SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Berdasarkan temubual dengan guru prasekolah, tuliskan esei tentang konsep dan
definisi tekanan, pengurusan tekanan, jelaskan punca tekanan guru tersebut dan
huraikan cadangan cara mengatasi tekanan pada guru prasekolah berkenaan.
Pengenalan
Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian
dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang
menyerang manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom
(2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi
tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Tekanan bukanlah suatu
perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan biasa dialami oleh semua
manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara umumnya,
perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam beberapa konteks yang
berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan
seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap
perkembangan pemodenan yang mendadak.
Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental
dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang
didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan
dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk
menyumbang khidmat kepada masyarakat”
(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)
Menurut Cox (1978), menjelaskan tekanan merupakan satu keadaan di mana
persepsi terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi permintaan
tersebut, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan berlakunya stress dalam diri individu
tersebut. Ketidakseimbangan akan bergantung kepada daya tindak seseorang dalam
bentuk psikologikal yang melibatkan strategi, kognisi serta tingkah laku dan fisiologikal.
Stress akan berlaku sekiranya daya tindak secara normal tidak berkesan. Keadaan ini
mungkin akan menyebabkan kerosakan fungsi dan stuktur. Tidak semua individu akan
mengalami proses yang sama.
Di Malaysia, fenomena tekanan di kalangan guru kini sedang hebat
diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang
lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang
menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar
(1998). Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk
bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di
samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau
sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya
pendidikan ini.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber,
dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu,
dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan
peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Menurut Dr.Sapora Sipon (2007), tekanan terhadap guru memang
berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami
tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat
tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti
pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap
kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar,
bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini
menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan
ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.
Konsep dan Definisi
Berdasarkan temubual yang dijalankan, menunjukkan terdapat kepelbagaian
pendapat terhadap wujudnya tekanan di kalangan guru-guru prasekolah dari semua
aspek. Tekanan didefinisikan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya dan menjelaskan sekiranya
keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan
mendatangkan kesan yang positif. Dalam erti kata lain, tekanan adalah tindak balas
fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan yang menganggu
ketenangan atau kestabilan seseorang. Tanpa stress kita tidak dapat berfungsi secara
berkesan kerana ketahanan fizikal, mental dan emosi yang kuat akan menyebabkan kita
lebih bermotivasi dan mampu melaksanakan kerja dengan baik.
Teori tekanan
Hans Selye (1974) ialah pakar psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan
dan aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya, beliau mengutarakan satu teori yang
menarik mengenainya. Beliau mendefinisikan teori ini sebagai satu tindak balas yang
tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau permintaan dan dikenali
sebagai Sindrom Adaptasi Am (GAS). Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana
tubuh akan merangsang satu bentuk pertahanan yang membantu untuk mengatasi
masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi reaksi adalah berkaitan di antara
satu sama lain. Teori ini adalah berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku
ketika tekanan iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap
penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan (Stage of Exhaustion).
Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum.
Model tekanan guru
Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan
kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima sumber yang
dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber
pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik.
Rajah 2: Model Tekanan Guru
Punca tekanan
Pendidikan tempatan yang sering mengalami perubahan turut menjadi satu beban
kepada golongan guru. Perubahan besar yang menembusi bidang pendidikan dalam
tahun 1983 iaitu KBSR dan KBSM, ternyata meningkatkan lagi tanggungan para guru.
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia terutamanya masalah
pelajar, bebanan tugas, isu pernilaian prestasi guru, pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris serta perubahan dasar-dasar yang tidak pernah selesai.
Kesemuanya ini memerlukan pandangan guru terhadap apa yang dialami. Perubahan ini
juga pasti akan menyebabkan tekanan ke atas guru.
Berdasarkan kajian terhadap guru-guru prasekolah, terdapat beberapa punca
yang menyebabkan berlakunya tekanan ke atas guru iaitu guru selalu dipersalahkan jika
berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Ibu bapa masa kini terlalu
memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku
mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya
berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak
mereka. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau bertolak
ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih
memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat
sesi persekolahan.
Selain itu, guru juga dibebani dengan perasaan takut akan dimarahi oleh ibu bapa
pelajar. Guru merasa tertekan apabila ibu bapa marah, menentang dan menyalahkan
pihak guru jika berlaku sesuatu terhadap anak-anak mereka. Contohnya, pelajar
melakukan kesalahan dalam latihan yang diberikan, guru tidak menanda secara cermat
buku pelajar tersebut. Apabila kecuaian ini dilihat oleh ibu bapa, ia mendatangkan
kemarahan kepada mereka dan menuduh guru tidak mengajar dengan baik dan
menyampaikan ilmu yang salah kepada pelajar.
Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari.
Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-
kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru
juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip
surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan,
permainan, kelab dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan
yang terlalu kerap, ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin
berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan seterusnya akan mendatangkan
tekanan kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan guru yang terpaksa menghadiri
pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan
menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain.
Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam
tugas guru terbabit.
Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang
mempengaruhi kepada masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Ini berlaku apabila
terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan
sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas
dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat
beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di
samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa
di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila diperlukan dan
guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan.
Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca
daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem
pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan
adalah, isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot
yang tidak sesuai serta mencukupi. Masalah ini kerap berlaku di sekolah yang telah lama
digunakan dan terletak jauh di pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan
terletak di bandar, isu ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka.
Masalah disiplin dan tingkah laku negatif pelajar masa kini juga menjadi
penyumbang kepada punca berlakunya tekanan kepada guru. Bilangan pelajar yang
terlalu ramai dalam sebuah bilik darjah menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan sempurna. Guru terpaksa melayani pelbagai kerenah pelajar daripada
pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan serta terpaksa memenuhi
segala keperluan mereka.
Isu tekanan dikalangan guru tidak hanya berpunca daripada persekitaran di
sekolah tetapi berlaku disebabkan oleh masalah peribadi yang dihadapi oleh mereka.
Setiap guru mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan mereka juga tidak
terlepas dari masalah yang berlaku di persekitaran mereka iaitu penceraian, masalah
keluarga, masalah kewangan dan sikap yang tidak berminat dengan kerjaya guru.
Apabila berada di tahap kritikal, guru tidak mampu mengawal masalah yang dihadapi dan
membawa masalah tersebut ke tempat kerja.
Maka, secara tidak langsung dapat dinyatakan di sini, punca tekanan kerja di
kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru terhadap
ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah
menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi menangani tekanan yang dihadapi.
Kesan tekanan
Tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif
seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja
mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru
yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang
bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar
menjadi masyarakat yang berguna.
Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada
ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas
penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan
kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap
(pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan
yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh
membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya.
Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan
hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja
dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.
Cadangan cara mengatasi tekanan
Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah
dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru
prasekolah di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkansesuai untuk
mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan pihak pentadbir
untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk
bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama
dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat
dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah
berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima
tindakbalas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang
tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina
persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang
masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan
dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong
sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah
ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali
sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan
guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin
terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu
mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih
mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik.
Disamping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang
berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan
yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Seterusnya,
amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid
sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga
sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.
Kesimpulan
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada
usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya
melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga
haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia
pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan
menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga
harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi
oleh guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua
anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh
mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej
organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-guru
prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi
masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang menuju kepada
sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk
merealisasikan wawasan 2020.
Rujukan
Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah
Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah Negeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan
Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis 88
Sarjana Muda.
Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai.
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan yang
praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanandi KalanganGuru-guru
Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu
Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia.
Sapora Sipon (2007). PendidikMesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27 Julai
2007.
LAMPIRAN
Strategi Menangani Tekanan Di kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah Zon A Di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak :
Satu Tinjauan
Oleh
Mohd Razali Othman
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak
Dan
Abang Mat Ali bin Abang Masagus
Jabatan Pendidikan Sarawak
Abstract
Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah
menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti pengetahuan,pandangan dan cara-carapara gurumemperolehi pengetahuan tentang strategi-
strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 209 orang guru
terlatih. Data dikumpul menggunakan soalselidik yang dialih bahasa dan diubahsuaikan daripada Cockburn
(1996). Analisis data telah dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya, dapatankajian
menunjukkan 70.3% responden merasakan profesion guru adalah sekurang-kurangnya sederhana tertekan.
Kebanyakan responden mengetahui 36 daripada 45 strategi yang dikemukakan. Strategi memastikan diri
faham apa yang akan diajar merupakan strategi yang paling diketahui guru dan paling kerap dicuba serta
berkesan. Strategi melepaskan kemarahan kepada rakan sejawat merupakan strategi yang paling tidak
pernah terfikir dan tidak akan dicuba oleh responden. Strategiyang ingin dicuba pula ialah membincangkan
urusan-urusan dengan staf kanan, membaca buku-buku tentang tekanan dan menghadiri tentang seminar
tentang tekanan. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pandangan umum guru
tentang strategi menangani tekanan antara kategori guru mengikut ciri-ciri demografi terpilih. Selain itu,
kebanyakan responden berpandangan pernah menggunakan strategi yang berlandaskan agama. Sejumlah
62.9% daripada responden menamakan sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan
Kementerian Pendidikan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan mereka. Semua pihak
termasuk guru perlu melihat persoalan pengurusan tekanan guru dengan lebih serius bagi memastikan
tekanan guru berada tahap optimum dan guru berkhidmat dengan cemerlang.
Pengenalan
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat
lari daripada tekanan tang boleh berpunca dariapada peristiwa- peristiwa dalam kehidupan baik dalam
bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesantekananke atasseseorangindividu banyak bergantung kepada
ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.
Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan
terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan
seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi
tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya
menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan
mendatangkan kesan yang positif.
Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak
dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990)
dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996)
di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor
Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian
yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru.
Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga
keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin
bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi
setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian
oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan
guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja perseidana guru seperti menyediakan perancangan tahunan,
penggal, mingguan dan harian. Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk
Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwalpendidikan telah
menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak
1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalh peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu
berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuia dan beban tugas yang berat (Borneo Post,
1996).
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB dan
perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru
terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.
Tujuan Kajian
Secara umumnya kajian ini adalah untuk meninjau tentang pengetahuan serta pandangan guru-guru sekolah
menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan tentang strategimenangani tekanan yang mereka alami
semasa waktu persekolahan.
Objekti Kajian
1. Mengenalpasti pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa waktu di sekolah.
2. Mengenalpasti pandangan guru terhadap strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan
3. Mengenalpasti cara guru memperolehi pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa
waktu persekolahan.
Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan keratan rentas,
berbentuk deskriptif
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dari 19 buah sekolah menengah Zon A Bahagian
Kuching/ Samarahan/ yang berjumlah eramai 1024 orang (jabatan Pendidikan Sarawak, 1997). Kaedah
persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan kelompok, iaitu 6 buah sekolah telah
dipilih secara rawak daripada keseluruhan 19 buah sekolah menengah Zon A. Bagi 6 buah sekolah yang
menjadi sampel, jumlah responden adalah 262 orang. Menurut Schumacher dan Mcmillan (1993) bagi
kajian tinjauan bilangan subjek kajian yang sesuai adalah lebih kurang 100. Gay (1992) pula menyatakan
bahawa saiz sampel yang dapat diterima bagi suatu kajian deskriptif adalah 10 hingga 20 % bergantung
kepada saiz populasi.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang dibina ole Cockburn (1996) dengan alih bahasa dan
sedikit pengubahsuaian serta tambahan item (dengan kebolehpercayaan alat pada nilai alpha Cronbach
.9189). Penterjemahan soal selidik asal telah dibuat oleh dua orang guru Bahasa Inggeris yang juga
menguasai Bahasa Melayu. Solah selidik ini dibahgikan kepada 5 bahgian utama. Bahagian I mengandungi
soalan berkaitan dengan maklumat diri responden. Bahagian II pula berkaitan dengan maklumat sekolah.
Bahagian III mengandungi satu soalan berkaitan dengan tahaptekanan kerja guru dan satu saoalan berkaitan
dengan kebolehan menangani tekanan. Bahagian IV mengandungi 45 soalan berkaitan dengan strategi
mengurangkan tekanan yang dicadangkan kepada guru-guru. Bagi setiap strategi menangani tekanan yan
disenaraikan, responden dikehendaki memberi respon dengan menandakan pada ruang yang berkaitan yang
mewakili pandangan mereka bagi setiap respon dengan mnandakan pada ruang yang berkaiatan yang
mewakili pandangan mereka bagi setiap strategi menangani tekana yang disenaraikan seperti di dalam
Jadual 1. Bahagian V mengandungi pelbagai soalan tentang cara-cara guru memperolehi stategi bagi
mengurangkan tekanan, pihak yang bertanggunag jawab menyebabkan tekanan strategi agama yang
digunakan dan komen tambahan yang ingin responden ingin berikan.
Pengenalan
Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang
menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang
agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan.
Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit
kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit
yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana
jantungkitaberdegupdengankuat,badan (terutamabahagiantangan) terasasejuk,berpeluhdanotot
menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar
terutamanyajikakitajarang sekali berbuatdemikian. Ini menjadi lebihterukjikaorangyang kita hadapi
itu merupakan orang yang asing bagi kita.
Bagaimana kita boleh stress?
Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang
menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu
apabilamerekaberhadapandenganbinatangbuasataumusuhdari puaklain. Parapenyelidikmendapati
apabilakita berhadapandengansituasi yangmenimbulkanstressbadankitaakan menyediakanrespons
‘fight-or-flight’dankeadaanini mungkinmemakanmasadi antara 20 hingga30 minit sementarabadan
kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan
seperti ini berlakuterlalukerapmakakitadapati tiadaruangbagi badankitauntukkembali kepadatahap
normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan
mengakibatkankitaberasaletih,sakitbahudankesakitan-kesakitanlain. Walaubagaimanapunkeadaan
yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh
datuk nenekkitadahulu. Keadaanyang kita hadapi mungkinmerupakantugasan-tugasanyangbanyak,
kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.
Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress.
Kebanyakandari kitatelahdilatihsemenjakkitakecillagiuntukbertindakpadatahapyangsebaik-baiknya.
Bilakita tidakmencapai apayang diharapkanmakakita akan kecewa. Semuaini mendatangkantekanan
kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-
sistemyanglain. Contohnyaapabilakitateringattugasanyangdiberikankepadakitaolehpensyarahbila
kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi
kesulitan(umpamanyakitagagal mendapatbukuyangkitacari di perpustakaan)ketegangankepadaotot-
otot kitaakan menjadi lebihketara. Biasanyakitamemerlukan 20minit untukmengendurkanotot-otot
kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi
menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.
Apakah yang patut kita buat?
Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada
asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk
menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang,
konflikdengansabahat/kekasih,masalah kekeluargaandanberbagailagisituasi adalahperkara-perkara
yangbiasakitahadapi. Kejayaan kitamenguruskanperkara-perkaraini denganbaikakanmenentukan
tahapstress kita. Denganperkataanlainbagaimanakitamenguruskantekananadalahcarautamauntuk
mengurangkan tahap stress yang kita alami.
Kunci untukmenghadapisegalamasalahini adalahdenganmempelajari danmempraktikkancara
untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa
bahagianbadan kita bolehdikendurkanketegangannyadenganmelakukanlatihanrelaksasi di beberapa
bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu
perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-
kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah
memperolehi kemahiran relaksasi.
Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda
menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan
tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.

Contenu connexe

Tendances

Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakzamzuriajin
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Apa itu refleksi
Apa itu refleksiApa itu refleksi
Apa itu refleksiAFIQAH
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 

Tendances (20)

Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Apa itu refleksi
Apa itu refleksiApa itu refleksi
Apa itu refleksi
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 

En vedette

KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUNurhaimi Abdul Rahman
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Bab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
Bab 4  Tekanan Emosi dalam Kalangan GuruBab 4  Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
Bab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Gurupohtee
 
Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Azizan Jae
 
Pengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaPengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaIeta Sa'ad
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’Azraff Haneef
 
Guru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaGuru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaNidaRazak
 
KIK Skpp8(1) INNOTECH-S
KIK Skpp8(1) INNOTECH-SKIK Skpp8(1) INNOTECH-S
KIK Skpp8(1) INNOTECH-Smengtm
 
ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stresASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stresAmin Upsi
 
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)Nur Izzah
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskularkhairul azlan taib
 

En vedette (20)

KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Pengurusan Stres
Pengurusan StresPengurusan Stres
Pengurusan Stres
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Bab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
Bab 4  Tekanan Emosi dalam Kalangan GuruBab 4  Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
Bab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
 
Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!
 
Pengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaPengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerja
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’
 
Guru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasaGuru dan cabaran semasa
Guru dan cabaran semasa
 
KIK Skpp8(1) INNOTECH-S
KIK Skpp8(1) INNOTECH-SKIK Skpp8(1) INNOTECH-S
KIK Skpp8(1) INNOTECH-S
 
ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stresASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
ASAS PSIKOLOGI Pengurusan stres
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
 
Penguruan Stress
Penguruan StressPenguruan Stress
Penguruan Stress
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 

Similaire à Pengurusan-tekanan

Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIrul Erul
 
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuPensil Dan Pemadam
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhawangyie
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability Ria Rizkya
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruPensil Dan Pemadam
 
Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu
Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu
Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu Indah Ayu Septriyaningrum
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Organisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docx
Organisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docxOrganisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docx
Organisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docxUlfaRosyidaShanti
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4pohtee
 

Similaire à Pengurusan-tekanan (20)

Isu stress
Isu stressIsu stress
Isu stress
 
Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruan
 
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhh
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Assingmnt sebenar
Assingmnt sebenarAssingmnt sebenar
Assingmnt sebenar
 
Gangguan emosi
Gangguan emosiGangguan emosi
Gangguan emosi
 
Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu
Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu
Jurnal Penelitian Stres dan Coping Stres pada Guru Bantu
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Organisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docx
Organisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docxOrganisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docx
Organisasi yang Efektif di Sekolah pengolahan stress di MTS AL-ISLAM.docx
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4
 
Studi kasus peserta didik
Studi kasus peserta didikStudi kasus peserta didik
Studi kasus peserta didik
 
Stres
StresStres
Stres
 
Edu 3109 datin rashidah
Edu 3109  datin rashidahEdu 3109  datin rashidah
Edu 3109 datin rashidah
 
Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Guru & stress
Guru & stressGuru & stress
Guru & stress
 

Plus de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengAhmad NazRi
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaranAhmad NazRi
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Ahmad NazRi
 

Plus de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topeng
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
 

Pengurusan-tekanan

  • 1. Berdasarkan temubual dengan guru prasekolah, tuliskan esei tentang konsep dan definisi tekanan, pengurusan tekanan, jelaskan punca tekanan guru tersebut dan huraikan cadangan cara mengatasi tekanan pada guru prasekolah berkenaan. Pengenalan Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat” (Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000) Menurut Cox (1978), menjelaskan tekanan merupakan satu keadaan di mana persepsi terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi permintaan tersebut, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan berlakunya stress dalam diri individu
  • 2. tersebut. Ketidakseimbangan akan bergantung kepada daya tindak seseorang dalam bentuk psikologikal yang melibatkan strategi, kognisi serta tingkah laku dan fisiologikal. Stress akan berlaku sekiranya daya tindak secara normal tidak berkesan. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan fungsi dan stuktur. Tidak semua individu akan mengalami proses yang sama. Di Malaysia, fenomena tekanan di kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998). Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’ tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Menurut Dr.Sapora Sipon (2007), tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini
  • 3. menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru. Konsep dan Definisi Berdasarkan temubual yang dijalankan, menunjukkan terdapat kepelbagaian pendapat terhadap wujudnya tekanan di kalangan guru-guru prasekolah dari semua aspek. Tekanan didefinisikan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya dan menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Dalam erti kata lain, tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan yang menganggu ketenangan atau kestabilan seseorang. Tanpa stress kita tidak dapat berfungsi secara berkesan kerana ketahanan fizikal, mental dan emosi yang kuat akan menyebabkan kita lebih bermotivasi dan mampu melaksanakan kerja dengan baik. Teori tekanan Hans Selye (1974) ialah pakar psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan dan aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya, beliau mengutarakan satu teori yang menarik mengenainya. Beliau mendefinisikan teori ini sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau permintaan dan dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am (GAS). Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang satu bentuk pertahanan yang membantu untuk mengatasi masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi reaksi adalah berkaitan di antara satu sama lain. Teori ini adalah berdasarkan tiga tahap asas perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan (Stage of Exhaustion).
  • 4. Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum. Model tekanan guru Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik. Rajah 2: Model Tekanan Guru Punca tekanan
  • 5. Pendidikan tempatan yang sering mengalami perubahan turut menjadi satu beban kepada golongan guru. Perubahan besar yang menembusi bidang pendidikan dalam tahun 1983 iaitu KBSR dan KBSM, ternyata meningkatkan lagi tanggungan para guru. Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia terutamanya masalah pelajar, bebanan tugas, isu pernilaian prestasi guru, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta perubahan dasar-dasar yang tidak pernah selesai. Kesemuanya ini memerlukan pandangan guru terhadap apa yang dialami. Perubahan ini juga pasti akan menyebabkan tekanan ke atas guru. Berdasarkan kajian terhadap guru-guru prasekolah, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya tekanan ke atas guru iaitu guru selalu dipersalahkan jika berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Ibu bapa masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat sesi persekolahan. Selain itu, guru juga dibebani dengan perasaan takut akan dimarahi oleh ibu bapa pelajar. Guru merasa tertekan apabila ibu bapa marah, menentang dan menyalahkan pihak guru jika berlaku sesuatu terhadap anak-anak mereka. Contohnya, pelajar melakukan kesalahan dalam latihan yang diberikan, guru tidak menanda secara cermat buku pelajar tersebut. Apabila kecuaian ini dilihat oleh ibu bapa, ia mendatangkan kemarahan kepada mereka dan menuduh guru tidak mengajar dengan baik dan menyampaikan ilmu yang salah kepada pelajar. Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja- kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip
  • 6. surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu kerap, ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan seterusnya akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan guru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit. Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang mempengaruhi kepada masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Ini berlaku apabila terdapat pentadbir yang menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan sikap pilih kasih. Sebagai contoh, pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas dan jawatan kepada guru-guru menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat beban tugas yang berat dan sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di samping itu juga, guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru tersebut apabila diperlukan dan guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan. Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan adalah, isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai serta mencukupi. Masalah ini kerap berlaku di sekolah yang telah lama digunakan dan terletak jauh di pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar, isu ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Masalah disiplin dan tingkah laku negatif pelajar masa kini juga menjadi penyumbang kepada punca berlakunya tekanan kepada guru. Bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sebuah bilik darjah menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna. Guru terpaksa melayani pelbagai kerenah pelajar daripada
  • 7. pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan serta terpaksa memenuhi segala keperluan mereka. Isu tekanan dikalangan guru tidak hanya berpunca daripada persekitaran di sekolah tetapi berlaku disebabkan oleh masalah peribadi yang dihadapi oleh mereka. Setiap guru mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan mereka juga tidak terlepas dari masalah yang berlaku di persekitaran mereka iaitu penceraian, masalah keluarga, masalah kewangan dan sikap yang tidak berminat dengan kerjaya guru. Apabila berada di tahap kritikal, guru tidak mampu mengawal masalah yang dihadapi dan membawa masalah tersebut ke tempat kerja. Maka, secara tidak langsung dapat dinyatakan di sini, punca tekanan kerja di kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru terhadap ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi menangani tekanan yang dihadapi. Kesan tekanan Tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya.
  • 8. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Cadangan cara mengatasi tekanan Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru prasekolah di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkansesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik. Disamping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan
  • 9. yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Kesimpulan Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020.
  • 10. Rujukan Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Negeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis 88 Sarjana Muda. Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai. Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan yang praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanandi KalanganGuru-guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia. Sapora Sipon (2007). PendidikMesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27 Julai 2007. LAMPIRAN
  • 11. Strategi Menangani Tekanan Di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A Di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak : Satu Tinjauan Oleh Mohd Razali Othman Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Dan Abang Mat Ali bin Abang Masagus Jabatan Pendidikan Sarawak Abstract Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan,pandangan dan cara-carapara gurumemperolehi pengetahuan tentang strategi- strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 209 orang guru terlatih. Data dikumpul menggunakan soalselidik yang dialih bahasa dan diubahsuaikan daripada Cockburn (1996). Analisis data telah dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya, dapatankajian menunjukkan 70.3% responden merasakan profesion guru adalah sekurang-kurangnya sederhana tertekan. Kebanyakan responden mengetahui 36 daripada 45 strategi yang dikemukakan. Strategi memastikan diri faham apa yang akan diajar merupakan strategi yang paling diketahui guru dan paling kerap dicuba serta berkesan. Strategi melepaskan kemarahan kepada rakan sejawat merupakan strategi yang paling tidak pernah terfikir dan tidak akan dicuba oleh responden. Strategiyang ingin dicuba pula ialah membincangkan urusan-urusan dengan staf kanan, membaca buku-buku tentang tekanan dan menghadiri tentang seminar tentang tekanan. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan pandangan umum guru tentang strategi menangani tekanan antara kategori guru mengikut ciri-ciri demografi terpilih. Selain itu, kebanyakan responden berpandangan pernah menggunakan strategi yang berlandaskan agama. Sejumlah 62.9% daripada responden menamakan sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tekanan mereka. Semua pihak termasuk guru perlu melihat persoalan pengurusan tekanan guru dengan lebih serius bagi memastikan tekanan guru berada tahap optimum dan guru berkhidmat dengan cemerlang. Pengenalan
  • 12. Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca dariapada peristiwa- peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesantekananke atasseseorangindividu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja perseidana guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwalpendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalh peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuia dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru. Tujuan Kajian Secara umumnya kajian ini adalah untuk meninjau tentang pengetahuan serta pandangan guru-guru sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan tentang strategimenangani tekanan yang mereka alami semasa waktu persekolahan. Objekti Kajian 1. Mengenalpasti pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa waktu di sekolah. 2. Mengenalpasti pandangan guru terhadap strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan 3. Mengenalpasti cara guru memperolehi pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan. Kaedah Kajian
  • 13. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan keratan rentas, berbentuk deskriptif Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dari 19 buah sekolah menengah Zon A Bahagian Kuching/ Samarahan/ yang berjumlah eramai 1024 orang (jabatan Pendidikan Sarawak, 1997). Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan kelompok, iaitu 6 buah sekolah telah dipilih secara rawak daripada keseluruhan 19 buah sekolah menengah Zon A. Bagi 6 buah sekolah yang menjadi sampel, jumlah responden adalah 262 orang. Menurut Schumacher dan Mcmillan (1993) bagi kajian tinjauan bilangan subjek kajian yang sesuai adalah lebih kurang 100. Gay (1992) pula menyatakan bahawa saiz sampel yang dapat diterima bagi suatu kajian deskriptif adalah 10 hingga 20 % bergantung kepada saiz populasi. Instrumen Kajian Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang dibina ole Cockburn (1996) dengan alih bahasa dan sedikit pengubahsuaian serta tambahan item (dengan kebolehpercayaan alat pada nilai alpha Cronbach .9189). Penterjemahan soal selidik asal telah dibuat oleh dua orang guru Bahasa Inggeris yang juga menguasai Bahasa Melayu. Solah selidik ini dibahgikan kepada 5 bahgian utama. Bahagian I mengandungi soalan berkaitan dengan maklumat diri responden. Bahagian II pula berkaitan dengan maklumat sekolah. Bahagian III mengandungi satu soalan berkaitan dengan tahaptekanan kerja guru dan satu saoalan berkaitan dengan kebolehan menangani tekanan. Bahagian IV mengandungi 45 soalan berkaitan dengan strategi mengurangkan tekanan yang dicadangkan kepada guru-guru. Bagi setiap strategi menangani tekanan yan disenaraikan, responden dikehendaki memberi respon dengan menandakan pada ruang yang berkaitan yang mewakili pandangan mereka bagi setiap respon dengan mnandakan pada ruang yang berkaiatan yang mewakili pandangan mereka bagi setiap strategi menangani tekana yang disenaraikan seperti di dalam Jadual 1. Bahagian V mengandungi pelbagai soalan tentang cara-cara guru memperolehi stategi bagi mengurangkan tekanan, pihak yang bertanggunag jawab menyebabkan tekanan strategi agama yang digunakan dan komen tambahan yang ingin responden ingin berikan. Pengenalan Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit
  • 14. kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantungkitaberdegupdengankuat,badan (terutamabahagiantangan) terasasejuk,berpeluhdanotot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanyajikakitajarang sekali berbuatdemikian. Ini menjadi lebihterukjikaorangyang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita. Bagaimana kita boleh stress? Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabilamerekaberhadapandenganbinatangbuasataumusuhdari puaklain. Parapenyelidikmendapati apabilakita berhadapandengansituasi yangmenimbulkanstressbadankitaakan menyediakanrespons ‘fight-or-flight’dankeadaanini mungkinmemakanmasadi antara 20 hingga30 minit sementarabadan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlakuterlalukerapmakakitadapati tiadaruangbagi badankitauntukkembali kepadatahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkankitaberasaletih,sakitbahudankesakitan-kesakitanlain. Walaubagaimanapunkeadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenekkitadahulu. Keadaanyang kita hadapi mungkinmerupakantugasan-tugasanyangbanyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain. Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakandari kitatelahdilatihsemenjakkitakecillagiuntukbertindakpadatahapyangsebaik-baiknya. Bilakita tidakmencapai apayang diharapkanmakakita akan kecewa. Semuaini mendatangkantekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem- sistemyanglain. Contohnyaapabilakitateringattugasanyangdiberikankepadakitaolehpensyarahbila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan(umpamanyakitagagal mendapatbukuyangkitacari di perpustakaan)ketegangankepadaotot- otot kitaakan menjadi lebihketara. Biasanyakitamemerlukan 20minit untukmengendurkanotot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur. Apakah yang patut kita buat? Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang,
  • 15. konflikdengansabahat/kekasih,masalah kekeluargaandanberbagailagisituasi adalahperkara-perkara yangbiasakitahadapi. Kejayaan kitamenguruskanperkara-perkaraini denganbaikakanmenentukan tahapstress kita. Denganperkataanlainbagaimanakitamenguruskantekananadalahcarautamauntuk mengurangkan tahap stress yang kita alami. Kunci untukmenghadapisegalamasalahini adalahdenganmempelajari danmempraktikkancara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagianbadan kita bolehdikendurkanketegangannyadenganmelakukanlatihanrelaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang- kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi. Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.