SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
Saat Sayang Bertaut
                          By: Bro Muhamad Na’im (jacknaim)




Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi
USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team
(MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui program
kesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana
“Islam itu Mudah dan Fitrah”

                                       *******

Alang menyedut rokok daun sedalam-dalamnya sambil bersandar di dinding rumahnya yang
di perbuat dari buluh. Seketika kemudian, asap rokok itu dihembus keluar dari rongga
pernafasannya. Asap yang pada mulanya berkepul-kepul itu akhirnya menipis di udara dan
akhirnya menghilang.

Isterinya Tina sedang menyental pucuk ubi kayu yang baru di rebusnya bagi menyediakan
lauk tengah hari mereka. Sambil menghancurkan pucuk ubi itu, dia merebus pula terung
manggoi untuk dimasak bersama pucuk ubi nanti.
Dia menghalakan wajahnya ke muka pintu. Terik mentari menyinari wajahnya. “Masih belum
sampai lagi anak-anak. Sudah tengah hari! Mungkin petang nanti mereka sampai.”

“Tak sabar sungguh apak menunggu anak! Bukan kah jauh jarak perjalanan. Sabar saja. Nanti
sampai lah mereka.” Isterinya pula membalas.

“Iyalah Tina.” Rokok yang dihisapnya tadi sudah pun habis. Dia melontarkan puntung rokok
melalui jendela rumahnya. Otaknya ligat memikirkan saat kedatangan sebuah land cruiser
kepunyaan ABIM beberapa hari yang lampau.

Kata mereka, ada sekumpulan anak-anak pelajar dari Universiti Sains Malaysia Kubang
Kerian ingin datang ke kampung mereka untuk program anak angkat dan membuka klinik
bergerak bagi merawat kesakitan orang kampung.

Tentu sahaja Alang berasa gembira apabila ditawarkan untuk menerima anak angkat.
Masakan tidak, perjalanan dari Kuala Betis dan Tohoi ke Pos Simpor mengambil masa selama
hampir empat jam dengan menaiki Hillux atau Land Cruiser. Laluan yang menggunakan jalan
balak itu cukup mencabar sekali kerana sempit. Ada bukit yang hampir sahaja menegak dan ia
cukup berbahaya sekali untuk dinaiki. Andai tidak bernasib baik, akan ada sahaja tanah runtuh
yang berlaku.

Alang berdoa pada roh nenek moyangnya agar hari tidak hujan kerana dia tahu bahawa jalan
ke Simpor pasti tidak dapat dilalui jika hujan. Tanahnya terlalu licin dan kenderaan bisa
sahaja terbabas ke dalam gaung dalam di tepi laluan balak itu.

Di sebalik kegembiraannya, Alang berasa bimbang juga. Takut kalau-kalau dia tidak mampu
menyediakan layanan terbaik buat anak-anak angkat mereka nanti. Dia masih teringat bahawa
dua tahun dahulu, ada juga rombongan orang luar datang untuk program anak angkat. Dia
sedikit berasa hati apabila anak-anak angkat tidak mahu menjamah makanan yang dimasak
Tina. Biarpun mereka memberi alasan tidak lapar atau sudah makan di Surau, tetapi bagi
orang asli, mereka sedikit terhina jika makanan yang dihidang tidak disentuh tetamu.

Mungkin juga orang luar berpandangan bahawa mereka kotor dan masakan mereka tidak
sedap. Takut juga andai mereka berpandangan bahawa makanan mereka tidak ubah seperti
makanan cuak (anjing).
Selain itu, dia juga tertanya-tanya apa motif mereka ingin bertandang ke Simpor. Tambahan
pula mereka datang bersama ABIM yang selalu datang berdakwah untuk mengajak mereka
memeluk Islam.

Beberapa tahun dulu, ada pendakwah yang entah dari kumpulan mana datang ke Simpor
untuk berdakwah. Kata mereka, Islam agama yang betul dan diterima oleh TUHAN. Bukan
Alang tidak mahu menerimanya, tetapi dia sayang akan adat sewang tinggalan nenek
moyangnya. Kalau jadi Islam nanti, sudah tidak boleh bersewang untuk tujuan menghantar
dan memanggil roh hutan.

Tambahan pula, pakaian pendakwah itu yang berjubah membuatkan dia berfikir bahawa
itulah pakaian yang harus dipakainya nanti. Bagaimana dia ingin memburu tupai di hutan atau
memanjat pokok untuk mengambil madu andai terpaksa memakai pakain tersebut.

Bolehkah juga dia menjalankan ibadat orang islam seperti bersembahyang sebanyak lima
waktu.

Ah. Kalau anak angkat datang nanti, aku tipu sahaja mereka dengan mengatakan bahawa aku
sudah Islam. Tentu mereka tidak akan bercerita panjang tentang agama padanya nanti.

“Alang. Mari makan nasi dulu. Nanti sejuk tidak sedap.” Panggilan Tina menghentikan
lamunannya.

“Kamu panggil Andak, Hitam dengan Betty makan sekali.” Arah Alang pada isterinya agar
membawa anak-anak mereka makan bersama.

Mereka cukup berselera sekali menjamah hidangan tengah hari itu. Bagi mereka, hidangan
nasi dengan sayur pucuk ubi campur terung manggoi bersama dengan Ikan Tengas goreng
sudah cukup mewah. Dua pinggan nasi boleh habis dalam masa yang cukup sekejap sahaja.

Selesai makan, Alang berehat di ruang tamu. Hasratnya untuk ke hutan bagi mencari Tongkat
Ali dan kacip fatimah dibatalkan sahaja kerana menunggu ketibaan anak angkat mereka.

                                         *******

Matahari sudah mula menyembunyikan diri sewaktu Amat datang menurutnya di rumah. Kata
Amat, anak-anak angkat sudah datang dan mereka mesti berkumpul di dewan untuk sesi
penyerahan anak angkat. Seramai 11 keluarga dari 22 keluarga penduduk Simpor bersetuju
untuk menerima anak angkat. Hanya keluarganya dengan Amat yang bukan beragama Islam.
Penduduk lain pula enggan menerima anak angkat kerana risau kedatangan mereka adalah
untuk memaksa mereka memeluk Islam.

Alang dan Tina bergegas turun dari rumah mereka untuk menuju ke dewan yang terletak
sejauh kira-kira lima minit perjalanan. Andak dan Hitam dari tadi lagi tiada dari rumah.
Mungkin mereka bermain di sungai. Betty yang baru berusia setahun itu pula dikendong oleh
isterinya.

Di dewan, kelihatan rakan-rakannya yang lain sudah mula memenuhi kawasan sekitar. Lima
buah land cruiser, sebuah lori dan empat buah land rover disusun dengan kemas di tepi
dewan. Kenderaan itu membawa sejumlah 36 orang peserta. 30 pelajar USM dan 6 orang ahli
ABIM.

Ayah Man yang merupakan wakil dari ABIM memanggil semua keluarga angkat dan pelajar
USM untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi pembahagian anak angkat. Majlis berlangsung
dengan sederhana tetapi meriah dengan sorakan dan tepukan tangan dari para hadirin yang
begitu teruja sekali kerana mendapat keluarga baru.

30 minit kemudian, majlis tamat dan tibalah masa untuk anak-anak angkat berkunjung ke
rumah keluarga angkat masing-masing. Alang mendapat tiga orang anak angkat, dua
perempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka bergegas pulang ke rumah. Anak-anak
angkatnya pula membimbit sedikit buah tangan berupa teh, biskut dan gandum.




                                           *******

“Bagaimana perjalanan anak-anak tadi? Seronok tak?” Tegur Alang sewaktu mereka bersila
di ruang tamu. Tina pula sedang membancuh air kopi sambil di bantu oleh Syakira yang
merupakan salah seorang peserta program.

“Satu pengalaman baru Apak. Kali pertama datang sini. Teruja sangat-sangat.” Jawab Anas.

“Cantik pemandangan sepanjang laluan datang sini. Bukit bukau yang cantik, pepohon yang
menghijau dan burung pelbagai warna yang berterbangan bebas. Sungguh menakjubkan
Apak. Udaranya juga segar dan jauh dari kesibukan bandar.” Sambung Shahila pula.

“Iya Apak. Betul tu. Empat jam naik land cruiser. Jalannya yang berlubang-lubang dan
berdebu itu sungguh mencabar. Ada masa kami semua terpaksa berjalan kaki sebab kudrat
kenderaan tidak kuat untuk mendaki bukit. Tadi sahaja, sebiji land cruiser kami terbalik.
Nasib baik semua selamat.” Anas pula semakin bersemangat untuk bercerita.

“Minum kopi dulu. Lepas tu sambung cerita lagi.”Tina bersuara dari dapur sambil berjalan
dengan membawa air kopi. Syakira pula membawa sepinggan biskut kering yang dibawa
mereka tadi.

“Terima kasih amek. Mesti sedap kopi yang Amek buat ni. Sayang Amek.” Usik Anas dengan
manja. Tina tersenyum mendengar pujian tersebut. Memang orang asli suka di puji.
Senyuman mereka melebar hingga ke telinga jika dipuji oleh orang luar.

Anas mengirup kopinya dan memuji berkali-kali rasa kopi tersebut. Alang hanya tersenyum
melihat telatah anak angkatnya itu. Dia sudah menganggap anak-anak angkat nya itu seperti
anak kandung sendiri. Sayang sudah pun bertaut pada mereka semua. Dia gembira dengan
kemesraan anak-anaknya itu.

“Tidur sahaja di rumah Apak malam nanti.”

“Wah seronoknya kalau macam tu.” Jawab Anas.

“Tapi sayang kan Anas. Kami tidur di Surau aja Apak. Sebabnya banyak lagi program.
Tambahan pula, senang untuk kami melakukan perbincangan apa-apa nanti.” Syahila pula
membalas dengan wajah sedih.

“Iya lah apak. Apak jangan salah faham pula! Bukan kami tak sudi. Nanti esok pagi-pagi lagi
kami datang rumah Apak.”

“Malam ni ada program apa? Tanya Amek pula.”

“Erm, malam ini kami akan solat maghrib dan Isyak. Antaranya pula ada ceramah dari ustaz.
Lebih kurang jam sembilan malam, ada makan-makan. Nanti saya datang jemput Amek
dengan Apak bila kami sudah mula makan.” Terang Anas dengan panjang lebar.

“Oh. Tak perlu susah-susah Anak. Nanti apak dengan amek pergi terus sahaja. Boleh bawa
adik-adik sekali tak?” Soal Apak pula.

“Eh mesti la boleh Apak. Tak kan tak boleh pula. Tapi, takut Apak terasa pula sebab nanti
kami bercerita tentang Islam.”
“Tak apa, kami juga mahu dengar apa yang dicakap oleh Ustaz nanti.”

                                         *********

Alang terjaga dari tidur nya cukup awal sekali. Matahari masih belum naik dan kegelapan
masih menyelubungi perkampungan Simpor. Entah mengapa dia merasakan seolah-olah ada
satu getaran pada dirinya. Dari jauh, sayup-sayup kedengaran bunyi azan dari Surau. Sudah
dua tahun azan tidak berkumandang di Surau walaupun ada penduduk yang beragama Islam.
Maklumlah mereka tidak tahu langsung untuk bersolat. Islam mereka hanya pada nama
sahaja.

Entah mengapa hatinya berasa sayu. Dia tidak faham akan maksud seruan azan itu. Tapi, ia
begitu menggetarkan jiwanya. Dadanya berombak menahan sebak. Mungkinkah sesuatu akan
berlaku. Bicara ustaz tentang keindahan islam pada malam tadi juga turut menarik minatnya
dan isteri.

Dia turun dari rumah dan berjalan pantas menuju ke surau. Dalam kegelapan malam, dia
duduk membatu sambil matanya liar memerhati kelakuan pengunjung dari USM menjalani
ibadat solat mereka. Usai solat, kelihatan anak angkatnya memberikan tazkirah kepada para
hadirin.

Sahabat yang disayangi. Ingatlah kedatangan kita ke sini adalah untuk memberi kasih sayang
kepada keluarga orang asli di sini. Di samping itu, kita ingin merasai pengalaman baru
dengan mengikuti aktiviti harian mereka. Selain itu, jangan kita lupa untuk mengajar
keluarga yang sudah islam tentang cara-cara bersolat. Bagi yang mendapat keluarga angkat
bukan Islam, jangan pula kalian memaksa mereka memeluk Islam. Ia adalah sesuatu yang
dilarang dalam agama. Berkasih sayanglah dengan mereka kerana TUHAN sukakan
perbuatan ini.

Alang terdiam mendengar ucapan anaknya itu. Sangkaan dia meleset. Rupanya, mereka bukan
datang untuk memaksa mereka memeluk islam tetapi untuk merasai kehidupan di kampung
orang asli. Dia berasa insaf dengan sangkaan buruknya itu.

                                         ********

“Selamat pagi apak, Amek.” Kedengaran suara ketiga-tiga anak angkat Alang dan Tina
memecah kesunyian pagi. Kopi dan Ubi Pesaud telah pun disediakan awal-awal bagi
menyambut kedatangan anak-anak mereka. Mereka sudah diberi taklimat oleh Amat bahawa
anak-anak angkat akan menghabiskan masa selama tiga hari untuk mengikuti aktiviti keluarga
angkat. Di hari terakhir mereka di sini, mereka akan membawa para doktor untuk memeriksa
kesihatan mereka.

Alang sudah pun mengasah tajam-tajam parangnya kerana ingin membawa anaknya mencari
herba di hutan. Jika bernasib baik, mereka akan menemui tongkat Ali, kacip fatimah, bunga
pakma dan kulat yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ubat-ubatan itu akan diberi
sebagai buah tangan kepada anak-anaknya itu.

“Masuk dulu Anak-anak. Minum kopi dan makan ubi pesaud.” Laung Tina dari dapur.
Ketiga-tiga mereka pantas naik ke rumah sambil membawa makanan lagi. Ada beras, daging,
sardin dan telur. “Wah, kemarin sudah bawa makanan.” Tegur Tina lagi.

“Itu kemarin Amek. Ini untuk buat masak hari ni. Nanti kita makan bersama-sama.” Ujar
Syakira.

Tina hanya tersengih. Sementara itu, anak-anak yang lain sudah pun mula menjamah sarapan
pagi.

“Apak nak pergi mana nanti? Saya mau ikut?” bicara Anas walaupun mulutnya masih berisi
ubi.

“Hari ini bapak mahu pergi cari akar kayu di hutan. Mahu ikut?”

“Eh mesti la apak. Nak rasa kehidupan di hutan.”

“Kami pun nak pergi juga.” Sampuk Shahila pula.

“Eh tak apa ke anak-anak perempuan pergi?”

“Tak apa. Kami ni kuat apak.” Jawab Syakira bersungguh-sungguh.

                                         ********

“Cantik sungguh langit tu ye Apak. Cat nya sungguh cantik sekali. Hebat betul Tuhan
mencipta langit itu. Tidak pernah warna cat itu luntur. Cat di dewan yang baru berusia
beberapa tahun itu pun sudah pudar. Paling hebat apabila langit tidak bertiang. Hebat betul
TUHAN yang mencipta langit tersebut.” Anas memecahkan kesunyian sewaktu mereka
sedang berehat setelah selesai mencabut dua batang pokok tongkat ali.
Alang tersentap mendengar kata-kata tersebut. Hatinya berdebar lagi. Kata-kata anaknya itu
memang benar sekali. Hebat sungguh pencipta langit tersebut.

“Hutan yang luas ini pula penuh dengan hasil hutan yang mujarab seperti tongkat ali, kacip
fatimah dan lain-lain. Banyak pula haiwan yang diburu. Semuanya untuk kita! Banyak
sungguh nikmat yang TUHAN berikan ini.” terang Anas lagi.

Alang mengakui di dalam hati akan kebenaran kata-kata anaknya itu. Entah mengapa, hatinya
dirasakan cukup lembut sekali mendengar tutur bicara Anas. Mungkinkah kerana kasih
sayang mereka sudah bertaut.

“Anak, jom pulang, dah banyak akar kayu kita dapat. Balik tolong Amek masak pula. Nanti
boleh makan sama-sama.” Kata Alang.

                                       ***********

“Apak! Saya ada benda nak minta izin apak.” Tegur Anas perlahan sewaktu mereka berehat di
ruang tamu. Syakira dan Syahila pula sedang membantu amek memasak di dapur.

“Ada apa anak?” sampuk Alang pula.

“Kami nak minta izin untuk bersembahyang di rumah apak boleh? Kami semua beragama
Islam. Jadi kami kena sembahyang untuk mengingati TUHAN dan berterima kasih
padaNYA.”

“Eh. Tak apa ke sembahyang di rumah Apak?”

“Tak apa punyalah Apak.”

“Sembahyang aja kalau macam tu. Lepas sembahyang kita makan.”

Alang mengambil pisau dan menajamkan batang bertam yang dikerat sebesar lidi bagi
dijadikan peluru sumpit. Sambil itu matanya sesekali dikerling pada perbuatan anak-anaknya
yang sedang solat di ruang tamu. Perbuatan itu menarik minatnya walaupun dia tidak faham
akan perbuatan tersebut.

Selesai bersolat, Anas membaca pula doa dalam bahasa melayu dengan sedikit kuat. Syakira
dan Syahila pula khusyuk mendengar doa Anas.
“Ya Allah. Aku bersyukur padaMU kerana menemukan aku dengan Apak dan Amek. Kami
sayang dengan Apak dan Amek kami. Ya Allah, engkau limpahkanlah rezeki untuk mereka.
kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka. Jauhkan mereka dari bahaya dan engkau
sayangi mereka seperti mana kami menyayangi ibu-bapa kandung kami. Ameen.”

Air mata Alang bercucuran jatuh sewaktu mendengar bait-bait doa yang diucapkan oleh
anaknya itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa anaknya itu berdoa dengan TUHAN nya
untuk keselamatan dan kesejahteraan orang asli kafir sepertinya. Hatinya semakin kagum
dengan agama islam.

“Apak jom kita makan.” Ajak Anas pada apaknya. Alang segera menyembunyikan wajahnya
kerana tidak mahu anaknya melihat dia menangis. Dia tidak mahu hal tersebut diketahui
anaknya.

Mereka segera menikmati makan tengah hari dengan penuh berseleranya. Alang berasa
gembira sekali kerana anak-anak angkat barunya ini tidak berasa geli untuk makan di rumah
mereka. Tentu sekali dia berasa teruja apabila melihat Anas menambah nasi. Syakira dan
Syahila pula makan lauk dengan berselera sekali. Alang tahu, perempuan tidak makan
banyak. Oleh itu, dia sudah gembira hanya dengan melihat anak perempuannya itu makan.

Usai makan, Alang bertanyakan sesuatu pada anaknya. Dia ingin tahu mengapa ada
sesetengah orang luar yang tidak mahu makan di rumah orang Asli.

Anas hanya tersengih dan memberitahu bahawa kemungkinan besar mereka takut sekiranya
pinggan yang digunakan untuk makan itu juga digunakan untuk mengisi babi.

Alang ketawa berdekah-dekah mendengar kenyataan Anas itu. Anas pula pelik melihat
gelagat Apaknya itu. Adakah jawapan yang diberinya itu silap.

“Kamu tak perlu risau itu semua. Orang asli memang makan babi. Tapi bukan senang mahu
makan babi tau.”

Anas mendengar dengan penuh minat. Walaupun dia teruja, tapi dia cukup berhati-hati untuk
tidak memotong percakapan apak nya itu. Maklumlah, orang asli kurang suka andai
percakapan mereka di potong.

“ Bukan semua orang asli boleh makan babi. Hanya orang lelaki sahaja yang boleh makan. Itu
pun mereka tak boleh makan di rumah. Harus di makan jauh di kebun atau hutan. Bekas yang
digunakan untuk makan babi pula biasanya dibuat dari buluh dan dibuang. Ini kerana, bekas
tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Selain itu ada banyak lagi pantang kalau nak
makan babi. Contohnya kalau sakit atau isteri melahirkan anak kecil, mereka tidak dibenarkan
untuk memakan babi. Orang wanita pun tak boleh makan babi, begitu juga anak-anak yang
belum cukup umur.”

Ketiga-tiga mereka terkejut mendengar cerita Alang. Maklumlah, itu merupakan suatu yang
betul-betul baru buat mereka.

                                        ***********

Masa berlalu dengan cukup pantas sekali dan akhirnya tiba lah masa untuk mereka berpisah.
Alang dan Tina berasa terlalu sedih dan tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak-
anak mereka. Beberapa hari bersama mereka cukup bermakna. Selain mencari akar kayu,
mereka juga ke sungai untuk menangkap ikan dan ke hutan untuk menjerat burung. Burung
yang diperolehi akan disembelih oleh anaknya dan mereka akan makan bersama-sama.

Selain itu, mereka juga memasak untuk anak-anak mereka dengan menggunakan buluh. Ada
nasi, ubi dan juga sayur. Bau harum dari buluh menambahkan lagi selera anak-anak mereka
untuk makan. Hati mereka benar-benar terhibur sekali.

Sewaktu doktor datang, mereka dilayan dengan begitu baik sekali dan diberi ubat-ubat
panadol dan cirit birit yang sangat diperlukan mereka.

Paling menyedihkan apabila Anas datang memeluknya untuk mengucapkan terima kasih atas
layanan darinya. Sepanjang berada bersama mereka, anak-anak cukup rajin sekali membantu
dia dan Tina. Walaupun mereka beragama Islam. Tidak pernah pula mereka memaksa dia dan
isterinya memeluk islam.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak angkat begitu menyentuh hati mereka. Dalam
pelukan erat Anas, Alang akhirnya berbicara. Satu perasaan yang sudah terbuku di hatinya itu
perlu diluahkan agar tidak terus memakan dirinya.

“Apak mahu masuk Islam yang menjadi agama anak.”

Anas terkejut walaupun hatinya bersyukur. Tidak disangka bahawa kedatangan mereka
membuka pintu hidayah buat Apaknya itu. Dia tidak menaruh harapan besar agar apaknya
memeluk islam dan bersolat. Baginya cukuplah jika apaknya mempercayai tauhid seperti
mana yang digariskan dalam surah Al-Ikhlas. Dan kenyataan apaknya itu cukup
mengharukannya. Di saat mereka ingin pulang, sayang yang bertaut semakin memuncak
hingga menyentuh hati pasangan yang berada jauh dalam hutan itu untuk memeluk Islam.

Anas, Syakira dan Syahila menangis kerana terharu dengan keputusan yang dibuat oleh
keluarga angkat mereka itu. Benarlah kasih sayang itu merupakan senjata yang cukup berbisa
sekali untuk menyentuh hati-hati manusia. Di saat sayang bertaut, pasti seribu keajaiban akan
berlaku. Dan ini adalah keajaiban yang paling berharga sekali.




                                        --TAMAT--

Contenu connexe

Tendances

Berhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garudaBerhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garudaDelina Rahayu
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)
Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)
Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)Satrio Arismunandar
 
Sinopsis Danau Toba
Sinopsis Danau TobaSinopsis Danau Toba
Sinopsis Danau TobaVita Mustika
 
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur CerpenB indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur CerpenBang Gatos
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songketRohana Mazelan
 
Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)
Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)
Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)Arvinoor Siregar SH MH
 
Majalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaMajalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaLini Lumanti
 
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas JuaNOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas JuaIdrus Aizat
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiriNovi Indah
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarKathleen Ong
 

Tendances (20)

Berhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garudaBerhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garuda
 
3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c
 
Werewolf
WerewolfWerewolf
Werewolf
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
My cerpen "Kotak Buah"
My cerpen "Kotak Buah"My cerpen "Kotak Buah"
My cerpen "Kotak Buah"
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)
Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)
Impian Keabadian (Cerpen karya Satrio Arismunandar)
 
Sinopsis Danau Toba
Sinopsis Danau TobaSinopsis Danau Toba
Sinopsis Danau Toba
 
Kata Sendi
 Kata Sendi Kata Sendi
Kata Sendi
 
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur CerpenB indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
B indo xi ips 2 Contoh Unsur Dan Struktur Cerpen
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songket
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)
Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)
Ini anak aku, bukan anak kau (hang kafrawi)
 
Kliping cerpen
Kliping cerpenKliping cerpen
Kliping cerpen
 
Majalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 minaMajalah kel 3 5 mina
Majalah kel 3 5 mina
 
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas JuaNOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
NOTA RUJUKAN - Novel Papa Akhirnya Kau Tewas Jua
 
Cerita rakyat muna la moelu
Cerita rakyat muna  la moeluCerita rakyat muna  la moelu
Cerita rakyat muna la moelu
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Cerpen Sixth sense
Cerpen Sixth senseCerpen Sixth sense
Cerpen Sixth sense
 

En vedette

Heraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineHeraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineAR Muhamad Na'im
 
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyEvidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyAR Muhamad Na'im
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massAR Muhamad Na'im
 
Hadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahHadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahAR Muhamad Na'im
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAR Muhamad Na'im
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryAR Muhamad Na'im
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureAR Muhamad Na'im
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiAR Muhamad Na'im
 
Emergency procedures summary
Emergency procedures summaryEmergency procedures summary
Emergency procedures summaryDr. Rubz
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocationAR Muhamad Na'im
 
Thrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryThrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryDr. Rubz
 

En vedette (20)

3. rifampicin urine
3. rifampicin urine3. rifampicin urine
3. rifampicin urine
 
Tika hujan turun
Tika hujan turunTika hujan turun
Tika hujan turun
 
Heraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineHeraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantine
 
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyEvidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal mass
 
Image of the day 7
Image of the day 7Image of the day 7
Image of the day 7
 
Image of the day 6
Image of the day 6Image of the day 6
Image of the day 6
 
Hadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahHadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allah
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusion
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowel
 
Iv canulla
Iv canullaIv canulla
Iv canulla
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iii
 
Emergency procedures summary
Emergency procedures summaryEmergency procedures summary
Emergency procedures summary
 
Image of the day 5
Image of the day 5Image of the day 5
Image of the day 5
 
9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria
 
1.widened mediastinum
1.widened mediastinum1.widened mediastinum
1.widened mediastinum
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation
 
Thrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryThrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summary
 

Similaire à Saat sayang bertaut

Similaire à Saat sayang bertaut (20)

Cintaku berlabuh di mesir
Cintaku berlabuh di mesirCintaku berlabuh di mesir
Cintaku berlabuh di mesir
 
Kemelut hati
Kemelut hatiKemelut hati
Kemelut hati
 
Rasa ini
Rasa iniRasa ini
Rasa ini
 
Tugas pebi
Tugas pebiTugas pebi
Tugas pebi
 
Kumpulan Dongeng Anak
Kumpulan Dongeng AnakKumpulan Dongeng Anak
Kumpulan Dongeng Anak
 
Drama Malin Kundang.docx
Drama Malin Kundang.docxDrama Malin Kundang.docx
Drama Malin Kundang.docx
 
Drama Malin Kundang.docx
Drama Malin Kundang.docxDrama Malin Kundang.docx
Drama Malin Kundang.docx
 
Si penenun yg berjasa new
Si penenun yg berjasa newSi penenun yg berjasa new
Si penenun yg berjasa new
 
SITI NURBAYA -- MARAH RUSLI
SITI NURBAYA -- MARAH RUSLISITI NURBAYA -- MARAH RUSLI
SITI NURBAYA -- MARAH RUSLI
 
Siti nurbaya marah rusli
Siti nurbaya   marah rusliSiti nurbaya   marah rusli
Siti nurbaya marah rusli
 
Siti nurbayakasihtaksampai
Siti nurbayakasihtaksampaiSiti nurbayakasihtaksampai
Siti nurbayakasihtaksampai
 
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1
 
Cerita rakyat
Cerita rakyatCerita rakyat
Cerita rakyat
 
-
  -  -
-
 
Skrip-bercerita-tahap-1
 Skrip-bercerita-tahap-1 Skrip-bercerita-tahap-1
Skrip-bercerita-tahap-1
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasaKesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 
Maryamah Karpov
Maryamah KarpovMaryamah Karpov
Maryamah Karpov
 
Teruntuk dikau
Teruntuk dikauTeruntuk dikau
Teruntuk dikau
 
Siti nurbaya
Siti nurbayaSiti nurbaya
Siti nurbaya
 
Rahasia kumari (agus dermawan t)
Rahasia kumari (agus dermawan t)Rahasia kumari (agus dermawan t)
Rahasia kumari (agus dermawan t)
 

Plus de AR Muhamad Na'im

Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureAR Muhamad Na'im
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rashAR Muhamad Na'im
 
Short case pediatric approach to cerebral palsy
Short case pediatric   approach to cerebral palsyShort case pediatric   approach to cerebral palsy
Short case pediatric approach to cerebral palsyAR Muhamad Na'im
 
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...AR Muhamad Na'im
 
Osce post op management for lscs
Osce  post op management for lscsOsce  post op management for lscs
Osce post op management for lscsAR Muhamad Na'im
 
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massShort case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massAR Muhamad Na'im
 
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lungPrimary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lungAR Muhamad Na'im
 
Approach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingApproach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingAR Muhamad Na'im
 

Plus de AR Muhamad Na'im (12)

Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic Fracture
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusion
 
Pleural effusion
Pleural effusionPleural effusion
Pleural effusion
 
9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash
 
Short case pediatric approach to cerebral palsy
Short case pediatric   approach to cerebral palsyShort case pediatric   approach to cerebral palsy
Short case pediatric approach to cerebral palsy
 
Surgical short case stoma
Surgical short case stomaSurgical short case stoma
Surgical short case stoma
 
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
 
Osce ophthalmology npdr
Osce ophthalmology npdr Osce ophthalmology npdr
Osce ophthalmology npdr
 
Osce post op management for lscs
Osce  post op management for lscsOsce  post op management for lscs
Osce post op management for lscs
 
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massShort case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
 
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lungPrimary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
 
Approach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingApproach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine posting
 

Dernier

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...RobertusLolok1
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxMarto Marbun
 

Dernier (6)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
 

Saat sayang bertaut

  • 1. Saat Sayang Bertaut By: Bro Muhamad Na’im (jacknaim) Carpen ini ditulis khas buat peserta misi kemanusiaan anjuran Kelas Peradaban Nabawi USMKK, Medical Student Relief Team (MERIT) dan juga Medical Student Awareness Team (MESAT). Semoga kita semua terus konsisten dengan usaha dakwah melalui program kesihatan. insyaALLAH suatu hari nanti Islam pasti akan tersebar ke serata dunia kerana “Islam itu Mudah dan Fitrah” ******* Alang menyedut rokok daun sedalam-dalamnya sambil bersandar di dinding rumahnya yang di perbuat dari buluh. Seketika kemudian, asap rokok itu dihembus keluar dari rongga pernafasannya. Asap yang pada mulanya berkepul-kepul itu akhirnya menipis di udara dan akhirnya menghilang. Isterinya Tina sedang menyental pucuk ubi kayu yang baru di rebusnya bagi menyediakan lauk tengah hari mereka. Sambil menghancurkan pucuk ubi itu, dia merebus pula terung manggoi untuk dimasak bersama pucuk ubi nanti.
  • 2. Dia menghalakan wajahnya ke muka pintu. Terik mentari menyinari wajahnya. “Masih belum sampai lagi anak-anak. Sudah tengah hari! Mungkin petang nanti mereka sampai.” “Tak sabar sungguh apak menunggu anak! Bukan kah jauh jarak perjalanan. Sabar saja. Nanti sampai lah mereka.” Isterinya pula membalas. “Iyalah Tina.” Rokok yang dihisapnya tadi sudah pun habis. Dia melontarkan puntung rokok melalui jendela rumahnya. Otaknya ligat memikirkan saat kedatangan sebuah land cruiser kepunyaan ABIM beberapa hari yang lampau. Kata mereka, ada sekumpulan anak-anak pelajar dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian ingin datang ke kampung mereka untuk program anak angkat dan membuka klinik bergerak bagi merawat kesakitan orang kampung. Tentu sahaja Alang berasa gembira apabila ditawarkan untuk menerima anak angkat. Masakan tidak, perjalanan dari Kuala Betis dan Tohoi ke Pos Simpor mengambil masa selama hampir empat jam dengan menaiki Hillux atau Land Cruiser. Laluan yang menggunakan jalan balak itu cukup mencabar sekali kerana sempit. Ada bukit yang hampir sahaja menegak dan ia cukup berbahaya sekali untuk dinaiki. Andai tidak bernasib baik, akan ada sahaja tanah runtuh yang berlaku. Alang berdoa pada roh nenek moyangnya agar hari tidak hujan kerana dia tahu bahawa jalan ke Simpor pasti tidak dapat dilalui jika hujan. Tanahnya terlalu licin dan kenderaan bisa sahaja terbabas ke dalam gaung dalam di tepi laluan balak itu. Di sebalik kegembiraannya, Alang berasa bimbang juga. Takut kalau-kalau dia tidak mampu menyediakan layanan terbaik buat anak-anak angkat mereka nanti. Dia masih teringat bahawa dua tahun dahulu, ada juga rombongan orang luar datang untuk program anak angkat. Dia sedikit berasa hati apabila anak-anak angkat tidak mahu menjamah makanan yang dimasak Tina. Biarpun mereka memberi alasan tidak lapar atau sudah makan di Surau, tetapi bagi orang asli, mereka sedikit terhina jika makanan yang dihidang tidak disentuh tetamu. Mungkin juga orang luar berpandangan bahawa mereka kotor dan masakan mereka tidak sedap. Takut juga andai mereka berpandangan bahawa makanan mereka tidak ubah seperti makanan cuak (anjing).
  • 3. Selain itu, dia juga tertanya-tanya apa motif mereka ingin bertandang ke Simpor. Tambahan pula mereka datang bersama ABIM yang selalu datang berdakwah untuk mengajak mereka memeluk Islam. Beberapa tahun dulu, ada pendakwah yang entah dari kumpulan mana datang ke Simpor untuk berdakwah. Kata mereka, Islam agama yang betul dan diterima oleh TUHAN. Bukan Alang tidak mahu menerimanya, tetapi dia sayang akan adat sewang tinggalan nenek moyangnya. Kalau jadi Islam nanti, sudah tidak boleh bersewang untuk tujuan menghantar dan memanggil roh hutan. Tambahan pula, pakaian pendakwah itu yang berjubah membuatkan dia berfikir bahawa itulah pakaian yang harus dipakainya nanti. Bagaimana dia ingin memburu tupai di hutan atau memanjat pokok untuk mengambil madu andai terpaksa memakai pakain tersebut. Bolehkah juga dia menjalankan ibadat orang islam seperti bersembahyang sebanyak lima waktu. Ah. Kalau anak angkat datang nanti, aku tipu sahaja mereka dengan mengatakan bahawa aku sudah Islam. Tentu mereka tidak akan bercerita panjang tentang agama padanya nanti. “Alang. Mari makan nasi dulu. Nanti sejuk tidak sedap.” Panggilan Tina menghentikan lamunannya. “Kamu panggil Andak, Hitam dengan Betty makan sekali.” Arah Alang pada isterinya agar membawa anak-anak mereka makan bersama. Mereka cukup berselera sekali menjamah hidangan tengah hari itu. Bagi mereka, hidangan nasi dengan sayur pucuk ubi campur terung manggoi bersama dengan Ikan Tengas goreng sudah cukup mewah. Dua pinggan nasi boleh habis dalam masa yang cukup sekejap sahaja. Selesai makan, Alang berehat di ruang tamu. Hasratnya untuk ke hutan bagi mencari Tongkat Ali dan kacip fatimah dibatalkan sahaja kerana menunggu ketibaan anak angkat mereka. ******* Matahari sudah mula menyembunyikan diri sewaktu Amat datang menurutnya di rumah. Kata Amat, anak-anak angkat sudah datang dan mereka mesti berkumpul di dewan untuk sesi penyerahan anak angkat. Seramai 11 keluarga dari 22 keluarga penduduk Simpor bersetuju untuk menerima anak angkat. Hanya keluarganya dengan Amat yang bukan beragama Islam.
  • 4. Penduduk lain pula enggan menerima anak angkat kerana risau kedatangan mereka adalah untuk memaksa mereka memeluk Islam. Alang dan Tina bergegas turun dari rumah mereka untuk menuju ke dewan yang terletak sejauh kira-kira lima minit perjalanan. Andak dan Hitam dari tadi lagi tiada dari rumah. Mungkin mereka bermain di sungai. Betty yang baru berusia setahun itu pula dikendong oleh isterinya. Di dewan, kelihatan rakan-rakannya yang lain sudah mula memenuhi kawasan sekitar. Lima buah land cruiser, sebuah lori dan empat buah land rover disusun dengan kemas di tepi dewan. Kenderaan itu membawa sejumlah 36 orang peserta. 30 pelajar USM dan 6 orang ahli ABIM. Ayah Man yang merupakan wakil dari ABIM memanggil semua keluarga angkat dan pelajar USM untuk masuk ke dalam dewan bagi sesi pembahagian anak angkat. Majlis berlangsung dengan sederhana tetapi meriah dengan sorakan dan tepukan tangan dari para hadirin yang begitu teruja sekali kerana mendapat keluarga baru. 30 minit kemudian, majlis tamat dan tibalah masa untuk anak-anak angkat berkunjung ke rumah keluarga angkat masing-masing. Alang mendapat tiga orang anak angkat, dua perempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka bergegas pulang ke rumah. Anak-anak angkatnya pula membimbit sedikit buah tangan berupa teh, biskut dan gandum. ******* “Bagaimana perjalanan anak-anak tadi? Seronok tak?” Tegur Alang sewaktu mereka bersila di ruang tamu. Tina pula sedang membancuh air kopi sambil di bantu oleh Syakira yang merupakan salah seorang peserta program. “Satu pengalaman baru Apak. Kali pertama datang sini. Teruja sangat-sangat.” Jawab Anas. “Cantik pemandangan sepanjang laluan datang sini. Bukit bukau yang cantik, pepohon yang menghijau dan burung pelbagai warna yang berterbangan bebas. Sungguh menakjubkan Apak. Udaranya juga segar dan jauh dari kesibukan bandar.” Sambung Shahila pula. “Iya Apak. Betul tu. Empat jam naik land cruiser. Jalannya yang berlubang-lubang dan berdebu itu sungguh mencabar. Ada masa kami semua terpaksa berjalan kaki sebab kudrat
  • 5. kenderaan tidak kuat untuk mendaki bukit. Tadi sahaja, sebiji land cruiser kami terbalik. Nasib baik semua selamat.” Anas pula semakin bersemangat untuk bercerita. “Minum kopi dulu. Lepas tu sambung cerita lagi.”Tina bersuara dari dapur sambil berjalan dengan membawa air kopi. Syakira pula membawa sepinggan biskut kering yang dibawa mereka tadi. “Terima kasih amek. Mesti sedap kopi yang Amek buat ni. Sayang Amek.” Usik Anas dengan manja. Tina tersenyum mendengar pujian tersebut. Memang orang asli suka di puji. Senyuman mereka melebar hingga ke telinga jika dipuji oleh orang luar. Anas mengirup kopinya dan memuji berkali-kali rasa kopi tersebut. Alang hanya tersenyum melihat telatah anak angkatnya itu. Dia sudah menganggap anak-anak angkat nya itu seperti anak kandung sendiri. Sayang sudah pun bertaut pada mereka semua. Dia gembira dengan kemesraan anak-anaknya itu. “Tidur sahaja di rumah Apak malam nanti.” “Wah seronoknya kalau macam tu.” Jawab Anas. “Tapi sayang kan Anas. Kami tidur di Surau aja Apak. Sebabnya banyak lagi program. Tambahan pula, senang untuk kami melakukan perbincangan apa-apa nanti.” Syahila pula membalas dengan wajah sedih. “Iya lah apak. Apak jangan salah faham pula! Bukan kami tak sudi. Nanti esok pagi-pagi lagi kami datang rumah Apak.” “Malam ni ada program apa? Tanya Amek pula.” “Erm, malam ini kami akan solat maghrib dan Isyak. Antaranya pula ada ceramah dari ustaz. Lebih kurang jam sembilan malam, ada makan-makan. Nanti saya datang jemput Amek dengan Apak bila kami sudah mula makan.” Terang Anas dengan panjang lebar. “Oh. Tak perlu susah-susah Anak. Nanti apak dengan amek pergi terus sahaja. Boleh bawa adik-adik sekali tak?” Soal Apak pula. “Eh mesti la boleh Apak. Tak kan tak boleh pula. Tapi, takut Apak terasa pula sebab nanti kami bercerita tentang Islam.”
  • 6. “Tak apa, kami juga mahu dengar apa yang dicakap oleh Ustaz nanti.” ********* Alang terjaga dari tidur nya cukup awal sekali. Matahari masih belum naik dan kegelapan masih menyelubungi perkampungan Simpor. Entah mengapa dia merasakan seolah-olah ada satu getaran pada dirinya. Dari jauh, sayup-sayup kedengaran bunyi azan dari Surau. Sudah dua tahun azan tidak berkumandang di Surau walaupun ada penduduk yang beragama Islam. Maklumlah mereka tidak tahu langsung untuk bersolat. Islam mereka hanya pada nama sahaja. Entah mengapa hatinya berasa sayu. Dia tidak faham akan maksud seruan azan itu. Tapi, ia begitu menggetarkan jiwanya. Dadanya berombak menahan sebak. Mungkinkah sesuatu akan berlaku. Bicara ustaz tentang keindahan islam pada malam tadi juga turut menarik minatnya dan isteri. Dia turun dari rumah dan berjalan pantas menuju ke surau. Dalam kegelapan malam, dia duduk membatu sambil matanya liar memerhati kelakuan pengunjung dari USM menjalani ibadat solat mereka. Usai solat, kelihatan anak angkatnya memberikan tazkirah kepada para hadirin. Sahabat yang disayangi. Ingatlah kedatangan kita ke sini adalah untuk memberi kasih sayang kepada keluarga orang asli di sini. Di samping itu, kita ingin merasai pengalaman baru dengan mengikuti aktiviti harian mereka. Selain itu, jangan kita lupa untuk mengajar keluarga yang sudah islam tentang cara-cara bersolat. Bagi yang mendapat keluarga angkat bukan Islam, jangan pula kalian memaksa mereka memeluk Islam. Ia adalah sesuatu yang dilarang dalam agama. Berkasih sayanglah dengan mereka kerana TUHAN sukakan perbuatan ini. Alang terdiam mendengar ucapan anaknya itu. Sangkaan dia meleset. Rupanya, mereka bukan datang untuk memaksa mereka memeluk islam tetapi untuk merasai kehidupan di kampung orang asli. Dia berasa insaf dengan sangkaan buruknya itu. ******** “Selamat pagi apak, Amek.” Kedengaran suara ketiga-tiga anak angkat Alang dan Tina memecah kesunyian pagi. Kopi dan Ubi Pesaud telah pun disediakan awal-awal bagi menyambut kedatangan anak-anak mereka. Mereka sudah diberi taklimat oleh Amat bahawa
  • 7. anak-anak angkat akan menghabiskan masa selama tiga hari untuk mengikuti aktiviti keluarga angkat. Di hari terakhir mereka di sini, mereka akan membawa para doktor untuk memeriksa kesihatan mereka. Alang sudah pun mengasah tajam-tajam parangnya kerana ingin membawa anaknya mencari herba di hutan. Jika bernasib baik, mereka akan menemui tongkat Ali, kacip fatimah, bunga pakma dan kulat yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ubat-ubatan itu akan diberi sebagai buah tangan kepada anak-anaknya itu. “Masuk dulu Anak-anak. Minum kopi dan makan ubi pesaud.” Laung Tina dari dapur. Ketiga-tiga mereka pantas naik ke rumah sambil membawa makanan lagi. Ada beras, daging, sardin dan telur. “Wah, kemarin sudah bawa makanan.” Tegur Tina lagi. “Itu kemarin Amek. Ini untuk buat masak hari ni. Nanti kita makan bersama-sama.” Ujar Syakira. Tina hanya tersengih. Sementara itu, anak-anak yang lain sudah pun mula menjamah sarapan pagi. “Apak nak pergi mana nanti? Saya mau ikut?” bicara Anas walaupun mulutnya masih berisi ubi. “Hari ini bapak mahu pergi cari akar kayu di hutan. Mahu ikut?” “Eh mesti la apak. Nak rasa kehidupan di hutan.” “Kami pun nak pergi juga.” Sampuk Shahila pula. “Eh tak apa ke anak-anak perempuan pergi?” “Tak apa. Kami ni kuat apak.” Jawab Syakira bersungguh-sungguh. ******** “Cantik sungguh langit tu ye Apak. Cat nya sungguh cantik sekali. Hebat betul Tuhan mencipta langit itu. Tidak pernah warna cat itu luntur. Cat di dewan yang baru berusia beberapa tahun itu pun sudah pudar. Paling hebat apabila langit tidak bertiang. Hebat betul TUHAN yang mencipta langit tersebut.” Anas memecahkan kesunyian sewaktu mereka sedang berehat setelah selesai mencabut dua batang pokok tongkat ali.
  • 8. Alang tersentap mendengar kata-kata tersebut. Hatinya berdebar lagi. Kata-kata anaknya itu memang benar sekali. Hebat sungguh pencipta langit tersebut. “Hutan yang luas ini pula penuh dengan hasil hutan yang mujarab seperti tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain. Banyak pula haiwan yang diburu. Semuanya untuk kita! Banyak sungguh nikmat yang TUHAN berikan ini.” terang Anas lagi. Alang mengakui di dalam hati akan kebenaran kata-kata anaknya itu. Entah mengapa, hatinya dirasakan cukup lembut sekali mendengar tutur bicara Anas. Mungkinkah kerana kasih sayang mereka sudah bertaut. “Anak, jom pulang, dah banyak akar kayu kita dapat. Balik tolong Amek masak pula. Nanti boleh makan sama-sama.” Kata Alang. *********** “Apak! Saya ada benda nak minta izin apak.” Tegur Anas perlahan sewaktu mereka berehat di ruang tamu. Syakira dan Syahila pula sedang membantu amek memasak di dapur. “Ada apa anak?” sampuk Alang pula. “Kami nak minta izin untuk bersembahyang di rumah apak boleh? Kami semua beragama Islam. Jadi kami kena sembahyang untuk mengingati TUHAN dan berterima kasih padaNYA.” “Eh. Tak apa ke sembahyang di rumah Apak?” “Tak apa punyalah Apak.” “Sembahyang aja kalau macam tu. Lepas sembahyang kita makan.” Alang mengambil pisau dan menajamkan batang bertam yang dikerat sebesar lidi bagi dijadikan peluru sumpit. Sambil itu matanya sesekali dikerling pada perbuatan anak-anaknya yang sedang solat di ruang tamu. Perbuatan itu menarik minatnya walaupun dia tidak faham akan perbuatan tersebut. Selesai bersolat, Anas membaca pula doa dalam bahasa melayu dengan sedikit kuat. Syakira dan Syahila pula khusyuk mendengar doa Anas.
  • 9. “Ya Allah. Aku bersyukur padaMU kerana menemukan aku dengan Apak dan Amek. Kami sayang dengan Apak dan Amek kami. Ya Allah, engkau limpahkanlah rezeki untuk mereka. kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka. Jauhkan mereka dari bahaya dan engkau sayangi mereka seperti mana kami menyayangi ibu-bapa kandung kami. Ameen.” Air mata Alang bercucuran jatuh sewaktu mendengar bait-bait doa yang diucapkan oleh anaknya itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa anaknya itu berdoa dengan TUHAN nya untuk keselamatan dan kesejahteraan orang asli kafir sepertinya. Hatinya semakin kagum dengan agama islam. “Apak jom kita makan.” Ajak Anas pada apaknya. Alang segera menyembunyikan wajahnya kerana tidak mahu anaknya melihat dia menangis. Dia tidak mahu hal tersebut diketahui anaknya. Mereka segera menikmati makan tengah hari dengan penuh berseleranya. Alang berasa gembira sekali kerana anak-anak angkat barunya ini tidak berasa geli untuk makan di rumah mereka. Tentu sekali dia berasa teruja apabila melihat Anas menambah nasi. Syakira dan Syahila pula makan lauk dengan berselera sekali. Alang tahu, perempuan tidak makan banyak. Oleh itu, dia sudah gembira hanya dengan melihat anak perempuannya itu makan. Usai makan, Alang bertanyakan sesuatu pada anaknya. Dia ingin tahu mengapa ada sesetengah orang luar yang tidak mahu makan di rumah orang Asli. Anas hanya tersengih dan memberitahu bahawa kemungkinan besar mereka takut sekiranya pinggan yang digunakan untuk makan itu juga digunakan untuk mengisi babi. Alang ketawa berdekah-dekah mendengar kenyataan Anas itu. Anas pula pelik melihat gelagat Apaknya itu. Adakah jawapan yang diberinya itu silap. “Kamu tak perlu risau itu semua. Orang asli memang makan babi. Tapi bukan senang mahu makan babi tau.” Anas mendengar dengan penuh minat. Walaupun dia teruja, tapi dia cukup berhati-hati untuk tidak memotong percakapan apak nya itu. Maklumlah, orang asli kurang suka andai percakapan mereka di potong. “ Bukan semua orang asli boleh makan babi. Hanya orang lelaki sahaja yang boleh makan. Itu pun mereka tak boleh makan di rumah. Harus di makan jauh di kebun atau hutan. Bekas yang
  • 10. digunakan untuk makan babi pula biasanya dibuat dari buluh dan dibuang. Ini kerana, bekas tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Selain itu ada banyak lagi pantang kalau nak makan babi. Contohnya kalau sakit atau isteri melahirkan anak kecil, mereka tidak dibenarkan untuk memakan babi. Orang wanita pun tak boleh makan babi, begitu juga anak-anak yang belum cukup umur.” Ketiga-tiga mereka terkejut mendengar cerita Alang. Maklumlah, itu merupakan suatu yang betul-betul baru buat mereka. *********** Masa berlalu dengan cukup pantas sekali dan akhirnya tiba lah masa untuk mereka berpisah. Alang dan Tina berasa terlalu sedih dan tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak- anak mereka. Beberapa hari bersama mereka cukup bermakna. Selain mencari akar kayu, mereka juga ke sungai untuk menangkap ikan dan ke hutan untuk menjerat burung. Burung yang diperolehi akan disembelih oleh anaknya dan mereka akan makan bersama-sama. Selain itu, mereka juga memasak untuk anak-anak mereka dengan menggunakan buluh. Ada nasi, ubi dan juga sayur. Bau harum dari buluh menambahkan lagi selera anak-anak mereka untuk makan. Hati mereka benar-benar terhibur sekali. Sewaktu doktor datang, mereka dilayan dengan begitu baik sekali dan diberi ubat-ubat panadol dan cirit birit yang sangat diperlukan mereka. Paling menyedihkan apabila Anas datang memeluknya untuk mengucapkan terima kasih atas layanan darinya. Sepanjang berada bersama mereka, anak-anak cukup rajin sekali membantu dia dan Tina. Walaupun mereka beragama Islam. Tidak pernah pula mereka memaksa dia dan isterinya memeluk islam. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak angkat begitu menyentuh hati mereka. Dalam pelukan erat Anas, Alang akhirnya berbicara. Satu perasaan yang sudah terbuku di hatinya itu perlu diluahkan agar tidak terus memakan dirinya. “Apak mahu masuk Islam yang menjadi agama anak.” Anas terkejut walaupun hatinya bersyukur. Tidak disangka bahawa kedatangan mereka membuka pintu hidayah buat Apaknya itu. Dia tidak menaruh harapan besar agar apaknya memeluk islam dan bersolat. Baginya cukuplah jika apaknya mempercayai tauhid seperti
  • 11. mana yang digariskan dalam surah Al-Ikhlas. Dan kenyataan apaknya itu cukup mengharukannya. Di saat mereka ingin pulang, sayang yang bertaut semakin memuncak hingga menyentuh hati pasangan yang berada jauh dalam hutan itu untuk memeluk Islam. Anas, Syakira dan Syahila menangis kerana terharu dengan keputusan yang dibuat oleh keluarga angkat mereka itu. Benarlah kasih sayang itu merupakan senjata yang cukup berbisa sekali untuk menyentuh hati-hati manusia. Di saat sayang bertaut, pasti seribu keajaiban akan berlaku. Dan ini adalah keajaiban yang paling berharga sekali. --TAMAT--