SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
HHHC 9401
KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA
DAN PROFESIONALISME
SET 40
SESI 2014/2015
REFLEKSI INDIVIDU
“PERTANDINGAN SENI SUARA MERBOK
PIALA MENTERI BESAR SELANGOR”
TARIKH: 26 MEI 2015
NAMA PELAJAR :
NUR EZZAH SYAZANA BINTI MOHD AZMI
NO MATRIK :
A 145584
PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. FAZILAH BT IDRIS
REFLEKSI
Sepanjang Program Pertandingan Seni Suara Merbok Piala Menteri Besar Selangor
yang berlangsung pada 25-26 April 2015, saya berpeluang mengembangkan kemahiran nilai,
sikap, etika dan profesionalisme saya. Tugas saya dalam program ini adalah sebagai ahli
jawantankuasa pertandingan. Tugas utama saya pada hari pertama pertandingan ialah urusetia
pendaftaran dan urusetia kawalan lalu lintas. Saya bertanggungjawab keatas segala urusan
yang berlaku di meja pendaftatan ketika hari pertandingan dan membantu pihak Rela
memastikan perjalanan lalu lintas di sekitar kawasan pertandingan berjalan lancar tanpa
mengganggu orang awam.
Pada 24 April 2015, jam 5.30 petang, kami seramai 10 orang pelajar UKM selaku ahli
jawatankuasa Pertandingan Seni Suara Merbuk ASEAN berkumpul di Taman Tasik
Cempaka, PKNS, Bangi berhampiran pentas utama pertandingan bagi mendengar taklimat
perjalanan program keesokkan harinya daripada wakil Persatuan Seniman Merbok yang
merupakan Penganjur Pertandingan Seni Suara Merbok ASEAN iaitu En. Azri. Pada petang
itu juga kami turut menyusun atur piala pusingan dan hadiah-hadiah pertandingan mengikut
kategori.
Pada 25 April2015, kami berkumpul seawal 7.30 pagi di pentas utama bagi
mendengar taklimat aktiviti program sekali lagi dan bersarapan bersama sebelum
pertandingan dijalankan. Saya dan 2 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk membantu
pihak Rela mengawal lalu lintas di sekitar kawasan pertandingan pada sesi pagi. Hal ini
adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang kesesakan dan kesulitan kepada peserta dan
pengunjung yang hadir. Ketika inilah kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya
diuji dimana saya harus berhemat dan sopan ketika menegur para peserta dan pengunjung
yang melakukan kesalahan di tempat letak kenderaan. Ini kerana terdapat sesetengah kawasan
yang dilarang meletakkan kenderaan oleh pihak penganjur dan pemilik kawasan
pertandingan.
Ketika sesi tengahari, kumpulan kami bertukar kawasan tugasan di mana kami
dikehendaki menjaga had sempadan(banquet) kawasan pertandingan suara merbok
berlansung. Ini bagi memastikan kelancaran dan keamanan penilaian suara burung merbok
dapat dilakukan dengan sempurna tanpa gangguan para peserta atau pengunjung. Relevannya
juga adalah untuk mengelak dari berlakunya kekacauan atau ketidakadilan dalam
permarkahan suara merbok. Tugas kami semua tamat pada hari pertama pertandingan setelah
selesai sesi bergotong-royong bersama-sama menanggalkan kad nombor tiang burung dan
membersihkan perkarangan kawasan pertandingan.
Pada 26 April 2015, kami berkumpul sekali lagi di pentas utama bagi mendengar
taklimat aktiviti program pada hari kedua pertandingan dan bersarapan bersama sebelum
pertandingan dijalankan. Saya dan 3 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk menjaga meja
pendaftaran peserta dan pendaftaran nombor cabutan bertuah. Di sini, sekali lagi kemahiran
nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya teruji dalam mengendalikan kelancaran proses
pendaftaran peserta dan nombor cabutan bertuah apabila terdapat sedikit kekecohan berlaku
ketika menunggu giliran mereka. Namun, masalah ini berjaya kami atasi dengan sikap yang
sopan dan penuh hemat serta beretika. Ini kerana, para peserta pertandingan terdiri dari
negara yang berbeza, pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia.
Menjelang tengahari, kami bersama-sama ahli jawatankuasa pertandingan yang lain
membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Timbalan Menteri Besar Selangor selaku
perasmi Pertandingan Seni Suara Merbok Piala Menteri Besar Selangor. Persiapan MC
majlis, Usher VIP dan Usher hadiah turut dilakukan. Majlis perasmian pertandingan bermula
pukul 12.45 tengahari setelah kedatangan VIP jemputan. Majlis perasmian dan penyampaian
hadiah pertandingan berakhir pada pukul 2.30 petang. Rata-rata para peserta berpuas hati
dengan keputusan yang telah disampaikan dan tiada sebarang kekecohan atau ketidakpuasan
berlaku. Kami melakukan pembersihan kawasan pertandingan buat terakhir kali sebelum
bersurai.
Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa Pertandingan Seni Suara
Merbok ASEAN ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya sebagaimana yang telah
dirancangkan. Pertandingan ini juga berjaya mencapai tujuannya untuk menjadi salah satu
aktiviti yang dicatatkan di dalam kalendar perlancongan Negeri Selangor. Namun, ingin saya
ulas sedikit kelemahan yang berlaku sepanjang pertandingan ini dijalankan dimana terdapat
sedikit kelompangan pihak penganjur dalam menepati masa seperti yang ditulis didalam atur
cara program. Cadangan saya andai dapat diperbaiki sedikit kelemahan ini, pasti program
pertandingan seperti ini dapat terus berkembang dengan lebih meluas dan dikenali ramai.
Selain daripada perkara itu, aspek-aspek yang lain harus dikekalkan sebagai satu kekuatan
buat program ini.
Melalui penglibatan saya sepanjang pertandingan ini, saya menyedari kepentingan
mematuhi prosedur, kod dan etika untuk menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Saya
juga telah belajar cara untuk menangani segala masalah dengan beretika, berhemat dan sopan.
Saya turut sedar bahawa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang besar seperti pertandingan
ini bukannya satu kerja yang memudahkan tetapi memerlukan kerjasama daripada semua ahli
jawatankuasa. Oleh itu, pengalaman dan hasil pembelajaran saya semasa melaksanakan
pertandingan ini amat memanfaatkan diri saya sewaktu saya menceburi ke alam pekerjaan
nanti terutama apabila melibatkan urusan bersama pihak-pihak atasan.

More Related Content

Similar to Refleksi Individu Hp4

Similar to Refleksi Individu Hp4 (20)

Laporan Akhir
Laporan AkhirLaporan Akhir
Laporan Akhir
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan program
Laporan programLaporan program
Laporan program
 
Laporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatifLaporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatif
 
Laporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatifLaporan hp kreatif & inovatif
Laporan hp kreatif & inovatif
 
Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif
Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan InovatifPembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif
Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif
 
Laporan hp kretif dan inovatif
Laporan hp kretif dan inovatifLaporan hp kretif dan inovatif
Laporan hp kretif dan inovatif
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalahPembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
 
Laporan hp keusahawanan
Laporan hp keusahawananLaporan hp keusahawanan
Laporan hp keusahawanan
 
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan Persatuan
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan PersatuanKertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan Persatuan
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan Persatuan
 
Laporan hhhc9401
Laporan hhhc9401Laporan hhhc9401
Laporan hhhc9401
 
111
111111
111
 
Gambar program siswi
Gambar program siswiGambar program siswi
Gambar program siswi
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
 
Kertas kerja-sekolah
Kertas kerja-sekolahKertas kerja-sekolah
Kertas kerja-sekolah
 
Pembuktian HP
Pembuktian HPPembuktian HP
Pembuktian HP
 
Kertas kerja dinner kimia 2014 (1)
Kertas kerja dinner kimia 2014 (1)Kertas kerja dinner kimia 2014 (1)
Kertas kerja dinner kimia 2014 (1)
 
Laporan hp 1
Laporan hp 1Laporan hp 1
Laporan hp 1
 
LPMMU
LPMMULPMMU
LPMMU
 

More from Ezzah Syazana (11)

Minit Mesyuarat Kelima
Minit Mesyuarat KelimaMinit Mesyuarat Kelima
Minit Mesyuarat Kelima
 
Laporan Program
Laporan ProgramLaporan Program
Laporan Program
 
Tentatif Program
Tentatif ProgramTentatif Program
Tentatif Program
 
Minit Mesyuarat Keempat
Minit Mesyuarat KeempatMinit Mesyuarat Keempat
Minit Mesyuarat Keempat
 
Minit Mesyuarat Ketiga
Minit Mesyuarat KetigaMinit Mesyuarat Ketiga
Minit Mesyuarat Ketiga
 
Minit Mesyuarat Kedua
Minit Mesyuarat KeduaMinit Mesyuarat Kedua
Minit Mesyuarat Kedua
 
Minit Mesyuarat Pertama
Minit Mesyuarat PertamaMinit Mesyuarat Pertama
Minit Mesyuarat Pertama
 
Kertas Kerja
Kertas KerjaKertas Kerja
Kertas Kerja
 
Surat Kelulusan
Surat KelulusanSurat Kelulusan
Surat Kelulusan
 
Jumlah jam kapreza 14
Jumlah jam kapreza 14Jumlah jam kapreza 14
Jumlah jam kapreza 14
 
Kapreza 1314 paperwork
Kapreza 1314 paperworkKapreza 1314 paperwork
Kapreza 1314 paperwork
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Recently uploaded (20)

Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

Refleksi Individu Hp4

  • 1. HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 40 SESI 2014/2015 REFLEKSI INDIVIDU “PERTANDINGAN SENI SUARA MERBOK PIALA MENTERI BESAR SELANGOR” TARIKH: 26 MEI 2015 NAMA PELAJAR : NUR EZZAH SYAZANA BINTI MOHD AZMI NO MATRIK : A 145584 PENSYARAH : PROF. MADYA DR. FAZILAH BT IDRIS
  • 2. REFLEKSI Sepanjang Program Pertandingan Seni Suara Merbok Piala Menteri Besar Selangor yang berlangsung pada 25-26 April 2015, saya berpeluang mengembangkan kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya. Tugas saya dalam program ini adalah sebagai ahli jawantankuasa pertandingan. Tugas utama saya pada hari pertama pertandingan ialah urusetia pendaftaran dan urusetia kawalan lalu lintas. Saya bertanggungjawab keatas segala urusan yang berlaku di meja pendaftatan ketika hari pertandingan dan membantu pihak Rela memastikan perjalanan lalu lintas di sekitar kawasan pertandingan berjalan lancar tanpa mengganggu orang awam. Pada 24 April 2015, jam 5.30 petang, kami seramai 10 orang pelajar UKM selaku ahli jawatankuasa Pertandingan Seni Suara Merbuk ASEAN berkumpul di Taman Tasik Cempaka, PKNS, Bangi berhampiran pentas utama pertandingan bagi mendengar taklimat perjalanan program keesokkan harinya daripada wakil Persatuan Seniman Merbok yang merupakan Penganjur Pertandingan Seni Suara Merbok ASEAN iaitu En. Azri. Pada petang itu juga kami turut menyusun atur piala pusingan dan hadiah-hadiah pertandingan mengikut kategori. Pada 25 April2015, kami berkumpul seawal 7.30 pagi di pentas utama bagi mendengar taklimat aktiviti program sekali lagi dan bersarapan bersama sebelum pertandingan dijalankan. Saya dan 2 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk membantu pihak Rela mengawal lalu lintas di sekitar kawasan pertandingan pada sesi pagi. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang kesesakan dan kesulitan kepada peserta dan pengunjung yang hadir. Ketika inilah kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya diuji dimana saya harus berhemat dan sopan ketika menegur para peserta dan pengunjung yang melakukan kesalahan di tempat letak kenderaan. Ini kerana terdapat sesetengah kawasan yang dilarang meletakkan kenderaan oleh pihak penganjur dan pemilik kawasan pertandingan. Ketika sesi tengahari, kumpulan kami bertukar kawasan tugasan di mana kami dikehendaki menjaga had sempadan(banquet) kawasan pertandingan suara merbok berlansung. Ini bagi memastikan kelancaran dan keamanan penilaian suara burung merbok dapat dilakukan dengan sempurna tanpa gangguan para peserta atau pengunjung. Relevannya
  • 3. juga adalah untuk mengelak dari berlakunya kekacauan atau ketidakadilan dalam permarkahan suara merbok. Tugas kami semua tamat pada hari pertama pertandingan setelah selesai sesi bergotong-royong bersama-sama menanggalkan kad nombor tiang burung dan membersihkan perkarangan kawasan pertandingan. Pada 26 April 2015, kami berkumpul sekali lagi di pentas utama bagi mendengar taklimat aktiviti program pada hari kedua pertandingan dan bersarapan bersama sebelum pertandingan dijalankan. Saya dan 3 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran peserta dan pendaftaran nombor cabutan bertuah. Di sini, sekali lagi kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya teruji dalam mengendalikan kelancaran proses pendaftaran peserta dan nombor cabutan bertuah apabila terdapat sedikit kekecohan berlaku ketika menunggu giliran mereka. Namun, masalah ini berjaya kami atasi dengan sikap yang sopan dan penuh hemat serta beretika. Ini kerana, para peserta pertandingan terdiri dari negara yang berbeza, pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia. Menjelang tengahari, kami bersama-sama ahli jawatankuasa pertandingan yang lain membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Timbalan Menteri Besar Selangor selaku perasmi Pertandingan Seni Suara Merbok Piala Menteri Besar Selangor. Persiapan MC majlis, Usher VIP dan Usher hadiah turut dilakukan. Majlis perasmian pertandingan bermula pukul 12.45 tengahari setelah kedatangan VIP jemputan. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan berakhir pada pukul 2.30 petang. Rata-rata para peserta berpuas hati dengan keputusan yang telah disampaikan dan tiada sebarang kekecohan atau ketidakpuasan berlaku. Kami melakukan pembersihan kawasan pertandingan buat terakhir kali sebelum bersurai. Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa Pertandingan Seni Suara Merbok ASEAN ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya sebagaimana yang telah dirancangkan. Pertandingan ini juga berjaya mencapai tujuannya untuk menjadi salah satu aktiviti yang dicatatkan di dalam kalendar perlancongan Negeri Selangor. Namun, ingin saya ulas sedikit kelemahan yang berlaku sepanjang pertandingan ini dijalankan dimana terdapat sedikit kelompangan pihak penganjur dalam menepati masa seperti yang ditulis didalam atur cara program. Cadangan saya andai dapat diperbaiki sedikit kelemahan ini, pasti program pertandingan seperti ini dapat terus berkembang dengan lebih meluas dan dikenali ramai. Selain daripada perkara itu, aspek-aspek yang lain harus dikekalkan sebagai satu kekuatan buat program ini.
  • 4. Melalui penglibatan saya sepanjang pertandingan ini, saya menyedari kepentingan mematuhi prosedur, kod dan etika untuk menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Saya juga telah belajar cara untuk menangani segala masalah dengan beretika, berhemat dan sopan. Saya turut sedar bahawa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang besar seperti pertandingan ini bukannya satu kerja yang memudahkan tetapi memerlukan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa. Oleh itu, pengalaman dan hasil pembelajaran saya semasa melaksanakan pertandingan ini amat memanfaatkan diri saya sewaktu saya menceburi ke alam pekerjaan nanti terutama apabila melibatkan urusan bersama pihak-pihak atasan.