SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
1.0    Standard Guru Malaysia (SGM)

       Selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tahun
2020, pembangunan modal insan kelas pertama penting dalam melahirkan individu yang
mempunyai jati diri yang tinggi, berketrampilan, berkeperibadian mulia serta berkemahiran
tinggi. Semuanya bermula dengan sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bersama-sama Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah bertanggungjawab
dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dengan
merancang latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan
seluruh negara.

       1.1    Rasional Standard Guru Malaysia

       Standard Guru Malaysia telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untuk
kegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan,
pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional pertamanya ialah guru perlu
mempunyai tahap amalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang tinggi bagi mereka menjadi guru
professional dengan berkesan.

       Selain itu, institut perguruan perlu menyediakan keperluan yang lengkap seperti dasar,
kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan
kualiti untuk membolehkan mereka melahirkan guru yang berkualiti tinggi. Rasional lain ialah
KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru agar ia dapat
dijadikan sebagai showcase. SGM juga menggariskan criteria dan standard am guru selaras
dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan criteria dan standard
am pendidikan tinggi.

       1.2    Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

       Standard ini memperincikan tentang kompetensi amalan nilai professionalism keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang perlu ada pada seorang guru. Terdapat tiga
domain dalam amalan nilai profesionalisme keguruan iaitu domain diri, profesioan dan sosial.
                                               1
1.2.1   Domain Diri

        Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada. Nilai tersebut perlu
diperkembangkan lagi gagi menjadikan seseorang guru itu lebih berkualiti dan dapat mencapai
matlamat sistem pendidikan negara. Terdapat banyak domain yang difokuskan dalam domain ini.
Antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan ikhlas. Ini amat penting kerana apabila
seseorang guru itu percaya pada Tuhannya, beliau akan amanah dan ikhlas dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang guru. Selain itu, nilai lain yang perlu ditingkatkan ialah berilmu,
kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan tahan lasak,
cergas, aktif, sukarela, efisien dan sihat.

        Di samping itu, guru juga perlu memantapkan lagi kemahiran interpersonal bagi
mewujudkan keyakinan orang lain terhadap dirinya. Kemahiran intrapersonal juga penting bagi
guru untuk mengawal dirinya agar dapat memahami diri sendiri serta tidak emlibakan pelajar
apabila mengalami masalah gangguan emosi.

                1.2.2   Domain Profesion

        Domain profesion merujuki kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus
oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang yang professional. Nilai yang paling
penting dalam domain ini ialah          kecintaan terhadap profesion. Apabila mencintai bidang
keguruan, seseorang guru akan berusaha menjadi yang terbaik dalam bidangnya serta sanggup
berkorban demi profesionnya. Nilai lain dalam domain ini ialah berketrampilan, integrity,
teladan, kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

                1.2.3   Domain Sosial

        Selain mengajar di sekolah, guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi atau penjana
modal insan dalam masyarakat. Nilai utama dalam domain ini ialah kemahiran sosial. Ia penting
kerana ia dapat membantu guru untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat yang juga
merupakan ibu bapa serta waris kepada pelajar sekolah.




                                                  2
Nilai lain dalam domain sosial ialah keharmonian, semangat bermasyarakat patriotism
dan kecintaan terhadap alam sekitar. Semua nilai ini boleh dipupuk melalui program sekolah
seperti gotong-royong, sambutan hari kemerdekaan, hari kantin sekolah, serta mesyuarat PIBG.

1.3    Pengetahuan Dan Kefahaman

Standard yang kedua di dalam Standard Guru Malaysia ialah pengetahuan dan kefahaman.
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang
guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang
berikut:

       1.3.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
       pengajaran dan pembelajaran.

       Pemahaman dan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membolehkan guru-guru
menterjemahkannya ke dalam perancangan dan pembelajaran. Ini juga membantu guru
mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga berkemahiran dalam memahami nilai pendidikan dan
tahu bagaimana nilai tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

       1.3.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
       keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

       Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan
keperluan pengajaran ini memudahkan guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga mahir dalam menggunakan strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

       1.3.3 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

       Pemahaman yang mendalam tentang sukatan pelajaran meliputi penggunaan sukatan
pelajaran dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan dan kefahaman dalam
mata pelajaran yang diajarkan serta perkembangan terkini matapelajaran yang diajarkan.
                                              3
1.3.4 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan Ilmu Pendidikan

       Guru yang berpengetahuan dalam kandungan ilmu pendidikan seharusnya menyediakan
perancangan pengajaran pembelajaran yang berasaskan tahap perkembangan murid serta
bagaimana guru mengaplikasikan teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

       1.3.5 Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

       Guru   yang    berpengetahuan    dalam       Penggunaan   TMK   ini   seharusnya   boleh
mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta etika-etika
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

       1.3.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

       Guru seharusnya merancang strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
selamat, strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta strategi penyusunan
kedudukan murid dan perabot yang merangsangkan pembelajaran. Guru juga seharusnya
mengemplementasikan langkah untuk mewujudkan budaya kerjasama dan persaingan yang sihat
serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan kreativiti, daya usaha dan
pemikiran terbuka.

       1.3.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik
       amalan pengajaran dan pembelajaran.

       Guru yang berpengetahuan dan memahami kaedah pentaksiran dan penilaian seharusnya
boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian serta membina instrumen
pentaksiran dan penilaian yang berkualiti. Maklumat yang diperoleh ini digunakan untuk
meningkatkan kefahaman guru terhadap murid, membina program intervensi, menilai
keberkesanan pengajaran guru dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.

       1.3.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
                                                4
Guru yang memahami potensi dan cara mengembangkannya seharusnya boleh mengenal
pasti perbezaan murid dari segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan tahap
pencapaian serta boleh mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu

       Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang mantap dapat meningkatkan keyakinan
guru melaksanakan tugas profesional dan mengekalkan keberkesanannya. Pelaksanaan standard
pengetahuan dan kefahaman ini akan menjamin kualiti profesional guru berada pada tahap tinggi
dan mengekalkannya relevan dengan perkembangan pendidikan.

       Dengan mengamalkan kesemua domain dalam Standard Amalan Nilai Profesionalisme
Keguruan, guru akan mempunyai hala tuju, matlamat, wawasan pendidikan yang jelas. Guru
akan memupuk prinsip diri yang utuh berupaya membuat perubahan, menyesuaikan diri dan
bersikap proaktif . Guru juga akan lebih berusaha mempertingkatkan keupayaan diri, komitmen,
inisiatif, dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang unggul dan dalam melaksanakan
tugas profesionalnya.

1.4    Kemahiran Pembelajaran Dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut
dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran
dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

       1.4.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
       Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,
       pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

       1.4.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
       pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir,
       kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah
       cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

       1.4.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
       pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian
       murid.

                                              5
1.4.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,
         masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

         Penguasaan kemahiran merancang, melaksana, memantau, mentaksir dan menilai serta
pengurusan bilik darjah yang baik dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
efisien, bermakna, dan menyeronokkan.

2.0      Standard Pengajaran Professional (North Carolina Teaching Standard)

         Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif untuk
memastikan kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang
bermula dari pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk
sektor pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21.

VISI BARU PENGAJARAN

         Guru-guru yang berwawasan akan mencari alternatif untuk berinteraksi dan membuat
proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar-pelajar
mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai medium komunikasi yang boleh dibentuk daripada
gabungan berbagai-bagai sumber data yang boleh digunakan untuk mengatur, merancang, dan
menetapkan matlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan proses pembelajaran. Sebagaimana
yang kita ketahui, guru menggunakan pelbagai jenis penilaian data sepanjang tahun untuk
menilai kemajuan pelajar. Maka, perubahan dan kelemahan terhadap cara pengajaran dan
pembelajaran akan dapat dipertingkatkan serta diperbaharui.

2.1      STANDARD 1: Guru Menunjukkan kepimpinan

      i) Guru pemimpin di dalam kelas mereka

Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran,
kewujudan persekitaran serta kondisisi pembelajaran yang harmoni, selamat dan teratur akan
memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi lebih proaktif dan progresif. Ini bermakna



                                               6
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

   Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Maka, ini bermakna guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Guru-guru juga harus mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk memberi semangat dan
wawasan kepada pelajar agar peningkatan dalam proses pembelajaran akan berterusan.

   ii) Guru menunjukkan kepimpinan di sekolah

Guru juga perlu bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk mewujudkan sekumpulan ahli
profesional bagi komuniti pembelajaran. Tenaga kerja ini akan menganalisis dan menggunakan
data daripada pelbagai sumber sama ada tempatan atau nasional untuk mencapai matlamat dalam
memperkasakan strategi kemajuan sekolah. Di samping itu, pelan-pelan yang dirangka serta
dipercayai boleh meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar harus dipelbagaikan. Guru perlu
meluangkan masa untuk berbincang mengenai cara dan strategi bagi pengurusan rancangan
pembaikan sekolah.

   Selain itu, kondisi bagi kemudahan alatan pembelajaran juga memainkan peranan yang
penting dan tidak seharusnya dipandang ringan. Hal ini perlu diambil berat kerana ianya akan
mem-bentuk sebuah suasana pembelajaran yang selesa bagi para pelajar.

   iii) Guru menerajui profesion keguruan

Di samping itu, guru-guru hendaklah berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan profession
perguruan. Mereka boleh bekerjasama dengan rakan-rakan di kalangan guru untuk menjadi
mentor dan guru-guru sokongan untuk meningkatkan keberkesanan bagi profesion perguruan.
Kerajaan juga boleh mengambil kesempatan daripada kepakaran guru-guru sekiranya mereka
memberi sumbangan kerja yang positif seperti aktif menyertai dan menyokong struktur di dalam



                                              7
bidang pendidikan. Promosi terhadap profession perguruan akan memberi galakan dan
pertumbuhan yang sihat bagi semua warga pendidik.

      iv) Guru pembela kepada sekolah dan pelajar.

      Guru akan menberikan pembelaan terhadap pelajar dan sekolah dengan mewujudkan
      perubahan positif dalam dasar dan amalan yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.Mereka
      mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan pendidikan pelajar

      v) Guru memaparkan tahap etika yang tinggi

Guru menunjukkan prinsip-prinsip etika termasuk kejujuran, integriti, layanan yang adil, dan
menghormati orang lain. Dalam hal ini, setiap guru perlu mematuhi ataupun menjaga Kod Etika
dan Piawaian Etika Profesional. Tahap etika yang tinggi bukanlah semata-mata penampilan diri,
namun ia merangkumi aspek sahsiah diri, disiplin serta perilaku di luar dari sekolah yang
membawa kepada ‘role model’ kepada pelajar.




2.2      Standard 2: Guru mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yang
berbeza.

         Terdapat lima bahagian dalam standard 2 ini, seperti guru melibatkan kepelbagaian
komuniti dalam sekolah. Sebagai contohnya, guru bukan sahaja mendidik pelajar malah guru
juga membentuk akhlak pelajar seperti menghormati semua pekerja di dalam sekolah dan
mengenali setiap pekerja dalam sekolah tidak kira pekerja pejabat, pembantu makmal, tukang
kebun,tukang cuci, peniaga kantin dan pengawal keselamatan. Budaya menghormati orang lain
ini boleh dipupuk apabila guru mewujudkan kepelbagaian komuniti dalam sekolah. Selain itu,
guru hendaklah meletakkan pelajar sebagai individu yang bermaksud guru hendaklah
mengekalkan keyakinan yang tinggi pada setiap pelajar dan tidak seharusnya guru merendahkan
tahap keyakinan pada setiap anak muridnya kerana ini akan menjatuhkan semangat pelajar untuk
belajar mahupun datang ke sekolah.


                                                8
Seterusnya, guru menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan
pelajar dalam P&P. Pekara ini amat penting kerana proses P&P yang sempurna adalah
menyediakan suasana yang kondusif, seperti guru hendaklah memastikan kelas sentiasa dalam
keadaan bersih. Tidak semestinya kelas bersih, malah guru juga menyediakan alatan matematik
kepada pelajar supaya proses P&P tidak terganggu. Selain itu, guru hendaklah bekerjasama
dengan ibu bapa atau penjaga pelajar supaya guru dan ibu bapa atau penjaga boleh berbincang
bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar dan membantu pelajar dalam pelajaran.
Sehubungan dengan ini, guru dapat merapatkan ukhwah ibu bapa atau penjaga dengan pihak
sekolah, sekaligus dapat membantu pihak sekolah menangani masalah pelajar di luar sekolah.

       Guru juga hendaklah mengunakan pengajaran atau pendekatan yang sesuai kepada
pelajar supaya penajaran guru lebih bermakna bagi mereka. Guru seharusnya mengetahui
pedekatan-pendekatan pengajaran yang sesuai terhadap setiap anak murid mereka supaya setiap
pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Contoh pedekatan yang boleh digunakan oleh
guru ialah mengajar dengan menunjukkan video, menunjukkan barang maujud dan menjadikan
proses P&P yang menarik. Sekiranya guru hendak memberi contoh,guru seharusnya
menggunakan contoh situasi harian supaya pelajar lebih mudah faham.




2.3    Standard 3 : Guru menguasai isi kandungan pelajaran dan berpengetahuan.

       Standard 3 ini mengandungi empat bahagian, iaitu yang pertama guru hendakalah
menguasai isi kandungan pengajaran subjek mereka supaya guru tahu apa ilmu yang hendak
disampaikan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru lebih berkeyakinan semasa mengajar
sekiranya mereka menguasai isi kandungan subjek mereka. Kelebihan lain yang dapat dilihat
dalam pekara ini juga ialah persediaan mengajar guru akan lebih teratur dan pelajar akan mudah
faham dengan setiap apa yang diajar oleh guru itu sendiri. Bahagian kedua ialah guru hendaklah
menyusun isi kandungan pengajaran yang saling berkaitan. Sehubungan dengan itu, sekiranya
guru menyusun isi kandungan pengajran mereka yang saling berkaitan, pelajar akan dapat
memehami lebih pengajaran yang diajar sebelum ini. Sekaligus pengajaran terhadap pelajar



                                              9
adalah lebih bermakna dan mereka boleh mengaitkan pelajaran yang baru dengan pelajaran yang
lepas.

         Bahagian ketiga dalam standard 3 ialah, guru menerangkan konsep yang jelas kepada
pelajar. Pekara ini amat penting kerana tahap kefahaman pelajar bergantung sepenuhnya
terhadap penjelasan konsep oleh guru. Sekiranya guru tersalah menjelaskan konsep matematik
yang betul, pelajar mereka akan mendapat impak yang besar dan ini akan berlarutan selagi tidak
diperbetulkan. Guru seharusnya merancang dahulu pengajran mereka dengan menyediakan
penjelasan konsep yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Persediaan ini amat membantu
guru dalam mendidik pelajar dengan berkesan, oleh demikian sepatutnya guru menyediakan
rancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap supaya pengajran guru teratur dan menarik
minat pelajar untuk belajar.

         Bahagian terakhir dalam standard ini ialah guru seharusnya berkebolehan mengaitkan
pengajaran mereka dengan aplikasi seharian atau sejarah berlaku. Kebolehan ini mesti ada pada
setiap guru. Oleh demikian, guru haruslah berpengetahuan luas supaya mereka boleh mengaitkan
dengan pelajaran mereka. Kemahiran ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar memahami
pelajar dengan baik, dalam subjek matematik banyak perkaitan pelajaran yang boleh dikaitkan
dengan sejarah ataupun aplikasi harian sebagai contoh bentuk bangunan, ketinggian bangunan,
imej terbentuk pada cermin dan lain-lain lagi.




2.4      Standard 4: Guru sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar.

         Untuk melaksanakan standard keempat ini, guru perlu mengetahui cara dan tahap
pembelajaran yang sesuai mengikut perkembangan intelek, fizikal, sosial, dan emosi pelajar.
Guru perlu tahu bagaimana cara seseorang pelajar itu berfikir dan belajar. Dengan kata lain, guru
mengajar mengikut kemampuan pelajar mereka. Guru juga mengetahui dan memahami pengaruh
ke atas pembelajaran pelajar mereka. Antara pengaruh yang memberi kesan ke atas pembelajaran
pelajar ialah taraf ekonomi keluarga, kefasihan bahasa, budaya dan pembangunan kemajuan di
sekeliling. Sebagai contoh, keprihatinan guru untuk mengetahui sama ada pelajar mereka boleh


                                                 10
bertutur dan memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat penting supaya pengajaran dapat
disampaikan dengan baik.

       Selain itu, guru juga perlu merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka.
Antara pengajaran yang sesuai ialah guru dapat menarik minat pelajar semasa proses
pembelajaran. Untuk menarik minat pelajar semasa pembelajaran, guru perlu menggunakan Alat
Bantu Mengajar (ABM) yang menarik. Penyediaan set induksi selama 5 hingga 10 minit jua
perlu semasa memulakan pengajaran untuk mencuri tumpuan pelajar terhadap guru yang
mengajar. Untuk memastikan pengajaran yang dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak
pelajar, guru mestilah memantau proses pengajaran yang berlaku dan merubah jika pengajaran
tersebut tidak bersesuaian dengan pelajar.

       Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran juga membantu dan memudahkan pembelajaran
pelajar. Guru perlu memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan
pencapaian dan seterusnya menghapuskan jurang pencapaian antara pelajar. Penggunaan
pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapat
memudahkan pengajaran guru. Selain itu, kaedah lain seperti kaedah eksperimen atau kerja
praktik juga boleh dilakukan seperti guru meminta pelajar menyukat air menggunakan bekas dan
silinder penyukat untuk mempelajari isipadu air.

       Seterusnya, guru juga perlu membantu pelajar membina pemikiran secara kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan
di dalam kelas. Melalui soal jawab ini, kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dapat
dipertingkatkan dan pelajar dapat digalakkan untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, guru juga
dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu topik itu. Terdapat beberapa cara
yang boleh digunakan untuk menggalakan pelajar berfikir. Antaranya seperti guru akan
memberikan ganjaran dan hadiah kepada pelajar yang bertanyakan soalan di dalam kelas.

       Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah penilaian untuk menilai apa yang
telah dipelajari oleh pelajar. Kaedah penilaian ini penting untuk menilai perkembangan pelajar
terhadap topik yang dipelajari. Antara penilaian yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah

                                               11
seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif menggutamakan kemajuan
setiap pelajar dari satu peringkat ke satu perikngkat yang lain. Ianya bertujuan mengesan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian ini dapat memberi peluang kepada guru
untuk memperbetulkan kesilapan dan kelemahan mereka dengan segera supaya tidak terhimpun.
Penilaian sumatif pula ialah penilaian yang dilaksanakan pada akhir semester, tahun, dan juga
apabila berakhirnya sesuatu topik itu diajar.




2.5    Standard 5: Guru menilai pengajaran mereka

       Selepas proses pengajaran, guru perlu menganalisis pembelajaran pelajar mereka. Guru
perlu mengumpul dan menganalisis data pencapaian pelajar untuk meningkatkan pencapaian
pelajar. Guru boleh menyediakan sesi penilaian dalam proses pengajaran. Semasa sesi penilaian,
guru menyediakan soalan latihan kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Daripada soalan tersebut, guru akan menganalisis tahap kefahaman pelajar tentang subtopik yang
diajar. Daripada keputusan analisis tersebut, guru perlulah membuat tindakan susulan yang
sewajarnya. Sebagai contoh, jika masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai subtopik
yang diajar, guru bolehlah mengulangi pengajaran subtopiktersebut dengan menggunakan
kaedah pengajaran yang lain.




                                                12
Bibliografi

North Carolina Professional Teaching Standards. Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada
       www.ncpublicschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf


Professional Teaching Standards.Diperoleh pada September 23,2011,daripada
       http://www.nswteachers.nsw.edu.au/Main-Professional-Teaching-Standards/


Professional Teaching Standards North Carolina.Diperoleh pada September 23,2011,daripada
       http://www.ncpublicsschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf-


Standard Guru Malaysia (SGM). (2008, April 16). Diperoleh pada November 10, 2011, daripada
       Standard Guru Malaysia (SGM): http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html



West Virginia Professional Teaching Standards (WVPTS). Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada
       wvde.state.wv.us/.../WV%20Professional%20Teaching%20Standards.doc




                                             13

Contenu connexe

Tendances

Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guruAmeer Chann
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Pipit Wijaya
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Azizi Ahmad
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guruNor Aminah
 
Profesionalisme guru – keperluan guru
Profesionalisme guru – keperluan guruProfesionalisme guru – keperluan guru
Profesionalisme guru – keperluan guruakmafauzia
 
Jam 1 konsep guru &amalan profesion
Jam 1 konsep guru &amalan profesionJam 1 konsep guru &amalan profesion
Jam 1 konsep guru &amalan profesionPutih Kertas
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaHidayah Yusuf
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranHilda Pujianti
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 

Tendances (19)

Kualiti Guru
Kualiti GuruKualiti Guru
Kualiti Guru
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
 
Profesionalisme guru
Profesionalisme guru Profesionalisme guru
Profesionalisme guru
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
 
Profesionalisme guru – keperluan guru
Profesionalisme guru – keperluan guruProfesionalisme guru – keperluan guru
Profesionalisme guru – keperluan guru
 
KUALITI GURU
KUALITI GURUKUALITI GURU
KUALITI GURU
 
Jam 1 konsep guru &amalan profesion
Jam 1 konsep guru &amalan profesionJam 1 konsep guru &amalan profesion
Jam 1 konsep guru &amalan profesion
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaran
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 

Similaire à Kump 6 b

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Bahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptx
Bahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptxBahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptx
Bahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptxBasuki Rachmad
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
M2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guruM2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guruCak Yon
 
M2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guruM2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guruCak Yon
 
RUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdf
RUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdfRUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdf
RUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdfRizalAttamimi1
 
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)Mulyati Rahman
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruIkhwan Mutaqin
 
PPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptx
PPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptxPPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptx
PPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptxKurikulum2020
 
REVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.doc
REVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.docREVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.doc
REVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.docDelianaDeliana6
 
K7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-finalK7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-finalzahjannanti
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 

Similaire à Kump 6 b (20)

Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Bahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptx
Bahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptxBahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptx
Bahan Paparan Model Kompetensi Guru.pptx
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
M2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guruM2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guru
 
M2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guruM2 pengembangan profesi guru
M2 pengembangan profesi guru
 
RUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdf
RUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdfRUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdf
RUANG_KOLABORASI_PPAE-2.pdf
 
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Slide profesi
Slide profesiSlide profesi
Slide profesi
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guru
 
PPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptx
PPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptxPPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptx
PPT STRATEGI PEMBELAJARAN PD.pptx
 
REVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.doc
REVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.docREVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.doc
REVITALISASI_PENGEMBANGAN_KURIKULUM.doc
 
Kompetensi Guru
Kompetensi GuruKompetensi Guru
Kompetensi Guru
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
K7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-finalK7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-final
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 

Plus de haieri

Math Anxiety
Math AnxietyMath Anxiety
Math Anxietyhaieri
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solvinghaieri
 
Haieri
HaieriHaieri
Haierihaieri
 
Haieri
HaieriHaieri
Haierihaieri
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandunganhaieri
 
Muka depan trends
Muka depan trendsMuka depan trends
Muka depan trendshaieri
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandunganhaieri
 
Kumpulan 6 b
Kumpulan 6 bKumpulan 6 b
Kumpulan 6 bhaieri
 

Plus de haieri (10)

Math Anxiety
Math AnxietyMath Anxiety
Math Anxiety
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solving
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Haieri
HaieriHaieri
Haieri
 
Haieri
HaieriHaieri
Haieri
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandungan
 
Muka depan trends
Muka depan trendsMuka depan trends
Muka depan trends
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandungan
 
Kumpulan 6 b
Kumpulan 6 bKumpulan 6 b
Kumpulan 6 b
 

Kump 6 b

  • 1. 1.0 Standard Guru Malaysia (SGM) Selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, pembangunan modal insan kelas pertama penting dalam melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang tinggi, berketrampilan, berkeperibadian mulia serta berkemahiran tinggi. Semuanya bermula dengan sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah bertanggungjawab dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dengan merancang latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. 1.1 Rasional Standard Guru Malaysia Standard Guru Malaysia telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untuk kegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan, pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional pertamanya ialah guru perlu mempunyai tahap amalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang tinggi bagi mereka menjadi guru professional dengan berkesan. Selain itu, institut perguruan perlu menyediakan keperluan yang lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan mereka melahirkan guru yang berkualiti tinggi. Rasional lain ialah KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru agar ia dapat dijadikan sebagai showcase. SGM juga menggariskan criteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan criteria dan standard am pendidikan tinggi. 1.2 Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan tentang kompetensi amalan nilai professionalism keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang perlu ada pada seorang guru. Terdapat tiga domain dalam amalan nilai profesionalisme keguruan iaitu domain diri, profesioan dan sosial. 1
  • 2. 1.2.1 Domain Diri Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada. Nilai tersebut perlu diperkembangkan lagi gagi menjadikan seseorang guru itu lebih berkualiti dan dapat mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Terdapat banyak domain yang difokuskan dalam domain ini. Antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan ikhlas. Ini amat penting kerana apabila seseorang guru itu percaya pada Tuhannya, beliau akan amanah dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Selain itu, nilai lain yang perlu ditingkatkan ialah berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan tahan lasak, cergas, aktif, sukarela, efisien dan sihat. Di samping itu, guru juga perlu memantapkan lagi kemahiran interpersonal bagi mewujudkan keyakinan orang lain terhadap dirinya. Kemahiran intrapersonal juga penting bagi guru untuk mengawal dirinya agar dapat memahami diri sendiri serta tidak emlibakan pelajar apabila mengalami masalah gangguan emosi. 1.2.2 Domain Profesion Domain profesion merujuki kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang yang professional. Nilai yang paling penting dalam domain ini ialah kecintaan terhadap profesion. Apabila mencintai bidang keguruan, seseorang guru akan berusaha menjadi yang terbaik dalam bidangnya serta sanggup berkorban demi profesionnya. Nilai lain dalam domain ini ialah berketrampilan, integrity, teladan, kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. 1.2.3 Domain Sosial Selain mengajar di sekolah, guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi atau penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai utama dalam domain ini ialah kemahiran sosial. Ia penting kerana ia dapat membantu guru untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat yang juga merupakan ibu bapa serta waris kepada pelajar sekolah. 2
  • 3. Nilai lain dalam domain sosial ialah keharmonian, semangat bermasyarakat patriotism dan kecintaan terhadap alam sekitar. Semua nilai ini boleh dipupuk melalui program sekolah seperti gotong-royong, sambutan hari kemerdekaan, hari kantin sekolah, serta mesyuarat PIBG. 1.3 Pengetahuan Dan Kefahaman Standard yang kedua di dalam Standard Guru Malaysia ialah pengetahuan dan kefahaman. Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut: 1.3.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pemahaman dan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membolehkan guru-guru menterjemahkannya ke dalam perancangan dan pembelajaran. Ini juga membantu guru mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga berkemahiran dalam memahami nilai pendidikan dan tahu bagaimana nilai tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan pengajaran ini memudahkan guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mahir dalam menggunakan strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.3 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. Pemahaman yang mendalam tentang sukatan pelajaran meliputi penggunaan sukatan pelajaran dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran yang diajarkan serta perkembangan terkini matapelajaran yang diajarkan. 3
  • 4. 1.3.4 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan Ilmu Pendidikan Guru yang berpengetahuan dalam kandungan ilmu pendidikan seharusnya menyediakan perancangan pengajaran pembelajaran yang berasaskan tahap perkembangan murid serta bagaimana guru mengaplikasikan teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.5 Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Guru yang berpengetahuan dalam Penggunaan TMK ini seharusnya boleh mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta etika-etika penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Guru seharusnya merancang strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta strategi penyusunan kedudukan murid dan perabot yang merangsangkan pembelajaran. Guru juga seharusnya mengemplementasikan langkah untuk mewujudkan budaya kerjasama dan persaingan yang sihat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan kreativiti, daya usaha dan pemikiran terbuka. 1.3.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berpengetahuan dan memahami kaedah pentaksiran dan penilaian seharusnya boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian serta membina instrumen pentaksiran dan penilaian yang berkualiti. Maklumat yang diperoleh ini digunakan untuk meningkatkan kefahaman guru terhadap murid, membina program intervensi, menilai keberkesanan pengajaran guru dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. 1.3.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. 4
  • 5. Guru yang memahami potensi dan cara mengembangkannya seharusnya boleh mengenal pasti perbezaan murid dari segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan tahap pencapaian serta boleh mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang mantap dapat meningkatkan keyakinan guru melaksanakan tugas profesional dan mengekalkan keberkesanannya. Pelaksanaan standard pengetahuan dan kefahaman ini akan menjamin kualiti profesional guru berada pada tahap tinggi dan mengekalkannya relevan dengan perkembangan pendidikan. Dengan mengamalkan kesemua domain dalam Standard Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, guru akan mempunyai hala tuju, matlamat, wawasan pendidikan yang jelas. Guru akan memupuk prinsip diri yang utuh berupaya membuat perubahan, menyesuaikan diri dan bersikap proaktif . Guru juga akan lebih berusaha mempertingkatkan keupayaan diri, komitmen, inisiatif, dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang unggul dan dalam melaksanakan tugas profesionalnya. 1.4 Kemahiran Pembelajaran Dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. 1.4.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. 1.4.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. 1.4.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. 5
  • 6. 1.4.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Penguasaan kemahiran merancang, melaksana, memantau, mentaksir dan menilai serta pengurusan bilik darjah yang baik dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efisien, bermakna, dan menyeronokkan. 2.0 Standard Pengajaran Professional (North Carolina Teaching Standard) Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif untuk memastikan kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang bermula dari pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk sektor pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21. VISI BARU PENGAJARAN Guru-guru yang berwawasan akan mencari alternatif untuk berinteraksi dan membuat proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar-pelajar mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai medium komunikasi yang boleh dibentuk daripada gabungan berbagai-bagai sumber data yang boleh digunakan untuk mengatur, merancang, dan menetapkan matlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan proses pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui, guru menggunakan pelbagai jenis penilaian data sepanjang tahun untuk menilai kemajuan pelajar. Maka, perubahan dan kelemahan terhadap cara pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan serta diperbaharui. 2.1 STANDARD 1: Guru Menunjukkan kepimpinan i) Guru pemimpin di dalam kelas mereka Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran, kewujudan persekitaran serta kondisisi pembelajaran yang harmoni, selamat dan teratur akan memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi lebih proaktif dan progresif. Ini bermakna 6
  • 7. guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Maka, ini bermakna guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Guru-guru juga harus mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk memberi semangat dan wawasan kepada pelajar agar peningkatan dalam proses pembelajaran akan berterusan. ii) Guru menunjukkan kepimpinan di sekolah Guru juga perlu bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk mewujudkan sekumpulan ahli profesional bagi komuniti pembelajaran. Tenaga kerja ini akan menganalisis dan menggunakan data daripada pelbagai sumber sama ada tempatan atau nasional untuk mencapai matlamat dalam memperkasakan strategi kemajuan sekolah. Di samping itu, pelan-pelan yang dirangka serta dipercayai boleh meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar harus dipelbagaikan. Guru perlu meluangkan masa untuk berbincang mengenai cara dan strategi bagi pengurusan rancangan pembaikan sekolah. Selain itu, kondisi bagi kemudahan alatan pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dan tidak seharusnya dipandang ringan. Hal ini perlu diambil berat kerana ianya akan mem-bentuk sebuah suasana pembelajaran yang selesa bagi para pelajar. iii) Guru menerajui profesion keguruan Di samping itu, guru-guru hendaklah berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan profession perguruan. Mereka boleh bekerjasama dengan rakan-rakan di kalangan guru untuk menjadi mentor dan guru-guru sokongan untuk meningkatkan keberkesanan bagi profesion perguruan. Kerajaan juga boleh mengambil kesempatan daripada kepakaran guru-guru sekiranya mereka memberi sumbangan kerja yang positif seperti aktif menyertai dan menyokong struktur di dalam 7
  • 8. bidang pendidikan. Promosi terhadap profession perguruan akan memberi galakan dan pertumbuhan yang sihat bagi semua warga pendidik. iv) Guru pembela kepada sekolah dan pelajar. Guru akan menberikan pembelaan terhadap pelajar dan sekolah dengan mewujudkan perubahan positif dalam dasar dan amalan yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.Mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan pendidikan pelajar v) Guru memaparkan tahap etika yang tinggi Guru menunjukkan prinsip-prinsip etika termasuk kejujuran, integriti, layanan yang adil, dan menghormati orang lain. Dalam hal ini, setiap guru perlu mematuhi ataupun menjaga Kod Etika dan Piawaian Etika Profesional. Tahap etika yang tinggi bukanlah semata-mata penampilan diri, namun ia merangkumi aspek sahsiah diri, disiplin serta perilaku di luar dari sekolah yang membawa kepada ‘role model’ kepada pelajar. 2.2 Standard 2: Guru mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yang berbeza. Terdapat lima bahagian dalam standard 2 ini, seperti guru melibatkan kepelbagaian komuniti dalam sekolah. Sebagai contohnya, guru bukan sahaja mendidik pelajar malah guru juga membentuk akhlak pelajar seperti menghormati semua pekerja di dalam sekolah dan mengenali setiap pekerja dalam sekolah tidak kira pekerja pejabat, pembantu makmal, tukang kebun,tukang cuci, peniaga kantin dan pengawal keselamatan. Budaya menghormati orang lain ini boleh dipupuk apabila guru mewujudkan kepelbagaian komuniti dalam sekolah. Selain itu, guru hendaklah meletakkan pelajar sebagai individu yang bermaksud guru hendaklah mengekalkan keyakinan yang tinggi pada setiap pelajar dan tidak seharusnya guru merendahkan tahap keyakinan pada setiap anak muridnya kerana ini akan menjatuhkan semangat pelajar untuk belajar mahupun datang ke sekolah. 8
  • 9. Seterusnya, guru menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam P&P. Pekara ini amat penting kerana proses P&P yang sempurna adalah menyediakan suasana yang kondusif, seperti guru hendaklah memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih. Tidak semestinya kelas bersih, malah guru juga menyediakan alatan matematik kepada pelajar supaya proses P&P tidak terganggu. Selain itu, guru hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga pelajar supaya guru dan ibu bapa atau penjaga boleh berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar dan membantu pelajar dalam pelajaran. Sehubungan dengan ini, guru dapat merapatkan ukhwah ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah, sekaligus dapat membantu pihak sekolah menangani masalah pelajar di luar sekolah. Guru juga hendaklah mengunakan pengajaran atau pendekatan yang sesuai kepada pelajar supaya penajaran guru lebih bermakna bagi mereka. Guru seharusnya mengetahui pedekatan-pendekatan pengajaran yang sesuai terhadap setiap anak murid mereka supaya setiap pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Contoh pedekatan yang boleh digunakan oleh guru ialah mengajar dengan menunjukkan video, menunjukkan barang maujud dan menjadikan proses P&P yang menarik. Sekiranya guru hendak memberi contoh,guru seharusnya menggunakan contoh situasi harian supaya pelajar lebih mudah faham. 2.3 Standard 3 : Guru menguasai isi kandungan pelajaran dan berpengetahuan. Standard 3 ini mengandungi empat bahagian, iaitu yang pertama guru hendakalah menguasai isi kandungan pengajaran subjek mereka supaya guru tahu apa ilmu yang hendak disampaikan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru lebih berkeyakinan semasa mengajar sekiranya mereka menguasai isi kandungan subjek mereka. Kelebihan lain yang dapat dilihat dalam pekara ini juga ialah persediaan mengajar guru akan lebih teratur dan pelajar akan mudah faham dengan setiap apa yang diajar oleh guru itu sendiri. Bahagian kedua ialah guru hendaklah menyusun isi kandungan pengajaran yang saling berkaitan. Sehubungan dengan itu, sekiranya guru menyusun isi kandungan pengajran mereka yang saling berkaitan, pelajar akan dapat memehami lebih pengajaran yang diajar sebelum ini. Sekaligus pengajaran terhadap pelajar 9
  • 10. adalah lebih bermakna dan mereka boleh mengaitkan pelajaran yang baru dengan pelajaran yang lepas. Bahagian ketiga dalam standard 3 ialah, guru menerangkan konsep yang jelas kepada pelajar. Pekara ini amat penting kerana tahap kefahaman pelajar bergantung sepenuhnya terhadap penjelasan konsep oleh guru. Sekiranya guru tersalah menjelaskan konsep matematik yang betul, pelajar mereka akan mendapat impak yang besar dan ini akan berlarutan selagi tidak diperbetulkan. Guru seharusnya merancang dahulu pengajran mereka dengan menyediakan penjelasan konsep yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Persediaan ini amat membantu guru dalam mendidik pelajar dengan berkesan, oleh demikian sepatutnya guru menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap supaya pengajran guru teratur dan menarik minat pelajar untuk belajar. Bahagian terakhir dalam standard ini ialah guru seharusnya berkebolehan mengaitkan pengajaran mereka dengan aplikasi seharian atau sejarah berlaku. Kebolehan ini mesti ada pada setiap guru. Oleh demikian, guru haruslah berpengetahuan luas supaya mereka boleh mengaitkan dengan pelajaran mereka. Kemahiran ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar memahami pelajar dengan baik, dalam subjek matematik banyak perkaitan pelajaran yang boleh dikaitkan dengan sejarah ataupun aplikasi harian sebagai contoh bentuk bangunan, ketinggian bangunan, imej terbentuk pada cermin dan lain-lain lagi. 2.4 Standard 4: Guru sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar. Untuk melaksanakan standard keempat ini, guru perlu mengetahui cara dan tahap pembelajaran yang sesuai mengikut perkembangan intelek, fizikal, sosial, dan emosi pelajar. Guru perlu tahu bagaimana cara seseorang pelajar itu berfikir dan belajar. Dengan kata lain, guru mengajar mengikut kemampuan pelajar mereka. Guru juga mengetahui dan memahami pengaruh ke atas pembelajaran pelajar mereka. Antara pengaruh yang memberi kesan ke atas pembelajaran pelajar ialah taraf ekonomi keluarga, kefasihan bahasa, budaya dan pembangunan kemajuan di sekeliling. Sebagai contoh, keprihatinan guru untuk mengetahui sama ada pelajar mereka boleh 10
  • 11. bertutur dan memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat penting supaya pengajaran dapat disampaikan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka. Antara pengajaran yang sesuai ialah guru dapat menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Untuk menarik minat pelajar semasa pembelajaran, guru perlu menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik. Penyediaan set induksi selama 5 hingga 10 minit jua perlu semasa memulakan pengajaran untuk mencuri tumpuan pelajar terhadap guru yang mengajar. Untuk memastikan pengajaran yang dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak pelajar, guru mestilah memantau proses pengajaran yang berlaku dan merubah jika pengajaran tersebut tidak bersesuaian dengan pelajar. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran juga membantu dan memudahkan pembelajaran pelajar. Guru perlu memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian dan seterusnya menghapuskan jurang pencapaian antara pelajar. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapat memudahkan pengajaran guru. Selain itu, kaedah lain seperti kaedah eksperimen atau kerja praktik juga boleh dilakukan seperti guru meminta pelajar menyukat air menggunakan bekas dan silinder penyukat untuk mempelajari isipadu air. Seterusnya, guru juga perlu membantu pelajar membina pemikiran secara kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan di dalam kelas. Melalui soal jawab ini, kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dapat dipertingkatkan dan pelajar dapat digalakkan untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, guru juga dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu topik itu. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menggalakan pelajar berfikir. Antaranya seperti guru akan memberikan ganjaran dan hadiah kepada pelajar yang bertanyakan soalan di dalam kelas. Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah penilaian untuk menilai apa yang telah dipelajari oleh pelajar. Kaedah penilaian ini penting untuk menilai perkembangan pelajar terhadap topik yang dipelajari. Antara penilaian yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah 11
  • 12. seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif menggutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu perikngkat yang lain. Ianya bertujuan mengesan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian ini dapat memberi peluang kepada guru untuk memperbetulkan kesilapan dan kelemahan mereka dengan segera supaya tidak terhimpun. Penilaian sumatif pula ialah penilaian yang dilaksanakan pada akhir semester, tahun, dan juga apabila berakhirnya sesuatu topik itu diajar. 2.5 Standard 5: Guru menilai pengajaran mereka Selepas proses pengajaran, guru perlu menganalisis pembelajaran pelajar mereka. Guru perlu mengumpul dan menganalisis data pencapaian pelajar untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru boleh menyediakan sesi penilaian dalam proses pengajaran. Semasa sesi penilaian, guru menyediakan soalan latihan kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman pelajar. Daripada soalan tersebut, guru akan menganalisis tahap kefahaman pelajar tentang subtopik yang diajar. Daripada keputusan analisis tersebut, guru perlulah membuat tindakan susulan yang sewajarnya. Sebagai contoh, jika masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai subtopik yang diajar, guru bolehlah mengulangi pengajaran subtopiktersebut dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lain. 12
  • 13. Bibliografi North Carolina Professional Teaching Standards. Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada www.ncpublicschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf Professional Teaching Standards.Diperoleh pada September 23,2011,daripada http://www.nswteachers.nsw.edu.au/Main-Professional-Teaching-Standards/ Professional Teaching Standards North Carolina.Diperoleh pada September 23,2011,daripada http://www.ncpublicsschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf- Standard Guru Malaysia (SGM). (2008, April 16). Diperoleh pada November 10, 2011, daripada Standard Guru Malaysia (SGM): http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html West Virginia Professional Teaching Standards (WVPTS). Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada wvde.state.wv.us/.../WV%20Professional%20Teaching%20Standards.doc 13