2. Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat
relevan dalam memupuk nilai-nilai
kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk
mencorakkan perkembangan personaliti yang
lebih seimbang.
Lewenstein (1963) dalam membincangkan
sumbangan pendidikan sejarah, menekankan
betapa pentingnya pendidikan ini dalam
mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar.
3. Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam
pendidikan Sejarah terbahagi kepada 4:
(i) nilai individu,
(ii) nilai politik,
(iii) nilai sosial dan kemasyarakatan dan
(iv) nilai intelek.
4. Pemahaman dan pengetahuan
tentang unsur nilai tersebut
mempunyai signifikannya dalam
memupuk perpaduan dan integrasi
dalam kalangan pelajar pelbagai
kaum.
5. Hal ini akan dapat membantu murid-
murid memahami pentingnya
mengamalkan nilai-nilai sosial dan
kemasyarakatan yang positif dalam
kehidupan mereka seperti keadilan,
kekitaan, kemanusiaan dan semangat
bermasyarakat dan seterusnya menjadi
warganegara yang mempunyai sikap
patriotisme/perasaan mendalam
terhadap negara.
6. 1. Nilai
Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang
mendorong seseorang atau institusi untuk
bertindak mengikut pemilihan yang
berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
[Kajian sejarah: nilai-nilai utama
masyarakat ialah ilmu,
kebijaksanaan, keadilan].
(Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991)
7. Jules Henry (1985) mendifinisikan nilai sebagai
sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik
hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran,
kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan.
Hermin et al.(1980) merumuskan nilai sebagai
garis panduan umum terhadap tingkah laku yang
memberi arah kehidupan kepada seseorang atau
anggota sesuatu masyarakat.
8. Mengikut Redfild (1993) nilai ialah satu
konsep tersurat atau tersirat bagi
individu atau sifat-sifat suatu
kelompok yang dikenendaki yang
mempunyai pemilihan ragam,
maksud dan segala tindakan.
9. Wan Mohd. Zahid (1988), nilai murni merupakan
tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama.
Memang menjadi tujuan semua agama, untuk
membentuk kehidupan penganutnya untuk
menjadi baik dan berakhlak mulia.
10. Justeru nilai murni dapat didefinisikan
sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Nilai murni seterusnya ditakrifkan
sebagai amalan yang baik dalam kehidupan,
umpamanya hormat- menghormati, tolong-
menolong, prihatin, bersimpati,
berperikemanusian dan lain- lain lagi.
11. 2. Patriotisme
Kata patriotisme terbentuk daripada
kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud
bapa dan patris yang bermaksud tanah.
Apabila kedua-dua perkataan tersebut
digabungkan, maka akan maksud kecintaan
kepada tanah air.
Menurut kamus Webster, patriotism ialah
"the devoted love, support and defence of
once's country".
12. Dari segi konsepnya, semangat patriotik didefinisikan
sebagai semangat cintakan tanah air dan sanggup
berkorban nyawa demi mempertahankan negara
tercinta.
Bill Tottan (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud
semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada
bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa
bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan
semua ahli cintakan negara.
13. Dob (1994) semangat patriotisme berkait rapat
dengan emosi mempertahankan kedaulatan
negara, institusi politik dan undang-undang
negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
14. Pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan
memperkukuh semangat setia negara dan jati diri
sebagai seorang warganegara.
Melalui pengetahuan dan pelajaran sejarah serta
penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar
negara yang berkaitan, pelajar akan memahami
keadaan masyarakat dan negara sendiri.
Manakala nilai murni (ilmu, kebijaksanaan &
keadilan) merupakan pemangkin kepada
penghayatan patrotisme seseorang warganegara.
15. (a) Bersemangat cinta akan negara dan bangsa
Seseorang yang bersemangat cinta akan negara
dan bangsa harus menunjukkan sifat
atau amalan bertanggungjawab untuk
mewujudkan kesejahteraan dan membawa
kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan
sanggup mempertahankan kedaulatan
negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk
negara dan bangsa.
16. (b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu
haruslah mempertahankan dan
menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja
dan pemimpin negara,
menghormati lambang-lambang negara seperti bendera
dan lagu kebangsaan,
mengamalkan perlakuan yang bersopan dan
bertatasusila serta mengenal dan
menghayati warisan budaya tempatan
17. (c) Bersemangat kekitaan
Rakyat Malaysia perlu bersatu dan harmoni,
bersatu, bekerjasama tolong menolong dan
bersefahaman dan muafakat mempunyai
semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.
18. (d) Berdisiplin
Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang
mematuhi peraturan dan undang-undang,
bertanggungjawab, bertindak secara wajar,
bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku
adil dan bertimbang rasa.
19. (e) Berusaha dan produktif
Mereka yang berusaha dan produktif adalah
mereka yang rajin, tekun dan gigih,
berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha,
tabah menghadapi cabaran, menyokong satu
sama lain dengan tujuan menyemaikan semangat
cintakan negara secara bersama.
20. ( f ) Menyertai aktiviti sambutan Hari
Kemerdekaan
-Rujuk bah.aktiviti panitia mp sejarah sr.
21. (g) Menyediakan Tugasan Mengikut standard
Kurikulum
- Sila rujuk tajuk pengurusan panitia mp sejarah SR.
22. (h) Menghargai jasa Pemimpin
- Pejuang kemerdekaan
- Hormat kepada pemimpin
- Taat setia kepada Agong
- Bijak dalam kepimpinan
- Berkorban sepenuh hati untuk negara.
23. (i) Aktiviti yang mencetus kesedaran semangat
cintakan negara
- Sila rujuk program tahunan panitia mp
sejarah SR
24. (j) Memupuk Kemahiran
Belajar
Bermaklumat
Berfikir aras tinggi
Menyelesai masalah
Kreatif
Pengurusan masa
Sosial – interaktif
Interpersonal
Refleksi berstruktur
26. • Pembelajaran ialah proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap
dan kepercayaan.
• Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat
seseorang manusia, berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa.
27. • Dalam konteks pendidikan, guru biasanya
berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar
dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.
(Pembelajaran akan membawa kepada
perubahan tingkahlaku seseorang)
• Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan
oleh kematangan seperti berjalan dan makan
ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap
sebagai pembelajaran.
28. • Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran
sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan menjalani latihan.
• Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran
boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman
yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang
agak kekal.
29. • Aliran behavioris berpendapat bahawa
pembelajaran ialah perubahan dalam
tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam
suatu situasi.
• Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap
proses yang dapat membantu seseorang
mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
30. • Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang
hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk
memperoleh dan pemindahan pengetahuan, nilai
murni dan kemahiran.
• Pengalaman pendidikan prasekolah yang
mengembirakan dan bermakna akan dapat
mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri
seseorang sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.
31. • Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai suatu
pendemokrasian pendidikan yang merangkumi
program meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi sama ada secara formal di
sekolah, pusat latihan vokasional atau secara
tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan
di tempat kerja.
32. • Pendidikan tidak formal - merupakan proses yang
berlaku sepanjang hayat dan kaedah
pembelajarannya tidak sistematik kerana ia
diperolehi menerusi aktiviti harian.
• Contoh - sebarang aktiviti pendidikan yang
tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas
formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan
tertentu.
33. • Pendidikan formal - pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik dan teratur, berdasarkan
falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara.
• Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan
sistem kerja. Oleh itu, proses pembelajaran tidak
akan berakhir walaupun seseorang itu
meninggalkan alam persekolahan.
34. Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja
menjadi agenda penting, malahan telah menukar
cara berfikir masyarakat khususnya golongan
muda yang baru keluar dari pusat pengajian
tinggi.
35. “Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan
sahaja bertujuan untuk meningkatkan produktiviti
dan peluang pekerjaan tetapi untuk
memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu
pengetahuan untuk melahirkan generasi (modal
insan) yang cemerlang, gemilang dan terbilang”
(Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia)
36. 4 prinsip pembelajaran sepanjang hayat
-pembelajaran untuk mengetahui,
-pembelajaran untuk melakukan,
-pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa
-pembelajaran untuk tinggal bersama.
37. Empat prinsip tersebut membentuk proses
pembelajaran yang sempurna. Tough
berpendapat bahawa proses pembelajaran
berlaku pada setiap masa kehidupan yang
dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada
sama ada secara terancang mahupun tidak
terancang.
38. • Perubahan di sekeliling kita adalah suasana yang
sangat radikal dari sudut transformasi sosial
menyebabkan perubahan-perubahan ketara
terhadap tabiat kerja dan gaya hidup.
• Perubahan ini menjadi cabaran kepada semua
orang dan hanya melalui pembelajaran yang
berterusan, cabaran akan dapat diatasi.
39. • Seseorang yang dapat bertahan dengan keadaan
yang telah berubah, ilmu yang dimiliki akan
menjadikan cabaran tersebut diolah semula
sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan
kesenangan.
40. • Mewujudkan masyarakat demokrasi, persamaan
taraf tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia
dan bersifat patriotisme.
41. (l) Perkaitan dengan Perkembangan Global
l.i. Kesedaran kompetensi sivik untuk
kesejahteraan masyarakat
- sivik bermaksud ilmu tatarakyat, hak,
perasaan bertanggungjawab terhadap seseorang
atau masarakatnya.
- Tatarakyat (kehidupan rakyat, kebudayaan, adat
resam, peraturan bermasyarakat)
- Kompetensi sivik (kemahiran peradaban sosial)
- Sifat-sifat peribadi yang mulia
- Berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan
sopan
42. l.ii. Kesan industrialisasi dan pembangunan
-Membina ketahanan diri murid meliputi
ketahanan mental, fizikal dan emosi utk
menghadapi cabaran masa depan
-Mampu menyuburkan perpaduan dalam
pelbagai masyarakat walaupun telah
mengecapi pelbagai kemajuan
-Kemajuan dan pembangunan tidak
menghalang untuk memastikan
warganegara bertanggungjawab terhadap
penghayatan patriotisme
43. l.iii. Pembentukan warganegara dunia yang
bertanggunjawab
-Mengamalkan budaya ilmu untuk kemajuan
diri
-Membina keyakinan dan tanggungjawab
mencorak negara pada masa hadapan
-Menghormati orang lain,
mempromosikan amalan membenci
keganasan, menegak etika kerjasama dan
bertoleransi untuk kejayaan bersama
44. Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui
kurikulum Sejarah adalah berterusan. Malah Kurikulum Sejarah
dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat
tersebut.
Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai
etnik, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara
dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai
kaum.
Sebagai rakyat Malaysia, amat berharap semua kaum menanam
sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu
sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan
kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing.
45. Gagasan1 Malaysia yang diperkenalkan
oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru
ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam
masyarakat pelbagai etnik di negara ini.
Oleh itu, kurikulum Sejarah dilihat sebagai
medium yang sangat signifikan dalam
merealisasikan hasrat ini.
47. Abdul Razak Habib. 1993. Tinjauan Awal tentang Keberkesanan Pendidikan
Matematik KBSM. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti
Kebangsaan Malaysia.
Adnan Nan Kamis. 1992. Satu kajian latar belakang sosial dan
hubungannya kepada sikap prasangka atau toleransi terhadap integrasi
nasional. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Adnan Nan Kamis. 1993. Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah
Kemantapan Insan Seimbang. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit
Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Adnan Kamis & Chew Fong Peng. 2002. Kemampuan Bahasa Melayu
dan sastera kebangsaan dalam mengisi perpaduan nasional. Kertas
kerja Seminar Pemikiran Kebangsaan Melayu. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 18-19 Jun.
48. Ahmad Jaffni Hassan. 1993. Pendidikan Moral dalam KBSM: Satu Arah
Memupuk Insan Harmonis. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi:
Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Halimah Harun. 1993. Melahirkan Masyarakat Berdikari melalui Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum
Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Bahasa Melayu Tingkatan Empat. 2003. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu. 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia.
.
49. Martin, J.G.. 1966. The Tolerant Personality. Detroit Dyne State University Press.
Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali. 1993. Unsur Sosiobudaya dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammad Sani Ibrahim. 1999. Perancangan dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru
Sekolah Bestari. Prosiding Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Kamal Hassan. 1988. Pendidikan dengan Pembangunan: Satu Perspektif dan Warisan
Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Musa Daia. 1993. Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan KBSM. Dlm.Adnan Kamis
(pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi:
Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azizah Salleh & Shamsiah Ahmad. 1993. Pendidikan Sains dalam KBSM: Satu Tinjauan
Keberkesanannya dalam Pengajarand an Pembelajaran di Sekolah. Dlm.Adnan Kamis (pnyt).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit
Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Bersepadu: Konsep dan Falsafahnya dalam KBSM.
Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum
Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Tokijan Abd. Halim & Abdullah Mohd. Noor. 1993. Persepsi Guru Geografi terhadap
Pendidikan Sepadu dan Penerapan Nilai Murni. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti
Kebangsaan Malaysia.
Yusoff Ismail. 1993. Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit
Univerisiti Kebangsaan Malaysia
Notes de l'éditeur
Kesetiaan/cinta tidak berbelah bagi, sokongan dan mempertahankan negaranya.