SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1
KONSEP LEDAKAN BUDAYA AKIBAT PROSES GLOBALISASI
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, ledakan membawa erti perihal meledak
atau letupan. Ledakan juga boleh diertikan sebagai perihal meledakkan atau
meletupkan sesuatu. Pada masa yang sama, ledakan ini membawa maksud
pertambahan atau pertumbuhan yang sangat besar dan mengejut. Manakala,
perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu
'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti
kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polynesia
yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua
perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Kamus Dewan (2005) pula
mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan
berkelakuan. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Globalisasi pula merujuk kepada satu proses yang meletakkan dunia di bawah
satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah
negara. Jadi, sesebuah negara itu secara tidak langsung mempunyai peluang yang luas
hasil daripada kebanjiran ekses untuk menerima pelbagai maklumat yang disalurkan
menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan
teknologi siber. Perkembangan ini sudah tentu memudahkan manusia terutamanya
dalam perhubungan iaitu di antara sesebuah negara dengan negara yang lain ataupun
perhubungan sesama manusia. Melalui perkembangan ini, sesuatu perhubungan itu
dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dan cepat. Selain itu, globalisasi juga
merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya dari segi cara berfikir dan gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi
erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi
itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi
boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama
dalam konsep dunia tanpa sempadan. Jadi, secara umumnya globalisasilah yang telah
membuka pintu kepada elemen-elemen baru terutama dalam bidang teknologi
maklumat di seluruh dunia melalui media cetak dan elektronik. Justeru, ia telah
menyebabkan banyak aspek kehidupan harian kita yang terjejas, terutamanya dari segi
aspek budaya, ekonomi, pembangunan, dan perkongsian maklumat. Oleh yang
demikian, globalisasi budaya adalah salah satu pergerakan pesat idea, sikap, dan nilai-
nilai merentasi sempadan. Perkongsian idea secara amnya membawa kepada
hubungan yang lebih besar dan interaksi antara rakyat pelbagai kaum, budaya dan cara
hidup, yang boleh mendapatkan keputusan kedua-dua positif dan negatif.
Untuk itu, teknologi maklumatlah yang telah banyak mempercepatkan proses
globalisasi budaya yang tidak boleh dielakkan dalam mana-mana bahagian dunia,
termasuk Malaysia sendiri. Jadi isu ledakan budaya inilah yang telah mencetuskan
kebimbangan terhadap generasi pelajar masa kini akibat daripada kebanjiran ekses ini.
Hasil penelitian laporan pihak UNESCO terhadap beberapa buah negara seperti
Jordan, Colombia, Habsyah, Israel, Slovakia, El Salvador, Guatemala, Nicaragua dan
Peru menunjukkan kes-kes keganasan pelajar bagi negara-negara tersebut telah
mencatatkan bilangan peningkatan kes dari setahun ke setahun. Malaysia, sebagai
sebahagian daripada komuniti kehidupan global pada realitinya juga tidak terlepas dari
menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda masyarakat dunia masa kini. Dunia
tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran maklumat ini secara tidak langsung
telah menjadikan salah satu punca berlakunya akses yang mudah kepada dunia
hiburan, layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan kehidupan alam siber
yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan
moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis.
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3
Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan perkampungan global dan dunia tanpa
sempadan inilah yang terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan
pelajar yang mana realitinya Malaysia sendiri tidak terlepas dari menghadapi kemelut
sosial yang sedang melanda masyarakat dunia. Fenomena ini mempunyai pertalian
yang signifikan terhadap ledakan budaya antara kemajuan kehidupan manusia dengan
kesan daripada ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada
penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi,
penyelerakan pelbagai idea, budaya dan lain-lain. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa
kehidupan perkampungan global seperti facebook, twitter dan instagram serta laman-
laman sosial yang lain di internet merupakan salah satu faktor utama hadirnya kemelut
sosial dalam kalangan pelajar masa kini. Hal ini demikian akibat daripada penyumbang
utama iaitu dengan kehadiran kemudahan yang serba canggih pada abad ini telah
memudahkan mereka dalam mengakses sebarang laman sesawang yang mereka
inginkan. Secara positifnya, dapat kita lihat bahawa perkara ini memberi impak positif
bagi mereka-mereka yang sememangnya memanfaatkan jaringan internet untuk tujuan
pencarian maklumat dan ilmu. Sebaliknya, perkara ini menjadi tidak terkawal apabila
disalahgunakan dan secara tidak langsung cukup memberi impak negatif yang
mendalam kepada kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar.
Selain itu, salah satu perkara yang dapat dilihat daripada proses globalisasi yang
berlaku ini ialah masyarakat semakin matang dalam pengetahuan maklumat dan
penilaian kendiri. Namun begitu, pada masa yang sama, fakta dan auta menjadi
maklumat yang seringkali diterima pakai tanpa usul periksa terlebih dahulu. Hal
demikian, merupakan salah satu daripada permasalahan yang berlaku pada masa kini
kerana ramai dalam kalangan generasi pelajar kini hanya mementingkan kemudahan
dan kesenangan sahaja dalam melaksanakan sesuatu perkara. Sebagai contoh, pelajar
tidak lagi perlu membuka kamus untuk mencari pengertian sesuatu perkataan tetapi
hanya perlu menekan papan kekunci di mana-mana search engine di dalam internet
contohnya di google atau yahoo untuk mengetahui pengertian tersebut. Pada masa
yang sama, maksud atau fakta yang salah dan benar telah bercampur aduk di dalam
carian itu sendiri. Maka, secara tidak langsung fakta dan maklumat yang lebih sahih
dan benar sukar untuk dikenalpasti.
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4
Hal ini sememangnya memberi kesan terhadap sistem pengajaran dan
pembelajaran di negara kita Malaysia. Sebarang carian maklumat menjadi amat mudah
didapati dan agak sukar untuk ditapis secara menyeluruh. Proses globalisasi dan
ledakan maklumat ini sedikit sebanyak telah menganggu gugat sistem pendidikan kita
di Malaysia. Antara contoh yang jelas ialah, tahap pengetahuan murid di bandar
khususnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid di luar bandar. Hal ini akan
menjadikan pengajaran dan sistem pendidikan di negara kita ini tidak bersifat sekata
dan ini sudah tentu menyukarkan pendidikan secara saksama dan setaraf. Di samping
itu, kemahiran seseorang guru itu juga akan tergugat dengan sendirinya sekiranya
beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
penggunaan komputer serta internet itu sendiri. Maka pengajaran juga akan tergugat
kerana tiada lagi minat dalam kalangan pelajar terutamanya mereka-mereka yang
mahir dan cekap dalam penggunaan teknologi ini.
Maka dapat dirumuskan bahawa, ledakan budaya sememangnya akibat daripada
proses globalisasi yang berlaku dan adalah berpunca daripada cabaran kehidupan itu
sendiri terutamanya dari segi kebanjiran ekses maklumat dan keadaan inilah yang
menyebabkan peningkatan jumlah maklumat yang semakin tinggi mengikut masa.
Peningkatan maklumat ini berlaku dengan cara yang pantas dan cepat tanpa sebarang
halangan yang dapat dilihat secara jelas. Maka persoalan tentang konsep ledakan
budaya akibat proses globalisasi dapatlah disimpulkan bahawa terdapat pro dan
kontranya terutamanya terhadap generasi pelajar masa kini dan bolehlah kita
mengkategorikan fenomena ledakan budaya ini sebagai suatu fenomena yang
menyebabkan banyak perubahan mendadak dalam kehidupan kita hari ini. Jelaslah
terdapat kebaikan dan keburukan yang kita dapat lihat dari fenomena ini.
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5
RUMUSAN
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa dunia kini telah mengalami
banyak perubahan hasil perkembangan era globalisasi dunia yang mencetuskan
perubahan gaya hidup yang berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat yang
memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap perilaku, pemikiran dan penghayatan
agama seseorang. Malah, perubahan dunia masa kini berlaku amat pantas hasil
ledakan teknologi budaya serta perkembangan maklumat. Setiap hari pelbagai hasil
ciptaan baru dihasilkan dari inovasi teknologi dan maklumat yang berjaya
menghapuskan batasan sempadan antara sesebuah negara. Malahan ia berjaya
merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang
negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa
salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu
ialah maklumat. Maklumat tersangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia
menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan (Mohamed Imran. 2005). Jadi
secara tidak langsung, sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia juga tidak
terkecuali menerima impak yang besar terhadap ledakan budaya dan pemikiran
generasi pelajar dalam era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar ini. Sudah
tentu banyak perkara mengenai sistem pendidikan ini yang perlu diselaraskan supaya
relevan dengan era globalisasi ini. Jadi, keseluruhan tugasan ini telah mengupas sedikit
sebanyak tentang konsep ledakan budaya akibat daripada proses globalisasi serta
huraian isu tetang sejauh mana sistem pendidikan di Malaysia relevan kepada generasi
pelajar dalam era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar ini. Justeru itu, secara
keseluruhannya perlu ada beberapa polisi yang sesuai agar pengurusan teknologi
maklumat dapat dipandu mengikut landasan yang betul agar pengaruh buruk ICT tidak
menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Polisi ini adalah perlu agar para
pelajar kita tidak hanyut dalam dunia era globalisasi tanpa sempadan ini.

More Related Content

What's hot

Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)TING Hua
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarSiti Rafhanah
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahnorazanePBSM
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIAsmawi Abdullah
 
19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian
19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian
19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertaniancikgu_rashid
 
Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892
Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892
Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892Hisham Suhaimi
 
169620909 1-8-model-peralihan-demografi
169620909 1-8-model-peralihan-demografi169620909 1-8-model-peralihan-demografi
169620909 1-8-model-peralihan-demografihaslinda antisan
 
peranan bakteria dalam kitar nitrogen.pptx
peranan bakteria dalam kitar nitrogen.pptxperanan bakteria dalam kitar nitrogen.pptx
peranan bakteria dalam kitar nitrogen.pptxNORSHAHIDABINTIABDTA
 
STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIA
STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIASTRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIA
STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIANajihah Wahdaniah
 
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
1.3 kesan mikroorganisma merbahayaNorhayati Saleh
 
Alatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemasAlatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemasElize Lee
 
KERTAS PENERANGAN modul 3 KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4
KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4
KERTAS PENERANGAN modul 3 KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4Harzana Harun
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukriwmkfirdaus
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMAsmawi Abdullah
 

What's hot (20)

Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)Borang soal selidik guru (lampiran d)
Borang soal selidik guru (lampiran d)
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran Darah
 
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
 
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORISTRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
STRUKTUR SISTEM RESPIRATORI
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 
19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian
19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian
19806694 geografi-stpm-9422-tema-2-sektor-pertanian
 
Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892
Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892
Perbengkelanbiologi2015 150511050145-lva1-app6892
 
169620909 1-8-model-peralihan-demografi
169620909 1-8-model-peralihan-demografi169620909 1-8-model-peralihan-demografi
169620909 1-8-model-peralihan-demografi
 
Skema kertas model 10
Skema kertas model 10Skema kertas model 10
Skema kertas model 10
 
peranan bakteria dalam kitar nitrogen.pptx
peranan bakteria dalam kitar nitrogen.pptxperanan bakteria dalam kitar nitrogen.pptx
peranan bakteria dalam kitar nitrogen.pptx
 
STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIA
STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIASTRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIA
STRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN AMFIBIA
 
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
1.3 kesan mikroorganisma merbahaya
 
Sektor perikanan
Sektor perikananSektor perikanan
Sektor perikanan
 
Alatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemasAlatan dalam kotak pertolongan cemas
Alatan dalam kotak pertolongan cemas
 
Bio
BioBio
Bio
 
KERTAS PENERANGAN modul 3 KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4
KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4KERTAS PENERANGAN modul 3  KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4
KERTAS PENERANGAN modul 3 KEIMUNAN sains untuk non teknologi semester 4
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul ShukriTujuan kajian Dr Kamarul Shukri
Tujuan kajian Dr Kamarul Shukri
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
 

Viewers also liked

Tips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada template
Tips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada templateTips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada template
Tips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada templateKhirulnizam Abd Rahman
 
Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072
Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072
Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072Khirulnizam Abd Rahman
 
Topik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan Heartware
Topik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan HeartwareTopik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan Heartware
Topik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan HeartwareKhirulnizam Abd Rahman
 
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanNpwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanKhirulnizam Abd Rahman
 
Panduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Panduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanPanduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Panduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanKhirulnizam Abd Rahman
 
peranan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasiperanan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasiPak Cham
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asimentYing Yin
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatNabila Syuhada
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiAriff Ikhwan
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notesElayne Khaw
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...csdp123
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatAsri Wahab
 
PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI
PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI
PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI sapari89
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media SosialSee Iena
 

Viewers also liked (20)

Tips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada template
Tips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada templateTips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada template
Tips menyediakan slaid pembentangan berkesan - tiada template
 
Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072
Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072
Topik 2 Sejarah Perkembanggan Ilmu NBWU1072
 
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3   Masyarakat Malaysia dan ICTTopik 3   Masyarakat Malaysia dan ICT
Topik 3 Masyarakat Malaysia dan ICT
 
Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat
Topik 1 Islam dan Teknologi MaklumatTopik 1 Islam dan Teknologi Maklumat
Topik 1 Islam dan Teknologi Maklumat
 
Topik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan Heartware
Topik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan HeartwareTopik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan Heartware
Topik 4 Teknologi Komputer: Hardware, Software dan Heartware
 
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanNpwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
 
Panduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Panduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanPanduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Panduan tugasan Makmal Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
 
peranan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasiperanan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasi
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
Malaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasiMalaysia pada era globalisasi
Malaysia pada era globalisasi
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notes
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI
PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI
PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA DI ERA GLOBALISASI
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 

Similar to Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi

Similar to Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi (20)

Pengaruh Globalisasi di Indonesia
Pengaruh Globalisasi di Indonesia Pengaruh Globalisasi di Indonesia
Pengaruh Globalisasi di Indonesia
 
K lipping globalisasi
K lipping globalisasiK lipping globalisasi
K lipping globalisasi
 
Pengenalan globalisasi pendidikan
Pengenalan globalisasi pendidikanPengenalan globalisasi pendidikan
Pengenalan globalisasi pendidikan
 
Kb 1 modul 1
Kb 1 modul 1Kb 1 modul 1
Kb 1 modul 1
 
EDU 3039
EDU 3039EDU 3039
EDU 3039
 
Bab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllllBab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllll
 
Bab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllllBab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllll
 
Pendidikan dan demokrasi dalam transisi (prakondisi menuju era globaliasi)
Pendidikan dan demokrasi dalam transisi (prakondisi menuju era globaliasi)Pendidikan dan demokrasi dalam transisi (prakondisi menuju era globaliasi)
Pendidikan dan demokrasi dalam transisi (prakondisi menuju era globaliasi)
 
Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3
 
Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3Bab 4 kelas 3
Bab 4 kelas 3
 
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
 
Makalah globalisasi 2
Makalah globalisasi 2Makalah globalisasi 2
Makalah globalisasi 2
 
Globalisasi di bidang politik
Globalisasi di bidang politikGlobalisasi di bidang politik
Globalisasi di bidang politik
 
globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
 
Hyperlink dipa
Hyperlink dipaHyperlink dipa
Hyperlink dipa
 
Hyperlink dipa
Hyperlink dipaHyperlink dipa
Hyperlink dipa
 
MAKALAH UPAYA MENGHADAPI GLOBALISASI.docx
MAKALAH UPAYA MENGHADAPI GLOBALISASI.docxMAKALAH UPAYA MENGHADAPI GLOBALISASI.docx
MAKALAH UPAYA MENGHADAPI GLOBALISASI.docx
 
Makalah globalisasi1234
Makalah globalisasi1234Makalah globalisasi1234
Makalah globalisasi1234
 
Proposal pondok
Proposal pondokProposal pondok
Proposal pondok
 
Makalah globalisasi dalam budaya
Makalah globalisasi dalam budayaMakalah globalisasi dalam budaya
Makalah globalisasi dalam budaya
 

More from fitri norlida

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanfitri norlida
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2fitri norlida
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanfitri norlida
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvfitri norlida
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEfitri norlida
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerjafitri norlida
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata namafitri norlida
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanfitri norlida
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjfitri norlida
 

More from fitri norlida (20)

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
Folio seni
Folio seniFolio seni
Folio seni
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
Belajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pjBelajar cara belajar pj
Belajar cara belajar pj
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi

  • 1. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1 KONSEP LEDAKAN BUDAYA AKIBAT PROSES GLOBALISASI Menurut Kamus Dewan Edisi ke-empat, ledakan membawa erti perihal meledak atau letupan. Ledakan juga boleh diertikan sebagai perihal meledakkan atau meletupkan sesuatu. Pada masa yang sama, ledakan ini membawa maksud pertambahan atau pertumbuhan yang sangat besar dan mengejut. Manakala, perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan berkelakuan. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Globalisasi pula merujuk kepada satu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Jadi, sesebuah negara itu secara tidak langsung mempunyai peluang yang luas hasil daripada kebanjiran ekses untuk menerima pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini sudah tentu memudahkan manusia terutamanya dalam perhubungan iaitu di antara sesebuah negara dengan negara yang lain ataupun perhubungan sesama manusia. Melalui perkembangan ini, sesuatu perhubungan itu dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dan cepat. Selain itu, globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya dari segi cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
  • 2. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2 Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Jadi, secara umumnya globalisasilah yang telah membuka pintu kepada elemen-elemen baru terutama dalam bidang teknologi maklumat di seluruh dunia melalui media cetak dan elektronik. Justeru, ia telah menyebabkan banyak aspek kehidupan harian kita yang terjejas, terutamanya dari segi aspek budaya, ekonomi, pembangunan, dan perkongsian maklumat. Oleh yang demikian, globalisasi budaya adalah salah satu pergerakan pesat idea, sikap, dan nilai- nilai merentasi sempadan. Perkongsian idea secara amnya membawa kepada hubungan yang lebih besar dan interaksi antara rakyat pelbagai kaum, budaya dan cara hidup, yang boleh mendapatkan keputusan kedua-dua positif dan negatif. Untuk itu, teknologi maklumatlah yang telah banyak mempercepatkan proses globalisasi budaya yang tidak boleh dielakkan dalam mana-mana bahagian dunia, termasuk Malaysia sendiri. Jadi isu ledakan budaya inilah yang telah mencetuskan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa kini akibat daripada kebanjiran ekses ini. Hasil penelitian laporan pihak UNESCO terhadap beberapa buah negara seperti Jordan, Colombia, Habsyah, Israel, Slovakia, El Salvador, Guatemala, Nicaragua dan Peru menunjukkan kes-kes keganasan pelajar bagi negara-negara tersebut telah mencatatkan bilangan peningkatan kes dari setahun ke setahun. Malaysia, sebagai sebahagian daripada komuniti kehidupan global pada realitinya juga tidak terlepas dari menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda masyarakat dunia masa kini. Dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran maklumat ini secara tidak langsung telah menjadikan salah satu punca berlakunya akses yang mudah kepada dunia hiburan, layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis.
  • 3. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3 Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan perkampungan global dan dunia tanpa sempadan inilah yang terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar yang mana realitinya Malaysia sendiri tidak terlepas dari menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda masyarakat dunia. Fenomena ini mempunyai pertalian yang signifikan terhadap ledakan budaya antara kemajuan kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea, budaya dan lain-lain. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan perkampungan global seperti facebook, twitter dan instagram serta laman- laman sosial yang lain di internet merupakan salah satu faktor utama hadirnya kemelut sosial dalam kalangan pelajar masa kini. Hal ini demikian akibat daripada penyumbang utama iaitu dengan kehadiran kemudahan yang serba canggih pada abad ini telah memudahkan mereka dalam mengakses sebarang laman sesawang yang mereka inginkan. Secara positifnya, dapat kita lihat bahawa perkara ini memberi impak positif bagi mereka-mereka yang sememangnya memanfaatkan jaringan internet untuk tujuan pencarian maklumat dan ilmu. Sebaliknya, perkara ini menjadi tidak terkawal apabila disalahgunakan dan secara tidak langsung cukup memberi impak negatif yang mendalam kepada kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar. Selain itu, salah satu perkara yang dapat dilihat daripada proses globalisasi yang berlaku ini ialah masyarakat semakin matang dalam pengetahuan maklumat dan penilaian kendiri. Namun begitu, pada masa yang sama, fakta dan auta menjadi maklumat yang seringkali diterima pakai tanpa usul periksa terlebih dahulu. Hal demikian, merupakan salah satu daripada permasalahan yang berlaku pada masa kini kerana ramai dalam kalangan generasi pelajar kini hanya mementingkan kemudahan dan kesenangan sahaja dalam melaksanakan sesuatu perkara. Sebagai contoh, pelajar tidak lagi perlu membuka kamus untuk mencari pengertian sesuatu perkataan tetapi hanya perlu menekan papan kekunci di mana-mana search engine di dalam internet contohnya di google atau yahoo untuk mengetahui pengertian tersebut. Pada masa yang sama, maksud atau fakta yang salah dan benar telah bercampur aduk di dalam carian itu sendiri. Maka, secara tidak langsung fakta dan maklumat yang lebih sahih dan benar sukar untuk dikenalpasti.
  • 4. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4 Hal ini sememangnya memberi kesan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di negara kita Malaysia. Sebarang carian maklumat menjadi amat mudah didapati dan agak sukar untuk ditapis secara menyeluruh. Proses globalisasi dan ledakan maklumat ini sedikit sebanyak telah menganggu gugat sistem pendidikan kita di Malaysia. Antara contoh yang jelas ialah, tahap pengetahuan murid di bandar khususnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid di luar bandar. Hal ini akan menjadikan pengajaran dan sistem pendidikan di negara kita ini tidak bersifat sekata dan ini sudah tentu menyukarkan pendidikan secara saksama dan setaraf. Di samping itu, kemahiran seseorang guru itu juga akan tergugat dengan sendirinya sekiranya beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan komputer serta internet itu sendiri. Maka pengajaran juga akan tergugat kerana tiada lagi minat dalam kalangan pelajar terutamanya mereka-mereka yang mahir dan cekap dalam penggunaan teknologi ini. Maka dapat dirumuskan bahawa, ledakan budaya sememangnya akibat daripada proses globalisasi yang berlaku dan adalah berpunca daripada cabaran kehidupan itu sendiri terutamanya dari segi kebanjiran ekses maklumat dan keadaan inilah yang menyebabkan peningkatan jumlah maklumat yang semakin tinggi mengikut masa. Peningkatan maklumat ini berlaku dengan cara yang pantas dan cepat tanpa sebarang halangan yang dapat dilihat secara jelas. Maka persoalan tentang konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi dapatlah disimpulkan bahawa terdapat pro dan kontranya terutamanya terhadap generasi pelajar masa kini dan bolehlah kita mengkategorikan fenomena ledakan budaya ini sebagai suatu fenomena yang menyebabkan banyak perubahan mendadak dalam kehidupan kita hari ini. Jelaslah terdapat kebaikan dan keburukan yang kita dapat lihat dari fenomena ini.
  • 5. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5 RUMUSAN Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa dunia kini telah mengalami banyak perubahan hasil perkembangan era globalisasi dunia yang mencetuskan perubahan gaya hidup yang berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat yang memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap perilaku, pemikiran dan penghayatan agama seseorang. Malah, perubahan dunia masa kini berlaku amat pantas hasil ledakan teknologi budaya serta perkembangan maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dihasilkan dari inovasi teknologi dan maklumat yang berjaya menghapuskan batasan sempadan antara sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat tersangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan (Mohamed Imran. 2005). Jadi secara tidak langsung, sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia juga tidak terkecuali menerima impak yang besar terhadap ledakan budaya dan pemikiran generasi pelajar dalam era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar ini. Sudah tentu banyak perkara mengenai sistem pendidikan ini yang perlu diselaraskan supaya relevan dengan era globalisasi ini. Jadi, keseluruhan tugasan ini telah mengupas sedikit sebanyak tentang konsep ledakan budaya akibat daripada proses globalisasi serta huraian isu tetang sejauh mana sistem pendidikan di Malaysia relevan kepada generasi pelajar dalam era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar ini. Justeru itu, secara keseluruhannya perlu ada beberapa polisi yang sesuai agar pengurusan teknologi maklumat dapat dipandu mengikut landasan yang betul agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Polisi ini adalah perlu agar para pelajar kita tidak hanyut dalam dunia era globalisasi tanpa sempadan ini.