SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN
   DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN
                           KAEDAH IMLAK

                                              Oleh :

                                       Hameelah Adnan

                                   SK Taman Permas Jaya 2,
                                      Johor Bahru, Johor.



                                            ABSTRAK

        Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat
        yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan
        merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan
        perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu
        mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan
        berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam
        kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.
        Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang
        jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan.
        Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada
        perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid
        telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan
        kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar
        dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah
        menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula
        menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika
        dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa
Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman
saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini
akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa
Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada
penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk
disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti
ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi
kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya membina
ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur
ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi
ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan
pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai.

Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid
disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek
penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1
Sekolah Rendah
daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan.
Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan
baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang
akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam
penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan
imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada
peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat
penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.
Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:
   - murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada
        sesuatu perkataan.
   - Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
   - murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
        petikan atau ayat.

Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya
yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta
membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan
akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu
Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan
apabila mereka berada di tahap 2 kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan,
akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus
Kajian ini adalah bertujuan untuk:
         3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
               petikan yang diberi.
         3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,
               akhiran dan apitan.
         3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat
         3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
         3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
               menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13 Melayu
dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India) dalam Tahun 3
Cerdik 2.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   2
Sekolah Rendah
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian
ini.
        5.1.1 Ujian Pra
        Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
        kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
        Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang
        telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada
        perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati
        murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.

         5.1.2 Pemerhatian
         Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
         pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
         kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan
         pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia
         untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
         bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan
         pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya
         membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah

        5.2.1 Analisis Ujian Pra
                            Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
     Pencapaian (Gred)              Bilangan sampel                            Peratus (%)
       A (80 – 100)                         3                                      10
         B (60 - 79)                       12                                      40
        C (40 – 59)                        8                                      26.6
        D (20 – 39)                        5                                      16.7
         E (0 – 19)                        2                                       6.7
          JUMLAH                           30                                     100

Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid
telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat
empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %),
soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut
berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

         5.2.2 Analisis pemerhatian
         Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid
         semasa pengajaran dan pembelajaran.

                      Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
                 Tingkah laku                             Peratus ( % )
                 Kesungguhan                                   50
                 Kurang mengambil bahagian                     30
                 Kurang tumpuan ( bermain, berbual,            20
                 mengganggu kawan )

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   3
Sekolah Rendah
5.3 Tindakan yang dijalankan

Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:
- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
– Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)
- Membina ayat
- Bercerita
- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian
      5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan
 i.      Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan
         rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.
                   Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara
           kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul telah
           menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.

                    “Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul.

                     Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat
           pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Mujib menerima
           coklat itu kerana dia murid yang baik.

                  Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak sabar
           menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam biliknya.

                     Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan coklatnya
           itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.

                    “Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib.

                    Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar
           sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam
           oleh ibunya di dalam baldi.

ii.      Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti
         dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
iii.     Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
iv.      Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
         Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
         sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah
         kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v        Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi       Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih
bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.

               Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan
                             Markah                 Peratus (%)
                        ( A ) 80 - 100                    10
                         ( B ) 60 - 79                   43.3
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   4
Sekolah Rendah
( C ) 40 - 59                 40
                      ( D ) 20 - 39                 6.6
                      ( E ) 0 - 19
Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.

Refleksi :
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.

       5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan
     i.   Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan.
          Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
           1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
           2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
           3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar
           4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
   (Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam
    sukatan)

    ii.            Saya membacakan petikan cerita

                                     TABUNG BULUH HANIM

                   Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya.
          Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil.
          Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
                   Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam
          tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang
          singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
                   Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia
          memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.
                   Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka
          berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada
          adik-adiknya yang lain.

            iii.      Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut
                      jenisnya dalam lembaran yang diberikan.

            Pemerhatian :
            Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

                     Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan
                                     Markah       Peratus (%)
                                ( A ) 80 - 100        25
                                 ( B ) 60 - 79        55
                                 ( C ) 40 - 59        20
                                 ( D ) 20 - 39         0
                                ( E ) 0 - 19           0

            Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada
            seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.



Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   5
Sekolah Rendah
Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis
          perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul.
          Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P .

          Refleksi :
          Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
          mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

         5.4.3    Aktiviti 3 : Membina ayat
    i.       Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.
    ii.      Murid menyatakan apa yang dilihat.
             (Contoh :Monyet nampak buah pisang masak)
    iii.     Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
    iv.      Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat
             dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.
             (Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas
               sebatang pokok pisang)
    v.       Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
    v.       Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti
             perbincangan
                         Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid
                  Aktiviti            Bilangan murid        % pencapaian
                  Perbincangan               22                 43.6
                  Membaca                    26                 56.4

          Pemerhatian :
          Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan
          sesuatu bahan sebagai rangsangan.

          Refleksi :
          Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid-
          murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam
          perbualan harian.

          5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos
          Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos
          disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi
          diubahkan kata dasar.

          Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab
          semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa
          pemberian markah sebanyak 50 markah.

          Bahagian A - Imbuhan awalan
          Bahagian B - imbuhan akhiran
          Bahagian C - imbuhan apitan
          Bahagian D - membina ayat
          Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

          Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30
          minit.


Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   6
Sekolah Rendah
Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos
                              Berdasarkan Bilangan dan Peratus
                      Pencapaian         Bilangan        Peratus
                        (Gred)            murid
                   A ( 80 – 100)            10             33.3
                   B ( 60 - 79 )            15              50
                   C ( 40 - 59 )             5             16.7
                   D ( 20 - 39 )
                   E ( 0 - 19 )

         Refleksi
         Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika
         dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus
         malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak
ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah
satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya
boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil.
Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik.

                     Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
                       Pencapaian        Ujian Pra      Ujian Pos
                          Lulus         23 ( 76.6 % ) 30 ( 100 % )
                          Gagal         7 ( 33.4 % )
                         Jumlah        30 ( 100 % )   30 ( 100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan
pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .

Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran
Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok
dengan aktiviti yang dijalankan.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman
berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu
penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan
oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan
minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk
difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai
penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya
bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang
kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina
struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   7
Sekolah Rendah
struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media
seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.


BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan
Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu ,
Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.

Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.




Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   8
Sekolah Rendah

More Related Content

What's hot

Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Pelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docx
Pelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docxPelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docx
Pelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docxPrabakaran638503
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematikIsmail Mamat
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayafiro HAR
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaPanduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaCt Dahlia Abdullah
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahAzmie Trip
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)Mokhzani Fadir
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajarshare with me
 

What's hot (20)

Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Pelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docx
Pelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docxPelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docx
Pelan-Strategik-Dan-Taktikal-Panitia-Bahasa-Melayu.docx
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematik
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
3 taksonomi bloom
3 taksonomi bloom3 taksonomi bloom
3 taksonomi bloom
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaPanduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan seloka
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Muka depan kertas exam
Muka depan kertas examMuka depan kertas exam
Muka depan kertas exam
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
Strategi Pembelajaran Kooperatif: Rally Robin (Nota)
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
PETIKAN KATA GANDA
PETIKAN KATA GANDAPETIKAN KATA GANDA
PETIKAN KATA GANDA
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 

Viewers also liked

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
Contoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIP
Contoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIPContoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIP
Contoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIPUniversitas Diponegoro
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanChon Seong Hoo
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiAdila Dila
 
KKBI Contoh Tugasan Projek IPG
KKBI Contoh Tugasan Projek IPGKKBI Contoh Tugasan Projek IPG
KKBI Contoh Tugasan Projek IPGAzizi Ahmad
 
Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_
Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_
Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_Nur Nadia
 

Viewers also liked (20)

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajian tindakan murad
Kajian tindakan muradKajian tindakan murad
Kajian tindakan murad
 
Contoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIP
Contoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIPContoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIP
Contoh Lampiran Karya Ilmiah Mahasiswa Peternakan UNDIP
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Ke arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesanKe arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesan
 
Lampiran 4
Lampiran 4Lampiran 4
Lampiran 4
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
KKBI Contoh Tugasan Projek IPG
KKBI Contoh Tugasan Projek IPGKKBI Contoh Tugasan Projek IPG
KKBI Contoh Tugasan Projek IPG
 
Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_
Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_
Kmf1043 assignment sem_2_11_12_edited_terkini_
 
Sek Rendah - Awalan teR 1
Sek Rendah - Awalan teR 1Sek Rendah - Awalan teR 1
Sek Rendah - Awalan teR 1
 

Similar to Lampiran Kajian Tindakan

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013AZUAD ozil
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...combi07
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 

Similar to Lampiran Kajian Tindakan (20)

Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Proposal 2
Proposal 2Proposal 2
Proposal 2
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 
Proposal 2013
Proposal 2013Proposal 2013
Proposal 2013
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
 
60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Kamala penilaian
Kamala penilaianKamala penilaian
Kamala penilaian
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 

Lampiran Kajian Tindakan

  • 1. MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK Oleh : Hameelah Adnan SK Taman Permas Jaya 2, Johor Bahru, Johor. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai. Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1 Sekolah Rendah
  • 2. daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. 2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat. Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah: - murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. - Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat. - murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis karangan apabila mereka berada di tahap 2 kelak. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN. 3.1 Objektif am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk: 3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang diberi. 3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan. 3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat 3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13 Melayu dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India) dalam Tahun 3 Cerdik 2. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2 Sekolah Rendah
  • 3. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan masalah Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini. 5.1.1 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi. 5.1.2 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. 5.2 Analisis tinjauan masalah 5.2.1 Analisis Ujian Pra Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra Pencapaian (Gred) Bilangan sampel Peratus (%) A (80 – 100) 3 10 B (60 - 79) 12 40 C (40 – 59) 8 26.6 D (20 – 39) 5 16.7 E (0 – 19) 2 6.7 JUMLAH 30 100 Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan. 5.2.2 Analisis pemerhatian Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar Tingkah laku Peratus ( % ) Kesungguhan 50 Kurang mengambil bahagian 30 Kurang tumpuan ( bermain, berbual, 20 mengganggu kawan ) Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3 Sekolah Rendah
  • 4. 5.3 Tindakan yang dijalankan Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah: - Mengenalpasti perkataan berimbuhan – Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan) - Membina ayat - Bercerita - Ujian Pos 5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian 5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan. Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat. “Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul. Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Mujib menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya. “Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib. Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi. ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan. iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat. iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan) v Saya memperdengarkan semula petikan cerita vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan. Pemerhatian : Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan. Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan Markah Peratus (%) ( A ) 80 - 100 10 ( B ) 60 - 79 43.3 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4 Sekolah Rendah
  • 5. ( C ) 40 - 59 40 ( D ) 20 - 39 6.6 ( E ) 0 - 19 Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan. Refleksi : Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita. 5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu; 1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar 2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar 3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar 4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar. (Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan) ii. Saya membacakan petikan cerita TABUNG BULUH HANIM Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu. Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak. Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu. Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaran yang diberikan. Pemerhatian : Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut: Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan Markah Peratus (%) ( A ) 80 - 100 25 ( B ) 60 - 79 55 ( C ) 40 - 59 20 ( D ) 20 - 39 0 ( E ) 0 - 19 0 Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5 Sekolah Rendah
  • 6. Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P . Refleksi : Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan. 5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat. ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisang masak) iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina. iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok pisang) v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya. v. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti perbincangan Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid Aktiviti Bilangan murid % pencapaian Perbincangan 22 43.6 Membaca 26 56.4 Pemerhatian : Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai rangsangan. Refleksi : Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian. 5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah. Bahagian A - Imbuhan awalan Bahagian B - imbuhan akhiran Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6 Sekolah Rendah
  • 7. Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos Berdasarkan Bilangan dan Peratus Pencapaian Bilangan Peratus (Gred) murid A ( 80 – 100) 10 33.3 B ( 60 - 79 ) 15 50 C ( 40 - 59 ) 5 16.7 D ( 20 - 39 ) E ( 0 - 19 ) Refleksi Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat. 5.5 Refleksi keseluruhan Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan prestasi yang amat baik. Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos Lulus 23 ( 76.6 % ) 30 ( 100 % ) Gagal 7 ( 33.4 % ) Jumlah 30 ( 100 % ) 30 ( 100 %) Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan . Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid. 6.0 Cadangan kajian seterusnya. Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7 Sekolah Rendah
  • 8. struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu , Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur. Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8 Sekolah Rendah