Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti inovasi pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya dari perspektif guru-guru teknikal.
2. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di Johor.
3. Hasilnya menunjukkan guru-guru
1. Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah
Menengah Teknik Dari Perspektif Guru
Yahya Bin Buntat & Lailinanita Binti Ahamad
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat
aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah
diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang
atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah
teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa
guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-
guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang
menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru
juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan.
Katakunci : inovasi pengajaran dan pembelajaran, guru teknikal, perspektif guru
Pendahuluan
Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan
pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan
matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang
dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif
memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri
daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah
chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).
Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik pelajar-pelajar
bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi
muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan pembangunan. Pada masa yang sama
para pendidik juga harus membantu pelajar-pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan
mental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamat
ini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu
bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab,
beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus
dimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan
membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas
sebagai pendidik yang berkesan.
Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk
memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya
kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat
2. sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolah
bergantung kepada guru dan pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektif
bergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.
Penyataan Masalah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kepada semua pihak sekolah
supaya melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi tujuan
meningkatkan sistem pendidikan di negara ini. Namun demikian, inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan dalam
bab sorotan kajian didapati bahawa terdapat halangan bagi guru-guru untuk melaksanakan
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aspek halangan yang telah dikenalpasti
adalah seperti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis latihan yang telah
diikuti oleh guru, faktor-faktor yang menjadi halangan dalam melaksanakan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran dan juga peluang atau galakan kepada guru-guru untuk
melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Oleh itu, satu kajian dijalankan keatas empat aspek halangan tersebut bagi mengenalpasti
punca-punca masalah yang menyebabkan sesuatu inovasi itu mengalami kesukaran serta tidak
dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).
Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Di antara objektif kajian yang
dijalankan adalah untuk :
1. Mengenalpasti pengamalan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh
guru-guru teknikal.
2. Mengenalpasti jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal bagi membantu
mereka untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
3. Mengenalpasti faktor –faktor yang menjadi halangan guru-guru teknikal untuk
melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4. Mengenalpasti peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal untuk
melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kepentingan Kajian
Kajian ini berhasrat untuk memberi implikasi yang penting terhadap proses penggubalan
kurikulum berdasarkan pandangan penggubal dan pelaksana serta memperlihatkan faktor-faktor
yang boleh menyebabkan kesukaran yang wujud dalam pelaksanaan sesuatu inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selain itu, kajian ini mempunyai kepentingan yang lain seperti :
1. Berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu
secara adil mengenai proses penggubalan kurikulum baru berdasarkan masalah yang
dihadapi oleh pelaksana iaitu guru.
2. Inovasi dalam kurikulum dapat diubahsuai mengikut punca-punca masalah yang
dikenalpasti oleh guru yang menyebabkan berlaku kesukaran dalam pelaksanaan inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3. 3. Ia juga dapat menyedarkan para guru bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting
untuk memperbaiki sistem pendidikan selari dengan kemajuan teknologi dan ekonomi
yang pesat membangun di Negara ini.
4. Dapat memperbaiki kelemahan guru supaya menjadi seorang pendidik yang berjaya
melahirkan insan yang cemerlang.
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian membimbing penyelidik kearah mendapatkan maklumat dan data
berhubung dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan dua kaedah
penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ini hanya
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan khusus-khusus khas yang pernah
diikuti oleh guru-guru teknikal. Maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai item dalam
persoalan kedua. Manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul data-data yang dikaji
dengan menggunakan borang soal selidik.
Mohd Najib ( 2003 ) menyatakan bahawa kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal
selidik telah banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk
mendapatkan maklumat. Soal selidik ini mengandungi item kajian penyelidik dan lazimnya item
telah disusun secara rawak. Disamping itu, responden boleh menjawab soal selidik secara serta
merta kerana kriteria kesahan dan kebolehpercayaannya adalah tinggi.
Fokus kajian adalah terhadap guru-guru teknikal di empat buah Sekolah Menengah
Teknik di negeri Johor. Pengumpulan maklumat daripada sampel dilakukan melalui penggunaan
borang soal selidik. Data kajian adalah berdasarkan skor-skor responden terhadap item-item yang
dikodkan semula.
Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru-guru teknikal dari empat buah sekolah
teknik di negeri Johor. Seramai 45 orang guru teknikal telah dikenalpasti di empat buah sekolah
menengah teknik yang terlibat. Berdasarkan jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W. (1970), bagi
populasi seramai 45 orang perlu mengambil sekurang-kurangnya seramai 40 orang dijadikan
sebagai sampel kajian. Jenis sampel yang digunakan adalah jenis sampel rawak mudah dimana
guru-guru teknikal yang dipilih adalah guru-guru dari jurusan teknikal yang mengajar samada
subjek pengajian kejuruteraan mekanikal, elektrik, awam atau mengajar subjek lukisan
kejuruteraan.
Jadual 1 : Kadar Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi
4. Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan satu
set borang soal selidik kepada setiap responden. Syed Arabi (1992) berpendapat bahawa
pemilihan kaedah ini amat sesuai digunakan, praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Dengan
cara membuat kod, data dapat ditukar kepada simbol angka yang boleh dihitung. Dengan adanya
soal selidik ini juga penyelidik lebih yakin untuk menjalankan kajian kerana :
1. Pengkaji dapat berhubung terus dengan responden
2. Pengkaji berasa yakin bahawa data dan maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini
adalah lebih tepat kerana responden dapat memberi tindakbalas yang baik terhadap aspek
yang ditinjau.
3. Soal selidik ini mudah dijawab kerana jawapan telah pun diberikan.
4. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan pengkaji.
Kajian Rintis
Bagi memastikan keberkesanan instrumen, kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulu
bagi melihatkan kepercayaan responden menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Menurut
Mohd. Majid Konting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan instrumen
pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan
yang sama atau hampir sama setiap kali ia digunakan dalam situasi setara. Mohamad Najib
Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik perlu diuji
untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan seterusnya dapat mambantu untuk mencapai
objektif kajian.
Kajian rintis adalah bertujuan untuk :
1. Mengetahui sejauh manakah kesesuaian penggunaan instrumen kepada responden kajian
ini. Terutamanya tertumpu kepada penggunaan istilah dan struktur ayat.
2. Mengetahui sejauh manakah responden memahami setiap penyataan dan soalan ujian
yang digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada
penyelidik.
3. Mengetahui sejauhmanakah responden memahami kehendak soalan.
4. Menguji kesahan dan kebolehpercayaan tentang soalan-soalan yang dibina.
Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Setelah
disahkan kelayakan soal selidik, kajian rintis akan dilaksanakan kepada 15 orang guru yang
mengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak.
Untuk memastikan isi kandungan soalan kajian yang dibina adalah bersesuaian dan
menepati objektif kajian yang hendak dikaji, penyelidik telah menyerahkan kertas soal selidik
kepada guru yang berpengalaman untuk disemak dan mendapatkan kebolehpercayaan terhadap
instrumen kajian yang dibina.
Untuk menguji tahap kebolehpercayaan bagi instrumen kajian yang dibina, penyelidik
menganalisis instrumen tersebut berdasarkan nilai Alpha Cronbach yang dperolehi. Nilai pekali
(reliability coefficient) bagi setiap persoalan kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : (a)
pengetahuan guru-guru teknikal tentang inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah =
0.839, (b) latihan yang diperolehi guru-guru teknikal untuk membantu melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.813 (c) faktor-faktor yang menjadi halangan guru-
guru teknikal untuk melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.914 dan
(d) peluang-peluang yang menggalakkan guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah = 0.844
5. Menurut Mohd Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach diantara 0.8 hingga 1.0
menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti yang terdapat dalam
jadual 2 di bawah.
Jadual 2 : Pekali Alpha Cronbach
Berdasarkan analisis yang didapati, purata nilai pekali Alpha Cronbach adalah 0.853. Ini
menunjukkan bahawa semua item kajian sesuai digunakan sebagai instrumen kajian sebenar.
Analisis Data
Berdasarkan jadual 3 item pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
oleh guru-guru teknikal ini didapati bahawa kesemua item berada pada tahap yang tinggi iaitu
memperoleh skor min tertinggi melebihi 3.661, kecuali item kelima dan item ketujuh yang
masing-masing mempunyai skor min pada tahap sederhana iaitu 3.62 dan juga 3.45. Kedua-dua
item yang mencapai skor min pada tahap sederhana tersebut adalah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (min = 3.62) dan mengamalkan Pembelajaran Berasaskan
Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (min=3.45). Manakala purata min keseluruhan bagi
semua item pengetahuan guru terhadap inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah 4.10.
Jadual 3 : Taburan Analisis Item Pengamalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal, Mengikut Peratus (%) dan Min
6. Perbincangan
Matlamat kajian ini adalah untuk melihat inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengkaji
faktor-faktor yang menjadi halangan bagi guru-guru teknikal untuk melaksanakan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perbincangan yang dilakukan adalah berdasarkan
kepada hasil dapatan kajian yang telah diperolehi. Ia telah dibahagikan kepada beberapa
bahagian mengikut persoalan kajian untuk memudahkan penerangan.
Daripada dapatan kajian yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pengamalan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru-guru teknikal berada pada tahap yang tinggi
dengan skor min sebanyak 4.10. Ini adalah kerana kesemua item kebanyakannya mendapat
persetujuan daripada responden dan memberi makna responden mengamalkan inovasi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik.
Bagi item kesepuluh iaitu guru menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum
pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah mempunyai skor min yang paling tinggi (min =
4.48). Menurut Saipo (2001), pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa
kepada perubahan seseorang. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggung jawab untuk
memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Guru
harus memahami idea perubahan dengan sempurna dan menyusun strategi yang rapi untuk
memastikan perubahan dilaksanakan dengan jayanya. Kenyataan ini selari dengan pendapat
Hamdan et al. (2004) mengatakan bahawa dengan adanya penyusunan strategi terlebih dahulu
sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan membolehkan seseorang guru itu
memastikan setiap objektif pengajaran tercapai, guru lebih bersedia dengan kaedah-kaedah,
bahan rujukan, aktiviti-aktiviti pelajar dan guru juga dapat membuat jadual masa yang cukup
bagi tempoh isi pengajarannya.
Bagi menangani perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.
Guru perlu mengamalkan budaya ilmu seperti budaya membaca, budaya berfikir dan budaya
menulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini didapati dari item ke sembilan yang merupakan
skor min kedua tertinggi (min = 4.32) iaitu guru mengamalkan budaya ilmu dalam pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Sharil et al (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,
7. guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Tanpa pembinaan ilmu dalam inovasi
pengajaran dan pembelajaran, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai.
Bagi item-item lain, dikatakan responden telah bersetuju menggunakan peralatan
teknologi beserta perisian power point yang dibekalkan bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Kebanyakkannya responden membina set induksi pada awal isi
pelajaran supaya dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami terhadap tajuk yang akan
diajar. Selain itu, responden juga bersetuju mengamalkan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar serta melatih pelajar dengan kemahiran berfikir supaya pelajar berdikari
sendiri berfikir untuk mencari maklumat tanpa bantuan guru.
Namun demikian, dapatan kajian bagi item kelima didapati bahawa responden
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap yang
sederhana (min = 3.62). Rasional kepada peralihan bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris
dalam subjek sains dan matematik adalah atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap
pembangunan sumber manusia untuk mencapai taraf Negara maju dan persiapan perlu diberi dari
peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
Item ketujuh mempunyai min paling rendah (min = 3.45) iaitu responden tidak
mengamalkan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Responden dikatakan mungkin tidak faham atau kelengkapan peralatan untuk melaksanakan
PBL tidak cukup seterusnya tidak dapat mengamalkan PBL dalam pengajaran dan pembelajaran.
PBL merupakan satu inovasi dimana proses pembelajaran menggunakan kaedah ini
menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang
menggunakannya.
Rujukan
Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia.
Andrew Bong (2007). Penerapan Kemahiran “Employability” Di Kalangan Pensyarah Fakulti
Pendidikan UTM dari Perspektif Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Boon Pong Ying (1999). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesional Diri Guru. Jabatan
Ilmu Pendidikan.
Boud & Tamblyn (1980). The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth
Publishing Company,Inc.
Brown, S. & McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA: Open University Press.
Clark C.M. & Yinger R.J. (1977). Research on Teacher Thinking. Curriculum Inquiri.
Edaris Abbu Bakri (2004). Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan. Utusan
Publications and Distributions Sdn. Bhd.
Gallagher (1997). Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.
Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih.
Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Hamizer, Baharudin & Mohamed (2003). Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat Dan
Pelaksanaan Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes. Maktab
Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
8. Krejrie, R.V and Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Education and
Phyclogical Measurement. Bahagian Penyelidikan National Education Association.
Mahasan Mahmood (2003), Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK Yaacob Latif Jalan
Peel Kuala Lumpur.
Margetson (1991). Educational Change in Malaysia: A Case Study Of The Implementation Of
Curriculum Innovation. Ph.D. Thesis. University Of Kentucky.
Miles, M.B. (1965). Planned Change And Organisational Health:Figure and Gound. Dalam R.O.
Carlson, Change. Processes In The Public Schools, Oregon:The Centre For The
Advanced Study Of Educational Administrations.
Mohamed Noor Hasan (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Memantapkan
Pengurusan P&P. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Jasmy dan Isham Shah (2001). Persepsi Pelajar Seni Bina Terhadap Pengajaran
Berbantu Nota Elektronik. UKM. Politeknik Port Dickson.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Mohd Yusof dan Khalijah ( 992). Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi Pendidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur @ Fakulti
Sains Fizik dan Gunaan, UKM.
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Saifo (2001). Guru Mengalami Perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam.
Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia,
sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Taylor, P.H., Reid, W.A., Holley, B.J. & Exon, G.(1974). Purpose, Power and Constraints in
The Primary School Curriculum. London:Macmillan Education.
Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
Malaysia.
Yeo Soo Ying (2008). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Terhadap Kemahiran Generik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Zainal Abidin (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. Universiti Putra Malaysia,
Serdang.