SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  28
Télécharger pour lire hors ligne
Kementerian Pelajaran Malaysia
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN SIVIK
DAN
KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Pusat Perkembangan Kurikulum
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii
KATA PENGANTAR ix
PENDAHULUAN 1
KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH
2
KHIDMAT MASYARAKAT 5
STRATEGI PELAKSANAAN 6
PENILAIAN 6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 7
TEMA 1 :
PENCAPAIAN KENDIRI
8
TEMA 2 :
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
10
TEMA 3 :
HIDUP BERMASYARAKAT
11
TEMA 4 :
WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
13
TEMA 5 :
MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
14
TEMA 6 :
CABARAN MASA DEPAN
16
PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 18
iii
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vii
KBSMHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KATA PENGANTAR
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak
dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai
warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik,
kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan
aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting
dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara
berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid
secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan.
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan
menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah
aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini,
banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan
universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu
yang mewakili badan-badan tertentu.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur
bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran
masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan
pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni
dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap
diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi
keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam
kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP)
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
ix
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai
tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan
jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan
masa depannya.
1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan
merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik,
kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian
budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat
patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia,
menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah
pembangunan negara.
1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH
2.1 Matlamat
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan
tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang
bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia
2.2 Objektif
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2.2.1 Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan
negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang
sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan
masyarakat dan negara.
2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
2.2.2 Objektif Kemahiran:
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang
bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.
2.2.3 Objektif Nilai:
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.
3
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
2.3 Tema
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan
nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi
enam tema seperti berikut:
1. Pencapaian Kendiri
2. Hubungan Kekeluargaan
3. Hidup Bermasyarakat
4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
5. Malaysia Negara Berdaulat
6. Cabaran Masa Depan
Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau
isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia
Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan
dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.
4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
3.0 KHIDMAT MASYARAKAT
Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti
ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam
setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik
darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan
seperti berikut:
Tingkatan Tema
1
1. Pencapaian Kendiri
2. Hubungan Kekeluargaan
2 3. Hidup Bermasyarakat
3 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
4 5. Malaysia Negara Berdaulat
5 6. Cabaran Masa Depan
5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik
darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik,
menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab,
patriotik dan bersatu padu.
5.0 PENILAIAN
Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran
dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan
ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan.
6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
KBSM
6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk,
Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti.
6.1.1 Tema/Tajuk
Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop
pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan.
6.1.2 Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam
bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk.
6.1.3 Cadangan Aktiviti
Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan
tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran.
7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
1. PENCAPAIAN KENDIRI
a. Wawasan diri
- Hala tuju diri
- Usaha yang cemerlang
- Sikap yang berwawasan
i. Menerangkan ciri-ciri wawasan diri
ii. Menghuraikan kepentingan wawasan diri
iii. Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai
wawasan diri
iv. Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi
i. Menghasilkan peta minda tentang
wawasan diri dan membincangkan
bersama-sama rakan
ii. Membincangkan usaha untuk menjayakan
wawasan diri
iii. Menghasilkan Aku Janji untuk
merealisasikan wawasan diri
iv. Mencipta dan mendeklamasikan puisi
bertemakan wawasan diri
v. Menghasilkan biografi tentang perjalanan
hidup seseorang yang telah berjaya dalam
profesionnya:
- doktor
- peguam
- jurutera
- guru
- peladang
8
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
b. Perkembangan diri yang
seimbang
- Intelek
- Rohani
- Emosi
- Jasmani
i. Menghuraikan pelbagai aspek
perkembangan diri yang seimbang
ii. Menerangkan kepentingan perkembangan
diri yang seimbang dalam pelbagai aspek
iii. Mengamalkan pelbagai aspek
perkembangan diri yang seimbang ke arah
kehidupan yang sejahtera
iv. Bersyukur dengan perkembangan diri yang
seimbang
i. Mengadakan sesi sumbang saran pelbagai aspek
perkembangan diri yang seimbang
ii. Berbincang cara untuk meningkatkan
perkembangan diri yang seimbang
iii. Membuat kajian tentang “Murid Contoh”
berdasarkan aspek-aspek perkembangan diri
yang seimbang
iv. Melakonkan sketsa bertemakan perkembangan
diri yang seimbang:
- kehidupan harian seorang petani yang
berjaya
- kehidupan harian seorang usahawan yang
gigih
9
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
2. HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
a. Keperluan berkeluarga
- Sosial
- Politik
- Ekonomi
i. Menghuraikan keperluan berkeluarga
ii. Menjelaskan peranan badan kerajaan dan
bukan kerajaan yang berkaitan dengan
institusi kekeluargaan
iii. Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan
iv. Menjalinkan hubungan erat antara anggota
keluarga
v. Menghargai institusi kekeluargaan
i. Membincangkan kepentingan keperluan
berkeluarga
ii. Mengadakan forum bertajuk “ Membina
Institusi Kekeluargaan Yang Cemerlang”
iii. Main peranan sebagai ketua keluarga dalam
menentukan jodoh ahli keluarganya
iv. Meramalkan nilai-nilai yang diamalkan
dalam institusi kekeluargaan menjelang tahun
2020
v. Melakonkan satu situasi yang
menggambarkan hubungan erat dalam
keluarga
vi. Mengadakan lawatan badan kerajaan yang
berkaitan dengan institusi kekeluargaan
10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
3. HIDUP BERMASYARAKAT
a. Kepekaan dan tindakan terhadap
isu dan masalah sosial dalam
masyarakat
- Penyalahgunaan najis dadah
- Pergaulan bebas
- Penderaan
- Vandalisme
- Gangsterisme
- Penyalahgunaan teknologi
i. Menjelaskan isu dan masalah sosial dalam
masyarakat
ii. Menyenaraikan akibat masalah sosial dalam
masyarakat
iii. Mengambil tindakan yang wajar untuk
menangani isu dan masalah sosial
iv. Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam
masyarakat
v. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi
menangani isu dan masalah sosial dalam
masyarakat
i. Sumbang saran tentang cara untuk mengatasi
isu dan masalah sosial dalam masyarakat
ii. Menghasilkan direktori badan kerajaan dan
bukan kerajaan yang boleh dirujuk untuk
menyelesaikan isu dan masalah sosial
iii. Menulis surat kepada badan-badan yang
berkaitan untuk memberikan cadangan dalam
menangani isu dan masalah sosial di
kawasan setempat
iv. Main peranan sebagai anggota masyarakat
yang memberikan nasihat kepada
sekumpulan remaja yang terlibat dalam
aktiviti tidak sihat
v. Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang
berkaitan:
- Pusat serenti
- Penjara
vi. Mengadakan ceramah yang bertema isu dan
masalah sosial dalam masyarakat oleh
pegawai:
- PDRM
- Penjara
- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
11
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
b. Peraturan dan undang-undang
dalam masyarakat
- Norma komuniti
- Keselamatan jalan raya
- Jenayah juvana
i. Menyenaraikan norma komuniti, peraturan dan
undang-undang dalam masyarakat
ii. Menjelaskan peranan norma komuniti,
peraturan dan undang-undang dalam
masyarakat
iii. Menghuraikan kepentingan mematuhi
peraturan dan undang-undang keselamatan
jalan raya
iv. Menerangkan tujuan undang-undang jenayah
juvana digubal
v. Mengamalkan norma komuniti, peraturan dan
undang-undang negara dalam kehidupan
bermasyarakat
vi. Menggunakan jalan raya secara berhemah
vii. Mematuhi norma komuniti, peraturan dan
undang-undang dalam masyarakat
i. Membincangkan peranan norma komuniti,
peraturan dan undang-undang dalam
masyarakat
ii. Membuat kajian tentang undang-undang
jenayah juvana
iii.Mengadakan kuiz keselamatan jalan raya
iv. Merangka cadangan dan tindakan bagi
mengurangkan kemalangan jalan raya untuk
dibawa ke pihak berkuasa
v. Mengumpul dan membincangkan keratan
akhbar yang berkaitan dengan kes-kes jenayah
juvana
12
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
4. WARISAN KEPELBAGAIAN
BUDAYA MALAYSIA
a. Prinsip-prinsip penting dalam
ajaran pelbagai agama
- Nilai
- Amalan
b. Kepentingan amalan-amalan
tertentu dalam perayaan pelbagai
kaum
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Raya Aidiladha
- Tahun Baru Cina
- Hari Wesak
- Deepavali
- Thaipusam
- Krismas
- Good Friday
- Hari Gawai
- Tadao Keamatan
- Vasakhi
i. Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat
dalam pelbagai agama
ii. Menyatakan amalan ajaran agama masing-
masing dan pelbagai agama lain di Malaysia
iii. Mengamalkan nilai-nilai murni dan ajaran
agama masing-masing dalam kehidupan
iv. Menghormati nilai-nilai murni dan amalan
ajaran pelbagai agama lain
i. Menjelaskan kepentingan amalan-amalan
perayaan pelbagai kaum
ii. Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum
masing-masing
iii. Melaksanakan amalan-amalan tertentu semasa
sambutan perayaan mengikut kaum masing-
masing
iv. Menghormati amalan dan sambutan perayaan
pelbagai kaum
i. Berbincang tentang amalan pelbagai agama
ii. Mengumpul, membincang dan mempamerkan
kata-kata hikmat ahli fikir dan tokoh agama
tentang agama masing-masing
iii. Berkongsi pengalaman dengan rakan tentang
persiapan menyambut perayaan agama
masing-masing
i. Menganjurkan sambutan perayaan sesuatu
kaum di bilik darjah atau sekolah
ii. Menghasilkan buku skrap perayaan pelbagai
kaum
iii. Berbincang tentang kepentingan amalan
tertentu dalam perayaan pelbagai kaum
13
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
5. MALAYSIA NEGARA
BERDAULAT
a. Kepentingan Perlembagaan
Malaysia
- Politik
- Sosial
- Ekonomi
i. Menerangkan sejarah pembentukan
Perlembagaan Malaysia
ii. Menjelaskan kepentingan Perlembagaan
Malaysia
iii. Menghuraikan proses penggubalan
perlembagaan
iv. Menjalankan tanggungjawab sebagai
warganegara
v. Menyanjungi keluhuran Perlembagaan
Malaysia
i. Menghasilkan peta konsep sejarah
pembentukan Perlembagaan Malaysia
ii. Membuat carta aliran cara menggubal
perlembagaan
iii. Mengadakan forum tentang kepentingan
Perlembagaan Malaysia
14
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
b. Peruntukan Utama
Perlembagaan Malaysia
- Bahasa
- Agama
- Kewarganegaraan
- Hak Asasi
- Kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak
i. Menerangkan peruntukan utama
Perlembagaan Malaysia
ii. Menghuraikan batasan hak dan
tanggungjawab sebagai warganegara
iii. Mempertahankan kedaulatan Perlembagaan
Malaysia
iv. Mentaati Perlembagaan Malaysia
i. Mengumpul dan membincangkan keratan
akhbar, majalah dan lain-lain bahan tentang
isu yang berkaitan dengan undang-undang
dan tanggungjawab sebagai warganegara
ii. Meramalkan kesan kepada negara sekiranya
Perlembagaan Malaysia tidak dihormati
iii.Mengadakan perbahasan bertajuk “Peruntukan
Perlembagaan Negara Menghadkan
Kebebasan seseorang Individu”
iv. Mengadakan lawatan sambil belajar
ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
v. Mengadakan ceramah bertajuk “Proses
Pembentukan Undang-undang” oleh Ahli
Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
15
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
6. CABARAN MASA DEPAN
a. Membina budaya kerja yang
cemerlang ke arah
kemakmuran negara
- Etika kerja
- Kualiti kerja
- Peningkatan ilmu dan
kecekapan
- Penyelidikan dan
pembangunan
- Rasuah sifar
- Kebajikan pekerja
i. Menjelaskan budaya kerja cemerlang
ii. Menghuraikan kepentingan budaya kerja
cemerlang
iii. Mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk
kemajuan diri dan negara
iv. Menghayati budaya kerja cemerlang
v. Menghargai usaha meningkatkan budaya
kerja cemerlang
i. Menemubual guru/pentadbir sekolah tentang
ciri-ciri dan kepentingan budaya kerja
cemerlang
ii. Menghasilkan logo, slogan atau poster tentang
budaya kerja cemerlang
iii. Mengadakan kempen “Budaya Kerja
Cemerlang” peringkat kelas atau sekolah
iv. Mengadakan simulasi perundingan antara
majikan dan pekerja tentang hal-hal kebajikan
pekerja
v. Mengumpulkan keratan akhbar tentang kes-
kes rasuah dan mengulas implikasinya kepada
negara
vi. Membina garis panduan untuk melahirkan
murid yang beretika cemerlang
vii. Menghasilkan piagam pelanggan bagi kelab,
persatuan dan badan beruniform secara
kumpulan
16
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
b. Pengguna yang rasional
- Hak pengguna
- Tanggungjawab pengguna
- Etika pengguna dan
pengeluar
- Standard dan keselamatan
pengguna
i. Menghuraikan ciri-ciri pengguna yang
rasional
ii. Menerangkan hak dan tanggungjawab
sebagai pengguna
iii. Menjelaskan etika pengguna dan peniaga
iv. Membincangkan kepentingan standard
terhadap keselamatan pengguna, industri dan
alam sekitar
v. Membudayakan standard kepenggunaan
dalam kehidupan seharian
vi. Mengamalkan sikap sebagai pengguna yang
rasional
vii. Peka tentang hak dan tanggungjawab sebagai
pengguna yang rasional
i. Menganjurkan “Minggu Kepenggunaan”
peringkat sekolah
ii. Mengumpul dan membincangkan kes-kes
penipuan di kalangan pengguna
iii. Mengadakan kempen berbelanja secara
berhemah di sekolah
iv. Membuat perbandingan harga barang
di kedai runcit/pasaraya di kawasan setempat
v. Membuat anggaran perbelanjaan bulanan
secara berhemah bagi keluarga sendiri
vi. Main peranan sebagai seorang pengguna
yang rasional
vii. Mengadakan lawatan sambil belajar ke
tempat-tempat yang berkaitan
- KPDNHEP
- Jabatan Stardard Malaysia
- SIRIM Berhad
- Kilang-kilang yang mendapat
pengiktirafan ISO
17
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
Pelaksanaan Khidmat Masyarakat
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan
dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej
diri, sekolah dan komuniti.
Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang
dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab.
Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan
masyarakat.
Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun.
Matlamat
(1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
(2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
(3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti
Khidmat Masyarakat untuk tingkatan empat adalah berpandukan tema Malaysia Negara Berdaulat. Berikut ialah cadangan aktiviti
Khidmat Masyarakat mengikut tema:
Tingkatan Tema Aktiviti yang dicadangkan
4 • Malaysia
Negara
Berdaulat
- Kajian tentang sumbangan pemimpin
- Pengumpulan episod menarik dalam sejarah
- Pengumpulan kisah/cerita patriotic
- Pameran maksud/erti Merdeka
- Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara
- Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia
- Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat:
Contohnya:-
Meningkatkan sistem pengangkutan awam
Menempatkan semula setinggan
Membersihkan sungai/jalan/pantai/kawasan rekreasi
Menghijaukan kawasan setempat
Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas.
19
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4
Strategi Pelaksanaan
Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda
membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik.
1. Perancangan
a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek
b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek
c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat
d. menyenarai dan membahagikan tugas
e. menentukan cara mengumpul maklumat
f. menentukan cara merekod projek
2. Kerja Amali
a. melaksanakan projek
b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan
c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas
3. Refleksi
a. menilai kerja yang telah dijalankan
b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan
c. membuat kesimpulan
4. Laporan
a. menentukan cara menyediakan laporan
b. menulis laporan individu atau kumpulan
c. membentangkan laporan
5. Penghargaan
a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek
20

Contenu connexe

Tendances

Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smaKurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smamir_din
 
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smpKurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smphendri1 rie
 
1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)praba karan
 
36 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-11021636 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-110216Heroll Khomaeni
 
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknasDrs. HM. Yunus
 
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasUndang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasErlita Izzatunnisa
 
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1angora6750232
 
01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional
01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional
01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasionalAmrizal Ahmad
 
Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013Jenny Revan
 
Makalah undang undang sistem pendidikan nasional
Makalah undang undang sistem pendidikan nasionalMakalah undang undang sistem pendidikan nasional
Makalah undang undang sistem pendidikan nasionalFirlita Nurul Kharisma
 
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)Harun Ar
 

Tendances (14)

Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar smaKurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
Kurikulum sma 2013 dan kompetensi dasar sma
 
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smpKurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
Kurikulum smp 2013 dan kompetensi dasar smp
 
1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)1. modul prasekolah (2)
1. modul prasekolah (2)
 
BAB III
BAB IIIBAB III
BAB III
 
36 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-11021636 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-110216
 
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
01.1 uu tahun2003 nomor020 sisdiknas
 
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknasUndang undang-no-20-tentang-sisdiknas
Undang undang-no-20-tentang-sisdiknas
 
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan1
 
01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional
01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional
01.uu no.20 tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional
 
Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013Kurikulum Terbaru 2013
Kurikulum Terbaru 2013
 
Makalah undang undang sistem pendidikan nasional
Makalah undang undang sistem pendidikan nasionalMakalah undang undang sistem pendidikan nasional
Makalah undang undang sistem pendidikan nasional
 
Program kesiswaan
Program kesiswaanProgram kesiswaan
Program kesiswaan
 
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
1. Sisdiknas uu no.20 tahun 2003 (pdf)
 
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
Undang Undang 2003 (sistem pendidikan nasional)
 

En vedette

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanSukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraanangora6750232
 
PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4
PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4
PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4R.w. Roslan
 
238746887 rpt-sivik-ting-4
238746887 rpt-sivik-ting-4238746887 rpt-sivik-ting-4
238746887 rpt-sivik-ting-4tajul azhar
 
Rancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satu
Rancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satuRancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satu
Rancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satuAyang Affendi
 
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...Dania
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...csdp123
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 

En vedette (12)

Tema 1 & 2
Tema 1 & 2Tema 1 & 2
Tema 1 & 2
 
Tema 1 & 2
Tema 1 & 2Tema 1 & 2
Tema 1 & 2
 
Pppp psk t2
Pppp psk t2Pppp psk t2
Pppp psk t2
 
Rpt sivik t4 2013
Rpt sivik t4 2013Rpt sivik t4 2013
Rpt sivik t4 2013
 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanSukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
 
PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4
PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4
PSK Tema 1 Unit 1 Tingkatan 4
 
Phototalk 2
Phototalk 2Phototalk 2
Phototalk 2
 
238746887 rpt-sivik-ting-4
238746887 rpt-sivik-ting-4238746887 rpt-sivik-ting-4
238746887 rpt-sivik-ting-4
 
Rancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satu
Rancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satuRancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satu
Rancangan tahunan pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan satu
 
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 

Similaire à KBSM Pendidikan Sivik

Similaire à KBSM Pendidikan Sivik (20)

Sp psk kbsm
Sp psk kbsmSp psk kbsm
Sp psk kbsm
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Complete falsafah
Complete falsafahComplete falsafah
Complete falsafah
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
 
Pppm psk t!
Pppm psk t!Pppm psk t!
Pppm psk t!
 
Sp kbsr kt
Sp kbsr ktSp kbsr kt
Sp kbsr kt
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Hsp moral f5
Hsp moral f5Hsp moral f5
Hsp moral f5
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
 
PKN di Malaysia (Kel 5 PKN Global)-1.pdf
PKN di Malaysia (Kel 5 PKN Global)-1.pdfPKN di Malaysia (Kel 5 PKN Global)-1.pdf
PKN di Malaysia (Kel 5 PKN Global)-1.pdf
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Silabus PPKn SMA.docx
Silabus PPKn SMA.docxSilabus PPKn SMA.docx
Silabus PPKn SMA.docx
 
36 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-11021636 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-110216
 
36 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-11021636 silabus-pp kn-versi-110216
36 silabus-pp kn-versi-110216
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
 
Kurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docx
Kurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docxKurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docx
Kurikulum MI Plus Hayatul Mubarak.docx
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumKerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
 

KBSM Pendidikan Sivik

  • 1. Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Pusat Perkembangan Kurikulum
  • 2. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM KANDUNGAN RUKUN NEGARA v FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii KATA PENGANTAR ix PENDAHULUAN 1 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2 KHIDMAT MASYARAKAT 5 STRATEGI PELAKSANAAN 6 PENILAIAN 6 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 7 TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI 8 TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN 10 TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT 11 TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 13 TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT 14 TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN 16 PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT 18 iii
  • 3. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 4.
  • 5. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vii
  • 6.
  • 7. KBSMHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KATA PENGANTAR Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga negara dengan mengambil kira aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Guru juga perlu menekankan aktiviti khidmat masyarakat yang merupakan komponen penting dalam memupuk kesedaran sivik di kalangan murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam usaha menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pelajaran dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. (MAHZAN BIN BAKAR SMP, AMP) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia ix
  • 8.
  • 9. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. 1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 1
  • 10. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 2.0 KANDUNGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH 2.1 Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia 2.2 Objektif Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2.2.1 Objektif Pengetahuan: i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara. 2
  • 11. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 2.2.2 Objektif Kemahiran: i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. 2.2.3 Objektif Nilai: i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat. 3
  • 12. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 2.3 Tema Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut: 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 3. Hidup Bermasyarakat 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 5. Malaysia Negara Berdaulat 6. Cabaran Masa Depan Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negara Berdaulat boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia. 4
  • 13. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 3.0 KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aktiviti ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahn. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Khidmat Masyarakat harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Khidmat Masyarakat bertujuan membina individu yang bersedia untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan seperti berikut: Tingkatan Tema 1 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 2 3. Hidup Bermasyarakat 3 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 4 5. Malaysia Negara Berdaulat 5 6. Cabaran Masa Depan 5
  • 14. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 4.0 STRATEGI PELAKSANAAN Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. 5.0 PENILAIAN Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara cadangan bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan, dan laporan. 6
  • 15. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSM 6.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 6.1 Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi tiga lajur, iaitu Tema/Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 6.1.1 Tema/Tajuk Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 6.1.2 Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 6.1.3 Cadangan Aktiviti Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran. 7
  • 16. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 1. PENCAPAIAN KENDIRI a. Wawasan diri - Hala tuju diri - Usaha yang cemerlang - Sikap yang berwawasan i. Menerangkan ciri-ciri wawasan diri ii. Menghuraikan kepentingan wawasan diri iii. Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri iv. Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi i. Menghasilkan peta minda tentang wawasan diri dan membincangkan bersama-sama rakan ii. Membincangkan usaha untuk menjayakan wawasan diri iii. Menghasilkan Aku Janji untuk merealisasikan wawasan diri iv. Mencipta dan mendeklamasikan puisi bertemakan wawasan diri v. Menghasilkan biografi tentang perjalanan hidup seseorang yang telah berjaya dalam profesionnya: - doktor - peguam - jurutera - guru - peladang 8
  • 17. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Perkembangan diri yang seimbang - Intelek - Rohani - Emosi - Jasmani i. Menghuraikan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ii. Menerangkan kepentingan perkembangan diri yang seimbang dalam pelbagai aspek iii. Mengamalkan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ke arah kehidupan yang sejahtera iv. Bersyukur dengan perkembangan diri yang seimbang i. Mengadakan sesi sumbang saran pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ii. Berbincang cara untuk meningkatkan perkembangan diri yang seimbang iii. Membuat kajian tentang “Murid Contoh” berdasarkan aspek-aspek perkembangan diri yang seimbang iv. Melakonkan sketsa bertemakan perkembangan diri yang seimbang: - kehidupan harian seorang petani yang berjaya - kehidupan harian seorang usahawan yang gigih 9
  • 18. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN a. Keperluan berkeluarga - Sosial - Politik - Ekonomi i. Menghuraikan keperluan berkeluarga ii. Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan iii. Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan iv. Menjalinkan hubungan erat antara anggota keluarga v. Menghargai institusi kekeluargaan i. Membincangkan kepentingan keperluan berkeluarga ii. Mengadakan forum bertajuk “ Membina Institusi Kekeluargaan Yang Cemerlang” iii. Main peranan sebagai ketua keluarga dalam menentukan jodoh ahli keluarganya iv. Meramalkan nilai-nilai yang diamalkan dalam institusi kekeluargaan menjelang tahun 2020 v. Melakonkan satu situasi yang menggambarkan hubungan erat dalam keluarga vi. Mengadakan lawatan badan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan 10
  • 19. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 3. HIDUP BERMASYARAKAT a. Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat - Penyalahgunaan najis dadah - Pergaulan bebas - Penderaan - Vandalisme - Gangsterisme - Penyalahgunaan teknologi i. Menjelaskan isu dan masalah sosial dalam masyarakat ii. Menyenaraikan akibat masalah sosial dalam masyarakat iii. Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial iv. Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat v. Menghargai usaha agensi yang terlibat bagi menangani isu dan masalah sosial dalam masyarakat i. Sumbang saran tentang cara untuk mengatasi isu dan masalah sosial dalam masyarakat ii. Menghasilkan direktori badan kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan isu dan masalah sosial iii. Menulis surat kepada badan-badan yang berkaitan untuk memberikan cadangan dalam menangani isu dan masalah sosial di kawasan setempat iv. Main peranan sebagai anggota masyarakat yang memberikan nasihat kepada sekumpulan remaja yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat v. Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan: - Pusat serenti - Penjara vi. Mengadakan ceramah yang bertema isu dan masalah sosial dalam masyarakat oleh pegawai: - PDRM - Penjara - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia 11
  • 20. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Peraturan dan undang-undang dalam masyarakat - Norma komuniti - Keselamatan jalan raya - Jenayah juvana i. Menyenaraikan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat ii. Menjelaskan peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat iii. Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya iv. Menerangkan tujuan undang-undang jenayah juvana digubal v. Mengamalkan norma komuniti, peraturan dan undang-undang negara dalam kehidupan bermasyarakat vi. Menggunakan jalan raya secara berhemah vii. Mematuhi norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat i. Membincangkan peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat ii. Membuat kajian tentang undang-undang jenayah juvana iii.Mengadakan kuiz keselamatan jalan raya iv. Merangka cadangan dan tindakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya untuk dibawa ke pihak berkuasa v. Mengumpul dan membincangkan keratan akhbar yang berkaitan dengan kes-kes jenayah juvana 12
  • 21. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 4. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA a. Prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama - Nilai - Amalan b. Kepentingan amalan-amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum - Hari Raya Aidilfitri - Hari Raya Aidiladha - Tahun Baru Cina - Hari Wesak - Deepavali - Thaipusam - Krismas - Good Friday - Hari Gawai - Tadao Keamatan - Vasakhi i. Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama ii. Menyatakan amalan ajaran agama masing- masing dan pelbagai agama lain di Malaysia iii. Mengamalkan nilai-nilai murni dan ajaran agama masing-masing dalam kehidupan iv. Menghormati nilai-nilai murni dan amalan ajaran pelbagai agama lain i. Menjelaskan kepentingan amalan-amalan perayaan pelbagai kaum ii. Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing iii. Melaksanakan amalan-amalan tertentu semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing- masing iv. Menghormati amalan dan sambutan perayaan pelbagai kaum i. Berbincang tentang amalan pelbagai agama ii. Mengumpul, membincang dan mempamerkan kata-kata hikmat ahli fikir dan tokoh agama tentang agama masing-masing iii. Berkongsi pengalaman dengan rakan tentang persiapan menyambut perayaan agama masing-masing i. Menganjurkan sambutan perayaan sesuatu kaum di bilik darjah atau sekolah ii. Menghasilkan buku skrap perayaan pelbagai kaum iii. Berbincang tentang kepentingan amalan tertentu dalam perayaan pelbagai kaum 13
  • 22. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 5. MALAYSIA NEGARA BERDAULAT a. Kepentingan Perlembagaan Malaysia - Politik - Sosial - Ekonomi i. Menerangkan sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia ii. Menjelaskan kepentingan Perlembagaan Malaysia iii. Menghuraikan proses penggubalan perlembagaan iv. Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara v. Menyanjungi keluhuran Perlembagaan Malaysia i. Menghasilkan peta konsep sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia ii. Membuat carta aliran cara menggubal perlembagaan iii. Mengadakan forum tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia 14
  • 23. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia - Bahasa - Agama - Kewarganegaraan - Hak Asasi - Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak i. Menerangkan peruntukan utama Perlembagaan Malaysia ii. Menghuraikan batasan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara iii. Mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Malaysia iv. Mentaati Perlembagaan Malaysia i. Mengumpul dan membincangkan keratan akhbar, majalah dan lain-lain bahan tentang isu yang berkaitan dengan undang-undang dan tanggungjawab sebagai warganegara ii. Meramalkan kesan kepada negara sekiranya Perlembagaan Malaysia tidak dihormati iii.Mengadakan perbahasan bertajuk “Peruntukan Perlembagaan Negara Menghadkan Kebebasan seseorang Individu” iv. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri v. Mengadakan ceramah bertajuk “Proses Pembentukan Undang-undang” oleh Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri 15
  • 24. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI 6. CABARAN MASA DEPAN a. Membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara - Etika kerja - Kualiti kerja - Peningkatan ilmu dan kecekapan - Penyelidikan dan pembangunan - Rasuah sifar - Kebajikan pekerja i. Menjelaskan budaya kerja cemerlang ii. Menghuraikan kepentingan budaya kerja cemerlang iii. Mengamalkan budaya kerja cemerlang untuk kemajuan diri dan negara iv. Menghayati budaya kerja cemerlang v. Menghargai usaha meningkatkan budaya kerja cemerlang i. Menemubual guru/pentadbir sekolah tentang ciri-ciri dan kepentingan budaya kerja cemerlang ii. Menghasilkan logo, slogan atau poster tentang budaya kerja cemerlang iii. Mengadakan kempen “Budaya Kerja Cemerlang” peringkat kelas atau sekolah iv. Mengadakan simulasi perundingan antara majikan dan pekerja tentang hal-hal kebajikan pekerja v. Mengumpulkan keratan akhbar tentang kes- kes rasuah dan mengulas implikasinya kepada negara vi. Membina garis panduan untuk melahirkan murid yang beretika cemerlang vii. Menghasilkan piagam pelanggan bagi kelab, persatuan dan badan beruniform secara kumpulan 16
  • 25. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 TEMA/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI b. Pengguna yang rasional - Hak pengguna - Tanggungjawab pengguna - Etika pengguna dan pengeluar - Standard dan keselamatan pengguna i. Menghuraikan ciri-ciri pengguna yang rasional ii. Menerangkan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna iii. Menjelaskan etika pengguna dan peniaga iv. Membincangkan kepentingan standard terhadap keselamatan pengguna, industri dan alam sekitar v. Membudayakan standard kepenggunaan dalam kehidupan seharian vi. Mengamalkan sikap sebagai pengguna yang rasional vii. Peka tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna yang rasional i. Menganjurkan “Minggu Kepenggunaan” peringkat sekolah ii. Mengumpul dan membincangkan kes-kes penipuan di kalangan pengguna iii. Mengadakan kempen berbelanja secara berhemah di sekolah iv. Membuat perbandingan harga barang di kedai runcit/pasaraya di kawasan setempat v. Membuat anggaran perbelanjaan bulanan secara berhemah bagi keluarga sendiri vi. Main peranan sebagai seorang pengguna yang rasional vii. Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan - KPDNHEP - Jabatan Stardard Malaysia - SIRIM Berhad - Kilang-kilang yang mendapat pengiktirafan ISO 17
  • 26. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 Pelaksanaan Khidmat Masyarakat Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Murid dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Matlamat (1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. (2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. (3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 18
  • 27. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 Cadangan Aktiviti Khidmat Masyarakat untuk tingkatan empat adalah berpandukan tema Malaysia Negara Berdaulat. Berikut ialah cadangan aktiviti Khidmat Masyarakat mengikut tema: Tingkatan Tema Aktiviti yang dicadangkan 4 • Malaysia Negara Berdaulat - Kajian tentang sumbangan pemimpin - Pengumpulan episod menarik dalam sejarah - Pengumpulan kisah/cerita patriotic - Pameran maksud/erti Merdeka - Kajian latar belakang dan maksud bendera/jata negeri dan negara - Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia - Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat: Contohnya:- Meningkatkan sistem pengangkutan awam Menempatkan semula setinggan Membersihkan sungai/jalan/pantai/kawasan rekreasi Menghijaukan kawasan setempat Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas. 19
  • 28. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 Strategi Pelaksanaan Murid perlu membuat persediaan sebelum melaksanakan sesuatu projek Khidmat Masyarakat. Panduan yang berikut dapat membantu anda membuat persediaan dan melaksanakan projek Khidmat Masyarakat secara terancang dan sistematik. 1. Perancangan a. mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek c. mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. menyenarai dan membahagikan tugas e. menentukan cara mengumpul maklumat f. menentukan cara merekod projek 2. Kerja Amali a. melaksanakan projek b. merekod/mencatat tugas yang dijalankan c. mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 3. Refleksi a. menilai kerja yang telah dijalankan b. menyusun dan menyemak dokumen dan catatan c. membuat kesimpulan 4. Laporan a. menentukan cara menyediakan laporan b. menulis laporan individu atau kumpulan c. membentangkan laporan 5. Penghargaan a. menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek 20