SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
Télécharger pour lire hors ligne
Pendekatan Inkuiri / 155



                                            UNIT 10
                                PENDEKATAN INKUIRI


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menerangkan maksud am pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran
       inkuiri.
    2. Membincangkan beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.
    3. Merancang aktiviti pembelajaran inkuiri deduktif dan induktif



PENGENALAN




                                                                              


       Rajah 10.1 Kesan yang mungkin timbul akibat interaksi satu hala antara guru dengan murid

            Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasi
seperti dalam Rajah 10.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah satu perkara penting yang mampu
mengubah kualiti interaksi antara guru dengan murid?




A
      dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting yang mempengaruhi
      pembelajaran murid ialah stail pengajaran guru? Menyedari stail pengajaran pilihan sendiri boleh
      membantu guru memahami dengan lebih baik tentang diri mereka sendiri dan bagaimana stail
pengajaran mereka dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambah baik interaksi mereka
dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pembelajaran murid. Ini kerana, stail
pengajaran anda sedikit sebanyak menentukan pendekatan atau strategi pengajaran anda.
156 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



            Mari kita tentukan apakah stail pengajaran pilihan anda! Kenal pasti stail pengajaran pilihan
anda dengan menggunakan soal-selidik Grasha-Riechmann dengan melawati laman web di alamat
http://www.longleaf.net/teachingstyle.html. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan dengan
menjawab soalan berikut:

   • Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri?
     Adakah skor anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan
     sebagai seorang pendidik professional?
   • Adakah stail pengajaran pilihan anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat
     pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar? Adakah ia sejajar dengan tabii disiplin
     tersebut? Stail pengajaran manakah pada pendapat anda sejajar dengan falsafah pengajaran
     disiplin tumpuan anda? Bagaimana?


ISI KANDUNGAN
Apa itu pendekatan atau strategi pembelajaran inkuiri?



S
       elepas lebih menyedari stail pengajaran dan mungkin juga falsafah pengajaran anda,
       bagaimana sebenarnya kelakuan atau aksi pengajaran anda di bilik darjah? Rajah 10.1 dan
       10.2 menunjukkan beberapa senario bilik darjah.




                                                                         


             Rajah 10.2 Senario di bilik darjah yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan

            Bolehkah anda mengenal pasti apakah perbezaan antara senario bilik darjah dalam Rajah
10.1 dengan Rajah 10.2? Rajah manakah merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah pada
hari ini? Pada pendapat anda, apakah strategi dan kaedah pengajaran yang boleh membantu murid
lebih melibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah?

Salah satu strategi tersebut ialah pengajaran dan pembelajaran inkuiri. Inilah konsep utama yang
kita akan bincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman
mengajar, ‘strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri’ pastinya merupakan sesuatu yang agak biasa
anda dengar.
Pendekatan Inkuiri / 157



            Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan atau
strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.



__________________________________________________________________________________




__________________________________________________________________________________

      


Idea utama tentang strategi pembelajaran inkuiri (kita akan gugurkan perkataan ‘pengajaran’ selepas
ini bagi memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran murid berbanding pengajaran guru)
adalah ia merupakan satu pendekatan atau strategi yang berdasarkan satu atau dua persoalan atau
masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang,
menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau
menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain.

Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan kaedah
pengajaran yang memberi peluang murid melakukan eksperimen, maka anda telah menyempitkan
konsep itu kepada aktiviti di mana murid hanya menjalankan eksperimen dan tidak memasukkan
konsep menjalankan penyiasatan yang lebih luas. Terdapat juga salah faham yang menyatakan
pembelajaran inkuiri merupakan satu kaedah yang melibatkan banyak penyoalan guru. Perkara ini
tidak semestinya berlaku. Sudah tentu soalan diperlukan untuk membimbing murid berfikir, tetapi
kekerapan penyoalan banyak juga bergantung kepada faktor kebolehan murid dan tajuk yang hendak
diajar. Apa yang penting pembelajaran inkuiri mesti melibatkan proses mencari jawapan atau
penyelesaian kepada satu atau dua persoalan atau masalah utama.

Perkataan inkuiri itu sendiri merujuk kepada:

   • Proses mencari kebenaran/maklumat.
   • Proces mencari maklumat melalui penyoalan.
   • Proses yang bermula dengan menggunakan deria seperti melihat, mendengar, merasa,
     memhidu (iaitu mempunyai ciri empirikal) namun kerap juga melalui intuisi dan imaginasi, untuk
     mengumpul maklumat dan data. 

        

Oleh itu, pengaplikasian konsep inkuiri kepada pengajaran dan pembelajaran menghasilkan satu
strategi pembelajaran yang mesti melibatkan penyoalan, mencari maklumat, merancang dan
menjalankan penyiasatan. Berdasarkan konsep ini pendekatan inkuiri merupakan pendekatan
pembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana keserasiannya dengan tabii sains itu
sendiri (iaitu bersifat empirikal, tentatif dan memerlukan ulasan kritikal pihak luar). Namun pendekatan
inkuiri juga sesuai diaplikasi kepada pembelajaran selain bidang sains.

Dalam satu-satu pembelajaran tidak semestinya semua aktiviti inkuiri di atas akan dilibatkan. Misalnya,
murid mungkin hanya dilibatkan dengan proses membentuk persoalan, mencari, menyusun,
158 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


mensintesis serta menilai maklumat tanpa melibatkan eksperimen. Di bilik darjah, inkuiri bermula
apabila murid berhadapan dengan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perlu
diselesaikan, atau suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan (Bateman, 1990). Dengan lain perkataan,
pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli aktiviti
meneroka, menganalisis, mensintesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan
berakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain.


   A
        Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas proses pembelajaran inkuiri.

             





                                                                                                        


           Rajah 10.3 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri



Apakah aktiviti inkuiri yang boleh dijalankan di bilik darjah?


A
        ktiviti inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi membantu murid membina
        pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan. Aktiviti meneroka yang
        melibatkan murid secara aktif sebaiknya dilakukan dalam kumpulan (walaupun ada masanya
murid perlu bertindak secara individu) kerana ini menyerupai aktiviti di tempat kerja kelak di mana
kebanyakan kerja dijalankan dalam pasukan. Aktiviti meneroka menyediakan peluang dan ruang
kepada murid membuat penyiasatan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Ini bermakna pembelajaran
inkuiri menitikberatkan bukti sebagai asas kepada apa-apa penjelasan atau kesimpulan yang dibuat. Ini
juga bermakna pembelajaran inkuiri bukan hanya memberi penekanan kepada hasil pembelajaran
bahkan juga proses bagaimana hasil pembelajaran itu dicapai. Persoalan seperti “Apakah isi
kandungan yang telah dipelajari?” sama pentingnya dengan persoalan “Bagaimanakah kita tahu
sesuatu itu benar?” Namun pembelajaran inkuiri perlu mempunyai matlamat yang lebih luas daripada
hanya memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta proses yang berkaitan dengan sesuatu disiplin.
Dalam bidang sains misalnya, matlamat utama seharusnya adalah mencapai kebolehan
Pendekatan Inkuiri / 159


menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian yang akan membolehkan murid menjalani
kehidupan dengan bahagia dan berjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara apabila
mereka menamatkan pengajian formal mereka kelak.

Berikut merupakan sebahagian aktiviti murid yang jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik
mampu mengekalkan minat murid sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri:

   • Merancang dan menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas secara berkumpulan atau individu
   • Merancang dan menjalankan eksperimen penuh yang melibatkan pengumpulan data
     menggunakan alat pengukur yang sesuai, mentafsir data, melukis graf, dan menulis laporan.
   • Mengumpul maklumat dengan membaca buku, dan sumber lain untuk mengetahui apa yang
     telah didokumenkan tentang persoalan yang hendak dikaji dan kemudian mensintesis hasil
     dapatan.
   • Membuat perbincangan dalam kumpulan di samping merujuk kepada sumber lain yang terdapat
     di dalam dan/atau di luar bilik darjah.
   • Menyebarluaskan dapatan melalui persembahan di dalam dan/atau di luar bilik darjah dengan
     kehadiran pihak luar seperti murid dan guru dari kelas yang berbeza, ibu bapa dan masyarakat
     setempat.
   • Melibatkan diri secara aktif semasa guru menerang dengan bertanya dan menjawab soalan.
   • Melibatkan diri secara aktif semasa guru melakukan demonstrasi dengan membuat ramalan,
     memerhati, dan menerangkan pemerhatian.



           Bolehkah anda fikirkan apakah aktiviti inkuiri lain yang sesuai dijalankan dengan murid
anda? Adakah aktiviti yang anda fikirkan itu mampu menarik minat dan mengekalkan perhatian murid
sepanjang pengajaran berlangsung? Bagaimana?


Mengapa inkuiri diperlukan di bilik darjah?



B
         agi mencapai matlamat yang murni ini salah satu keperluan utama adalah pembinaan
         kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan lain perkataan, murid yang melalui proses inkuiri sains di
         bilik darjah, misalnya, bukan sahaja diharapkan memperolehi pengetahuan dan kefahaman
yang mendalam tentang fakta, konsep, hukum, dan teori sains tetapi juga kemahiran dan sikap
saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran metakognitif serta kemahiran-kemahiran
insaniah antaranya seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar sepanjang hayat, kemahiran
kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kesemua harapan ini disandarkan kepada proses
inkuiri yang mementingkan penerokaan idea lebih daripada hafalan dan mengingat kembali fakta serta
penglibatan aktif murid sama ada secara individu atau berkumpulan.

Untuk mencapai matlamat ini, suasana bilik darjah yang menggalakkan penglibatan aktif murid dari
segi kognitif, psikomotor, dan emosi sangat diperlukan. Murid juga digalakkan memikul tanggungjawab
yang lebih besar terhadap pembelajaran mereka masing-masing dengan tidak terlalu bergantung
kepada guru untuk memberikan segala keperluan pembelajaran mereka. Hal ini kerana pembelajaran
160 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


berasaskan inkuiri memberi peluang dan ruang kepada murid untuk bertanya soalan berasaskan
pengalaman dalam kehidupan seharian, menyiasat, dan membuat refleksi ke atas segala pengalaman
pembelajaran yang mereka lalui. Peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan murid membina
pengetahuan yang lebih bermakna kepada diri mereka selaras dengan premis utama teori
pembelajaran konstruktivisme yang menyatakan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri
dengan mengkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Proses ini juga
memupuk kesedaran bukan sahaja kepada kepentingan ilmu tetapi juga proses memperolehi ilmu itu
sehingga berkeupayaan membina kebolehan belajar sepanjang hayat. Ini bermakna guru perlu
mempunyai kepercayaan dan keyakinan bahawa murid berupaya belajar tanpa guru ‘mencurahkan’
secara terus ilmu di dada guru ke dalam minda murid seperti mencurahkan air ke dalam tong kosong.

                     Adakah anda bersetuju dengan hujah kelebihan pembelajaran inkuiri ini? Mengapa?


Apakah jenis-jenis strategi pembelajaran inkuiri?

          Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bolehkah
anda namakan beberapa jenis strategi atau kaedah pengajaran yang boleh dikategorikan sebagai
pembelajaran inkuiri?


             



          





















































































































































































A
       nda mungkin telah menulis istilah seperti kaedah inkuiri-penemuan, inkuiri terbimbing, inkuiri
       bebas, inkuiri deduktif dan induktif, pembelajaran berasaskan masalah, dan sebagainya.
       Kesemuanya merupakan jawapan yang boleh diterima. Tetapi anda juga mungkin telah menulis
perkataan ‘konstruktivisme’. Jikalau benar, ini tidaklah begitu tepat. Konstruktivisme boleh dilihat
sebagai satu teori pembelajaran dan mungkin juga suatu falsafah (maksudnya yang lebih luas). Ia tidak
merujuk kepada satu kaedah pengajaran tertentu. Namun, pembelajaran inkuiri menyokong
sepenuhnya premis asas konstruktivisme.


            Jikalau anda telah lupa apakah premis asas konstruktivisme tersebut, rujuk semula Unit 9,
atau layari Internet sekarang. Ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik perbincangan kita
selepas ini.

Mari kita bincang lebih lanjut pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri. Secara kasarnya, kita boleh
mengkategorikan strategi pembelajaran inkuiri kepada inkuiri induktif dan deduktif atau inkuiri
terbimbing dan terbuka/bebas. Walaupun labelnya berbeza, tidak semestinya keempat-empat kategori
di atas berbeza sama sekali. Rajah 10.4 di bawah menunjukkan pembahagian strategi pembelajaran
inkuiri mengikut kategorinya.
Pendekatan Inkuiri / 161




                                         Pendekatan/Strategi
                                            Pembelajaran Inkuiri
                                                                        boleh dikategorikan berdasarkan


                       darjah pemusatan                       arah penaakulan yang
                             murid                                   terlibat


                     Inkuiri        Inkuiri bebas/           Inkuiri               Inkuiri
                  terbimbing           terbuka              deduktif              induktif

                  Lebih rendah        Lebih tinggi      Am kepada spesifik   Spesifik kepada am

              !
                    Rajah 10.4 Pembahagian pembelajaran inkuiri mengikut kategori tertentu
              $%&(5!

Apakah perbezaan antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif?

   • Inkuiri dikatakan deduktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada generalisasi seperti
     teori, hukum, atau prinsip kepada situasi atau contoh yang lebih spesifik dengan tujuan
     mengesahkan generalisasi tersebut
   • Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada abstrak (am) kepada konkrit
     (spesifik)
   • Inkuiri dikatakan induktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada situasi atau contoh
     spesifik kepada membuat generalisasi dan dalam proses itu menyebabkan murid ‘menemui’
     prinsip, hukum, atau teori.
   • Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada konkrit kepada abstrak.



           Untuk lebih memahami kedua-dua jenis inkuiri ini, analisis dialog antara guru dengan murid
 B         di bawah ini dan kemudian huraikan bagaimana aktiviti pembelajaran ini boleh dikatakan
           aktiviti pembelajaran inkuiri induktif. Dengan lain perkataan, apakah ciri yang ada pada
           aktiviti tersebut yang selari dengan ciri aktiviti inkuiri induktif? Catatkan jawapan anda pada
ruangan yang disediakan bersebelahan dialog tersebut.
162 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2




    Guru:
Apakah
yang
menyebabkan
bola
ping
pong
timbul
manakala
guli
tenggelam?


    Murid:
Guli
berat,
bola
ping
pong
ringan


    Guru:
Adakah
sebuah
kapal
yang
berat,
yang
sedang
belayar
dikatakan
terapung?



    Murid:
Ya
cikgu!


    Guru:
Bagaimana
kapal
yang
berat
boleh
terapung
sedangkan
guli
yang
lebih
ringan

    tenggelam?
Ahmad?
Siti,
apa
pendapat
kamu?


    Ahmad:
Mungkin
sebab
kapal
ada
udara…


    Siti:

Air
laut
masin
cikgu…


    Guru:
Baiklah
murid‐murid.
Hari
ini
kita
akan
sama‐sama
menyiasat
apakah
faktor

    yang
menentukan
tenggelam
atau
terapungnya
sesuatu
objek
itu.
Cuba
berikan
cikgu

    satu
faktor
yang
boleh
mempengaruhi
tenggelam
atau
timbulnya
sesuatu
objek,
yang

    kita
boleh
siasat.


    Murid
1:
Bentuk
objek
cikgu



    Murid
2:
Saiz
objek


    Murid
3:
Jenis
air


    Guru:
Jadi
kita
ada
tiga
faktor
yang
akan
kita
kaji.
Bincang
dalam
kumpulan

    bagaimana
caranya
kita
hendak
mengkaji
ketiga‐tiga
faktor
tersebut.
Bincangkan
juga

    pembolehubah
yang
terlibat.
Cikgu
beri
masa
5
minit.
Pastikan
semua
bekerjasama

    supaya
kamu
dapat
manfaatkan
masa
5
minit
sepenuhnya.


    Masa
perbincangan
tamat.


    Guru:
Dah
bersedia
semua
untuk
perbincangan?
Nyatakan
dahulu
apakah
persoalan

    utama
yang
kita
hendak
kaji
hari
ini?
Kumpulan
2?


    Murid:
Apakah
faktor‐faktor
yang
menentukan
tenggelam
atau
timbulnya
sesuatu

    objek
dalam
air?



    Guru:
Bagus.
Catatkan
persoalan
ini
dalam
buku
rekod
amali
kamu
semua.
Jelaskan

    pula
bagaimana
kamu
boleh
menjawab
persoalan
ini?
Kumpulan
1?


    Murid:
Kita
ubah
satu
faktor,
misalnya
jenis
air,
dan
pada
masa
yang
sama
menetapkan

    faktor
yang
dua
lagi,
iaitu
saiz
dan
bentuk
objek.
Kemudian
masukkan,
misalnya
seketul

    plastisin
yang
mempunyai
saiz
dan
bentuk
yang
sama
ini
ke
dalam
sekurang‐
    kurangnya
dua
jenis
air,
iaitu
air
biasa
dan
air
garam,
Kita
perhatikan
sama
ada

    plastisin
tenggelam
atau
timbul
dalam
air
yang
berlainan
ini
cikgu.
Begitulah

    seterusnya
dengan
faktor
saiz
dan
bentuk.


    Guru:
Sangat
bagus
perancangan
kamu
itu
ya.
Bagaimana
dengan
kumpulan
3?




    Murid:
Perancangan
kami
juga
seperti
kumpulan
1
cikgu.





    Guru:
Baiklah,
bagus
jika
begitu.
Sekarang
kamu
boleh
laksanakan
perancangan
kamu

    itu.



Pendekatan Inkuiri / 163


            Dialog di atas merupakan bahagian awal aktiviti inkuiri dalam mata pelajaran sains tajuk
 C

            keapungan. Selepas murid selesai menjalankan penyiasatan mereka apakah yang
            sepatutnya berlaku?




          Sekarang giliran anda untuk memberi satu contoh spesifik aktiviti pembelajaran inkuiri
          induktif yang boleh dijalankan bagi mata pelajaran tumpuan anda. Anda boleh menggunakan
          format dialog di atas atau menghuraikan secara terus aktiviti inkuiri tersebut.

Apakah perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri bebas/terbuka?
   • Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau murid diberi kebebasan mengenal pasti dan memilih
     persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka bentuk dan
     melaksanakan pelan penyiasatan mereka.
   • Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama
     murid merancang penyiasatan sebelum murid melaksanakan perancangan itu.
   • Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang
     biasanya dijalankan murid di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah bimbingan
     yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai aktiviti inkuiri
     kerana murid hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu menggunakan
     kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan perbezaan antara amali
     inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005).

              Jadual 10.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri

               Amali berasaskan resipi                                     Amali inkuiri
Dipacu langkah-langkah terperinci yang hanya          Dipacu soalan yang memerlukan kemahiran
memerlukan kemahiran berfikir aras rendah             berfikir aras tinggi secara berterusan
Biasanya menumpu kepada aktiviti mengesahkan          Biasanya menumpu kepada aktiviti murid
maklumat yang telah dipersembahkan dalam              mengumpul dan mentafsir data untuk menemui
perjumpaan terdahulu iaitu menggunakan proses         konsep, hukum, teori iaitu menggunakan proses
deduktif                                              induktif
Mengandaikan murid mempelajari tabii inkuiri          Memerlukan murid mencipta reka bentuk
saintifik melalui pengalaman secara implicit: murid   eksperimen terkawal serta mengenal pasti dan
melaksana reka bentuk yang ditetapkan                 mengawal pemboleh ubah secara sendiri
Jarang memberi peluang murid menangani                Kerap membenarkan murid melakukan kesilapan
kesilapan, ketakpastian, dan miskonsepsi serta        dan belajar daripada kesilapan tersebut. Cara ini
membiarkan murid melakukan kesilapan                  lebih konsisten dengan amalan saintifik yang
                                                      autentik

   • Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu kontinuum
     pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam Rajah 10.5.
164 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


     Inkuiri terbimbing                                                              Inkuiri terbuka

     Rendah                      Kecanggihan intelektual murid                                   Tinggi


     Guru                                Pusat kawalan                                          Murid


            Rajah 10.5 Kontinuum pendekatan inkuiri berdasarkan darjah bimbingan guru


Bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri menggunakan model pengajaran
yang berasaskan pendekatan konstruktivisme?



B
        erikut ialah huraian bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri yang sesuai dengan konteks
        sekolah sekarang dengan penerangan ringkas perbezaan dalam melaksanakan setiap kategori
        am inkuiri yang dinyatakan (di mana perlu). Huraian langkah-langkah ini juga memasukkan
unsur-unsur pendekatan konstruktivisme di mana sesuai (misalnya aktiviti mencungkil idea yang
dijalankan pada langkah pertama). Tiada perbezaan antara semua kategori inkuiri bagi langkah 1, 7
dan 8. Rajah 10.2 menunjukkan gambar rajah kitar lengkap pembelajaran inkuiri.

Langkah 1: Gunakan 5-10 minit peringkat permulaan pengajaran untuk memperkenalkan tajuk dan
menerangkan hasil pembelajaran (ini merupakan ciri pendekatan Masteri) serta mencungkil idea sedia
ada murid tentang tajuk atau konsep yang hendak diajar. Terdapat pelbagai cara mencungkil idea
seperti penyoalan lisan keseluruhan kelas, perbincangan kumpulan, membuat demonstrasi
menggunakan teknik Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE), menjalankan kuiz pendek
atau ujian diagnostik, penggunaan Kartun Konsep, Peta Konsep, dan Peristiwa Bercanggah
(Discrepant events). Lihat Unit 5, Modul 1 untuk huraian beberapa cara mencungkil idea. Kaitkan tajuk
atau konsep yang hendak diajar dengan fenomena harian, sebaiknya yang ada kaitan rapat dengan
murid serta rangsang sifat ingin tahu murid sehingga mampu menimbulkan persoalan dalam minda
murid.

Langkah 2: Mulakan dengan persoalan utama yang perlu dijawab atau masalah yang perlu
diselesaikan. Jikalau persoalan utama dijana guru, maka pembelajaran inkuiri lebih terbimbing.
Sebaliknya, jika persoalan utama dijana atau datang daripada murid sendiri maka pembelajaran inkuiri
lebih terbuka. Tiada perbezaan antara inkuiri deduktif dan induktif pada langkah ini.

Langkah 3: Beri masa murid memikir dan menjana hipotesis. Senaraikan semua hipotesis yang diberi
murid. Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid menjana hipotesis.
Lebih banyak guru membantu, pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya jikalau murid lebih
banyak berdikari dalam menjana hipotesis, maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Langkah seperti di
atas ini juga dijalankan bagi pembelajaran inkuiri induktif. Sebaliknya bagi inkuiri deduktif, guru akan
terus menerangkan jawapan kepada persoalan utama tersebut, iaitu menyatakan generalisasi.
Pendekatan Inkuiri / 165


Langkah 4: Miinta murid mereka bentuk aktiviti meneroka (contohnya menjalankan aktiviti penyiasatan
ringkas, mengeksperimen, perbincangan, atau mencari dan mensintesis maklumat). Darjah bimbingan
bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid mereka bentuk aktiviti meneroka. Darjah
bimbingan sebenarnya banyak bergantung kepada faktor murid, kemudahan yang ada, persekitaran,
tajuk, masa pembelajaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, jikalau guru mempunyai masa yang
terhad tetapi menginginkan murid menjalankan eksperimen, guru akan menyediakan langkah-langkah
secara terperinci tanpa banyak berbincang dengan murid tentang apa yang harus mereka lakukan.
Namun, perlu diingat, seperti yang dibincangkan sebelum ini, ada pihak yang berpendapat aktiviti
seperti ini bukanlah aktiviti inkuiri (Wenning, 2005a). Tiada perbezaan besar antara aktiviti inkuiri
deduktif dengan induktif pada langkah ini. Perbezaan lebih kepada tujuan aktiviti meneroka dijalankan,
di mana aktiviti meneroka yang lebih kepada menjelas dan mengesahkan generalisasi atau konsep
merupakan aktiviti inkuiri deduktif manakala aktiviti meneroka bagi tujuan menemui sesuatu konsep
atau generalisasi merupakan aktiviti inkuiri induktif.

Langkah 5: Beri masa murid menjalankan aktiviti meneroka yang telah dibincangkan bersama (inkuiri
terbimbing) atau dijana sepenuhnya oleh murid (inkuiri terbuka), sebaiknya dalam kumpulan. Guru
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membantu, menyoal, mencabar, dan
menaksir (proses inkuiri dan kefahaman murid). Aktiviti boleh dijalankan di dalam atau luar bilik darjah.
Aktiviti meneroka melibatkan murid membuat pencarian, pemerhatian, mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi data, dan akhirnya membuat kesimpulan dan menjawab persoalan dalam kumpulan.

Langkah 6: Beri masa murid membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan dan
hujah masing-masing. Guru menggalakkan murid lain bertanya dan berbincang. Proses membuat
kesimpulan lebih mencabar jikalau inkuiri induktif dilaksanakan tetapi lebih berkesan dalam membantu
murid membina dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi. Satu siri penyoalan mungkin diperlukan
bagi membantu murid menemui konsep atau generalisasi yang dikehendaki. Guru kemudian
melabelkannya menggunakan istilah teknikal (di mana perlu) dan membuat peneguhan dengan sedikit
penerangan. Sebaliknya proses membuat kesimpulan adalah jauh lebih mudah jikalau inkuiri deduktif
dijalankan kerana konsep atau generalisasi telah didedahkan pada peringkat awal langkah 3. Usaha
akan lebih banyak ditumpukan bagi mengaitkan bukti-bukti kepada generalisasi tersebut.

Langkah 7: Wujudkan situasi atau konteks baru yang berkait dengan kehidupan seharian dan beri
peluang murid mengaplikasi konsep atau generalisasi yang telah dibina dengan meminta murid
menyelesaikan masalah dalam situasi atau konteks baru tersebut.

Langkah 8: Tutup pembelajaran dengan meminta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka
telah pelajari, bagaimana mereka berjaya membuat kesimpulan tersebut, dan membandingkannya
dengan idea asal yang mereka beri di peringkat awal pembelajaran. Taksir kefahaman murid melalui
aktiviti seperti kuiz pendek, soalan lisan, membina peta konsep atau peta minda, dan sebagainya.
Kaitkan dengan tajuk akan datang dan beri murid tugasan lanjutan atau kerja rumah.
166 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



                                 1. Cungkil           2. Kenal pasti/
                                  idea dan                 jana
                               rangsang sifat           persoalan
                                 ingin tahu
              utama





                 8. Buat                                                   3. Jana
                 refleksi 
                                               hipotesis





                 7. Aplikasi                                             4. Rancang
                kesimpulan                                                dan reka
               dalam situasi                                            bentuk aktiviti
                    baru
                                                 meneroka 





                                                        5. Jalankan
                                 6. Bentang                aktiviti,
                                dapatan dan            analisis data,
                                kesimpulan
              dan buat
                                                        kesimpulan



       Rajah 10.6 Kitar lengkap pembelajaran inkuiri berdasarkan pendekatan konstruktivisme



           Rancang langkah 2 hingga langkah 6 bagi satu tajuk tertentu dalam mata pelajaran tumpuan
           anda menggunakan pendekatan inkuiri induktif atau deduktif. Kenal pasti sekurang-
           kurangnya satu hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kemudian, bagi setiap langkah,
huraikan dengan terperinci aktiviti guru dan murid yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang
ingin dicapai. Gunakan Jadual 10.2 untuk mencatat rancangan anda.
Pendekatan Inkuiri / 167


                         Jadual 10.2 Rancangan aktiviti pembelajaran inkuiri

Hasil Pembelajaran:
1.

2.
 Langkah                     Aktiviti guru                                 Aktiviti murid

    2



    3



    4



    5



    6




Adakah pembelajaran inkuiri sesuai dijalankan dalam semua keadaan?


K
      esesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses
      pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan murid, kelengkapan
      makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model,
Internet dan sebagainya). Ada pendapat yang mengatakan kaedah ini tidak sesuai dijalankan dengan
murid yang lambat atau kurang cerdas. Ini tidak benar sama sekali. Ini kerana pembelajaran inkuiri
boleh disesuaikan dengan kebolehan murid dengan mengubah-ubah darjah bimbingan guru. Dengan
lain perkataan, murid yang lambat mungkin perlu darjah bimbingan yang lebih tinggi. Walau
bagaimanapun, dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini sesuai digunakan
apabila;
    • proses pembelajaran sama pentingya dengan hasil pembelajaran
    • kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah
       merupakan sebahagian daripada hasil pembelajaran yang diinginkan
    • kefahaman konsep dan generalisasi (misalnya hukum dan teori) secara mendalam dan tahan
       lama merupakan penekanan
    • motivasi intrinsik ditekankan di mana sifat ingin tahu murid dikekal serta ditingkatkan
    • ada masalah yang perlu diselesaikan yang mungkin melibatkan lebih daripada satu
       penyelesaian
    • kebolehan belajar sepanjang hayat diinginkan
168 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


Kaedah ini tidak sesuai digunakan apabila;
   • maklumat terperinci yang banyak perlu disampaikan
   • pembinaan kemahiran mengikut langkah-langkah tertentu diinginkan misalnya membina
     kemahiran mengukur menggunakan alat-alat pengukuran, melukis gambarajah sinar, melukis
     gambarajah litar, membaca, mengira, dan sebagainya
   • penghafalan dan ingat kembali yang pantas diperlukan


Apakah antara cabaran melaksanakan pembelajaran inkuiri dan bagaimana cara
mengatasinya?



T
      idak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri di bilik
      darjah.Terdapat beberapa faktor yang mampu menggagalkan usaha menjalankan pembelajaran
      inkuiri jikalau tidak dijajarkan dengan hasil pembelajaran yang diharapkan.


           Setelah anda melalui perbincangan di atas dan diharap lebih memahami konsep
pembelajaran inkuiri, bolehkah anda dengan yakin mengatakan anda sudahpun melaksanakan
pembelajaran inkuiri secara konsisten di bilik darjah anda? Mengapa?

Salah satu sebab yang biasa disuarakan guru yang tidak atau kurang melaksanakan pembelajaran
inkuiri adalah masa yang tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Adakah ini benar
bagi diri anda? Cabaran ini sebenarnya berkait rapat dengan isu penaksiran murid yang merupakan
cabaran yang besar kepada pelaksanaan pembelajaran inkuiri. Hal ini kerana dalam konteks
penaksiran yang diamalkan di Malaysia sekarang, penaksiran memberi penekanan yang tidak
seimbang antara penguasaan isi kandungan dengan proses mencapai penguasaan isi kandungan
tersebut.

Kita tidak boleh menafikan bahawa apa yang ditaksir merupakan petunjuk penting kepada apa dan
bagaimana ia diajar dan dipelajari. Sistem penaksiran yang lebih mementingkan penguasaan isi
kandungan akan memberi petunjuk kepada guru, murid, dan semua yang ada kepentingan dalam
pendidikan menitikberatkan pencapaian kognitif sahaja serta meminggirkan pembinaan kemahiran,
sikap, dan nilai tertentu. Oleh itu masa pembelajaran murid banyak difokuskan kepada mendengar
penerangan guru supaya silibus dapat dihabiskan dengan pantas bagi memberi lebih masa untuk latih
tubi.

Perkara ini sebenarnya disedari pelbagai pihak dan terkini beberapa perbincangan dilaksanakan untuk
melihat semula sistem penaksiran kebangsaan supaya lebih terarah kepada konsep pembelajaran
untuk membantu murid mencapai ketiga-tiga komponen hasil pembelajaran (kognitif, kemahiran, dan
afektif termasuk kerohanian) bagi pembentukan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara melalui sistem penaksiran berasaskan sekolah. Sistem penaksiran baharu ini
memerlukan penaksiran dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah yang dikendalikan guru
masing-masing. Keadaan ini merupakan satu lagi cabaran baharu yang memerlukan komitmen dan
kefahaman mendalam setiap warga pendidik terhadap hasrat yang ingin dicapai melalui sistem
Pendekatan Inkuiri / 169


penaksiran berasaskan sekolah ini. Usaha berterusan diperlukan bagi membantu guru menyesuaikan
diri dan seterusnya dapat menerima dengan hati yang terbuka cara baharu menaksir murid ini.

Satu sebab lain yang mungkin jarang atau tidak disuarakan guru adalah kurangnya kemahiran guru
sendiri dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri. Kebanyakan guru dan tenaga pengajar masih ragu-
ragu dalam melaksanakan pengajaran menggunakan strategi inkuiri kerana mereka biasanya tidak
belajar cara begini semasa di sekolah atau semasa menjalani persediaan mengajar di universiti.
Wenning (2005) berpendapat pendedahan tentang strategi pembelajaran inkuiri semasa latihan guru di
institusi pendidikan tinggi yang lebih banyak disampaikan melalui syarahan berbanding cara lain yang
melibatkan murid secara aktif tidak banyak membantu bakal guru mahir dalam menjalankan
pengajaran berciri inkuiri. Masalah ini dapat ditangani jikalau pihak tenaga pengajar di institusi yang
melatih guru mengubah atau sekurang-kurangnya meminimumkan cara pengajaran terus kepada
pengajaran yang memodelkan pembelajaran inkuiri dengan cara menggunakan strategi tersebut
semasa pengajaran kedua-dua jenis kursus iaitu kursus yang menekankan penguasaan isi kandungan
bidang pengkhususan dan kursus pendidikan terutama kursus kaedah mengajar.

Kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan belajar serta sumber lain sangat penting dalam
menjayakan pembelajaran inkuiri. Ini kerana pembelajaran inkuiri menitikberatkan penglibatan aktif
murid memanipulasi peralatan dan bahan dalam meneroka sesuatu konsep atau generalisasi supaya
proses pembinaan kefahaman berlaku secara bermakna dengan adanya bukti secara langsung. Oleh
itu, kekurangan kemudahan juga mampu menjadi penyebab kepada kurangnya usaha guru
melaksanakan pembelajaran inkuiri. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka tentang keperluan ini
dengan merancang awal dan mengambil tindakan yang sesuai sebelum sesi persekolahan bermula
untuk memastikan kemudahan ini ada dan mencukupi apabila diperlukan dan kemudahan yang ada
dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Ini juga terpakai bagi institusi pendidikan lain yang melaksanakan
pembelajaran inkuiri.


             Anda mungkin mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak cenderung melaksanakan
pembelajaran inkuiri yang tidak dibincangkan di atas (jika ada) atau pernah mendengar sebab-sebab
tertentu daripada rakan sekerja. Mampukah anda memikirkan cara mengatasinya?



           Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan
cadangan lebih lanjut bagaimana menghadapi cabaran tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih.
170 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



RUMUSAN
   1. Pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang
      berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau
      diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan
      maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah
      utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain.

   2. Pembelajaran inkuiri menekankan kedua-dua hasil dan proses pembelajaran. Oleh itu, strategi
      ini mempunyai kelebihan membantu murid bukan sahaja mendapat pengetahuan dalam
      sesuatu disiplin ilmu bahkan juga membina dan meningkatkan kemahiran, sikap, dan nilai
      yang dihargai dalam disiplin tersebut dan juga kemahiran insaniah yang merentas disiplin.

   3. Strategi pembelajaran inkuiri boleh dikategorikan kepada inkuiri deduktif dan inkuiri induktif
      atau inkuiri terbuka/bebas dan inkuiri terbimbing.

   4. Pembelajaran inkuiri deduktif melibatkan proses penaakulan dari sesuatu generalisasi kepada
      contoh yang lebih spesifik atau konkrit, bertujuan mengesahkan generalisasi tersebut
      manakala pembelajaran inkuiri induktif adalah sebaliknya iaitu melibatkan proses penaakulan
      dari contoh-contoh spesifik atau konkrit kepada penemuan sesuatu generalisasi (contohnya
      teori, prinsip, dan hukum).

   5. Inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka/bebas merupakan penghujung satu kontinuum
      pembelajaran inkuiri dari sudut darjah pemusatan murid/guru dan kecanggihan intelek murid di
      mana inkuiri terbuka/bebas mempunyai darjah pemusatan murid dan keperluan intektual murid
      yang lebih tinggi berbanding inkuiri terbimbing.


   6. Langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri adalah:
         a.   Mengenal pasti satu persoalan atau masalah utama yang perlu dijawab atau diselesaikan
         b.   Merancang dan melaksanakan aktiviti penerokaan dan penyiasatan
         c.   Membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah
         d.   Menyampaikan dapatan kepada pihak lain


   7. Pelaksanaan pembelajaran inkuiri di sekolah dan di institusi pendidikan lain menghadapi banyak
      cabaran, antaranya sistem penaksiran yang mementingkan aspek kognitif dengan meminggirkan
      aspek kemahiran dan nilai, kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran
      inkuiri secara berkesan, dan kemudahan serta peralatan yang tidak dapat memenuhi keperluan
      semua murid.
Pendekatan Inkuiri / 171



           PETA KONSEP
           Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta
D
         Konsep di bawah.




                                  Strategi
pembelajaran
inkuiri


                                                     boleh
dikategorikan
mengikut



 ________________________________
                        ________________________________




Inkuri
terbimbing
     Inkuiri
terbuka/bebas
         Inkuiri
deduktif
    Inkuiri
induktif



                          dilaksanakan
mengikut
4
langkah
utama


                               iaitu
pertama,
mengenal
pasti





                                        
                           melibatkan
penaakulan
dari



            memerlukan
lebih





                              kedua,
merancang
dan
melaksanakan


            ______

 _______



                                        


                                                                    
                     

            Bimbingan
guru
                 ketiga,

membuat

                                                                                 kepada



                                            



                                   dan
keempat,
menyampaikan





                                        

172 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



KATA KUNCI
    1.   Strategi pembelajaran inkuiri          6. Persoalan utama
    2.   Inkuiri terbimbing                     7. Merancang
    3.   Inkuiri terbuka                        8. Meneroka
    4.   Inkuiri deduktif                       9.Membuat kesimpulan
    5.   Inkuiri induktif                     10.Menyampaikan dapatan


PENILAIAN KENDIRI
   1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan strategi
      pembelajaran inkuiri?

   2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan sebagai
      pembelajaran inkuiri.

   3. Apakah perbezaan utama antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? Bagaimana pula
      perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri terbuka/bebas?

   4. Apakah yang membezakan antara pembelajaran inkuiri dengan pengajaran terus melalui
      penerangan guru?

   5. Adakah kebaikan pembelajaran inkuiri dapat memotivasikan anda untuk secara konsisten
      melaksanakannya di bilik darjah anda? Jika ya, bagaimanakah anda akan memanfaatkan
      kelebihannya dan pada masa yang sama cuba mengatasi cabaran yang datang bersama
      pelaksanaan kaedah tersebut? Jika tidak, apakah faktor yang menghalang keinginan anda
      daripada melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten? Bagaimanakah kemungkinan
      cara mengatasinya?


RUJUKAN
Bateman, W. L. (1990). Open to questions: The art of teaching and learning by inquiry. San Francisco:
    Jossey-Bass.

Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes.
   Journal      of    Physics      Teacher      Education    Online,     2(3),    3-11.     Available:
   http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/


Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026
     Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
     Manusia, UPSI
Pendekatan Inkuiri / 173



           JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

  A




                                                                Menjawab

              Mengenal
pas9
          Merancang
dan
             persoalan

                                                                    dan
            Menyampaikan

               persoalan/
            melaksanakan

                                                                 membuat
             dapatan

              masalah
utama
         aktvi9
meneroka

                                                                kesimpulan





Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru dan/atau murid sendiri. Pendekatan inkuiri
yang lebih terbuka memberi peluang kepada murid menjana persoalan dan merancang penyiasatan
sendiri.


           Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu ‘apakah faktor yang
 B
        menentukan tenggelam atau timbulnya sesuatu objek?’ Kemudian murid diberi peluang
           menjana hipotesis, merancang aktiviti penyiasatan, mengawal pemboleh ubah serta
           melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka.


           Murid melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Aktiviti termasuklah
 C
        mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan
           menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru
           menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas.
174 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



      D

                                       Strategi
pembelajaran
inkuiri


                                                    boleh
dikategorikan
mengikut



       darjah
bimbingan
guru

sebagai
                    arah
penaakulan

yang
terlibat
sebagai




Inkuri
terbimbing
     Inkuiri
terbuka/bebas
        Inkuiri
deduktif
    Inkuiri
induktif



                           dilaksanakan
mengikut
4
langkah
utama


                                iaitu
pertama,
mengenal
pasti





                                         Persoalan
utama
          melibatkan
penaakulan
dari



            memerlukan
lebih





                                  kedua,
merancang
dan
melaksanakan


            tinggi


 rendah



                                          Aktiviti

meneroka


                                                                   Generalisasi
          Contoh
spesifik

            Bimbingan
guru
               ketiga,

membuat


                                                                                   kepada



                                              Kesimpulan



                                     dan
keempat,
menyampaikan





                                              Dapatan





                Lawati MyGuru2 untuk mengambil Ujian 1 dalam talian.
            


Contenu connexe

Tendances

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiZahari Zabri
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2一世 一生
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Julia Tan
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik peneranganDHIAH RODZI
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 

Tendances (20)

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagai
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2Unit 3  Modul 1  Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik penerangan
 
Tindakan susulan
Tindakan susulanTindakan susulan
Tindakan susulan
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 

Similaire à Pendekatan Inkuiri

Fokus masalah
Fokus masalahFokus masalah
Fokus masalahYan Yan
 
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptxBudimanSetiawan5
 
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...yunita M
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013bib bibah
 
Ahapan model pembelajaran inkuiri
Ahapan model pembelajaran inkuiriAhapan model pembelajaran inkuiri
Ahapan model pembelajaran inkuiriSetio Adiatma
 
strategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdf
strategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdfstrategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdf
strategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdfEnangCuhendi1
 
memahami Understanding by Design
memahami Understanding by Designmemahami Understanding by Design
memahami Understanding by DesignSMK Negeri 6 Malang
 
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)elissugiharti1
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2一世 一生
 
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahfatleo
 
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahRara Gndutzz
 
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptxMODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptxssuser88b07c
 
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfayulusiyana
 

Similaire à Pendekatan Inkuiri (20)

Web laksmi purnayanti
Web laksmi purnayantiWeb laksmi purnayanti
Web laksmi purnayanti
 
Fokus masalah
Fokus masalahFokus masalah
Fokus masalah
 
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013
 
Artikel karya-ilmiah
Artikel karya-ilmiahArtikel karya-ilmiah
Artikel karya-ilmiah
 
Artikel karya-ilmiah
Artikel karya-ilmiahArtikel karya-ilmiah
Artikel karya-ilmiah
 
Ahapan model pembelajaran inkuiri
Ahapan model pembelajaran inkuiriAhapan model pembelajaran inkuiri
Ahapan model pembelajaran inkuiri
 
strategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdf
strategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdfstrategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdf
strategi pendekatan metode pembelajaran-pt 3.pdf
 
memahami Understanding by Design
memahami Understanding by Designmemahami Understanding by Design
memahami Understanding by Design
 
Model-model Pembelajaran
Model-model PembelajaranModel-model Pembelajaran
Model-model Pembelajaran
 
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
 
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
 
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyahUas tekhnologi pendidikan dhiyah
Uas tekhnologi pendidikan dhiyah
 
Paikem
PaikemPaikem
Paikem
 
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptxMODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
 
Teaching strategy
Teaching strategyTeaching strategy
Teaching strategy
 
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
 

Plus de 一世 一生

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains一世 一生
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2一世 一生
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2一世 一生
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2一世 一生
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2一世 一生
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2一世 一生
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2一世 一生
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan一世 一生
 

Plus de 一世 一生 (10)

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
 
Prelim
PrelimPrelim
Prelim
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 

Pendekatan Inkuiri

  • 1. Pendekatan Inkuiri / 155 UNIT 10 PENDEKATAN INKUIRI HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud am pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 2. Membincangkan beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 3. Merancang aktiviti pembelajaran inkuiri deduktif dan induktif 
 PENGENALAN 
 Rajah 10.1 Kesan yang mungkin timbul akibat interaksi satu hala antara guru dengan murid Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam Rajah 10.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah satu perkara penting yang mampu mengubah kualiti interaksi antara guru dengan murid? A dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah stail pengajaran guru? Menyedari stail pengajaran pilihan sendiri boleh membantu guru memahami dengan lebih baik tentang diri mereka sendiri dan bagaimana stail pengajaran mereka dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambah baik interaksi mereka dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pembelajaran murid. Ini kerana, stail pengajaran anda sedikit sebanyak menentukan pendekatan atau strategi pengajaran anda.
  • 2. 156 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Mari kita tentukan apakah stail pengajaran pilihan anda! Kenal pasti stail pengajaran pilihan anda dengan menggunakan soal-selidik Grasha-Riechmann dengan melawati laman web di alamat http://www.longleaf.net/teachingstyle.html. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut: • Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Adakah skor anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan sebagai seorang pendidik professional? • Adakah stail pengajaran pilihan anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar? Adakah ia sejajar dengan tabii disiplin tersebut? Stail pengajaran manakah pada pendapat anda sejajar dengan falsafah pengajaran disiplin tumpuan anda? Bagaimana? ISI KANDUNGAN Apa itu pendekatan atau strategi pembelajaran inkuiri? S elepas lebih menyedari stail pengajaran dan mungkin juga falsafah pengajaran anda, bagaimana sebenarnya kelakuan atau aksi pengajaran anda di bilik darjah? Rajah 10.1 dan 10.2 menunjukkan beberapa senario bilik darjah. 
 Rajah 10.2 Senario di bilik darjah yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan Bolehkah anda mengenal pasti apakah perbezaan antara senario bilik darjah dalam Rajah 10.1 dengan Rajah 10.2? Rajah manakah merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah pada hari ini? Pada pendapat anda, apakah strategi dan kaedah pengajaran yang boleh membantu murid lebih melibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah? Salah satu strategi tersebut ialah pengajaran dan pembelajaran inkuiri. Inilah konsep utama yang kita akan bincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman mengajar, ‘strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri’ pastinya merupakan sesuatu yang agak biasa anda dengar.
  • 3. Pendekatan Inkuiri / 157 Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 
 __________________________________________________________________________________
 
 __________________________________________________________________________________ 
 
 Idea utama tentang strategi pembelajaran inkuiri (kita akan gugurkan perkataan ‘pengajaran’ selepas ini bagi memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran murid berbanding pengajaran guru) adalah ia merupakan satu pendekatan atau strategi yang berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain. Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang murid melakukan eksperimen, maka anda telah menyempitkan konsep itu kepada aktiviti di mana murid hanya menjalankan eksperimen dan tidak memasukkan konsep menjalankan penyiasatan yang lebih luas. Terdapat juga salah faham yang menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan satu kaedah yang melibatkan banyak penyoalan guru. Perkara ini tidak semestinya berlaku. Sudah tentu soalan diperlukan untuk membimbing murid berfikir, tetapi kekerapan penyoalan banyak juga bergantung kepada faktor kebolehan murid dan tajuk yang hendak diajar. Apa yang penting pembelajaran inkuiri mesti melibatkan proses mencari jawapan atau penyelesaian kepada satu atau dua persoalan atau masalah utama. Perkataan inkuiri itu sendiri merujuk kepada: • Proses mencari kebenaran/maklumat. • Proces mencari maklumat melalui penyoalan. • Proses yang bermula dengan menggunakan deria seperti melihat, mendengar, merasa, memhidu (iaitu mempunyai ciri empirikal) namun kerap juga melalui intuisi dan imaginasi, untuk mengumpul maklumat dan data. 
 
 Oleh itu, pengaplikasian konsep inkuiri kepada pengajaran dan pembelajaran menghasilkan satu strategi pembelajaran yang mesti melibatkan penyoalan, mencari maklumat, merancang dan menjalankan penyiasatan. Berdasarkan konsep ini pendekatan inkuiri merupakan pendekatan pembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana keserasiannya dengan tabii sains itu sendiri (iaitu bersifat empirikal, tentatif dan memerlukan ulasan kritikal pihak luar). Namun pendekatan inkuiri juga sesuai diaplikasi kepada pembelajaran selain bidang sains. Dalam satu-satu pembelajaran tidak semestinya semua aktiviti inkuiri di atas akan dilibatkan. Misalnya, murid mungkin hanya dilibatkan dengan proses membentuk persoalan, mencari, menyusun,
  • 4. 158 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 mensintesis serta menilai maklumat tanpa melibatkan eksperimen. Di bilik darjah, inkuiri bermula apabila murid berhadapan dengan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perlu diselesaikan, atau suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan (Bateman, 1990). Dengan lain perkataan, pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli aktiviti meneroka, menganalisis, mensintesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan berakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain. A
 Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas proses pembelajaran inkuiri. 
 
 Rajah 10.3 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri Apakah aktiviti inkuiri yang boleh dijalankan di bilik darjah? A ktiviti inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi membantu murid membina pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan. Aktiviti meneroka yang melibatkan murid secara aktif sebaiknya dilakukan dalam kumpulan (walaupun ada masanya murid perlu bertindak secara individu) kerana ini menyerupai aktiviti di tempat kerja kelak di mana kebanyakan kerja dijalankan dalam pasukan. Aktiviti meneroka menyediakan peluang dan ruang kepada murid membuat penyiasatan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Ini bermakna pembelajaran inkuiri menitikberatkan bukti sebagai asas kepada apa-apa penjelasan atau kesimpulan yang dibuat. Ini juga bermakna pembelajaran inkuiri bukan hanya memberi penekanan kepada hasil pembelajaran bahkan juga proses bagaimana hasil pembelajaran itu dicapai. Persoalan seperti “Apakah isi kandungan yang telah dipelajari?” sama pentingnya dengan persoalan “Bagaimanakah kita tahu sesuatu itu benar?” Namun pembelajaran inkuiri perlu mempunyai matlamat yang lebih luas daripada hanya memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta proses yang berkaitan dengan sesuatu disiplin. Dalam bidang sains misalnya, matlamat utama seharusnya adalah mencapai kebolehan
  • 5. Pendekatan Inkuiri / 159 menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian yang akan membolehkan murid menjalani kehidupan dengan bahagia dan berjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara apabila mereka menamatkan pengajian formal mereka kelak. Berikut merupakan sebahagian aktiviti murid yang jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik mampu mengekalkan minat murid sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri: • Merancang dan menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas secara berkumpulan atau individu • Merancang dan menjalankan eksperimen penuh yang melibatkan pengumpulan data menggunakan alat pengukur yang sesuai, mentafsir data, melukis graf, dan menulis laporan. • Mengumpul maklumat dengan membaca buku, dan sumber lain untuk mengetahui apa yang telah didokumenkan tentang persoalan yang hendak dikaji dan kemudian mensintesis hasil dapatan. • Membuat perbincangan dalam kumpulan di samping merujuk kepada sumber lain yang terdapat di dalam dan/atau di luar bilik darjah. • Menyebarluaskan dapatan melalui persembahan di dalam dan/atau di luar bilik darjah dengan kehadiran pihak luar seperti murid dan guru dari kelas yang berbeza, ibu bapa dan masyarakat setempat. • Melibatkan diri secara aktif semasa guru menerang dengan bertanya dan menjawab soalan. • Melibatkan diri secara aktif semasa guru melakukan demonstrasi dengan membuat ramalan, memerhati, dan menerangkan pemerhatian. Bolehkah anda fikirkan apakah aktiviti inkuiri lain yang sesuai dijalankan dengan murid anda? Adakah aktiviti yang anda fikirkan itu mampu menarik minat dan mengekalkan perhatian murid sepanjang pengajaran berlangsung? Bagaimana? Mengapa inkuiri diperlukan di bilik darjah? B agi mencapai matlamat yang murni ini salah satu keperluan utama adalah pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan lain perkataan, murid yang melalui proses inkuiri sains di bilik darjah, misalnya, bukan sahaja diharapkan memperolehi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang fakta, konsep, hukum, dan teori sains tetapi juga kemahiran dan sikap saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran metakognitif serta kemahiran-kemahiran insaniah antaranya seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kesemua harapan ini disandarkan kepada proses inkuiri yang mementingkan penerokaan idea lebih daripada hafalan dan mengingat kembali fakta serta penglibatan aktif murid sama ada secara individu atau berkumpulan. Untuk mencapai matlamat ini, suasana bilik darjah yang menggalakkan penglibatan aktif murid dari segi kognitif, psikomotor, dan emosi sangat diperlukan. Murid juga digalakkan memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap pembelajaran mereka masing-masing dengan tidak terlalu bergantung kepada guru untuk memberikan segala keperluan pembelajaran mereka. Hal ini kerana pembelajaran
  • 6. 160 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 berasaskan inkuiri memberi peluang dan ruang kepada murid untuk bertanya soalan berasaskan pengalaman dalam kehidupan seharian, menyiasat, dan membuat refleksi ke atas segala pengalaman pembelajaran yang mereka lalui. Peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan murid membina pengetahuan yang lebih bermakna kepada diri mereka selaras dengan premis utama teori pembelajaran konstruktivisme yang menyatakan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri dengan mengkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Proses ini juga memupuk kesedaran bukan sahaja kepada kepentingan ilmu tetapi juga proses memperolehi ilmu itu sehingga berkeupayaan membina kebolehan belajar sepanjang hayat. Ini bermakna guru perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan bahawa murid berupaya belajar tanpa guru ‘mencurahkan’ secara terus ilmu di dada guru ke dalam minda murid seperti mencurahkan air ke dalam tong kosong. Adakah anda bersetuju dengan hujah kelebihan pembelajaran inkuiri ini? Mengapa? Apakah jenis-jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bolehkah anda namakan beberapa jenis strategi atau kaedah pengajaran yang boleh dikategorikan sebagai pembelajaran inkuiri? 
 



 



 









































































































































































 
 A nda mungkin telah menulis istilah seperti kaedah inkuiri-penemuan, inkuiri terbimbing, inkuiri bebas, inkuiri deduktif dan induktif, pembelajaran berasaskan masalah, dan sebagainya. Kesemuanya merupakan jawapan yang boleh diterima. Tetapi anda juga mungkin telah menulis perkataan ‘konstruktivisme’. Jikalau benar, ini tidaklah begitu tepat. Konstruktivisme boleh dilihat sebagai satu teori pembelajaran dan mungkin juga suatu falsafah (maksudnya yang lebih luas). Ia tidak merujuk kepada satu kaedah pengajaran tertentu. Namun, pembelajaran inkuiri menyokong sepenuhnya premis asas konstruktivisme. Jikalau anda telah lupa apakah premis asas konstruktivisme tersebut, rujuk semula Unit 9, atau layari Internet sekarang. Ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik perbincangan kita selepas ini. Mari kita bincang lebih lanjut pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri. Secara kasarnya, kita boleh mengkategorikan strategi pembelajaran inkuiri kepada inkuiri induktif dan deduktif atau inkuiri terbimbing dan terbuka/bebas. Walaupun labelnya berbeza, tidak semestinya keempat-empat kategori di atas berbeza sama sekali. Rajah 10.4 di bawah menunjukkan pembahagian strategi pembelajaran inkuiri mengikut kategorinya.
  • 7. Pendekatan Inkuiri / 161 Pendekatan/Strategi Pembelajaran Inkuiri boleh dikategorikan berdasarkan darjah pemusatan arah penaakulan yang murid terlibat Inkuiri Inkuiri bebas/ Inkuiri Inkuiri terbimbing terbuka deduktif induktif Lebih rendah Lebih tinggi Am kepada spesifik Spesifik kepada am ! Rajah 10.4 Pembahagian pembelajaran inkuiri mengikut kategori tertentu $%&(5! Apakah perbezaan antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? • Inkuiri dikatakan deduktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada generalisasi seperti teori, hukum, atau prinsip kepada situasi atau contoh yang lebih spesifik dengan tujuan mengesahkan generalisasi tersebut • Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada abstrak (am) kepada konkrit (spesifik) • Inkuiri dikatakan induktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada situasi atau contoh spesifik kepada membuat generalisasi dan dalam proses itu menyebabkan murid ‘menemui’ prinsip, hukum, atau teori. • Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada konkrit kepada abstrak. Untuk lebih memahami kedua-dua jenis inkuiri ini, analisis dialog antara guru dengan murid B di bawah ini dan kemudian huraikan bagaimana aktiviti pembelajaran ini boleh dikatakan aktiviti pembelajaran inkuiri induktif. Dengan lain perkataan, apakah ciri yang ada pada aktiviti tersebut yang selari dengan ciri aktiviti inkuiri induktif? Catatkan jawapan anda pada ruangan yang disediakan bersebelahan dialog tersebut.
  • 8. 162 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Guru:
Apakah
yang
menyebabkan
bola
ping
pong
timbul
manakala
guli
tenggelam?
 Murid:
Guli
berat,
bola
ping
pong
ringan
 Guru:
Adakah
sebuah
kapal
yang
berat,
yang
sedang
belayar
dikatakan
terapung?

 Murid:
Ya
cikgu!
 Guru:
Bagaimana
kapal
yang
berat
boleh
terapung
sedangkan
guli
yang
lebih
ringan
 tenggelam?
Ahmad?
Siti,
apa
pendapat
kamu?
 Ahmad:
Mungkin
sebab
kapal
ada
udara…
 Siti:

Air
laut
masin
cikgu…
 Guru:
Baiklah
murid‐murid.
Hari
ini
kita
akan
sama‐sama
menyiasat
apakah
faktor
 yang
menentukan
tenggelam
atau
terapungnya
sesuatu
objek
itu.
Cuba
berikan
cikgu
 satu
faktor
yang
boleh
mempengaruhi
tenggelam
atau
timbulnya
sesuatu
objek,
yang
 kita
boleh
siasat.
 Murid
1:
Bentuk
objek
cikgu

 Murid
2:
Saiz
objek
 Murid
3:
Jenis
air
 Guru:
Jadi
kita
ada
tiga
faktor
yang
akan
kita
kaji.
Bincang
dalam
kumpulan
 bagaimana
caranya
kita
hendak
mengkaji
ketiga‐tiga
faktor
tersebut.
Bincangkan
juga
 pembolehubah
yang
terlibat.
Cikgu
beri
masa
5
minit.
Pastikan
semua
bekerjasama
 supaya
kamu
dapat
manfaatkan
masa
5
minit
sepenuhnya.
 Masa
perbincangan
tamat.
 Guru:
Dah
bersedia
semua
untuk
perbincangan?
Nyatakan
dahulu
apakah
persoalan
 utama
yang
kita
hendak
kaji
hari
ini?
Kumpulan
2?
 Murid:
Apakah
faktor‐faktor
yang
menentukan
tenggelam
atau
timbulnya
sesuatu
 objek
dalam
air?

 Guru:
Bagus.
Catatkan
persoalan
ini
dalam
buku
rekod
amali
kamu
semua.
Jelaskan
 pula
bagaimana
kamu
boleh
menjawab
persoalan
ini?
Kumpulan
1?
 Murid:
Kita
ubah
satu
faktor,
misalnya
jenis
air,
dan
pada
masa
yang
sama
menetapkan
 faktor
yang
dua
lagi,
iaitu
saiz
dan
bentuk
objek.
Kemudian
masukkan,
misalnya
seketul
 plastisin
yang
mempunyai
saiz
dan
bentuk
yang
sama
ini
ke
dalam
sekurang‐ kurangnya
dua
jenis
air,
iaitu
air
biasa
dan
air
garam,
Kita
perhatikan
sama
ada
 plastisin
tenggelam
atau
timbul
dalam
air
yang
berlainan
ini
cikgu.
Begitulah
 seterusnya
dengan
faktor
saiz
dan
bentuk.
 Guru:
Sangat
bagus
perancangan
kamu
itu
ya.
Bagaimana
dengan
kumpulan
3?


 Murid:
Perancangan
kami
juga
seperti
kumpulan
1
cikgu.



 Guru:
Baiklah,
bagus
jika
begitu.
Sekarang
kamu
boleh
laksanakan
perancangan
kamu
 itu.



  • 9. Pendekatan Inkuiri / 163 Dialog di atas merupakan bahagian awal aktiviti inkuiri dalam mata pelajaran sains tajuk C
 keapungan. Selepas murid selesai menjalankan penyiasatan mereka apakah yang sepatutnya berlaku? Sekarang giliran anda untuk memberi satu contoh spesifik aktiviti pembelajaran inkuiri induktif yang boleh dijalankan bagi mata pelajaran tumpuan anda. Anda boleh menggunakan format dialog di atas atau menghuraikan secara terus aktiviti inkuiri tersebut. Apakah perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri bebas/terbuka? • Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau murid diberi kebebasan mengenal pasti dan memilih persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka bentuk dan melaksanakan pelan penyiasatan mereka. • Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama murid merancang penyiasatan sebelum murid melaksanakan perancangan itu. • Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang biasanya dijalankan murid di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah bimbingan yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai aktiviti inkuiri kerana murid hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan perbezaan antara amali inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005). Jadual 10.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri Amali berasaskan resipi Amali inkuiri Dipacu langkah-langkah terperinci yang hanya Dipacu soalan yang memerlukan kemahiran memerlukan kemahiran berfikir aras rendah berfikir aras tinggi secara berterusan Biasanya menumpu kepada aktiviti mengesahkan Biasanya menumpu kepada aktiviti murid maklumat yang telah dipersembahkan dalam mengumpul dan mentafsir data untuk menemui perjumpaan terdahulu iaitu menggunakan proses konsep, hukum, teori iaitu menggunakan proses deduktif induktif Mengandaikan murid mempelajari tabii inkuiri Memerlukan murid mencipta reka bentuk saintifik melalui pengalaman secara implicit: murid eksperimen terkawal serta mengenal pasti dan melaksana reka bentuk yang ditetapkan mengawal pemboleh ubah secara sendiri Jarang memberi peluang murid menangani Kerap membenarkan murid melakukan kesilapan kesilapan, ketakpastian, dan miskonsepsi serta dan belajar daripada kesilapan tersebut. Cara ini membiarkan murid melakukan kesilapan lebih konsisten dengan amalan saintifik yang autentik • Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu kontinuum pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam Rajah 10.5.
  • 10. 164 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Inkuiri terbimbing Inkuiri terbuka Rendah Kecanggihan intelektual murid Tinggi Guru Pusat kawalan Murid Rajah 10.5 Kontinuum pendekatan inkuiri berdasarkan darjah bimbingan guru Bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri menggunakan model pengajaran yang berasaskan pendekatan konstruktivisme? B erikut ialah huraian bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri yang sesuai dengan konteks sekolah sekarang dengan penerangan ringkas perbezaan dalam melaksanakan setiap kategori am inkuiri yang dinyatakan (di mana perlu). Huraian langkah-langkah ini juga memasukkan unsur-unsur pendekatan konstruktivisme di mana sesuai (misalnya aktiviti mencungkil idea yang dijalankan pada langkah pertama). Tiada perbezaan antara semua kategori inkuiri bagi langkah 1, 7 dan 8. Rajah 10.2 menunjukkan gambar rajah kitar lengkap pembelajaran inkuiri. Langkah 1: Gunakan 5-10 minit peringkat permulaan pengajaran untuk memperkenalkan tajuk dan menerangkan hasil pembelajaran (ini merupakan ciri pendekatan Masteri) serta mencungkil idea sedia ada murid tentang tajuk atau konsep yang hendak diajar. Terdapat pelbagai cara mencungkil idea seperti penyoalan lisan keseluruhan kelas, perbincangan kumpulan, membuat demonstrasi menggunakan teknik Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE), menjalankan kuiz pendek atau ujian diagnostik, penggunaan Kartun Konsep, Peta Konsep, dan Peristiwa Bercanggah (Discrepant events). Lihat Unit 5, Modul 1 untuk huraian beberapa cara mencungkil idea. Kaitkan tajuk atau konsep yang hendak diajar dengan fenomena harian, sebaiknya yang ada kaitan rapat dengan murid serta rangsang sifat ingin tahu murid sehingga mampu menimbulkan persoalan dalam minda murid. Langkah 2: Mulakan dengan persoalan utama yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan. Jikalau persoalan utama dijana guru, maka pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya, jika persoalan utama dijana atau datang daripada murid sendiri maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Tiada perbezaan antara inkuiri deduktif dan induktif pada langkah ini. Langkah 3: Beri masa murid memikir dan menjana hipotesis. Senaraikan semua hipotesis yang diberi murid. Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid menjana hipotesis. Lebih banyak guru membantu, pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya jikalau murid lebih banyak berdikari dalam menjana hipotesis, maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Langkah seperti di atas ini juga dijalankan bagi pembelajaran inkuiri induktif. Sebaliknya bagi inkuiri deduktif, guru akan terus menerangkan jawapan kepada persoalan utama tersebut, iaitu menyatakan generalisasi.
  • 11. Pendekatan Inkuiri / 165 Langkah 4: Miinta murid mereka bentuk aktiviti meneroka (contohnya menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas, mengeksperimen, perbincangan, atau mencari dan mensintesis maklumat). Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid mereka bentuk aktiviti meneroka. Darjah bimbingan sebenarnya banyak bergantung kepada faktor murid, kemudahan yang ada, persekitaran, tajuk, masa pembelajaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, jikalau guru mempunyai masa yang terhad tetapi menginginkan murid menjalankan eksperimen, guru akan menyediakan langkah-langkah secara terperinci tanpa banyak berbincang dengan murid tentang apa yang harus mereka lakukan. Namun, perlu diingat, seperti yang dibincangkan sebelum ini, ada pihak yang berpendapat aktiviti seperti ini bukanlah aktiviti inkuiri (Wenning, 2005a). Tiada perbezaan besar antara aktiviti inkuiri deduktif dengan induktif pada langkah ini. Perbezaan lebih kepada tujuan aktiviti meneroka dijalankan, di mana aktiviti meneroka yang lebih kepada menjelas dan mengesahkan generalisasi atau konsep merupakan aktiviti inkuiri deduktif manakala aktiviti meneroka bagi tujuan menemui sesuatu konsep atau generalisasi merupakan aktiviti inkuiri induktif. Langkah 5: Beri masa murid menjalankan aktiviti meneroka yang telah dibincangkan bersama (inkuiri terbimbing) atau dijana sepenuhnya oleh murid (inkuiri terbuka), sebaiknya dalam kumpulan. Guru bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membantu, menyoal, mencabar, dan menaksir (proses inkuiri dan kefahaman murid). Aktiviti boleh dijalankan di dalam atau luar bilik darjah. Aktiviti meneroka melibatkan murid membuat pencarian, pemerhatian, mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data, dan akhirnya membuat kesimpulan dan menjawab persoalan dalam kumpulan. Langkah 6: Beri masa murid membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan dan hujah masing-masing. Guru menggalakkan murid lain bertanya dan berbincang. Proses membuat kesimpulan lebih mencabar jikalau inkuiri induktif dilaksanakan tetapi lebih berkesan dalam membantu murid membina dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi. Satu siri penyoalan mungkin diperlukan bagi membantu murid menemui konsep atau generalisasi yang dikehendaki. Guru kemudian melabelkannya menggunakan istilah teknikal (di mana perlu) dan membuat peneguhan dengan sedikit penerangan. Sebaliknya proses membuat kesimpulan adalah jauh lebih mudah jikalau inkuiri deduktif dijalankan kerana konsep atau generalisasi telah didedahkan pada peringkat awal langkah 3. Usaha akan lebih banyak ditumpukan bagi mengaitkan bukti-bukti kepada generalisasi tersebut. Langkah 7: Wujudkan situasi atau konteks baru yang berkait dengan kehidupan seharian dan beri peluang murid mengaplikasi konsep atau generalisasi yang telah dibina dengan meminta murid menyelesaikan masalah dalam situasi atau konteks baru tersebut. Langkah 8: Tutup pembelajaran dengan meminta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka telah pelajari, bagaimana mereka berjaya membuat kesimpulan tersebut, dan membandingkannya dengan idea asal yang mereka beri di peringkat awal pembelajaran. Taksir kefahaman murid melalui aktiviti seperti kuiz pendek, soalan lisan, membina peta konsep atau peta minda, dan sebagainya. Kaitkan dengan tajuk akan datang dan beri murid tugasan lanjutan atau kerja rumah.
  • 12. 166 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 1. Cungkil 2. Kenal pasti/ idea dan jana rangsang sifat persoalan ingin tahu
 utama
 8. Buat 3. Jana refleksi 
 hipotesis
 7. Aplikasi 4. Rancang kesimpulan dan reka dalam situasi bentuk aktiviti baru
 meneroka 
 5. Jalankan 6. Bentang aktiviti, dapatan dan analisis data, kesimpulan
 dan buat kesimpulan
 Rajah 10.6 Kitar lengkap pembelajaran inkuiri berdasarkan pendekatan konstruktivisme Rancang langkah 2 hingga langkah 6 bagi satu tajuk tertentu dalam mata pelajaran tumpuan anda menggunakan pendekatan inkuiri induktif atau deduktif. Kenal pasti sekurang- kurangnya satu hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kemudian, bagi setiap langkah, huraikan dengan terperinci aktiviti guru dan murid yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Gunakan Jadual 10.2 untuk mencatat rancangan anda.
  • 13. Pendekatan Inkuiri / 167 Jadual 10.2 Rancangan aktiviti pembelajaran inkuiri Hasil Pembelajaran: 1. 2. Langkah Aktiviti guru Aktiviti murid 2 3 4 5 6 Adakah pembelajaran inkuiri sesuai dijalankan dalam semua keadaan? K esesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan murid, kelengkapan makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model, Internet dan sebagainya). Ada pendapat yang mengatakan kaedah ini tidak sesuai dijalankan dengan murid yang lambat atau kurang cerdas. Ini tidak benar sama sekali. Ini kerana pembelajaran inkuiri boleh disesuaikan dengan kebolehan murid dengan mengubah-ubah darjah bimbingan guru. Dengan lain perkataan, murid yang lambat mungkin perlu darjah bimbingan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini sesuai digunakan apabila; • proses pembelajaran sama pentingya dengan hasil pembelajaran • kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah merupakan sebahagian daripada hasil pembelajaran yang diinginkan • kefahaman konsep dan generalisasi (misalnya hukum dan teori) secara mendalam dan tahan lama merupakan penekanan • motivasi intrinsik ditekankan di mana sifat ingin tahu murid dikekal serta ditingkatkan • ada masalah yang perlu diselesaikan yang mungkin melibatkan lebih daripada satu penyelesaian • kebolehan belajar sepanjang hayat diinginkan
  • 14. 168 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Kaedah ini tidak sesuai digunakan apabila; • maklumat terperinci yang banyak perlu disampaikan • pembinaan kemahiran mengikut langkah-langkah tertentu diinginkan misalnya membina kemahiran mengukur menggunakan alat-alat pengukuran, melukis gambarajah sinar, melukis gambarajah litar, membaca, mengira, dan sebagainya • penghafalan dan ingat kembali yang pantas diperlukan Apakah antara cabaran melaksanakan pembelajaran inkuiri dan bagaimana cara mengatasinya? T idak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri di bilik darjah.Terdapat beberapa faktor yang mampu menggagalkan usaha menjalankan pembelajaran inkuiri jikalau tidak dijajarkan dengan hasil pembelajaran yang diharapkan. Setelah anda melalui perbincangan di atas dan diharap lebih memahami konsep pembelajaran inkuiri, bolehkah anda dengan yakin mengatakan anda sudahpun melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten di bilik darjah anda? Mengapa? Salah satu sebab yang biasa disuarakan guru yang tidak atau kurang melaksanakan pembelajaran inkuiri adalah masa yang tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Adakah ini benar bagi diri anda? Cabaran ini sebenarnya berkait rapat dengan isu penaksiran murid yang merupakan cabaran yang besar kepada pelaksanaan pembelajaran inkuiri. Hal ini kerana dalam konteks penaksiran yang diamalkan di Malaysia sekarang, penaksiran memberi penekanan yang tidak seimbang antara penguasaan isi kandungan dengan proses mencapai penguasaan isi kandungan tersebut. Kita tidak boleh menafikan bahawa apa yang ditaksir merupakan petunjuk penting kepada apa dan bagaimana ia diajar dan dipelajari. Sistem penaksiran yang lebih mementingkan penguasaan isi kandungan akan memberi petunjuk kepada guru, murid, dan semua yang ada kepentingan dalam pendidikan menitikberatkan pencapaian kognitif sahaja serta meminggirkan pembinaan kemahiran, sikap, dan nilai tertentu. Oleh itu masa pembelajaran murid banyak difokuskan kepada mendengar penerangan guru supaya silibus dapat dihabiskan dengan pantas bagi memberi lebih masa untuk latih tubi. Perkara ini sebenarnya disedari pelbagai pihak dan terkini beberapa perbincangan dilaksanakan untuk melihat semula sistem penaksiran kebangsaan supaya lebih terarah kepada konsep pembelajaran untuk membantu murid mencapai ketiga-tiga komponen hasil pembelajaran (kognitif, kemahiran, dan afektif termasuk kerohanian) bagi pembentukan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara melalui sistem penaksiran berasaskan sekolah. Sistem penaksiran baharu ini memerlukan penaksiran dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah yang dikendalikan guru masing-masing. Keadaan ini merupakan satu lagi cabaran baharu yang memerlukan komitmen dan kefahaman mendalam setiap warga pendidik terhadap hasrat yang ingin dicapai melalui sistem
  • 15. Pendekatan Inkuiri / 169 penaksiran berasaskan sekolah ini. Usaha berterusan diperlukan bagi membantu guru menyesuaikan diri dan seterusnya dapat menerima dengan hati yang terbuka cara baharu menaksir murid ini. Satu sebab lain yang mungkin jarang atau tidak disuarakan guru adalah kurangnya kemahiran guru sendiri dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri. Kebanyakan guru dan tenaga pengajar masih ragu- ragu dalam melaksanakan pengajaran menggunakan strategi inkuiri kerana mereka biasanya tidak belajar cara begini semasa di sekolah atau semasa menjalani persediaan mengajar di universiti. Wenning (2005) berpendapat pendedahan tentang strategi pembelajaran inkuiri semasa latihan guru di institusi pendidikan tinggi yang lebih banyak disampaikan melalui syarahan berbanding cara lain yang melibatkan murid secara aktif tidak banyak membantu bakal guru mahir dalam menjalankan pengajaran berciri inkuiri. Masalah ini dapat ditangani jikalau pihak tenaga pengajar di institusi yang melatih guru mengubah atau sekurang-kurangnya meminimumkan cara pengajaran terus kepada pengajaran yang memodelkan pembelajaran inkuiri dengan cara menggunakan strategi tersebut semasa pengajaran kedua-dua jenis kursus iaitu kursus yang menekankan penguasaan isi kandungan bidang pengkhususan dan kursus pendidikan terutama kursus kaedah mengajar. Kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan belajar serta sumber lain sangat penting dalam menjayakan pembelajaran inkuiri. Ini kerana pembelajaran inkuiri menitikberatkan penglibatan aktif murid memanipulasi peralatan dan bahan dalam meneroka sesuatu konsep atau generalisasi supaya proses pembinaan kefahaman berlaku secara bermakna dengan adanya bukti secara langsung. Oleh itu, kekurangan kemudahan juga mampu menjadi penyebab kepada kurangnya usaha guru melaksanakan pembelajaran inkuiri. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka tentang keperluan ini dengan merancang awal dan mengambil tindakan yang sesuai sebelum sesi persekolahan bermula untuk memastikan kemudahan ini ada dan mencukupi apabila diperlukan dan kemudahan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Ini juga terpakai bagi institusi pendidikan lain yang melaksanakan pembelajaran inkuiri. Anda mungkin mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak cenderung melaksanakan pembelajaran inkuiri yang tidak dibincangkan di atas (jika ada) atau pernah mendengar sebab-sebab tertentu daripada rakan sekerja. Mampukah anda memikirkan cara mengatasinya? Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan cadangan lebih lanjut bagaimana menghadapi cabaran tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  • 16. 170 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 RUMUSAN 1. Pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain. 2. Pembelajaran inkuiri menekankan kedua-dua hasil dan proses pembelajaran. Oleh itu, strategi ini mempunyai kelebihan membantu murid bukan sahaja mendapat pengetahuan dalam sesuatu disiplin ilmu bahkan juga membina dan meningkatkan kemahiran, sikap, dan nilai yang dihargai dalam disiplin tersebut dan juga kemahiran insaniah yang merentas disiplin. 3. Strategi pembelajaran inkuiri boleh dikategorikan kepada inkuiri deduktif dan inkuiri induktif atau inkuiri terbuka/bebas dan inkuiri terbimbing. 4. Pembelajaran inkuiri deduktif melibatkan proses penaakulan dari sesuatu generalisasi kepada contoh yang lebih spesifik atau konkrit, bertujuan mengesahkan generalisasi tersebut manakala pembelajaran inkuiri induktif adalah sebaliknya iaitu melibatkan proses penaakulan dari contoh-contoh spesifik atau konkrit kepada penemuan sesuatu generalisasi (contohnya teori, prinsip, dan hukum). 5. Inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka/bebas merupakan penghujung satu kontinuum pembelajaran inkuiri dari sudut darjah pemusatan murid/guru dan kecanggihan intelek murid di mana inkuiri terbuka/bebas mempunyai darjah pemusatan murid dan keperluan intektual murid yang lebih tinggi berbanding inkuiri terbimbing. 6. Langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri adalah: a. Mengenal pasti satu persoalan atau masalah utama yang perlu dijawab atau diselesaikan b. Merancang dan melaksanakan aktiviti penerokaan dan penyiasatan c. Membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah d. Menyampaikan dapatan kepada pihak lain 7. Pelaksanaan pembelajaran inkuiri di sekolah dan di institusi pendidikan lain menghadapi banyak cabaran, antaranya sistem penaksiran yang mementingkan aspek kognitif dengan meminggirkan aspek kemahiran dan nilai, kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri secara berkesan, dan kemudahan serta peralatan yang tidak dapat memenuhi keperluan semua murid.
  • 17. Pendekatan Inkuiri / 171 PETA KONSEP Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta D
 Konsep di bawah. Strategi
pembelajaran
inkuiri
 boleh
dikategorikan
mengikut
 ________________________________
 ________________________________
 Inkuri
terbimbing
 Inkuiri
terbuka/bebas
 Inkuiri
deduktif
 Inkuiri
induktif
 dilaksanakan
mengikut
4
langkah
utama

 iaitu
pertama,
mengenal
pasti
 
 melibatkan
penaakulan
dari


 memerlukan
lebih


 kedua,
merancang
dan
melaksanakan
 ______

 _______


 
 
 
 Bimbingan
guru
 ketiga,

membuat
 kepada

 
 dan
keempat,
menyampaikan

 

  • 18. 172 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 KATA KUNCI 1. Strategi pembelajaran inkuiri 6. Persoalan utama 2. Inkuiri terbimbing 7. Merancang 3. Inkuiri terbuka 8. Meneroka 4. Inkuiri deduktif 9.Membuat kesimpulan 5. Inkuiri induktif 10.Menyampaikan dapatan PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan strategi pembelajaran inkuiri? 2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan sebagai pembelajaran inkuiri. 3. Apakah perbezaan utama antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? Bagaimana pula perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri terbuka/bebas? 4. Apakah yang membezakan antara pembelajaran inkuiri dengan pengajaran terus melalui penerangan guru? 5. Adakah kebaikan pembelajaran inkuiri dapat memotivasikan anda untuk secara konsisten melaksanakannya di bilik darjah anda? Jika ya, bagaimanakah anda akan memanfaatkan kelebihannya dan pada masa yang sama cuba mengatasi cabaran yang datang bersama pelaksanaan kaedah tersebut? Jika tidak, apakah faktor yang menghalang keinginan anda daripada melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten? Bagaimanakah kemungkinan cara mengatasinya? RUJUKAN Bateman, W. L. (1990). Open to questions: The art of teaching and learning by inquiry. San Francisco: Jossey-Bass. Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available: http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/
 Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI
  • 19. Pendekatan Inkuiri / 173 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A
 Menjawab
 Mengenal
pas9
 Merancang
dan
 persoalan
 dan
 Menyampaikan
 persoalan/
 melaksanakan
 membuat
 dapatan
 masalah
utama
 aktvi9
meneroka
 kesimpulan
 Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru dan/atau murid sendiri. Pendekatan inkuiri yang lebih terbuka memberi peluang kepada murid menjana persoalan dan merancang penyiasatan sendiri. Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu ‘apakah faktor yang B
 menentukan tenggelam atau timbulnya sesuatu objek?’ Kemudian murid diberi peluang menjana hipotesis, merancang aktiviti penyiasatan, mengawal pemboleh ubah serta melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Murid melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Aktiviti termasuklah C
 mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas.
  • 20. 174 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 D
 Strategi
pembelajaran
inkuiri
 boleh
dikategorikan
mengikut
 darjah
bimbingan
guru

sebagai
 arah
penaakulan

yang
terlibat
sebagai
 Inkuri
terbimbing
 Inkuiri
terbuka/bebas
 Inkuiri
deduktif
 Inkuiri
induktif
 dilaksanakan
mengikut
4
langkah
utama

 iaitu
pertama,
mengenal
pasti
 Persoalan
utama
 melibatkan
penaakulan
dari


 memerlukan
lebih


 kedua,
merancang
dan
melaksanakan
 tinggi


 rendah


 Aktiviti

meneroka
 Generalisasi
 Contoh
spesifik
 Bimbingan
guru
 ketiga,

membuat
 kepada

 Kesimpulan
 dan
keempat,
menyampaikan

 Dapatan
 Lawati MyGuru2 untuk mengambil Ujian 1 dalam talian.