SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umatIslam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk
dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad
‫ﷺ‬ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan
akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan
kepada dua fasa:
1. Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah
ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan
Nabi Muhammad‫ﷺ‬ ini telah diabadikan oleh Allah ‫سبحانه‬‫وتعالى‬ di dalam Al-Quran:
Firman Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬:
‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ص‬ْ‫ق‬َ ْ‫اْل‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ام‬َ‫ر‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬‫ًل‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ٰ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫س‬َ‫أ‬ ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫ان‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬
﴿ ُ‫ير‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َ‫ي‬ ِ‫ر‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬١
“Maha Suci Allah yang telah m em perjalankan ham ba-Nya pada suatu m alam dari Al-
Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kam i berkati sekelilingnya agar Kam i
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kam i. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
.
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama,
hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di
mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ‫ﷺ‬ sedar. Ia berlaku pada
jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad‫ﷺ‬ bukannya roh sahaja.
Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ menegaskan “asra
bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba
yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya
serentak bukannya rohnya sahaja.
Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi
lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku
sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba -Nya iaitu
Nabi Muhammad‫ﷺ‬ dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka
menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada
mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah
dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah Rasulullah ‫ﷺ‬ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka
orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ‫.ﷺ‬ Fitnah terhadap Baginda ‫ﷺ‬
bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun
murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ‫,ﷺ‬ maka iman mereka tetap
utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada
orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ lalu beliau dengan tegas
menyatakan :
“Benar!Aku mengakui bahawaengkau merupakan Rasulullah ‫ﷺ‬. Jika baginda ‫ﷺ‬mengatakan bahawa
baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.”
Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai
Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia
ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali
diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh
dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
.
.
A. Sebelum Israk dan Mikraj
.
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad‫ﷺ‬ mengalami pembedahan dada yang
dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ‫ﷺ‬ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang
ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya.Kemudian dituangkan hikmah, ilmu
dan iman ke dalam dada Rasulullah ‫.ﷺ‬ Setelah itu, dada Baginda ‫ﷺ‬ dijahit dan dimeterikan
dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi olehRasulullah ‫ﷺ‬ dalam
perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
.
.
B. Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
.
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil.
Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ‫ﷺ‬ telah diarah oleh Jibrail
supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat² berkenaan adalah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ‫ﷺ‬ akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah ‫وتعالى‬ ‫;سبحانه‬
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
.
.
Peristiwa Ajaib
.
Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan
dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
.
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, h asil
(buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah ‫ﷺ‬ dibertahu oleh Jibrail : “Itulahkaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah ‫ﷺ‬ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah
(tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang
dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuholehFir’aun kerana tetap teguh
beriman kepada Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah ‫:ﷺ‬ “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis
kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka
Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging
masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang
makan riba`.”
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu
yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.”
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali.
Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang
yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
9. Kaum yang mencakarmuka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Kata Jibrail: “Itulah
orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
menghinakan) orang.”
10. Seekor lembu jantan yang besar keluardari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula
lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.”
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ‫ﷺ‬ tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ‫ﷺ‬ memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬ berhenti. Rasulullah
‫ﷺ‬tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke
tua.”
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ﷺ‬ untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ‫ﷺ‬
memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ‫ﷺ‬ membuat pilhan yang betul. Jika arak itu
dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
.
.
C. Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬):
.
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ‫ﷺ‬ dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
.
1. Di T angga Pertama:
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.
Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang
rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.
.
2. Di T angga Kedua:
Nabi Muhammad ‫.ﷺ‬ dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa
A.S. dan Nabi Y ahya A.S.
.
3. Di T angga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi Y usuf A.S.
.
4. Di T angga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
.
5. Di T angga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya
Bani Israil.
.
6. Di T angga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa
A.S. Rasulullah ‫ﷺ‬ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang
ramai, termasuk 7 0,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
.
7. Di T angga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang
sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ‫.ﷺ‬
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu
menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepadaumatmu dan beritahu
mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH,WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan
WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”
Bagi orang yang m embaca setiap kalim ah ini akan ditanam kan sepohon pokok dalam
syurga.”
Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ‫ﷺ‬ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-
Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
.
8. Di T angga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬
menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak
dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda ‫ﷺ‬ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda
masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
.
9. Di T angga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬masuk di dalam nur dan naik ke
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu
lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak
memaki ibu bapanya.
.
10. Di T angga Kesepuluh:
Rasulullah ‫ﷺ‬ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbablalu dapat menyaksikan Allah ‫سبحانه‬
‫وتعالى‬ dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ dan
Muhammad, Rasul-Nya:
Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ “Y a Muhammad!”
Nabi Muhammad ‫:ﷺ‬ “Labbaika.”
Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ : “Wahai Tuhanku!Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia
kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar
dan dapat melembutkan besi.Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan
kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau
ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita
gembira dan amaran kepada umatmu.Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu
sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu
ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan
daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu
panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
.
.
D. Selesai Munajat
.
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa
A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬ merayu kepada Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima
waktu), akhirnya Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
.
.
E. Selepas Mikraj
.
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang
Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu
dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk d an Mikraj yang
amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira -kira 18 bulan
sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
.
.
Penutup
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap
kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa
tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan
Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi
keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar -benar kemungkinan
manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.Kejadian Israk dan
Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Orang² kafir di zaman Nabi ‫ﷺ‬ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬ sebaik Baginda bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan
Allah ‫وتعالى‬ ‫.سبحانه‬ Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada
Baginda ‫.ﷺ‬
.
Firman Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬
‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ص‬ْ‫ق‬َ ْ‫اْل‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ام‬َ‫ر‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬‫ًل‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ٰ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫س‬َ‫أ‬ ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫ان‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬
ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َ‫ي‬ ِ‫ر‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬﴿ ُ‫ير‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬١
“Maha Suci Allah yang telah m em perjalankan ham ba-Nya pada suatu m alam dari Al-
Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kam i berkati sekelilingnya agar Kam i
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kam i. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
.
.
‫بالصواب‬ ‫أعلم‬ ‫وهللا‬
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

More Related Content

What's hot

Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Noor Hayati Haya Haya
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMHJWANZ
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatE wan
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Titian sirat agama islam
Titian sirat agama islamTitian sirat agama islam
Titian sirat agama islamNurul Izzah
 
Ceramah isra dan mikraj - Slide panjang
Ceramah isra dan mikraj - Slide panjangCeramah isra dan mikraj - Slide panjang
Ceramah isra dan mikraj - Slide panjangMuhammad Ariff Ariffin
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatAzizan Jae
 
Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2Wan Iza
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikrajShukriah Abu
 
59003881 israk-dan-mikraj
59003881 israk-dan-mikraj59003881 israk-dan-mikraj
59003881 israk-dan-mikrajIdrus Ariffin
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
Pembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekahPembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekahndsdnm
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 

What's hot (20)

Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
Cerita mtq nabi muhammad digua hira'
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
 
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada MalaikatBeriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Malaikat
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Titian sirat agama islam
Titian sirat agama islamTitian sirat agama islam
Titian sirat agama islam
 
Ceramah isra dan mikraj - Slide panjang
Ceramah isra dan mikraj - Slide panjangCeramah isra dan mikraj - Slide panjang
Ceramah isra dan mikraj - Slide panjang
 
sirah nabawiyyah
sirah nabawiyyahsirah nabawiyyah
sirah nabawiyyah
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 
Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2Pembukaan kota mekah 2
Pembukaan kota mekah 2
 
Keagungan Dan Kekuasaan Allah
Keagungan Dan Kekuasaan AllahKeagungan Dan Kekuasaan Allah
Keagungan Dan Kekuasaan Allah
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikraj
 
59003881 israk-dan-mikraj
59003881 israk-dan-mikraj59003881 israk-dan-mikraj
59003881 israk-dan-mikraj
 
Beriman kepada malaikat
Beriman kepada malaikat Beriman kepada malaikat
Beriman kepada malaikat
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Pembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekahPembukaan kota mekah
Pembukaan kota mekah
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Teknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quranTeknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quran
 

Similar to Israk dan Mikraj

Kronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikrajKronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikrajhasmora masnuri
 
ISRAK MIKRAJ 2022.pptx
ISRAK MIKRAJ 2022.pptxISRAK MIKRAJ 2022.pptx
ISRAK MIKRAJ 2022.pptxZULKANAIN1
 
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad sPeristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad snoryantee
 
Isra’ dan mikraj serta kefarduan solat
Isra’ dan mikraj serta kefarduan solatIsra’ dan mikraj serta kefarduan solat
Isra’ dan mikraj serta kefarduan solatAsudi Hamdun
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajOni Eksekutif
 
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawPelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawfitriani2909
 
ISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptxISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptxredzuan18
 
Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)
Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)
Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)livia_meidy
 
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptx
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptxCERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptx
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptxssuser1fbf03
 
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelPerbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelEdi Awaludin
 
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya WahyuSirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya WahyuAbuNailah
 
اسراء دان معراج
اسراء دان معراجاسراء دان معراج
اسراء دان معراجKamarudin Jaafar
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWRinaldi Julian
 
Hadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahHadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahWarnet Raha
 
Hadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahHadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahSeptian Muna Barakati
 

Similar to Israk dan Mikraj (20)

Israk mikraj
Israk mikrajIsrak mikraj
Israk mikraj
 
Kronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikrajKronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikraj
 
ISRAK MIKRAJ 2022.pptx
ISRAK MIKRAJ 2022.pptxISRAK MIKRAJ 2022.pptx
ISRAK MIKRAJ 2022.pptx
 
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad sPeristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
 
Isra’ dan mikraj serta kefarduan solat
Isra’ dan mikraj serta kefarduan solatIsra’ dan mikraj serta kefarduan solat
Isra’ dan mikraj serta kefarduan solat
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'raj
 
HIKMAH ISRA' & MI'RAJ
HIKMAH ISRA' & MI'RAJHIKMAH ISRA' & MI'RAJ
HIKMAH ISRA' & MI'RAJ
 
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad sawPelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
Pelajaran 5 isra' mi'raj nabi muhammad saw
 
Hadits keimanan
Hadits keimananHadits keimanan
Hadits keimanan
 
ISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptxISRAK & MIKRAJ.pptx
ISRAK & MIKRAJ.pptx
 
Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)
Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)
Agama islam dakwah nabi muhammad saw kelas x (10)
 
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptx
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptxCERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptx
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ.pptx
 
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelPerbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
 
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya WahyuSirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
 
اسراء دان معراج
اسراء دان معراجاسراء دان معراج
اسراء دان معراج
 
Kisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad SawKisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad Saw
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
 
Hadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahHadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allah
 
Hadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahHadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allah
 
Hadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allahHadits tentang keimanan kepada allah
Hadits tentang keimanan kepada allah
 

Recently uploaded

Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDAprihatiningrum Hidayati
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxArdianAlaziz
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxWahyudinHioda
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfsrengseng1c
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 

Recently uploaded (14)

Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 

Israk dan Mikraj

  • 1. Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umatIslam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa: 1. Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammad‫ﷺ‬ ini telah diabadikan oleh Allah ‫سبحانه‬‫وتعالى‬ di dalam Al-Quran: Firman Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬: ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ص‬ْ‫ق‬َ ْ‫اْل‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ام‬َ‫ر‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬‫ًل‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ٰ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫س‬َ‫أ‬ ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫ان‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬ ﴿ ُ‫ير‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َ‫ي‬ ِ‫ر‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬١ “Maha Suci Allah yang telah m em perjalankan ham ba-Nya pada suatu m alam dari Al- Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kam i berkati sekelilingnya agar Kam i perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kam i. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). . Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ‫ﷺ‬ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ‫ﷺ‬ sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad‫ﷺ‬ bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba -Nya iaitu Nabi Muhammad‫ﷺ‬ dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak. Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini. Setelah Rasulullah ‫ﷺ‬ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ‫.ﷺ‬ Fitnah terhadap Baginda ‫ﷺ‬ bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ‫,ﷺ‬ maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ lalu beliau dengan tegas menyatakan : “Benar!Aku mengakui bahawaengkau merupakan Rasulullah ‫ﷺ‬. Jika baginda ‫ﷺ‬mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.” Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar. Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam. . . A. Sebelum Israk dan Mikraj .
  • 2. Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad‫ﷺ‬ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ‫ﷺ‬ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya.Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ‫.ﷺ‬ Setelah itu, dada Baginda ‫ﷺ‬ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi olehRasulullah ‫ﷺ‬ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. . . B. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): . Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ‫ﷺ‬ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Di antara tempat² berkenaan adalah: 1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ‫ﷺ‬ akan melakukan hijrah. 2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah ‫وتعالى‬ ‫;سبحانه‬ 3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan); . . Peristiwa Ajaib . Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib. Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut : . 1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, h asil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ‫ﷺ‬ dibertahu oleh Jibrail : “Itulahkaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.” 2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah ‫ﷺ‬ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuholehFir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).” 3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ‫:ﷺ‬ “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).” 4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.” 5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.” 6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.” 7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.” 8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.” 9. Kaum yang mencakarmuka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
  • 3. 10. Seekor lembu jantan yang besar keluardari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.” 11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ‫ﷺ‬ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ‫ﷺ‬ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.” 12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬ berhenti. Rasulullah ‫ﷺ‬tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.” 13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ﷺ‬ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.” . Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ‫ﷺ‬ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ‫ﷺ‬ membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.” . . C. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬): . Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ‫ﷺ‬ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). . 1. Di T angga Pertama: Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. . 2. Di T angga Kedua: Nabi Muhammad ‫.ﷺ‬ dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Y ahya A.S. . 3. Di T angga Ketiga: Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi Y usuf A.S. . 4. Di T angga Keempat: Naik tangga langit keempat. Rasulullah ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi Idris A.S. . 5. Di T angga Kelima: Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. . 6. Di T angga Keenam: Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ‫ﷺ‬ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 7 0,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. . 7. Di T angga Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ‫.ﷺ‬
  • 4. Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu: “LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepadaumatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: “SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH,WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.” Bagi orang yang m embaca setiap kalim ah ini akan ditanam kan sepohon pokok dalam syurga.” Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ‫ﷺ‬ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul- Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah). . 8. Di T angga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ‫ﷺ‬ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. . 9. Di T angga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. . 10. Di T angga Kesepuluh: Rasulullah ‫ﷺ‬ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbablalu dapat menyaksikan Allah ‫سبحانه‬ ‫وتعالى‬ dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ “Y a Muhammad!” Nabi Muhammad ‫:ﷺ‬ “Labbaika.” Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.” Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ : “Wahai Tuhanku!Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.” Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.” . . D. Selesai Munajat . Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬ merayu kepada Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima
  • 5. waktu), akhirnya Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. . . E. Selepas Mikraj . Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk d an Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira -kira 18 bulan sebelum hijrah). (Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) . . Penutup Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar -benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ‫ﷺ‬ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ sebaik Baginda bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah ‫وتعالى‬ ‫.سبحانه‬ Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ‫.ﷺ‬ . Firman Allah ‫وتعالى‬ ‫:سبحانه‬ ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ص‬ْ‫ق‬َ ْ‫اْل‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ام‬َ‫ر‬َ‫ح‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫د‬ ِ‫ج‬ْ‫س‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِِّ‫م‬ ‫ا‬‫ًل‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ه‬ِ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ِ‫ب‬ ٰ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫س‬َ‫أ‬ ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫ان‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬ ْ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ‫ا‬َ‫ن‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫آ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َ‫ي‬ ِ‫ر‬ُ‫ن‬ِ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ن‬ْ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬﴿ ُ‫ير‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬١ “Maha Suci Allah yang telah m em perjalankan ham ba-Nya pada suatu m alam dari Al- Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kam i berkati sekelilingnya agar Kam i perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kam i. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). . . ‫بالصواب‬ ‫أعلم‬ ‫وهللا‬ Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)