Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT 3
2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT 3
3.0 JENIS – J...
2
1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT
Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat pent...
3
Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah
penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian....
Publicité
Publicité
Publicité
Prochain SlideShare
Program kesihatan mulut
Program kesihatan mulut
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 15 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Diaporamas pour vous (20)

Similaire à Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah (20)

Publicité

Plus par Ahmad NazRi (20)

Publicité

Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah

  1. 1. KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT 3 2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT 3 3.0 JENIS – JENIS GIGI 5 4.0 JENIS PENYAKIT MULUT 6 4.1 Ulser dalam mulut. 7 4.2 Bengkak dalam mulut. 7 4.3 Kanser mulut. 7 5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 8 5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) 8 5.2 Punca utama radang pulpa 8 5.3 Rawatan sakit gigi. 10 6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 11 6.1 Pengenalan 11 6.2 Objektif program. 11 6.3 Sasaran 11 6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. 12 6.5 Ahli jawatankuasa 12 6.6 Tentatif program 13 7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK. 14 7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik. 14 7.2 Makan secara sihat. 14 7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala. 14 8.0 KESIMPULAN 15 BIBLIOGRAFI 16
  2. 2. 2 1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting. Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada murid- murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi. Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil. Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan Kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. 2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1985. Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
  3. 3. 3 Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. Perkhidmatan ini dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak dan Klinik Pergigian Bergerak. Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-sekolah khas. Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin mencabut gigi mereka. Perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah. Selain itu, perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada menjaga gigi dan mulut mereka. Klinik Pergigian Bergerak pula memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah yang mempunyai ruang terhad dengan membawa satu van atau lori yang telah diubahsuai dan dilengkapi alat-alat mudah alih untuk menjalankan pemeriksaan gigi. Klinik bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan untuk kanak-kanak memiliki gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.
  4. 4. 4 3.0 JENIS – JENIS GIGI Tanpa adanya gigi, manusia akan menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan yang dimakannya. Tugas gigi termasuk dalam sistem pencernaan. Manusia memiliki empat jenis gigi yang mempunyai tugas masing-masing iaitu : 1. Gigi seri ( Gigi kacip) Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lain. Cirinya berbentuk pipih dan tajam untuk menghiris makanan. 2. Gigi taring Gigi taring adalah gigi yang memiliki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lain. Hujungnya yang runcing untuk menghiris makanan. 3. Gigi pra-molar (geraham depan) Gigi graham kecil adalah gigi yang mempunyai dua akar yang berguna / berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya. Bentuknya berlekuk-lekuk berfungsi untuk mengiris dan melembutkan makanan. 4. Gigi molar (geraham belakang) Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya. Bentuknya berlekuk-lekuk berguna untuk melembutkan makanan. Jadual 1 : Jenis Gigi
  5. 5. 5 4.0 JENIS PENYAKIT MULUT Antara penyakit mulut yang biasa menyerang kanak-kanak ialah : Karies gigi (gigi belubang) Periodontal (gusi) Maloklusi (gigi tak teratur)  Hasil tindak balas antara plak dan gula menghasilkan toksin dan retakkan permukaan luar gigi(enamel)  Gigi berlubang dan karies gigi bermula Karies Gigi  Melibatkan gusi dan tisu yang menyokong gigi  Berpunca dari toksin yang dihasilkan oleh bakteria  Gusi kelihatan merah bengkak dan mudah berdarah Penyakit Gusi  Satu keadaan susunan gigi yg tidak teratur  Contoh  Gigi jongang  Gigi berlapis  Akibat tabiat buruk seperti hisap jari dan puting  Keturunan dan hilang gigi terlalu awal Gigi Tak Teratur Jadual 2 : Penyakit mulut kanak-kanak
  6. 6. 6 Antara penyakit lain yang menyerang mulut manusia jika tidak dijaga dengan baik ialah : 4.1 Ulser dalam mulut. Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser. Ulser boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:- 4.1.1 Ulser minor. 4.1.2 Ulser major 4.1.3 Ulser herpetiform 4.2 Bengkak dalam mulut. Keadaan ini merupakan perubahan luar biasa yang bertangkai atau tidak bertangkai. 4.2.1 Granuloma piogen 4.2.2 Granuloma periferi 4.2.3 Polip fibro-epitelium 4.2.4 Hiperplasiadentur 4.3 Kanser mulut. Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk makan, bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan. Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan lapisan luar mukosa mulut.
  7. 7. 7 5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama ada di rumah mahu pun ketika di sekolah. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi. Seperti mana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.Sakit gigi boleh bermula dengan tiba-tiba atau secara beransur-ansur, juga sakit sepanjang masa atau cuma sakit akibat stimulasi. Sebab utama sakit gigi terjadi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di mana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang. 5.2 Punca utama radang pulpa adalah: 1. Karies gigi. Karies gigi yang dibiarkan untuk tempoh panjang sehingga mencapai tahap kronik adalah sebab utama anda sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara enamel dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu atau sakit ketika anda mengambil minuman sejuk. Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa. Apabila karies tiba di pulpa, kuman mula memainkan peranannya; melakukan kemusnahan berganda. Pulpa yang terkesan teruk akibat karies ini akan mati, lalu kuman karies akan mengembara melalui saluran akar dan menyebabkan terjadinya abses (pembentukan nanah). Abses boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan sehinggalah rawatan yang sesuai diberikan.
  8. 8. 8 2. Gigi retak (cracked tooth). Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang kadang-kadang tidak kelihatan pada mata kasar. Jika doktor anda mengesyaki gigi anda sakit kerana retak, terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan keadaan ini. 3. Tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut. Setelah beberapa tahun, tampalan lama pada gigi mungkin akan mengalami sedikit kerosakan. Ia mungkin pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini boleh menyebabkan ‘kebocoran’ yang boleh membuka jalan kepada kuman untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan atau karies. 4. Gusi mengecut (receding gum). Akibat penyakit gusi kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi. Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais. Terdedahnya akar gigi juga bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan.. Selain itu, terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan sakit menyerupai sakit gigi walaupun gigi berkenaan sihat dan tiada radang pulpa, iaitu: 5. Abses pada gusi (periodontal and gingival abscess). Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau penyakit gusi kronik. Oleh kerana bengkak sering didapati berdekatan dengan gigi, kesakitan yang dialami boleh disalah tafsir sebagai sakit gigi. 6. Ulser pada gusi berdekatan gigi. Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu. Ketika gigi bongsu keluar, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.
  9. 9. 9 7. Sinusitis atau resdung. Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus (terutamanya maxillary sinus) dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh menyebabkan anda rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang. 8. Sakit pada sendi rahang (temporomandibular joint). Temporomandibular joint (TMJ) adalah sendi yang menghubungkan rahang bawah anda kepada tengkorak. Sekiranya TMJ mengalami trauma atau sebarang sindrom, sakit yang dirasai boleh mirip seperti sakit gigi. 5.3 Rawatan sakit gigi. Jenis rawatan untuk sakit gigi bergantung kepada penyebab sakit tersebut. Oleh yang demikian, doktor gigi anda akan memeriksa dan melakukan ujian seperti x- ray untuk mengesahkan punca kesakitan dan mencadangkan rawatan yang sesuai seperti tampalan, rawatan salur akar (root canal treatment) atau cabutan. Penggunaan ubat tahan sakit hanyalah penyelesaian sementara. Punca sakit gigi itu sendiri haus ditangani dan dihapuskan dengan rawatan spesifik yang akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh doktor gigi anda..Rawatan terbaik untuk sakit gigi adalah pencegahan. Kebanyakan punca yang telah dihuraikan secara ringkas di atas boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan mulut anda dengan baik dan lengkap setiap hari. Memberus gigi, flos, mengurangkan makanan dan minuman bergula serta berhenti merokok adalah cara terbaik untuk mencegah sakit gigi. Semuanya bermula daripada anda, dan sekarang masih tidak terlalu lewat untuk mengambil langkah pertama.
  10. 10. 10 6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 6.1 Pengenalan Program ini merupakan suatu program kesihatan yang memfokuskan kepada kesihatan pergigian murid-murid melalui pendedahan terhadap pencegahan kerosakan gigi dan demonstrasi kaedah menggosok gigi dengan betul yang akan disampaikan oleh jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Batu Arang yang telah dijemput khas oleh pihak sekolah.Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan gigi bagi setiap individu. Melalui tayangan video dan ceramah yang disampaikan, murid akan mendapat input berguna dan membina pengetahuan baru tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Selain itu, program ini juga dapat membantu murid-murid untuk membina gaya hidup yang sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul. Murid-murid dapat mengamalkan tabiat amalan hidup sihat dan menjaga kesihatan gigi mereka dengan baik. Murid-murid boleh membina semangat kerjasama sesama mereka dan saling membantu rakan-rakan untuk menggosok gigi dengan cara yang betul sewaktu demonstrasi menggosok gigi berlangsung.Di samping itu, program ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada guru-guru pelatih tentang cara untuk mengendalikan sesuatu program serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang suasana di sekolah. 6.2 Objektif program. Program ini mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai:  Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul kepada murid.  Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan gigi dalam kehidupan seharian.  Membantu murid membina gaya hidup yang sihat.  Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas. 6.3 Sasaran Semua murid Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor.
  11. 11. 11 6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. Tarikh : 5 Mei 2014 Hari : Selasa Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari Tempat : Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana ,Selangor. 6.5 Ahli jawatankuasa 6.5.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA PENGERUSI EN AZMAN BIN MOHD.ARIS (GB) TIMBALAN PENGERUSI PN HOO SIAW HUA (PK HEM) NAIB PENGERUSI (I) EN DZULKEFLI B HASHIM PENYELARAS EN MOHD GHAZALI BIN HAJI ANUAR SETIAUSAHA (I) AINNATUL AMIRAH BT YAAKUB NAIB PENGERUSI (II) PN SITI KHADIJAH BT YAAKOB (PK KO) URUSETIA SEMUA GURU BENDAHARI ABDUL FATAH BIN SHAARI SETIAUSAHA (II) NOR SUHADA BT KAMARUDIN
  12. 12. 12 6.6 Tentatif program SESI 1 Tahap 1 ( Tahun 1, 2, 3 ) MASA AKTIVITI 8.45 – 9.00 9.00 – 9.30 9.15 – 9.45 9.45 – 10.15 10.15 – 11.00 Murid bergerak ke Dewan Gemilang Ceramah Kesihatan Pergigian Pameran kesihatan Pergigian Tayangan video Demonstrasi cara menggosok gigi SESI 2 Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 ) MASA AKTIVITI 11.00 – 11.15 11.15 - 11.45 11.45 – 12.15 12.15 - 12.45 12.45 - 1.00 Murid bergerak ke Dewan Gemilang Ceramah Kesihatan Pergigian Pameran kesihatan Pergigian Tayangan video Demonstrasi cara menggosok gigi
  13. 13. 13 7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK. Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut: 7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik. Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam. Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas. Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun. Berkumur- kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi. Jangan berkongsi berus gigi.Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang. 7.2 Makan secara sihat. Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur- sayuran segar. Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak- kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula. Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan bergula kerana kandungan gulanya tinggi. 7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala. Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang- kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.
  14. 14. 14 8.0 KESIMPULAN Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. Di samping itu, Program Gosok Gigi Perdana yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah untuk menggalakkan murid-murid faham dan tahu kaedah penjagaan gigi dan mulut dengan betul. Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada murid-murid sekolah dan guru- guru tentang cara dan kaedah dalam penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah kesihatan mulut yang paling utama di dunia. Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu murid-murid dan guru- guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik.. Sasaran program adalah murid- murid sekolah, di samping memberikan risalah interaktif untuk dibawa pulang oleh murid-murid berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul. Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada murid-murid sekolah. Penjagaan gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada murid-murid sekolah. Murid-murid sekolah akan belajar untuk menjaga gigi amereka terutama apabila mengetahui manfaatnya untuk jangka panjang. Program ini juga menjdi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali, program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang ceria.
  15. 15. 15 BIBLIOGRAFI Rujukan buku : Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya Rujukan internet : Abs Survi . 2013. Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian. Telah dimuat turun pada 18 April 2015 dari http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2013/07/pelajar-mendapat-kemudahan-rawatan- gigi.html Alyssa Faizureen 2013. Nota ringkas Pendidikan Kesihatan Sekolah. Telah dimuat turun pada 19 April 2015 dari http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/nota-ringkas-pendidikan- kesihatan.html Cauchy Murtopo 2013. 10 Penyebab Sakit Gigi. Telah dimuat turun pada 20 April 2015 dari https://cauchymurtopo.wordpress.com/2013/03/25/10-penyebab-sakit-gigi/ Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar 2012. Perkhidmatan Pergigian Sekolah. Telah dimuat turun pada 16 April 2015 dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pergigian/umum/perkhidmatan-pergigian-sekolah

×