Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Keranjang)...
Kk senam robik2
1. 0
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH.
TEL : 088-210646 088-210979 LamanWeb http://www.sabah.edu.my/mpg
FAKS: 088-217124 Emel : mpg@sabah.edu.my
DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH
(DPLI-SR)
BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN JASMANI
PJK 2102 W
Kertas Kerja Senam Robik
Semester 1
Sesi: Jan– Mei 2012
2. 1
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan pertandingan senam robik ini adalah bagi memenuhi sukatan kursus
PJK 2102W sebagai pendedahan kepada guru pelatih DPLI-SR semester 1 tentang
pengurusan dan pengelolaan sesuatu pertandingan terutamanya dalam
pertandingan senamrobik.
2.0 TUJUAN
Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang pengelolaan dan pelaksanaan
pengurusan pertandingan senamrobik.
3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT
3.1 Memberi pengenalan kepada guru pelatih tentang senamrobik
3.2 Melahirkan insan yang sentiasa cerdas dan berdaya saing.
3.3 Memupuk semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan.
3.4 Melaksanakan pengelolaan dan pengurusan senamrobik dengan berkesan
3.5 Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.
4.0 SENAMROBIK
4.1 Pengenalan
Senam robik atau senam aerobik adalah senaman yang menggunakan oksigen oleh
otot-otot besar selama 25 minit hingga 30 minit tanpa henti yang menggunakan muzik
dengan meningkatkan intensiti rendah ke sederhana dan mencapai kadar nadi optima.
Senamrobik selalunya dilakukan dengan menggunakan muzik dan bersama
sekumpulan yang diketuai oleh seorang instruktor, walaupun ia boleh dilakukan
berseorangan dan tanpa muzik tetapi kehadiran muzik rancak menjadikan senaman itu
lebih bersemangat dan kreatif. Senamrobik membantu meningkatkan kesihatan badan
denga memperbaiki fleksibiliti atau kelembutan badan, daya tahan otot dan daya tahan
kardiovaskular. Dari aspek fisiologi, ia mengurangkan risiko penyakit-penyakit jantung,
meningkatkan kadar metabolisma dan banyak lagi. Dari aspek psikologi, ia membantu
meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan sikap mental positif, membantu mengawal
3. 2
tekanan dan lain-lain. Manakala dari aspek fizikal, senamrobik membantu mengawal
peratusan lemak dan berat badan, meningkatkan katahanan otot dan macam-macam
lagi.
Di mlayasia, senam robik atau senam seni yang dilancarkan di Dataran Merdeka
pada 17 Februari 2008 merupakan satu kaedah baru penjagaan kesihatan melalui
aktiviti senaman yang menggabungkan senaman aerobik dan gerak tarian. Dalam
kertas kerja ini, beberapa pergerakan kaki dan tangan yang mudah telah diperkenalkan.
4.2 Pergerakan Senamrobik
Berikut adalah asas pergerakan-pergerakan yang digunakan dalam senamrobik.
Kemudian pergerakan-pergerakan asas ini digabungkan menjadi gerakan senamrobik
zumba:
4.2.1 Pergerakan Kaki
1. Marching (Bergerak Setempat)
- mengangkat kaki kira-kira setinggi betis
- lutut diangkat sekitar 90 darjah
2. Knee Up
- gerakan mengangkat lutut setinggi pinggang.
3. Single step
- Teknik gerak kaki melangkah ke kanan dan ke kiri
4. Double step
- Gerakan dua langkah ke kanan dan ke kiri
4.2.2 Pergerakan Tangan
1. Tricep extention
- Gerakan meluruskan lengan, yang bertujuan untuk melatih otot lengan
2. Arm circle
- Lengan memegang bahu dan digerakkan mengikut arah jam
4. 3
3. Menggoyangkan jari jemari
4. Low Row
- Lengan berada di hadapan badan, tolak siku ke paras pinggang dan lengan
kembali ke hadapan badan.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Senamrobik
Tarikh/ Hari : 13 April 2012 / Jumaat
Masa : 7.30- 10.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna IPG Kampus Gaya
Tema/Lagu : Crocodile Rock lagu oleh Nelly Furtado ft. Elton John
6.0 KUMPULAN SASARAN
Guru pelatih DPLI-SR yang terdiri daripada 4 buah opsyen iaitu opsyen Pendidikan
Awal Kanak-kanak, Bahasa Inggeris kumpulan 1 dan 2, serta opsyen BM.
7.0 JAWATANKUASA PENGANJUR
Penasihat : Cik. Noni Bt Maki
Pengerusi : Clarice Lazarus
Setiausaha : Florence Suduyin
Bendahari : Shenna Elyvne @ Holly Murang
AJK Peralatan : Fedwin Masikong
AJK Hiasan : Syahidah Md Yusof
AJK Dokumentasi : Jeslezra Taba
Tugas Khas : Khaysar Mohamad Noor
8.0 SUMBER KEWANGAN
Yuran setiap ahli kumpulan dikenakan sebanyak RM 5.00.
5. 4
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan pertandingan senamrobik ini mampu memberi pendedahan
kepada guru pelatih tentang pengelolaan dan perlaksanaan pengurusan
pertandingan ini. Semoga aktiviti yang dikongsikan bersama melalui program ini
dapat menyediakan pelbagai pengalaman dan latihan untuk menghadapi keadaan
sebenar dalam alam pekerjaan guru nanti.
Disediakan oleh;
__________________
( Florence Suduyin)
Setiausaha,
Kumpulan Permainan Senamrobik,
IPG Kampus Gaya.