Mengisahkan Allah SWT memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim a.s tentang bagaimana Dia berkuasa menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Kisah ini berdasarkan Surah al-Baqarah, ayat ke 260.
2. Ada suatu ketika pada zaman Nabi Ibrahim ‘alaihissalam (a.s),
penduduk selalu mengejek baginda. Mereka meragukan perihal
kebangkitan manusia pada hari kiamat. Lalu Nabi Ibrahim a.s
bertanya kepada Allah SWT mengenai bagaimana Allah SWT
menghidupkan sesuatu yang telah mati.
3. Allah SWT telah memerintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s
untuk menangkap empat ekor burung, lalu menyembelih dan
mencincang lumat burung-burung tersebut. Kemudian, Nabi
Ibrahim a.s meletakkan cebisan daging burung tersebut di setiap
puncak bukit yang berjauhan antara satu dengan yang lain.
4. Dengan seruan oleh Nabi Ibrahim a.s, maka Allah SWT
mencantumkan semula setiap cebisan burung tersebut
kepada bentuk asalnya. Kemudian ditiupkan roh ke
dalam jasad sehingga burung-burung tersebut hidup
kembali.
5.
6. Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata: “Wahai
Tuhanku! Perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau
menghidupkan makhluk-makhluk yang mati” Allah
berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kekuasaanku)?”
Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin),
tetapi (yang demikian) supaya tenteram hatiku”. Allah
berfirman: “Ambil empat ekor burung, kemudian kumpulkan
olehmu (dan cincang semuanya). Setelah itu letakkan di atas
setiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian seru
burung-burung itu, nescaya semuanya akan datang
kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah sesungguhnya
Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah, 2: 260)
7. Pengajaran Kisah
(Sumber: Perkongsian Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman
melalui segmen Ibrah di IKIMfm)
• Allah SWT berkuasa menghidupkan semua makhluknya yang
pelbagai rupa, bentuk, bangsa, dari setiap pelusuk dunia,
walaupun dari zaman Nabi Adam (a.s), tiada yang terkecuali.
• Sebagai hamba, manusia wajib memahami konsep kehambaan
iaitu seorang hamba mesti taat kepada tuannya iaitu Allah SWT.
• Apabila berlaku tiupan sangkakala, manusia akan dihidupkan
dan bergerak menuju kepada Allah SWT. Manusia yang ketika di
dunia lari daripada Allah SWT sekalipun, di akhirat kelak pasti
akan kembali kepada Allah SWT jua.