2. PERANAN GURU
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PISMP Semester 3 Pengajian Melayu C
Disediakan oleh:
Fitri Norlida bt Ibrahim
Farah Fazriyana bt Basri
3. Pengenalan
• Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata
iaitu ‘Gur’ dan ‘Ru’.
• Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan
gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru
diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud
boleh diteladani @ dicontohi.
• Guru bermaksud seorang yang boleh ditiru
perkataannya, perbuatannya, tingkahlakunya,
pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai.
6. Guru sebagai Pengurus
Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak
sebagai pengurus.
Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan serta tugas-
tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid
agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup
dalam keluarga dan masyarakat.
Guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan
sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus
kepada pelajar dalam proses p&p.
7. Perkara yang perlu diuruskan oleh guru seni :
Menguruskan rutin bilik darjah
Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian
Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah
Mengurus keadaan fizikal bilik darjah
Mengurus aktiviti berkumpulan
Mengurus karya dan hasil kerja murid
Mengurus sumber,alat dan bahan Pendidikan Seni Visual
Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik
Menguruskan dan mewujudkan suasana p&p seni yang
menyeronokkan
Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
8. Guru sebagai Pembimbing
Setiap guru berperanan:
Memberikan pengetahuan baru kepada murid
mengenai seni
Menambah baik pengalaman sedia ada
Mencungkil bakat murid
Memupuk minat murid terhadap subjek seni
visual
Mewujudkan kelas bersifat interaksi kolaboratif
dikalangan pelajar
Peka terhadap tingkah laku dan perkembangan
spiritual murid dalam p&p seni visual
9. Guru yang berperanan sebagai
pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap
berikut untuk membimbing murid-murid
dalam p&p Pendidikan Seni Visual :
1. Bersopan santun
2. Menghormati pandangan murid
3. Peramah
4. Jujur
5. Prihatin
10. Pembelajaran secara bimbingan akan
memupuk nilai instrumental seperti:
1. Berdikari
2. Rasional
3. Berani
4. bersemangat
11. Guru sebagai Pemudahcara
Guru perlu mengambil kira kaedah penyampaian
ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh
murid-murid.
Pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang
mendalam dan mudah difahami oleh murid.
Guru hendaklah berperanan sebagai pemudah cara
kerana kreativiti murid sekolah rendah masih di
tahap sederhana.
Agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan
yang sewajarnya.
14. Guru sebagai Motivator
untuk memupuk
minat mereka
terhadap isi pelajaran
yang disampaikan
kepentingan dan
kegunaannya
dalam kehidupan
seharian
dapat
meningkatkan
keyakinan diri
murid
memupuk perasaan
ingin membuat yang
terbaik dalam
penghasilan karya seni
15. Bagaimanakah seorang guru seni
dapat memotivasikan pelajar
dalam pengajaran dan
pembelajaran Seni Visual???
17. Cara Memotivasikan Pelajar dalam P&P PSV
• Memberi komentar yang positif.
• Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan
murid.
• Memilih alat dan bahan.
- Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan
dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni
visual.
• Masa
- Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
18. • Rangsangan
- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan.
-Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk
menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
• Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran.
Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar
mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
19. • Hormat-menghormati
-Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap
menghormati murid dan menghargai sumbangan dan
komitmen yang ditunjukkan
• Memberikan Galakan dan Motivasi
-Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar
patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan
penghasilan karya.
• Penghargaan
-Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas
usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
22. Guru Sebagai Inisiator
• Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk
menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-
muridnya secara berkesan.
• Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan
dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan
turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik
dalam penghasilan karya seni.
24. Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh
seorang guru seni
• Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan
boleh disertai oleh semua murid.
• Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif
dalam P & P.
• Memahami dinamika kumpulan.
• Membantu murid memperkembangan ilmu seni.
• Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang
memudahkan murid menjalani aktiviti P & P seni
mereka.
• Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang
dapat menarik perhatian murid.
25. Rumusan
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui
latihan profesional (initial training) sewajarnya
menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya
di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu
tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang
sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni
dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna
seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat
menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung
kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni
mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru
seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing,
motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
murid untuk mencapai pembelajaran optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan.