Organisasi Malaysia Reverted Muslim (MRM) berfokus kepada dakwah kepada masyarakat belum Muslim dan memberikan sokongan kepada para muallaf. MRM melaksanakan pelbagai program seperti dakwah jalanan, ceramah, penerbitan video dakwah, pengislaman, kelas fardhu ain untuk muallaf, dan bantuan kemanusiaan kepada anak yatim. MRM beroperasi melalui beberapa unit untuk mengurus aktiviti, logistik, hubun
2. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
2
VISI
Menyampaikan mesej Islam yang haq kepada Belum Muslim & Muslim
3. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
3
MISI
•
•
•
•
•
Menjawab salah faham terhadap Islam di kalangan mereka yang Belum Muslim mahupun yang telahpun Muslim
Mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab setiap Muslim untuk menyampaikan mesej Islam
Melatih lebih ramai Muslim untuk menyampaikan mesej Islam
Menyediakan platform bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang Islam
Mewujudkan sistem sokongan kepada Muslim terutamanya di kalangan muallaf
4. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Pengenalan
Malaysia Reverted Muslim (MRM) diasaskan oleh Firdaus
Wong Wai Hung sebagai satu platform bagi berdakwah
kepada masyarakat belum Muslim serta membolehkan
para muallaf untuk berinteraksi dan mendapatkan
sokongan di Facebook. Page Facebook MRM telah mula
ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi.
Di awal penubuhan, MRM hanyalah satu wadah di alam
maya sahaja tetapi segalanya berubah apabila satu
perjumpaan mula diatur pada awal 2011 di MACMA Ipoh.
Bak kata orang putih, segalanya adalah sejarah selepas
itu.
Kini Page MRM mempunyai seramai hamper 37k ‘Likes’
(setakat 12:21am 15hb Oktober 2013) dan telah terlibat
dalam pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan
serta kebajikan samaada anjuran MRM ataupun pihak
luar kerana bagi MRM, NGO hanyalah satu platform untuk
berkhidmat kepada Allah maka tidak mengapa untuk
bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat
yang ulung yakni berkhidmat demi Allah.
4
Gambar Atas
Page Facebook MRM yang telah mendapat
hampir 37 ribu Likes
Gambar Bawah
Aktivis da’wah dari MRM bersama sama
dengan masyarakat ketika menjalankan
Program Street Da’wah di sekitar Petaling
Street
”Untuk berkongsi keindahan Islam kepada dunia melalui sumber yang sahih, Al-Quran & Sunnah
Nabi Muhammad .ﷺKami juga sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dan untuk membantu kami memandu saudara
baru melalui perjalanan mereka di dalam Islam”
5. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Aktivis da’wah dari MRM menerangkan konsep Syahadah kepada masyarakat
Pendekatan Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Pendekatan yang digunakan oleh Malaysia Reverted Muslim adalah dengan mempersiapkan para ahli
& sukarelawan kami dengan ilmu Islamiah bagi menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Selain
itu, ahli-ahli kami juga dihantar ke kursus ataupun seminar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bagi
memudahkan usaha dakwah dijalankan. MRM bukanlah NGO yang bersaing dengan NGO Islam yang lain
tetapi kewujudan MRM adalah untuk saling melengkapi. Selain itu juga, MRM akan berusaha meningkatkan
keberkesanan dakwah yang telah dilakukan dengan meneroka kaedah yang terkini bagi memecahkan
tembok halangan dakwah Islamiah bagi membolehkan mesej Islam disampaikan kepada pelbagai peringkat
masyarakat.
Selain itu juga, kami di MRM mewujudkan satu konsep iaitu membawa masjid keluar kepada masyarakat
memandangkan banyak program Islamik dijalankan di dalam masjid sedangkan ramai di antara golongan
sasaran berada di luar masjid. Kita perlu menyeimbangkan program dalam & luar masjid agar ianya sampai
kepada pelbagai golongan masyarakat.
Tambahan itu, MRM juga turut terlibat sama dalam membimbing muallaf yang dahagakan ilmu dan
juga tidak dilupakan saudara Islam yang lain. Kami juga mewujudkan sistem muakhat yang diambil
sempenaperistwa ‘muakhat’ yakni ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Rasulullah SAW di antara
sahabat-sahabat Muhajirin & Ansar di Madinah. Sebagaimana firman Allah SWT;
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,” [al-Hujuurat 49:10]
5
6. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Struktur Organisasi Pengurusan
Malaysia Reverted Muslim (MRM)
PENASIHAT
PENASIHAT
Ustaz Razali Tahir
Syeikh Hussein
Yee
PENGERUSI
Firdaus Wong Wai
Hung
6
UNIT
UNIT
UNIT
UNIT
Kaji Selidik
Perhubungan
Muallaf
Perancangan
Aktiviti
UNIT
UNIT
UNIT
Kewangan
Kebajikan
Multimedia
Pemasaran
” NGO hanyalah satu platform untuk berkhidmat kepada Allah maka tidak
mengapa untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mencapai matlamat
yang ulung yakni berkhidmat demi Allah”
7. UNIT KAJI SELIDIK
Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
• Menjalankan kajian tentang isu-isu klasikal dan kontemporari serta isu semasa
• Mencari statistik yang berkaitan bagi membantu da’wah yang lebih berkesan
• Menyediakan topik baru yang selari dengan visi dan misi Malaysia Reverted Muslim (MRM) iaitu
berkaitan da’wah, isu muallaf & kekeluargaan
UNIT PERHUBUNGAN / LOGISTIK
• Berkomunikasi dengan pihak dalaman dan luaran bagi memantapkan silaturahim dan juga
kelancaran program yang bakal dilaksanakan
• Menguruskan logistik penceramah jemputan bagi program Malaysia Reverted Muslim (MRM) serta
mengatur logistik pelatih Malaysia Reverted Muslim (MRM) yang dijemput oleh pihak luar.
UNIT MUALLAF
• Memberi bimbingan kepada muallaf tentang agama Islam.
• Memberi khidmat kaunseling jika muallaf menghadapi masalah.
• Berurusan dengan unit Kebajikan jikalau muallaf memerlukan bantuan kewangan
UNIT PERANCANGAN AKTIVITI
•
•
•
•
Merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Menganalisa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Menambah baik aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Menerima pendapat atau komen dari peserta program
UNIT MULTIMEDIA / IT
•
•
•
•
•
•
Merekacipta bahan promosi untuk program Malaysia Reverted Muslim (MRM) yang akan dijalankan.
Membina dan menjaga laman sesawang Malaysia Reverted Muslim (MRM).
Merekacipta barangan ‘merchandise’ Malaysia Reverted Muslim (MRM).
Video Dakwah dalam pelbagai bahasa.
Menyediakan Slide/ Presentation
Merekacipta bahan/material da’wah
UNIT KEWANGAN & KEBAJIKAN
• Membantu golongan yang kurang bernasib baik sama ada Muslim mahupun Belum Muslim tetapi
fokus adaLah kepada Muslim
• Bekerjasama dengan pihak kementerian berkaitan, korporat serta individu bagi menaja muallaf yang
diberhentikan penyekolahan di sekolah, kolej mahupun universiti oleh ibubapa kerana memeluk
Islam
• Menerima permohonan, menilai serta berkuasa melulus atau tidak meluluskan mana-mana
permohonan
• Mendapatkan sokongan dari pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan
UNIT PEMASARAN
• Mengiklankan Program yang dijalankan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM)
• Menjual barangan ‘merchandise’ Malaysia Reverted Muslim (MRM)
• Memasarkan video-video dakwah yang dihasilkan oleh Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Pembahagian tugas antara unit-unit jawatankuasa
7
8. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Penerangan Program
Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Sekitar Program yang pernah / disertai oleh MRM
Program Da’wah
Street Dakwah | Aidilfitri Dakwah | Institusi Pengajian | Multimedia : Video Dakwah |
PengIslaman
Street Da’wah & Aidilfitri Da’wah
Street da’wah atau da’wah jalanan adalah satu program berkala
yang dijalankan oleh sukarelawan MRM dari masa ke masa.
Berbekalkan hadis riwayat Bukhari Sampaikan dariku walaupun
satu ayat, para sukarelawan akan turun ke jalanan untuk
menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai.
8
Tumpuan kami adalah mereka yang belum islam dan juga umat
islam yang tidak mengamalkan cara hidup islam.
STREET
DA’WAH
SERIES
Memandangkan program sebegini kurang dijalankan di
Malaysia, pihak MRM cuba mengisi kekosongan yang ada bagi
menyampaikan kalimah-kalimah Allah kepada orang ramai.
9. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Ceramah Pengukuhan Aqidah
Institusi Pengajian
Kami di MRM juga sering dijemput oleh Institusi Pengajian,
Agensi Kerajaan, Badan-badan korporat serta NGO lain bagi
program pengukuhan akidah melalui perbandingan agama.
Selain itu juga, kami juga sering dijemput untuk program
motivasi khasnya kepada remaja yang tercari-cari identiti diri
pada usia itu. Street da’wah atau da’wah jalanan adalah satu
program berkala yang dijalankan oleh sukarelawan MRM dari
masa ke masa. Berbekalkan hadis riwayat Bukhari Sampaikan
dariku walaupun satu ayat, para sukarelawan akan turun ke
jalanan untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai.
Tumpuan kami adalah mereka yang belum islam dan juga umat
islam yang tidak mengamalkan cara hidup islam.
Memandangkan program sebegini kurang dijalankan di
Malaysia, pihak MRM cuba mengisi kekosongan yang ada bagi
menyampaikan kalimah-kalimah Allah kepada oRang ramai.
9
10. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Multimedia : Penerbitan Video Da’wah
MRM memaksimakan kmajuan teknologi bagi menyampaikan Islam kepada masyarakat Belum Muslim
dengan menggunakan dialek bahasa selain dari Bahasa Melayu. Setakat ini, video dakwah dalam dialek
Kantonis, Iban dan juga Hokkien telah dimuatnaik di youtube dan mendapat sambutan yang menggalakkan
dari masyarakat Belum Muslim
Da’wah Bahasa Kantonis
10
Da’wah Bahasa Iban
Respond dari masyarakat Belum Muslim
Da’wah Bahasa Hokkien
11. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Syahadah
Kami di MRM berusaha sedaya upaya bagi memudahkan
individu yang berminat memeluk Islam untuk melakukannya.
Mana-mana individu yang berminat maka kami akan Islamkan
mereka terus sementara menanti majlis rasmi ataupun dibawa
ke Jabatan Agama bagi proses pendaftaran kerana yang paling
penting adalah pengIslaman mereka sah di sisi Allah SWT.
Kami pernah melakukan pengIslaman melalui telefon &
adakalanya 2 atau 3 pagi.
SYAHADAH
11
”Laksanakanlah dengan perlahan-lahan sampai engkau tiba di hadapan mereka,
kemudian ajaklah mereka kepada Islam dan khabarkanlah kepada mereka apa yang
menjadi kewajiban mereka terhadap hak-hak Allah di dalamnya. Demi Allah, apabila
Allah memberikan hidayah satu orang dengan perantaraanmu itu lebih baik bagimu
daripada engkau memiliki seekor unta merah.”
(Al-Bukhari No.2942 dan Muslim No. 2406
12. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Muallaf
Fardhu Ain | Kaunseling | Pernikahan
Baitul Muslim
Salah satu tugasan dan tanggungjawab kami di MRM adalah
memudahkan muallaf untuk mencari jodoh dan adakalanya
kami juga akan memperkenalkan mereka dengan pasangan
yang sesuai dan terpulanglah kepada mereka untuk
meneruskan hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
Kami sentiasa bersedia membantu dari sudut kewangan,
kepakaran dan juga masa bagi membolehkan mereka
mendirikan rumah tangga yang diidamkan.
12
BAITUL
MUSLIM
13. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Kelas Fardhu Ain & Kaunseling
Kami juga mengadakan kelas fardhu ain bagi muallaf di sekitar
Lembah Klang di Serdang, Bangi, Kepong, Petaling Jaya dan
juga melalui kerjasama dengan NGO lain seperti MACMA Sgor
& juga MACMA Ipoh.
Walaupun ianya adalah kelas fardhu ain bagi muallaf, tetapi
kelas kami juga dibuka kepada mereka yang lahir Islam serta
mereka yang belum Muslim. Kesemua kelas-kelas kami adalah
percuma dan tiada bayaran dikenakan.
FARDHU AIN
& KAUNSELING
13
14. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Kebajikan
Bantuan Rumah Anak Yatim | Ziarah Masyarakat | Ziarah Gelandangan
Bantuan Rumah Anak Yatim
(Bait Al-Amin)
Walaupun da’wah & muallaf adalah fokus utama kami, namun
golongan yang kurang bernasib baik jugak tidak kami lupakan
terutamanya anak-anak yatim piatu.
14
BANTUAN
RUMAH ANAK
YATIM
”Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”,
Kemudian baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit
merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)(Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata : “Isyarat ini cukup untuk menegaskan betapa
dekatnya kedudukan pemberi layanan dan berlemah lembut kepada anak yatim dengan
kedudukan Nabi di syurga nanti, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk
dengan jari tengah.”
15. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Ziarah Masyarakat
Pihak MRM dimaklumkan oleh orang awam melalui
Facebook Page kami berkenaan dengan nenek Fatemah yang
hidup dalam keadaan serba kekurangan. Maka kami telah
menziarahinya di rumah beliau di Kampung Chubadak, Sentul
dan rumahnya akan dimasuki air dan banjir apabila hujan lebat
kerana sebahagian atap rumah telah diterbangkan angin.
ZIARAH
NENEK
FATEMAH
Kontraktor telah dipanggil untuk memberikan sebutharga dan
kos keseluruhan membaikpulih rumahnya hampir mencecah
RM20,000. Pihak MRM telah meuar-uarkan melalui Facebook
Page & Facebook Bro Firdaus Wong serta melalui kenalan
rapat dan Alhamdulilah, kami berjaya mengutip RM20,000 bagi
membaikpulih rumahnya. Kami juga mengunjungi beliau dari
semasa ke semasa.
”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim.Dia tidak boleh menganiaya saudaranya
dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan
barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya,
maka Allah Ta ‚ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya.
Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta ‚ala
melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aib
seorang muslim, maka Allah menutupi pula aibnya kelak di Hari Kiamat.
(Al-Bukhari no (2442) dan Muslim (2580)
15
16. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Ziarah Gelandangan
Pada sela masa yang tidak tertentu, pihak MRM akan
mengadakan program ziarah gelandangan. Ketika program ini
dijalankan, pihak MRM akan turun ke jalanan pada sebelah
malam untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan
kepada gelandangan-gelandangan yang kebanyakannya tidur
di kaki lima bangunan atau juga di bawah jambatan-jambatan
sekitar ibu kota.
ZIARAH
GELANDANGAN
Program ini bertujuan menunjukkan keprihatinan umat islam
kepada gologan yang kurang bernasib baik. Pada masa yang
sama, sukarelawan-sukarelawan akan cuba menyelitkan mesejmesej da’wah kepada para penerima bantuan.
16
”Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum
dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan „Kafur”, Iaitu sebuah matair (di
Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh
mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudahmudahnya dan menurut kemahuannya. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana)
mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya),
serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. Mereka
juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang
miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Sambil berkata dengan lidah atau dengan
hati): „Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata;
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”.
[Al Insan 76:5-9]
17. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
17
Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat
orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
18. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Program Khas
Kursus Perfecting My Solah | Bantuan Ramadhan | Revert Gathering | Iftar Rumah
Anak Yatim Rohingya
Perfecting My Solat Course
Asas dalam Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah
jihad pada jalan Allah (HR Tirmizi dari Mu’adz bin Jabal. Hadis
hasan sahih)
Semua orang sedar tentang kewajipan untuk solat, akan tetapi
berapa yang sedar tentang kewajipan untuk solat cara Nabi
s.a.w ?
18
Ingatkah kita dengan peringatan Nabi s.a.w di mana
Amalan yang pertama kali dihisab (diperhitungkan) dari
seorang hamba pada Hari Kiamat adalah solat. Jika baik
solatnya, maka baik pula seluruh amalnya. Jika buruk solatnya,
maka buruk pula seluruh amalnya. (HR Tabrani)
Adakah kita yakin bahawa solat kita mengikut cara Nabi s.a.w ?
19. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Bantuan Ramadhan
Setiap tahun, MRM akan terlibat dalam program pengagihan
bantuan Ramadhan kepada golongan yang kurang bernasib
baik. Pengagihan bantuan Ramadhan ini dapat dilaksanakan
dengan kerjama dari Pertubuhan Al-Khaadem serta para
jemaahnya yang banyak menyumbang. InshaAllah MRM akan
meneruskan program bantuan Ramadhan ini pada setiap tahun.
BANTUAN
RAMADHAN
19
Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata:
“Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami
akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”
(At-Taubah 9:75)
20. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Reverts Gathering
Bagi merapatkan ukhwah antara para muallaf, maka MRM
mengambil inisiatif untuk menganjurkan perjumpaan antara
para muallaf setiap bulan. Para peserta digalakkan untuk turut
serta membawa pasangan masing-masing bagi menyesuaikan
diri dengan komuniti kami.
REVERTS
GATHERING
Inilah platform bagi membolehkan para muallaf senior
berkongsi pengalaman dengan mereka yang baru memeluk
Islam agar terubat hati mereka yang mempunyai seribu satu
kisah di sebalik senyuman mereka itu. Ianya juga sebagai
satu sistem sokongan kerohanian kepada muallaf di luar sana
bahawa mereka tidaklah keseorangan dalam menghadapi
kehidupan dalam agama yang baru serta suasana yang baru.
MRM senantiasa di sisi bagi memudahkan proses penyesuaian
diri mereka.
20
Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang
membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan
mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam)
dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan
(akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda
dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya,
kecuali jika Allah mengampunkannya.”
(Bukhari)
21. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Iftar: Rumah Anak Yatim Rohingya
Sudah menjadi tradisi bagi MRM menganjurkan majlis iftar
di Pertubuhan Al-Khaadem tetapi untuk tahun 2013 ini, kami
membuat sedikit kelainan dengan menganjurkan majlis iftar
bersama dengan anak yatim Rohingya di Selayang. Pusat ini
menempatkan 165 orang anak yatim pelarian Rohingya yang
majoritinya beragama Islam.
IFTAR
ROHINGYA
21
“Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan
hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu
terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu,
nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”
(Hadis Riwayat Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)
22. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Liputan Media
Utusan | Harian Metro | Tetamu Masjid | TV Al-Hijrah | RTM
Penampilan Rancangan Pagi
Liputan Majalah
22
23. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Liputan Surat Khabar
23
Host Rancangan Tetamu Masjid China TV Al-Hijrah
24. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Program & Aktiviti yang
dirancang untuk tahun 2014
Program Da’wah
1.
2.
3.
4.
24
Kursus dakwah
Street Dakwah
Hotspot sekitar kawasan sibuk
Mengedarkan risalah di kawasan kolej & perumahan
Pencetakan bahan dakwah
News stand bahan dakwah yang akan diletakkan di kafe dan restoran serta kawasan
strategik lain
5. Lawatan Hospital
6. Dakwah di Sekolah Rendah, Menengah, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi
7. Multimedia : Video Dakwah
8. Multimedia : Webisodes*
9. One on One Dakwah
10. Islam 101 Untuk Belum Muslim
11. Kelas Bahasa Cina, English, Arab, Multimedia (komputer, photoshop) yang dibuka untuk
orang awam termasuk Belum Muslim secara PERCUMA bagi mendekatkan mereka dengan
MRM dan seterusnya membuka pintu dakwah kepada mereka
12. Cenderahati dakwah seperti t-shirt, buku nota, bookmark, mug dan sebagainya.
13. PengIslaman
* Webisode dakwah adalah satu idea di mana kami bercadang untuk menghasilkan mini drama yang
berpaksikan kepada dakwah Islamiah bagi menjelaskan apa itu Islam secara santai. Ianya akan
disiarkan melalui laman web kami serta di Youtube. Format webisode ini sebenarnya telahpun
popular di luar negara kerana dengan kemajuan teknologi masakini, ramai yang menonton
rancangan TV melalui internet sama ada melalui komputer, smart phone ataupun tablet mereka.
Durasi bagi setiap webisode adalah di antara 5-10 minit dan kami bercadang menghasilkan 13
episod kesemuanya bagi musim pertama. Kami telahun berbincang pada peringkat awal dan
InshaAllah akan meneruskan perbincangan dan seterusnya mendapatkan penaja bagi idea webisode
ini.
25. Malaysia Reverted Muslim : Program Pembangunan Usaha Da’wah & Kebajikan
Muallaf
1.
2.
3.
4.
Kelas fardhu ain
Kaunseling
Baitul Muslim
Program ‘Muakhat’
Kebajikan
1.
2.
3.
4.
Kebajikan
Bantuan muallaf & saudara Islam
Rumah anak yatim & orang tua
Ziarah Gelandangan
Program Khas
1. Program Khas
2. Kursus Perfecting My Solah untuk orang awam
3. Kursus Perfecting My Solah untuk Muallaf
4. Kursus Pengurusan Jenazah
5. Kursus Praktikal Umrah/Haji
6. Kursus Kekeluargaan
7. Kursus Bimbingan Muallaf
8. Kursus Ulum Quran
9. Kursus Mustolah Hadis
10. Kursus Usul Fiqh
11. Kursus Maqasid Syariah
25
26. ”MEMASTIKAN AGAR AQIDAH MANUSIA
DIBELA, AGAR HATI MANUSIA MENGENALI
ALLAH & KEMBALI MEMBESARKANNYA”
HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT &
PROGRAM DA’WAH TERKINI
Malaysia Reverted Muslim (MRM)
Pengerusi
Ahli Jawatan Kuasa
Adam Sih Hua Sing
Kontraktor
Nurul Zaimiera Mohamed
Konsultan Jualan
Naib Pengerusi
Chen Hon Leong
Eksekutif Jualan
Ow Yong Kun Hung
Pengurus Jualan
Setiausaha
Habib bin Talib
Jurutera Perisian
Romel Pereira
Pemilik Rangkaian Kedai
Memanah Revo Archery
Bendahari
Irma Syafrida Abdul Majid
Ketua Jabatan Perundangan,
Axiata Berhad
Firdaus Wong Wai Hung
Pendakwah Bebas & Pengkaji Agama
Ng Kuan Beng
Eksekutif Kawalan Mutu
Chong Kok Hoong
Pereka Produk
Goh Yee Mei
Eksekutif Akaun
Muhammad Lutfi Ali
Pemilik Perniagaan IT
Packetbit
Nor Rizam Mazlan
Konsultan Teknologi Maklumat
Hubungi Kami
Pejabat Urusan
Info & Maklumat
info@askislam.my
MRM Services & Consultancy
Wisma MRM,14 Jln 3/27F,
Desa Setapak,Wangsa Maju,
53300 kuala Lumpur
Infaq / Waqaf
infaq@askislam.my
Laman Web Rasmi
www.askislam.my
Social Media
facebook.com/
malaysiarevertedmuslim
Hubungi
017-647 9978 (Firdaus Wong)
010-264 3213 (Rizam)
013-328 2628 (Adam Sih)
016-373 6207 (Lutfi)