelamatkan pesakit
yang memerlukan rawatan yang rapi dan sempurna.
2
P2 Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.
Contoh: Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira
pangkat.
2
P3 Kita perlulah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
Contoh: Nusia bersimpati dan menitiskan air mata apabila melihat penderitaan
yang ditanggung oleh Solehah.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 27
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.
“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat,
padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan
Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih
terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah
pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah
hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di
tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air
mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi
tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu
...,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.
“Dapatkan di hospital lain; segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan keluhan hati Nusia ketika berhadapan dengan Solehah?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan jika masyarakat enggan menderma darah?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 28
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Keluhan hati Nusia
P1 Hidup yang ditentukan oleh manusia ini tidak pernah adil. 1
P2 Solehah hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan 1
P 3 Tuan Besar Musa itu diberikan darah walaupun tubuhnya tidak dapat
menerima darah yang diberikan.
1
(ii) Kesan
P1 Tidak dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan / pesakit 1
P2 Operasi pembedahan tidak dapat dijalankan dengan lancar. 1
P3 Peluang hidup untuk pesakit leukemia, barah, jantung, pesakit hati / pesakit
penyakit lain tipis.
1
P4 Bekalan darah negara terjejas. 1
(iii) Pengajaran dalam petikan:
P1 Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Contoh: Nusia menjalankan tugasnya sebagai jururawat dengan dedikasi.
2
P2 Kita hendaklah bersikap adil sesama manusia.
Contoh: Nusia melayan pesakit-pesakit di wad itu dengan sama rata.
2
P3 Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang ditimpa nasib malang.
Contoh: Nusia bersimpati terhadap semua pesakit malang di wad itu.
2
Pengajaran dalam cerpen:
P1 Kita hendaklah bersikap bijak dalam membuat keputusan.
Contoh: Nusia tidak suka menyalahkan takdir atas sesuatu kesilapan dalam
membuat keputusan.
2
P2 Kita mestilah berani menanggung risiko demi nyawa orang yang kritikal.
Contoh: Nusia mengambil darah dari bank tanpa persetujuan Profesor Doktor
Juaidi untuk menyelamatkan pesakit yang koma di wad itu.
2
P3 Kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Contoh: Nusia dan Doktor Murni sama-sama menderma darah untuk menolong
dan menyelamatkan nyawa pesakit yang koma.
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 29
(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Profesor Doktor Juaidi muncul, mukanya cemas berpeluh. “Tingkatan adrenalina, dopamin, atropina.”
“Sudah ke maksimum, Prof.”
Troli penyelamat diheret ke sisi, defibrilator menggetarkan jantung mengalirkan kuasa 20 Joule.
Tubuh lelaki tua yang bermulut hamis dek minuman keras terketar-ketar sebelum kaku semula di katil.
Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok penyimpan
atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong sampah. Dua jam lalu
pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa.
“Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan RM100 ribu.
Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut
Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana perginya lima pek darah yang saya
tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suara memetir.
“Prof.”
Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat peletakan jawatan saya.
Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di
hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”
Profesor Doktor Juaidi ternganga.
Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah daripada
awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam Unit Rawatan Rapi
kecuali Profesor Doktor Juaidi.”
(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang mendorong Doktor Murni meletakkan jawatannya?
[2 markah]
(ii) Dalam mengejar kemewahan, manusia sanggup mengetepikan soal kemanusiaan dalam
kehidupan.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Doktor Murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 30
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Perkara yang mendorong Doktor Murni meletakkan jawatannya ialah
P1 Ingin menjadi doktor kemanusiaan. 1
P2 Yakin dapat berkhidmat dengan baik di hospital lain. 1
(ii) Cara menerapkan nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat ialah
P1 Didikan ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil 1
P2 Penerapan nilai kemanusiaan melalui sistem pendidikan 1
P3 Kempen memperjuangkan nilai kemanusiaan 1
P4 Media massa memaparkan dokumentari atau rencana mengenai kepentingan
nilai kemanusiaan.
1
P5 Pemimpin menunjukkan contoh perjuangan nilai kemanusiaan. 1
(iii) Perwatakan Doktor Murni dalam petikan:
P1 Seorang yang rasional dalam membuat tindakan / berpendirian tegas.
Contoh: Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana yakin bahawa ada
hospital lain yang akan mendapatkan khidmatnya.
2
P2 Seorang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Contoh: Doktor Murni bersedia untuk menderma darah untuk menyelamatkan
pesakit yang memerlukan darah di hospital tersebut.
2
P3 Seorang yang mementingkan aspek kemanusiaan.
Contoh: Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati
dengan kaedah rawatan untuk pesakit lain di hospital tersebut.
2
Perwatakan Doktor Murni dalam cerpen:
P1 Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Doktor Murni memaklumkan bahawa Profesor Doktor Juaidi mengenai
bekalan darah di hospital itu telah kehabisan stok.
2
P2 Seorang yang bersifat tenang ketika merawat pesakit.
Contoh: Doktor Murni menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika
merawat Tuan Besar
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 31
(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah
buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak gambar dengan
menggunakan kamera digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana
harga buku biasanya mahal. Sebenarnya, setiap kali berpergian, aku berpeluang
mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari hotel, biasanya aku memperoleh
botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen, pensel, uncang teh, uncang
gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut.
Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol air mineral,
pembungkus coklat, pembungkus gula- gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium, beg
plastik, dan baki duit syiling negara luar, kedalam kategori cenderamata.
Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih
ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak
dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar
sendiri dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau
tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka.
(Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Maskiah Haji Masrom
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Islanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan, apakah barang yang dikumpul oleh penulis untuk dijadikan
cenderamata?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan nama negara dalam
bidang pelancongan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 32
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Barang yang dikumpul oleh penulis
P1 Beberapa buku, gambar, syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar,
pen, pensel, uncang teh, uncang gula, alat pengilap kasut.
1
(ii) Cara untuk menaikkan nama negara
P1 Meningkatkan perpaduan 1
P2 Tambah baik infrastruktur 1
P3 Tahun melawat Malaysia 1
P4 Jaringan pengangkutan 1
(iii) Pengajaran dalam petikan:
P1 Perbelanjaan berhemah
Contoh: sentiasa berhati hati.....
2
Pengajaran dalam cerpen:
P1 Mencintai binatang
Contoh:
2
P2 Berfikiran rasional
Contoh:
2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 33
(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN)
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat potensi yang ada dalam
bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut peluang ini, terutama ribuan siswazah
Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam
Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh
sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda
untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.”
Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya untuk memajukan
tanah yang ditebusnya. Dia juga berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh teladan kepada orang yang
seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek
pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin.
Hakim perlu membina sebuah teban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan
meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.
Wang simpanannya hampir habis di situ.
Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan peralatan memberi
makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk
berbincang tentang pinjaman projek pertanian. Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya
pinjaman diluluskan. Pinjaman sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah
Pak Kaduk yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup campur
tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan itu terbinalah sebuah reban
yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.
Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani moden merangkap
anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke arah penambahan pengeluaran
makanan negara.
(Dipetik daripada Kaduk, Ayam dan Raja, Zurinah Hassan
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Islanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada bank?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah sumbangan sektor pertanian kepada negara?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS
Halaman 34
SKEMA JAWAPAN
SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada
bank ialah
P1 Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang
pinjaman projek pertanian
1
P2 Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman
diluluskan.
1
P3 Meminta pertolongan daripada Yang Berhormat supaya campur tangan dan
memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya.
1
(ii) Pada pendapat saya, sumbangan sektor pertanian kepada negara ialah
P1 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk 1
P2 Sumber pendapatan negara melalui eksport hasil pertanian 1
P3 Pertumbuhan industri hiliran 1
P4 Sumber bahan mentah untuk keperluan industri 1
P5 Dapat mengekalkan kepentingan alam sekitar melalui pertanian mesra alam 1
P6 Sumber makanan penduduk negara 1
P7 Meningkatkan kemajuan perhubungan dan pengangkutan 1
P8 Dapat mewujudkan bandar-bandar baharu 1
(iii) Nilai murni dalam petikan:
P1 Nilai tolong-menolong
Contoh: Bank memberi pertolongan kepada Hakim untuk mendapatkan
pinjaman.
2
P2 Nilai bekerjasama
Contoh: Yang Berhormat memberi kerjasama kepada Hakim untuk
mendapatkan kelulusan bank.
2
P3 Nilai kegigihan
Contoh: Hakim berani menceburkan dalam usahawan walaupun banyak risiko.
2
Nilai dalam cerpen:
P1 Nilai ketabahan
Contoh: Hakim tabah menghadapi dugaan dalam usaha menternak ayam
walaupun dia dikelilingi oleh hutang.
2
P2 Nilai kesyukuran
Contoh: Hakim bersyukur kerana dia berjaya memperoleh kembali harta
datuknya.
2
P3 Nilai rasional
Contoh: Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran mahkamah.
2
P4 Nilai keadilan
Contoh: Mahkamah bertindak adil mengembalikan hak Hakim.
2
P5 Nilai baik hati
Contoh: Azam sangat baik hati terhadap Hakim.
2

Contenu connexe

Tendances

Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuYanti Nazirah
 
Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017sarina said
 
Amalan menabung
Amalan menabungAmalan menabung
Amalan menabungwong jowo
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Mak Winson
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)Bong Shuying
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifTuty Erahayu
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaKementerian Pelajaran Malaysia
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 Fasyah Tutor
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac51c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5Hanif Hamid
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraSiti Aishah
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUTeh Boon Siang
 

Tendances (20)

Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
 
Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017
 
Amalan menabung
Amalan menabungAmalan menabung
Amalan menabung
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2Perancangan memajukan ekonomi negara 2
Perancangan memajukan ekonomi negara 2
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif
 
Sajak merdeka
Sajak merdekaSajak merdeka
Sajak merdeka
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac51c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
1c8fe30e2c80b139865f4802dc8e6ac5
 
Peribahasa bergambar1
Peribahasa bergambar1Peribahasa bergambar1
Peribahasa bergambar1
 
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negaraPidato perpaduan asas keharmonian negara
Pidato perpaduan asas keharmonian negara
 
P&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsaP&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsa
 
Esei diraja
Esei dirajaEsei diraja
Esei diraja
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
 

Similaire à Komsas soalan 2 (b)

Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Faizul Hafiz
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Tuisyen Geliga
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016ruzi Idris
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganbkgkmuc
 
Sesi 1 UN BINA 14-15.pdf
Sesi 1 UN BINA 14-15.pdfSesi 1 UN BINA 14-15.pdf
Sesi 1 UN BINA 14-15.pdfPanjiIrfan
 
Sesi 1 UN BINA 14-15
Sesi 1 UN BINA 14-15Sesi 1 UN BINA 14-15
Sesi 1 UN BINA 14-15ekraisira
 
Makalah program pemberantasan buta aksara
Makalah program pemberantasan buta aksaraMakalah program pemberantasan buta aksara
Makalah program pemberantasan buta aksaraMuhammad Viddin
 
Soalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjunSoalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjunkathir resan
 
Pre bahasaindonesia un_smp_2012
Pre bahasaindonesia un_smp_2012Pre bahasaindonesia un_smp_2012
Pre bahasaindonesia un_smp_2012Irviana Rozi
 
0.2 wasbang peb 2018 syaifullah
0.2 wasbang peb 2018 syaifullah0.2 wasbang peb 2018 syaifullah
0.2 wasbang peb 2018 syaifullahBang Iful
 
Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017
Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017
Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017agussarkawi
 
Peranan pendidikan
Peranan pendidikanPeranan pendidikan
Peranan pendidikanabbas usn
 
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdfBank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdfFrexian Vistano
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaMuhammad Nazri
 
Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020
Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020
Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020LAZNas Chevron
 

Similaire à Komsas soalan 2 (b) (20)

Soal um 2015
Soal um 2015Soal um 2015
Soal um 2015
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4
 
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
Kertas Percubaan SPM BM Perlis 2017
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Sesi 1 UN BINA 14-15.pdf
Sesi 1 UN BINA 14-15.pdfSesi 1 UN BINA 14-15.pdf
Sesi 1 UN BINA 14-15.pdf
 
Sesi 1 UN BINA 14-15
Sesi 1 UN BINA 14-15Sesi 1 UN BINA 14-15
Sesi 1 UN BINA 14-15
 
Makalah program pemberantasan buta aksara
Makalah program pemberantasan buta aksaraMakalah program pemberantasan buta aksara
Makalah program pemberantasan buta aksara
 
Soalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjunSoalan 3.docx arjun
Soalan 3.docx arjun
 
Pre bahasaindonesia un_smp_2012
Pre bahasaindonesia un_smp_2012Pre bahasaindonesia un_smp_2012
Pre bahasaindonesia un_smp_2012
 
Complete falsafah
Complete falsafahComplete falsafah
Complete falsafah
 
0.2 wasbang peb 2018 syaifullah
0.2 wasbang peb 2018 syaifullah0.2 wasbang peb 2018 syaifullah
0.2 wasbang peb 2018 syaifullah
 
Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017
Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017
Soal to mkks bahasa indonesia 2016 2017
 
Peranan pendidikan
Peranan pendidikanPeranan pendidikan
Peranan pendidikan
 
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdfBank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
 
Soal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesiaSoal smp bahasaindonesia
Soal smp bahasaindonesia
 
Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020
Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020
Monthly Report LAZNas Chevron Edisi Agustus 2020
 

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia

Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 

Dernier

KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxKaista Glow
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxHansTobing
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 

Dernier (20)

KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 

Komsas soalan 2 (b)

  • 1. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 1 (PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu. CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN? NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. (Dipetik daripada drama Berkhidmat Untuk Negara, Affix Zulkarnaen Adam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda selain menyertai PLKN? [3 markah] (iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]
  • 2. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 2 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Objektif PLKN P1 Menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda / remaja Malaysia 1 P2 Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional 1 P3 Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni 1 (ii) Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan selain PLKN P1 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan. 1 P2 Ibu bapa membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah. 1 P3 Kerajaan melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat patriotik. 1 P4 Media massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan semangat patriotik. 1 P5 Pihak sekolah / guru menubuhkan Kelab Rukun Negara / Persatuan Sejarah. 1 P6 Kerajaan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun. 1 (iii) Latar masyarakat dalam petikan: P1 Masyarakat yang sedia berkhidmat untuk negara Contoh: Cikgu Dahari memuji anak-anak muridnya yang sentiasa berkhidmat untuk negara kerana mereka teruja untuk menyertai PLKN. 2 P2 Masyarakat yang berpengetahuan / berilmu pengetahuan Contoh: Cikgu Dahari dapat menjelaskan secara mendalam tujuan dan objektif PLKN ditubuhkan. 2 P3 Masyarakat yang mempunyai semangat patriotik / cinta akan negara Contoh: Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau dam SUndarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih menyertai PLKN 2 Latar masyarakat dalam keseluruhan drama: P1 Masyarakat yang kaya Contoh: Khir Ghazali dan Masnah merupakan golongan yang kaya, berpengaruh dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. 2 P2 Masyarakat yang amanah dan jujur Contoh: Posmen menghantar surat kepada Aiman dan menyambung tugasnya menghantar kepada orang lain. 2 P3 Masyarakat yang berpendirian tegas Contoh: Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walau dipujuk oleh Aiman dan Masnah. 2 P4 Masyarakat yang sombong dan berfikiran negatif Contoh: Aiman bongkak akan kekayaan keluarganya dan tidak mempunyai sikap cinta akan negara kerana tidak mahu menyertai PLKN. 2
  • 3. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 3 (PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu...,” sebak menyendat di dadanya. “Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain, segera.” Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri. “Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tidak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.” (Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan Tuan Besar Musa? [2 markah] (ii) Tabung darah di sesebuah hospital sering mengalami masalah kekurangan darah. Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan untuk menggalakkan orang ramai supaya menderma darah? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 4. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 4 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Sebab Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh: P1 Tuan Besar Musa banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit mereka 1 P2 Tuan Besar Musa seorang dermawan yang prihatin 1 P3 Mereka banyak terhutang budi kepadanya 1 P4 Tuan Besar Musa menaja makan malam tahunan mereka beratus-ratus ribu 1 (ii) Pendapat: P1 Memperhebat kempen kesedaran tentang kepentingan derma darah. 1 P2 Pihak sekolah memberi didikan kepada murid tentang manfaat derma darah kepada pihak yang memerlukan. 1 P3 Media massa menyiarkan program atau rencana yang berkaitan dengan kebaikan derma darah. 1 P4 Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah / memberi penghargaan kepada penderma darah. 1 P5 Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah.. 1 (iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita mestilah cakna terhadap golongan yang memerlukan bantuan. Contoh: Nusia cakna terhadap pesakit-pesakitnya yang sangat memerlukan darah. 2 P2 Kita hendaklah bertindak adil dalam sesuatu perkara. Contoh: Nusia tidak puas hati terhadap Profesor Doktor Juadi yang tidak berlaku adil kepada pesakitnya. 2 P3 Kita haruslah menghargai budi seseorang. Contoh: Profesor Doktor Juadi sangat menghargai Tuan Besa Musa dan berusaha memberi rawatan terbaik kepadanya. 2 P4 Kita mestilah bertindak dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok. 2 Pengajaran dalam cerpen: P1 Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Contoh: Nusia dengan penuh tanggungjawab telah memasukkan gelafundin ke dalam saluran darah Solehah untuk menyelamatkannya. 2 P2 Kita mestilah bersedia menderma darah demi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan. Contoh: Nusia dan Doktor Murni telah menderma darah di bank darah hospital itu bagi menampung keperluan bekalan darah yang tidak mencukupi untuk kegunaan pesakit. 2 P3 Kita hendaklah memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri. Contoh: Doktor Murni meletakkan jawatannya di hospital itu kerana hospital tersebut telah mengetepikan nilai kemanusiaan kepada pesakit. 2 P4 Kita hendaklah saling menyayangi sesama insan. Contoh: Nusia menyayangi pesakitnya dan berusaha memberikan khidmat rawatan yang terbaik kepada mereka. 2
  • 5. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 5 (PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU) Soalan 2(b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama sayang masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resan dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman berzaman. Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana. “Mei, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.” (Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri Antologi Jaket Kulit Kijang dari istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 6. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 6 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Usaha-usaha P1 Ilmu agama Mel masih kurang 1 P2 Bimbang Mel akan terpengaruh dengan budaya hedonisme dan modenisme 1 P3 Bahasa ibunda Mel masih lemah 1 (ii) Cara-cara meningkatkan semangat jati diri remaja: P1 Memperkukuh ilmu agama 1 P2 Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah 1 P3 Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian 1 P4 Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum 1 P5 Kempen / program semangat jati diri secara berterusan 1 P6 Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti remaja / anak-anak 1 (iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita hendaklah bersungguh memartabatkan bahasa ibunda agar bahasa ibunda terus kekal dan dituturkan oleh generasi akan datang. 2 P2 Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus pemodenan 2 P3 Kita hendaklah mempertahankan agama dan bangsa agar maruah kita tidak tergadai / tercemar. 2 P4 Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ibu bapa agar kita dapat hidup bahagia. 2 Pengajaran dalam cerpen: P1 Kita hendaklah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan. 2 P2 Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan supaya masa depan lebih terjamin. 2 P3 Kita janganlah mudah berputus asa apabila menemui kegagalan tetapi sebaliknya bangkit semula untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 2 P4 Kita hendaklah amanah dalam tugasan yang diberi agar kita dihormati dan disegani. 2 P5 Kita janganlah melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti terjebak dengan rasuah, kronisme dan hasad dengki kerana akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. 2
  • 7. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 7 (PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu...,” sebak menyendat di dadanya. “Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain, segera.” (Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan keadaan pesakit yang bernama Solehah. [2 markah] (ii) Peranan seorang doktor adalah memastikan pesakit dijaga dengan baik. Andaikan anda seorang doktor, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan untuk menceriakan pesakit anda? [3 markah] (iii) Kita haruslah bertanggungjawab terhadap pesakit. Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan satu peristiwa yang menunjukkan pengajaran tersebut dan satu peristiwa lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
  • 8. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 8 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Keadaan Solehah P1 Tenat 1 P2 Pundi janinnya pecah di ovari 1 P3 Sedang koma 1 (ii) Tindakan untuk menceriakan pesakit: P1 Memberikan rawatan yang terbaik. 1 P2 Memberikan kata-kata motivasi / positif 1 P3 Bercakap dengan suara yang lemah / tidak garang 1 P4 Mengambil hati pesakit / beri hadiah / cenderahati 1 (iii) Peristiwa dalam petikan: P1 Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan 2 Peristiwa dalam cerpen: P1 Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk menyelamatkan Solehah dan al-Hafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga, agama dan negara. 2
  • 9. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 9 (PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. DOKTOR : (sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum. Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah “Sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada AZMIR). Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya? AZMIR : (Kelihatan takut dan tiba-tiba semacam orang bodoh). Saya tidak mahu pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini. DOKTOR : Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas itu, Encik Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu, OK? (Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak mahu pergi). AZMIR : Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat. (Arif dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada Azmir) (Dipetik daripada Bukan Gila, Sharif Shaary Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-ronta? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]
  • 10. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 10 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-ronta kerana: P1 Dia tidak mahu pulang. 1 P2 Dia rasa bahagia berehat di sini. 1 P3 Dia takut dikurung di tempat yang tiada kesejahteraan. 1 (ii) Tindakan: P1 Peranan semua guru khususnya guru kaunseling untuk mengenal pasti murid- murid yang murung dengan memberikan rawatan awal. 1 P2 Mengelakkan kes buli dalam kalangan murid. 1 P3 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah yang melibatkan kes kemurungan. 1 P4 Memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat. 1 P5 Menyarankan ibu bapa supaya membekalkan anak-anak dengan makanan berkhasiat. 1 P6 Menggalakkan murid-murid terlibat dengan kegiatan kokurikulum / perkhemahan / aktiviti koakedemik / bersukan. 1 (iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan kesakitan membawa penderitaan. Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak. 2 P2 Persoalan dunia ibarat pentas lakonan. Contoh: Dalam kehidupan di dunia ini manusia ialah pelakonnya yang mampu membawa pelbagai watak dalam kehidupan. 2 Persoalan dalam cerpen: P1 Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling. Contoh: Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding dengan orang lain. 2 P2 Persoalan kepentingan cinta dan kasih sayang Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan. 2 P3 Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati. 2 P4 Persoalan keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia. Contoh: tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir. 2 P5 Persoalan setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu. Contoh: Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepalanya. 2
  • 11. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 11 (PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama. Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya. Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari. (Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istabul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di negara kita? [2 markah] (ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 12. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 12 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Kesan sistem pecah dan perintah: P1 Bernanahlah prasangka buruk 1 P2 Tragedi sengketa / rusuhan kaum antara warga kota 1 P3 Mencetuskan huru-hara kepada negara 1 (ii) Langkah-langkah mengelakkan sejarah hitam berulang: P1 Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum 1 P2 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum 1 P3 Pemimpin jangan memainkan fahaman politik 1 P4 Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan. 1 (iii) Persoalan dalam petikan: P1 Kesan penjajahan kepada tanah air / negara Contoh: Sistem pecah dan perintah menyebabkan perbezaan fahaman, bahasa dan budaya 2 Persoalan dalam cerpen: P1 Pesanan ibu terhadap anak Contoh: Bonda berpesan kepada anaknya agar mempunyai pegangan agama dan memartabatkan bahasa Melayu jika ke bandar. 2 P2 Taat kepada ibu Contoh: Mel sanggup menundakan impiannya ke bandar setelah dinasihati oleh bondanya. 2 P3 Kepentingan pegangan agama dan bahasa ibunda Contoh: kedua-duanya merupakan maruah bangsa dan agama. 2
  • 13. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 13 (PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang, berbeza daripada haiwan. Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan. “Objek yang terlambung di udara pasti akan jatuh ke bumi kecuali tersangkut di dahanan utuh ataupun reranting teguh.” Ketawa berderai meriuhkan suasana kelas. Perlahan-lahan Aiman bangun. “Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat menetapkan kedekatan bulan dengan bumi.” “Maksudnya?” Satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah, yang menggelari dirinya profesor, kerana yang didepaninya murid pintar dan mempunyai IQ yang tinggi. “Alam semesta sebaik-baik kejadian pada sisi Allah Taala.” Riuh gemuruh terus berterusan menyambut jawapan ringkasnya. Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang nampaknya macam tidak terkawal, tidak terbatal. Sedar akan hakikat itu, cepat-cepat Aiman membetulkan jawapannya. (Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud di sebalik nama Aiman Aqil? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah insentif-insentif yang boleh diberikan untuk mengembangkan potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 14. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 14 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Maksud di sebalik nama Aiman Aqil P1 Insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang. 1 (ii) Insentif-insentif untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik P1 Menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara. 1 P2 Memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti terkemuka di dalam dan luar negara. 1 P3 Memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. 1 P4 Menawarkan laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih awal (lompat kelas) 1 (iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri Contoh: Aiman Aqil bangga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang terbaik. 2 P2 Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. 2 P3 Persoalan adab menuntut ilmu Contoh: Sikap Aiman yang tidak serius memberikan respons terhadap soalan Cikgu Faridah telah menyebabkan Cikgu Faridah naik marah. 2 Persoalan dalam cerpen: P1 Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik. 2 P2 Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. 2 P3 Persoalan ketegasan guru dalam mendidik pelajar Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. 2 P4 Persoalan kasih sayang seorang ibu Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. 2
  • 15. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 15 (PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin. Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak, atau warna kasutnya. Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu piring cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari kewujudannya. Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg plastik hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik. “Black market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. “Perfume. Wallet. Jacket. Please!” (Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang, Maskiah Haji Masrom Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 16. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 16 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut. P1 Memakai pakaian hanya kain kapas nipis 1 P2 Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan 1 P3 Memakai kasut yang bahagian hujungnya koyak dan berstoking lusuh 1 P4 Figura hidup yang tidak disedari kewujudannya 1 (ii) Langkah-langkah pihak kerajaan P1 Menyediakan rumah / tempat penginapan 1 P2 Memberikan pekerjaan yang sesuai 1 P3 Memberikan bantuan perubatan / makanan 1 P4 Memberikan bantuan kewangan 1 (iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan tentang kemiskinan hidup warga emas Contoh: Wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak serta berstoking lusuh dalam cuaca yang amat dingin, menyara hidup dengan menjual makanan burung. 2 P2 Persoalan tentang pasaran gelap Contoh: Seorang pemuda datang menghampiri penulis dan bertanyakan sama ada ingin membeli Perfume, Wallet, Jacket sambil berkata ”Black market, black market. Good price.” 2 Persoalan dalam cerpen: P1 Persoalan perasaan prihatin terhadap kehidupan haiwan liar. Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya. 2 P2 Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya. 2 P3 Persoalan kepandaian sikap puji-memuji dalam kalangan masyarakat Turki. Contoh: Masyarakat Turki memang panda memuji pelanggannya demi melariskan jualan. 2 P4 Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan. Contoh: Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia. 2
  • 17. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 17 (PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.” Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk.” “Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi. (Dipetik daripada Kaduk Ayam dan Raja, Zurinah Hassan Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya? [3 markah] (iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 18. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 18 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk ialah: P1 Mereka sama-sama membela ayam. 1 P2 Mereka sama-sama menggadai tanah. 1 P3 Mereka sama-sama di bawah cengkaman orang berkuasa. 1 (ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah P1 Mengutamakan pembayaran hutang berbanding keperluan lain. 1 P2 Membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan. 1 P3 Berbincang semula dengan pihak peminjam untuk memanjangkan tempoh bayaran. 1 P4 Mendapatkan khidmat nasihat agensi kewangan. 1 P5 Meminta nasihat dan bantuan ahli keluarga / rakan. 1 (iii) Latar masyarakat dalam petikan: P1 Latar masyarakat yang dibebani hutang Contoh: Hakim terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk meneruskan kerja-kerja menternak ayamnya. 2 P2 Latar masyarakat yang menindas golongan yang lemah. Contoh: Pihak bank telah merampas tanah Hakim tidak ubah seperti Raja merampas tanah datuk Hakim dahulu 2 Latar masyarakat dalam cerpen: P1 Latar masyarakat yang suka membantu orang lain Contoh: Azam telah membantu Hakim mendapatkan tanah Pak Kaduk iaitu datuk Hakim yang terlepas ke tangan Raja suatu masa dahulu. 2 P2 Latar masyarakat yang setia kawan Contoh: Azam sahabat Hakim sentiasa menyokong tindakan Hakim untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi penternak ayam yang berjaya. 2 P3 Latar masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Contoh: Hakim terus bersabar dan tabah menghadapi masalah dalam mengusahakan reban ternakan ayamnya seperti masalah bayaran hutang, masalah upah, untung sedikit dan sebagainya. 2 P4 Latar masyarakat yang bertanggungjawab kepada keluarga Contoh: Hakim bertanggungjawab menebus kembali tanah datuknya kerana menganggap datuknya telah teraniaya. 2 P5 Latar masyarakat yang terpelajar Contoh: Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak menolong Hakim mendapatkan kembali haknya melalui proses perundangan mahkamah. 2
  • 19. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 19 (PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo dan estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang seraangan Jepun mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth. Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke rumahnya. Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan. “Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda. Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Imam Ngah Deraman. Di surau, terutama, pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibrahim Sigap, Imam Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil. (Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil semasa penduduk kampung menghadapi kesulitan hidup pada zaman Jepun? [2 markah] (ii) Selain bercakap dalam bahasa Melayu, Ahmad Mutawakkil juga pandai berbahasa Inggeris. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedahnya jika kita menguasai lebih daripada satu bahasa? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 20. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 20 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil P1 Menjadi anak angkat Imam Ngah Deraman 1 P2 Kerap menghilang 1 (ii) Faedah P1 Menambahkan / meluaskan ilmu pengetahuan 1 P2 Mudah berhubung / berkomunikasi dengan orang lain 1 P3 Meningkatkan keyakinan ketika berada di khalayak 1 P4 Mudah mencari / memahami maklumat daripada sumber lain 1 P5 Boleh menjadi sumber pendapatan / pengacara / penterjemah / guru 1 (iii) Pengajaran dalam petikan: P1 kita hendaklah bersikap prihatin terhadap nasib anak yatim. Contoh: Imam Ngah Deraman telah mengambil Ahmad Mutawakkil yang telah kematian ayah sebagai anak angkatnya. 2 P2 Kita perlulah gigih untuk mempelajari sesuatu perkara. Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris daripada anak Tuan Booth. 2 Pengajaran dalam cerpen: P1 Kita perlulah mempunyai semangat patriotik dalam kehidupan Contoh: Ahmad Mutawakkil meniupkan semangat patriotik melalui ceramah dan tulisannya di dalam akhbar. 2 P2 Kita mestilah berani untuk memperjuangkan hak. Contoh: Ahmad Mutawakkil dengan suara lantang mengkritik perjuangan komunis tanpa memikirkan keselamatan dirinya. 2 P3 Kita haruslah menyayangi ahli keluarga serta memastikan keselamatannya. Contoh: Tuan Booth menyayangi keluarganya dan telah menghantar mereka pulang ke England seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu. 2 P4 Kita perlulah mengamalkan nilai hormat-menghormati sesama jiran tetangga. Contoh: Tuan Booth dan isterinya menghormati adat resam masyarakat kampung, contohnya meraikan pasangan pengantin baharu di banglo / estetnya. 2
  • 21. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 21 (PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat. Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati. Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan terungkai. Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat. Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya. Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak. (Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ponteng? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 22. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 22 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil P1 Lulus pengajian tinggi 1 P2 Mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa 1 P3 Takah usia dianjakkan sedekad ke hadapan 1 P4 Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya 1 (ii) Perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah: P1 Guru-guru memberi kesedaran tenang keburukan ponteng / kepentingan datang ke sekolah. 1 P2 Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa / PIBG memantau lokasi-lokasi yang menjadi tempat pelajar ponteng. 1 P3 Guru / kaunselor berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan khidmat kaunseling. 1 P4 Pihak sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid. 1 P5 Guru memastikan P&P menarik dan berkesan. 1 P6 Pihak sekolah mempelbagaikan / mengaktifkan aktiviti kokurikulum. 1 P7 Memberi ganjaran / hadiah kepada pelajar yang sifar ponteng 1 P8 Mengamalkan konsep sekolah penyayang 1 P9 Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif 1 (iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan kasih sayang seorang ibu Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. 2 P2 Persoalan tanggungjawab ibu bapa mendidik anak Contoh: Ayah merotan Aiman Aqil kerana ponteng sekolah. 2 Persoalan dalam cerpen: P1 Persoalan adab menuntut ilmu Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus dalam kelas Cikgu Faridah menyebabkan cikgu hilang sabar. 2 P2 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri Contoh: Aiman Aqil bangga dengan namanya yang mempunyai makna yang baik. 2 P3 Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapan apabila menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan yang diberikannya. 2 P4 Persoalan kepentingan mempunyai prinsip hidup Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. 2 P5 Persoalan ketegasan guru dalam mendidik Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan. 2 P6 Persoalan sikap memandang rendah terhadap orang lain Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik. 2
  • 23. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 23 (PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekalipun secara terbuka Ahmad Mutawakkil berjuang menentang Inggeris, dia tetap akrab dan mesra dengan keluarga Tuan Booth yang kembali ke estet sebaik-baik saja Jepun kalah. “Saya suka pemuda yang berani,” kata Tuan Booth. “Sekarang,” kata Orang Putih itu lagi, “di mana-mana, orang Melayu sudah lawan Inggeris, dan Ahmad Mutawakkil nasionalis Melayu paling muda.” Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tidak lagi terperap di estet. Pada setiap petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual, bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali, sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya. “Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth ikhlas nak berbaik-baik.” Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.” (Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu. [2 markah] (ii) Negara kita pernah dijajah oleh kuasa asing beberapa kali. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula? [3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 24. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 24 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu P1 Orang Melayu berbudi bahasa 1 P2 Hati Melayu tidak pandai / tidak mengerti bermusuhan 1 P3 Hati Melayu penuh dengan persahabatan / hati Melayu gemar akan persahabatan. 2 (ii) Untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula P1 Kerajaan menyediakan pertahanan negara yang kuat daripada ancaman musuh 1 P2 Rakyat perlu mengekalkan perpaduan / saling menghormati antara kaum. 1 P3 Rakyat rela / bersedia menyumbang tenaga demi keselamatan negara. 1 P4 Pihak sekolah menanam / menyemai semangat cinta akan negara kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran / kokurikulum. 1 P5 Kerajaan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. 1 (iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan keberanian seorang anak muda dalam menyuarakan pendapat Contoh: Ahmad Mutawakkil yang berani menyuarakan pendapat walaupun dia masih muda. 2 P2 Persoalan kehidupan masyarakat yang saling menghormati Contoh: Walaupun Tuan Booth berbangsa Inggeris, dia tetap bercampur gaul dengan masyarakat kampung di surau pada setiap petang. 2 P3 Persoalan sikap rasional sebelum bertindak Contoh: Ahmad Mutawakkil menjelaskan bahawa orang kampung patut berbaik-baik dengan Tuan Booth walaupun mereka berlainan bangsa. 2 Persoalan dalam cerpen: P1 Persoalan kasih sayang terhadap keluarga Contoh: Tuan Booth yang amat menyayangi ahli keluarga bertindak membawa mereka berpindah seminggu sebelum kemaraan Jepun di Tanah Melayu. 2 P2 Persoalan kerjasama yang erat dalam masyarakat Contoh: Masyarakat kampung penulis bekerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil. 2 P3 Persoalan ketabahan dalam mengharungi kesulitan Contoh: penduduk kampung tabah mengharungi dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan Parti Komunis Malaya yang mengganas semasa zaman perang dahulu. 2 P4 Persoalan semangat patriotik yang tinggi Contoh: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersama-sama berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris dan anasir komunis. 2 P5 Persoalan cinta yang mendalam Contoh: Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil sehingga sanggup kembali semula ke banglo peninggalan bapanya setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 2 P6 Persoalan kekejaman pihak pengganas terhadap masyarakat Contoh: Serangan maut pengganas komunis telah mengorbankan tiga orang pengurus berbangsa Inggeris dalam serangan berkembar di Estet Emphili dan di Estet Sungai Siput. 2
  • 25. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 25 (PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangkaku yang remuk, salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi. “Hanya lima pek darah untuk lima orang yang sedang koma. Prognosisnya yang baik, kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.” “Tapi darah ini untuk Tuan Besar Muda.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat. Anak mataku bulat penuh. “Hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.” “Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?” “Saya rela menerima herdiknya.” Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Lima pek darah sejuk telah berada di tangan. Tarikan nafas Solehah, mampu menyusukan anak keenam, kelima-lima yang lain pula, gagah memanjat tangga sekolah. Denyutan jantung mahasiswa leukemia mampu menyudahkan tesis. Sinar mata al-Hafiz, ketujuh-tujuh anak masih belum yatim, beratus- ratus tahfiz kecil. Boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran. Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi. (Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah peribadi seorang doktor yang terpuji? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 26. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 26 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Tindakan yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit P1 Melangkah meninggalkan wad unit rawatan rapi 1 P2 Meminta lima pek darah daripada juruteknik makmal untuk kegunaan enam orang pesakit yang sedang koma 1 (ii) Sumbangan yang boleh dilakukan oleh seorang doktor untuk pesakitnya P1 Perlu merawat pesakit tanpa mengira kedudukan dan status 1 P2 Bekerja dengan jujur dan bertanggungjawab 1 P3 Mendahulukan keperluan pesakit melebihi keperluan peribadi 1 P4 Mendahulukan pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan 1 P5 Sentiasa bersikap belas terhadap orang yang memerlukan rawatan 1 (iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita perlulah bersikap baik hati terutama kepada orang yang dalam kesusahan. Contoh: Nusia mengambil lima pek darah daripada juruteknik untuk diberikan kepada pesakit yang lebih memerlukannya. 2 Pengajaran dalam cerpen: P1 Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Contoh: Tindakan Doktor Murni yang meletakkan jawatan kerana ingin menjadi doktor yang berperikemanusiaan dapat membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan rawatan yang rapi dan sempurna. 2 P2 Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. Contoh: Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira pangkat. 2 P3 Kita perlulah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. Contoh: Nusia bersimpati dan menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah. 2
  • 27. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 27 (PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram. “Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?” “Nusia!” Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu ...,” sebak menyendat di dadanya. “Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain; segera.” Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri. (Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan keluhan hati Nusia ketika berhadapan dengan Solehah? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan jika masyarakat enggan menderma darah? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 28. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 28 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Keluhan hati Nusia P1 Hidup yang ditentukan oleh manusia ini tidak pernah adil. 1 P2 Solehah hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan 1 P 3 Tuan Besar Musa itu diberikan darah walaupun tubuhnya tidak dapat menerima darah yang diberikan. 1 (ii) Kesan P1 Tidak dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan / pesakit 1 P2 Operasi pembedahan tidak dapat dijalankan dengan lancar. 1 P3 Peluang hidup untuk pesakit leukemia, barah, jantung, pesakit hati / pesakit penyakit lain tipis. 1 P4 Bekalan darah negara terjejas. 1 (iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Contoh: Nusia menjalankan tugasnya sebagai jururawat dengan dedikasi. 2 P2 Kita hendaklah bersikap adil sesama manusia. Contoh: Nusia melayan pesakit-pesakit di wad itu dengan sama rata. 2 P3 Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang ditimpa nasib malang. Contoh: Nusia bersimpati terhadap semua pesakit malang di wad itu. 2 Pengajaran dalam cerpen: P1 Kita hendaklah bersikap bijak dalam membuat keputusan. Contoh: Nusia tidak suka menyalahkan takdir atas sesuatu kesilapan dalam membuat keputusan. 2 P2 Kita mestilah berani menanggung risiko demi nyawa orang yang kritikal. Contoh: Nusia mengambil darah dari bank tanpa persetujuan Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan pesakit yang koma di wad itu. 2 P3 Kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan. Contoh: Nusia dan Doktor Murni sama-sama menderma darah untuk menolong dan menyelamatkan nyawa pesakit yang koma. 2
  • 29. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 29 (PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Profesor Doktor Juaidi muncul, mukanya cemas berpeluh. “Tingkatan adrenalina, dopamin, atropina.” “Sudah ke maksimum, Prof.” Troli penyelamat diheret ke sisi, defibrilator menggetarkan jantung mengalirkan kuasa 20 Joule. Tubuh lelaki tua yang bermulut hamis dek minuman keras terketar-ketar sebelum kaku semula di katil. Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok penyimpan atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan. Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa. “Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan RM100 ribu. Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana perginya lima pek darah yang saya tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suara memetir. “Prof.” Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat peletakan jawatan saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.” Profesor Doktor Juaidi ternganga. Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam Unit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.” (Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah yang mendorong Doktor Murni meletakkan jawatannya? [2 markah] (ii) Dalam mengejar kemewahan, manusia sanggup mengetepikan soal kemanusiaan dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat. [3 markah] (iii) Jelaskan satu perwatakan Doktor Murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 30. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 30 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Perkara yang mendorong Doktor Murni meletakkan jawatannya ialah P1 Ingin menjadi doktor kemanusiaan. 1 P2 Yakin dapat berkhidmat dengan baik di hospital lain. 1 (ii) Cara menerapkan nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat ialah P1 Didikan ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil 1 P2 Penerapan nilai kemanusiaan melalui sistem pendidikan 1 P3 Kempen memperjuangkan nilai kemanusiaan 1 P4 Media massa memaparkan dokumentari atau rencana mengenai kepentingan nilai kemanusiaan. 1 P5 Pemimpin menunjukkan contoh perjuangan nilai kemanusiaan. 1 (iii) Perwatakan Doktor Murni dalam petikan: P1 Seorang yang rasional dalam membuat tindakan / berpendirian tegas. Contoh: Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana yakin bahawa ada hospital lain yang akan mendapatkan khidmatnya. 2 P2 Seorang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Contoh: Doktor Murni bersedia untuk menderma darah untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan darah di hospital tersebut. 2 P3 Seorang yang mementingkan aspek kemanusiaan. Contoh: Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan untuk pesakit lain di hospital tersebut. 2 Perwatakan Doktor Murni dalam cerpen: P1 Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Doktor Murni memaklumkan bahawa Profesor Doktor Juaidi mengenai bekalan darah di hospital itu telah kehabisan stok. 2 P2 Seorang yang bersifat tenang ketika merawat pesakit. Contoh: Doktor Murni menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar 2
  • 31. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 31 (PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak gambar dengan menggunakan kamera digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana harga buku biasanya mahal. Sebenarnya, setiap kali berpergian, aku berpeluang mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari hotel, biasanya aku memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen, pensel, uncang teh, uncang gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut. Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol air mineral, pembungkus coklat, pembungkus gula- gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium, beg plastik, dan baki duit syiling negara luar, kedalam kategori cenderamata. Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar sendiri dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka. (Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Maskiah Haji Masrom Antologi Jaket Kulit Kijang dari Islanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan, apakah barang yang dikumpul oleh penulis untuk dijadikan cenderamata? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan nama negara dalam bidang pelancongan? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 32. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 32 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Barang yang dikumpul oleh penulis P1 Beberapa buku, gambar, syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen, pensel, uncang teh, uncang gula, alat pengilap kasut. 1 (ii) Cara untuk menaikkan nama negara P1 Meningkatkan perpaduan 1 P2 Tambah baik infrastruktur 1 P3 Tahun melawat Malaysia 1 P4 Jaringan pengangkutan 1 (iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Perbelanjaan berhemah Contoh: sentiasa berhati hati..... 2 Pengajaran dalam cerpen: P1 Mencintai binatang Contoh: 2 P2 Berfikiran rasional Contoh: 2
  • 33. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 33 (PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.” Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya untuk memajukan tanah yang ditebusnya. Dia juga berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin. Hakim perlu membina sebuah teban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu. Wang simpanannya hampir habis di situ. Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian. Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kaduk yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan itu terbinalah sebuah reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam. Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke arah penambahan pengeluaran makanan negara. (Dipetik daripada Kaduk, Ayam dan Raja, Zurinah Hassan Antologi Jaket Kulit Kijang dari Islanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada bank? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah sumbangan sektor pertanian kepada negara? [3 markah] (iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
  • 34. SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 34 SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH (i) Usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada bank ialah P1 Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian 1 P2 Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. 1 P3 Meminta pertolongan daripada Yang Berhormat supaya campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. 1 (ii) Pada pendapat saya, sumbangan sektor pertanian kepada negara ialah P1 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk 1 P2 Sumber pendapatan negara melalui eksport hasil pertanian 1 P3 Pertumbuhan industri hiliran 1 P4 Sumber bahan mentah untuk keperluan industri 1 P5 Dapat mengekalkan kepentingan alam sekitar melalui pertanian mesra alam 1 P6 Sumber makanan penduduk negara 1 P7 Meningkatkan kemajuan perhubungan dan pengangkutan 1 P8 Dapat mewujudkan bandar-bandar baharu 1 (iii) Nilai murni dalam petikan: P1 Nilai tolong-menolong Contoh: Bank memberi pertolongan kepada Hakim untuk mendapatkan pinjaman. 2 P2 Nilai bekerjasama Contoh: Yang Berhormat memberi kerjasama kepada Hakim untuk mendapatkan kelulusan bank. 2 P3 Nilai kegigihan Contoh: Hakim berani menceburkan dalam usahawan walaupun banyak risiko. 2 Nilai dalam cerpen: P1 Nilai ketabahan Contoh: Hakim tabah menghadapi dugaan dalam usaha menternak ayam walaupun dia dikelilingi oleh hutang. 2 P2 Nilai kesyukuran Contoh: Hakim bersyukur kerana dia berjaya memperoleh kembali harta datuknya. 2 P3 Nilai rasional Contoh: Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran mahkamah. 2 P4 Nilai keadilan Contoh: Mahkamah bertindak adil mengembalikan hak Hakim. 2 P5 Nilai baik hati Contoh: Azam sangat baik hati terhadap Hakim. 2