Dato' Bahaman menentang pengaruh British di Pahang pada akhir abad ke-19. Beliau kehilangan gelaran dan hak untuk mengutip cukai setelah menolak pemerintahan British. Ini memicu serangan terhadap balai polis dan perjuangan selama 4 tahun melawan British. Walaupun akhirnya kalah, Dato' Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan semangat patriotisme yang kuat menentang penjajahan.
2. DATO’ BAHAMAN
LATAR BELAKANG
FAKTOR PENENTANGAN
DATO’ BAHAMAN
PERISTIWA
KESAN
3. LATAR BELAKANG
Nama sebenar Abdul Rahman Bin Imam Noh
Jawatan Pembesar Temerloh
Gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan
Sifat peribadi gagah dan berani (Perang
Saudara di Pahang dan Selangor
4. Dato' Bahaman Pahlawan Pahang:
• Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia
Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu
diberikan kerana kegagahan dan keberanian yang
ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di
Pahang dan Perang Klang di Selangor.
• Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah
kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal
lagi Dato' Bahaman tidak mengiktiraf
pemerintahan British di Pahang.
6. HILANG HAK MENGUTIP
CUKAI
Dato' Bahaman menentang
tindakan British melantik E.A. Wise
sebagai Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di daerah
Temerloh. Berikutan itu, beliau
dilarang mengutip cukai di daerah
kekuasaannya.
BACK
7. PEMBINAAN BALAI POLIS
Konflik antara Dato' Bahaman dengan
British menjadi lebih serius apabila
E.A. Wise mendirikan balai polis di
Lubuk Tertua tanpa berunding
terlebih dahulu Dato' Bahaman
menganggap tindakan British itu
sebagai menceroboh kawasan serta
mengancam kedudukannya.
BACK
8. PERLUCUTAN GELARAN
Keengganan Dato' Bahaman mematuhi
arahan menyebabkan Hugh Clifford
menganggapnya sebagai penderhaka. British
memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran
Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Tindakan British itu telah memalukannya
dan beliau bersumpah akan menghalau
British keluar dari Pahang.
BACK
10. PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga
orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip
hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu
menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya
menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini
mencetuskan perang
PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai
pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera
untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau
tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford
berundur dan meminta bantuan dari Singapura.
PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan
Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat
Pahang. Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan
Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik
mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah
menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di
Bentong.
11. PADA MAC
1892
• Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato'
Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah
dan anaknya, Mat Kilau.
PADA 8 MEI
1892
• British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke
Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang
British.
PADA 14 JUN
1894
• Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar
Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman,
Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah
menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.
BACK
12. Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan
keberanian menentang British
kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat
patriotisme olehpahlawan Pahang
kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891
– 1894
British terpaksa menanggung hutang yang banyak
Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200
dolar setahun bagimenyelesaikan hutang tersebut.