Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

Kajian tindakan masalah membaca

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
KAJIAN TINDAKAN
TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UK...
Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan
nyaring manakala aktiviti bacaan senya...
Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh
manakah kemahiran membaca murid tahun 2 d...
Publicité
Publicité
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 10 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Diaporamas pour vous (20)

Publicité

Plus par Ahmad NazRi (20)

Publicité

Kajian tindakan masalah membaca

  1. 1. KAJIAN TINDAKAN TAJUK: PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN UKONG LIMBANG, SARAWAK. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemahiran 3M merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam Kajian Tindakan ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 telah dikenalpasti tahap pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca murid Tahun 2. Pendekatan Kaedah yang digunakan ialah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan kaedah fonik telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka memahami teks yang dibaca. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah murid-murid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang mendapat perhatian umum. Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 1
  2. 2. Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap. Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka sahaja. Hal ini akan menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan makna. Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan. Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf ataupun tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam kontek ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka membaca huruf, perkataan atau frasa secara terbalik atau songsang. Contohnya seperti “bala” disebut “laba”. Permasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka akan ketinggalam dalam kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke peringkat sekolah menengah tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah dapat diselesaikan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?. 4.0 TUJUAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai kemahiran membaca. Berbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Namun demikian, selepas fasa pertama KBSM didapati ramai pelajar yang masih gagal dalam menguasai kemahiran 3M. Keadaan ini sangat menakitkan apabila semakin ramai pelajar yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. 2
  3. 3. Oleh yang demikian, penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah kemahiran membaca murid tahun 2 di sekolah Kebangsaan Ukong, Limbang ini menguasai kemahiran membaca. Kajian ini melibatkan empat jenis ujian yang melibatkan murid-murid membaca perkataan-perkataan mengikut konsonan dan vokal tertentu dan juga kemahiran membaca teks pendek. Kemudian murid-murid akan dianalisis mengikut kefahaman mereka terhadap setiap ujian yang telah dijalankan. 4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN Dalam metodologi pendidikan ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, dan juga instrumen kajian. 4.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian tindakan ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan awal. dalam tinjauan awal terhadap murid Tahun 2 SK Ukong Limbang, pencapaian murid dalam kemahiran-kemahiran asas membaca dikenalpasti. Ujian awal (diognostik) dilaksanakan. Antara ujian yang dilaksanakan ialah ujian 1 iaitu ujian membaca perkataan suku kata KVKV, ujian 2 ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian 3 ialah ujian membaca perkataan VKVK, ujian 4 ialah membaca teks pendek. 4.2 Sasaran Kajian Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Murid tahun 2 ini terdiri daripada murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Murid telah mengenal huruf vokal dan konsonan, namun belum berapa fasih membaca suku kata perkataan dengan lancar. 4.3 Batasan Kajian Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak. Fokus kajian ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran membaca KVKV, KVKVK, VKVK, dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya. Faktor murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dengan lancar juga dikaji. 3
  4. 4. 4.4 Instrumen Kajian Instumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan ujian diognostik yang merangkumi 4 bahagian iaitu, ujian pertama ialah ujian membaca perkataan suku kata KVKVK, ujian yang kedua ialah ujian membaca perkataan KVKVK, ujian yang ketiga ialah ujian membaca perkataan VKVK, dan ujian yang ke empat ialah ujian membaca teks pendek iaitu 15 hingga 20 patah perkataan.. Setiap ujian ini dianalisis keputusannya bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi. 5.0 ANALISIS DATA KAJIAN Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 14 Februari 2011 yang melibatkan 30 orang murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Ukong Limbang, Sarawak.. Murid-murid ini didedahkan dengan kemahiran membaca. Dalam tinjauan awal, pencapaian pelajar dalam kemahiran- kemahiran asas membaca dikaji. Ujian dagnostik awal telah dilaksanakan. Ujian dan temubual berikut dilaksana: Ujian 1 : Membaca perkataan suku kata KVKV Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK Ujian 3: Membaca perkataan VKVK Ujian 4: Membaca Teks pendek (15-20 perkataan Analisis Data Ujian 1: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 8 Sangat lemah 12 11.1 9 – 16 Lemah 52 48.2 17 – 24 Sederhana 37 34.2 25 - 32 Baik 4 3.7 33 - 42 Sangat Baik 3 2.8 4
  5. 5. Dari data yang diperolehi sebanyak 6.5 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran ini dengan baik manakal 59.3 peratus berada pada tahap lemah. ini menunjukkan murid masih belum dapat menguasai kemahiran membatangkan suku kata. Analisis Data Ujian 2: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 4 Sangat lemah 48 44.4 5 -8 Lemah 26 24.1 9 – 12 Sederhana 30 27.8 13 - 16 Baik 3 2.8 17 - 20 Sangat Baik 1 0.9 Daripada data yang diperolehi daripada ujian ini mendapati, hanya 3.7 peratus murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan 68.5 peratus masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK. Hal ini kerana murid-murid masih tidak dapat membatangkan suku kata sebelum menyebut keseluruhan perkataan. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak dapat membaca perkataan yang telah diberikan. Analisis Data Ujian 3: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 4 Sangat lemah 4 3.7 5– 8 Lemah 15 13.9 9 –12 Sederhana 30 27.8 13- 16 Baik 32 29.6 17 - 20 Sangat Baik 27 25 Daripada ujian ini pula, adalah didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca VKVK dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. hal ini kerana murid-murid lebih mengenal huruf vokal yang terdiri daripada a.e,i,o dan u tetapi masih lemah dalam menguasai huruf konsonan yang lain. Analisis Data Ujian 4: Pencapaian Tahap Frekuensi Peratus 0 – 4 Sangat lemah 4 3.7 5– 8 Lemah 15 13.9 9 –12 Sederhana 30 27.8 5
  6. 6. 13- 16 Baik 32 29.6 17 - 20 Sangat Baik 27 25 Daripada ujian yang terakhir iaitu kemahiran membaca teks didapati sebahagian murid iaitu sebanyak 54.6 peratus boleh memberi membaca teks dan hanya 17.6 peratus masih belum menguasai kemahiran ini. 5.0 CADANGAN TINDAKAN Bagi cadangan tindakan ini, tindakan awal yang boleh dijalankan bagi membantu murid- murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK ialah dengan mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam kajian ini, pengkaji mencadangkan kaeadah pembelajaran masteri. Kaedah pembelajaran masteri ini dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa Stesen Bacaan di dalam kelas di mana, guru menggunakan beberapa sudut di dalam bilik darjah sebagai stesen bacaan. Di setiap stesen bacaan ini disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan, kad ayat, dan cerita-cerita pendek. Tujuan stesen ini diwujudkan ialah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang mereka selepas mereka selesai melakukan sesuatu aktiviti. Bagi murid-murid yang telah berjaya membaca bahan-bahan yang disediakan di setiap stesen dengan lancar, bolehlah diberikan ganjaran sebagai peneguhan positif kepada murid-murid berkenaan. Contoh-contoh setiap stesen adalah ditunjukkan seperti dibawah: STESEN 1 Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti ‘kasut’ dan ‘jalur’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut. KAD SUKU KATA + = kasut 6 ka sut
  7. 7. + = jalur + + = memasak + + + = sekolah Penggunaan warna untuk setiap suku kata dalam kad bacaan adalah penting. Ini bagi memudahkan murid mengeja suku kata tersebut berdasarkan warna tersebut. STESEN 2 KAD PERKATAAN 7 ja lur me ma sak se ko lah memasak tembikai permata membaca
  8. 8. Kad perkataan ini juga dihasilkan dalam bentuk warna yang mana setiap suku kata diwakilkan dengan warna yang berlainan. Penggunaan warna ini juga bertujuan untuk memudahkan para murid membaca perkataan tersebut berdasarkan warna dan juga sekaligus menarik perhatian mereka terhadap kad-kad bacaan yang dipamerkan. STESEN 3 KAD AYAT Aktiviti pada stesen tiga ini merupakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Stesen tiga ialah aktiviti yang berkesinambungan daripada stesen-stesen yang sebelumnya. STESEN 4 Aktiviti dalam stesen 4 ini ialah murid disediakan dengan sebuah buku yang mengandungi gambar dan ilustrasi yang menarik dan dilengkapi dengan ayat-ayat pendek yang mudah dibaca oleh murid. Jika murid berjaya melepasi tahap ini, bermakna mereka sudah fasih membaca ayat-ayat pendek. 7.0 SKEDUL/ JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN PERKARA TARIKH Penerimaan Projek 6 Januari 2011 8 Ibu memasak nasi di dapur dadadadapaydapur Hobi kakak membaca buku
  9. 9. Kajian awal 11 Januari 2011 Pernyataan masalah 13 Januari 2011 Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011 Kajian lapangan 14 Februari 2011 Pengumpulan data 19 Februari 2011 Cadangan kajian 22 Februari 2011 Penyerahan projek 18 Mac 2011 8.0 JADUAL KEWANGAN 9.0 KESIMPULAN Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat. BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 9
  10. 10. Kajian awal 11 Januari 2011 Pernyataan masalah 13 Januari 2011 Pembentukan soalan ujian murid 15 Januari 2011 Kajian lapangan 14 Februari 2011 Pengumpulan data 19 Februari 2011 Cadangan kajian 22 Februari 2011 Penyerahan projek 18 Mac 2011 8.0 JADUAL KEWANGAN 9.0 KESIMPULAN Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru seharusnya memberi perhatian kepada masalah kemahiran membaca ini. justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran dalam menyampaikan pengajaran bacaan. Hal ini demikian kerana, pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bahan bacaan semata-mata tidak mencukupi, oleh itu, guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kemahiran membaca murid Tahun Dua dapat ditingkatkan dengan kaedah KGBK dan Kaedah Fonik dalam pengajaran guru. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka untuk datang kesekolah. Penggunaan kaedah diagnostik ini akan dapat membantu guru untuk mengesan ketidakbolehan membaca murid. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan kepada hasil analisis daripada borang selidik yang telah diedarkan kepada pelajar. Kesimpulan juga berdasarkan perbandingan antara sebelum dan selepas tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah yang dikaji dan perbandingan dibuat. BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 9

×