Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Kertas kerja inovasi 2014 1

  • Identifiez-vous pour voir les commentaires

Kertas kerja inovasi 2014 1

  1. 1. 1 SK (FELDA) TRIANG 3 28300 TRIANG PAHANG PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH 2 0 1 5 UNIT KOKURIKULUM
  2. 2. 2 1.0 TAJUK : PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN 2015 2.0 PENGENALAN : Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan serta sukan dan permainan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Sistem Pendidikan Negara (Akta Pendidikan 1996). Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangatpatriotisme dan perpaduan. Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In Schools maka amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan. Maklum balas Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yangmelihatkegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapatdihasilkan. 3.0 MATLAMAT : Memupuk dan melahirkan modal insan yang berinovatifdan kreatif melalui penghasilan projek bagi setiap murid dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah. 4.0 OBJEKTIF : 4.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperolehi semasa pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Memupuk budaya kreatifdan inovatif melalui kerja secara berpasukan di kalangan murid. 4.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan persatuan. 4.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan. 4.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi muridmurid dan warga sekolah. 4.6 Memenuhi objektifPlan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan pengurusan murid demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
  3. 3. 3 4.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk keseimbangan murid dari aspek intelek,jasmani ,emosi, rohani dan sosial. 4.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan projek inovasi dengan mengikutkreativiti murid berdasarkan garis panduan yang disediakan. 5.0 SASARAN : Semua murid tahun 3 hingga 6 - (kelab dan persatuan sekolah) 5.1 Persatuan Bahasa Malaysia 5.2 Persatuan Bahasa Inggeris 5.3 Persatuan Agama Islam 5.4 Persatuan Matematik 5.5 Persatuan Sains 5.6 Persatuan Skim Pinjaman Buku Teks 5.7 Kelab Rukun Negara 5.8 Kelab Pencegahan Jenayah 5.9 Kelab Keselamatan Jalan Raya 5.10 Kelab Doktor Muda 6.0 PENYERTAAN : 6.1 Penyertaan adalah terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dari Kelab dan Persatuan yang berdaftar di sekolah mengikutkategori seperti berikut: 6.2 Setiap kelab atau persatuan terbaik dalam projek inovasi akan mewakili sekolah untuk ke peringkatdaerah. Johan peringkatdaerah akan mewakili daerah ke peringkatnegeri. Johan dan Naib Johan peringkatnegeri akan mewakili negeri ke peringkatkebangsaan. 6.3 Pasukan / Sekolah yang bertanding dianggotai oleh 12 orang (maksimum) tetapi pada tarikh pertandingan hanya 3 orang sahaja yang akan mewakili sekolah untuk membuat persembahan. Setiap pasukan akan diiringi oleh seorang guru pengiring. 6.4 Penyertaan daripada pelbagai kaum amatdigalakkan. 6.5 Peralatan tidak disediakan oleh pihak penganjur; segala peralatan mesti disediakan oleh pasukan masing-masing. 7.0 JANGKA MASA PERSEMBAHAN : 7.1 Setiap pasukan akan diberi masa 3 minit untuk persediaan pembentangan. 7.2 Masa persembahan sepenuhnya bagi satu pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah diberi berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan. 7.3 Isyarat masa akan diberikan oleh penjaga masa : i. pada minit ke sembilan ii. masa tamat (minit ke 10) Selepas 10 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak akan diberi. 7.4 Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif semasa persembahan. 7.5 Setiap peserta mesti bersedia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh pihak juri.
  4. 4. 4 8.0. SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN : PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK INOVASI 8.1 Setiap pasukan wajib mempamerkan produk inovasidalam sebarang persembahan media yang bersesuaian. 8.2 Setiap pasukan dibenarkan membawa samada produk maujud/model/prototype atau melalui mana-mana media yang difikirkan perlu untuk tujuan mempamerkan produk pada pertandingan di peringkatsekolah,daerah, negeri dan kebangsaan. 8.3 Setiap inovasi yang dihantar mestilah inovasi yang belum pernah dipertandingkan dalam pertandingan yang sama di bawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. 8.4 Penambahbaikan terhadap sesuatu produk inovasi yang telah dipertandingkan boleh diterima dengan syarat :- 8.4.1. Projek tersebuttidak pernah menyertai mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. 8.4.2. Mendapatkebenaran dan kelulusan bertulis daripada Panel Penilai Projek Inovasi Kebangsaan. 8.5 Inovasi yang dihantar mestilah dijalankan dalam tempoh September 2014 sehingga Julai 2015 seperti perincian di bawah : 8.5.1. Peringkat Sekolah : September 2014 – Jun 2015 8.5.2. Peringkat Daerah : Julai 2015 8.5.3. Peringkat Negeri : Ogos 2015 8.5.4. Peringkat Kebangsaan: Oktober 2015 8.6 Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian dan kebolehan murid dalam menyiapkan sesuatu produk inovasi. Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut: Kertas Cadangan Kandungan kertas cadangan adalah seperti berikut: Tajuk projek Pengenalan Objektif Rasional projek Skop dan limitasi projek Kepentingan dan impak projek Anggaran kos projek Tinjauan/Kajian literatur Kaedah penyelidikan atau metodologiprojek Pelan perancangan projek Kesimpulan Buku Log Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian murid seperti catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah dilaksanakan. Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh guru pembimbing. Laporan Projek Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli projek. Pembentangan Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi pembentangan yang telah ditetapkan. Sesi pembentangan ini 4memberi peluang kepada murid untuk berhujah mempertahankan hasil projek serta bertukar pendapatsecara ilmiah.
  5. 5. 5 Hasil Projek : Potfolio Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan keupayaan perkembangan dan pencapaian dalam projek yang dijalankan. Manual Pengguna Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk 5sistem bantuan kepada pengguna menggunakan 5sistem tertentu. Kebanyakkan manual pengguna mengandungi kedua -dua panduan bertulis dan imej-imej berkaitan. Perisian Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong 5sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat. Bahan Fizikal Perkhidmatan ** Semua dokumentasi mestilah menggunakan Bahasa Melayu ** Selaras dengan MBMMBImaka semasa presentation penggunaan Bahasa Inggeris adalah dibenarkan. ** Dokumentasi projek inovasi mestilah dihantar kepada Panel Penilai Projek Inovasi Kelab dan Persatuan seminggu sebelum tarikh pertandingan. (yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur) 9.0 PERINGKAT PERTANDINGAN : 9.1 Peringkat Sekolah – Semua pasukan atau kelab dan persatuan menyertai pertandingan peringkatsekolah. 9.2 PeringkatDaerah – Hanya satu pasukan/sekolah yang akan menyertai pertandingan peringkat daerah. 9.3 PeringkatZon – Hanya satu pasukan/sekolah yang menjadi johan di daerah akan menyertai pertandingan peringkatzon (Sabah dan Sarawak). 9.4 PeringkatNegeri – Pasukan yang menjadi Johan peringkatdaerah akan mewakili daerah ke pertandingan peringkatnegeri. 9.5 PeringkatKebangsaan – Dua pasukan terbaik di peringkatnegeri (Johan dan dan Naib Johan) akan mewakili negeri ke pertandingan peringkatkebangsaan. 10.0 PANEL PENILAI / JURI : 10.1 Panel Penilai terdiri daripada panel penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa Urusetia/Teknikal/Penganjur yang bertauliah serta berkelayakan, dan tidak mempunyai kepentingan kepada pasukan-pasukan yang bertanding. 10.2 Penilaian dibuatsecara konsensius penjurian. 10.3 Bagi Pertandingan peringkatsekolah jumlah juri ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing mengikutgaris panduan yang telah ditetapkan. 10.4 Seramai 3 orang juri akan menilai peringkatdaerah, 5 orang juri nntuk peringkatnegeri dan 7 orang peringkatkebangsaan. 10.5 Untuk meningkatkan kebolehpercayaan penjurian, 3 fasa penjurian akan dilakukan untuk
  6. 6. 6 setiap peringkatiaitu fasa pramoderasi, fasa moderasi dan fasa pos moderasi. 10.6 Fasa Pra Moderasi Kesemua juri akan mengambil sampel dan dinilai secara bersendiri berdasarkan boring penilaian.Penilaian dibentangkan dan sekiranya julat markah rendah dari 5 tiada perbincangan dan skil penjarian dikekalkan untuk fasa moderasi. Namun, sekiranya julat markah melebihi 5, perbincangan dibuatuntuk mencari konsensius skil penjurian. Fasa Moderasi Penilaian oleh kesemua juri berdasarkan konsep ’here and now’ menggunakan boring Penilaian secara holistik. Fasa Pos Moderasi Perbentangan undian juri, perbincangan kekuatan dan kelemahan untuk menentukan pemenang. 10.7 KEPUTUSAN PANEL JURI ADALAH MUKTAMAD. 10.8 Hakim pertandingan : Encik Zulkfli bin Narin Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Jelani Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hazlan bin Hamzah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Fauziah btAhmad Guru Penolong Kanan Kokurikulum 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN : 11.1 Jenis Kumpulan Wang : Kerajaan 11.2 Peruntukan : Bantuan Persekolahan Lain 11.3 Subsidiari : Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) - RM 450.00 BIL PERKARA HARGA/UNIT (RM) BILANGAN JUMLAH (RM) 1 Hamper 100.00 1 100.00 2 Hamper 80.00 1 80.00 3 Hamper 70.00 1 70.00 4 Hamper 60.00 1 60.00 5 Hamper 40.00 1 40.00 6 Hamper 20.00 5 100.00 JUMLAH KESELURUHAN 450.00
  7. 7. 7 12.0 JAWATANKUASA PROGRAM : JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH 2 0 1 5 JAWATANKUASA INDUK Penasihat ZULKFLI BIN NARIN Guru Besar Pengerusi FAUZIAH BINTI AHMAD GPK Kokurikulum Naib Pengerusi 1 ABDUL RAHMAN BIN JELANI GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 HAZLAN BIN HAMZAH GPK Hal Ehwal Murid Setiausaha MOHAMAD ZAMRI BIN SADRI (Setiausaha Kokurikulum)
  8. 8. 8 JAWATANKUASA PELAKSANA Penyelaras Program Mohamad Zamri b Sadri (Setiausaha Kokurikulum) Guru Penasihat Kelab dan Persatuan KUMPULAN A 1. Persatuan Bahasa Malaysia - Puan Raha bt Ramli - Puan Suaibah bt Sudin - Encik Abdul Aziz b Husin 2. Persatuan Agama Islam - Puan Ruzita bt Saidin - Encik Mohd Zain b Awang Jusoh - Encik Hamidi b Mohd Lajis KUMPULAN B 1. Kelab Pencegahan Jenayah - Puan Norashiah btBakar - Encik Mohamad Anuar b Md Nor - Puan Norhidayah bt Sapuan 2. Persatuan Matematik - Puan Norzita btYusof - Puan Rosniza bt Kasim - Puan Siti Amieza Diana btZainuddin KUMPULAN C 1. Persatuan Skim Pinjaman Buku Teks - Puan Zalifah bt Shaari - Puan Norasimah bt Ishak - Puan Humisah btHuri 2. Persatuan Sains - Encik Abdul Wahab b Ahmad - Puan Nor Azlin bt Anuar - Encik Mohamad Zamri b Sadri
  9. 9. 9 KUMPULAN D 1. Kelab Doktor Muda - Puan Norhayati bt Abdul Samat - Encik Ahmad Daudin b Ismail - Puan Nurul Adilla bt Che Kamanordin 2. Kelab Keselamatan Jalan Raya - Puan Norhazelin btIsmail - Puan Nik Hasmashahida bt Hashim - Encik Ibrahim b Ali KUMPULAN E 1. Persatuan Bahasa Inggeris - Puan Salina bt Abu Bakar - Encik Shahrulnizam btAbdul Wahab - Encik Norazman b Noordin 2. Kelab Rukun Negara - Cik Fariza btBasri - Puan Fadilah bt Baharudin - Puan Normala btHassan Ahli-ahli Semua murid Tahun 3 hingga 6
  10. 10. 13.0 PENUTUP Diharapkan program inovasi ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan. Murid – murid pula dapat menimba pengalaman yang bermakna hasil daripada program yang dijalankan ini. Disediakan oleh, …………………………………… ( FAUZIAH BINTI AHMAD) GPK Kokurikulum, SK (FELDA) TRIANG 3, 28300 Triang Pahang Diluluskan oleh, …………………………………… ( ZULKFLI BIN NARIN ) Guru Besar, SK (FELDA) TRIANG 3, 28300 Triang Pahang

×