Dokumen tersebut membahas tentang kemahiran berkomunikasi lisan dan kemahiran berbahasa Melayu. Ia menjelaskan pentingnya kemahiran mendengar, berbicara, menyampaikan maklumat, mengemukakan pendapat dan berdebat secara bertanggungjawab. Dokumen tersebut juga memberikan contoh aktivitas yang dapat digunakan untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tersebut seperti membaca pantun, menyanyi,
2. Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk
kepada keupayaan murid memahami perkara
yang didengar dan ditutur dalam pelbagai
situasi pengucapan sama ada perbualan harian
atau situasi formal.
Kemahiran ini bertujuan untuk menimbulkan
kemesraan dan mengeratkan persahabatan
serta dapat membincangkan topik yang
mencabar. Semua perbualan harus mengambil
kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk
menjamin kesejahteraan hubungan.
3. 3.1 : Menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara atau tajuk dengan menggunakan
kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul
dan laras bahasa yang sesuai.
Contoh aktiviti:
Membaca pantun dengan gaya dan cara
penyampaian yang betul dengan kaedah
nyanyian.
Menyanyi bersama: Rasa Sayang
4. Rasa sayang hei
Rasa sayang sayang hei
Hei lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hei..
PANTUN 1
Buah cembedak di luar pagar,
Ambil Galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukan.
Rasa Sayang(Nyanyian)
5. PANTUN 2
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
*Rasa Sayang(Nyanyian)
PANTUN 3
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umurku panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
6. 3.2 : Menghuraikan maklumat dengan alasan
yang menyakinkan.
Contoh aktiviti :
Murid meneliti sesuatu isu yang diberikan.
Contoh : Banyak murid tidak bersarapan
sebelum ke sekolah.
Mencari sebab-sebab mengapa tidak
bersarapan
Membentangkan hasil perbincangan
7. 3.3 : Menyampaikan maklumat kepada pihak
lain dalam aktiviti yang terancang.
Contoh aktiviti :
Menonton pita rakaman video sajak.
Berbincang untuk mencari isi dan
mengembangkan isi tentang tajuk yang
diberikan.
Menyampaikan sajak dengan sebutan yang
betul dan gaya yang menarik.
8.
9. 4.1 : Mengemukakan idea, pandangan dan
pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat dan tersusun.
Contoh aktiviti :
Berbual secara berpasangan tentang sesuatu
perkara yang di dengar.
Contoh aktiviti:
Menonton Video serta menbuat penilaian.
10.
11. 4.2 : Mengemukakan komen yang sesuai
berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan
maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
Contoh aktiviti :
Meneliti gambar rangsangan dan
menceritakan tentang gambar tersebut.
Contoh : Suasana seekor ibu kucing membelai
dan bermain-main dengan anaknya.
12.
13. 4.3 : Mengemukakan hujah untuk menyokong
atau menentang sesuatu pendirian dengan
memberikan alasan yang sesuai secara sopan
dalam aktiviti yang terancang.
Contoh aktiviti :
Menyediakan set perbahasan.
Murid membahaskan sesuatu isu yang
dikemukan.
Contoh: Tentang isu-isu semasa.
Bahaya Merokok, Ponteng sekolah
14. 4.4 : Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak
pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi
mencapai kata sepakat.
Contoh aktiviti :
Membuat keputusan dengan menyatakan alasan yang
munasabah.
Contoh : Memilih tempat lawatan
1. Tempat bersejarah
2. Tempat rekreasi
Contoh alasan :
Tempat bersejarah,kos rendah,menambah ilmu,sesuai
dengan aktiviti kelab/persatuan
15. Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. membezakan hasil pembelajaran 3.0
dengan 4.0
ii. menghuraikan hasil pembelajaran.
iii. memberikan contoh aktiviti yang
sesuai dengan hasil pembelajaran.