1. MOTIVASI Asas Pengurusan
PENGARAHAN
( MOTIVASI )
Objektif Am: Memahami dan mengaitkan teori-teori motivasi di dalam pengurusan
perniagaan.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini, pelajar dapat;
• Memberikan definisi motivasi.
• Menerangkan teori-teori motivasi.
• Mengenalpasti strategi-strategi motivasi dalam pengurusan perniagaan.
• Mengenalpasti kepentingan motivasi dalam organisasi.
2. MOTIVASI Asas Pengurusan
PENGARAHAN
(MOTIVASI)
8.0 Pengenalan
Seseorang pengurus akan sentiasa berusaha memajukan organisasinya samada
mengekalkan pencapaian organisasinya atau meningkatkannya kepada tahap yang
dapat memuaskan sehinggalah matlamat organisasi tercapai dengan jayanya. Dengan
itu pengurus tadi perlu memikirkan serta menghasilkan kerjasama dalam kerja-kerja
tertentu ke arah pencapaian matlamat tadi. Oleh itu motivasi akan sentiasa
diperkenalkan dan diamalkan dalam organisasi supaya mendorong kakitangannya ke
arah kejayaan tersebut.
Motivasi adalah suatu dorongan bagi seseorang untuk mengambil tindakan yang mahu
dilakukannya. Contohnya pelajar akan diberi ganjaran $20 ringgit sekiranya dapat
menjawab soalan pensyarah dalam satu sesi kuliah. Pasti pelajar tadi merasa terdorong
untuk mendapatkan ganjaran itu dan akan bertindak menjawab soalan pensyarah tadi.
Begitu juga dengan manusia di dalam situasi yang berbeza akan merasa tertekan
3. MOTIVASI Asas Pengurusan
melakukan tindakan bagi mencapai sesuatu yang mereka ingini, dan pilihan mereka
yang positif dalam tindakan ini dinamakan motivasi
Apa itu Motivasi….Lagi!!!
.
8.1 Definisi.
Motivasi boleh diertikan sebagai satu proses psikologi yang merangsang dan
mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat
organisasi. Contohnya, ganjaran bagi pekerja yang berjaya menyumbangkan tenaga
dan idea sehingga meningkatkan produktiviti ataupun keuntungan bagi syarikat.
Selain daripada ganjaran sebagai alat motivasi, apakah lagi yang
anda dapat fikirkan boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada
pekerja-pekerja untuk berkhidmat dengan lebih baik?
Motivasi boleh didefinisikan kepada dua iaitu;
8.1.1 Secara am motivasi adalah satu proses dalaman yang mendorong perlakuan
untuk mencapai matlamat.
8.2.1 Secara umum pula motivasi adalah satu paksaan yang menyebabkan manusia
bertindak dengan cara tertentu ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Proses motivasi pula suatu proses mencipta keadaan organisasi supaya
bertindak sebagai pendorong kepada pekerja supaya berusaha kepada
pencapaian matlamat organisasi.
Di sini dapatlah kita tahu bahawa tujuan motivasi dalam organisasi adalah untuk
menggalakkan kerja di kalangan para pekerja, meningkatkan produktiviti serta
4. MOTIVASI Asas Pengurusan
pencapaian matlamat yang segera. Sekiranya tidak ada motivasi yang perkenalkan
maka pekerja merasakan tidak bersemangat, tidak berpuashati seterusnya membuat
kerja di tahap yang sama yang boleh menyebabkan produktiviti organisasi di tahap yang
sama. Maka pencapaian matlamat juga adalah lambat.
Dalam contoh kita tadi, pelajar digerakkan untuk menjawab soalan pensyarah dengan
kehadiran motivasi iaitu ganjaran. Kita pasti akan melihat pelajar-pelajar bertungkus
lumus dan berebut untuk menjawab soalan tadi. Ini bermakna para pelajar mencuba
sedaya upayanya agar jawapan diberikan adalah tepat dan memenuhi kehendak
pensyarah tadi. Jika tidak ada ganjaran tersebut, pelajar mungkin merasa malas untuk
menjawab dan bersikap berdiam diri di mana pensyarah tidak akan nampak kemajuan
dalam diri pelajar dan hasil pengajarannya.
8.2 Teori-teori Motivasi
Kita dapati banyak teori-teori telah dihasilkan berdasarkan para penyelidik yang telah
mencuba berbagai-bagai cara untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan
produktiviti. Teori-teori yang dihasilkan ini berdasarkan hubungan sosial manusia,
prinsip hidup manusia dan juga keperluan ekonomi manusia. Dengan itu lahirlah
pelbagai teori yang menyokong motivasi dalam organisasi. Di antara teori-teori yang
kita akan pelajari adalah:
8.2.1 Teori Keperluan Maslow
8.2.2 Teori Dua Faktor Herzberg dan
8.2.3 Teori X dan Y.
Teori
Maslow ?!! Apa
dia ya?
5. MOTIVASI Asas Pengurusan
8.2.1 Teori Keperluan Maslow
Mengikut Maslow, setiap individu akan membawa bersama minatnya, sikap dan
keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa
manusia mempunyai lima tahap hieraki keinginan yang cuba dipuaskan.
Kesempurnaan
Diri
Penghargaan
Sosial
Keselamatan
Fisiologi
Rajah 8.1: Hierarki Keperluan Maslow
Tahap I- keinginan fisiologi
6. MOTIVASI Asas Pengurusan
Termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks.
Tahap 2- keinginan keselamatan/jaminan
Termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas
daripada bahaya dan ugutan.
Tahap 3- keinginan sosial
Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta
melahirkan perasaan kasih sayang.
Tahap 4- penghargaan atau kebanggaan
Termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat)
Tahap 5- kesedaran diri
Termasuk berbagai keinginan terhadap perkembangan dan kemajuan diri,
pencapaian diri serta potensi.
Dari teori Maslow ini dapat dirumuskan kelakuan manusia adalah;
1. Manusia akan sentiasa cuba memenuhi keinginan pada setiap tahap. Apabila
telah dipenuhi kehendak pada tahap 1, mereka akan mencuba memenuhi
keinginan pada tahap ke 2 dan seterusnya.
2. Apabila keinginan telah dipuaskan, ianya tidak lagi mendorong kelakuan
manusia. Hanya apabila keinginan masih tidak lagi dipenuhi itulah yang akan
mendorong manusia untuk bertindak mendapatkan apa ingin diperolehinya.
8.2.2 Teori Dua Faktor Hertzberg
Teori yang diperkenalkan oleh Hertzberg ini juga dikenali dengan teori Pendorong
atau Kesihatan.
7. MOTIVASI Asas Pengurusan
Hasil dari penyelidikan oleh Hertzberg, beliau mengemukakan dua faktor iaitu;
a) Faktor-faktor luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya tidak
diadakan atau disediakan oleh organisasi, maka akan menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja. Sekiranya faktor itu disediakan,
ia tidak semestinya mendorong pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh
motivasi. Faktor-faktor ini dinamakan faktor kesihatan termasuklah perkara-
perkara berikut
i) jaminan kerja
ii) upah
iii) keadaan tempat kerja
iv) status
v) dasar syarikat
vi) hubungan ketua dan subordinat
vii) lain-lain faedah atau kemudahan
b) Faktor-faktor yang sekiranya wujud akan dapat melahirkan motivasi
kepada pekerja-pekerja yang mana akan dapat meningkatkan prestasi kerja
yang baik. Faktor ini dikenali dengan faktor pendorong atau pemuas. Faktor
ini termasuklah;
i. penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang
ii. pencapaian dalam satu-satu tugas
iii. tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran
iv. tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas
Teori ini boleh diterima oleh ramai pengurus dalam berbagai organisasi, di mana
faktor-faktor pendorong ini cuba memotivasi kelakuan manusia membantu mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Walaubagaimanapun hasil yang didapati dari kedua-dua teori ini bukanlah satu-
satunya rangka untuk memahami kelakuan yang bermotivasi di dalam organisasi.
8. MOTIVASI Asas Pengurusan
Manusia mempunyai keinginan yang berlainan dan terdapat pelbagai lagi faktor
kerja yang dapat memberikan tingkat kepuasan kepada individu.
8.2.3 Teori X dan Teori Y
Douglas Mc Gregor membuat andaian mengenai manusia dan menamakannya
sebagai Teori X dan Teori Y.
Andaian Teori X
1. Kebanyakkan manusia semulajadi tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri
daripada bekerja.
2. Mereka mesti diarah , dipaksa, dikawal dan diugut supaya bekerja.
3. Tidak suka memegang tanggungjawab, mempunyai minat yang rendah dan
mahukan jaminan keselamatan.
Andaian Teori Y
1. Bekerja dengan cara fizikal dan mental di dalam menjalankan tugas secara
semulajadi.
2. Kawalan luaran dan ugutan bukan merupakan satu cara manusia bekerja kearah
mencapai objektif. Manusia akan berusaha untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
3. Kewajipan kepada objektif merupakan fungsi ganjaran berdasarkan pencapaian.
4. Kebanyakkan manusia mempelajari bukan sahaja untuk menerima tetapi juga
mencari tanggungjawab.
9. MOTIVASI Asas Pengurusan
5. Keupayaan menggunakan imaginasi, kreativiti dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah organisasi.
6. Di dalam keadaan corak hidup industri yang moden, potensi di peringkat intelek
kebanyakkan manusia biasanya tidak digunakan sepenuhnya. Ianya bermaksud
daya intelek manusia tidak digunakan sepenuhnya kerana banyak peralatan-
peralatan masakini yang membantu kerja-kerja mereka.
AKTIVITI 8A
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah:
Soalan Objektif.
8.1 Prestasi ditentukan oleh ____________________.
A. Motivasi
B. Persekitaran
C. Kebolehan
D. Semua di atas
E. Tiada satu pun di atas.
8.2 Keperluan yang tidak tersenarai dalam teori keperluan Maslow ialah_____________
A. Keselamatan
B. Pencapaian Hasrat Diri
C. Psikologi
10. MOTIVASI Asas Pengurusan
D. Kepunyaan
E. Kesempurnaan Diri
8.3 Gaji dan persekitaran tempat kerja merupakan ciri-ciri factor _______________
A. Kesihatan
B. Pencapaian Hasrat Diri
C. Motivasi
D. Pertumbuhan
E. Pengukuhan
Soalan esei:
8.4 Berikan definisi Motivasi.
8.5 Apakah yang anda faham mengenai keinginan fisiologi dan keinginan keselamatan
atau jaminan yang telah dikemukan oleh Abraham Maslow?
MAKLUM BALAS AKTIVITI
AKTIVITI 8A
Soalan Objektif.
8.1 D
8.2 D
8.3 A
Soalan Esei
11. MOTIVASI Asas Pengurusan
8.4 Definisi Motivasi
• Ransangan dalaman atau psikologi yang menggerakkan dan mendorong
tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat.
8.5
Tahap paling bawah ialah keinginan fisiologi
Ini termasuklah keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks.
Tahap 2- keinginan keselamatan atau jaminan
• Ini termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta
bebas daripada bahaya dan ugutan
12. MOTIVASI Asas Pengurusan
8.3 Strategi Motivasi
Pakar-pakar motivasi akan mencadangkan atau mengadakan pelbagai program yang
boleh meningkatkan motivasi pekerja di antaranya;
a. Ganjaran diberikan bila mereka melakukan kerja dengan baik.
b. Pengurusan mengikut objektif iaitu pekerja akan diberi keterangan yang jelas tentang
objektif syarikat agar dapat memahami kepentingan diri mereka dalam organisasi
sekaligus memperbaiki diri mencapai matlamat organisasi.
c. Pengurusan berpenyertaan di mana pekerja akan mengemukakan pendapat dan idea
secara berkelompok dan menimbulkan isu yang bermakna serta cuba
menyelesaikannya.
d. Perluasan Kerja dan Pengayaan Kerja. Perluasan kerja akan dapat menambahkan
dan memotivasikan pekerja bekerja. Sebenarnya perluasan kerja dapat mengatasi
masalah kebosanan dalam melakukan kerja yang mudah dan khusus. Pada am
perluasan kerja dapat membantu kepuasan bekerja berbanding pusingan kerja.
Sementara itu, pengayaan kerja akan mewujudkan hubungan yang baik dengan
pelanggan .
e. Pengubahsuaian Jadual kerja dijalankan dengan dua cara iaitu jam kerja boleh ubah
dan perkongsian kerja di mana kedua-dua cara ini akan meningkatkan lagi kualiti
kerja.
13. MOTIVASI Asas Pengurusan
f. Insentif seperti telah melakukan kerja dan mencapai tahap yang diingini oleh
organisasi maka diberikan peluang melancong, kereta mewah dan sebagainya.
g. Kenaikan pangkat bermula dari hasil kerja mereka yang mencapai kualiti kerja yang
telah ditetapkan.
8.4 Tujuan Motivasi
Motivasi yang diwujudkan dalam organisasi dengan berbagai tujuan, maka dapatlah kita
mengenalpasti secara amnya tujuan motivasi adalah untuk:-
a. Memenuhi kepuasan. Pekerja yang berpuashati dan mempunyai semanagat bekerja
yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang baik dan kepatuhan serta kesetiaan
kepada organisasinya. Oleh itu, kemungkinan berlakunya mogok, sabotaj,
ketidakhadiran terhadp operasi organisasi tidak akan berlaku. Ini adalah kerana
pekerja tersebut merasa puashati dengan kerja mereka yang dapat memenuhi
kehendak dan keperluan mereka seperti keperluan ekonomi dan keperluan sosial
setelah mereka melakukan kerja berkenaan.
b. Memotivasikan kelakuan kerja (“work-related behaviour”). Pengurus harus memahami
dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat organisasi
dapat dicapai. Gelagat-gelagat seperti menyertai sesebuah organisasi, terus berada
dan setia di dalam organisasi, sentiasa hadir bekerja, menunjukkan prestasi kerja
yang cemerlang bagi mencapai produktiviti yang tinggi, suka untuk melakukan kerja
untuk kepentingan organisasi harus dimotivasikan oleh sesebuah organisasi.
c. Melicinkan atau melancarkan tugas. Motivasi dapat menghalang berlakunya perkara-
perkara seperti ketidakhadiran, mogok dan sebagainya. Apabila perkara sebegini
dapat dielakkan maka, tugas dan beban kerja akan menjadi lancar sekaligus
melicinkan perancangan dan kerja yang harus dilaksanakan. Pengurus boleh
menyediakan program latihan kepada kakitangan, memberikan kemudahan di
pejabat, insentif kehadiran, hadiah tahunan sebagai alat motivasi.
14. MOTIVASI Asas Pengurusan
d. Merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti
kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pekerja untuk
bekerja dengan lebih tekun dan baik lagi. Kerelaan seseorang pekerja melakukan
kerjanya dengan baik akan meningkatkan prestasi kerjayanya. Oleh itu dalam jangka
masa panjang, pekerja-pekerja akan bersaing secara sihat di antara satu sama lain
untuk meningkatkan prestasi mereka dan sekaligus meningkatkan juga prestasi
organisasi mereka.
8.5 Kepentingan Motivasi Kepada Organisasi.
Motivasi memberi banyak kebaikan kepada organisasi. Ia boleh menghasilkan pekerja
yang lebih produktif. Pekerja yagn bermotivasi tinggi dan dimotivasikan dengan cara
yang betul oleh pengurusnya akan menunjukkan produktiviti yang lebih daripada pekerja
yang mempunyai motivasi yang rendah.
Motivasi yang tinggi akan membawa kepada tumpuan kepada kualiti. Pekerja yang
bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja yang terbaik. Ini kerana
mereka mengharapkan kebaikan serta keuntungan yang maksimum kepada organisasi
dan diri mereka sendiri untuk jangkamasa panjang.
Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. Apabila
seseorang pekerja mempunyai motivasi yang tinggi, dia akan sentiasa mencari alternatif
terbaik untuk melakukan kerjanya supaya produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan.
15. MOTIVASI Asas Pengurusan
AKTIVITI 8B
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Arahan : Bulatkan jawaban yang betul.
8.6 Pekerja yang mengadakan mogok kerja atau sabotaj terhadap aktiviti organisasi
adalah pekerja yang berpuashati terhadap pekerjanya.
(B/S)
8.7 Salah satu tujuan motivasi diwujudkan di dalam sesebuah organisasi adalah untuk
melicinkan kerja-kerja seseorang.
(B/S)
8.8 Seseorang yagn bermotivasi tinggi akan lebih menitikberatkan kualiti yang tinggi
agar dapat membawa kebaikan dan keuntungan kepada organisasinya.
(B/S)
Soalan Esei.
8.9 Mengapa motivasi penting dalam sesebuah organisasi?
16. MOTIVASI Asas Pengurusan
MAKLUM BALAS AKTIVITI
AKTIVITI 8B
Betul / Salah
8.6 S
8.7 B
8.8 B
Soalan Esei
8.9 Kepentingan Motivasi:-
a) Ia boleh menghasilkan pekerja yang lebih produktif.
b) Pekerja yang bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja
yang terbaik.
17. MOTIVASI Asas Pengurusan
c) Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. .
Huraian merujuk kepada mukasurat 11 dan 12 daripada unit ini.
18. MOTIVASI Asas Pengurusan
PENILAIAN KENDIRI
Baik sekarang anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang
disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah
anda.Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!!
Arahan: Isikan Tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. _______________ ialah ransangan dalaman yang membentuk __________
seseorang individu. Dengan adanya motivasi, kebolehan dan factor-faktor
persekitaran yang lain dapat meningkatkan __________ individu.
2. Mengikut Teori Maslow individu mempunyai beberapa keperluan bermula
daripada,
___________,_________________,_______________,__________ dan
_______________.
3. Satu lagi teori yang popular ialah _______________ yang diperkenalkan oleh
Herzberg. Teori ini memperkenalkan dua factor iaitu_______________ yang
dapat memberikan dorongan kepada pekerja . Diantara factor yang boleh
memotivasikan pekerja adalah seperti _______________ dan
_____________ manakala factor _______________ pula merupakan factor
yang diberikan kepada pekerja untuk memberi kepuasan bukan nya untuk
19. MOTIVASI Asas Pengurusan
mendorong. Di antara faktor kepuasan ini ialah _____________ dan
_____________ .
4. Individu boleh dipecahkan kepada dua kategori mengikut Teori X dan Y.
Pekerja yang malas, perlu dipaksa dan diarah yang tergolong dalam kategori
___________ manakala pekerja yang rajin , kreatif dan mencari
tanggunggjawab pula tergolong dalam kategori _________________.
Soalan Esei.
1. Bincangkan Teori Keperluan Maslow dan bagaimana pengurus dapat
melaksanakan teori tersebut dalam organisasi.
2. Bezakan diantara faktor kesihatan dan faktor motivasi seperti yang
dinyatakan oleh Herzberg.
3. Kenapakah pengurus perlu mengenal pasti pekerja tersebut mempunyai cirri-
ciri Teori X dan Y.
MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Isi Tempat Kosong.
1. motivasi, tingkahlaku,prestasi
2. fisiologi,keselamatan,social,pengiktirafan,kesempurnaan diri
20. MOTIVASI Asas Pengurusan
3. Teori 2 faktor, factor motivasi,pencapaian,tanggungjawab, kesihatan, penyeliaan,
polisi syarikat, gaji
4. X,Y
Soalan esei
1.
Dorongan Apa yang Boleh diberi oleh syarikat
Fisiologi Gaji, skim pinjaman perumahan dan kenderaan.
Jaminan Skim pencen, saran, rawatan perubatan.
Gabungan Keahlian kelab, persatuan atau tempat riadah syarikat, Hari
Keluarga.
Penghormatan Status jawatan ditingkatkan seperti mengubah nama
jawatan. Pencapaian peluang untuk terlibat di dalam hasrat
diri membuat keputusan.
Pencapaian hasrat diri Peluang untuk terlibat di dalam membuat keputusan.
2.
Faktor Pengekalan atau kesihatan Faktor Motivasi
Penyeliaan Pencapaian
Polisi syarikat Tanggungjawab
Hubungan dengan penyelia Kemajuan
Keadaan Tempat Kerja Pertumbuhan
Keselamat dan sebagainya. Pengesahan
3.
i. Pemberian Ganjaran atau hukuman
ii. Menyesuaikan dengan gaya pengurusan pengurus
iii. Tujuan delegasi