SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  88
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran menulis merupakan satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kemahiran menulis adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas lain
seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca.
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) Tahun 4 (2003), kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Penekanan yang perlu diberikan dalam kemahiran menulis ialah penggunaan
ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang
jelas, cantik dan kemas.
Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997: 2),
menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan yang
berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan
untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
Isahak Haron (1978) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Ke Arah
Pembinaan Satu “Conseptual Framework” dalam Menulis dan Mengarang
dalam Pengajaran di Sekolah menyatakan kemahiran menulis dan mengarang
1
merupakan sebahagian daripada kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap
murid dan kegiatan latih tubi dalam bilik darjah perlulah menekankan aktiviti-
aktiviti menulis dan mengarang sebagai kaedah menyampaikan maklumat,
idea, perasaan dan pendapat.
Don Bryne (1979) pula menyatakan bahawa “ When we write, we use
graphic symbol, that is letter or combination of letter which relate to the
sounds we make when we speak”.
Kenyataan di atas bermaksud menulis ialah satu aktiviti yang
melibatkan penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan
dengan lambang bunyi sewaktu kita bercakap ke dalam bentuk simbol grafik.
Kemahiran menulis sememangnya merupakan kemahiran yang penting
dan perlu dikuasai oleh murid. Ini dibuktikan melalui objektif kemahiran
menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR iaitu :
“Membolehkan murid-murid menulis karangan
yang tepat dengan maksud dan tajuk serta mampu
mengisi borang-borang yang sesuai untuk
keperluan harian”
(Kementerian Pelajaran Malaysia : 2003)
2
Penekanan terhadap penguasaan aspek kemahiran menulis seperti yang
diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
bagaimanapun tidak menjamin murid benar-benar menguasai aspek penulisan
bahasa Melayu. Ini kerana menurut Mohd. Nashuha Jamidin (1995),
penguasaan murid-murid dalam penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh cara
bagaimana mereka berfikir.
Oleh yang demikian, kelemahan penguasaan kemahiran menulis
karangan secara khususnya dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun
2020.
Penguasaan terhadap kemahiran menulis sama ada dalam bentuk
penulisan karangan atau bukan karangan adalah amat perlu bukan sahaja
dalam aspek pembelajaran bahasa malahan dalam mata pelajaran lain juga.
Menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan murid dapat
menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kepentingan untuk menguasai
kemahiran menulis karangan terutamanya surat kiriman tidak rasmi (SKTR)
adalah bertepatan dengan perkara yang terdapat dalam Huraian Hasil
Pembelajaran 8.6 Aras 1 (ii) iaitu menulis sebuah karangan yang lengkap
3
bersesuaian dengan format. Sememangnya, aras 1 merupakan tahap yang perlu
dicapai oleh semua murid sebelum beralih ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu,
kepentingan menguasai kemahiran menulis terutamanya karangan surat
kiriman tidak rasmi tidak seharusnya dipandang mudah dan sepi.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan
penguasaan murid dalam karangan SKTR dengan menggunakan formula
ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model. Formula ASIDIBAMBI ini
merupakan formula yang terbentuk hasil daripada singkatan perkataan apa,
siapa, di mana, bagaimana, mengapa dan bila. Formula ini dibentuk untuk
membantu murid mengingat format dan pada masa yang sama dapat
membantu murid membina karangan dengan baik dari aspek bahasa.
Pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dalam penulisan SKTR dapat dilihat
dengan merujuk lampiran K.
Rajah 1 : Pecahan akronim ASIDIBAMBI
4
IASIDIBAMBI
Apa
Siapa
Di
mana
Bila
Mengapa
Bagaiman
a
Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan
khusus. Objektif umum kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan
tahap penguasaan kemahiran menulis karangan surat kiriman tidak rasmi
dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan Bahagian B. Terdapat dua
objektif khusus kajian iaitu pertama, murid dapat mengingati format penulisan
karangan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI.
Objektif kedua ialah meningkatkan prestasi murid dalam penulisan
karangan surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan
formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model.
Terdapat dua persoalan kajian yang dikemukakan iaitu dapatkah
penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis
surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul? Dan
dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak
rasmi membantu murid meningkatkan pencapaian dalam karangan surat
kiriman tidak rasmi?
Persoalan kajian ini menjadi panduan kepada saya untuk melihat
sejauh mana keberkesanan strategi dan kaedah yang digunakan mampu
meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan surat kiriman tidak
rasmi.
5
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah memulakan sesi praktikum Fasa 3 selama tiga bulan
bermula pada tanggal 30 Januari 2012 yang lalu di sebuah sekolah yang
terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor. Saya telah diberikan
tanggungjawab dan amanah untuk mengajar di kelas Tahun 4 Pintar. Hanya
terdapat sebuah kelas sahaja bagi setiap tahun mengikut tahap di sekolah ini.
Ini berikutan bilangan murid di sekolah ini yang sedikit iaitu seramai 206
orang murid sahaja.
Pada minggu pertama tiada masalah mahupun halangan dikenal pasti
berikutan saya masih belum memulakan interaksi dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebaliknya, saya cuma
melaksanakan pemantauan dan pemerhatian terhadap tingkah laku bermasalah
dan hasil kerja murid sewaktu mengikuti sesi pengajaran guru pembimbing.
Selama seminggu sesi tinjauan dan pemerhatian dijalankan, saya cuba
mendapatkan maklumat daripada guru pembimbing berkaitan pencapaian
murid dalam ujian dan latihan yang dijalankan.
6
Berdasarkan analisis dokumen pencapaian murid dalam Ujian Bulan
Mac, terdapat 7 orang murid yang mendapat gred E, 13 orang mendapat gred
D manakala 5 orang murid mendapat gred C dalam Bahasa Melayu penulisan.
Perkara ini menunjukkan 28 % murid dalam kategori gagal manakala 72 %
dalam kategori lemah.
Semasa sesi pengajaran berlangsung, apabila saya memberikan latihan
karangan, seringkali murid-murid merungut ish ish.. susahnya cikgu,
bagaimana nak buat.? Saya tak tahulah cikgu.. Acap kali ungkapan-
ungkapan sebegini saya dengari sewaktu menjalankan sesi pengajaran dalam
kelas terutama ketika saya memberikan latihan menulis karangan surat
kiriman tidak rasmi. Murid-murid kelihatan termenung dan ada juga yang
menggaru-garu kepala sebagai tanda tidak faham.
Hasil analisis daripada latihan yang diberikan mendapati seramai 15
orang murid mendapat markah minimum dan 10 orang murid dengan markah
memuaskan. Hasil analisis ini membuktikan kepada pengkaji bahawa murid-
murid masih lagi tidak menguasai kemahiran menulis SKTR dengan baik.
Frasa tidak menguasai mengikut konteks saya sebagai pengkaji adalah murid
tidak dapat menulis SKTR dengan format yang betul, penggunaan kosa kata
yang tepat, aspek kesantunan bahasa dalam penulisan dan penggunaan kata
sapaan mahupun penghadap dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.
7
Seterusnya saya meneruskan tinjauan masalah dengan melaksanakan
sesi temu bual dan soal selidik terhadap murid. Borang soal selidik ini
diedarkan kepada murid untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid
terhadap format surat kiriman tidak rasmi.
Kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan tinjauan awal ini ialah
murid-murid kelas Tahun 4 Pintar tidak dapat menulis karangan surat kiriman
tidak rasmi dengan betul disebabkan tidak mengetahui format dan tidak dapat
menghuraikan maklumat dengan baik berdasarkan kehendak soalan di
samping lemah dalam penggunaan aspek bahasa.
8
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pendidikan merupakan satu bidang yang penting dan merupakan
tunjang kemajuan sesebuah negara. Pendidikan yang diterapkan di Malaysia
menekankan perkembangan pembentukan individu secara menyeluruh.
Perkara ini dijelaskan dalam petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menyatakan bahawa :
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari
segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.”
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab seorang guru
untuk meningkatkan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Hal ini
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru berikut :
9
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.”
Tanggungjawab yang akan dijalankan oleh seseorang guru selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran ialah membuat refleksi. Masalah yang dikenal
pasti berdasarkan refleksi akan diselesaikan dengan menggunakan kaedah
yang sesuai. Proses ini merupakan proses penyelidikan tindakan. Penyelidikan
tindakan merupakan satu wadah transformasi yang perlu dipraktikkan dan
diamalkan oleh semua pendidik untuk meningkatkan mutu profesionalisme
sebagai seorang guru.
Nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya adalah untuk
meningkatkan potensi individu secara menyeluruh. Hal ini selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh. Perkara ini jelas membuktikan kepentingan
tanggungjawab seorang guru untuk menjalankan penyelidikan tindakan bagi
mengenal pasti masalah dan mengapilkasikan kaedah atau cara baharu yang
dikenal pasti untuk membantu meningkatkan potensi individu secara
menyeluruh.
10
Selain itu, tindakan yang diambil oleh seorang guru untuk
mengaplikasikan cara atau teknik baharu dapat membantu meningkatkan
potensi murid selari dengan masalah yang dihadapi. Pemilihan strategi, kaedah
dan pemilihan bahan yang tepat dan sesuai dapat membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid seterusnya dapat meningkatkan prestasi
dalam sesuatu tajuk atau masalah. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan berformat surat
kiriman tidak rasmi ialah dengan mengaplikasikan formula ASIDIBAMBI dan
latih tubi model.
Menurut F.L Thorndike (1874-1949, seperti yang dinyatakan oleh Ee
Ah Meng, 2003), pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh jika latihan dilakukan. Pembelajaran hendaklah disusuli dengan latihan
dan ulangan. Hukum latihan Thorndike menegaskan bahawa semakin kerap
sesuatu ransangan dan gerak balas diulangi, semakin kuat pertalian yang
wujud antara ransangan dan gerka balas. Perkara ini menyokong
pengaplikasian latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan.
Kemahiran menulis dapat dikuasai melalui peniruan dengan
menggunakan bahan sebagai model. Hal ini berdasarkan pendapat Steve
Krashen dan Frank Smith (1981-1983, seperti dinyatakan oleh Kamarudin Hj.
Husin et al, 1997) yang mengaskan kepentingan model dalam pengajaran
11
kemahiran menulis. Model surat kiriman tidak rasmi yang digunakan
bertujuan untuk melatih murid menulis surat kiriman tidak rasmi dengan
menggunakan format yang betul. Model karangan surat kiriman tidak rasmi
yang dipilih bersesuaian dengan format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)
Kesimpulannya, nilai pendidikan yang menjadi pegangan adalah untuk
meningkatkan potensi individu secara menyeluruh bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan disokong dengan pemilihan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai iaitu pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan
latih tubi model surat kiriman tidak rasmi.
12
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu isu kajian dan
tinjauan literatur. Bahagian isu kajian ini melibatkan bahagian tinjauan
masalah dan analisis masalah manakala tinjauan literatur ditulis berkaitan isu
kajian.
2.1 Isu Kajian
Bahagian ini menerangkan cara mengenal pasti masalah dan cara
pengumpulan data sebelum dianalisis dan dibuktikan secara saintifik.
2.1.1 Tinjauan Masalah
Surat kiriman tidak rasmi merupakan satu daripada karangan pilihan
Bahagian B penulisan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Bahagian B ini memberi wajaran 30 markah atau 50 peratus dalam
bahasa Melayu penulisan. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan
bahagian ini ialah 40 minit.
Kajian ini dirancang untuk meningkatkan penguasaan murid dalam
karangan surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Berdasarkan refleksi yang telah dibuat
selepas proses pengajaran dan pembelajaran, tinjauan awal telah dijalankan
dengan menggunakan beberapa instrumen. Tujuan proses tinjauan awal ini
13
dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan
murid dan seterusnya merancang tindakan untuk menangani masalah tersebut.
Antara beberapa instrumen yang digunakan dalam proses tinjauan masalah ini
ialah analisis dokumen, soal selidik dan temu bual.
Analisis dokumen merupakan satu daripada alat kajian yang
digunakan. Dalam kajian ini, beberapa dokumen bertulis digunakan iaitu
melalui markah Ujian Bulan Mac dan latihan menulis karangan surat kiriman
tidak rasmi. Pengumpulan data berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan
memberi gambaran secara jelas masalah yang dihadapi oleh murid. Contoh
soalan latihan karangan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk pada lampiran
A. Skema pemarkahan pula boleh dirujuk dalam lampiran E.
Instrumen kedua yang digunakan untuk mengenal pasti masalah ialah
soal selidik. Item soalan soal selidik disediakan berkaitan fokus kajian dan
keberkesanan kaedah yang digunakan. Borang soal selidik diberikan kepada
murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.
Terdapat dua borang soal selidik yang diberikan kepada murid. Borang
soal selidik yang pertama berkaitan maklumat demografi dan pengetahuan
serta pengalaman murid dalam penulisan surat kiriman ridak rasmi. Borang
soal selidik ini diberikan semasa tinjauan awal manakala borang soal selidik
yang kedua akan diberikan selepas pelaksanaan kajian.
14
Jumlah soalan yang terdapat dalam borang soal selidik yang pertama
ialah lima soalan berkaitan pengetahuan dan pengalaman murid dalam
penulisan surat kiriman tidak rasmi dan empat maklumat demografi. Bentuk
soalan yang digunakan ialah soalan tertutup yang mempunyai beberapa pilihan
jawapan yang disediakan murid perlu memilih jawapan yang paling sesuai
bagi setiap item yang berkaitan.
Skala pengukuran yang digunakan untuk soalan ini ialah skala likert.
Skala likert lima poin digunakan iaitu skala 5 untuk sangat setuju, skala 4
untuk setuju, skala 3 tidak pasti, skala 2 untuk tidak setuju dan skala 1 untuk
sangat tidak setuju. Data hasil daripada borang soal selidik akan dianalisis
secara manual dengan menggunakan jadual kekerapan dan min. Setiap item
soalan akan dianalisis berdasarkan jawapan murid. Contoh borang soal selidik
sebelum tindakan boleh rujuk Lampiran B.
2.1.2 Analisis Masalah
Terdapat tiga instrumen yang digunakan semasa tinjauan masalah iaitu
analisis dokumen, soal selidik dan temu bual.Hasil analisis dokumen Ujian
Bulan Mac menunjukkan seramai 5 orang mendapat gred C, 13 orang
mendapat Gred D manakala 7 orang mendapat gred E. Keputusan boleh
dirujuk dalam jadual 2 di bawah.
15
Jadual 1 : Pencapaian Murid Dalam Ujian Penulisan Bulan Mac
Gred A B C D E
Bilangan
Murid
5 13 7
Rajah 2 : Markah Penulisan Ujian Bulan Mac
Berdasarkan keputusan ujian ini, jelas membuktikan murid Tahun 4 ini
mengalami masalah dalam menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Tiada
16
murid yang berjaya mendapat gred A dan B sebaliknya sebanyak 28% murid
mengalami kegagalan. Hasil dapatan ini menyokong dan membantu saya
untuk mengenal pasti masalah. Masalah kemhiran menulis begitu ketara dalam
kalangan murid Tahun 4 kelas ini.
Analisis dokumen kedua yang turut digunakan ialah latihan penulisan
SKTR. Hasil daripada analisis dokumen latihan penulisan SKTR, saya
mendapati seramai 14 orang mendapat pencapaian tahap minimum, 8 orang
murid pencapaian memuaskan dan 3 orang murid memperoleh pencapaian
tahap baik. Analisis Latihan Penulisan SKTR boleh dirujuk dalam Rajah 2.
Rajah 3 : Analisis Latihan Penulisan SKTR
17
Rajah 4 : Analisis Latihan Penulisan SKTR
Berdasarkan analisis dalam Rajah 3, sebanyak 56 peratus murid
mendapat pencapaian tahap minimum manakala cuma 12 peratus murid
sahaja yang mendapat pencapaian tahap baik. Perkara ini menunjukkan
bahawa murid tidak boleh menulis SKTR dengan baik. Pencapaian murid
kurang memberangsangkan dan perlu dibantu. Ini kerana SKTR merupakan
komponen penulisan Bahagian B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).
18
Instrumen yang kedua yang digunakan ialah borang soal selidik.
Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu soal selidik maklumat
berkaitan demografi, item soal selidik sebelum tindakan dan item soal selidik
selepas tindakan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 25 orang murid
yang bertindak sebagai responden. Analisis setiap item soalan dapat dilihat
dengan merujuk Jadual 3.
Jadual 2 : Analisis Item Demografi Murid
Bil Maklumat Demografi Pilihan
Jawapan
Kekerapan Peratus
(%)
1. Jantina Lelaki 12 48
Perempuan 13 52
2. Keturunan Melayu 22 88
Orang Asli 3 12
3. Bahasa pertuturan
harian
Bahasa
Melayu
22 88
Asli 3 12
4. Tempat tinggal anda
di
Pekan 10 40
Kampung 15 60
Hasil analisis item demografi, murid yang terlibat terdiri daripada 12
orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Selain itu, 22 orang murid
merupakan bangsa Melayu dan 3 orang murid merupakan kaum orang Asli.
Bahasa pertuturan mereka majoritinya adalah Bahasa Melayu manakala 3
orang murid menggunakan bahasa Asli. Murid yang tinggal di kampung
19
melebihi bilangan yang tinggal di pekan dengan 15 orang murid tinggal di
kampung dan selebihnya iaitu 10 orang murid tinggal di kawasan pekan.
Soal selidik sebelum tindakan merangkumi empat soalan yang
melibatkan tahap pengetahuan murid berkaitan surat kiriman tidak rasmi,
karangan berformat dan penulisan sesebuah karangan. 25 orang murid terlibat
dalam mengisi borang soal selidik ini. Skala likert lima poin digunakan iaitu
sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Analisis soal selidik sebelum tindakan seperti dalam jadual 3.
Jadual 3 : Analisis Item Soal Aeldidik Sebelum Tindakan
Item Soalan Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat Setuju Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya tahu jenis
karangan berformat
dan tidak berformat
5
(5x1)=(5)
(5/25) x 100
[20%]
10
(10x2)=(20)
(10/25) x 100
[40%]
10
(10x3)=(30)
(10/25) x 100
[40%]
(25)
(55)
[100%]
(20+40+40)
20
(55/25)
Min = 2.2
Saya tahu format
penulisan surat
kiriman tidak rasmi
12
(12x1)=(12)
(12/25) x 100
[48%]
8
(8x2)=(16)
(8/25) x 100
[32%]
5
(5x3)=(9)
(5/25) x
100
[20%]
(25)
(37)
[100%]
(48+32+20)
(37/25)
Min = 1.48
Saya suka menulis
karangan surat
kiriman tidak rasmi
5
(5x1)=(5)
(5/25) x 100
[20%]
8
(8x2)=(16)
(8/25) x 100
[32%]
12
(12x3)=(36)
(12/25) x 100
[48%]
(25)
(57)
[100%]
(20+32+48)
(57/25)
Min = 2.28
Saya dapat menulis
karangan bahagian
pendahuluan, isi
penting, huraian dan
contoh dengan baik
13
(13x1)=(13)
(13/25) x 100
[52%]
9
(9x1)=(9)
(9/25) x 100
[36%]
3
(3x3)=(9)
(3/25) x 100
[12%]
(25)
(31)
[100%]
(52+40+8)
(31/25)
Min = 1.24
Jumlah 35 61 84 180
21
Jadual 4 : Item 1 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Item Soalan Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya tahu jenis
karangan
berformat dan
tidak berformat
5
(5x1)=(5)
(5/25) x
100
[20%]
10
(10x2)=(20)
(10/25) x
100
[40%]
10
(10x3)=(30)
(10/25) x 100
[40%]
(25)
(55)
[100%]
(20+40+40)
(55/25)
Min = 2.2
Rajah 5 : Analisis Item 1 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Item soalan yang pertama berkaitan tahap pengetahuan murid tentang
karangan berformat. Hasil analisis menunjukkan 5 orang murid iaitu 20
22
peratus menjawab sangat tidak setuju, 10 orang murid iaitu 40 peratus
menjawab tidak setuju dan 10 orang murid lagi iaitu 40 peratus menjawab
kurang setuju. Min untuk item soal selidik yang pertama ialah 2.2. Perkara ini
menunjukkan murid tidak mengetahui jenis karangan berformat dan tidak
berformat dengan baik.
Jadual 5 : Analisis Item 2 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Item Soalan Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya tahu format
penulisan surat
kiriman tidak
rasmi
12
(12x1)=(12)
(12/25) x
100
[48%]
8
(8x2)=(16)
(8/25) x 100
[32%]
5
(5x3)=(9)
(5/25) x
100
[20%]
(25)
(37)
[100%]
(48+32+20)
(37/25)
Min = 1.48
23
Rajah 6 : Analisis Item 2 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Item soalan kedua berkaitan pengetahuan murid tentang format surat
kiriman tidak rasmi. Berdasarkan analisis item kedua soal selidik, terdapat 12
orang murid iaitu 48 peratus menjawab sangat tidak setuju, 8 orang murid iaitu
32 peratus menjawab tidak setuju dan 5 orang murid iaitu 20 peratus
menjawab kurang setuju. Min untuk item soal selidik kedua ialah 1.48.
Bilangan murid seramai 12 orang yang menjawab sangat tidak setuju
menunjukkan bahawa murid-murid tidak mengetahui format surat kiriman
tidak rasmi.
Jadual 6: Analisis Item 3 Soal Selidik Sebelum Tindakan
24
Item Soalan Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya suka
menulis karangan
surat kiriman
tidak rasmi
5
(5x1)=(5)
(5/25) x
100
[20%]
8
(8x2)=(16)
(8/25) x 100
[32%]
12
(12x3)=(36)
(12/25) x 100
[48%]
(25)
(57)
[100%]
(20+32+48)
(57/25)
Min = 2.28
Rajah 7 : Analisis Item 3 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Item soalan ketiga berkaitan pengetahuan murid tentang format surat
kriman tidak rasmi. Berdasarkan analisis item soalan ketiga soal selidik,
terdapat 5 orang murid iaitu 20 peratus yang menjawab sangat tidak setuju, 8
orang murid iaitu 32 peratus menjawab tidak setuju dan 12 orang murid iaitu
48 peratus menjawab kurang setuju.
Min untuk item soal selidik ketiga ialah 2.28. Bilangan murid yang
menjawab tidak setuju adalah seramai 5 orang. Ini menunjukkan bahawa
25
Item Soalan Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya dapat
menulis karangan
bahagian
pendahuluan, isi
penting, huraian
dan contoh
dengan baik
13
(13x1)=(13)
(13/25) x
100
[52%]
9
(9x1)=(9)
(9/25) x 100
[36%]
3
(3x3)=(9)
(3/25) x 100
[12%]
(25)
(31)
[100%]
(52+40+8)
(31/25)
Min = 1.24
murid tersebut tidak suka menulis surat kiriman tidak rasmi. Faktor ini
menyebabkan murid tidak tahu dan tidak berminat untuk menulis surat
kiriman tidak rasmi dengan format yang betul.
Jadual 7: Analisis Item 4 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Rajah 8: Analisis Item 4 Soal Selidik Sebelum Tindakan
Item soal selidik keempat berkaitan kemahiran menulis bahagian
pendahuluan, isi penting, huraian dan contoh. Berdasarkan analisis item
keempat soal selidik, terdapat 13 orang murid (52 peratus) sangat tidak setuju,
9 orang murid (36 peratus) tidak setuju dan 3 orang murid (12 peratus) kurang
setuju. Min untuk item soal selidik keempat ialah 1.24. Bilangan murid yang
menjawab tidak setuju adalah seramai 13 orang. Perkara ini menunjukkan
26
bahawa murid tidak dapat menguasai penulisan bahagian pendahuluan, isi
penting, huraian dan contoh dengan baik.
Berdasarkan analisis yang dijalankan dengan menggunakan instrumen
analisis dokumen dan soal selidik, masalah yang dihadapi oleh murid ialah
tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang betul.
2.2 Tinjauan Literatur
Kajian ini adalah mengenai peningkatan penguasaan murid dalam
penulisan karangan SKTR dengan menggunakan rumus atau formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Dalam bahagian ini, saya akan
membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian
yang saya jalankan seperti teori-teori dan kajian terdahulu berdasarkan
tinjauan literatur yang telah saya jalankan melibatkan pembacaan buku-buku,
jurnal, kertas kerja, artikel serta bahan-bahan bacaan lain yang bersifat
akademik.
Kemahiran menulis berkait rapat dengan kemahiran lisan dan
membaca. Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1994), kemahiran menulis
merupakan aktiviti yang terakhir dalam proses penguasaan bahasa. Juriah
Long dan rakan-rakan (1990) pula menyatakan menulis merupakan satu proses
27
untuk menyampaikan buah fikiran, idea ataupun pendapat dengan tepat dan
berkesan kepada khalayak ataupun pembaca.
Asmah Haji Omar (1983) menyatakan surat kiriman tidak rasmi
merupakan surat yang menyentuh soal-soal berhubungan dengan peribadi
yang ditulis secara bersahaja dan berlawanan dengan surat rasmi yang ditulis
secara formal. Jenis-jenis SKTR menurut Asmah Haji Omar antaranya ialah
surat kepada kawan, keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Juriah Long, Raminah Haji Sabran dan Safiah Hamid (1990)
menjelaskan latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang
bertujuan untuk membentuk kelaziman yang betul bagi mengukuhkan
struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid.
Latihan yang bertujuan membentuk kelaziman dapat meningkatkan
penguasaan sesuatu kemahiran atau konsep yang dipelajari.
Menurut Khalid Mohamed Nor (1993), lebih kerap pengulangan maka
akan lebih kuat ingatan. Ingatan memerlukan pengulangan kerana manusia
sentiasa lupa dengan masa. Pengulangan pembelajaran akan membantu
meningkatkan daya ingatan.
Kamarudin Hj Husin (1979:149) menyatakan proses pengulangan akan
meningkatkan tahap ingatan dengan lebih baik. Oleh itu, pemilihan kaedah
28
latih tubi untuk meningkatkan tahap ingatan murid berkaitan format penulisan
surat kiriman tidak rasmi dilihat begitu tepat. Kaedah ini dilaksanakan dengan
melibatkan penggunaan model surat kiriman tidak rasmi yang berbeza.
Raja Mukhtarudin (1977) pula berpendapat latih tubi menulis karangan
dapat membantu murid-murid mengembangkan idea di samping dapat
memantapkan penguasaan sistem bahasa, format dan struktur ayat yang
akhirnya membolehkan murid menulis karangan dengan baik.
Menurut F. L Thorndike seperti yang dinyatakan oleh Ee Ah Meng
(2003), pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika
latihan diadakan. Pembelajaran hendaklah disusuli dengan latihan dan
ulangan. Hukum latihan Thorndike menegaskan bahawa semakin kerap
sesuatu ransangan dan gerak balas diulangi, semakin kuat pertalian yang
wujud antara ransangan dan gerak balas. Perkara ini menyokong
pengaplikasian latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan
Latih tubi merupakan satu teknik mengajar dengan mengulang-ulang
fakta atau sesuatu kemahiran yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian
daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu terutamanya format dengan
29
penggunaan formula. Tujuan latih tubi ini adalah untuk menjadikan apa sahaja
yang dipelajari kekal dalam ingatan. (Hanidah Ahmad, 2009)
Seri Ayu Bt Idris (2002) dalam kajiannya yang bertajuk analisis
kesalahan dalam penulisan surat kiriman menyatakan kemahiran menulis
terutamanya dalam surat-menyurat adalah amat penting. Ini kerana penulisan
surat kiriman merupakan salah satu saluran penting yang digunakan dalam
membuat perhubungan dan sesuatu perhubungan yang dibuat itu sudah
semestinya mempunyai sebab dan tujuan yang tertentu.
Jamisah Bt Ali (2001) dalam kajiannya iaitu analisis kesalahan dalam
penulisan surat kiriman dalam kalangan murid di sebuah sekolah mendapati
bahawa hampir keseluruhan murid menghadapi masalah dalam mengingat
format surat kiriman. Hasil kajian ini mendapati pengaplikasian formula atau
singkatan perkataan dapat membantu murid mengingat format.
Kajian Noor Kamila (1999) satu analisis kesilapan bahasa dan format
dalam penulisan karangan di kalangan murid tahun empat sekolah rendah
mendapati kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh murid ialah kesalahan dari
segi bahasa dan format. Maka, melalui kajian ini satu cadangan mengatasi
30
kesalahan tersebut adalah dengan melakukan latih tubi. Ini kerana latih tubi
menulis karangan dapat memantapkan penguasaan sistem bahasa, format dan
struktur ayat serta pada masa sama dapat memastikan murid menulis karangan
dengan baik dan betul.
Kajian Rafeah Ahmad (2003), mengatasi masalah memahami format
surat kiriman rasmi dan tidak rasmi dalam karangan bahasa Melayu dengan
pendekatan latih tubi. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah latih tubi
membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan format surat kiriman.
Kajian berkenaan ASIDIBAMBI oleh Mashudi Bahari
31
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
menulis surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan
Bahagian B.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Murid dapat mengingati format penulisan karangan
surat kiriman tidak rasmi dengan formula
ASIDIBAMBI.
3.2.2 Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan
surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan
menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi
model.
3.3 Soalan Kajian
3.3.1 Dapatkah penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu
murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak rasmi
dengan menggunakan format yang betul?
32
3.3.2 Dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model
surat kiriman tidak rasmi membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam karangan surat kiriman
tidak rasmi?
33
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini hanya melibatkan seramai 25 orang murid Tahun 4
di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, Selangor sebagai sampel kajian.
Sampel kajian ini terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid
perempuan. Daripada sampel kajian ini, 22 orang murid berbangsa Melayu
manakala selebihnya iaitu 3 orang merupakan murid dari kaum Orang Asli.
Pencapaian akademik murid di kelas ini berada pada tahap sederhana
dalam subjek bahasa Melayu. Seramai 7 orang murid mendapat gred E, 13
orang mendapat gred D dan 5 orang murid mendapat gred C bagi penulisan
dalam Ujian bahasa Melayu Bulan Mac yang telah dijalankan.
34
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
Pelaksanaan kajian tindakan ini berpandukan kepada konsep model
Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Rajah 9: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992).
35
Mengenal pasti amalan
Refleksi Pengajaran dan
pembelajaran
Tinjauan Awal
Merancang
Teknik dan kaedah yang
digunakan
Refleksi
Proses refleksi berlaku selepas
pengajaran dan pembelajaran, selepas
tindakan dan sepanjang kajian
dijalankan
Melihat kesan tindakan
Hasil analisis ujian awal
dan akhir
Hasil analisis dapatan soal
selidik
Tindakan
Memperkenalkan formula
ASIDIBAMBI
Latihan selepas formula
ASIDIBAMBI
Latih tubi model surat kiriman
tidak rasmi
Latihan karangan selepas latih
tubi model
Kitaran
1
Kitaran
2
Kajian tindakan akan dijalankan berdasarkan Model Penyelidikan
Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Terdapat lima peringkat
dalam satu kitaran iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang, tindakan,
melihat kesan tindakan dan refleksi. Selepas itu, proses yang sama akan
berlaku untuk kitaran yang kedua dan seterusnya.
Pada peringkat pertama iaitu mengenal pasti aspek amalan, refleksi
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan kepada pengkaji
untuk mengenal pasti kelemahan yang dihadapi oleh murid. Kelemahan atau
masalah ini kemudiannya disahkan melalui tinjauan tindakan yang dijalankan.
Pada peringkat tinjauan tindakan ini, beberapa instrumen diguna pakai seperti
analisis dokumen, ujian, soal selidik dan temu bual. Penggunaan instrumen ini
menjadi asas untuk menyokong masalah yang telah dikenal pasti.
Peringkat kedua iaitu merancang, melibatkan pemilihan teknik dan
kaedah yang sesuai sebagai cara intervensi untuk masalah yang dikesan.
Peringkat ketiga berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
ialah peringkat tindakan. Pada peringkat ini, pengkaji akan melaksnakan 4
langkah dalam tempoh empat minggu sesi pengajaran dan pembelajaran.
36
Pada peringkat keempat ialah proses melihat kesan tindakan. Pada
peringkat ini guru akan menganalisis setiap data yang telah dikumpul
berdasarkan instrumen. yang telah digunakan. Data-data yang telah dianalisis
kemudian akan diterjemahkan ke dalam bentuk graf, carta pai dan jadual.
Proses refleksi juga berlangsung sepanjang kajian ini dilaksanakan.
Proses refleksi pada peringkat ini akan dapat membantu guru untuk melihat
sama ada langkah dan perancangan yang dilakukan betul dan selain itu turut
membantu guru untuk mengenal pasti masalah dan merancang kitaran kedua
kajian.
Peringkat yang terakhir ialah refleksi. Proses refleksi akan
berlangsung sepanjang kajian ini dilaksanakan. Refleksi akan membantu
pengkaji untuk peka terhadap sebarang perubahan proses kajian yang
dijalankan.
37
5.2 Prosedur Tindakan
Terdapat empat langkah yang akan dilaksanakan untuk kajian tindakan
ini. Langkah-langkah tindakan yang akan dijalankan ditunjukkan dalam jadual
seperti di bawah.
Jadual 8 : Prosedur Tindakan
38
Bil. Langkah Tindakan
1. Langkah 1 Memperkenalkan formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat
kiriman tidak rasmi
2. Langkah 2 Latihan selepas formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat
Kiriman tidak rasmi
3. Langkah 3 Aktiviti latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi
4. Langkah 4 Latihan selepas latih tubi model karangan surat kiriman tidak
rasmi
5.2.1 Formula ASIDIBAMBI Surat Kiriman Tidak Rasmi
- Guru akan memperkenalkan formula ASIDIBAMBI kepada murid
dengan tujuan untuk membantu murid mengingat format penulisan
surat kiriman tidak rasmi dan menulis karangan dengan baik.
Murid kemudian akan diberi masa untuk mengingat format
berdasarkan formula ini. Satu latihan mengingat format dengan
teknik ini akan dijalankan. Kata kunci seperti alamat, tarikh, kata
penghadap, kata panggilan, isi, penutup akan turut diperkenalkan
kepada murid. Sila rujuk lampiran K.
5.2.2 Latihan Selepas Formula ASIDIBAMBI Surat Kiriman Tidak
Rasmi
- Selepas pengajaran formula ASIDIBAMBI, satu latihan akan
dijalankan. Murid akan diberikan lembaran soalan karangan. Murid
diminta untuk mengaplikasikan formula yang telah diajar dalam
menjawab soalan karangan surat kiriman tidak rasmi ini nanti.
39
5.2.3 Latih Tubi Model Surat Kiriman Tidak Rasmi
- Kaedah latih tubi ini diajar kepada murid-murid. Setiap murid akan
diberikan dua model karangan surat kiriman tidak rasmi. Murid-
murid akan diminta untuk menyalin semula model surat kiriman
tersebut ke dalam lembaran kerja kosong yang akan diberikan.
Aktiviti latih tubi ini akan dijalankan pada waktu yang berbeza.
5.2.4 Latihan Selepas Latih Tubi Model Surat Kiriman Tidak Rasmi
- Latihan ini dilaksanakan selepas murid menyalin kedua-dua model
karangan. Namun begitu, bagi latihan yang dijalankan selepas
menyalin model karangan ini, murid-murid tidak akan dibenarkan
untuk merujuk model karangan yang telah diberikan.
Penandaan latihan surat kiriman ini berdasarkan skema
pemarkahan UPSR yang sebenar. Standard pemarkahan selaras dengan
sistem pemarkahan sebenar. Masa yang diberikan kepada setiap murid
sama seperti masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan
karangan Bahagian B iaitu 40 minit.
40
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
Proses yang penting dalam sesuatu kajian tindakan ialah cara
pengumpulan data. Cara pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan
instrumen analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan ujian. Pengumpulan
data ini dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.
6.1 Analisis Dokumen
• Analisis dokumen merupakan satu daripada cara pengumpulan
data yang dipilih. Dokumen dapat memberikan maklumat
yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji serta sumber
paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan
telah sedia ada. Dokumen yang dianalisis ialah kertas Ujian
Bulan Mac 2012, latihan karangan, latihan selepas pengajaran
formula ASIDIBAMBI dan latihan selepas latih tubi model
karangan surat kiriman tidak rasmi. Skema pemarkahan untuk
penulisan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk dalam
lampiran E. Skema pemarkahan ini juga turut digunakan untuk
penyemakan semua latihan karangan dan ujian.
41
6.2 Soal Selidik
• Soal selidik merupakan satu daripada instrumen yang
digunakan untuk mengumpul data. Soalan soal selidik
disediakan berkaitan fokus kajian dan keberkesanan kaedah
yang digunakan. Borang soal selidik diberikan kepada
responden sebelum dan selepas kajian dijalankan. Terdapat
dua borang soal selidik yang diberikan kepada murid. Borang
soal selidik yang pertama berkaitan maklumat demografi dan
pengetahuan dan pengalaman murid dalam penulisan surat
kiriman tidak rasmi. Borang soal selidik yang kedua berkaitan
pandangan murid terhadap pengaplikasian formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi.
Skala pengukuran yang digunakan untuk item soalan borang
soal selidik ialah skala likert. Skala likert 5 poin digunakan
dengan skala 5 ialah sangat setuju, skala 4 setuju, skala 3 tidak
pasti, skala 2 tidak setuju dan skala 1 sangat tidak setuju. Data
hasil daripada soal selidik ini akan dianalisis dengan
menggunakan jadual, kekerapan dan min. Contoh borang soal
selidik boleh dilihat dengan merujuk kepada lampiran G.
42
6.3 Temu bual
• Temu bual merupakan perbualan dua hala yang bertujuan
untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan
interaksi bersemuka antara penemu bual dan responden.
Penyelidik telah memilih temu bual secara bersemuka dengan
menggunakan teknik temu bual berstruktur. Temu bual
berstruktur merupakan temu bual yang dijalankan secara
formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu
senarai soalan yang perlu dijawab ( Chua Yan Piaw, 2006).
Aktiviti temu bual ini dilaksanakan selepas ujian surat kiriman
tidak rasmi awal dan akhir untuk mengetahui punca masalah
yang dihadapi oleh responden. Temu bual ini juga dibuat
untuk menyokong dapatan data ujian surat kiriman tidak rasmi
awal dan akhir.
43
6.4 Ujian
• Ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mengutip
data bagi menilai dan mengesan pemahaman murid terhadap
sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Bagi tujuan kajian ini,
terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Surat
Kiriman Tidak Rasmi Awal dan Ujian Surat Kiriman Tidak
Rasmi Akhir. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat
keberkesanan kaedah yang telah digunakan dan membuat
perbandingan sebelum dan selepas sesuatu intervensi
dijalankan. Jika keputusan ujian surat kiriman tidak rasmi
akhir menunjukkan peningkatan berbanding ujian surat
kiriman tidak rasmi akhir, maka objektif kajian tercapai.
Skema pemarkahan yang digunakan sama seperti untuk analisis
dokumen. Markah akan diberi dalam bentuk peratus dan gred dan keputusan
akan dipersembahkan dalam bentuk graf bar. Perbandingan markah ujian
awal dan ujian akhir akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.
44
6.4.1 Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi
Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dijalankan
untuk menguji murid tentang masalah yang dihadapi oleh
mereka. Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dijalankan
sebelum murid dirawat dengan menggunakan formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Tujuan ujian awal ini
dijalankan adalah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan
yang ketara ataupun tidak sekiranya keputusan Ujian Surat
Kiriman Tidak Rasmi Awal dibandingkan dengan Ujian Surat
Kiriman Tidak Rasmi Akhir.
6.4.2 Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi
Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir dijalankan
setelah semua murid diajarkan formula ASIDIBAMBI dan latih
tubi model. Ujian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan
pengajaran formula ASIDIBAMBI dan dan latih tubi model
terhadap murid. Keputusan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi
Awal dan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir akan
dibandingkan untuk melihat perubahan pencapaian dan
prestasi murid. Sekiranya wujud perubahan yang ketara dalam
45
peningkatan kemahiran murid, formula ASIDIBAMBI dan latih
tubi model ini dianggap berjaya membantu murid menguasai
aspek bahasa dan format dalam penulisan surat kiriman tidak
rasmi.
46
7.0 ANALISIS DATA
Bahagian ini membincangkan hasil dapatan berdasarkan instrumen
kajian yang digunakan. Analisis data setiap instrumen dijalankan untuk
menjawab setiap soalan kajian.
7.1 Analisis Dokumen
Analisis dokumen merupakan salah satu instrumen yang digunakan
untuk mengumpul data. Dokumen yang dianalisis ialah latihan karangan surat
kiriman tidak rasmi, latihan selepas pengenalan formula ASIDIBAMBI dan
latihan selepas latih tubi model surat kiriman tidak rasmi.
Instrumen ini melibatkan murid seramai 25 orang yang berperanan
sebagai responden. Instrumen ini digunakan untuk menjawab soalan kajian
yang pertama dan kedua. Analisis dokumen yang pertama ialah latihan
karangan surat kirman tidak rasmi. Skor markah murid dalam bentuk skor
pencapaian cemerlang, baik, memeuaskan dan pencapaian tahap minimum.
47
Jadual 9 : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Markah
Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Kekerapan Peratus
(24-30)
Cemerlang 0 0%
(17-23)
Baik 3 12%
(11-16)
Memuaskan 8 32%
(0-10)
Pencapaian Tahap
Minimum
14 56%
Berdasarkan jadual 9 di atas, tiada murid yang berjaya mendapat
markah cemerlang. Seramai 3 orang murid mendapat markah baik diikuti 8
orang murid mendapat markah memuaskan. Jadual di atas juga menunjukkan
bahawa seramai 14 orang murid memperoleh markah pencapaian tahap
minimum. Data yang diperoleh ini kemudian dipersembahkan dalam bentuk
graf dan carta pai seperti di bawah.
48
Rajah 10 : Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Rajah 11 : Peratus Skor Pencapaian Murid Dalam Latihan SKTR
49
Berdasarkan rajah analisis latihan surat kiriman tidak rasmi di atas,
didapati sebanyak 12 peratus murid berjaya memperoleh skor baik manakala
sebanyak 32 peratus murid mendapat skor memuaskan. Sebanyak 56 peratus
murid pula mendapat skor pencapaian tahap minimum. Latihan ini dijalankan
kepada murid sebelum tindakan intervensi dengan penggunaan formula
ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model.
Dokumen kedua yang digunakan ialah latihan karangan surat kiriman
tidak rasmi selepas diperkenalkan formula ASIDIBAMBI. Latihan ini
diberikan untuk melihat tahap pencapaian dan keberkesanan penggunaan
formula ASIDIBAMBI.
Jadual 10 : Analisis Markah Latihan SKTR Selepas FormulaASIDIBAMBI
Markah
Latihan SKTR Selepas Formula ASIDIBAMBI
Kekerapan Peratus
(24-30)
Cemerlang 0 0%
(17-23)
Baik 5 20%
(11-16)
Memuaskan 11 44%
(0-10)
Pencapaian Tahap
Minimum
9 36%
50
Berdasarkan jadual di atas terdapat 5orang murid mendapat skor baik,
11 orang murid mendapat skor markah memuaskan dan 3 orang murid
mendapat markah pencapaian tahap minimum. Data ini juga dipersembahkan
dalam bentuk graf dan carta pai.
Rajah 12 : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Selepas Formula ASIDIBAMBI
51
Rajah 13: Carta Pai Analisis Latihan SKTR Selepas Formula
ASIDIBAMBI
Berdasarkan carta pai analisis latihan surat kiriman tidak rasmi selepas
formula ASIDIBAMBI di atas menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian
dalam kalangan murid apabila 20 peratus murid mendapat skor baik dalam
latihan yang diberikan manakala sebanyak 44 peratus mendapat skor
memuaskan. Berlaku penurunan dalam peratusan skor pencapaian minimum
apabila sebanyak 44 peratus sahaja murid mendapat skor minimum
berbanding 56 peratus sebelum ini.
52
Latihan ini merupakan latihan yang pertama dijalankan dengan
melibatkan pengenalan dan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dalam
penulisan surat kiriman tidak rasmi. Skema pemarkahan latihan karangan surat
kiriman tidak rasmi boleh dirujuk dalam lampiran E.
Dokumen ketiga ialah latihan surat kiriman tidak rasmi selepas latih
tubi model. Latihan ini diberikan kepada murid selepas latih tubi model surat
kiriman tidak rasmi yang dijalankan sebanyak dua kali dengan menggunakan
model karangan surat kiriman tidak rasmi yang berbeza. Latihan ini
dilaksanakan untuk melihat keberkesanan latih tubi yang dijalankan dan
membuat perbandingan dengan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI.
Jadual : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih
Tubi Model.
Jadual 11: Analisis Markah Latihan SKTR Selepas Latih Tubi Model
Markah
Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih
Tubi Model
Kekerapan Peratus
(24-30)
Cemerlang 3 12%
(17-23)
Baik 10 40%
(11-16)
Memuaskan 12 48%
(0-10)
Pencapaian Tahap
Minimum
0 0%
53
Berdasarkan jadual di atas terdapat 3 orang murid mendapat skor
cemerlang, 10 orang murid mendapat skor baik dan 12 orang mendapat skor
memuaskan. Berlaku peningkatan apabila tiada murid yang mendapat skor
pencapaian tahap minimum. Data-data dari jadual di atas dipersembahkan
dalam bentuk graf dan carta pai.
Rajah 14 : Graf Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas
Latih Tubi Model
54
Carta pai di atas menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 12 peratus
murid mendapat skor cemerlang, 40 peratus skor baik dan sebanyak 48 peratus
skor memuaskan. Peningkatan berlaku apabila tiada murid yang mendapat
skor pencapaian tahap minimum. Skema pemarkahan boleh dirujuk dalam
lampiran XX.Rajah di bawah ini pula menunjukkan perbandingan pencapaian
mengikut jenis latihan surat kiriman tidak rasmi yang telah dijalankan.
55
Rajah 15 : Carta Pai Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Selepas Latih Tubi Model
Rajah 16 : Graf Analisis Perbandingan Pencapaian Latihan SKTR
Berdasarkan graf perbandingan di atas, terdapat peningkatan yang
dapat dilihat selepas setiap intervensi dijalankan. Kekerapan murid yang
mendapat pencapaian tahap minimum dapat dikurangkan selepas
pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan tiada murid mendapat pencapaian
tahap minimum selepas latih tubi model dijalankan.
Latihan awal yang dijalankan menunjukkan tiada murid yang
mendapat skor pencapaian cemerlang. Latihan yang dijalankan selepas
pengaplikasian formula ASIDIBAMBI menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan dalam bilangan murid yang mendapat skor baik dan memuaskan.
Peningkatan terus ditunjukkan selepas latih tubi model apabila seramai tiga
orang murid berjaya mendapat skor cemerlang dan sepuluh orang murid
mendapat skor baik. Bilangan murid mendapat skor memuaskan bertambah
berbanding sebelumnya menjadi dua belas orang dan menunjukkan satu
kejayaan apabila tiada murid yang memperoleh skor pencapaian tahap
minimum.
7.2 Soal Selidik
56
Soal selidik ini melibatkan tiga bahagian iaitu berkaitan maklumat
demografi, soalan sebelum tindakan dan soalan selepas tindakan. Hasil
maklumat demografi boleh dirujuk dalam jadual 2 dan hasil analisis soal
selidik sebelum tindakan boleh dirujuk dalam jadual 3. Analisis item soal
selidik selepas tindakan adalah seperti dalam jadual 12.
Jadual 12: Analisis Item Soalan Selepas Tindakan
Item Soalan Sanga
t
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor &
Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Penggunaan
formula
ASIDIBAMBI
dalam SKTR
mudah
difahami
2
(2x3)=(6)
(2/25) x
100
[8%]
6
(6x4)=(24)
(6/25) x
100
[24%]
17
(17x5)=(85)
(17/25) x
100
[68%]
(25)
(115)
[100%]
(8+24+68)
(115/25)
Min = 4.6
Formula
ASIDIBAMBI
membantu
saya
mengingat
format
tersebut
1
(1x2)=(2)
(1/25) x
100
[4%]
3
(3x3)=(9)
(3/25) x
100
[12%]
2
(2x4)=(8)
(2/25) x
100
[8%]
19
(19x5)=(95)
(19/25)x 100
[76%]
(25)
(114)
[100%]
(4+12+8)
(114/25)
Min = 4.6
Saya dapat
menulis
SKTR dengan
format yang
betul
6
(6x3)=(18)
(6/25) x
100
2
(2x4)=(8)
(2/25) x
100
17
(17x5)=(85)
(17/25)x 100
[68%]
(25)
(111)
[100%]
(8+24+68)
57
[24%] [8%] (111/25)
Min = 4.4
Formula
ASIDIBAMBI
dan latih tubi
model melatih
saya menulis
SKTR dengan
menggunakan
format yang
betul
2
(2x3)=(6)
(2/25) x
100
[8%]
3
(3x4)=(12)
(3/25) x
100
[12%]
20
(20x5)=(100)
(20/25) x
100
[80%]
(25)
(118)
[100%]
(8+12+80)
(118/25)
Min = 4.7
Jumlah 2 39 52 365 458
Hasil dapatan soal selidik ini menunjukkan maklum balas daripada
murid mengenai keberkesanan dan kesusaian tindakan yang dijalankan.
Perkara ini dapat membantu untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data. Penjelasan bagi setiap item soalan soal selidik adalah
seperti berikut
Jadual 13 : Analisis Item 1 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item Soalan Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat Setuju Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
58
(1) (2) (3) (4) (5)
Penggunaan
formula
ASIDIBAMBI
dalam SKTR
mudah
difahami
2
(2x3)=(6)
(2/25) x
100
[8%]
6
(6x4)=(24)
(6/25) x
100
[24%]
17
(17x5)=(85)
(17/25) x
100
[68%]
(25)
(115)
[100%]
(8+24+68)
(115/25)
Min = 4.6
Rajah 17 : Analisis Item 1 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item soalan pertama berkaitan Formula ASIDIBAMBI dalam SKTR
mudah difahami. Berdasarkan analisis item pertama soal selidik, terdapat 2
59
orang murid ( 8 peartus) yang kurang setuju, 6 orang murid (24 peratus) setuju
dan seramai 17 orang (68 peratus) setuju.
Perkara ini menunjukkan bahawa formula ASIDIBAMBI mudah
difahami. Min bagi item soalan yang pertama ialah 4.6. Item soalan pertama
ini berkait rapat dengan masa yang diberikan kepada setiap murid untuk
mengingati dan memahami penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam SKTR.
Jadual 14 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item Soalan Sanga
t
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor &
Min
(1) (2) (3) (4) (5)
60
Formula
ASIDIBAMBI
membantu
saya
mengingat
format
tersebut
1
(1x2)=(2)
(1/25) x
100
[4%]
3
(3x3)=(9)
(3/25) x
100
[12%]
2
(2x4)=(8)
(2/25) x
100
[8%]
19
(19x5)=(95)
(19/25)x
100
[76%]
(25)
(114)
[100%]
(4+12+8)
(114/25)
Min = 4.6
Rajah
18 :
Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item soalan kedua berkaitan penggunaan formula ASIDIBAMBI dapat
membantu murid mengingat format. Berdasarkan analisis item kedua soal
selidik, terdapat seorang murid (4 peratus) yang tidak setuju, 3 orang murid
(12 peratus) kurang setuju dan 2 orang murid (8 peratus) yang setuju manakala
seramai 19 orang murid ( 76 peratus ) sangat setuju bahawa formula
61
ASIDIBAMBI membantu mereka mengingat format SKTR. Ini membuktikan
penggunaan formula ASIDIBAMBI berkesan dan berjaya.
Jadual 15 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item
Soalan
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor & Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya
dapat
menulis
SKTR
dengan
format
yang
betul
6
(6x3)=(18)
(6/25) x 100
[24%]
2
(2x4)=(8)
(2/25) x
100
[8%]
17
(17x5)=(85)
(17/25)x 100
[68%]
(25)
(111)
[100%]
(8+24+68)
(111/25)
Min = 4.4
62
Rajah 19 : Analisis Item 3 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item soalan ketiga berkaitan kemahiran menulis bahagian alamat,
tarikh, kata penghadap, kata panggilan, isis dan penutup serta tandatangan
penulis SKTR. Berdasarkan analisis item ketiga soal selidik, terdapat seramai
6 orang murid ( 24 peratus) yang kurang setuju, 2 orang murid (8 peratus)
yang setuju dan seramai 17 orang (68 peratus) murid yang sangat setuju
bahawa mereka dapat menulis dengan format yang betul selepas melakukan
beberapa intervensi iaitu latihan ASIDIBAMBI dan latih tubi model.
Jadual 16 : Analisis Item 4 Soal Selidik Selepas Tindakan
63
64
Item Soalan Sanga
t
Tidak
Setuju
Tidak
Setuj
u
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
Kekerapan,
Jumlah
Skor &
Min
(1) (2) (3) (4) (5)
Formula
ASIDIBAMBI
dan latih tubi
model melatih
saya menulis
SKTR dengan
menggunakan
format yang
betul
2
(2x3)=(6)
(2/25) x
100
[8%]
3
(3x4)=(12)
(3/25) x
100
[12%]
20
(20x5)=(100)
(20/25) x
100
[80%]
(25)
(118)
[100%]
(8+12+80)
(118/25)
Min = 4.7
Rajah 20: Analisis Item 4 Soal Selidik Selepas Tindakan
Item soalan keempat ialah Formula ASIDIBAMBI dan Latih Tubi
Model dapat melatih murid menulis SKTR dengan format yang betul.
Berdasarkan analisis item soal selidik keempat seramai 2 orang murid (8
peratus) kurang bersetuju manakala 3 orang murid ( 12 peratus) setuju.
Seramai 20 orang murid ( 80 peratus) pula menjawab sangat setuju. Perkara
ini menunjukkan bahawa formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model
berkesan dan berjaya melatih murid menulis SKTR dengan format yang betul
dan baik.
7.3 Temu Bual
Terdapat tiga soalan temu bual selepas tindakan. Analisis dapatan temu
bual seperti dalam jadual 17, Jadual 18 dan Jadual 19. Transkripsi temu bual
boleh dirujuk dalam Lampiran J.
Jadual 17 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Pertama
Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus
(%)
1. Adakah formula
ASIDIBAMBI
Ya 15 64
Sedikit 7 28
Tidak 3 8
65
membantu anda
mengingat format
SKTR?
Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan pertama, terdapat 15
orang murid mengatakan ya, 7 orang murid mengatakan sedikit dan 3 orang
murid mengatakan tidak. Perkara ini merujuk kepada penggunaan formula
ASIDIBAMBI dalam membantu murid mengingat format surat kiriman tidak
rasmi.
Jadual 18 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Kedua
Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus
(%)
2. Adakah masa yang
diberikan untuk
mengingat format
SKTR mencukupi?
Mencukupi
15 60
Kurang
Mencukupi 5 20
Tidak
Mencukupi 5 20
Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan kedua, terdapat 15
orang murid mengatakan mencukupi, 5 orang murid mengatakan kurang
66
mencukupi dan 5 orang murid mengatakan tidak mencukupi. Perkara ini
merujuk kepada masa yang diberikan untuk mengingati format SKTR. Hasil
temu bual ini jelas menunjukkan bahawa masa tidak mencukupi bagi murid
mengingat format menggunakan formula ASIDIBAMBI. Ini menyebabkan
pencapaian murid dalam latihan selepas ASIDIBAMBI yang dijalankan
kurang memberansangkan.
Jadual 19 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Ketiga
Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus
(%)
3.
Adakah latih tubi
model SKTR dapat
membantu murid
meningkatkan tahap
penulisan?
Boleh 20 80
Sedikit 5 20
67
Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan ketiga, terdapat 20
orang murid mengatakan boleh dan seramai 5 orang murid mengatakan
sedikit. Perkara ini merujuk kepada penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam
membantu murid mengingat format SKTR.
68
7.4 Ujian
Ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data.
Terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak
Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Analisis dokumen ini
melibatkan 25 orang murid yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen
ini digunakan untuk menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua.
Analisis ujian ini menggunakan skor markah murid dalam bentuk skor
pencapaian cemerlang, baik, memuaskan dan pencapaian tahap minimum.
Jadual 20 : Analisis Markah Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi.
Markah
Ujian Awal SKTR
Kekerapan Peratus
(24-30)
Cemerlang 0 0%
(17-23)
Baik 0 0%
(11-16)
Memuaskan 18 72%
(0-10)
Pencapaian Tahap
Minimum
7 28%
69
Berdasarkan jadual di atas, terdapat seramai 18 orang murid yang
mendapat skor memuaskan dan seramai 7 orang murid mendapat skor
pencapain tahap minimum. Tiada murid yang mendapat skor baik mahupun
cemerlang. Perkara ini menunjukkan tahap penulisan surat kiriman tidak
rasmi yang lemah. Data di atas dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta
pai.
Rajah 21: Graf Analisis Ujian Awal SKTR
70
Rajah 22: Carta Pai Analisis Ujian Awal SKTR
Berdasarkan carta pai di atas, analisis ujian awal SKTR menunjukkan terdapat
72 peratus murid mendapat skor memuaskan dan 28 peratus murid mendapat
skor pencapaian tahap minimum.
Jadual 21: Analisis Markah Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi
Markah
Ujian Akhir SKTR
Kekerapan Peratus
(24-30)
Cemerlang 4 16%
(17-23)
Baik 7 28%
(11-16)
Memuaskan 14 56%
(0-10)
Pencapaian Tahap
Minimum
0 0%
71
Berdasarkan jadual di atas, terdapat seramai empat orang murid
mendapat skor cemerlang dalam ujian akhir yang dijalankan manakala seramai
tujuh orang murid mendapat skor baik. Bilangan murid yang mendapat skor
memuaskan pula adalah seramai empat belas orang murid. Data di atas
dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai.
Rajah 23 : Analisis Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi
72
Rajah 24: Carta Pai Analisis Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi
Berdasarkan rajah di atas, analisis ujian akhir SKTR menunjukkan 16
peratus murid mendapat skor cemerlang diikuti 28 peratus untuk skor baik.
Sebanyak 56 peratus murid pula memperoleh skor memuaskan.
73
Rajah 25 : Analisis Dapatan Ujian
Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat
Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Skema
penandaan berdasarkan Manual Garis Panduan Memeriksa Kertas 012 Format
Baharu Penulisan UPSR. Ujian Awal SKTR menunjukkan seramai 18 orang
murid mendapat skor memuaskan dan 7 orang murid mencapai skor
pencapaian tahap minimum. Berdasarkan graf analisis dapatan kajian ini
berlaku peningkatan dalam Ujian Akhir SKTR apabila terdapat 4 orang murid
mencapai skor cemerlang, 7 orang tahap baik dan 14 orang tahap memuaskan.
Melalui graf analisis ini jelas menunjukkan wujudnya peningkatan pencapaian
dalam kalangan murid apabila 4 orang murid mencapai tahap cemerlang dan 7
orang tahap baik. Ujian Akhir SKTR juga menunjukkan tiada murid mendapat
pencapaian tahap minimum seperti ujian awal.
Kesimpulannya, hasil analisis data setiap instrumen membuktikan
penggunaan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu
murid menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang
betul dan membantu murid menghuraikan setiap perenggan karangan dengan
baik.
74
8.0 RUMUSAN SELEPAS DAPATAN
Bahagian ini membincangkan ringkasan, keputusan, perbincangan dapatan
kajiandan rumusan keseluruhan kajian.
8.1 Ringkasan Kajian
Tajuk kajian penyelidikan tindakan yang dijalankan ialah peningkatan
penguasaan penulisan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI
dan latih tubi model. Kajian ini dijalankan terhadap murid Tahun 4 di sebuah
sekolah di daerah Hulu Selangor. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan
kepada kemahiran menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi.
Karangan jenis surat kiriman rasmi merupakan satu daripada karangan
pilihan Bahagian B Penulisan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Bahagian B ini memberi wajaran 30 markah atau 50 peratus
dalam Bahasa Melayu penulisan. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan
bahagian ini ialah 40 minit.
Berdasarkan refleksi pengajaran yang lalu, isu kajian yang dikenal
pasti ialah murid tidak dapat menulis karangan kerana tidak dapat mengingat
format. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat
75
format surat kiriman tidak rasmi dan pada masa yang sama dapat
meningkatkan pencapaian mereka dalam penulisan surat kiriman.
Teknik yang diguna pakai ialah pengaplikasian formula ASIDIBAMBI
dan latih tubi model dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Objektif kajian
ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif
umum kajian adalah bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
menulis surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan
Bahagian B.
Terdapat dua objektif khusus dalam kajian ini. Objektif yang pertama
ialah murid dapat mengingati format penulisan karangan surat kiriman tidak
rasmi dengan formula ASIDIBAMBI. Objektif khusus yang kedua ialah
meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan surat kiriman tidak
rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih
tubi model.
Prosedur tindakan melibatkan empat langkah yang utama iaitu
memperkenalkan formula ASIDIBAMBI, latihan selepas formula
ASIDIBAMBI dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, aktiviti latih tubi
model karangan surat kiriman tidak rasmi dan latihan selepas latih tubi model
karangan surat kiriman tidak rasmi. Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi
76
dijalankan sebelum intervensi dijalankan dan Ujian Akhir Surat Kiriman
Rasmi dijalankan selepas intervensi.
Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini
ialah analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan ujian. Instrumen yang
digunakan ini dapat membantu untuk menjawab soalan kajian dan seterusnya
melihat keberkesanan formula dan kaedah yang telah dipilih. Terdapat dua
ujian iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat
Kiriman Rasmi. Soal selidik diberikan kepada murid sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Manakala temu bual dijalankan selepas tindakan.
77
8.2 Keputusan dan Perbincangan Dapatan Kajian
Soalan pertama kajian ialah dapatkah penggunaan formula
ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak
rasmi dengan menggunakan format yang betul? Terdapat dua instrumen yang
digunakan untuk menjawab soalan ini iaitu analisis dokumen dan soal selidik
Berdasarkan hasil analisis latihan menunjukkan terdapat 14 orang
murid memperoleh pencapaian tahap minimum, 8 orang murid mendapat
pencapaian tahap memuaskan dan 3 orang murid mendapat pencapaian tahap
baik. Hasil analisis latihan yang dijalankan selepas pengaplikasian formula
ASIDIBAMBI menunjukkan peningkatan. Terdapat 9 orang murid mencapai
tahap pencapaian minimum, 11 orang murid mencapai tahap memuaskan dan
seramai 5 orang murid mendapat pencapaian tahap baik. Seterusnya, hasil
analisis latihan surat kiriman tidak rasmi selepas latih tubi model dijalankan
menunjukkan peningkatan dengan seramai 3 orang murid memperoleh
pencapaian tahap cemerlang, 10 orang murid tahap baik dan 12 orang murid
tahap memuaskan. Tiada murid yang memperoleh pencapaian tahap minimum.
Hasil analisis dokumen latihan selepas pengaplikasian formula
ASIDIBAMBI ini menjawab soalan kajian yang pertama. Walaupun
peningkatan tidak begitu ketara, murid yang mendapat pencapaian tahap
minimum berjaya dikurangkan iaitu 14 orang ke 9 orang murid sahaja.
78
Peningkatan ini bersesuaian dengan masa yang diberikan untuk
mengingat formula ASIDIBAMBI. Batasan masa yang singkat serta tanpa
penggunaan bahan multimedia seperti powerpoint, grafik, audia dan video
membataskan ruang untuk murid mengingat dengan lebih baik. Perkara ini
disokong dengan dapatan temu bual iaitu seramai 10 orang murid (50 peratus)
kurang bersetuju dengan penggunaan formula ASIDIBAMBI kerana ruang
masa yang diberikan untuk mengingat format SKTR berdasarkan formula
tersebut tidak mencukupi.
Soalan kedua kajian ialah dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih
tubi model surat kiriman tidak rasmi membantu murid meningkatkan
pencapaian dalam karangan surat kiriman tidak rasmi? Instrumen yang
digunakan untuk menjawab soalan kajian ini ialah ujian dan temu bual.
Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat
Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Skema
penandaan berdasarkan Panduan Pemarkahan Bengkel Penandaan Penulisan
UPSR 2011. Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi menunjukkan 18 orang
murid memperoleh pencapain tahap memuaskan dan 7 orang murid
pencapaian tahap minimum.
79
Dapatan kajian selepas pelaksanaan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak
Rasmi pula menunjukkan seramai 4 orang murid mendapat pencapaian tahap
cemerlang, 7 orang murid mendapat pencapaian tahap baik dan 14 orang
murid memperoleh pencapaian tahap minimum.
Hasil dapatan ujian ini menjawab soalan kedua kajian berkaitan
penggunaan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak
rasmi yang dijalankan dalam meningkatkan pencapaian murid. Dapatan kajian
ini juga disokong oleh hasil analisis temu bual yang telah dijalankan ke atas
responden. Terdapat seramai 20 orang murid (80 peratus) mengatakan formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan
pencapaian penulisan surat kiriman tidak rasmi.
80
8.3 Rumusan
Kajian ini mendapati bahawa pengaplikasian formula ASIDIBAMBI
dan latih tubi model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan
SKTR. Dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI
dan teknik latih tubi model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
penulisan surat kiriman tidak rasmi.
Hasil dapatan ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan Rafeah
Ahmad (2003), Mengatasi Masalah Kurang Memahami Format Surat Kiriman
Rasmi dan Tidak Rasmi dalam Karangan Bahasa Melayu Tahun 5 dengan
Pendekatan Latih Tubi. Hasil kajian ini menunjukkan teknik latih tubi
membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan format surat kiriman.
81
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bahagian ini menerangkan cadangan kajian tindakan yang boleh
dijalankan. Berdasarkan analisis pencapaian murid, prestasi murid dalam
Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi mendapati terdapat 18 orang murid
yang mendapat pencapaian memuaskan dan 5 orang murid mendapat markah
pencapaian tahap minimum. Pencapaian murid dapat ditingkatkan berdasarkan
keputusan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi apabila terdapat seramai 4
orang murid yang mendapat pencapaian cemerlang, 7 orang murid mendapat
pencapaian baik dan 14 orang murid mendapat markah pencapaian
memuaskan. Berdasarkan analisis ujian, tiada murid yang mendapat
pencapaian tahap minimum dalam Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi.
Kitaran kedua dirancang untuk meningkatkan tahap pencapaian murid.
Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan masalah utama
murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi ialah tidak dapat mengingat
format dan tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang
betul. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memperkenalkan
formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model kepada murid-murid.
82
Penambahbaikan yang boleh dirancang untuk kitaran kedua kajian
ialah memberikan masa tambahan kepada murid untuk mengingat format surat
kiriman tidak rasmi menerusi penggunaan formula ASIDIBAMBI iaitu ‘Apa’
mewakili alamat, ‘Siapa’ dan ‘Di mana’ mewakili nama penerima dan lokasi,
‘Bagaimana’ mewakili pertanyaan khabar, ‘Mengapa’ merujuk kepada tujuan
penulis menulis surat dan ‘Bila’ mewakili harapan penulis untuk bertemu
penerima surat dan kedudukan tandatangan penulis.
Selain itu, pengulangan atau kekerapan penggunaan formula ini dapat
membantu murid untuk mengingat format surat kiriman tidak rasmi dan pada
masa yang sama membantu murid untuk menghurai setiap perenggan dalam
karangan dengan baik.
Penggunaan media teknologi seperti komputer yang melibatkan
penggunaan persembahan multimedia melalui perisian mahupun powerpoint
juga akan dapat menarik perhatian murid. Penggabungjalinan unsur audio,
video, grafik dan animasi dalam proses mengajar formula ASIDIBAMBI ini
akan dapat membantu murid mengingat pengaplikasiannya dalam SKTR
dengan lebih cepat.
Teknik latih tubi model surat kiriman tidak rasmi merupakan teknik
yang dipilih dalam meningkatkan tahap pencapaian murid. Tempoh
pelaksanaan ditambah kepada lima kali berbanding dua kali mengikut tahap
83
pencapaian murid dalam surat kiriman tidak rasmi. Murid yang lemah perlu
diberi latih tubi model secara berterusan untuk memastikan peningkatan
pencapaian yang lebih baik. Latihan yang berterusan ini dapat mengukuhkan
tahap kefahaman murid tersebut berkaitan format surat kiriman tidak rasmi.
Setelah intervensi latih tubi model surat kiriman tidak rasmi
dijalankan, latihan surat kiriman tidak rasmi perlu dijalankan. Latihan ini
dijalankan bertujuan memantau peningkatan pencapaian murid dalam
penulisan surat kiriman tidak rasmi. Sekiranya murid telah mahir teknik latih
tubi ini tidak perlu diteruskan dan boleh digantikan dengan latihan surat
kiriman yang berterusan.
Selain itu, penggunaan formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi
model ini juga boleh diaplikasikan dalam penulisan karangan berformat yang
lain.
84
10.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, proses penyelidikan tindakan yang dijalankan
dapat meningkatkan keyakinan diri seorang guru itu dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan
profesional guru. Guru juga dapat melatih diri membuat refleksi untuk
mengenal pasti masalah yang berlaku sama ada daripada aspek pengajaran
guru, penggunaan bahan, pemilihan strategi pengajaran dan sebagainya.
Tambahan lagi berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model surat
kiriman tidak rasmi ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi. Kaedah latih tubi yang
dijalankan perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil pencapaian yang lebih
baik. Oleh itu, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran karangan
berformat yang lain.
85
Selain itu, kajian tindakan ini memberi pendedahan kepada guru untuk
membuat pemilihan bahan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas. Pemilihan bahan dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menyediakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik seterusnya meningkatkan
pencapaian murid. Akhirnya, perkara ini menjadi amalan guru dan
menyumbang kepada peningkatan tahap profesionalisme seorang guru dan
profesion seterusnya memartabatkan bidang pendidikan.
86
SENARAI RUJUKAN
Buku
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2009). Guru Sebagai Penyelidik.
Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (1985). Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi :
Bahasa Dalam Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Arbak Othman. (1986). Mengarang Sebagai Satu Kemahiran.
Kuala Lumpur : Penerbitan Saujana Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan –Kaedah
Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.(Malaysia) Sdn. Bhd.
Don Bryne. (1979). Teaching Writing Skills.
London : Longman
Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan- Pengetahuan dan Ketrampilan
Ikhtisas. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Juriah Long dan Rakan-rakan. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz. (1997). Penguasaan
Kemahiran Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran
KBSR Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan ;
Edisi Ketiga. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, KPM.
Khalid Mohamed Nor.(1993). Belajar Teknik Belajar.
Selangor : PTS Mellenie Sdn. Bhd.
Md. Ramli Sabran.(2011). Strategi Penulisan.
Petaling Jaya : Mega Setia Emas Sdn. Bhd.
Mohd. Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir dan Belajar.
Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).
Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Raminah Haji Sabran dan Rahiim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran
Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan.
Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
87
Kertas Kerja
Isahak Haron.(1978). ‘Ke Arah Pembinaan Satu “ Conseptual Framework”
dalam Menulis dan Mengarang Sebagai Panduan Pengajaran dalam
Pengajaran di Sekolah dalam Kertas Kerja: Bengkel Pengajaran
Bahasa Malaysia Semasa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Tesis
Hairudin Bin Mohd. Isa. (1999). Satu Analisis Kesilapan Penguasaan
Bahasa dalam Penulisan Karangan di Kalangan Murid-murid Tahun
6. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jamisah Bt Ali. (2001) Analisis Kesalahan dalam Penulisan Surat Kiriman
di Kalangan Murid Tingkatan 4. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Noor Kamila Bt Abdullah. (1999). Satu Analisis Kesilapan Bahasa dan
Format dalam Penulisan Karangan di Kalangan Murid-murid Tahun
4 Sekolah Rendah. Tesis B. Ed Bahasa Melayu. Latihan Ilmiah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Raja Mukhtarudin Raja Md.Daim. (1979). Mengajar Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Kedua. Latihan Ilmiah M. A, Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Seri Ayu Bt Idris. (2002). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Surat
Kiriman. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Laman Sesawang
Halimatun Hilmi. (2010). Surat Kiriman Tidak Rasmi. Diperoleh daripada
http://cikguhalimatun.blogspot.com/2010/01/surat-kiriman-tidak-
rasmi.html
Artikel
Azmi Misron. (11 April 2006). Surat Kiriman Tidak Rasmi. Minda Pelajar.
(BIL 622)
88

Contenu connexe

Tendances

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...Ng lily
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Amiatunaim
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 

Tendances (20)

Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Jurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran KoperatifJurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran Koperatif
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 
Kertas cadanga
Kertas cadangaKertas cadanga
Kertas cadanga
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Laporan t1 a3
Laporan t1 a3Laporan t1 a3
Laporan t1 a3
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 

En vedette

KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012marshiza
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiKamarudin Jaafar
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Penyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsepPenyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsepramachandraniptho
 
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmiPenulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmiRohana Mazelan
 
Modul matematik
Modul matematikModul matematik
Modul matematikMaini Akif
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Berry Adam
 
Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1
Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1
Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1Cik Khayla
 
Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi
Karangan jenis surat kiriman tidak rasmiKarangan jenis surat kiriman tidak rasmi
Karangan jenis surat kiriman tidak rasmiRusnani Awang
 
Tugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanTugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanNoor Afiza
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauansuhaimi zulkipli
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sainsEmi Emi Abdul Rasid
 
surat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatansurat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatanMaria Ayie
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarskrsyba4412
 

En vedette (20)

Surat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsrSurat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsr
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmi
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Penyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsepPenyelidikan tindakan konsep
Penyelidikan tindakan konsep
 
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmiPenulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Modul matematik
Modul matematikModul matematik
Modul matematik
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan
 
Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1
Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1
Surat kiriman tidak rasmi Tingkatan 1
 
Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi
Karangan jenis surat kiriman tidak rasmiKarangan jenis surat kiriman tidak rasmi
Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi
 
Tugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanTugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei Berkumpulan
 
Carta pai
Carta paiCarta pai
Carta pai
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains
 
Graf bar
Graf barGraf bar
Graf bar
 
surat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatansurat rasmi pemberitahuan lawatan
surat rasmi pemberitahuan lawatan
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
Penulisan Surat Rasmi
Penulisan  Surat  RasmiPenulisan  Surat  Rasmi
Penulisan Surat Rasmi
 

Similaire à Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Amiatunaim
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehi16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehiNurul Sharianti
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Norita Asmawi
 
51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawiAinul Mardhiah
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emiliaAdi' Mal
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emiliaAdi' Mal
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanNuraishah Fatihah
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2yies72
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 

Similaire à Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi (20)

Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Kaedah pengajaran koperatif
Kaedah pengajaran koperatifKaedah pengajaran koperatif
Kaedah pengajaran koperatif
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehi16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehi
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan
 
51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi51527826 18584642-kajian-jawi
51527826 18584642-kajian-jawi
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Thesis complete
Thesis completeThesis complete
Thesis complete
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 

Plus de Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengAhmad NazRi
 

Plus de Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Rph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topengRph kssr contoh seni topeng
Rph kssr contoh seni topeng
 

Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran menulis merupakan satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kemahiran menulis adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas lain seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 4 (2003), kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Penekanan yang perlu diberikan dalam kemahiran menulis ialah penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997: 2), menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Isahak Haron (1978) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Ke Arah Pembinaan Satu “Conseptual Framework” dalam Menulis dan Mengarang dalam Pengajaran di Sekolah menyatakan kemahiran menulis dan mengarang 1
  • 2. merupakan sebahagian daripada kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap murid dan kegiatan latih tubi dalam bilik darjah perlulah menekankan aktiviti- aktiviti menulis dan mengarang sebagai kaedah menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan pendapat. Don Bryne (1979) pula menyatakan bahawa “ When we write, we use graphic symbol, that is letter or combination of letter which relate to the sounds we make when we speak”. Kenyataan di atas bermaksud menulis ialah satu aktiviti yang melibatkan penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi sewaktu kita bercakap ke dalam bentuk simbol grafik. Kemahiran menulis sememangnya merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid. Ini dibuktikan melalui objektif kemahiran menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR iaitu : “Membolehkan murid-murid menulis karangan yang tepat dengan maksud dan tajuk serta mampu mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan harian” (Kementerian Pelajaran Malaysia : 2003) 2
  • 3. Penekanan terhadap penguasaan aspek kemahiran menulis seperti yang diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagaimanapun tidak menjamin murid benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Ini kerana menurut Mohd. Nashuha Jamidin (1995), penguasaan murid-murid dalam penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh cara bagaimana mereka berfikir. Oleh yang demikian, kelemahan penguasaan kemahiran menulis karangan secara khususnya dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020. Penguasaan terhadap kemahiran menulis sama ada dalam bentuk penulisan karangan atau bukan karangan adalah amat perlu bukan sahaja dalam aspek pembelajaran bahasa malahan dalam mata pelajaran lain juga. Menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kepentingan untuk menguasai kemahiran menulis karangan terutamanya surat kiriman tidak rasmi (SKTR) adalah bertepatan dengan perkara yang terdapat dalam Huraian Hasil Pembelajaran 8.6 Aras 1 (ii) iaitu menulis sebuah karangan yang lengkap 3
  • 4. bersesuaian dengan format. Sememangnya, aras 1 merupakan tahap yang perlu dicapai oleh semua murid sebelum beralih ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu, kepentingan menguasai kemahiran menulis terutamanya karangan surat kiriman tidak rasmi tidak seharusnya dipandang mudah dan sepi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam karangan SKTR dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model. Formula ASIDIBAMBI ini merupakan formula yang terbentuk hasil daripada singkatan perkataan apa, siapa, di mana, bagaimana, mengapa dan bila. Formula ini dibentuk untuk membantu murid mengingat format dan pada masa yang sama dapat membantu murid membina karangan dengan baik dari aspek bahasa. Pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dalam penulisan SKTR dapat dilihat dengan merujuk lampiran K. Rajah 1 : Pecahan akronim ASIDIBAMBI 4 IASIDIBAMBI Apa Siapa Di mana Bila Mengapa Bagaiman a
  • 5. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan khusus. Objektif umum kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan Bahagian B. Terdapat dua objektif khusus kajian iaitu pertama, murid dapat mengingati format penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI. Objektif kedua ialah meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Terdapat dua persoalan kajian yang dikemukakan iaitu dapatkah penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul? Dan dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi membantu murid meningkatkan pencapaian dalam karangan surat kiriman tidak rasmi? Persoalan kajian ini menjadi panduan kepada saya untuk melihat sejauh mana keberkesanan strategi dan kaedah yang digunakan mampu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. 5
  • 6. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya telah memulakan sesi praktikum Fasa 3 selama tiga bulan bermula pada tanggal 30 Januari 2012 yang lalu di sebuah sekolah yang terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor. Saya telah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk mengajar di kelas Tahun 4 Pintar. Hanya terdapat sebuah kelas sahaja bagi setiap tahun mengikut tahap di sekolah ini. Ini berikutan bilangan murid di sekolah ini yang sedikit iaitu seramai 206 orang murid sahaja. Pada minggu pertama tiada masalah mahupun halangan dikenal pasti berikutan saya masih belum memulakan interaksi dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebaliknya, saya cuma melaksanakan pemantauan dan pemerhatian terhadap tingkah laku bermasalah dan hasil kerja murid sewaktu mengikuti sesi pengajaran guru pembimbing. Selama seminggu sesi tinjauan dan pemerhatian dijalankan, saya cuba mendapatkan maklumat daripada guru pembimbing berkaitan pencapaian murid dalam ujian dan latihan yang dijalankan. 6
  • 7. Berdasarkan analisis dokumen pencapaian murid dalam Ujian Bulan Mac, terdapat 7 orang murid yang mendapat gred E, 13 orang mendapat gred D manakala 5 orang murid mendapat gred C dalam Bahasa Melayu penulisan. Perkara ini menunjukkan 28 % murid dalam kategori gagal manakala 72 % dalam kategori lemah. Semasa sesi pengajaran berlangsung, apabila saya memberikan latihan karangan, seringkali murid-murid merungut ish ish.. susahnya cikgu, bagaimana nak buat.? Saya tak tahulah cikgu.. Acap kali ungkapan- ungkapan sebegini saya dengari sewaktu menjalankan sesi pengajaran dalam kelas terutama ketika saya memberikan latihan menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Murid-murid kelihatan termenung dan ada juga yang menggaru-garu kepala sebagai tanda tidak faham. Hasil analisis daripada latihan yang diberikan mendapati seramai 15 orang murid mendapat markah minimum dan 10 orang murid dengan markah memuaskan. Hasil analisis ini membuktikan kepada pengkaji bahawa murid- murid masih lagi tidak menguasai kemahiran menulis SKTR dengan baik. Frasa tidak menguasai mengikut konteks saya sebagai pengkaji adalah murid tidak dapat menulis SKTR dengan format yang betul, penggunaan kosa kata yang tepat, aspek kesantunan bahasa dalam penulisan dan penggunaan kata sapaan mahupun penghadap dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. 7
  • 8. Seterusnya saya meneruskan tinjauan masalah dengan melaksanakan sesi temu bual dan soal selidik terhadap murid. Borang soal selidik ini diedarkan kepada murid untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid terhadap format surat kiriman tidak rasmi. Kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan tinjauan awal ini ialah murid-murid kelas Tahun 4 Pintar tidak dapat menulis karangan surat kiriman tidak rasmi dengan betul disebabkan tidak mengetahui format dan tidak dapat menghuraikan maklumat dengan baik berdasarkan kehendak soalan di samping lemah dalam penggunaan aspek bahasa. 8
  • 9. 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Pendidikan merupakan satu bidang yang penting dan merupakan tunjang kemajuan sesebuah negara. Pendidikan yang diterapkan di Malaysia menekankan perkembangan pembentukan individu secara menyeluruh. Perkara ini dijelaskan dalam petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa : “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.” Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab seorang guru untuk meningkatkan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Hal ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru berikut : 9
  • 10. “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” Tanggungjawab yang akan dijalankan oleh seseorang guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran ialah membuat refleksi. Masalah yang dikenal pasti berdasarkan refleksi akan diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Proses ini merupakan proses penyelidikan tindakan. Penyelidikan tindakan merupakan satu wadah transformasi yang perlu dipraktikkan dan diamalkan oleh semua pendidik untuk meningkatkan mutu profesionalisme sebagai seorang guru. Nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya adalah untuk meningkatkan potensi individu secara menyeluruh. Hal ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh. Perkara ini jelas membuktikan kepentingan tanggungjawab seorang guru untuk menjalankan penyelidikan tindakan bagi mengenal pasti masalah dan mengapilkasikan kaedah atau cara baharu yang dikenal pasti untuk membantu meningkatkan potensi individu secara menyeluruh. 10
  • 11. Selain itu, tindakan yang diambil oleh seorang guru untuk mengaplikasikan cara atau teknik baharu dapat membantu meningkatkan potensi murid selari dengan masalah yang dihadapi. Pemilihan strategi, kaedah dan pemilihan bahan yang tepat dan sesuai dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid seterusnya dapat meningkatkan prestasi dalam sesuatu tajuk atau masalah. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi ialah dengan mengaplikasikan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Menurut F.L Thorndike (1874-1949, seperti yang dinyatakan oleh Ee Ah Meng, 2003), pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan dilakukan. Pembelajaran hendaklah disusuli dengan latihan dan ulangan. Hukum latihan Thorndike menegaskan bahawa semakin kerap sesuatu ransangan dan gerak balas diulangi, semakin kuat pertalian yang wujud antara ransangan dan gerka balas. Perkara ini menyokong pengaplikasian latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan. Kemahiran menulis dapat dikuasai melalui peniruan dengan menggunakan bahan sebagai model. Hal ini berdasarkan pendapat Steve Krashen dan Frank Smith (1981-1983, seperti dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin et al, 1997) yang mengaskan kepentingan model dalam pengajaran 11
  • 12. kemahiran menulis. Model surat kiriman tidak rasmi yang digunakan bertujuan untuk melatih murid menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul. Model karangan surat kiriman tidak rasmi yang dipilih bersesuaian dengan format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Kesimpulannya, nilai pendidikan yang menjadi pegangan adalah untuk meningkatkan potensi individu secara menyeluruh bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan disokong dengan pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai iaitu pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi. 12
  • 13. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu isu kajian dan tinjauan literatur. Bahagian isu kajian ini melibatkan bahagian tinjauan masalah dan analisis masalah manakala tinjauan literatur ditulis berkaitan isu kajian. 2.1 Isu Kajian Bahagian ini menerangkan cara mengenal pasti masalah dan cara pengumpulan data sebelum dianalisis dan dibuktikan secara saintifik. 2.1.1 Tinjauan Masalah Surat kiriman tidak rasmi merupakan satu daripada karangan pilihan Bahagian B penulisan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bahagian B ini memberi wajaran 30 markah atau 50 peratus dalam bahasa Melayu penulisan. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan bahagian ini ialah 40 minit. Kajian ini dirancang untuk meningkatkan penguasaan murid dalam karangan surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Berdasarkan refleksi yang telah dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran, tinjauan awal telah dijalankan dengan menggunakan beberapa instrumen. Tujuan proses tinjauan awal ini 13
  • 14. dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid dan seterusnya merancang tindakan untuk menangani masalah tersebut. Antara beberapa instrumen yang digunakan dalam proses tinjauan masalah ini ialah analisis dokumen, soal selidik dan temu bual. Analisis dokumen merupakan satu daripada alat kajian yang digunakan. Dalam kajian ini, beberapa dokumen bertulis digunakan iaitu melalui markah Ujian Bulan Mac dan latihan menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Pengumpulan data berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan memberi gambaran secara jelas masalah yang dihadapi oleh murid. Contoh soalan latihan karangan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk pada lampiran A. Skema pemarkahan pula boleh dirujuk dalam lampiran E. Instrumen kedua yang digunakan untuk mengenal pasti masalah ialah soal selidik. Item soalan soal selidik disediakan berkaitan fokus kajian dan keberkesanan kaedah yang digunakan. Borang soal selidik diberikan kepada murid sebelum dan selepas kajian dijalankan. Terdapat dua borang soal selidik yang diberikan kepada murid. Borang soal selidik yang pertama berkaitan maklumat demografi dan pengetahuan serta pengalaman murid dalam penulisan surat kiriman ridak rasmi. Borang soal selidik ini diberikan semasa tinjauan awal manakala borang soal selidik yang kedua akan diberikan selepas pelaksanaan kajian. 14
  • 15. Jumlah soalan yang terdapat dalam borang soal selidik yang pertama ialah lima soalan berkaitan pengetahuan dan pengalaman murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi dan empat maklumat demografi. Bentuk soalan yang digunakan ialah soalan tertutup yang mempunyai beberapa pilihan jawapan yang disediakan murid perlu memilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berkaitan. Skala pengukuran yang digunakan untuk soalan ini ialah skala likert. Skala likert lima poin digunakan iaitu skala 5 untuk sangat setuju, skala 4 untuk setuju, skala 3 tidak pasti, skala 2 untuk tidak setuju dan skala 1 untuk sangat tidak setuju. Data hasil daripada borang soal selidik akan dianalisis secara manual dengan menggunakan jadual kekerapan dan min. Setiap item soalan akan dianalisis berdasarkan jawapan murid. Contoh borang soal selidik sebelum tindakan boleh rujuk Lampiran B. 2.1.2 Analisis Masalah Terdapat tiga instrumen yang digunakan semasa tinjauan masalah iaitu analisis dokumen, soal selidik dan temu bual.Hasil analisis dokumen Ujian Bulan Mac menunjukkan seramai 5 orang mendapat gred C, 13 orang mendapat Gred D manakala 7 orang mendapat gred E. Keputusan boleh dirujuk dalam jadual 2 di bawah. 15
  • 16. Jadual 1 : Pencapaian Murid Dalam Ujian Penulisan Bulan Mac Gred A B C D E Bilangan Murid 5 13 7 Rajah 2 : Markah Penulisan Ujian Bulan Mac Berdasarkan keputusan ujian ini, jelas membuktikan murid Tahun 4 ini mengalami masalah dalam menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Tiada 16
  • 17. murid yang berjaya mendapat gred A dan B sebaliknya sebanyak 28% murid mengalami kegagalan. Hasil dapatan ini menyokong dan membantu saya untuk mengenal pasti masalah. Masalah kemhiran menulis begitu ketara dalam kalangan murid Tahun 4 kelas ini. Analisis dokumen kedua yang turut digunakan ialah latihan penulisan SKTR. Hasil daripada analisis dokumen latihan penulisan SKTR, saya mendapati seramai 14 orang mendapat pencapaian tahap minimum, 8 orang murid pencapaian memuaskan dan 3 orang murid memperoleh pencapaian tahap baik. Analisis Latihan Penulisan SKTR boleh dirujuk dalam Rajah 2. Rajah 3 : Analisis Latihan Penulisan SKTR 17
  • 18. Rajah 4 : Analisis Latihan Penulisan SKTR Berdasarkan analisis dalam Rajah 3, sebanyak 56 peratus murid mendapat pencapaian tahap minimum manakala cuma 12 peratus murid sahaja yang mendapat pencapaian tahap baik. Perkara ini menunjukkan bahawa murid tidak boleh menulis SKTR dengan baik. Pencapaian murid kurang memberangsangkan dan perlu dibantu. Ini kerana SKTR merupakan komponen penulisan Bahagian B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 18
  • 19. Instrumen yang kedua yang digunakan ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu soal selidik maklumat berkaitan demografi, item soal selidik sebelum tindakan dan item soal selidik selepas tindakan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 25 orang murid yang bertindak sebagai responden. Analisis setiap item soalan dapat dilihat dengan merujuk Jadual 3. Jadual 2 : Analisis Item Demografi Murid Bil Maklumat Demografi Pilihan Jawapan Kekerapan Peratus (%) 1. Jantina Lelaki 12 48 Perempuan 13 52 2. Keturunan Melayu 22 88 Orang Asli 3 12 3. Bahasa pertuturan harian Bahasa Melayu 22 88 Asli 3 12 4. Tempat tinggal anda di Pekan 10 40 Kampung 15 60 Hasil analisis item demografi, murid yang terlibat terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Selain itu, 22 orang murid merupakan bangsa Melayu dan 3 orang murid merupakan kaum orang Asli. Bahasa pertuturan mereka majoritinya adalah Bahasa Melayu manakala 3 orang murid menggunakan bahasa Asli. Murid yang tinggal di kampung 19
  • 20. melebihi bilangan yang tinggal di pekan dengan 15 orang murid tinggal di kampung dan selebihnya iaitu 10 orang murid tinggal di kawasan pekan. Soal selidik sebelum tindakan merangkumi empat soalan yang melibatkan tahap pengetahuan murid berkaitan surat kiriman tidak rasmi, karangan berformat dan penulisan sesebuah karangan. 25 orang murid terlibat dalam mengisi borang soal selidik ini. Skala likert lima poin digunakan iaitu sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Analisis soal selidik sebelum tindakan seperti dalam jadual 3. Jadual 3 : Analisis Item Soal Aeldidik Sebelum Tindakan Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Saya tahu jenis karangan berformat dan tidak berformat 5 (5x1)=(5) (5/25) x 100 [20%] 10 (10x2)=(20) (10/25) x 100 [40%] 10 (10x3)=(30) (10/25) x 100 [40%] (25) (55) [100%] (20+40+40) 20
  • 21. (55/25) Min = 2.2 Saya tahu format penulisan surat kiriman tidak rasmi 12 (12x1)=(12) (12/25) x 100 [48%] 8 (8x2)=(16) (8/25) x 100 [32%] 5 (5x3)=(9) (5/25) x 100 [20%] (25) (37) [100%] (48+32+20) (37/25) Min = 1.48 Saya suka menulis karangan surat kiriman tidak rasmi 5 (5x1)=(5) (5/25) x 100 [20%] 8 (8x2)=(16) (8/25) x 100 [32%] 12 (12x3)=(36) (12/25) x 100 [48%] (25) (57) [100%] (20+32+48) (57/25) Min = 2.28 Saya dapat menulis karangan bahagian pendahuluan, isi penting, huraian dan contoh dengan baik 13 (13x1)=(13) (13/25) x 100 [52%] 9 (9x1)=(9) (9/25) x 100 [36%] 3 (3x3)=(9) (3/25) x 100 [12%] (25) (31) [100%] (52+40+8) (31/25) Min = 1.24 Jumlah 35 61 84 180 21
  • 22. Jadual 4 : Item 1 Soal Selidik Sebelum Tindakan Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Saya tahu jenis karangan berformat dan tidak berformat 5 (5x1)=(5) (5/25) x 100 [20%] 10 (10x2)=(20) (10/25) x 100 [40%] 10 (10x3)=(30) (10/25) x 100 [40%] (25) (55) [100%] (20+40+40) (55/25) Min = 2.2 Rajah 5 : Analisis Item 1 Soal Selidik Sebelum Tindakan Item soalan yang pertama berkaitan tahap pengetahuan murid tentang karangan berformat. Hasil analisis menunjukkan 5 orang murid iaitu 20 22
  • 23. peratus menjawab sangat tidak setuju, 10 orang murid iaitu 40 peratus menjawab tidak setuju dan 10 orang murid lagi iaitu 40 peratus menjawab kurang setuju. Min untuk item soal selidik yang pertama ialah 2.2. Perkara ini menunjukkan murid tidak mengetahui jenis karangan berformat dan tidak berformat dengan baik. Jadual 5 : Analisis Item 2 Soal Selidik Sebelum Tindakan Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Saya tahu format penulisan surat kiriman tidak rasmi 12 (12x1)=(12) (12/25) x 100 [48%] 8 (8x2)=(16) (8/25) x 100 [32%] 5 (5x3)=(9) (5/25) x 100 [20%] (25) (37) [100%] (48+32+20) (37/25) Min = 1.48 23
  • 24. Rajah 6 : Analisis Item 2 Soal Selidik Sebelum Tindakan Item soalan kedua berkaitan pengetahuan murid tentang format surat kiriman tidak rasmi. Berdasarkan analisis item kedua soal selidik, terdapat 12 orang murid iaitu 48 peratus menjawab sangat tidak setuju, 8 orang murid iaitu 32 peratus menjawab tidak setuju dan 5 orang murid iaitu 20 peratus menjawab kurang setuju. Min untuk item soal selidik kedua ialah 1.48. Bilangan murid seramai 12 orang yang menjawab sangat tidak setuju menunjukkan bahawa murid-murid tidak mengetahui format surat kiriman tidak rasmi. Jadual 6: Analisis Item 3 Soal Selidik Sebelum Tindakan 24 Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Saya suka menulis karangan surat kiriman tidak rasmi 5 (5x1)=(5) (5/25) x 100 [20%] 8 (8x2)=(16) (8/25) x 100 [32%] 12 (12x3)=(36) (12/25) x 100 [48%] (25) (57) [100%] (20+32+48) (57/25) Min = 2.28
  • 25. Rajah 7 : Analisis Item 3 Soal Selidik Sebelum Tindakan Item soalan ketiga berkaitan pengetahuan murid tentang format surat kriman tidak rasmi. Berdasarkan analisis item soalan ketiga soal selidik, terdapat 5 orang murid iaitu 20 peratus yang menjawab sangat tidak setuju, 8 orang murid iaitu 32 peratus menjawab tidak setuju dan 12 orang murid iaitu 48 peratus menjawab kurang setuju. Min untuk item soal selidik ketiga ialah 2.28. Bilangan murid yang menjawab tidak setuju adalah seramai 5 orang. Ini menunjukkan bahawa 25 Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Saya dapat menulis karangan bahagian pendahuluan, isi penting, huraian dan contoh dengan baik 13 (13x1)=(13) (13/25) x 100 [52%] 9 (9x1)=(9) (9/25) x 100 [36%] 3 (3x3)=(9) (3/25) x 100 [12%] (25) (31) [100%] (52+40+8) (31/25) Min = 1.24
  • 26. murid tersebut tidak suka menulis surat kiriman tidak rasmi. Faktor ini menyebabkan murid tidak tahu dan tidak berminat untuk menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang betul. Jadual 7: Analisis Item 4 Soal Selidik Sebelum Tindakan Rajah 8: Analisis Item 4 Soal Selidik Sebelum Tindakan Item soal selidik keempat berkaitan kemahiran menulis bahagian pendahuluan, isi penting, huraian dan contoh. Berdasarkan analisis item keempat soal selidik, terdapat 13 orang murid (52 peratus) sangat tidak setuju, 9 orang murid (36 peratus) tidak setuju dan 3 orang murid (12 peratus) kurang setuju. Min untuk item soal selidik keempat ialah 1.24. Bilangan murid yang menjawab tidak setuju adalah seramai 13 orang. Perkara ini menunjukkan 26
  • 27. bahawa murid tidak dapat menguasai penulisan bahagian pendahuluan, isi penting, huraian dan contoh dengan baik. Berdasarkan analisis yang dijalankan dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan soal selidik, masalah yang dihadapi oleh murid ialah tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang betul. 2.2 Tinjauan Literatur Kajian ini adalah mengenai peningkatan penguasaan murid dalam penulisan karangan SKTR dengan menggunakan rumus atau formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang saya jalankan seperti teori-teori dan kajian terdahulu berdasarkan tinjauan literatur yang telah saya jalankan melibatkan pembacaan buku-buku, jurnal, kertas kerja, artikel serta bahan-bahan bacaan lain yang bersifat akademik. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kemahiran lisan dan membaca. Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1994), kemahiran menulis merupakan aktiviti yang terakhir dalam proses penguasaan bahasa. Juriah Long dan rakan-rakan (1990) pula menyatakan menulis merupakan satu proses 27
  • 28. untuk menyampaikan buah fikiran, idea ataupun pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak ataupun pembaca. Asmah Haji Omar (1983) menyatakan surat kiriman tidak rasmi merupakan surat yang menyentuh soal-soal berhubungan dengan peribadi yang ditulis secara bersahaja dan berlawanan dengan surat rasmi yang ditulis secara formal. Jenis-jenis SKTR menurut Asmah Haji Omar antaranya ialah surat kepada kawan, keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Juriah Long, Raminah Haji Sabran dan Safiah Hamid (1990) menjelaskan latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk kelaziman yang betul bagi mengukuhkan struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid. Latihan yang bertujuan membentuk kelaziman dapat meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran atau konsep yang dipelajari. Menurut Khalid Mohamed Nor (1993), lebih kerap pengulangan maka akan lebih kuat ingatan. Ingatan memerlukan pengulangan kerana manusia sentiasa lupa dengan masa. Pengulangan pembelajaran akan membantu meningkatkan daya ingatan. Kamarudin Hj Husin (1979:149) menyatakan proses pengulangan akan meningkatkan tahap ingatan dengan lebih baik. Oleh itu, pemilihan kaedah 28
  • 29. latih tubi untuk meningkatkan tahap ingatan murid berkaitan format penulisan surat kiriman tidak rasmi dilihat begitu tepat. Kaedah ini dilaksanakan dengan melibatkan penggunaan model surat kiriman tidak rasmi yang berbeza. Raja Mukhtarudin (1977) pula berpendapat latih tubi menulis karangan dapat membantu murid-murid mengembangkan idea di samping dapat memantapkan penguasaan sistem bahasa, format dan struktur ayat yang akhirnya membolehkan murid menulis karangan dengan baik. Menurut F. L Thorndike seperti yang dinyatakan oleh Ee Ah Meng (2003), pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Pembelajaran hendaklah disusuli dengan latihan dan ulangan. Hukum latihan Thorndike menegaskan bahawa semakin kerap sesuatu ransangan dan gerak balas diulangi, semakin kuat pertalian yang wujud antara ransangan dan gerak balas. Perkara ini menyokong pengaplikasian latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan Latih tubi merupakan satu teknik mengajar dengan mengulang-ulang fakta atau sesuatu kemahiran yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu terutamanya format dengan 29
  • 30. penggunaan formula. Tujuan latih tubi ini adalah untuk menjadikan apa sahaja yang dipelajari kekal dalam ingatan. (Hanidah Ahmad, 2009) Seri Ayu Bt Idris (2002) dalam kajiannya yang bertajuk analisis kesalahan dalam penulisan surat kiriman menyatakan kemahiran menulis terutamanya dalam surat-menyurat adalah amat penting. Ini kerana penulisan surat kiriman merupakan salah satu saluran penting yang digunakan dalam membuat perhubungan dan sesuatu perhubungan yang dibuat itu sudah semestinya mempunyai sebab dan tujuan yang tertentu. Jamisah Bt Ali (2001) dalam kajiannya iaitu analisis kesalahan dalam penulisan surat kiriman dalam kalangan murid di sebuah sekolah mendapati bahawa hampir keseluruhan murid menghadapi masalah dalam mengingat format surat kiriman. Hasil kajian ini mendapati pengaplikasian formula atau singkatan perkataan dapat membantu murid mengingat format. Kajian Noor Kamila (1999) satu analisis kesilapan bahasa dan format dalam penulisan karangan di kalangan murid tahun empat sekolah rendah mendapati kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh murid ialah kesalahan dari segi bahasa dan format. Maka, melalui kajian ini satu cadangan mengatasi 30
  • 31. kesalahan tersebut adalah dengan melakukan latih tubi. Ini kerana latih tubi menulis karangan dapat memantapkan penguasaan sistem bahasa, format dan struktur ayat serta pada masa sama dapat memastikan murid menulis karangan dengan baik dan betul. Kajian Rafeah Ahmad (2003), mengatasi masalah memahami format surat kiriman rasmi dan tidak rasmi dalam karangan bahasa Melayu dengan pendekatan latih tubi. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah latih tubi membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan format surat kiriman. Kajian berkenaan ASIDIBAMBI oleh Mashudi Bahari 31
  • 32. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan Bahagian B. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat mengingati format penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI. 3.2.2 Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. 3.3 Soalan Kajian 3.3.1 Dapatkah penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul? 32
  • 33. 3.3.2 Dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi membantu murid meningkatkan pencapaian dalam karangan surat kiriman tidak rasmi? 33
  • 34. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini hanya melibatkan seramai 25 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, Selangor sebagai sampel kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Daripada sampel kajian ini, 22 orang murid berbangsa Melayu manakala selebihnya iaitu 3 orang merupakan murid dari kaum Orang Asli. Pencapaian akademik murid di kelas ini berada pada tahap sederhana dalam subjek bahasa Melayu. Seramai 7 orang murid mendapat gred E, 13 orang mendapat gred D dan 5 orang murid mendapat gred C bagi penulisan dalam Ujian bahasa Melayu Bulan Mac yang telah dijalankan. 34
  • 35. 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) Pelaksanaan kajian tindakan ini berpandukan kepada konsep model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Rajah 9: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). 35 Mengenal pasti amalan Refleksi Pengajaran dan pembelajaran Tinjauan Awal Merancang Teknik dan kaedah yang digunakan Refleksi Proses refleksi berlaku selepas pengajaran dan pembelajaran, selepas tindakan dan sepanjang kajian dijalankan Melihat kesan tindakan Hasil analisis ujian awal dan akhir Hasil analisis dapatan soal selidik Tindakan Memperkenalkan formula ASIDIBAMBI Latihan selepas formula ASIDIBAMBI Latih tubi model surat kiriman tidak rasmi Latihan karangan selepas latih tubi model Kitaran 1 Kitaran 2
  • 36. Kajian tindakan akan dijalankan berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Terdapat lima peringkat dalam satu kitaran iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang, tindakan, melihat kesan tindakan dan refleksi. Selepas itu, proses yang sama akan berlaku untuk kitaran yang kedua dan seterusnya. Pada peringkat pertama iaitu mengenal pasti aspek amalan, refleksi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan kepada pengkaji untuk mengenal pasti kelemahan yang dihadapi oleh murid. Kelemahan atau masalah ini kemudiannya disahkan melalui tinjauan tindakan yang dijalankan. Pada peringkat tinjauan tindakan ini, beberapa instrumen diguna pakai seperti analisis dokumen, ujian, soal selidik dan temu bual. Penggunaan instrumen ini menjadi asas untuk menyokong masalah yang telah dikenal pasti. Peringkat kedua iaitu merancang, melibatkan pemilihan teknik dan kaedah yang sesuai sebagai cara intervensi untuk masalah yang dikesan. Peringkat ketiga berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) ialah peringkat tindakan. Pada peringkat ini, pengkaji akan melaksnakan 4 langkah dalam tempoh empat minggu sesi pengajaran dan pembelajaran. 36
  • 37. Pada peringkat keempat ialah proses melihat kesan tindakan. Pada peringkat ini guru akan menganalisis setiap data yang telah dikumpul berdasarkan instrumen. yang telah digunakan. Data-data yang telah dianalisis kemudian akan diterjemahkan ke dalam bentuk graf, carta pai dan jadual. Proses refleksi juga berlangsung sepanjang kajian ini dilaksanakan. Proses refleksi pada peringkat ini akan dapat membantu guru untuk melihat sama ada langkah dan perancangan yang dilakukan betul dan selain itu turut membantu guru untuk mengenal pasti masalah dan merancang kitaran kedua kajian. Peringkat yang terakhir ialah refleksi. Proses refleksi akan berlangsung sepanjang kajian ini dilaksanakan. Refleksi akan membantu pengkaji untuk peka terhadap sebarang perubahan proses kajian yang dijalankan. 37
  • 38. 5.2 Prosedur Tindakan Terdapat empat langkah yang akan dilaksanakan untuk kajian tindakan ini. Langkah-langkah tindakan yang akan dijalankan ditunjukkan dalam jadual seperti di bawah. Jadual 8 : Prosedur Tindakan 38 Bil. Langkah Tindakan 1. Langkah 1 Memperkenalkan formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi 2. Langkah 2 Latihan selepas formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat Kiriman tidak rasmi 3. Langkah 3 Aktiviti latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi 4. Langkah 4 Latihan selepas latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi
  • 39. 5.2.1 Formula ASIDIBAMBI Surat Kiriman Tidak Rasmi - Guru akan memperkenalkan formula ASIDIBAMBI kepada murid dengan tujuan untuk membantu murid mengingat format penulisan surat kiriman tidak rasmi dan menulis karangan dengan baik. Murid kemudian akan diberi masa untuk mengingat format berdasarkan formula ini. Satu latihan mengingat format dengan teknik ini akan dijalankan. Kata kunci seperti alamat, tarikh, kata penghadap, kata panggilan, isi, penutup akan turut diperkenalkan kepada murid. Sila rujuk lampiran K. 5.2.2 Latihan Selepas Formula ASIDIBAMBI Surat Kiriman Tidak Rasmi - Selepas pengajaran formula ASIDIBAMBI, satu latihan akan dijalankan. Murid akan diberikan lembaran soalan karangan. Murid diminta untuk mengaplikasikan formula yang telah diajar dalam menjawab soalan karangan surat kiriman tidak rasmi ini nanti. 39
  • 40. 5.2.3 Latih Tubi Model Surat Kiriman Tidak Rasmi - Kaedah latih tubi ini diajar kepada murid-murid. Setiap murid akan diberikan dua model karangan surat kiriman tidak rasmi. Murid- murid akan diminta untuk menyalin semula model surat kiriman tersebut ke dalam lembaran kerja kosong yang akan diberikan. Aktiviti latih tubi ini akan dijalankan pada waktu yang berbeza. 5.2.4 Latihan Selepas Latih Tubi Model Surat Kiriman Tidak Rasmi - Latihan ini dilaksanakan selepas murid menyalin kedua-dua model karangan. Namun begitu, bagi latihan yang dijalankan selepas menyalin model karangan ini, murid-murid tidak akan dibenarkan untuk merujuk model karangan yang telah diberikan. Penandaan latihan surat kiriman ini berdasarkan skema pemarkahan UPSR yang sebenar. Standard pemarkahan selaras dengan sistem pemarkahan sebenar. Masa yang diberikan kepada setiap murid sama seperti masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan karangan Bahagian B iaitu 40 minit. 40
  • 41. 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA Proses yang penting dalam sesuatu kajian tindakan ialah cara pengumpulan data. Cara pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan instrumen analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan ujian. Pengumpulan data ini dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan. 6.1 Analisis Dokumen • Analisis dokumen merupakan satu daripada cara pengumpulan data yang dipilih. Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji serta sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Dokumen yang dianalisis ialah kertas Ujian Bulan Mac 2012, latihan karangan, latihan selepas pengajaran formula ASIDIBAMBI dan latihan selepas latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi. Skema pemarkahan untuk penulisan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk dalam lampiran E. Skema pemarkahan ini juga turut digunakan untuk penyemakan semua latihan karangan dan ujian. 41
  • 42. 6.2 Soal Selidik • Soal selidik merupakan satu daripada instrumen yang digunakan untuk mengumpul data. Soalan soal selidik disediakan berkaitan fokus kajian dan keberkesanan kaedah yang digunakan. Borang soal selidik diberikan kepada responden sebelum dan selepas kajian dijalankan. Terdapat dua borang soal selidik yang diberikan kepada murid. Borang soal selidik yang pertama berkaitan maklumat demografi dan pengetahuan dan pengalaman murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Borang soal selidik yang kedua berkaitan pandangan murid terhadap pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi. Skala pengukuran yang digunakan untuk item soalan borang soal selidik ialah skala likert. Skala likert 5 poin digunakan dengan skala 5 ialah sangat setuju, skala 4 setuju, skala 3 tidak pasti, skala 2 tidak setuju dan skala 1 sangat tidak setuju. Data hasil daripada soal selidik ini akan dianalisis dengan menggunakan jadual, kekerapan dan min. Contoh borang soal selidik boleh dilihat dengan merujuk kepada lampiran G. 42
  • 43. 6.3 Temu bual • Temu bual merupakan perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan interaksi bersemuka antara penemu bual dan responden. Penyelidik telah memilih temu bual secara bersemuka dengan menggunakan teknik temu bual berstruktur. Temu bual berstruktur merupakan temu bual yang dijalankan secara formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu dijawab ( Chua Yan Piaw, 2006). Aktiviti temu bual ini dilaksanakan selepas ujian surat kiriman tidak rasmi awal dan akhir untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh responden. Temu bual ini juga dibuat untuk menyokong dapatan data ujian surat kiriman tidak rasmi awal dan akhir. 43
  • 44. 6.4 Ujian • Ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan pemahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Bagi tujuan kajian ini, terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah yang telah digunakan dan membuat perbandingan sebelum dan selepas sesuatu intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian surat kiriman tidak rasmi akhir menunjukkan peningkatan berbanding ujian surat kiriman tidak rasmi akhir, maka objektif kajian tercapai. Skema pemarkahan yang digunakan sama seperti untuk analisis dokumen. Markah akan diberi dalam bentuk peratus dan gred dan keputusan akan dipersembahkan dalam bentuk graf bar. Perbandingan markah ujian awal dan ujian akhir akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. 44
  • 45. 6.4.1 Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dijalankan untuk menguji murid tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dijalankan sebelum murid dirawat dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Tujuan ujian awal ini dijalankan adalah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang ketara ataupun tidak sekiranya keputusan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dibandingkan dengan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir. 6.4.2 Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir dijalankan setelah semua murid diajarkan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Ujian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran formula ASIDIBAMBI dan dan latih tubi model terhadap murid. Keputusan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir akan dibandingkan untuk melihat perubahan pencapaian dan prestasi murid. Sekiranya wujud perubahan yang ketara dalam 45
  • 46. peningkatan kemahiran murid, formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model ini dianggap berjaya membantu murid menguasai aspek bahasa dan format dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. 46
  • 47. 7.0 ANALISIS DATA Bahagian ini membincangkan hasil dapatan berdasarkan instrumen kajian yang digunakan. Analisis data setiap instrumen dijalankan untuk menjawab setiap soalan kajian. 7.1 Analisis Dokumen Analisis dokumen merupakan salah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul data. Dokumen yang dianalisis ialah latihan karangan surat kiriman tidak rasmi, latihan selepas pengenalan formula ASIDIBAMBI dan latihan selepas latih tubi model surat kiriman tidak rasmi. Instrumen ini melibatkan murid seramai 25 orang yang berperanan sebagai responden. Instrumen ini digunakan untuk menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua. Analisis dokumen yang pertama ialah latihan karangan surat kirman tidak rasmi. Skor markah murid dalam bentuk skor pencapaian cemerlang, baik, memeuaskan dan pencapaian tahap minimum. 47
  • 48. Jadual 9 : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Kekerapan Peratus (24-30) Cemerlang 0 0% (17-23) Baik 3 12% (11-16) Memuaskan 8 32% (0-10) Pencapaian Tahap Minimum 14 56% Berdasarkan jadual 9 di atas, tiada murid yang berjaya mendapat markah cemerlang. Seramai 3 orang murid mendapat markah baik diikuti 8 orang murid mendapat markah memuaskan. Jadual di atas juga menunjukkan bahawa seramai 14 orang murid memperoleh markah pencapaian tahap minimum. Data yang diperoleh ini kemudian dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai seperti di bawah. 48
  • 49. Rajah 10 : Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Rajah 11 : Peratus Skor Pencapaian Murid Dalam Latihan SKTR 49
  • 50. Berdasarkan rajah analisis latihan surat kiriman tidak rasmi di atas, didapati sebanyak 12 peratus murid berjaya memperoleh skor baik manakala sebanyak 32 peratus murid mendapat skor memuaskan. Sebanyak 56 peratus murid pula mendapat skor pencapaian tahap minimum. Latihan ini dijalankan kepada murid sebelum tindakan intervensi dengan penggunaan formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model. Dokumen kedua yang digunakan ialah latihan karangan surat kiriman tidak rasmi selepas diperkenalkan formula ASIDIBAMBI. Latihan ini diberikan untuk melihat tahap pencapaian dan keberkesanan penggunaan formula ASIDIBAMBI. Jadual 10 : Analisis Markah Latihan SKTR Selepas FormulaASIDIBAMBI Markah Latihan SKTR Selepas Formula ASIDIBAMBI Kekerapan Peratus (24-30) Cemerlang 0 0% (17-23) Baik 5 20% (11-16) Memuaskan 11 44% (0-10) Pencapaian Tahap Minimum 9 36% 50
  • 51. Berdasarkan jadual di atas terdapat 5orang murid mendapat skor baik, 11 orang murid mendapat skor markah memuaskan dan 3 orang murid mendapat markah pencapaian tahap minimum. Data ini juga dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai. Rajah 12 : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Formula ASIDIBAMBI 51
  • 52. Rajah 13: Carta Pai Analisis Latihan SKTR Selepas Formula ASIDIBAMBI Berdasarkan carta pai analisis latihan surat kiriman tidak rasmi selepas formula ASIDIBAMBI di atas menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian dalam kalangan murid apabila 20 peratus murid mendapat skor baik dalam latihan yang diberikan manakala sebanyak 44 peratus mendapat skor memuaskan. Berlaku penurunan dalam peratusan skor pencapaian minimum apabila sebanyak 44 peratus sahaja murid mendapat skor minimum berbanding 56 peratus sebelum ini. 52
  • 53. Latihan ini merupakan latihan yang pertama dijalankan dengan melibatkan pengenalan dan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Skema pemarkahan latihan karangan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk dalam lampiran E. Dokumen ketiga ialah latihan surat kiriman tidak rasmi selepas latih tubi model. Latihan ini diberikan kepada murid selepas latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan sebanyak dua kali dengan menggunakan model karangan surat kiriman tidak rasmi yang berbeza. Latihan ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan latih tubi yang dijalankan dan membuat perbandingan dengan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI. Jadual : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih Tubi Model. Jadual 11: Analisis Markah Latihan SKTR Selepas Latih Tubi Model Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih Tubi Model Kekerapan Peratus (24-30) Cemerlang 3 12% (17-23) Baik 10 40% (11-16) Memuaskan 12 48% (0-10) Pencapaian Tahap Minimum 0 0% 53
  • 54. Berdasarkan jadual di atas terdapat 3 orang murid mendapat skor cemerlang, 10 orang murid mendapat skor baik dan 12 orang mendapat skor memuaskan. Berlaku peningkatan apabila tiada murid yang mendapat skor pencapaian tahap minimum. Data-data dari jadual di atas dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai. Rajah 14 : Graf Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih Tubi Model 54
  • 55. Carta pai di atas menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 12 peratus murid mendapat skor cemerlang, 40 peratus skor baik dan sebanyak 48 peratus skor memuaskan. Peningkatan berlaku apabila tiada murid yang mendapat skor pencapaian tahap minimum. Skema pemarkahan boleh dirujuk dalam lampiran XX.Rajah di bawah ini pula menunjukkan perbandingan pencapaian mengikut jenis latihan surat kiriman tidak rasmi yang telah dijalankan. 55 Rajah 15 : Carta Pai Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih Tubi Model Rajah 16 : Graf Analisis Perbandingan Pencapaian Latihan SKTR
  • 56. Berdasarkan graf perbandingan di atas, terdapat peningkatan yang dapat dilihat selepas setiap intervensi dijalankan. Kekerapan murid yang mendapat pencapaian tahap minimum dapat dikurangkan selepas pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan tiada murid mendapat pencapaian tahap minimum selepas latih tubi model dijalankan. Latihan awal yang dijalankan menunjukkan tiada murid yang mendapat skor pencapaian cemerlang. Latihan yang dijalankan selepas pengaplikasian formula ASIDIBAMBI menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan murid yang mendapat skor baik dan memuaskan. Peningkatan terus ditunjukkan selepas latih tubi model apabila seramai tiga orang murid berjaya mendapat skor cemerlang dan sepuluh orang murid mendapat skor baik. Bilangan murid mendapat skor memuaskan bertambah berbanding sebelumnya menjadi dua belas orang dan menunjukkan satu kejayaan apabila tiada murid yang memperoleh skor pencapaian tahap minimum. 7.2 Soal Selidik 56
  • 57. Soal selidik ini melibatkan tiga bahagian iaitu berkaitan maklumat demografi, soalan sebelum tindakan dan soalan selepas tindakan. Hasil maklumat demografi boleh dirujuk dalam jadual 2 dan hasil analisis soal selidik sebelum tindakan boleh dirujuk dalam jadual 3. Analisis item soal selidik selepas tindakan adalah seperti dalam jadual 12. Jadual 12: Analisis Item Soalan Selepas Tindakan Item Soalan Sanga t Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam SKTR mudah difahami 2 (2x3)=(6) (2/25) x 100 [8%] 6 (6x4)=(24) (6/25) x 100 [24%] 17 (17x5)=(85) (17/25) x 100 [68%] (25) (115) [100%] (8+24+68) (115/25) Min = 4.6 Formula ASIDIBAMBI membantu saya mengingat format tersebut 1 (1x2)=(2) (1/25) x 100 [4%] 3 (3x3)=(9) (3/25) x 100 [12%] 2 (2x4)=(8) (2/25) x 100 [8%] 19 (19x5)=(95) (19/25)x 100 [76%] (25) (114) [100%] (4+12+8) (114/25) Min = 4.6 Saya dapat menulis SKTR dengan format yang betul 6 (6x3)=(18) (6/25) x 100 2 (2x4)=(8) (2/25) x 100 17 (17x5)=(85) (17/25)x 100 [68%] (25) (111) [100%] (8+24+68) 57
  • 58. [24%] [8%] (111/25) Min = 4.4 Formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model melatih saya menulis SKTR dengan menggunakan format yang betul 2 (2x3)=(6) (2/25) x 100 [8%] 3 (3x4)=(12) (3/25) x 100 [12%] 20 (20x5)=(100) (20/25) x 100 [80%] (25) (118) [100%] (8+12+80) (118/25) Min = 4.7 Jumlah 2 39 52 365 458 Hasil dapatan soal selidik ini menunjukkan maklum balas daripada murid mengenai keberkesanan dan kesusaian tindakan yang dijalankan. Perkara ini dapat membantu untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Penjelasan bagi setiap item soalan soal selidik adalah seperti berikut Jadual 13 : Analisis Item 1 Soal Selidik Selepas Tindakan Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min 58
  • 59. (1) (2) (3) (4) (5) Penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam SKTR mudah difahami 2 (2x3)=(6) (2/25) x 100 [8%] 6 (6x4)=(24) (6/25) x 100 [24%] 17 (17x5)=(85) (17/25) x 100 [68%] (25) (115) [100%] (8+24+68) (115/25) Min = 4.6 Rajah 17 : Analisis Item 1 Soal Selidik Selepas Tindakan Item soalan pertama berkaitan Formula ASIDIBAMBI dalam SKTR mudah difahami. Berdasarkan analisis item pertama soal selidik, terdapat 2 59
  • 60. orang murid ( 8 peartus) yang kurang setuju, 6 orang murid (24 peratus) setuju dan seramai 17 orang (68 peratus) setuju. Perkara ini menunjukkan bahawa formula ASIDIBAMBI mudah difahami. Min bagi item soalan yang pertama ialah 4.6. Item soalan pertama ini berkait rapat dengan masa yang diberikan kepada setiap murid untuk mengingati dan memahami penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam SKTR. Jadual 14 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan Item Soalan Sanga t Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) 60
  • 61. Formula ASIDIBAMBI membantu saya mengingat format tersebut 1 (1x2)=(2) (1/25) x 100 [4%] 3 (3x3)=(9) (3/25) x 100 [12%] 2 (2x4)=(8) (2/25) x 100 [8%] 19 (19x5)=(95) (19/25)x 100 [76%] (25) (114) [100%] (4+12+8) (114/25) Min = 4.6 Rajah 18 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan Item soalan kedua berkaitan penggunaan formula ASIDIBAMBI dapat membantu murid mengingat format. Berdasarkan analisis item kedua soal selidik, terdapat seorang murid (4 peratus) yang tidak setuju, 3 orang murid (12 peratus) kurang setuju dan 2 orang murid (8 peratus) yang setuju manakala seramai 19 orang murid ( 76 peratus ) sangat setuju bahawa formula 61
  • 62. ASIDIBAMBI membantu mereka mengingat format SKTR. Ini membuktikan penggunaan formula ASIDIBAMBI berkesan dan berjaya. Jadual 15 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan Item Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Saya dapat menulis SKTR dengan format yang betul 6 (6x3)=(18) (6/25) x 100 [24%] 2 (2x4)=(8) (2/25) x 100 [8%] 17 (17x5)=(85) (17/25)x 100 [68%] (25) (111) [100%] (8+24+68) (111/25) Min = 4.4 62
  • 63. Rajah 19 : Analisis Item 3 Soal Selidik Selepas Tindakan Item soalan ketiga berkaitan kemahiran menulis bahagian alamat, tarikh, kata penghadap, kata panggilan, isis dan penutup serta tandatangan penulis SKTR. Berdasarkan analisis item ketiga soal selidik, terdapat seramai 6 orang murid ( 24 peratus) yang kurang setuju, 2 orang murid (8 peratus) yang setuju dan seramai 17 orang (68 peratus) murid yang sangat setuju bahawa mereka dapat menulis dengan format yang betul selepas melakukan beberapa intervensi iaitu latihan ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Jadual 16 : Analisis Item 4 Soal Selidik Selepas Tindakan 63
  • 64. 64 Item Soalan Sanga t Tidak Setuju Tidak Setuj u Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah Skor & Min (1) (2) (3) (4) (5) Formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model melatih saya menulis SKTR dengan menggunakan format yang betul 2 (2x3)=(6) (2/25) x 100 [8%] 3 (3x4)=(12) (3/25) x 100 [12%] 20 (20x5)=(100) (20/25) x 100 [80%] (25) (118) [100%] (8+12+80) (118/25) Min = 4.7
  • 65. Rajah 20: Analisis Item 4 Soal Selidik Selepas Tindakan Item soalan keempat ialah Formula ASIDIBAMBI dan Latih Tubi Model dapat melatih murid menulis SKTR dengan format yang betul. Berdasarkan analisis item soal selidik keempat seramai 2 orang murid (8 peratus) kurang bersetuju manakala 3 orang murid ( 12 peratus) setuju. Seramai 20 orang murid ( 80 peratus) pula menjawab sangat setuju. Perkara ini menunjukkan bahawa formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model berkesan dan berjaya melatih murid menulis SKTR dengan format yang betul dan baik. 7.3 Temu Bual Terdapat tiga soalan temu bual selepas tindakan. Analisis dapatan temu bual seperti dalam jadual 17, Jadual 18 dan Jadual 19. Transkripsi temu bual boleh dirujuk dalam Lampiran J. Jadual 17 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Pertama Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus (%) 1. Adakah formula ASIDIBAMBI Ya 15 64 Sedikit 7 28 Tidak 3 8 65
  • 66. membantu anda mengingat format SKTR? Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan pertama, terdapat 15 orang murid mengatakan ya, 7 orang murid mengatakan sedikit dan 3 orang murid mengatakan tidak. Perkara ini merujuk kepada penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam membantu murid mengingat format surat kiriman tidak rasmi. Jadual 18 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Kedua Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus (%) 2. Adakah masa yang diberikan untuk mengingat format SKTR mencukupi? Mencukupi 15 60 Kurang Mencukupi 5 20 Tidak Mencukupi 5 20 Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan kedua, terdapat 15 orang murid mengatakan mencukupi, 5 orang murid mengatakan kurang 66
  • 67. mencukupi dan 5 orang murid mengatakan tidak mencukupi. Perkara ini merujuk kepada masa yang diberikan untuk mengingati format SKTR. Hasil temu bual ini jelas menunjukkan bahawa masa tidak mencukupi bagi murid mengingat format menggunakan formula ASIDIBAMBI. Ini menyebabkan pencapaian murid dalam latihan selepas ASIDIBAMBI yang dijalankan kurang memberansangkan. Jadual 19 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Ketiga Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus (%) 3. Adakah latih tubi model SKTR dapat membantu murid meningkatkan tahap penulisan? Boleh 20 80 Sedikit 5 20 67
  • 68. Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan ketiga, terdapat 20 orang murid mengatakan boleh dan seramai 5 orang murid mengatakan sedikit. Perkara ini merujuk kepada penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam membantu murid mengingat format SKTR. 68
  • 69. 7.4 Ujian Ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data. Terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Analisis dokumen ini melibatkan 25 orang murid yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen ini digunakan untuk menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua. Analisis ujian ini menggunakan skor markah murid dalam bentuk skor pencapaian cemerlang, baik, memuaskan dan pencapaian tahap minimum. Jadual 20 : Analisis Markah Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi. Markah Ujian Awal SKTR Kekerapan Peratus (24-30) Cemerlang 0 0% (17-23) Baik 0 0% (11-16) Memuaskan 18 72% (0-10) Pencapaian Tahap Minimum 7 28% 69
  • 70. Berdasarkan jadual di atas, terdapat seramai 18 orang murid yang mendapat skor memuaskan dan seramai 7 orang murid mendapat skor pencapain tahap minimum. Tiada murid yang mendapat skor baik mahupun cemerlang. Perkara ini menunjukkan tahap penulisan surat kiriman tidak rasmi yang lemah. Data di atas dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai. Rajah 21: Graf Analisis Ujian Awal SKTR 70
  • 71. Rajah 22: Carta Pai Analisis Ujian Awal SKTR Berdasarkan carta pai di atas, analisis ujian awal SKTR menunjukkan terdapat 72 peratus murid mendapat skor memuaskan dan 28 peratus murid mendapat skor pencapaian tahap minimum. Jadual 21: Analisis Markah Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi Markah Ujian Akhir SKTR Kekerapan Peratus (24-30) Cemerlang 4 16% (17-23) Baik 7 28% (11-16) Memuaskan 14 56% (0-10) Pencapaian Tahap Minimum 0 0% 71
  • 72. Berdasarkan jadual di atas, terdapat seramai empat orang murid mendapat skor cemerlang dalam ujian akhir yang dijalankan manakala seramai tujuh orang murid mendapat skor baik. Bilangan murid yang mendapat skor memuaskan pula adalah seramai empat belas orang murid. Data di atas dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai. Rajah 23 : Analisis Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi 72
  • 73. Rajah 24: Carta Pai Analisis Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi Berdasarkan rajah di atas, analisis ujian akhir SKTR menunjukkan 16 peratus murid mendapat skor cemerlang diikuti 28 peratus untuk skor baik. Sebanyak 56 peratus murid pula memperoleh skor memuaskan. 73 Rajah 25 : Analisis Dapatan Ujian
  • 74. Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Skema penandaan berdasarkan Manual Garis Panduan Memeriksa Kertas 012 Format Baharu Penulisan UPSR. Ujian Awal SKTR menunjukkan seramai 18 orang murid mendapat skor memuaskan dan 7 orang murid mencapai skor pencapaian tahap minimum. Berdasarkan graf analisis dapatan kajian ini berlaku peningkatan dalam Ujian Akhir SKTR apabila terdapat 4 orang murid mencapai skor cemerlang, 7 orang tahap baik dan 14 orang tahap memuaskan. Melalui graf analisis ini jelas menunjukkan wujudnya peningkatan pencapaian dalam kalangan murid apabila 4 orang murid mencapai tahap cemerlang dan 7 orang tahap baik. Ujian Akhir SKTR juga menunjukkan tiada murid mendapat pencapaian tahap minimum seperti ujian awal. Kesimpulannya, hasil analisis data setiap instrumen membuktikan penggunaan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu murid menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul dan membantu murid menghuraikan setiap perenggan karangan dengan baik. 74
  • 75. 8.0 RUMUSAN SELEPAS DAPATAN Bahagian ini membincangkan ringkasan, keputusan, perbincangan dapatan kajiandan rumusan keseluruhan kajian. 8.1 Ringkasan Kajian Tajuk kajian penyelidikan tindakan yang dijalankan ialah peningkatan penguasaan penulisan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Kajian ini dijalankan terhadap murid Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada kemahiran menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi. Karangan jenis surat kiriman rasmi merupakan satu daripada karangan pilihan Bahagian B Penulisan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bahagian B ini memberi wajaran 30 markah atau 50 peratus dalam Bahasa Melayu penulisan. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan bahagian ini ialah 40 minit. Berdasarkan refleksi pengajaran yang lalu, isu kajian yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat menulis karangan kerana tidak dapat mengingat format. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat 75
  • 76. format surat kiriman tidak rasmi dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam penulisan surat kiriman. Teknik yang diguna pakai ialah pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum kajian adalah bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan Bahagian B. Terdapat dua objektif khusus dalam kajian ini. Objektif yang pertama ialah murid dapat mengingati format penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI. Objektif khusus yang kedua ialah meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Prosedur tindakan melibatkan empat langkah yang utama iaitu memperkenalkan formula ASIDIBAMBI, latihan selepas formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, aktiviti latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi dan latihan selepas latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi. Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi 76
  • 77. dijalankan sebelum intervensi dijalankan dan Ujian Akhir Surat Kiriman Rasmi dijalankan selepas intervensi. Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini ialah analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan ujian. Instrumen yang digunakan ini dapat membantu untuk menjawab soalan kajian dan seterusnya melihat keberkesanan formula dan kaedah yang telah dipilih. Terdapat dua ujian iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Rasmi. Soal selidik diberikan kepada murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Manakala temu bual dijalankan selepas tindakan. 77
  • 78. 8.2 Keputusan dan Perbincangan Dapatan Kajian Soalan pertama kajian ialah dapatkah penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul? Terdapat dua instrumen yang digunakan untuk menjawab soalan ini iaitu analisis dokumen dan soal selidik Berdasarkan hasil analisis latihan menunjukkan terdapat 14 orang murid memperoleh pencapaian tahap minimum, 8 orang murid mendapat pencapaian tahap memuaskan dan 3 orang murid mendapat pencapaian tahap baik. Hasil analisis latihan yang dijalankan selepas pengaplikasian formula ASIDIBAMBI menunjukkan peningkatan. Terdapat 9 orang murid mencapai tahap pencapaian minimum, 11 orang murid mencapai tahap memuaskan dan seramai 5 orang murid mendapat pencapaian tahap baik. Seterusnya, hasil analisis latihan surat kiriman tidak rasmi selepas latih tubi model dijalankan menunjukkan peningkatan dengan seramai 3 orang murid memperoleh pencapaian tahap cemerlang, 10 orang murid tahap baik dan 12 orang murid tahap memuaskan. Tiada murid yang memperoleh pencapaian tahap minimum. Hasil analisis dokumen latihan selepas pengaplikasian formula ASIDIBAMBI ini menjawab soalan kajian yang pertama. Walaupun peningkatan tidak begitu ketara, murid yang mendapat pencapaian tahap minimum berjaya dikurangkan iaitu 14 orang ke 9 orang murid sahaja. 78
  • 79. Peningkatan ini bersesuaian dengan masa yang diberikan untuk mengingat formula ASIDIBAMBI. Batasan masa yang singkat serta tanpa penggunaan bahan multimedia seperti powerpoint, grafik, audia dan video membataskan ruang untuk murid mengingat dengan lebih baik. Perkara ini disokong dengan dapatan temu bual iaitu seramai 10 orang murid (50 peratus) kurang bersetuju dengan penggunaan formula ASIDIBAMBI kerana ruang masa yang diberikan untuk mengingat format SKTR berdasarkan formula tersebut tidak mencukupi. Soalan kedua kajian ialah dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi membantu murid meningkatkan pencapaian dalam karangan surat kiriman tidak rasmi? Instrumen yang digunakan untuk menjawab soalan kajian ini ialah ujian dan temu bual. Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Skema penandaan berdasarkan Panduan Pemarkahan Bengkel Penandaan Penulisan UPSR 2011. Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi menunjukkan 18 orang murid memperoleh pencapain tahap memuaskan dan 7 orang murid pencapaian tahap minimum. 79
  • 80. Dapatan kajian selepas pelaksanaan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi pula menunjukkan seramai 4 orang murid mendapat pencapaian tahap cemerlang, 7 orang murid mendapat pencapaian tahap baik dan 14 orang murid memperoleh pencapaian tahap minimum. Hasil dapatan ujian ini menjawab soalan kedua kajian berkaitan penggunaan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan dalam meningkatkan pencapaian murid. Dapatan kajian ini juga disokong oleh hasil analisis temu bual yang telah dijalankan ke atas responden. Terdapat seramai 20 orang murid (80 peratus) mengatakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan surat kiriman tidak rasmi. 80
  • 81. 8.3 Rumusan Kajian ini mendapati bahawa pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan SKTR. Dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan teknik latih tubi model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Hasil dapatan ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan Rafeah Ahmad (2003), Mengatasi Masalah Kurang Memahami Format Surat Kiriman Rasmi dan Tidak Rasmi dalam Karangan Bahasa Melayu Tahun 5 dengan Pendekatan Latih Tubi. Hasil kajian ini menunjukkan teknik latih tubi membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan format surat kiriman. 81
  • 82. 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Bahagian ini menerangkan cadangan kajian tindakan yang boleh dijalankan. Berdasarkan analisis pencapaian murid, prestasi murid dalam Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi mendapati terdapat 18 orang murid yang mendapat pencapaian memuaskan dan 5 orang murid mendapat markah pencapaian tahap minimum. Pencapaian murid dapat ditingkatkan berdasarkan keputusan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi apabila terdapat seramai 4 orang murid yang mendapat pencapaian cemerlang, 7 orang murid mendapat pencapaian baik dan 14 orang murid mendapat markah pencapaian memuaskan. Berdasarkan analisis ujian, tiada murid yang mendapat pencapaian tahap minimum dalam Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Kitaran kedua dirancang untuk meningkatkan tahap pencapaian murid. Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan masalah utama murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi ialah tidak dapat mengingat format dan tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang betul. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memperkenalkan formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model kepada murid-murid. 82
  • 83. Penambahbaikan yang boleh dirancang untuk kitaran kedua kajian ialah memberikan masa tambahan kepada murid untuk mengingat format surat kiriman tidak rasmi menerusi penggunaan formula ASIDIBAMBI iaitu ‘Apa’ mewakili alamat, ‘Siapa’ dan ‘Di mana’ mewakili nama penerima dan lokasi, ‘Bagaimana’ mewakili pertanyaan khabar, ‘Mengapa’ merujuk kepada tujuan penulis menulis surat dan ‘Bila’ mewakili harapan penulis untuk bertemu penerima surat dan kedudukan tandatangan penulis. Selain itu, pengulangan atau kekerapan penggunaan formula ini dapat membantu murid untuk mengingat format surat kiriman tidak rasmi dan pada masa yang sama membantu murid untuk menghurai setiap perenggan dalam karangan dengan baik. Penggunaan media teknologi seperti komputer yang melibatkan penggunaan persembahan multimedia melalui perisian mahupun powerpoint juga akan dapat menarik perhatian murid. Penggabungjalinan unsur audio, video, grafik dan animasi dalam proses mengajar formula ASIDIBAMBI ini akan dapat membantu murid mengingat pengaplikasiannya dalam SKTR dengan lebih cepat. Teknik latih tubi model surat kiriman tidak rasmi merupakan teknik yang dipilih dalam meningkatkan tahap pencapaian murid. Tempoh pelaksanaan ditambah kepada lima kali berbanding dua kali mengikut tahap 83
  • 84. pencapaian murid dalam surat kiriman tidak rasmi. Murid yang lemah perlu diberi latih tubi model secara berterusan untuk memastikan peningkatan pencapaian yang lebih baik. Latihan yang berterusan ini dapat mengukuhkan tahap kefahaman murid tersebut berkaitan format surat kiriman tidak rasmi. Setelah intervensi latih tubi model surat kiriman tidak rasmi dijalankan, latihan surat kiriman tidak rasmi perlu dijalankan. Latihan ini dijalankan bertujuan memantau peningkatan pencapaian murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Sekiranya murid telah mahir teknik latih tubi ini tidak perlu diteruskan dan boleh digantikan dengan latihan surat kiriman yang berterusan. Selain itu, penggunaan formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model ini juga boleh diaplikasikan dalam penulisan karangan berformat yang lain. 84
  • 85. 10.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, proses penyelidikan tindakan yang dijalankan dapat meningkatkan keyakinan diri seorang guru itu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan profesional guru. Guru juga dapat melatih diri membuat refleksi untuk mengenal pasti masalah yang berlaku sama ada daripada aspek pengajaran guru, penggunaan bahan, pemilihan strategi pengajaran dan sebagainya. Tambahan lagi berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model surat kiriman tidak rasmi ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi. Kaedah latih tubi yang dijalankan perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil pencapaian yang lebih baik. Oleh itu, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran karangan berformat yang lain. 85
  • 86. Selain itu, kajian tindakan ini memberi pendedahan kepada guru untuk membuat pemilihan bahan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas. Pemilihan bahan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik seterusnya meningkatkan pencapaian murid. Akhirnya, perkara ini menjadi amalan guru dan menyumbang kepada peningkatan tahap profesionalisme seorang guru dan profesion seterusnya memartabatkan bidang pendidikan. 86
  • 87. SENARAI RUJUKAN Buku Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2009). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1985). Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi : Bahasa Dalam Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman. (1986). Mengarang Sebagai Satu Kemahiran. Kuala Lumpur : Penerbitan Saujana Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan –Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.(Malaysia) Sdn. Bhd. Don Bryne. (1979). Teaching Writing Skills. London : Longman Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan- Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Juriah Long dan Rakan-rakan. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd. Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan ; Edisi Ketiga. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM. Khalid Mohamed Nor.(1993). Belajar Teknik Belajar. Selangor : PTS Mellenie Sdn. Bhd. Md. Ramli Sabran.(2011). Strategi Penulisan. Petaling Jaya : Mega Setia Emas Sdn. Bhd. Mohd. Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. Noriati A. Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Raminah Haji Sabran dan Rahiim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. 87
  • 88. Kertas Kerja Isahak Haron.(1978). ‘Ke Arah Pembinaan Satu “ Conseptual Framework” dalam Menulis dan Mengarang Sebagai Panduan Pengajaran dalam Pengajaran di Sekolah dalam Kertas Kerja: Bengkel Pengajaran Bahasa Malaysia Semasa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Tesis Hairudin Bin Mohd. Isa. (1999). Satu Analisis Kesilapan Penguasaan Bahasa dalam Penulisan Karangan di Kalangan Murid-murid Tahun 6. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jamisah Bt Ali. (2001) Analisis Kesalahan dalam Penulisan Surat Kiriman di Kalangan Murid Tingkatan 4. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Noor Kamila Bt Abdullah. (1999). Satu Analisis Kesilapan Bahasa dan Format dalam Penulisan Karangan di Kalangan Murid-murid Tahun 4 Sekolah Rendah. Tesis B. Ed Bahasa Melayu. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Raja Mukhtarudin Raja Md.Daim. (1979). Mengajar Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Latihan Ilmiah M. A, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Seri Ayu Bt Idris. (2002). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Surat Kiriman. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Laman Sesawang Halimatun Hilmi. (2010). Surat Kiriman Tidak Rasmi. Diperoleh daripada http://cikguhalimatun.blogspot.com/2010/01/surat-kiriman-tidak- rasmi.html Artikel Azmi Misron. (11 April 2006). Surat Kiriman Tidak Rasmi. Minda Pelajar. (BIL 622) 88