SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
Télécharger pour lire hors ligne
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB
                MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

                                              Oleh:
                                           Aida Ibrahim

                          Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah
                                    86000 Kluang, Johor


                                             ABSTRAK

         Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran
         mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun
         5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta
         asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam
         orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini.
         Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik,
         latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang
         mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas
         darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk
         menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan
         tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini.
         Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama
         empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap
         sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat
         peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik.
         Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan
         peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat
         menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya,
         kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru
         dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta
         asas darab hingga 9 x 9.


1.0      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif.
Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat
gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah
fakta asas darab (sifir).
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan
latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak,
saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh
markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam
orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada
pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang
berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak
membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada
temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama
ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk
menangani masalah ini.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   1
Sekolah Rendah
Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir
atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif
ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas
darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran
mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang
melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Saya berharap sekiranya kajian
saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke
arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta
merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

2.0     FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan
cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih lagi termenung
dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka.
Saya menggunakan pendekatan permainan domino dalam kajian ini.

Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik.
Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran
menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa
yang ditetapkan akan timbul.

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik
dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan
daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab.

3.0     OBJEKTIF KAJIAN


        3.1      Objektif Am
                 Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga
                 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.


        3.2      Objektif Khusus
                 3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil
                          darabnya dengan tepat atau sebaliknya.
                 3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan
                          tepat dan cepat.
                 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran
                          Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas darab.
                 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria
                          dan harmonis.


4.0     KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Arif yang didapati
mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam
kalangan murid-murid yang sederhana.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2
Sekolah Rendah
5.0      PELAKSANAAN KAJIAN

         5.1      TINJAUAN MASALAH

         5.1.1   Pemerhatian
         Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini
         dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui
         respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

         5.1.2    Temu Bual
         Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara
         tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak
         langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai
         kemahiran mengingat dan menghafal.

         5.1 3 Soal Selidik
         Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
         mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan
         mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid
         untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

          5.1.4   Ujian Pra
         Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam
         tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan sebelum
         sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan
         murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian.
         Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.


         5.2     ANALISA TINJAUAN MASALAH

          5.2.1 Pemerhatian
         Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
         didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5
         Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan
         murid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala
         tiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah
         mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya
         berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam
         Matematik.

         5.2.2 Temu Bual
         Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid
         meminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk
         ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang (100%) mengatakan
         mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,
         banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan
         yang mereka amalkan membosankan.




Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   3
Sekolah Rendah
5.2.3     Soal Selidik

        Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak

                                 Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9

                                                              SETUJU             TIDAK SETUJU
BIL                    PERKARA
                                                         BIL           %          BIL           %

  1     Minat mata pelajaran Matematik.                   6          100           0            0

        Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor
  2                                                       5           83           1           17
        Bulat Hingga 1 000 000’.

        Berupaya mencongak fakta asas
  3                                                       0            0           6           100
        darab hingga 9 x 9.

  4     Mudah lupa fakta asas darab.                      4           67           2           33


  5     Bosan menghafal fakta asas darab.                 4           67           2           33

        Berupaya menjawab dengan tepat
  6     soalan pendaraban sekiranya tempoh                6          100           0            0
        masa menjawab dipanjangkan.

         Jadual 1 menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupaya
         mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa
         fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga, empat orang murid (67%) berasa
         bosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka tidak berupaya
         mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid saya
         bersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh
         masa menjawab dipanjangkan.

         5.2.4    Ujian Pra

             Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Arif Dalam Ujian Pra
                         GRED                   UJIAN PRA
                                         BILANGAN           %
                           A                 24             65
                           B                  7             19
                           C                  6            16
                           D                  0             0
                           E                  0              0
                    JUMLAH MURID             37            100

         Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Murid-murid
         ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.
         Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   4
Sekolah Rendah
hanya enam orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil
         tindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9
         x 9 merupakan asas penting dalam Matematik.

5.3      TINDAKAN YANG DIJALANKAN
         5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
         Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan
         kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan
         sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

         5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )
         1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua
             dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa.
         2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam
             permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil
             darabnya atau sebaliknya.
         3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu.

         5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit )
         1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang
             mengandungi 60 soalan.
         2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9.
         3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit.
         4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

         5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit )
         1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid
         2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit.
         3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

         5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit )
         1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3.
         2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid.
         3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3
             minit.
         4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

         5.3.2    Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah:
                  a)    Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab )
                        i)       Buah dadu
                        ii)      Kad-kad Fakta Asas Darab
                        iii)     Kad Permulaan Permainan
                        iv)      Borang analisa pencapaian kumpulan
                        v)       Jam

                  b)       Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )
                           i)       Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas
                                    Darab.
                           ii)      Borang analisa pencapaian individu.
                           iii)     Jam.

                  c)       Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   5
Sekolah Rendah
i)       Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas
                                    Darab.
                           ii)      Borang analisa pencapaian individu.
                           iii)     Jam.

                  d)       Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )
                           i)       Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas
                                    Darab.
                           ii)      Borang analisa pencapaian individu.
                           iii)     Jam.

          5.3.3   Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.

                  a)       Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 16
                           Februari 2004 hingga 11 Mac 2004.
                  b)       Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai
                           hari Isnin hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu
                           pengajaran dan pembelajaran.
                  c)       Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan
                           dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian,
                           temubual dan soal selidik.
                  d)       Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang
                           sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa
                           proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan bertulis dan
                           ujian pra.
                  e)       Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini.
                           Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka
                           menjawab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih
                           bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat
                           secara temubual.
                  f)       Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran
                           sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan
                           untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran
                           Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
                  g)       Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos
                           dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada
                           kumpulan murid sasaran. Keputusan ujian pra dan ujian pos
                           dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid.
                  h)       Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan
                           pendaraban di bawah tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1
                           000 000’. Soalan ujian pra sama dengan soalan ujian pos.
                  i)       Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma
                           yang berbeza ialah set soalan bagi Ujian Cepat Kira.


    5.4       PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

          5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab)
          Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4
          minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam
          setiap hari bermula dari 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004.


Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   6
Sekolah Rendah
Setiap set permainan terdiri daripada sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan
          bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi
          soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Nilai nombor yang
          bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. Sekiranya ada, cuma
          kebetulan sahaja.

                                 Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab.
                                                      3x0        27
              Soalan fakta asas darab                                            Hasil darab




          Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut:

LANGKAH                                            PENERANGAN
Langkah 1     1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada
                 murid-murid.
              2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka.
                    a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta
                        murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan
                        permainan.
                    b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara
                        kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad.
                    c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan
                        giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar
                        akan memulakan permainan terlebih dahulu.
                    d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat
                        padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi.
                    e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain
                        tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang
                        tertera.
                    f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir.
                    g) Kad-kad boleh diletakkan secara:
                        i) melintang sebelah kanan atau kiri
                        ii)menegak ke atas atau ke bawah.
                    h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran
                         akan diambil oleh pemain kumpulan lawan.

Langkah 2     1)   Murid-murid mula bermain.
              2)   Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang
                   masih tidak memahami cara-cara bermain.

Langkah 3     1)   Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan
                   dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala
                   kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.




 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   7
 Sekolah Rendah
Rajah 2: Contoh kedudukan sebahagian kad-kad semasa bermain

                                                                             Kad permulaan
                                                           18

   Fakta asas darab yang berkaitan
                                                          2x0                                   54


                                                 4x0        0        0       3x0       27       9x3


                                                  36                                             27

                                                 6x6       36       6x3
                                                                                                9x7

                                                  24



         i)      Pemerhatian
         Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid          ini mula
         menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersaing
         untuk menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadi
         pemenang. Bagi murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut, mereka
         juga dikehendaki menghabiskan kad-kad yang ada. Tujuannya adalah untuk
         mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab mereka.

         ii)     Refleksi
         Saya berpendapat       bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya
         merangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x
         9. Mereka berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masa
         yang singkat. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria,
         harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya ada
         masa terluang, mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang
         tidak berfaedah. Mereka mengisi masa tersebut dengan bermain permainan
         domino ini. Perubahan ini begitu menggembirakan saya.

         5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit )
         Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah
         langkah-langkah bagi aktiviti 2.

                  i.       Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan.
                           Guru menerangkan cara-cara menjawab.
                  ii.      Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh
                           masa 5 minit.
                  iii.     Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------    8
Sekolah Rendah
i)   Pemerhatian
                 Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1
         dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap
         fakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat
         menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan
         semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan
         dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil
         dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

                 Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas
                                       Darab ( 5 minit )
                    Murid-murid Kumpulan         Tempoh masa menjawab terpantas
                            Sasaran                   bagi semua jawapan betul.
                                                             ( minit: saat )
                             Murid 1                              1:13
                             Murid 2                              1:16
                             Murid 3                              1:14
                             Murid 4                              1:13
                             Murid 5                              0:59
                             Murid 6                              0:59

         ii)   Refleksi
            Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum
    sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu
    menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih
    membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan
    mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan.

         5.4.3    Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit )
                  i.       Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2.
                  ii.      Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh
                           masa 4 minit.
                  iii.     Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

         i)      Pemerhatian
                 Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh
         masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab
         soalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapat
         menjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan.
         Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

                  Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta
                                     Asas Darab ( 4 minit )
                   Murid-murid Kumpulan           Tempoh masa menjawab terpantas
                          Sasaran                       bagi semua jawapan betul.
                                                                  ( minit: saat )
                          Murid 1                                       0:58
                          Murid 2                                       1:16
                          Murid 3                                       1:13
                          Murid 4                                       1:05
                          Murid 5                                       0:52
                          Murid 6                                       0:58
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   9
Sekolah Rendah
ii)     Refleksi
    Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta
    asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.
         5.4.4     Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit )
                   i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki
                       menjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit.
                   ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

         i)     Pemerhatian
         Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat
         menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka
         juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat
         menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan
         daripada borang analisa pencapaian individu.

  Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit )

                                                         Tempoh masa menjawab terpantas
               Murid-murid Kumpulan Sasaran                 bagi semua jawapan betul.
                                                                   ( minit: saat )
                            Murid 1                                     0:59
                            Murid 2                                     1:05
                            Murid 3                                     1:08
                            Murid 4                                     0:58
                            Murid 5                                     0:51
                            Murid 6                                     0:56

         ii)     Refleksi
                 Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai
         kemahiran mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secara
         berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.

         5.5     REFLEKSI KAJIAN
         5.5.1   Penilaian Pencapaian Murid.
                 Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan
         yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu
         murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.
         Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-
         murid dalam ujian pos.

      Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
                                    UJIAN PRA                       UJIAN POS
                 GRED

                              BIL              %              BIL              %
                   A            0              0                6             100
                   B            0              0                0              0
                   C            6             100               0              0
                   D            0              0                0              0
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   10
Sekolah Rendah
E          0           0              0            0
        Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Enam orang (100%) murid
        tersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian pra
        yang telah dijalankan.
        Saya juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatan
        maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah.

      Graf 1: Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos.
                                  100
                                   90
                                   80
                                   70
                     MARKAH (%)




                                   60
                                   50                                                              Ujian Pra

                                   40                                                              Ujian Pos
                                   30
                                   20
                                   10
                                    0
                                         M1   M2    M3          M4       M5        M6
                                                        MURID

              Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Enam orang (100%) murid
             telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah
             mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos
             berbanding ujian pra.

             Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian
                                                         SEBELUM                         SELEPAS
BIL                               ITEM                 YA      TIDAK                   YA      TIDAK
                                                   BIL     %  BIL   %               BIL    %  BIL  %
1      Minat mata pelajaran Matematik               6     100  0    0                6    100  0    0
2      Minat tajuk ‘Pendaraban Nombor
                                                    5       83       1        17    6      100      0         0
       Bulat Hingga 1 000 000’
3      Berupaya mencongak fakta asas
                                                    0       0        6     100      6      100      0         0
       darab hingga 9 x 9
4      Teknik hafalan mereka
                                                    4       67       2        33    0       0       6     100
       membosankan
4      Seronok belajar sambil bermain                                               6      100      0         0

             Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta
             asas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik
             pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan

    Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   11
    Sekolah Rendah
permainan Domino Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk
         mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minat
         mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat
         Hingga 1 000 000’.

         5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan.
         Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah
         dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan
         sasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani
         suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal.

         Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid
         terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana naluri
         kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan
         menyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik
         daripada mereka.

         Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Mereka
         berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja
         berbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat.

         Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga
         9 x 9, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab
         (Aktiviti 2, 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan
         berkeyakinan. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul
         adalah 51 saat.

         5.5.3    Refleksi Keseluruhan

         Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya
         membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab
         hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang
         melibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang
         dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid.
         Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid-
         murid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada
         mereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’.

6.0      Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

         Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan
         minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan
         ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu
         meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Soalan-
         soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalan
         meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut
         tempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga
         akan saya gunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian
         seterusnya.




Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   12
Sekolah Rendah
BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun
5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan
Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka &
Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin
Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.




Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   13
Sekolah Rendah
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------   14
Sekolah Rendah

Contenu connexe

Tendances

kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikYee Chin
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirIeta Yahya
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Noraini Sahirin
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1NUR FADLILLAH NAZAR
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)WanAkmalZahran
 
DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2zerat88
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANArra Asri
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
Meningkatkan keyakinan diri murid
Meningkatkan keyakinan diri muridMeningkatkan keyakinan diri murid
Meningkatkan keyakinan diri muridMya Eja
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahBadRule Izraeel
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanNaim Manaf
 

Tendances (20)

kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematik
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifir
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh RPH Pemulihan
Contoh RPH Pemulihan Contoh RPH Pemulihan
Contoh RPH Pemulihan
 
Pill matematik
Pill matematikPill matematik
Pill matematik
 
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
Sains Tahun 4 (Unit 2: Manusia)
 
DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
Meningkatkan keyakinan diri murid
Meningkatkan keyakinan diri muridMeningkatkan keyakinan diri murid
Meningkatkan keyakinan diri murid
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
 

En vedette

Fakta asas darab
Fakta asas darabFakta asas darab
Fakta asas darabmarshiza
 
Lembaran kerja darab
Lembaran kerja darabLembaran kerja darab
Lembaran kerja darabZiana Qalesya
 
Fakta Asas Matematik
Fakta Asas MatematikFakta Asas Matematik
Fakta Asas Matematikfaizahsaiful
 
Kemahiran asas matematik
Kemahiran asas matematikKemahiran asas matematik
Kemahiran asas matematikshare with me
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanrehanqistina
 
Soalan fakta asas tahun 4 6
Soalan fakta asas tahun 4   6Soalan fakta asas tahun 4   6
Soalan fakta asas tahun 4 6marshiza
 
Fakta asas bahagi
Fakta asas bahagiFakta asas bahagi
Fakta asas bahagimarshiza
 
Power Point Sifir 1 Hingga 9
Power Point Sifir 1 Hingga 9Power Point Sifir 1 Hingga 9
Power Point Sifir 1 Hingga 9Aziz Mamat
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIUmmu Faqihah
 
Templete Kad bijak sifir
Templete Kad bijak sifirTemplete Kad bijak sifir
Templete Kad bijak sifirSalwa Samsudin
 
fakta asas sifir
fakta asas sifirfakta asas sifir
fakta asas sifirMaznah Eksi
 
Sifir Bahasa
Sifir BahasaSifir Bahasa
Sifir BahasaAsniem CA
 

En vedette (20)

Fakta asas darab
Fakta asas darabFakta asas darab
Fakta asas darab
 
Lembaran kerja darab
Lembaran kerja darabLembaran kerja darab
Lembaran kerja darab
 
Fakta Asas Matematik
Fakta Asas MatematikFakta Asas Matematik
Fakta Asas Matematik
 
Kemahiran asas matematik
Kemahiran asas matematikKemahiran asas matematik
Kemahiran asas matematik
 
Borang petak sifir
Borang petak sifirBorang petak sifir
Borang petak sifir
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
Konsep bahagi
Konsep bahagiKonsep bahagi
Konsep bahagi
 
Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
 
Soalan fakta asas tahun 4 6
Soalan fakta asas tahun 4   6Soalan fakta asas tahun 4   6
Soalan fakta asas tahun 4 6
 
Fakta asas bahagi
Fakta asas bahagiFakta asas bahagi
Fakta asas bahagi
 
Power Point Sifir 1 Hingga 9
Power Point Sifir 1 Hingga 9Power Point Sifir 1 Hingga 9
Power Point Sifir 1 Hingga 9
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
 
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS. CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
 
Sifir
SifirSifir
Sifir
 
Templete Kad bijak sifir
Templete Kad bijak sifirTemplete Kad bijak sifir
Templete Kad bijak sifir
 
fakta asas sifir
fakta asas sifirfakta asas sifir
fakta asas sifir
 
ASAS MATEMATIK
ASAS MATEMATIKASAS MATEMATIK
ASAS MATEMATIK
 
bbm bunga sifir
bbm bunga sifirbbm bunga sifir
bbm bunga sifir
 
Sifir Bahasa
Sifir BahasaSifir Bahasa
Sifir Bahasa
 
Mari belajar darab
Mari belajar darab Mari belajar darab
Mari belajar darab
 

Similaire à Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab

Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagiFAIZAL1978
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 

Similaire à Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab (20)

Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
Kajian 2017
Kajian 2017Kajian 2017
Kajian 2017
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
21952149 kemahiran-ingat-sifir-melalui-operasi-darab-dan-bahagi
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Kajian tindakan03
Kajian tindakan03Kajian tindakan03
Kajian tindakan03
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Jurnal 8
Jurnal 8Jurnal 8
Jurnal 8
 

Plus de Hamidah Samsiah

Power point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian TindakanPower point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 
Proposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan PresentationProposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan PresentationHamidah Samsiah
 

Plus de Hamidah Samsiah (7)

Power Point Proposal
Power Point ProposalPower Point Proposal
Power Point Proposal
 
Lampiran(print)
Lampiran(print)Lampiran(print)
Lampiran(print)
 
Power point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian TindakanPower point Proposal Kajian Tindakan
Power point Proposal Kajian Tindakan
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Proposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan PresentationProposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan Presentation
 
Power Point Tugasan 1
Power Point Tugasan 1Power Point Tugasan 1
Power Point Tugasan 1
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 

Dernier

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 

Dernier (12)

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 

Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab

  • 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai enam orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1 Sekolah Rendah
  • 2. Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa ‘Mathematics is fun and easy’. 2.0 FOKUS KAJIAN Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih lagi termenung dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Saya menggunakan pendekatan permainan domino dalam kajian ini. Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya dengan tepat atau sebaliknya. 3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan cepat. 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mencongak fakta asas darab. 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 Arif yang didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang sederhana. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2 Sekolah Rendah
  • 3. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. 5.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 5.1.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. Tempoh masa menjawab adalah 15 minit. 5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5 Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala tiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam Matematik. 5.2.2 Temu Bual Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid meminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang (100%) mengatakan mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah, banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan membosankan. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3 Sekolah Rendah
  • 4. 5.2.3 Soal Selidik Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9 SETUJU TIDAK SETUJU BIL PERKARA BIL % BIL % 1 Minat mata pelajaran Matematik. 6 100 0 0 Minat Tajuk ‘Pendaraban Nombor 2 5 83 1 17 Bulat Hingga 1 000 000’. Berupaya mencongak fakta asas 3 0 0 6 100 darab hingga 9 x 9. 4 Mudah lupa fakta asas darab. 4 67 2 33 5 Bosan menghafal fakta asas darab. 4 67 2 33 Berupaya menjawab dengan tepat 6 soalan pendaraban sekiranya tempoh 6 100 0 0 masa menjawab dipanjangkan. Jadual 1 menunjukkan enam orang (100%) murid saya tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga, empat orang murid (67%) berasa bosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid saya bersetuju dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. 5.2.4 Ujian Pra Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Arif Dalam Ujian Pra GRED UJIAN PRA BILANGAN % A 24 65 B 7 19 C 6 16 D 0 0 E 0 0 JUMLAH MURID 37 100 Jadual 2 menunjukkan enam orang (16%) murid mendapat gred C. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4 Sekolah Rendah
  • 5. hanya enam orang sahaja, namun masalah ini dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9 x 9 merupakan asas penting dalam Matematik. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah: 5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. 2) Permainan ini dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya atau sebaliknya. 3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu. 5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. 2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid 2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit. 3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3. 2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3 minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah: a) Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab ) i) Buah dadu ii) Kad-kad Fakta Asas Darab iii) Kad Permulaan Permainan iv) Borang analisa pencapaian kumpulan v) Jam b) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam. c) Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit ) Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5 Sekolah Rendah
  • 6. i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam. d) Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam. 5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004. b) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. c) Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik. d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan bertulis dan ujian pra. e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal selidik diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. f) Temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. g) Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid. h) Ujian pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Soalan ujian pra sama dengan soalan ujian pos. i) Aktiviti 1, 2, 3 dan 4 diulangi bagi setiap sesi bimbingan cuma yang berbeza ialah set soalan bagi Ujian Cepat Kira. 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab) Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam setiap hari bermula dari 16 Februari 2004 hingga 11 Mac 2004. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6 Sekolah Rendah
  • 7. Setiap set permainan terdiri daripada sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Nilai nombor yang bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. Sekiranya ada, cuma kebetulan sahaja. Rajah 1: Contoh kad fakta asas darab. 3x0 27 Soalan fakta asas darab Hasil darab Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan seperti berikut: LANGKAH PENERANGAN Langkah 1 1) Guru mengedarkan satu set permainan Domino Fakta Asas Darab kepada murid-murid. 2) Guru menerangkan cara bermain kepada mereka. a) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan. b) Kad-kad fakta asas darab dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad. c) Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan permainan terlebih dahulu. d) Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan tadi. e) Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera. f) Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir. g) Kad-kad boleh diletakkan secara: i) melintang sebelah kanan atau kiri ii)menegak ke atas atau ke bawah. h) Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran akan diambil oleh pemain kumpulan lawan. Langkah 2 1) Murid-murid mula bermain. 2) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang masih tidak memahami cara-cara bermain. Langkah 3 1) Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan dahulu kad-kad fakta asas darab dikira sebagai pemenang manakala kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7 Sekolah Rendah
  • 8. Rajah 2: Contoh kedudukan sebahagian kad-kad semasa bermain Kad permulaan 18 Fakta asas darab yang berkaitan 2x0 54 4x0 0 0 3x0 27 9x3 36 27 6x6 36 6x3 9x7 24 i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil bermain. Murid-murid bersaing untuk menghabiskan kad-kad yang berada di tangan dan ingin menjadi pemenang. Bagi murid yang dianggap kalah dalam permainan tersebut, mereka juga dikehendaki menghabiskan kad-kad yang ada. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab mereka. ii) Refleksi Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya merangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka berupaya memadankan kesemua kad yang ada dalam jangka masa yang singkat. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya ada masa terluang, mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka mengisi masa tersebut dengan bermain permainan domino ini. Perubahan ini begitu menggembirakan saya. 5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 minit ) Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-langkah bagi aktiviti 2. i. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. Guru menerangkan cara-cara menjawab. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8 Sekolah Rendah
  • 9. i) Pemerhatian Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1 dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 5 minit ) Murid-murid Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas Sasaran bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) Murid 1 1:13 Murid 2 1:16 Murid 3 1:14 Murid 4 1:13 Murid 5 0:59 Murid 6 0:59 ii) Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan. 5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 minit ) i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 4 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. i) Pemerhatian Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapat menjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 4 minit ) Murid-murid Kumpulan Tempoh masa menjawab terpantas Sasaran bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) Murid 1 0:58 Murid 2 1:16 Murid 3 1:13 Murid 4 1:05 Murid 5 0:52 Murid 6 0:58 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 9 Sekolah Rendah
  • 10. ii) Refleksi Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. 5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 minit ) i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit. ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit ) Tempoh masa menjawab terpantas Murid-murid Kumpulan Sasaran bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) Murid 1 0:59 Murid 2 1:05 Murid 3 1:08 Murid 4 0:58 Murid 5 0:51 Murid 6 0:56 ii) Refleksi Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka. 5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid. Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid- murid dalam ujian pos. Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos UJIAN PRA UJIAN POS GRED BIL % BIL % A 0 0 6 100 B 0 0 0 0 C 6 100 0 0 D 0 0 0 0 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 10 Sekolah Rendah
  • 11. E 0 0 0 0 Jadual 6 menunjukkan peningkatan kualiti dalam ujian pos. Enam orang (100%) murid tersebut telah mencapai gred A dalam ujian pos berbanding gred C dalam ujian pra yang telah dijalankan. Saya juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu. Dapatan maklumat ditunjukkan dalam graf di bawah. Graf 1: Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos. 100 90 80 70 MARKAH (%) 60 50 Ujian Pra 40 Ujian Pos 30 20 10 0 M1 M2 M3 M4 M5 M6 MURID Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Enam orang (100%) murid telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah mencapai gred A dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding ujian pra. Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian SEBELUM SELEPAS BIL ITEM YA TIDAK YA TIDAK BIL % BIL % BIL % BIL % 1 Minat mata pelajaran Matematik 6 100 0 0 6 100 0 0 2 Minat tajuk ‘Pendaraban Nombor 5 83 1 17 6 100 0 0 Bulat Hingga 1 000 000’ 3 Berupaya mencongak fakta asas 0 0 6 100 6 100 0 0 darab hingga 9 x 9 4 Teknik hafalan mereka 4 67 2 33 0 0 6 100 membosankan 4 Seronok belajar sambil bermain 6 100 0 0 Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 11 Sekolah Rendah
  • 12. permainan Domino Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. 5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Aktiviti 1 (Permainan Domino Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana naluri kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan menyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Mereka berjaya menamatkan permainan dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja berbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat. Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (Aktiviti 2, 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul adalah 51 saat. 5.5.3 Refleksi Keseluruhan Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid- murid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa ‘Mathematics is fun and easy’. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Soalan- soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalan meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut tempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga akan saya gunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian seterusnya. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 12 Sekolah Rendah
  • 13. BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka & Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 13 Sekolah Rendah
  • 14. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 14 Sekolah Rendah