Tiga kalimat: Dokumen tersebut membahasikan tiga peraturan utama perniagaan Islam yaitu tidak lalai mengingat Allah, bersifat jujur dalam perniagaan, dan bersifat amanah serta bertanggungjawab. Dokumen tersebut juga menjelaskan prinsip-prinsip pemasaran Islam seperti ketaqwaan, kesederhanaan, dan kebajikan.
1. Perniagaan merupakan sebagai suatu cabang
muamalah dalam Islam. Islam juga telah meletakkan
beberapa peraturan bagaimana seharusnya seseorang
peniaga itu menjalankan aktiviti perniagaannya.
2. TIGA PERATURAN ASAS
PERNIAGAAN ISLAM
Tidak lalai daripada mengingati Allah SWT
Bersifat jujur di dalam menjalankan perniagaan
Bersifat amanah dan bertanggungjawab
3. Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 37:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan
atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta
membayar zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya hati dan pandangan menjadi
gusar”.
• Para peniaga khususnya perlu menyedari bahawa sesibuk
mana sekalipun kita dengan aktiviti perniagaan, hakikatnya
seruan Allah itu merupakan perkara utama yang mesti
didahulukan.
• Ini kerana setiap rezeki yangkita dapati daripada perniagaan
adalah kurniaan daripada Allah SWT
4. Bersifat jujur di dalam menjalankan
perniagaan
Firman Allah SWT dalam surah As-Syu’ara’ ayat ke 181- 183 ;
“Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan janganlah kamu menjadi
golongan yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca
yang tepattimbangannya. Dan janganlah kamu mengurangi hakhak
orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan
di bumi”.
Islam melarang dengan tegas sebarang bentuk aktiviti
penipuan dalam perniagaan.
Antara bentuk penipuan adalah seperti mengurangkan
timbangan, bercakap bohong mengenai nilai barangan,
mengkhianati perjanjian dan lain-lain lagi.
Kesemua ini adalah antara perkara keji yang
melanggar etika perniagaan dalam Islam.
5. Bersifat amanah dan
Bertanggungjawab
Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat ke 27 ;
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan Rasul-Nya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
(yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui
(dosanya)”.
Tanggungjawab seorang peniaga ialah menyediakan
barangan keperluan masyarakat dengan kadar nilaian
harga yang berpatutan.
Islam melarang keras perbuatan segelintir peniaga
yang sengaja menyembunyikan barangan keperluan
dengan tujuan meningkatkan permintaan pengguna.
6.
7. SIDDIQ
Siddiq bermaksud benar.
Telus dari sebarang unsur penipuan ataupun unsur
penyembunyian.
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,
memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji,
kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu
dapat mengambil pelajaran.” (al-Nahl: 90)
Dengan pengamalan Siddiq juga dapat mengelakkan gejala
perniagaan dunia yang mengamalkan keuntungan yang terlalu
tinggi hingga membebankan orang lain.
Pemasaran dalam islam bukanlah hanya untuk
memaksimumkan keuntungan semata-mata sehingga
mengabaikan kepentingan orang lain.
8. AMANAH
Jujur dalam menjual dan mempromosikan sesuatu
produk, jujur di dalam meletakkan harga, jujur dalam
timbangan.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah yang
digelar ’al-amin’ iaitu seorang yang jujur dalam perniagaan
sehinggakan masyarakat bukan Islam sendiri amat suka
kepada keperibadian Rasulullah.
“Dan jangan kamu meghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan padahal
kamu mengetahuinya (salahnya).” (al-Baqarah: 188)
Amanah yang dimaksudkan di sini adalah amanah kepada
Allah dengan mengakui tentang harta dan rezeki di dunia
ini adalah milik-Nya.
9. TABLIGH
Tabligh bermaksud ikhlas.
Seseorang usahawan Muslim itu perlu menyampaikan
maklumat tentang produk keluarannya tanpa rasa
tergugat dan riak.
Rasulullah juga pernah bersabda;
“Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja
tangannya, maka di waktu petang itulah ia terampun dosanya.”
(Hadis Tabrani dan Baihaqi)
Sebagai usahawan islam, kita hendaklah sentiasa
bersyukur dan ikhlas melakukan kerja kerana Allah,
kerana keletihan yang diperolehi itu dapat mengikis
dosa-dosa sebelum ini
10. FATHANAH
Fathanah bermaksud bijak.
Bijak yang dimaksudkan ialah bijak di dalam menjalankan
perniagaan sehingga tidak melalaikan urusan akhirat.
Usahawan perlu bijak di dalam memasarkan produk mereka
kepada pengguna dengan mengaplikasikan teknologi terkini
seperti internet dan media massa.
Usahawan Muslim juga perlu sedar bahawa selain menjaga
hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka sesama
manusia iaitu pengguna, hubungan mereka dengan mahkluk
lain juga perlu dijaga seperti tidak melakukan pencemaran
sampah, pencemaran udara dan pencemaran bunyi melalui
pemasaran barang-barang dan perkhidmatan mereka,
kebijaksanaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi
mengimbangi semua keperluan ini.
12. Ketaqwaan
Barang dan perkhidmatan halal
Penggunaan tidak dilarang oleh syariat
Contoh : Arak, rokok, VCD lucah
Dikhuatiri merosakkan moral umat Islam walaupun
permintaan tinggi
13. Kesederhanaan
Bersifat sederhana dan tidak berlebihan
Elak berhutang yang boleh memudaratkan
Tidak boleh riak dan membazir
Contoh : Memasarkan barang mengikut kapasiti semasa
14. Kebajikan
Tidak boleh berjual beli sesuatu yang memabukkan
Dibenarkan hanya untuk menyelamatkan nyawa
(al-Baqarah: 173)