SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  75
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

              Oleh :
    Salasiah binti Mohd Taib
• SINTAKSIS: POLA, JENIS, RAGAM, SUSUNAN,
  BENTUK, DAN PROSES PENERBITAN AYAT
• Aspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tetapi
  pada masa yang sama, banyak pengguna bahasa
  gagal menulis ayat yang betul, misalnya dalam
  surat rasmi atau dalam minit mesyuarat. Secara
  ilmiahnya, ayat ialah unit pengucapan atau
  tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan
  tatabahasa, yang mengandungi makna yang
  lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur
  klausa, frasa, dan perkataan. Ayat juga terbina
  daripada dua bahagian utama iaitu subjek (hal
  atau judul) dan predikat (cerita).
Subjek                    Predikat

1. Dr. Sheikh Muszaphar   angkasawan pertama
Shukor                    negara kita.

2. Pelajar-pelajar KPLI   menganjurkan program
Bahasa Melayu.            khemah bahasa.

3. Sungai yang bersejarah sedang dimajukan.
itu
Pola   Jenis Pola         Subjek      Predikat


 1.     FN + FN     Encik Shaari   ejen insurans.


 2.     FN + FK     Dia            menjerit
                                   kesakitan.

 3.     FN + FA     Budak itu      sangat nakal.


 4.     FN + FS     Pejabat saya   di Kota
                                   Kinabalu.
• Frasa: Frasa ialah suatu susunan yang
  mengandungi sekurang-kurangnya dua
  perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh
  diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan
  predikat.
         Contoh Frasa      Contoh Frasa Lain
   kertas
   sehelai kertas
   sehelai kertas edaran
   sehelai kertas edaran
   mesyuarat
• Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak
  ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang
  demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih
  teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat
  pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang
  berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN +
  FS.
Pola                            Contoh
           Subjek + Predikat                  Subjek / Predikat
1. Frasa Nama + Frasa Nama         Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Likas.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja        Guru-Guru Besar sedang bermesyuarat.
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif     Pembantu makmal itu rajin orangnya.
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama   Keluarga kami dari Kota Samarahan.
• Rumusannya, semua subjek ayat terdiri
  daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat
  ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama
  (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan
  Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul
  mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN)
  dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
• Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak
  ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang
  demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih
  teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat
  pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang
  berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
                     Pola                              Contoh

               Subjek + Predikat                  Subjek + Predikat

 1. Frasa Nama + Frasa Nama         Sekolah saya Sekolah Seri Puteri.

 2. Frasa Nama + Frasa Kerja        Ketua Panitia sedang bermesyuarat.

 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif     Pembantu makmal itu rajin orangnya.

 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama   Kami dari Simunjan, Sarawak.
• Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan
  bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama
  (FN), manakala predikat ayat pula terdiri
  daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK),
  Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS).
  Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan
  gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA,
  atau FS).
• Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan
  bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama
  (FN), manakala predikat ayat pula terdiri
  daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK),
  Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS).
  Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan
  gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA,
  atau FS).
Subjek Frasa Nama     Predikat        Pola


 Encik Ningkan      usahawan tani.   FN + FN


 Cikgu Saziman      mengajar saya.   FN + FK


 Kucing itu         sangat manja.    FN + FA


 Ayah               ke Labuan.       FN + FS
• Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah
  binaan yang terdiri daripada satu perkataan
  atau       lebih dan kata intinya kata kerja. Kata
  kerja tersebut merupakan kata kerja tak
  transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT).
  KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu
  atau sederetan perkataan, manakala KKT
  mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain,
  sebagaimana dalam contoh yang berikut:
Subjek              Frasa Kerja        Kata kerja


1. Aminah    membaca buku.                  KKT
2. Fatimah   bernyanyi di atas pentas.     KKTT
3. Adik      menangis tersedu-sedu.        KKTT
4. Ayam      membuat sarang di atas         KKT
hutan itu    dahan.
• Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah
  susunan perkataan yang terdiri daripada satu
  atau beberapa perkataan yang mengandungi
  kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
  Kata inti merupakan bahagian utama dalam
  susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang
  dibincangkan berfungsi sebagai predikat,
  sebagai unsur keterangan dan unsur penerang
  dalam predikat. Sebagai unsur keterangan,
  kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan
  sebagai unsur penerang kata adjektif hadir
  sesudah kata nama, seperti contoh:
Subjek            Frasa Kerja           Kata kerja


1. Aminah           membaca buku.       KKT
2. Fatimah          bernyanyi di atas
                    pentas.             KKTT
1. Adik             menangis tersedu-
                    sedu.               KKTT
1. Ayam hutan itu   membuat sarang      KKT
                    di atas dahan.
• Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah
  susunan perkataan yang terdiri daripada satu
  atau beberapa perkataan yang mengandungi
  kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
  Kata inti merupakan bahagian utama dalam
  susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang
  dibincangkan berfungsi sebagai predikat,
  sebagai unsur keterangan dan unsur penerang
  dalam predikat. Sebagai unsur keterangan,
  kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan
  sebagai unsur penerang kata adjektif hadir
  sesudah kata nama, seperti contoh:
Subjek (FN)       Predikat      Fungsi Frasa Adjektif



1. Dia         rajin.           FA sebagai predikat.
2. Rosli       berlari sangat   FA sebagai unsur
               laju.            keterangan.
3. Kucing      binatang jinak. FA sebagai unsur
                                penerang.
• Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi
  nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri
  daripada satu kata sendi nama dan satu frasa
  nama yang menjadi pelengkap kepada kata
  sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk
  morfem atau kata yang diletakkannya di
  hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama
  yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
  ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada,
  untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan,
  tentang, sampai, dan sebagainya. Perhatikan
  contoh-contoh yang berikut:
Subjek    Predikat


1. Ahmad            ke bandar.
2. Surat itu       daripada ibu.
3. Hadiah ini      untuk ayah.
• Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa
  nama terbentuk daripada satu atau sederetan
  perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu
  perkataan yang merupakan inti bagi seluruh
  frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai
  penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti
  ialah unsur penumpuan makna yang mewakili
  seluruh frasa itu dari segi makna, dan
  penerang merupakan unsur yang
  menerangkan makna dalam inti itu.
Frasa Nama              Predikat
          Inti              Penerang
1. Guru               Bahasa Melayu      sungguh kreatif.
                      itu
1. Kakak              budak lelaki itu   sudah berpunya.
Frasa Nama              Predikat
    Inti       Inti
1.Ibu         bapa    dipersilakan hadir.
2.Hutan      rimba    perlu dijaga.
• Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja
  dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
  (i) frasa kerja yang tidak mengandungi objek,
  yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh
  sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
  melengkapkannya. Frasa kerja demikian
  mengandungi kata kerja tak transitif;
  (ii) frasa kerja yang mengandungi objek, yang
  kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama
  sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek
  juga diikuti oleh bahagian keterangan.
Frasa Sendi Nama
   Subjek
             Kata Sendi    Kata Nama        Frasa Nama    Keterangan
               Nama           Arah

1. Saya         dari              -       Simanggang              -
2. Adik         ke                -       sekolah                 -
3. Ayah          di       belakang        rumah                   -
4. Pemburu      dari      dalam           hutan                   -
5. Nenek        ke        dalam           belukar        mencari
                                                         herba.
6. Pemandu      ke        belakang        keretanya      mengambil
   itu                                                   sesuatu.
Frasa Kerja
   Subjek          Kata Kerja      Objek           Keterangan

1. Adik        tidur.
2. Hujan       turun                    -      dengan lebatnya.


1. Ayah        membaca          manuskrip.
2. Pemburu menembak             rusa.
3. Ibu         menghidangkan    makanan.
4. Jurulatih   menyuruh         murid          berlari pantas.
Pembentukan Frasa Adjektif (FA):
Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan
adjektif sahaja atau deretan perkataan yang
mengandungi kata adjektif dengan kata bantu
dan penguat, sama ada di hadapan atau di
belakangnya.
Subjek                  Frasa Adjektif
             Kata Bantu   Penguat      Kata      Penguat
                                      Adjektif
1. Abang       sudah         -        pandai.       -
2. Hujan       masih         -         lebat.       -
3. Ibu           -         amat      gembira.       -
4. Pemburu       -        sangat      cekap.        -
5. Nenek       masih         -         cantik     amat.
6. Hari        masih         -         gelap     benar.
Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS):
•   Frasa sendi nama terbentuk daripada salah
    satu binaan yang berikut:
•   Kata sendi nama + frasa nama
•   Kata sendi nama + kata nama arah + frasa
    nama
•   Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa
    nama + (frasa keterangan)
• Klausa: Klausa ialah satu unit rangkaian
  perkataan yang mengandungi subjek dan
  predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

• Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa
  bebas dan klausa tak bebas.
• Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri
  dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila
  diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
  Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut
  sebagai klausa tak bebas.
• Awak pandai kerana awak rajin belajar.
• Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.
• Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

• klausa bebas/klausa utama     klausa tak bebas

• Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar
                             tugasan esok
   klausa tak bebas
                        klausa bebas/klausa utama
• Jenis Ayat:
  Penjenisan ayat dibuat berdasarkan lagu
  bahasa dan tujuan pengucapan/penulisan ayat
  berkenaan dalam pelbagai situasi berbahasa.
1. Datuk Akim ketua kami.
Ayat Penyata    2. Harga susu itu mahal.
                3. Adik saya pegawai di Kor Risik Tentera Darat
                   Malaysia.
                1. Encik Nabil pengurus di sini?
 Ayat Tanya     2. Dia penyelenggara stor?
                3. Ke sekolahkah anak awak?
                1. Keluar dari bilik saya!
Ayat Perintah   2. Kutip sampah itu!
                3. Jemput masuk.
                4. Sila lengkapkan borang pendaftaran ini.
                1. Amboi, garangnya!
Ayat Seruan     2. Nah, ambillah wang ini!
                3. Syabas, saudara juara sebenar!
• Ayat mempunyai nilai komunikatif atau makna
  dalam komunikasi, misalnya:
             Makna/Nilai                Ayat

1.penyataan biasa          1. Datuk kami pandai bercerita.
                           2. ASEAN ialah zon aman,
2.pentakrifan              bebas, dan berkecuali.
                           3. Awas, jangan meniru!
3.amaran
4.tertutup                 4. Ustaz itu suaminya?
5.terbuka                  5. Suaminya siapa?
6.positif (suruhan)   6. Pergi dari sini!
7.permintaan          7. Tolong senyap sedikit!
8.silaan              8. Silalah istirahat!
9.larangan            9. Usahlah merajuk!
10.harapan            10. Semoga kita bahagia!
11.ajakan             11. Ayuh kita pergi!
12.penyerahan         12. Biarkan dia sendirian!
13.vokatif (biasa)    13. Pak Lebai!
14.doa                14. Tuhanku!
15.bukan vokatif      15. Cantiknya!

16.penegasan (lah)    16. Dialah memulainya.
17.penegasan (yang)   17. Kamilah yang memulainya.
• Bentuk Ayat: Secara sedar atau tidak, kita
  mengucapkan atau menulis ayat untuk
  berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan
  sekelas, atau pegawai di jabatan kerajaan.
  Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat
  tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat
  mudah), seperti tiga contoh di atas. Apabila
  kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang
  lebih sukar, misalnya membuat laporan kajian,
  kita secara spontan terdorong untuk membina
  ayat majmuk atau ayat kompleks.
Ayat Tunggal                  Ayat Majmuk
1. Saya guru.                  1a. Saya guru tetapi rakan saya
                               juruteknik di sebuah syarikat
                               petroleum.
2. Pengetua sedang             2a. Para pelajar bercakap walaupun
  berucap.                     pengetua sedang berucap.

3. Staf sekolah ini rajin.     3a. Staf sekolah ini rajin serta
                               bertanggungjawab.

4. Kajian ini telah selesai.   4a. Kajian tentang kelemahan
                               membaca dalam kalangan murid itu
                               telah selesai dalam masa enam
                               bulan.
• Ayat Tunggal: Ayat tunggal ialah ayat yang
  mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang
  mempunyai satu konstituen subjek dan satu
  konstituen predikat. Binaan subjek dalam ayat
  tunggal terdiri daripada frasa nama yang
  terbentuk daripada salah satu unsur yang
  berikut, iaitu (i) kata nama; (ii) kata ganti
  nama; (iii) kata kerja yang berfungsi sebagai
  kata nama; (iv) kata adjektif yang berfungsi
  sebagai kata nama. Perhatikan contoh-contoh
  ayat tunggal yang berikut:
Subjek                Predikat
i. Ibu Ahmad        ustazah.
ii. Dia             rajin membaca.
iii. Pelari itu     sungguh pantas.
iv. Seluar itu      sangat mahal.
v. Buku itu         di atas meja.
vi. Ke bandar       dia pagi tadi.
vii.Membaca         menjadi kegemarannya.
viii.Merompak       satu amalan hina.
ix. Sabar           sifat terpuji.
x. Gemuk            tidak semestinya hodoh.
• Binaan predikat ayat tunggal boleh terbentuk
  daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.

          Subjek            Predikat         Binaan Predikat

i. Pemuda itu         pengarah syarikat.   Frasa nama
ii. Ayam serama itu   berkokok.            Frasa kerja
iii. Cikgu Aminah     sangat rajin.        Frasa Adjektif
iv. Ibu               ke Kuala Lumpur.     Frasa Sendi Nama
• Ragam Ayat: Ragam ayat tunggal bahasa
  Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat
  pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi
  kata kerja yang mengutamakan subjek asal
  sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
• Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif
  dan ayat aktif tak transitif.
• Ayat aktif transitif ialah ayat yang
  mengandungi kata kerja transitif iaitu yang
  diikuti oleh frasa nama atau klausa
  komplemen sebagai objek atau unsur
  penyambutnya.
• Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang
  mengandungi kata kerja yang tak transitif,
  iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
  penyambut.
• Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada
  dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan
  keterangan yang boleh digugurkan dan ayat
  aktif tak transitif dengan keterangan yang
  tidak boleh digugurkan.
• Ayat Aktif Transitif
                                  Predikat
         Subjek
                     Kata Kerja              Objek
                      Transitif
1. Ribut          melanda             kampung kami.
2. Ali            mengarang           buku cerita.
3. Pengarah       merasmikan          seminar itu.
• Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan
  yang Boleh Digugurkan

      Subjek               Predikat
                 Kata Kerja Tak Keterangan yang
                    Transitif         Boleh
                                   Digugurkan
 1. Budak itu   sedang mandi    di sungai itu.
 2. Amin        menangis       sepanjang hari.
 3. Kakak       tidur          di bilik adik.
• Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan
  yang Tidak Boleh Digugurkan

      Subjek                    Predikat
                   Kata Kerja      Keterangan yang
                  Tak Transitif      Tidak Boleh
                                     Digugurkan
1. Dia           berada         di Kuala Lumpur.
2. Bas itu       menuju        ke Kota Baharu.
3. Penyakitnya   beransur      sembuh.
• Ayat Pasif: Ayat pasif pula ialah ayat yang
  asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang
  mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan
  objek asal sebagai judul atau unsur yang
  diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada
  tiga jenis, iaitu:
• Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
• Ayat pasif dengan kata ganti nama diri
  pertama dan kedua; dan
• Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir
  sebelum kata kerja.
• Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

   Subjek     Kata Kerja     Oleh + Frasa Keterangan
                Pasif           Nama
1.Buku itu   sudah diambil   oleh Abu        pagi tadi.
2.Kucing     terlanggar      oleh basikal.
3.Sampah     dipungut        oleh pekerja    setiap hari.
• Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri
  Pertama dan Kedua
      Subjek         Frasa Kerja Pasif dengan     Keterangan
                     Ganti Nama Diri Pertama
                            atau Kedua
1. Tugasan itu       sudah aku siapkan          awal-awal lagi.
2. Hutang itu        akan kami jelaskan         segera.
3.Masakan itu        belum engkau makan         lagi.
4.Perkara tersebut   harus awak putuskan        segera.
• Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang
  Hadir Sebelum Kata Kerja
      Subjek         Kena   Kata Kerja   Oleh + Frasa Nama
                              Dasar

1.Penagih itu      kena     tangkap      oleh polis.
2.Penyeludup itu   kena     tahan        oleh pihak kastam.
3.Budak itu        kena     kejar        oleh orang jahat.
4.Harimau itu      kena     tembak       oleh pemburu.
• Ayat Majmuk: Ayat majmuk ialah ayat
  terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal
  atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi
  menerusi penggunaan kata hubung seperti
  dan, kata fakta ’bahawa’, kata relatif ’yang’,
  selain penggunaan tanda koma, dan tambahan
  keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan
  kepada tiga jenis iaitu:
• Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri
  daripada dua ayat tunggal atau lebih yang
  dijadikan satu dengan cara menggabungkan
  atau mencantumkan ayat-ayat tersebut
  dengan menggunakan kata hubung.
• a. Faktanya seragam (kata hubung: dan, lalu,
  serta, dan sambil)
• 1. Dia duduk lalu menaip.
• 2. Berenang dan menyelam menjadi
  kegemarannya.
• b. Faktanya bertentangan (kata hubung:
  tetapi, sebaliknya, dan padahal)
• 3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke
  pejabat.
• 4. Murid-murid masih berada di kantin
  padahal loceng sudah berbunyi.
• c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat
  penyata dengan ayat penyata.
• 5. Adik sudah mandi dan berpakaian.
• 6. Urus setia masih menyemak dan
  membetulkan draf minit mesyuarat itu.
• d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir.
• 7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafeteria
  setiap hari.
• 8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah,
  dan Dewan Srikandi sedang dibaik pulih.
• e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan kata
  hubung. (Dalam laras bahasa lisan, ayat majmuk
  ditandai oleh hentian suara yang sejenak.)
• 9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak
  pinggang, merenung ke suatu arah.
10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir,
  menjawab pertanyaan pelajar baharu itu.
• Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri
  daripada satu ayat induk/utama dan satu atau
  beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan
  di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian
  daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan
  ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
• Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)
• 1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu
  sudah ditemu duga.
• (Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.)
• (Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.)
• Ayat Komplemen (menggunakan kata
  komplemen bahawa , supaya dan untuk atau
  demi)
• 2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya
  pertahankan.
• 3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguh-
  sungguh demi kemajuan diri, keluarga, agama,
  bangsa, dan negara.
• Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan
  ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan,
  sungguhpun, walaupun, semoga, dan sekiranya)
• 4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak
  perkara yang disampaikan. (keterangan sebab)
• 5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang
  dengan kedua-dua ibu bapa saya. (keterangan
  syarat)
• 6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik
  taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini.
    (keterangan pertentangan)
• 7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah
  mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun
     depan. (keterangan harapan)
• Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang
  mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
  iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat
  tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
  pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang
  demikian, penggunaan kata hubung, kata
  relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang
  biasa ditemukan dalam ayat majmuk
  campuran.
• 8. Apabila kita berusaha untuk mendapat
  kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita
  hendaklah selalu menilai kekuatan dan
  kelemahan diri kita.
• 9. Jika perlawanan bola sepak yang akan
  menemukan dua pasukan gergasi dunia itu
  dapat diadakan di negara ini, kami yakin
  bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu
  akan terhibur, sementara pihak penganjur
  akan memperoleh keuntungan yang besar.
• Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk
  aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif.

• 1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana
  lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan
  kepada kami.
• 2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah
  kurang murid di kawasan pedalaman Negeri Perak
  Darul Ridzuan.
• 3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan
  barang-barang yang dipesan setelah pesanan
  diperakukan oleh ketua jabatan.
• 4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari
  Jumaat yang akan datang.
• 5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya
  menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.
• Proses Penerbitan Ayat: Penerbitan ayat ialah
  suatu proses terbina atau terbentuknya ayat
  melalui proses pertukaran bentuk ayat
  (transformasi) yang mengakibatkan
  pengguguran, penyusunan semula atau
  peluasan kepada unsur-unsur struktur
  dalaman ayat.
• Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang
  berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan
   pengguguran unsur-unsur tertentu daripada
  binaan ayat itu dan dengan demikian pada
  peringkat struktur permukaan unsur yang
  digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga
  jenis pengguguran, iaitu pengguguran:
• a) frasa nama sebagai subjek
• b) frasa predikat
• c) frasa nama yang mendahului frasa relatif
• d) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam
  frasa nama
• Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek:
  Pengguguran subjek ganti nama diri orang
  kedua dalam ayat perintah.
• Contoh: i. Kamu keluar                  keluar!
•          ii. Awak semua pergi dari sini
                                       pergi dari
  sini!
• Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat
  majmuk.
• Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar
•          Dia sangat pandai kerana dia rajin
          belajar
•         Dia sangat pandai kerana rajin belajar
• ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu
•         Adik saya cerdik tetapi adik saya
          pemalu
•         Adik saya cerdik tetapi pemalu.
• Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa
  predikat atau bahagian-bahagian daripadanya
  boleh digugurkan. Jikalau terdapat
  penggunaan frasa predikat yang serupa dalam
  ayat majmuk gabungan maka semua frasa
  predikat yang serupa kecuali yang terakhir
  boleh digugurkan. Contoh:
Frasa Predikat                    Contoh Ayat


                 Adik Ahmad belajar di Seremban.
a. Frasa kerja   Sepupunya belajar di Seramban.
   yang
                 i. Adik Ahmad belajar di Seremban
serupa
                 dan sepupunya belajar di Seremban.
                 ii. Adik Ahmad dan sepupunya belajar
                 di Seremban.
Encik Ali guru sekolah. Puan Aminah guru
b.Frasa nama sekolah.
  yang serupa
              i. Encik Ali guru sekolah dan Puan Aminah guru
               sekolah.

               ii. Encik Ali dan Puan Aminah guru sekolah.

               Abang saya sangat rajin. Abang Abu sangat rajin.
c. Frasa        i. Abang saya sangat rajin dan abang Abu
   adjektif
               sangat rajin.
   yang serupa
               ii. Abang saya dan abang Abu sangat rajin.
Frasa Predikat       Contoh Ayat


                 Dia masih berada di kampung. Isterinya masih
d. Frasa sendi   berada di kampung.
   nama yang
                 i. Dia masih berada di kampung dan isterinya
   serupa
                 masih berada di kampung.

                 ii. Dia dan isterinya masih berada di kampung.
• Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului
   Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan
   dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam
   ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa
   nama yang serupa yang mendahului frasa relatif
   itu boleh digugurkan. Contoh:
1. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.
•      Kereta yang kuning itu pilihan saya.
•       Yang kuning itu pilihan saya.
2. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.
•      Dia membeli baju yang cantik itu.
•      Dia membeli yang cantik itu.
• Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi
  sebagai Inti dalam Frasa Nama: Kata nama
  yang terkandung dalam binaan frasa nama KN
  (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga
  yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya
  bahagian penerangnya, yang mungkin bukan
  daripada kelas kata nama. Contoh:
• i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan
  badan.
•            Bersenam boleh menyihatkan badan.
• ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
•            Merokok membahayakan kesihatan.
• Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan
   dalam ayat asal diubah susunannya dan
  diterbitkan semula dalam satu struktur ayat
  gramatis yang baharu.
• Proses penyusunan semula ini akan
  mengakibatkan berlakunya perubahan
  ataupun pengguguran pada kata-kata
  tertentu, penggantian atau penambahan kata-
  kata lain pada ayat yang diterbitkan.
• Namun demikian, proses penyusunan semula
  ini tidak membawa perubahan pada makna
  ayat.
• Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula,
  iaitu:
• Penyusunan semula frasa nama sebagai
  subjek.
• Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
• Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Ayat Asal                   Penyusunan Semula



Abang menendang bola itu.    Bola itu ditendang oleh abang.
                             (frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita        Allah mengurniakan rahmat
rahmat.                      kepada kita. (frasa nama sebagai
                             objek)
Lelaki itu pergi ke kedai.   Ke kedai lelaki itu pergi.
                             (ayat songsang)
• Proses Peluasan:
  Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila
  terdapat penambahan unsur-unsur dalam
  ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama
  sebagai subjek, peluasan frasa predikat,
  peluasan dengan kata hubung, dan peluasan
  melalui proses komplementasi.
Lelaki itu abang saya. Lelaki itu             Lelaki yang membaca
membaca buku                          buku itu abang saya.
                                              (Frasa nama sebagai subjek )
Ahmad mengusik budak itu. Budak itu           Ahmad mengusik budak
menangis.                             yang menangis itu.
                                              (Frasa predikat)
Ibu tidak bekerja.                            Ibu tidak bekerja kerana
Ibu sakit perut.                      sakit perut. (kata hubung)

Mereka melaporkan (sesuatu).                  Mereka melaporkan bahawa
Guru kelas tidak hadir.                       guru kelas tidak hadir.
                                      (proses komplementasi)
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Contenu connexe

Tendances (20)

08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Bm sintaksis
Bm sintaksisBm sintaksis
Bm sintaksis
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
Pola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasaPola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasa
 
Pola Ayat Dasar dan Frasa
Pola Ayat Dasar dan FrasaPola Ayat Dasar dan Frasa
Pola Ayat Dasar dan Frasa
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Konstituen frasa nama
Konstituen frasa namaKonstituen frasa nama
Konstituen frasa nama
 
Bentuk kata
Bentuk kataBentuk kata
Bentuk kata
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Sintaksis (menukarkan ayat)
Sintaksis (menukarkan ayat)Sintaksis (menukarkan ayat)
Sintaksis (menukarkan ayat)
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 

Similaire à 1.sintaksis mbm4 m mei 2012

WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxEwei Voon
 
Pola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat DasarPola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat Dasarshima_350z
 
TATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.ppt
TATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.pptTATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.ppt
TATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.pptnurhasimahAHT1
 
Pola ayat dasar
Pola ayat dasarPola ayat dasar
Pola ayat dasarhelmyhafiz
 
TATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASAR
TATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASARTATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASAR
TATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASARnishya AHT
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Maizurah Rosle
 
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Oh Jenny
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
SintaksisMat Yie
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 

Similaire à 1.sintaksis mbm4 m mei 2012 (20)

WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Pola ayat
Pola ayatPola ayat
Pola ayat
 
Pola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat DasarPola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat Dasar
 
TATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.ppt
TATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.pptTATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.ppt
TATABAHASA: PENGENALAN POLA-POLA AYAT DASAR.ppt
 
Pola ayat dasar
Pola ayat dasarPola ayat dasar
Pola ayat dasar
 
TATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASAR
TATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASARTATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASAR
TATABAHASA - POLA-POLA AYAT DASAR
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Ayat pola dasar fnfn dan fnfk
Ayat pola dasar fnfn dan fnfkAyat pola dasar fnfn dan fnfk
Ayat pola dasar fnfn dan fnfk
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: ISU EJAAN DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.pptx
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
POLA AYAT.pptx
POLA AYAT.pptxPOLA AYAT.pptx
POLA AYAT.pptx
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 

Plus de cs_sherlock

Tugasan makmal 2
Tugasan makmal 2Tugasan makmal 2
Tugasan makmal 2cs_sherlock
 
Bahan pengajaran 3 rumpai laut
Bahan pengajaran 3  rumpai lautBahan pengajaran 3  rumpai laut
Bahan pengajaran 3 rumpai lautcs_sherlock
 
Bahan pengajaran 2 gamat
Bahan pengajaran 2   gamatBahan pengajaran 2   gamat
Bahan pengajaran 2 gamatcs_sherlock
 
Bahan pengajaran 1 lidah buaya
Bahan pengajaran 1  lidah buayaBahan pengajaran 1  lidah buaya
Bahan pengajaran 1 lidah buayacs_sherlock
 

Plus de cs_sherlock (7)

Tugasan makmal 2
Tugasan makmal 2Tugasan makmal 2
Tugasan makmal 2
 
Ulam raja
Ulam rajaUlam raja
Ulam raja
 
Bahan pengajaran 3 rumpai laut
Bahan pengajaran 3  rumpai lautBahan pengajaran 3  rumpai laut
Bahan pengajaran 3 rumpai laut
 
Bahan pengajaran 2 gamat
Bahan pengajaran 2   gamatBahan pengajaran 2   gamat
Bahan pengajaran 2 gamat
 
Bahan pengajaran 1 lidah buaya
Bahan pengajaran 1  lidah buayaBahan pengajaran 1  lidah buaya
Bahan pengajaran 1 lidah buaya
 
Kelirubhs
KelirubhsKelirubhs
Kelirubhs
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 

1.sintaksis mbm4 m mei 2012

  • 1. SINTAKSIS BAHASA MELAYU Oleh : Salasiah binti Mohd Taib
  • 2. • SINTAKSIS: POLA, JENIS, RAGAM, SUSUNAN, BENTUK, DAN PROSES PENERBITAN AYAT • Aspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tetapi pada masa yang sama, banyak pengguna bahasa gagal menulis ayat yang betul, misalnya dalam surat rasmi atau dalam minit mesyuarat. Secara ilmiahnya, ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan. Ayat juga terbina daripada dua bahagian utama iaitu subjek (hal atau judul) dan predikat (cerita).
  • 3. Subjek Predikat 1. Dr. Sheikh Muszaphar angkasawan pertama Shukor negara kita. 2. Pelajar-pelajar KPLI menganjurkan program Bahasa Melayu. khemah bahasa. 3. Sungai yang bersejarah sedang dimajukan. itu
  • 4. Pola Jenis Pola Subjek Predikat 1. FN + FN Encik Shaari ejen insurans. 2. FN + FK Dia menjerit kesakitan. 3. FN + FA Budak itu sangat nakal. 4. FN + FS Pejabat saya di Kota Kinabalu.
  • 5. • Frasa: Frasa ialah suatu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Contoh Frasa Contoh Frasa Lain kertas sehelai kertas sehelai kertas edaran sehelai kertas edaran mesyuarat
  • 6. • Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
  • 7. Pola Contoh Subjek + Predikat Subjek / Predikat 1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Likas. 2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-Guru Besar sedang bermesyuarat. 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya. 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Samarahan.
  • 8. • Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
  • 9. • Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS. Pola Contoh Subjek + Predikat Subjek + Predikat 1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Seri Puteri. 2. Frasa Nama + Frasa Kerja Ketua Panitia sedang bermesyuarat. 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya. 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Kami dari Simunjan, Sarawak.
  • 10. • Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
  • 11. • Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
  • 12. Subjek Frasa Nama Predikat Pola Encik Ningkan usahawan tani. FN + FN Cikgu Saziman mengajar saya. FN + FK Kucing itu sangat manja. FN + FA Ayah ke Labuan. FN + FS
  • 13. • Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain, sebagaimana dalam contoh yang berikut:
  • 14. Subjek Frasa Kerja Kata kerja 1. Aminah membaca buku. KKT 2. Fatimah bernyanyi di atas pentas. KKTT 3. Adik menangis tersedu-sedu. KKTT 4. Ayam membuat sarang di atas KKT hutan itu dahan.
  • 15. • Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:
  • 16. Subjek Frasa Kerja Kata kerja 1. Aminah membaca buku. KKT 2. Fatimah bernyanyi di atas pentas. KKTT 1. Adik menangis tersedu- sedu. KKTT 1. Ayam hutan itu membuat sarang KKT di atas dahan.
  • 17. • Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:
  • 18. Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif 1. Dia rajin. FA sebagai predikat. 2. Rosli berlari sangat FA sebagai unsur laju. keterangan. 3. Kucing binatang jinak. FA sebagai unsur penerang.
  • 19. • Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
  • 20. Subjek Predikat 1. Ahmad ke bandar. 2. Surat itu daripada ibu. 3. Hadiah ini untuk ayah.
  • 21. • Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur penumpuan makna yang mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, dan penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
  • 22. Frasa Nama Predikat Inti Penerang 1. Guru Bahasa Melayu sungguh kreatif. itu 1. Kakak budak lelaki itu sudah berpunya.
  • 23. Frasa Nama Predikat Inti Inti 1.Ibu bapa dipersilakan hadir. 2.Hutan rimba perlu dijaga.
  • 24. • Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (i) frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif; (ii) frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti oleh bahagian keterangan.
  • 25. Frasa Sendi Nama Subjek Kata Sendi Kata Nama Frasa Nama Keterangan Nama Arah 1. Saya dari - Simanggang - 2. Adik ke - sekolah - 3. Ayah di belakang rumah - 4. Pemburu dari dalam hutan - 5. Nenek ke dalam belukar mencari herba. 6. Pemandu ke belakang keretanya mengambil itu sesuatu.
  • 26. Frasa Kerja Subjek Kata Kerja Objek Keterangan 1. Adik tidur. 2. Hujan turun - dengan lebatnya. 1. Ayah membaca manuskrip. 2. Pemburu menembak rusa. 3. Ibu menghidangkan makanan. 4. Jurulatih menyuruh murid berlari pantas.
  • 27. Pembentukan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
  • 28. Subjek Frasa Adjektif Kata Bantu Penguat Kata Penguat Adjektif 1. Abang sudah - pandai. - 2. Hujan masih - lebat. - 3. Ibu - amat gembira. - 4. Pemburu - sangat cekap. - 5. Nenek masih - cantik amat. 6. Hari masih - gelap benar.
  • 29. Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): • Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut: • Kata sendi nama + frasa nama • Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama • Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
  • 30. • Klausa: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. • Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. • Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.
  • 31. • Awak pandai kerana awak rajin belajar. • Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan. • Mereka akan datang walaupun tanpa diundang. • klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas • Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama
  • 32. • Jenis Ayat: Penjenisan ayat dibuat berdasarkan lagu bahasa dan tujuan pengucapan/penulisan ayat berkenaan dalam pelbagai situasi berbahasa.
  • 33. 1. Datuk Akim ketua kami. Ayat Penyata 2. Harga susu itu mahal. 3. Adik saya pegawai di Kor Risik Tentera Darat Malaysia. 1. Encik Nabil pengurus di sini? Ayat Tanya 2. Dia penyelenggara stor? 3. Ke sekolahkah anak awak? 1. Keluar dari bilik saya! Ayat Perintah 2. Kutip sampah itu! 3. Jemput masuk. 4. Sila lengkapkan borang pendaftaran ini. 1. Amboi, garangnya! Ayat Seruan 2. Nah, ambillah wang ini! 3. Syabas, saudara juara sebenar!
  • 34. • Ayat mempunyai nilai komunikatif atau makna dalam komunikasi, misalnya: Makna/Nilai Ayat 1.penyataan biasa 1. Datuk kami pandai bercerita. 2. ASEAN ialah zon aman, 2.pentakrifan bebas, dan berkecuali. 3. Awas, jangan meniru! 3.amaran 4.tertutup 4. Ustaz itu suaminya? 5.terbuka 5. Suaminya siapa?
  • 35. 6.positif (suruhan) 6. Pergi dari sini! 7.permintaan 7. Tolong senyap sedikit! 8.silaan 8. Silalah istirahat! 9.larangan 9. Usahlah merajuk! 10.harapan 10. Semoga kita bahagia! 11.ajakan 11. Ayuh kita pergi! 12.penyerahan 12. Biarkan dia sendirian! 13.vokatif (biasa) 13. Pak Lebai! 14.doa 14. Tuhanku! 15.bukan vokatif 15. Cantiknya! 16.penegasan (lah) 16. Dialah memulainya. 17.penegasan (yang) 17. Kamilah yang memulainya.
  • 36. • Bentuk Ayat: Secara sedar atau tidak, kita mengucapkan atau menulis ayat untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan sekelas, atau pegawai di jabatan kerajaan. Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah), seperti tiga contoh di atas. Apabila kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang lebih sukar, misalnya membuat laporan kajian, kita secara spontan terdorong untuk membina ayat majmuk atau ayat kompleks.
  • 37. Ayat Tunggal Ayat Majmuk 1. Saya guru. 1a. Saya guru tetapi rakan saya juruteknik di sebuah syarikat petroleum. 2. Pengetua sedang 2a. Para pelajar bercakap walaupun berucap. pengetua sedang berucap. 3. Staf sekolah ini rajin. 3a. Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab. 4. Kajian ini telah selesai. 4a. Kajian tentang kelemahan membaca dalam kalangan murid itu telah selesai dalam masa enam bulan.
  • 38. • Ayat Tunggal: Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Binaan subjek dalam ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut, iaitu (i) kata nama; (ii) kata ganti nama; (iii) kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama; (iv) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Perhatikan contoh-contoh ayat tunggal yang berikut:
  • 39. Subjek Predikat i. Ibu Ahmad ustazah. ii. Dia rajin membaca. iii. Pelari itu sungguh pantas. iv. Seluar itu sangat mahal. v. Buku itu di atas meja. vi. Ke bandar dia pagi tadi. vii.Membaca menjadi kegemarannya. viii.Merompak satu amalan hina. ix. Sabar sifat terpuji. x. Gemuk tidak semestinya hodoh.
  • 40. • Binaan predikat ayat tunggal boleh terbentuk daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS. Subjek Predikat Binaan Predikat i. Pemuda itu pengarah syarikat. Frasa nama ii. Ayam serama itu berkokok. Frasa kerja iii. Cikgu Aminah sangat rajin. Frasa Adjektif iv. Ibu ke Kuala Lumpur. Frasa Sendi Nama
  • 41. • Ragam Ayat: Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. • Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. • Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
  • 42. • Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. • Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
  • 43. • Ayat Aktif Transitif Predikat Subjek Kata Kerja Objek Transitif 1. Ribut melanda kampung kami. 2. Ali mengarang buku cerita. 3. Pengarah merasmikan seminar itu.
  • 44. • Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan Subjek Predikat Kata Kerja Tak Keterangan yang Transitif Boleh Digugurkan 1. Budak itu sedang mandi di sungai itu. 2. Amin menangis sepanjang hari. 3. Kakak tidur di bilik adik.
  • 45. • Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan Subjek Predikat Kata Kerja Keterangan yang Tak Transitif Tidak Boleh Digugurkan 1. Dia berada di Kuala Lumpur. 2. Bas itu menuju ke Kota Baharu. 3. Penyakitnya beransur sembuh.
  • 46. • Ayat Pasif: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu: • Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif; • Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan • Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
  • 47. • Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Keterangan Pasif Nama 1.Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi. 2.Kucing terlanggar oleh basikal. 3.Sampah dipungut oleh pekerja setiap hari.
  • 48. • Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Keterangan Ganti Nama Diri Pertama atau Kedua 1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi. 2. Hutang itu akan kami jelaskan segera. 3.Masakan itu belum engkau makan lagi. 4.Perkara tersebut harus awak putuskan segera.
  • 49. • Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang Hadir Sebelum Kata Kerja Subjek Kena Kata Kerja Oleh + Frasa Nama Dasar 1.Penagih itu kena tangkap oleh polis. 2.Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam. 3.Budak itu kena kejar oleh orang jahat. 4.Harimau itu kena tembak oleh pemburu.
  • 50. • Ayat Majmuk: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung seperti dan, kata fakta ’bahawa’, kata relatif ’yang’, selain penggunaan tanda koma, dan tambahan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
  • 51. • Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung. • a. Faktanya seragam (kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil) • 1. Dia duduk lalu menaip. • 2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.
  • 52. • b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal) • 3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke pejabat. • 4. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi. • c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat penyata dengan ayat penyata. • 5. Adik sudah mandi dan berpakaian. • 6. Urus setia masih menyemak dan membetulkan draf minit mesyuarat itu.
  • 53. • d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir. • 7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafeteria setiap hari. • 8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Srikandi sedang dibaik pulih. • e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan kata hubung. (Dalam laras bahasa lisan, ayat majmuk ditandai oleh hentian suara yang sejenak.) • 9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak pinggang, merenung ke suatu arah. 10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir, menjawab pertanyaan pelajar baharu itu.
  • 54. • Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk/utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: • Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang) • 1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu sudah ditemu duga. • (Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.) • (Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.)
  • 55. • Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa , supaya dan untuk atau demi) • 2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan. • 3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguh- sungguh demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara.
  • 56. • Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, semoga, dan sekiranya) • 4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan. (keterangan sebab) • 5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang dengan kedua-dua ibu bapa saya. (keterangan syarat) • 6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan) • 7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)
  • 57. • Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.
  • 58. • 8. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri kita. • 9. Jika perlawanan bola sepak yang akan menemukan dua pasukan gergasi dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan memperoleh keuntungan yang besar.
  • 59. • Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata kerja transitif. • 1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan kepada kami. • 2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di kawasan pedalaman Negeri Perak Darul Ridzuan. • 3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan barang-barang yang dipesan setelah pesanan diperakukan oleh ketua jabatan. • 4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan datang. • 5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.
  • 60. • Proses Penerbitan Ayat: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.
  • 61. • Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran: • a) frasa nama sebagai subjek • b) frasa predikat • c) frasa nama yang mendahului frasa relatif • d) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama
  • 62. • Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. • Contoh: i. Kamu keluar keluar! • ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!
  • 63. • Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. • Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar • Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar • Dia sangat pandai kerana rajin belajar • ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu • Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu • Adik saya cerdik tetapi pemalu.
  • 64. • Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Contoh:
  • 65. Frasa Predikat Contoh Ayat Adik Ahmad belajar di Seremban. a. Frasa kerja Sepupunya belajar di Seramban. yang i. Adik Ahmad belajar di Seremban serupa dan sepupunya belajar di Seremban. ii. Adik Ahmad dan sepupunya belajar di Seremban.
  • 66. Encik Ali guru sekolah. Puan Aminah guru b.Frasa nama sekolah. yang serupa i. Encik Ali guru sekolah dan Puan Aminah guru sekolah. ii. Encik Ali dan Puan Aminah guru sekolah. Abang saya sangat rajin. Abang Abu sangat rajin. c. Frasa i. Abang saya sangat rajin dan abang Abu adjektif sangat rajin. yang serupa ii. Abang saya dan abang Abu sangat rajin.
  • 67. Frasa Predikat Contoh Ayat Dia masih berada di kampung. Isterinya masih d. Frasa sendi berada di kampung. nama yang i. Dia masih berada di kampung dan isterinya serupa masih berada di kampung. ii. Dia dan isterinya masih berada di kampung.
  • 68. • Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh: 1. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya. • Kereta yang kuning itu pilihan saya. • Yang kuning itu pilihan saya. 2. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik. • Dia membeli baju yang cantik itu. • Dia membeli yang cantik itu.
  • 69. • Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama: Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh: • i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. • Bersenam boleh menyihatkan badan. • ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan. • Merokok membahayakan kesihatan.
  • 70. • Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. • Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata- kata lain pada ayat yang diterbitkan. • Namun demikian, proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.
  • 71. • Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu: • Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. • Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. • Penyusunan semula melalui ayat songsang.
  • 72. Ayat Asal Penyusunan Semula Abang menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh abang. (frasa nama sebagai subjek) Allah mengurniai kita Allah mengurniakan rahmat rahmat. kepada kita. (frasa nama sebagai objek) Lelaki itu pergi ke kedai. Ke kedai lelaki itu pergi. (ayat songsang)
  • 73. • Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.
  • 74. Lelaki itu abang saya. Lelaki itu Lelaki yang membaca membaca buku buku itu abang saya. (Frasa nama sebagai subjek ) Ahmad mengusik budak itu. Budak itu Ahmad mengusik budak menangis. yang menangis itu. (Frasa predikat) Ibu tidak bekerja. Ibu tidak bekerja kerana Ibu sakit perut. sakit perut. (kata hubung) Mereka melaporkan (sesuatu). Mereka melaporkan bahawa Guru kelas tidak hadir. guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)