Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Akta 174
1. AKTA 174
Iaitu Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tatatertib pelajar dalam institusi-
institusi pelajaran iaitu Maktab Perguruan, Politeknik dan Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia
(Jadual I, Akta 174).
Mula dilaksanakan pada Januari 1998.
TAFSIRAN
Ketua Eksekutif
Membawa maksud Pengarah Institusi yang bertugas sebagai eksekutif utama
TAFSIRAN
Pegawai Hal Ehwal Pelajar
Membawa maksud Pengarah yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan yang berkuasa
mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib kepada pelajar di
bawah Jadual Kedua Akta 174.
TAFSIRAN
Pihak Berkuasa Tatatertib
Membawa maksud Pengarah Institusi atau mana-mana kakitangan Institusi atau lembaga yang
ditubuhkan yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Pengarah mengambil apa-apa tindakan
tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib kepada pelajar di bawah Jadual Kedua Akta 174.
(Pegawai Hal Ehwal Pelajar mempunyai kuasa untuk menyemak, membatal atau mengubah apa-
apa keputusan kakitangan / lembaga).
Dalam Jadual 2 Akta 174, iaitu Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
1976, antara lain memperuntukkan:
1. Tatatertib Am (Kaedah 3 – 26)
(Mengandungi Perintah-Perintah dan Larangan-Larangan)
Contoh:
Kaedah 4: Kehadiran di kuliah
Kaedah 5: Menduduki peperiksaan
2. 2. Tatatertib Asrama (Kaedah 27 – 34)
3. Tatatertib Lalulintas (Kaedah 35 – 47)
4. Acara Tatatertib (Kaedah 48 – 66)
Contoh:
Kaedah 48: Hukuman Tatatertib
Pelajar yang bersalah boleh dijatuhkan mana-mana satu atau gabungan
dua atau lebih hukuman berikut:
a) Amaran;
b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;
c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan Istitusi
selama tempoh yang ditentukan;
d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang
ditentukan;
e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di
Institusi;
f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang
ditentukan;
g) pembuangan daripada Institusi.
5. Rayuan-Rayuan (Kaedah 67 – 70)
Rayuan secara bertulis boleh dibuat oleh pelajar kepada Menteri Pendidikan dalam tempoh 14 hari
melalui Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengarah) sama ada:
a) terhadap sabit kesalahan tatertib, atau
b) terhadap hukuman yang dijatuhkan, atau
c) kedua-dua (a) atau (b) di atas.
3. PROSES MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB
PERINGKAT I - Menerima aduan dan laporan
PERINGKAT II - Memaklumkan kepada PBT
– kalau ada kredibiliti, buka fail (action file) atas nama pelajar,
ATAU
– atas nama kes atau kesalahan (jika pelajar tidak dikenalpasti)
PERINGKAT III - Siasatan
– PBT arah unit HEP untuk dapatkan bukti yang mencukup
ambil bukti
ambil gambar jika perlu
PERINGKAT IV - Laporan siasatan
– diteliti oleh pegawai lain (biasanya pegawai penyelia kepada pegawai penyiasat)
– jika tidak berasas, tutup kes. Simpan fail sebagai rekod.
– Jika bukti cukup, fail dihantar kepada PBT untuk diteliti.
PERINGKAT V - Keputusan PBT
sama ada:
Arahan tutup kes (NFA)- jika tuduhan tidak berasas
Arahan siasatan lanjut – jika bukti tidak mencukupi
Arahan tindakan secara pentadbiran sahaja
Beri nasihat
Kaunseling
Tindakan pentadbiran lain
Arahan supaya dibicarakan