Publicité
Publicité

Contenu connexe

Publicité
Publicité

Teks ucapan

  1. BAHASA MELAU PM 3211 P4 TEKS UCAPAN
  2. Definisi ucapan :  Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala , iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapa biasanya terdapat dalam majlis- majlis perasmian , perhimpunan , perkahwinan perpisahan dan sebagainya.
  3.  Oleh itu ,kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.  Ucapan menggambarkan sesorang yang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khalayak.  Ucapan juga merupakan idea-idea secara lisan di hadapan hadirin.
  4.  Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.  Terdapat beberapa perkara yang melibatkan ucapan iatu : a).Majlis atau situasi yang membolehkan ucapan itu berlangsung,contoh hari guru, perhimpunan dan sebagainya. b) Terdapat kumpulan hadirin sebagai pendengar contoh majlis meraikan guru besar baharu.
  5. c). Dalam satu majlis perpisahan , individu yang akan meninggalkan sesuatu jabatan itu akan diminta untuk menyampaikan ucapanya kepada hadirin. d). Terdapat teks atau kata-kata yang dituturkan oleh pengucap dalam bentuk ucapan yang teratur dan difahami oleh hadirin. e). Penerimaan pendengar untuk bersedia menerima mesej dan mendengar apa yang disampaikan oleh pengucap.
  6. Jenis-jenis ucapan  Ada ucapan yang berbentuk umum , iaitu merupakan komunikasi secara umum bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada sekumpulan orang.  Ucapan dapat dibahagikan kepada dua jenis dengan berdasarkan majlis berlangsungnya ucapan tersebut iaitu :
  7. a) Ucapan rasmi Penyampaian ucapan dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas atau orang- orang kenamaan. Dalam ucapan rasmi,pengucap perlu membuat persediaan dari segi isi kandungan ucapan yang ingin disampaikan.
  8. b) Ucapan tidak rasmi Merupakan ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur . Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang mudah , ringkas dan terus kepada maksud, misalnya ucapan dalam majlis hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, ucapan hari raya dan sebagainya. Ucapan jenis tidak rasmi boleh diselitkan dengan unsur jenaka yang dapat menimbulkan rasa gembira dan gelak ketawa.
  9. Ciri-ciri ucapan A) Bahasa mudah difahami Bahasa yang digunakan oleh pengucap hendaklah yang mudah untuk difahami oleh kumpulan sasaran. Bahasa yang mudah bermaksud bahasa yang tidak berbunga-bunga,banyak kiasan mengandungi makna- makna tersirat dan istilah-istilah khusus. Bagi teks ucapan rasmi ,gaya bahasa perlu bersifat ,formal ,serius ,dan tegas.
  10. A) Isi yang bermakna Isi yang bermakna hendaklah sesuai dengan tajuk ucapan dan disesuaikan juga dengan tahap penerimaan pendengar. Contohnya juka pendengar adalah kanak-kanak,isi ucapan hendaklah ringkas dan tidak terlalu panjang.
  11. C) .Struktur ucapan Ucapan yang baik hendaklah disampaikan dengan mengikut struktur ucapan yang ditetapkan. Setiap ucapan perlu didahului oleh kata alu- aluan bagi menghargai hadiri yang baik. Ucapan yang berstruktur akan menyebabkan pendengar tidak dapat mengikuti isu ucapan pengucap secara berkesan.
  12. D). Suara yang jelas Individu yang diminta untuk memberikan ucapan hendaklah menyampaikan ucapannya dengan suara yang jelas dan dapat didengari oleh pendengar. Pengucap perlu menggunakan nada suara yang berbeza-beza dalam keadaan tertentu.Contohnya , nada perlu ditinggikan apabila pengucap ingin menegaskan tentang sesuatu perkara.
  13. E). Cara persembahan Merujuk kepada cara pengucap menyampaikan ucapan secara keseluruhan. Cara persembahan yang baik dapat melindungi kekurangan-kekurangan yang tidak disengajakan oleh pengucap.
  14. F).Keyakinan diri Ucapan juga perlu disampaikan dengan penuh keyakinan diri dan tanpa teragak-agak atau gugup. Pengucap perlu mengelakkan diri daripa menampilkan suara yang menunjukkan keyakinan diri yang rendah atau nada ragu- ragu terhadap perkara yang diucapkannya.
  15. e) . Gaya Penyampaian Meliputi pergerakan anggota seperti badan , tangan , kepala ,mimik muka , pandangan mata , dan senyuman . Gaya penyampaian yang keterlaluan dan pergerakan anggota yang berlebihan tidak perlu dalam sesuatu ucapan.
  16. Format Ucapan : a)Permulaan ucapan Ucapan dimulakan dengan rasa syukur kepada Allah, diikuti dengan kata hormat mengikut protokol. Pengucap juga boleh menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput memberikan ucapan atau mengadakan majlis tersebut bagui meraikannya.
  17.  Susunan kata-kata aluan hendaklah menggunakan panggilan hormat yang betul mengikut status pangkat atau taraf tetamu.  Panggilan hormat harus disebut dengan betul supay tetamu tidak berkecil hati terhadap pihak penganjur.
  18. b) . Isi Ucapan Isi kandungan ucapan bergantung pada sesuatu majlis itu. Isi ucapan hendaklah sesuai dengan majlis seperti tajuk atau tema dan hal – hal yang berkaitan dengan majlis.
  19. c) . Penutup Ucapan Bahagian ini tidak kurang pentingnya kerana bahagian ini merumuskan keseluruhan tujuan ucapan tersebut.
  20. CONTOH TEKS UCAPAN
Publicité