Publicité
Publicité

Contenu connexe

Présentations pour vous(20)

Publicité

Plus de Ezad Azraai Jamsari(20)

Publicité

Kerajaan Banu Umayyah di al-Andalus (Tahap 3)

  1. PPPJ1253 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM DI AFRIKA UTARA DAN ANDALUS BAB 2 : KERAJAAN BANI UMAIYYAH DI SEPANYOL Encik Ezad Azraai bin Jamsari Nur Zahidah binti Che Ya (A166504) Aina Khadijah binti Yazid (A163361) SEMESTER II SESI 2019/2020
  2. TAHAP KETIGA : ZAMAN KEGEMILANGAN (samb…) • Bermula dari tahun 912M-976M (64 tahun) • Melibatkan 2 orang Amir iaitu: 1) Abdul Rahman III al-Nasir (912-961M) 2) al-Hakam II al-Mustansir (961-976M) • Zaman di mana kerajaan Bani Umaiyyah Sepanyol mencapai tahap kegemilangan dalam pelbagai aspek politik, ekonomi, sosial dan intelektual Ukiran patung al-Hakam II
  3. ABDUL RAHMAN III AL-NASIR • Dilahirkan pada bulan Ramadan 277H/891M. Muhammad bin Abdullah (bapa) manakala ibunya digelar Imm Walad • Bapa beliau dibunuh oleh Mutarrif (bapa saudara) kerana bimbang kuasa pemerintahan Abdullah diserahkan kepada Muhammad • Kemudian Abdullah memelihara, menjaga, mendidik serta memanjakan Abdul Rahman III dan beliau hidup di istana datuknya • Semasa remaja beliau sering diamanahkan datuknya untuk merasmikan majlis-majlis dan perayaan-perayaan rasmi negara serta mengetuai ekspedisi ketenteraan • Dilantik sebagai ‘Amir ketika berusia 21 tahun menggantikan datuknya, Abdullah tanpa bantahan • Keadaan dan suasana negara pada waktu itu agak tegang kerana pemberontakan dan penderhakaan berlaku disebabkan kelemahan pemerintah yang lain • Al-Maqarri dalam kitab Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib menyatakan keadaan yang lebih berbahaya iaitu ancaman dari luar oleh Kerajaan Leon dan Kerajaan Fatimiyyah (Tunisia)
  4. PEMULIHAN KEAMANAN DALAM NEGARA Tentangan pertama dari Ibn Hafsun yang paling kuat dari kalangan kaum pemberontak Mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang beragama Islam (muwalladun) dan orang-orang Kristian Dikatakan menganut agama Kristian bagi mendapatkan sokongan orang Kristian di Sepanyol Abdul Rahman III menjalankan dasar berbaik- baik dengan para penyokong Ibn Hafsun Mengambil kesempatan dari perpecahan yang berlaku dalam keluarga pemerintah di Seville
  5. 913M Abdul Rahman III melantik seorang Gabenor bagi memerintah Seville 928M Kubu pertahanan kuat Ibn Hafsun (Bobastro) jatuh semula ke tangan Kerajaan Bani Umaiyyah MARKAS-MARKAS TENTERA 930M Bahagian selatan, berpusat di Badajoz telah menyerah kalah selepas Ibn al-Tilliqi tewas 932M Kawasan tengah, berpusat di Toledo telah ditawan selepas 2 tahun dikuasai oleh kaum Tujibi 937M Berpaling tadah dari kerajaan Bani Umaiyyah dan menyokong raja Kristian di Leon
  6. TENTANGAN RAJA LEON •Romiro II (Raja Leon) dibantu Theuda (puteri pemangku Navarre) menyerang tentera Abdul Rahman III pimpinan Najdah di Simancas 5 Ogos 939M •Berlaku perpecahan di kalangan para pemimpin Kristian yang menyebabkan mereka lemah dan tidak berupaya menghadapi tentera Abdul Rahman III 950M •Menyaksikan Raja Leon gagal menghadapi tentera Abdul Rahman III •Saragossa menyerah kalah kepada Kerajaan Bani Umaiyyah 951-961M
  7. CABARAN DARI KERAJAAN FATIMIYYAH • ‘Ubaidullah al-Mahdi (pengasas) mengamalkan ajaran Syi’ah di Tunisia pada tahun 904M • Kewujudannya di Afrika Utara menjadi ancaman besar terhadap kerajaan Bani Umaiyyah yang mengamalkan ajaran Sunni KEMPEN ‘Ubaidullah menggelar dirinya sendiri Imam Mahdi (Imam suci) Isytihar komuniti Islam mestilah diperintah oleh seorang pemimpin dari kalangan Imam Syi’ah (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) Kerajaan Fatimiyyah lebih banyak menumpukan perhatian ke kawasan tengah wilayah Islam (Mesir, Syria, Iraq)
  8. Kerajaan Fatimiyyah di Afrika Utara  Membawa perubahan yang besar terhadap Bani Umaiyyah  Abdul Rahman III telah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah atau Amir al-Mu’minin  Beliau memerintah dengan menggunakan nama ‘Amir’ selama 17 tahun  Beliau merupakan pemimpin Islam yang pertama di Andalus menggunakan gelaran ‘Khalifah’
  9. Mengikut jejak langkah Kerajaan Fatimiyyah kerana menggelarkan diri mereka sebagai Khalifah. Akan tetapi konsep Khalifah bagi Kerajaan Fatimiyyah yang menganut mazhab Syiah adalah berbeza dengan Kerajaan Islam Sepanyol mazhab Sunni Dengan memakai gelaran Khalifah status dan kedudukan beliau menjadi lebih tinggi dan dihormati. Abdul Rahman III memperkukuhkan kedudukan dari segi kebendaan dan kerohanian sehingga mewujudkan gelaran baru iaitu ‘al-Nasr li dinillah’ (pembela agama Allah) bagi melengkapkan kuasa khalifah dalam bentuk duniawi dan ukhrawi SEBAB-SEBAB MENGGUNAKAN GELARAN KHALIFAH
  10. PERLANTIKAN ABDUL RAHMAN III Dengan perlantikan Abdul Rahman III sebagai khalifah maka masyarakat Islam mempunyai tiga orang khalifah pada masa yang sama. Abdul Rahman III meninggal dunia pada 16 oktober 961M ketika berusia 71 tahun. Antaranya ialah Khalifah di Baghdad, Afrika Utara dan Sepanyol. Hal ini terjadi kerana perlantikan ini mengikut tradisi Fatimiyyah dan diikuti oleh golongan Bani Umaiyyah di Sepanyol yang bermula dengan Abdul Rahman III
  11. Meningalkan Jasa dan Bakti Terhadap Pembangunan Agama, Masyarakat dan Negara  Bertanggungjawab memulih dan memakmurkan bumi Islam di Sepanyol serta pembela maruah keturunan Bani Umaiyyah  Dianggap sebagai pengasas kedua kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol selepas pengasas pertama Abdul Rahman al-Dakhil  Abdul Rahman III mempunyai keistimewaan yang menarik dimana pemerintahan beliau ditumpukan di dalam semua aspek iaitu kekuatan ketenteraan dan pembangunan dari segi fizikal dan intelektual. KEPERIBADIAN ABDUL RAHMAN III  Seorang pemimpin yang berwibawa di kalangan pemimpin Bani Umaiyyah  Stanley Lane Poole menyifatkan Abdul Rahman III seorang pemimpin yang agung untuk menyelamatkan negara Islam di Sepanyol  Mempunyai semangat dan hemah yang tinggi untuk membina, memelihara dan menjaga keamanan negara  Memiliki sifat yang tegas dalam pentadbiran dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan walaupun daripada kalangan ahli keluarganya sendiri
  12. Masjid Cordova
  13. PEWARIS ABDUL RAHMAN III  al-Hakam menggantikan tempat ayahnya dengan memerintah selama 15 tahun (961-976 M) dan dianggap seorang pemimpin yang sederhana  Beliau hanya menyambung apa yang ditinggalkan oleh ayahnya dengan pembangunan dan negara yang sudah aman damai serta memperkemaskan dasar yang sedia ada seperti dasar pemusatan kuasa yang dilaksanakan oleh Abdul Rahman III  Sepanjang pemerintahannya beliau berpeluang menumpukan perhatian kepada bidang pembangunan dari pelbagai aspek khususnya dalam bidang intelektual  Banyak buku yang dikumpulkan sama ada ianya diperolehi dari Sepanyol atau luar. Jumlah kitab yang dikumpul di perpustakaan Cordova tidak kurang 400 000 buah. Kesemua bahan ini dalam bentuk manuskrip yang ditulis oleh penulis-penulis yang professional
Publicité