SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas di
Negeri Sembilan, Malaysia.

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh
masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya
dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno
mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Srivijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa
Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia),
Kepulauan Riau dan Sumatera.
Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:
•Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
•Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
•Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding Bahasa Jawa.
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit. Ini adalah
kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit
telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat
bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa
asing seperti sanskrit diterima.

Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan
Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit,
rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada Bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa
Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah
seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak
mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat
daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti
curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau
format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
BAHASA MELAYU KUNO   BAHASA MELAYU

                         Bulan
Vulan
                         Asyik
Nasyik
                         Naik
Nayik
                       Mengambil
mangalap

                       Membawa
mamava
                        Seribu
Saribu
                        Dengan
Dangan
ni- menjadi di-
 Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam
 Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.

 Bahasa Melayu Kuno             Bahasa Melayu
 nimakan                        Dimakan
 niminumna                      diminumnya
 niparvuat                      Diperbuat

Awalan mar- menjadi ber-
Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam
Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno             Bahasa Melayu
marvanum                       Berbangun
marvuat                        Berbuat
marlapas                       Berlepas

Akhiran -na menjadi -nya
Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.

Bahasa Melayu Kuno            Bahasa Melayu
Vinina                        Bininya
Vuahna                        Buahnya
Salah satu bukti sejarah Bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu
telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa
Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu
sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang
ditemui.


•Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan
683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
•Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan
684 M. Batu
•Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
•Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.
•Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
•Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)


Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman
bahasa Melayu Kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi
oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara
Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan Candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam Kerajaan Melayu Kuno. Kerajaan-
kerajaan Melayu Kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah:-

•Lembah Bujang
•Kerajaan Funan
•Srivijaya
•Kerajaan Angkor
•Majapahit
•Kedah Tua
•Melaka



Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno
A. Tulisan Palava

Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava
( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ).

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan
dengan 683 M (Masihi).
(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan
dengan 684 M.
(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan
dengan 686 M.
(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan
dengan 692 M.

B. Tulisan Nagiri
Tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari Utara
India.

C. Tulisan Kawi
Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas
(1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
CONTOH BM KUNO DENGAN BM MODEN
1. wulan       - bulan
2. Tatkalana   - tatkalanya
3. Niwarbuat   - diperbuat
4. sawanakna - sebanyaknya
5. Nitanam     - ditanam
6. niyur       -nyiur
7. Hanau       - enau
8. rumwia      -rumbia
9. dngan       -dengan
10. nimakan    -dimakan
11. Wuahna     -buahnya
12. tathapi    -tetapi
13. haur       -aur
14. wuluh      -buluh
15. pattung    -betung
Zaman Srivijaya yang bermula pada abad ke-7 merupakan permulaan kegemilangan Bahasa
Melayu. Ini kerana terdapat beberapa bukti yang menyokong kewujudan Bahasa Melayu
telah mula digunakan pada zaman tersebut.




Pada akhir abad ke-7,batu bersurat telah dijadikan tempat untuk menulis perkataan dalam
Bahasa Melayu bersama dengan Bahasa Sanskrit. Batu-batu bersurat tersebut telah
dijumpai di Palembang, Pulau Bangka dan Daerah Hulu Jambi. Batu bersurat yang dijumpai
di palembang ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi serta Batu
Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 Masihi. Seterusnya di Kota Kapur, Pulau Bangka
yang bertarikh 686 masihi. Manakala Batu Bersurat Karang Berahi, Meringin telah dijumpai
di daerah Hulu Jambi juga bertarikh 686 Masihi. Batu Bersurat lain ialah seperti Batu
Bersurat Gandasuli yang bertarikh 832 Masihi dan Bengkulu yang bertarikh 1000 Masihi.
Di Srivijaya pada masa itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran,
perdagangan dan perhubungan umum. Dalam meluaskan daerah takluk Kerajaan Sriwijaya,
Bahasa Melayu juga digunakan. Di samping itu, Bahasa Melayu juga menjadi bahasa Lingua
Franca yang turut digunakan secara meluas di Nusantara. Penduduk jawa yang berada di
bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan.


Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran di Sumatera
khususnya Jambi. Ini kerana negeri-negeri Melayu di Sumatera masih mengamalkan sistem
pemerintahan kerajaan melayu walaupun ditakluk kerajaan Majapahit.
Dalam bidang sastera, terdapat Panji Melayu yang merupakan cerita saduran yang telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Panji-panji ini sebenarnya berasal daripada Pulau
Jawa. Antara panji-panji tersebut ialah Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa
Perara, Panji Taman Jayeng Kusuma dan Panji Kuda Semirang.




Kewujudan Bahasa Melayu pada masa itu disokong oleh satu cacatan pengembara Cina
yang singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India. Berdasarkan cacatan tersebut, A.
Teeuw pada 1952, berpendapat bahasa Bahasa Melayu sudah digunakan sejak berabad
lamanya sebagai bahasa penghantar kebudayaan di daerah-daerah lain yang bukan
termasuk dalam kepulauan melayu.
Bukti-bukti konkrit yang lain ialah penemuan dua buah patung iaitu di Padang Lawas yang
bertarikh 1029 Masihi dan di Padang Roco, Batanghari yang terdapat perkataan “Malaya” di
belakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.
Disediakan oleh :-

SHADATUL AZUWA. BT HASHIM

Contenu connexe

Tendances

BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOBAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOMeera Zaheed
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKAEddy Terinisip
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdekahisyamrani
 
Bahasa Melayu Kuno pada Batu Bersurat
Bahasa Melayu Kuno pada Batu BersuratBahasa Melayu Kuno pada Batu Bersurat
Bahasa Melayu Kuno pada Batu BersuratMimi Mokhtar
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayu
Bahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayuBahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayu
Bahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayuFairuz Alwi
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGZakira Hafizah
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Cornard Conot
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuNur Farahin Samsudin
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuIPGK Bahasa Melayu
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaFairuz Alwi
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 

Tendances (20)

BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNOBAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU KUNO
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaBahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
 
Bahasa Melayu Kuno pada Batu Bersurat
Bahasa Melayu Kuno pada Batu BersuratBahasa Melayu Kuno pada Batu Bersurat
Bahasa Melayu Kuno pada Batu Bersurat
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayu
Bahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayuBahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayu
Bahasa Melayu Penggal 1: Definisi awal istilah melayu
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasaBahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
Bahasa Melayu Penggal 1: Perancangan korpus bahasa
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasik
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 

Similaire à bahasa melayu

Bahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPBahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPRafiza Diy
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bmSyahmi Fauzee
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxEwei Voon
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuNurul Izyan
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayucikgufatinaupsi
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUUPSI
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxAnselyGinsuru1
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...Fairuz Alwi
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu KlasikShirleyEu1
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017nealosen
 

Similaire à bahasa melayu (20)

Bahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMPBahasa Melayu 1 PPISMP
Bahasa Melayu 1 PPISMP
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
 
Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
 
A. topik 1
A. topik 1A. topik 1
A. topik 1
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)
 
Presentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bmPresentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bm
 
Asal melayu
Asal melayuAsal melayu
Asal melayu
 
Nota bab 1
Nota bab 1Nota bab 1
Nota bab 1
 
Nota Bab
Nota BabNota Bab
Nota Bab
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik2 Bahasa Melayu Klasik
2 Bahasa Melayu Klasik
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Asing dalam bahasa melayu (Bahasa arab,bahasa...
 
4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik4 Bahasa Melayu Klasik
4 Bahasa Melayu Klasik
 
Tulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawiTulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawi
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
 

Plus de haniffpotter

Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganhaniffpotter
 
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)haniffpotter
 
Fungsi perniagaan pemasaran
Fungsi perniagaan   pemasaranFungsi perniagaan   pemasaran
Fungsi perniagaan pemasaranhaniffpotter
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifhaniffpotter
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)haniffpotter
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan haniffpotter
 

Plus de haniffpotter (8)

Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
 
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Sejarah tema asia
Sejarah tema asiaSejarah tema asia
Sejarah tema asia
 
Fungsi perniagaan pemasaran
Fungsi perniagaan   pemasaranFungsi perniagaan   pemasaran
Fungsi perniagaan pemasaran
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektif
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 

bahasa melayu

  • 1.
  • 2. Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Malaysia. Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana: •Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. •Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. •Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding Bahasa Jawa.
  • 3. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada Bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab. Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
  • 4. BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU Bulan Vulan Asyik Nasyik Naik Nayik Mengambil mangalap Membawa mamava Seribu Saribu Dengan Dangan
  • 5. ni- menjadi di- Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu nimakan Dimakan niminumna diminumnya niparvuat Diperbuat Awalan mar- menjadi ber- Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu marvanum Berbangun marvuat Berbuat marlapas Berlepas Akhiran -na menjadi -nya Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini. Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Vinina Bininya Vuahna Buahnya
  • 6. Salah satu bukti sejarah Bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui. •Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. •Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu •Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. •Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. •Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. •Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu Kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan Candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.
  • 7. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam Kerajaan Melayu Kuno. Kerajaan- kerajaan Melayu Kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah:- •Lembah Bujang •Kerajaan Funan •Srivijaya •Kerajaan Angkor •Majapahit •Kedah Tua •Melaka Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno A. Tulisan Palava Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava ( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ). (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi).
  • 8. (b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. B. Tulisan Nagiri Tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari Utara India. C. Tulisan Kawi Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
  • 9. CONTOH BM KUNO DENGAN BM MODEN 1. wulan - bulan 2. Tatkalana - tatkalanya 3. Niwarbuat - diperbuat 4. sawanakna - sebanyaknya 5. Nitanam - ditanam 6. niyur -nyiur 7. Hanau - enau 8. rumwia -rumbia 9. dngan -dengan 10. nimakan -dimakan 11. Wuahna -buahnya 12. tathapi -tetapi 13. haur -aur 14. wuluh -buluh 15. pattung -betung
  • 10. Zaman Srivijaya yang bermula pada abad ke-7 merupakan permulaan kegemilangan Bahasa Melayu. Ini kerana terdapat beberapa bukti yang menyokong kewujudan Bahasa Melayu telah mula digunakan pada zaman tersebut. Pada akhir abad ke-7,batu bersurat telah dijadikan tempat untuk menulis perkataan dalam Bahasa Melayu bersama dengan Bahasa Sanskrit. Batu-batu bersurat tersebut telah dijumpai di Palembang, Pulau Bangka dan Daerah Hulu Jambi. Batu bersurat yang dijumpai di palembang ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi serta Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 Masihi. Seterusnya di Kota Kapur, Pulau Bangka yang bertarikh 686 masihi. Manakala Batu Bersurat Karang Berahi, Meringin telah dijumpai di daerah Hulu Jambi juga bertarikh 686 Masihi. Batu Bersurat lain ialah seperti Batu Bersurat Gandasuli yang bertarikh 832 Masihi dan Bengkulu yang bertarikh 1000 Masihi.
  • 11. Di Srivijaya pada masa itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan dan perhubungan umum. Dalam meluaskan daerah takluk Kerajaan Sriwijaya, Bahasa Melayu juga digunakan. Di samping itu, Bahasa Melayu juga menjadi bahasa Lingua Franca yang turut digunakan secara meluas di Nusantara. Penduduk jawa yang berada di bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan. Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran di Sumatera khususnya Jambi. Ini kerana negeri-negeri Melayu di Sumatera masih mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan melayu walaupun ditakluk kerajaan Majapahit.
  • 12. Dalam bidang sastera, terdapat Panji Melayu yang merupakan cerita saduran yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Panji-panji ini sebenarnya berasal daripada Pulau Jawa. Antara panji-panji tersebut ialah Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa Perara, Panji Taman Jayeng Kusuma dan Panji Kuda Semirang. Kewujudan Bahasa Melayu pada masa itu disokong oleh satu cacatan pengembara Cina yang singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India. Berdasarkan cacatan tersebut, A. Teeuw pada 1952, berpendapat bahasa Bahasa Melayu sudah digunakan sejak berabad lamanya sebagai bahasa penghantar kebudayaan di daerah-daerah lain yang bukan termasuk dalam kepulauan melayu. Bukti-bukti konkrit yang lain ialah penemuan dua buah patung iaitu di Padang Lawas yang bertarikh 1029 Masihi dan di Padang Roco, Batanghari yang terdapat perkataan “Malaya” di belakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.
  • 13. Disediakan oleh :- SHADATUL AZUWA. BT HASHIM