1. LMCP 1532-
PEMBANGUNAN BANDAR
MAPAN
NAMA: FARAH IZZATIE BINTI KAMAROL ZAMAN
NO MATRIK :A153640
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ
ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. SOALAN
Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar
telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 Tahun
lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang
panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar
kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi
perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk
mengurangkan atau mengatasi masalah ini. Laporan
anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan
adaptasi
3. ISU DAN PERMASALAHAN
Isu yang akan saya kupaskan ialah Kenaikan
paras laut disebabkan oleh perubahan iklim
dunia dan pemanasan global Pemanasan global
adalah suatu keadaan dimana suhu di
permukaan bumi menjadi lebih panas
berbanding dengan suhu normal
4. DEFINISI PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global ialah merupakan satu fenomena pemerangkapan
gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas
seperti gas karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon
(CFC), metana dan nitrogen oksida ini menghalang dan
memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.
Seterusnya, gas-gas ini juga membenarkan bahang matahari
menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan
bumi ke atmosfera.
Akibat dari pemanasan global ini antara kesan buruk yang akan
berlaku ialah pencairan salji di kutub utara yang semakin
meningkat. Apabila ia terjadi maka paras air laut akan semakin
meningkat dan keluasan saiz daratan akan menjadi sangat kecil.
Kesan ini akan mendatangkan bencana alam seperti kemarau, banjr
dan kebakaran hutan secara terbuka. Sebagai contoh negara kita
pernah dilanda banjir yang sangat teruk. Ianya berlaku di beberapa
5. Sambungan..
Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais
di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air
laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan
tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air
tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.
Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan
pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
6. TINDAKAN MITIGASI
Pengertian tindakan mitigasi ialah mengurangkan
perbuatan manusia disebabkan masalah pemanasan
global. Ia juga diertikan sebagai menyekat pemanasan
global melalui perbuatan manusia.
7. TINDAKAN ADAPTASI
Adaptasi bermaksud penyesuaian dengan keadaan
sesuatu, tindakan adaptasi dilakukan bagi
menyelesaikan dan mengatasi masalah di kawasan
tersebut dengan membuat penyesuaian antara tempat
dan keadaan cuaca.
8. PELAN TINDAKAN MITGASI
Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana
tayar yang tidak dipam secukupnya akan melepaskan gas
karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.
Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya
menggunakan alat pencuci yang sesuai yang boleh digunakan
walau dalam air sejuk atau suam.
Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak
digunakan. Hal ini demikian kerana plak wayar elektrik yang
masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus
elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.
Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan
tenaga berbanding lampu bilik atau lampu mentol.
Beli barangan yang boleh dikitar semula, dapat
meminimumkan penggunaan bahan mentah untuk
penghasilan barangan baru.
9. PELAN TINDAKAN ADAPTASI
Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau Penanaman
tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk menngkatkan penghasilan gas gas
yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua
lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di
sekolah untuk menyedarkan kepada pelajar akan kepentingan tumbuhan
hijau dalam ekosistem.
Kitar semula Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea
yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari
akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi. Dengan cara ini generasi
akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh Pendidikan
secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang
yang dan boleh dikitar semula.
10. Sambungan..
Pengurangan penggunaan tenaga Penggunaan petrol dalam pembakaran
enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan
sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan “hijau alam
sekitar” adalah antara langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan
global. Di kebanyakkan negara maju, tenaga solar telah lama diaplikasi
dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan pembakaran
fosil.
Kerajaan haruslah mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan
sumber tenaga alternatif. Walaubagaimanapun,Pihak kerajaan perlulah
mempergiatkan lagi kajian terhadap penggunaan sumber tenaga
alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan
tenaga elektrik.Dengan itu,kita boleh kurang bergantung kepada bahan
api fosil
Kerajaan haruslah menaiktarafkan infrastruktur dan sistem
pengangkutan awam, Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam
harus diperluaskan ke kawasan perumahan supaya penggunaan kereta
persendirian juga boleh dikurangkan.
Mengurangkan pembinaan bangunan di kawasan berdekatan dengan
11. KESIMPULAN
Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi
bantuan dalam meringankan isu pemanasan global ini dengan
melakukan kitar semula, menggunakan pengangkutan awam atau
berkongsi kenderaan, gunakan tenaga elektrik dengan berhemah
serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu (TBB) lebih
menyeluruh .