SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  43
Pengenalan

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984),teknologi pendidikan adalah satu cabang disiplin
pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang
pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dan
kaedah-kaedah      lain    dan    penggunaan     persekitaran     pelajar   untuk     menghasilkan
pembelajaran.

Dalam teknologi pendidikan,pembelajaran adalah dipentingkan kerana termasuk dalam
teknologi pendidikan ialah semua ikhtiar yang dapat menghasilkan pembelajaran. Di
Amerika Syarikat, teknologi pendidikan mula diperbincangkan pada awal tahun enam
puluhan lagi. Pada mulanya, seperti di dalam bidang pengetahuan lain, terdapat perbezaan
pendapat mengenai isi bidang ini. Pakar-pakar pendidikan biasanya menerima pengertian
istilah teknologi pendidikan sahaja sebagai sama dengan proses mekanikal seperti
penggunaan      mesin.     Pengertian   yang   seperti   ini   juga   terdapat   di   negara   kita,
Malaysia.Mengikut pengertian ini, apabila kita menggunakan sesuatu mesin ketika mengajar,
kita dikatakan telah mengajar dengan menggunakan teknologi pendidikan. Ini adalah
pengertian yang salah kerana teknologi telah tidak diberikan pengertian sebagai suatu
proses yang cukup abstrak.Jika teknologi pengajaran diberikan pengertian ini,pengajaran itu
hanya merupakan aktiviti dengan menggunakan mesin semata-mata.




Pendidikan Abad ke-21

         "Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia

         Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang

          kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru

                          hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)




Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.Justeru itu,
pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan
generasi alaf baru.Dalam usaha membangunkan insan ini,sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya terhadap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani

                                                 1
cabaran-cabaran abad ke-21.Dalam abad ke-21 ini sistem pendidikan berubah sejajar
dengan perubahan aspek ekonomi,budaya dan politik. Intellectual Capital        akan menjadi
asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah,wang atau bahan mentah.Budaya
korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki
tradisional. Prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organisasi
ataupun negara. Oleh itu, sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi
perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara.

Bekas Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam ucapan
menyambut perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40 suatu ketika dulu pernah meminta
rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat
perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan
teknologi tinggi, sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa
masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak
akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain.Beliau mahukan pembangunan
negara mestilah seiring dengan pembagunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Perdana Menteri turut
kerap dalam ucapannya memberi ingatan “kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita
sendiri”

Dalam Persidangan Pendidikan Nasional ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah
persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk
global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat
madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat.Malaysia melalui sistem
pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan
masyarakat.




Pembinaan Budaya Ilmu

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara.Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir
tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agama
dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk
kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya


                                             2
Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri
baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap
kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah
lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan."
Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas
kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha
negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik,
maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran
teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk
berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang
global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan
perubahan masa kini.




Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika
tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
kebudayaan yang terpelihara. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: “suatu sistem sosial
yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara
kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.”Masyarakat yang mendorong daya
usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi.Sistem
sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang
dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta
ketelusan(transprency) sistem.Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah,
seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan
bijaksana.Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang
(opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum
persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang

                                             3
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan
rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi abad ke-21.




Kemahiran Abad ke-21

Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia global, bidang pendidikan turut
tidak terkecuali.Beberapa kajian tentang kemahiran dan tahap kompetensi seseorang
mahasiswa dalam abad ke-21 ini telah dilakukan di serata dunia. Kajian yang telah
dijalankan oleh D‟Andre dan Daniels(2002) misalnya mendapati mahasiswa memerlukan
kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kemahiran seharian.
Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 1.




Jadual 1: Kemahiran-kemahiran abad ke-21.

No Jenis Kemahiran          Huraian

1   Komunikasi              Pertukaran pemikiran dan idea melalui lisan dan tulisan.

2   Kepekaan silang         Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya.
    budaya

3   Pelbagai Bahasa         Keupayaan berkomunikasi menggunakan lebih daripada satu
                            bahasa.

4   Kemahiran Mengurus      Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain
                            melaksanakan,menyelesaikan masalah dan konflik.

5   Kerja Berpasukan        Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai
                            sesuatu matlamat.

6   Kreativiti              Dapat menyumbang pemikiran yang berbentuk kreatif dan
                            artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

7   Keupayaan untuk         Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan
    menyesuaikan diri       menyesuaikan diri dengan perubahan.



                                           4
8    Empati                    Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain
                               dari sudut pandangan mereka.

9    Pengurusan stress         Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan
                               mengenalpasti punca stress.
     (Relaxation)

10   Etika kerja               Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan
                               tinggi.

11   Disiplin diri             Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan
                               hal peribadi.

12   Tanggungjawab             Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang
                               tinggi.

13   Pemikiran deskriminitif   Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang
                               berbeza

14   Kemahiran                 Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan
     tatabahasaa               idea yang lebih baik.

15   Kemahiran analitikal      Keupayaan untuk menggunakan emikiran logik dan abstrak.

16   Ekonomi dan               Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan
     perniagaan                perniagaan dalam perhubungan.

17   Kemahiran matematik       Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori
                               asas matematik dalam kehidupan.

18   Kemahiran komputer        Keupayaan untuk menggunakan komputer dalam
                               perkhidmatan kaunseling.

19   Kemahiran                 Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai
     telekomunikasi            satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling.




                                               5
Guru Abad Ke-21

Kerjaya   guru    adalah    amat    memerlukan       komitmen      dan     kesungguhan      daripada
penjawatnya.Oleh yang demikian, perguruan dianggap satu profesion.Hasil komitmen yang
penuh dan kesungguhan yang kuat maka terhasillah anak didik yang berjaya dalam
kehidupan.Seseorang guru adalah lahir daripada pengalaman, kematangan dan sedikit
daripada sifat semulajadi atau genetik.

Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi,
seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat,
sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi
pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan
pembelajaran.Mutu      pendidikan    juga     berkait    rapat    dengan     keberkesanan     dalam
menggunakan       sumber    pengajaran      secukupnya     yang    turut   mempengaruhi       minat,
kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan
berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.

Dengan demikian, seseorang guru perlu sentiasa bersiap sedia dengan segala perubahan
dalam sistem pendidikan sebagai pelaksana dalam memajukan pendidikan dan pelajarnya
secara khasnya.Seseorang guru itu perlu sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan
baru   selari    dengan    perkembangan      teknologi    yang     semakin    berkembang       pesat
penggunaannya dalam pendidikan di negara kita.Sebagai golongan orang-orang yang
berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang
masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara
kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu
peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman
kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000).

Oleh yang demikian, menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan latihan dan
latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan
kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi
memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinya
dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam
proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersirat di dalam Standard Tinggi Kualiti
Pendidikan hari ini.




                                                 6
Guru abad ke21 yang dihasratkan oleh sistem pendidikan malaysia ialah seorang guru yang
memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai
nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling
penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag
perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi
seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun,
sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan
mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya.

.

Pelajar Abad Ke21

Selari dengan tuntutan abad ke-21 yang berlandaskan wawasan 2020 dan wawasan, maka
tanggungjawab pendidikan terutamanya pendidik adalah menyediakan sumber manusia
berkualiti.Pendidikan perlu melahirkan pelajar yang kaya dengan maklumat termasuk
penguasaan sepenuhnya berkaitan sains dan teknologi.Perubahan diperlukan untuk
memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia tanpa
sempadan disebabkan pembangunan teknologi.Jika pendidikan selama 150 tahun yang lalu
disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang
"Ekonomi Perindustrian".Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahan
pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang
"Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka,pendidikan abad ke-21
perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21.

Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat
"melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang
dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda
saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak
dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000).

Pembaharuan perlukan perubahan.Perubahan yang sangat utama dan penting ialah
perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan
bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar
sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara belajar.




                                              7
Pengertian Teori

Teori berasal dari perkataan Yunani iaitu “therio” yang membawa maksud pandangan.Teori
merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi
pendidikan.Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada
aspek   pembelajaran     dan    daripadanya       datang     idea-idea    dan   prinsip-prinsip
tertentu.Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah sering kita digunakan
secara tidak langsung dalam percakapan atau perbualan dan tingkah laku seharian.Walau
bagaimanapun, penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak
menepati    maksud teori yang sebenar.Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.Teori pembelajaran memainkan
peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami
proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang
mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu, guru
akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara teori-teori pembelajaran yang sering digunakan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Behaviorisme, Teori
Fungsionalisme dan Teori Konstruktivisme.




Teori Behaviolisme

Teori Behaviorisme adalah teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia.
Memandang     individu   sebagai   makhluk        reaktif   yang   memberirespon     terhadap
lingkungan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Tokoh-tokoh
behaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat           bahawa pembelajaran
merupakan suatu tingkahlaku yang nampak, dapat diukur, dan diramal hasil interaksi antara
stimulus dan respon.Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan
daripada pengalaman atau latihan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku
mereka. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan
pengalaman dalam mengawal tingkahlaku.Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran
hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi.
Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama
ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila
perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.


                                              8
Teori Fungsionalisme

Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile
Durkheim.Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan
sosial dan perubahan semasa.Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap
organ mempunyai peranan yang tersendiri.Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau
institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Teori
fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan
masyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu
fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial. Brinkerhoff & White (1989: dalam Amir
Hasan Dawi, 2009), telah merumuskan terdapat tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme
iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti adalah kriteria untuk menilai tahap kefungsian
sesebuah masyarakat. Harmoni pula merujuk kepada cara semua bahagian dan struktur
dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai matlamat. Evolusi menggambarkan
perubahan-perubahan        yang   berlaku   dalam         masyarakat.Teori     ini   mementingkan
persefahaman anggota masyarakarnya atau konsesus untuk mencapai keharmonian dan
kestabilan.

Perspektif    teori   sangat   penting   dalam       analisis   sosial   termasuk    dalam   bidang
pendidikan.Pendidikan merupakan salah satu profesion yang berada dalam masyarakat dan
berkhidmat untuk masyarakat.Oleh yang demikian, pendidik perlu memahami teori
pendidikan untuk menyediakan diri dalam masyarakat.Teori fungsionalisme melihat aspek
pendidikan dalam skop yang luas iaitu menghubungkan pendidikan dengan keseluruhan
masyarakat iaitu menghubungkan sekolah kepada keperluan-keperluan masyarakat.Menurut
teori fungsionalisme, pendidikan berfungsi untuk merekrut dan menempatkan manusia
dalam kedudukan yang pelbagai dalam masyarakat berdasarkan kepakaran, bakat dan
kebolehan masing-masing.Hal ini kerana masyarakat dicirikan oleh ketidaksamaan dari segi
kebolehan dan bakat.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pendidik atau guru boleh mengaplikasikan
teori fungsionalisme ini terutamanya dalam subjek bahasa. Menurut teori fungsional,
pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih mementingkan fungsi sosial.Fungsi sesuatu
bahasa boleh diajar berdasarkan situasi.Pelajar dikehendaki menulis ayat berdasarkan
situasi.Contohnya, situasi bagi perkataan „beratur‟. Kemudian pelajar akan membuat ayat
tunggal bagi menerangkan situasi perkataan „beratur‟. Dengan cara pengajaran dan




                                                 9
pembelajaran ini akan membuatkan pelajar lebih mahir untuk menggunakan atau bertutur
dengan perkataan yang diberikan dengan baik mengikut fungsi sosial bahasa tersebut.




Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Piaget (1970), Brunner dan Brand
(1966), Dewey (1938), dan Ausubel (1963).Teori konstruktivisme ini adalah satu pandangan
baru tentang pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran
berasaskan teori konstruktivisme bukan satu konsep yang baru tetapi telah digunakan
secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata
pelajaran sains dan matematik sejak tahun 1980-an lagi. Penggunaan teori konstruktivisme
dalam    pendidikan   merupakan    satu    perubahan     paradigma     daripada    pendekatan
behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan kognitif.

Menurut Caprio (1994: dalam Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah, 2005), teori ini
mempunyai kelebihan terhadap pelajar, di mana pelajar berpeluang membina pengetahuan
secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran baru. Dengan kata lain, pelajar akan mengaitkan pengetahuan sedia mereka
dengan pembelajaran yang baru dipelajari. Hal ini seperti mana hasil kajian yang dilakukan
oleh Rumelhart dan Norman (1978), bahawa seseorang akan dapat membina konsep dalam
struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia
ada. Proses ini juga dikenali sebagai accretion. Pengetahuan tersebut juga boleh berubah
selaras dengan pengalaman baru yang dikenali sebagai penalaan atau tuning.Selain itu,
pelajar boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan
analogi berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang dikenali sebagai parcing.

Kajian yang dilakukan oleh Caprio (1994), telah membuktikan pendekatan konstruktivisme
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk mendapatkan
pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Proses penggunaan teori
konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat
dijelaskan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham seperti berikut:

   a. Orientasi (engage)

        Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti
        pengajaran    dan   pembelajaran    secara     aktif   dalam    bilik   darjah.   Guru


                                            10
perlumenyediakan suasana yang dapat menarik meminat pelajar terhadap pelajaran.
   Misalnya menggunakan cara tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal
   jawab dan sebagainya. Aktiviti ini mampu merangsang perasaan ingin tahu pelajar
   terhadap pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

b. Pencetusan idea (explore)

   Dalam fasa ini, guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar
   yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk
   mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik.
   Guru boleh mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil,
   menggunakan     kaedah    peta    konsep    serta   membuat     laporan   dengan
   menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru
   dipelajari. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama
   serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru hanya berperanan sebagai
   fasilitator dan pembimbing kepada pelajar dengan membekalkan bahan dan
   membimbing pelajar untuk mencapai pembelajaran inkuiri.Semasa pelajaran
   inipelajar akanlebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan,
   konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin
   dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi
   pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial
   kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran
   dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan
   rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.

c. Penstrukturan semula idea (explain)

   Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada
   idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang
   sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan berserta dengan aktiviti yang sesuai
   dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk
   konsep baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep,
   menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Guru
   perlu menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan
   pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur
   pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Kemahiran bahasa akan
   membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea

                                       11
secaraberurutan. Peranan guru pada fasa ini adalah mengukuhkan konsep atau idea
       yang tepat.

   d. Aplikasi Idea (evaluate)

       Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam
       fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep
       yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di
       dalam dunia sebenarnya. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dalam
       kehidupan dan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Hasil daripada fasa
       ini akan mewujudkan pemahaman baru dan menggalakkan inkuiri di kalangan
       pelajar. Pelajar juga akan lebih mengingati apa yang dipelajari disebabkan mereka
       terlibat secara aktif semasa membina pengetahuan baru tersebut.

   e. Refleksi

       Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai samaada idea
       terdahulu telah berubah atau tidak. Dalam fasa ini guru boleh menggunakan cara
       bersoal jawab, penulisan kendiri, dan catatan peribadi pelajar untuk menilai tahap
       pemahaman pelajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
       dijalankan. Pelajar juga boleh membandingkan pengetahuan sedia ada dengan
       pengetahuan baru serta merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan
       perubahan kepada idea mereka.




Apa itu Web ?

Tahun 1980 dunia mengalami permulaan era penggunaan PC sehingga tahun 1990. Pada
masa itu teknologi yang digunakan adalah email, FTP, IRC, Usenet dan PC‟s. Maka
penggunaan web adalah terhad dan terbatas dalam pencarian maklumat di alam maya.
Penggunaan teknologi PC ini adalah yang berkualiti pada masa itu dan bersesuaian dengan
harga yang murah dan cara bekerja yang lebih fleksibel dengan setiap penggunanya. Ini
telah mendorong pekerjaan yang lebih kompetitif dan berkolaboratif.

Pada tahun 1998, Google telah dilancarkan dan mebuatkan internet menjadi semakin mudah
untuk digunakan. Waktu itu potensi laman web dengan format portal dengan berita dan
kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. Di
Amerika, berbillion dollar telah dilaburkan untuk memasuki bidang jaringan online web ini

                                            12
walaupun didapati tidak semua laman web dengan modal yang amat besar dan kos yang
tinggi berjaya dihasilkan.

“Web Definition has always been, and continues to be, our go-to-source for all aspects of
our Web Design and Management. The team is always friendly, creative, effective, on-time
and on-budget.” President Porter Hill, Inc. (Tecnology)

Pertengahan tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah
(burst). Dana ini tiada pusingan untuk menjana keuntungan tetapi untuk mendapatkan
perkhidmatan web yang lebih canggih. Dengan berbagai pengetahuan proses bisnis dan
keterampilan teknik, Web akan memberi impak dan mempengaruhi pasaran perniagaan ahli
perniagaan kerana dengan perkembangan Web ini mereka dapat merekabentuk web dan
pengembangan, komunikasi pemasaran, iklan online, media cetak dan banyak lagi.

Era perkembangan web di seluruh dunia berkembang dengan pesatnya iaitu era Web 1.0
antara tahun 1990 hingga 2000, Web 2.0 antara tahun 2000 hingga 2010, Web 3.0 pula
antara tahun 2010 hingga 2020 dan dijangkakan Web 4.0 yang lebih canggih akan berlaku
sekitar tahun 2020 sehingga 2030.




                                             13
Perkembangan Web 1.0, Web 2.0, web 3.0 dan web 4.0




Rajah 1 : Era perkembangan Web




                                    14
Rajah 2 : Perkembangan perubahan Web




                                            Ciri-ciri

           Web 1.0                          Web 2.0                         Web 3.0

The mostly read only web        The wildly read-write-web        The portable personel web

45million global users (1996)   1 billion+ global users (2006)   Focus untuk individu

Focosud on companies            Fokus untuk masyarakat           Lifestream

Home pages                      Blog                             Consolidating          dynamic
                                                                 content

Owning content                  Pengkongsian maklumat            Web semantic

Britannica online               Wikipedia                        Widgets,     drag    &    drop
                                                                 mashups

HTML, portal                    XML, RSS                         User behaviour(me-onomy)

Borang Web (Web forms)          Aplikasi web                     Igoogle, Netvibes

Direktori (taksonomi)           Tagging (folksonomy)             User engagement

Netscape                        Google                           advertainment

Pages views                     Cost per click

Pengiklanan                     Word of mouth

Jadual 2 : Ciri-ciri web



                                                 15
Apakah itu Web 1.0

Era web 1.0 bermula dari awal tahun 1990 sehingga tahun 2000. Web ini merupakan
generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang
bersifat satu arah. Ini kerana segala isi kandungan dan maklumat hanya dapat diakses dan
dibawah kawalan penciptanya sahaja. Pengguna web 1.0 hanya boleh melayari internet
sahaja untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu orang yang melayari internet hanya dapat
melihat kandungan dari laman web tersebut tanpa dapat memberi komen mahupun
pandangan.Ini mengakibatkan pengguna web 1.0 menjadi bosan dan web 1.0 tidak dapat
menarik minat penggunanya.

Web 1.0 merupakan teknologi Web pertama yang merupakan revolusi baru di dunia Internet
kerana ia telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, Website
yang dibangunkan pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk
pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Web 1.0 ini merupakan
“world wide web” yang terdiri daripada Windows, SGML, MMQ‟S, SQL disamping ianya
menyediakan khidmat database, “file servers” dan “groupware”. Berbagai Website seperti
berita “cnn.com” atau bisne secara online “Bhinneka.com” dapat dikategorikan ke dalam
jenis ini. Secara umum, Web 1.0 dikembangkan untuk pengaksesan maklumat dan memiliki
sifat yang sedikit interaktif.

Secara teorinya, Web 1.0 adalah pengguna komputer hanya dapat melayari website.
Selepas pengguna melayari website - Tinggalkan website - tutup browser




                                           16
Rajah 3 : Contoh paparan web 1.0




Apakah itu Web 2.0

Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O‟Reilly Media pada tahun 2004 sebagai
teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian
maklumat secara online. Menurut Tim O‟Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut:
“Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh
penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami
pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut.

Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki
ciri-ciri berikut:

•       CSS (Cascading Style Sheets)



                                           17
•      Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax

•      Markup XHTML

•      Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom

•      URL yang valid

•      Folksonomies

•      Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website

•      XML Web-Service API

Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi
keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat
(share), berkerjasama dan mengeksploitasi. (Rujuk Rajah 1)

Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian
maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan
kerjasama di “World Wide Web”.          Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk
berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai
pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan
laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan
yang diciptakan untuk mereka.Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube,
wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web,
Mashup, folksonomies dan sebagainya.




                                             18
Rajah 4: Rangkaian Web 2.0




Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia.Ini menyebabkan
internet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya penggunaan halaman web
facebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini. Seluruh masyarakat dunia setiap
hari melayari facebook mereka untuk berkongsi maklumat, ilmu, gambar, aktiviti mereka
seharian.

Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satu
kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna. Pelajar
lahir dizaman teknologi media baru ini kurang minat untuk menyiapkan lembaran kerja dan
mendengar ceramah yang diberikan oleh guru mereka.Ini kerana pelajar-pelajar telah
terlibat di peringkat sejagat (global).Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisional
telah menahan banyak fakta sebaliknyapelajar berpeluang menerima maklum balas atau
fakta yang lebih baik melalui atas talian (online).




                                               19
Dalam siaran TV Pendidikan di Malaysia, web 2.0 juga berkembang dengan pesatnya iaitu
dengan kemunculan eduwebTV. Sejarah awal TV Pendidikan bermula pada tahun 1972-1999
di mana ia disiarkan melalui TV2 sahaja. Manakala dari tahun 2000 ke 2006 TV Pendidikan
ditayangkan melalui Astro Channel 13.Tahun 2007-2008 pula siarannya adalah di Media
Prima TV9. Keseluruhannya TV Pendidikan ini disiarkan secara “terrestrial” TV. Ini telah
menyebabkan masalah penjadualan pelajar yang menonton adalah sukar diselaraskan
kerana satu kelas hanya boleh menonton dalam satu masa.

Pada tahun 2008 eduwebTV diperkenalkan dan ia boleh dilayari melalui internet. EduwebTV
merupakan medium terbaru dalam penyiaran pendidikan di mana ia mensasarkan Pendidian
Digital untuk semua. Berdasarkan “streaming” dan muat turun video pendidikan melalui
internet ia boleh memuat turun latihan, pemindahan teknologi, kandungan dan editorial. Ini
dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya disamping
menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan yang berkesan. Selain itu
pelajar boleh melayari, melihat, memuat turun maklumat yang mereka inginkan dengan
tidak mengira masa dan di mana mereka berada asalkan mereka mendapat akses jaringan
internet. EduwebTV boleh dilayari melalui www.eduwebtv.com

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa
perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0.         Seperti yang telah
dihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi
penyebaran maklumat.E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek
renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi.E-
pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di
dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). E-
pembelajaran 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, saling berkaitan,
peribadi , ciptaan dan terbuka .




                                           20
Rajah 5 : Kerangka Kerja Web 2.0




Rajah 6: Rangkaian Web 2.0


                                   21
Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah pengguna komputer akan melihat RSS reader. Pengguna
melayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan,
mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna boleh
melihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen.




Apakah itu Web 3.0

Menurut John Markoff (2006), akan muncul sebuah web masa hadapan yang mempunyai
perkembangan teknologi web yang lebih maju dan canggih jika dibandingkan dengan
web2.0. Web ini dikenali sebagai web 3.0.Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experience
atau intelligent internet experience”. Berdasarkan Rajah 1: Era perkembangan web, Web 3.0
berlaku di antara tahun 2010 ke 2030. Komponen yang paling utama dalam Web 3.0 adalah
Semantik Web.




Rajah 7 : Web 3.0




                                           22
Web 3.0 adalah sebagai sebuah mesin untuk membaca halaman-halaman Web generasi
ketiga dari layanan internet dengan tujuan mesin akan memiliki kemampuan membaca Web
sama seperti yang manusia dapat lakukan sekarang ini. Web 3.0 berkaitan dengan konsep
Web Semantik yang dilayari website yang tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi
juga dalam bentuk format yang boleh di akses oleh berbagai software.




Rajah 8 : Rangkaian Web 3.0

Konsep   Web    3.0   adalah   dimana   manusia   dapat   berkomunikasi   dengan   mesin
pencari.Pengguna boleh memohon Web untuk mencari suatu data spesifik tanpa bersusah-
susah mencari satu per satu dalam carian Web.Web 3.0 juga mampu menyediakan
keterangan-keterangan yang relevan tentang informasi yang ingin kita cari, bahkan tanpa
kita minta. Web 3.0 menawarkan metod yang efisen dalam membantu komputer
mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. Web 3.0 juga memungkinkan Web
menjadi sebuah bahan untuk penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar.Web 3.0
sendiri terdiri dari Web semantik, Format mikro, pencarian dalam bahasa pengguna,
penyimpanan data dalam jumlah besar, pembelajaran melalui mesin, agen rekomen, yang
merujuk pada kecerdasan buatan Web.

Web 3.0 juga memiliki beberapa standard pengoperasian yang boleh menjalankan fungsinya
dalam menampung metadata.




                                           23
Antara ciri-ciri khas web 3.0

i.      Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu.

ii.     Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi/maklumat diakses menjadi media

iii.    Network Computing : Perisian adalah sebagai model-model perniagaan,

perkhidmatan halaman web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerja

sama secara harmoni, pengedaran komputer, pengelasan komputer,menaiktaraf

komputer.

iv.     Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform

sumber terbuka atau secara percuma

v.      Open Identity and Open ID : seluruh maklumat adalah bebas

vi.     The interligent Web : Sebagai Teknologi Semantic Web termasuk

 RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan pernyataan

penyimpanan data.

vii.    Distributed Database : Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)

viii.   Aplikasi bersifat pintar dan bijak




Apakah itu Web 4.0

Era perkembangan web semakin canggih, dijangkakan menjelang tahun 2020 ke 2030 Web
4.0 akan menggantikan web3.0. Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadi
web simbiotik adalah metadata yang dianjurkan (web 3.0), dimana manusia dan mesin
boleh berinteraksi dalam simbiosis.Boleh kita tafsirkan bahawa teknologi web 4.0 ini
rangkaian nya lebih canggih sistemnya. Walaupun begitu, masih kurang jelas mengenai
tafsiran sebenar     web 4.0 yang dikhabarkan tentang kecerdasan webOS, ambien,
kecerdasan buatan. Tetapi ia adalah baik untuk mengetahui bahawa terdapat banyak
projek-projek yang berlaku di dalam dunia web. Manusia dan mesin boleh berinteraksi




                                             24
dalam simbiosis seperti muka minda dikawal (web simbiotik). Web 4,0 atau webOS akan
seperti „middleware‟ yang akan mulai berfungsi seperti sistem operasi.




Apa perbezaan di antara Web 1.0 dengan 2.0

Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalah
kesinambungan daripada web 1.0 itu sendiri.Namun begitu terdapat perbezaan antara
keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khusus
jika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut
boleh didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan
capaian untuk laman web lain.

Tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika ingin
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin
mendapatkan maklumat mengenai telefon Samsung, kita perlu pergi ke laman web
Samsung. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinya
perlu pergi ke laman web Samsung jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh
melayari laman web Samsung melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan
capaian yang mudah. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu
melayari laman web tersebut.Aplikasi web 1.0 lebih terbatas.Pengguna perlu melawat laman
web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat.Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan.
Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0.




       Jadual 2 : Perbezaan Web 1.0 dengan Web 2.0


                                             25
Rajah 9 : Perbezaan Website 1.0 dengan Website 2.0




Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0 dengan Web 2.0 ialah :

•        web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0 diperkenalkan

pada pertama kali.

•        web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik.

•        web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti yang

lebih.

•        aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0




                                             26
Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yang
mengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website tersebut dan melihat satu
persatu isi kandungan di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 menghendaki pengguna internet
dapat melayari semua maklumat dalam website tanpa harus berkunjung ke alamat yang
berkaitan.




Apa perbezaan di antara Web 2.0 dengan 3.0

Pada era web 2.0, apabila kita melayari atau mengakses internet untuk mencari maklumat,
secara tidak langsung kita akan berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar-tukar
buah fikiran dengan pengguna internet lain. Ini akan menyebabkan maklumat yang ingin
kita perolehi adalah lebih lengkap. Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com menyediakan
perkhidmatan maklumat yang kita perlukan, namun kini wikipedia.com telah menyediakan
maklumat keseluruhan pengetahuan yang kita ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap
orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan
menjadikan maklumat semakin padat dan lengkap.




       Rajah 10 : Perbezaan Web 1.0, 2.0 dan 3.0

                                          27
Dengan kewujudkan Web 3.0, yang lebih berkonsepkan Web Semantik yang dilengkapi
dengan ciri komputer yang dapat berfikir.Misalnya apabila kita ingin mencari sebuah
perkataan, contohnya “burung”. Kita akan memperolehi semua maklumat atau data biologi
tentang spesies burung. Contohnya permainan berbentuk burung, DVD tentang burung,
jenis-jenis burung dan sebagainya yang berkaitan dengan burung.Pada Web semantik
diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis
dan menentukan” maklumat yang dicari.Dapat kita simpulkan bahawa Web 2.0
membincangkan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah membincangkan mengenai Web
semantik iaitu web cerdas yang boleh memahami keperluan pengguna berdasarkan sejarah
aktivitinya di jaringan.




Apa perbezaan di antara Web 3.0 dengan 4.0

Walaupun Web 4.0 masih agak jauh iaitu bermula pada tahun 2020, namun ianya semakin
menghampiri kepada pergerakan yang lebih praktikal.Web 3.0 berkonsepkan Web Semantik
manakala Web 4.0 adalah berkonsepkan The WebOS.




Apa itu Skype?

Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat
panggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian.
Ia merupakan satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara melalui internet dan telah
dicipta pada tahun 2003 oleh Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telah
dimiliki oleh microsoft khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663 000 000
pengguna berdaftar setakat september 2011 meletakkan ia berada pada kedudukan teratas
sama dengan Facebook dan Twitter. Jika dibandingkan software serupa, Skype memiliki
kualiti IP yang lebih baik. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untuk
berbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hingga
Call Forward.




                                           28
Ciri-ciri utama Skype

Pengguna berdaftar Skype dikenalpasti melalui nama Skype yang unik, yang disenaraikan
atau didaftarkan didalam direktori Skype.

Skype akan membenarkan pengguna mendaftar dan berkomunikasi diantara satu sama lain
melalui pesanan ringkasan (instant messaging) atau perbualan suara (voice chat). Perbualan
suara membolehkan pengguna berdaftar dengan Skype berbual di antara satu sama lain
dengan menggunakan kaedah “audio códec”. Manakala perbualan melalui teks pula
membolehkan sekumpulan pengguna yang berdaftar dengan Skype berbual diantara satu
sama lain di dalam kelompok atau kumpulan pada satu masa dengan menggunakan aplikasi
emosi (emoticons), menyimpan rekod perbualan dan melakukan edit kepada perbualan teks
yang lepas (secara offline).

Penggunaan skype juga boleh berkongsi fail diantara satu sama lain walaupun mereka
berada pada jarak beribu batu jauhnya. Meraka boleh berkongsi semua jenis fail seperti
data sulit, fail pejabat dan juga gambar dengan pemindahan ini dijamin akan
keselamatannya.

Pada Januari, 2006     Skype telah memperkenalkan perbualan koferansi secara video di
antara dua pengguna yang melibatkan pengguna platform Windows dan Mac OS X.
Manakala Skype 2.0 untuk Linux pula telah diperkenalkan           pada 13 Mac 2008, juga
mempunyai ciri-ciri yang menyokong perbualan konferansi secara video. Versi 5 beta 1
untuk Windows, telah digunakan dipasaran bermula pada 13 Mei 2010, yang menawarkan
perbualan konferensi video sehingga lima orang pengguna dalam satu-satu masa. Melalui
panggilan video ini, satu kebolehan skype dimana pemanggil bukan sahaja boleh membuat
panggilan, tetapi mereka berpeluang untuk melihat orang yang menjawab panggilan.
Penggunaan Skype video ini, sangat penting dalam pendidikan terutamanya apabila ia
melibatkan pendidikan jarak jauh, guru atau pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi
pembelajaran dan pengajaran di sekolah, contohnya pelajar sakit dan berada di hospital.

Skype untuk Windows, bermula dengan versi terbaharu 3.6.0.216, sesuai untuk kualiti dan
ciri-ciri “Video Berkualiti Tinggi” seperti skrin penuh atau bentuk skrin di dalam skrin, sama
seperti sistem konferensi video tahap pertengahan. Audio Skype dapat menampung
perbualan secara audio sehingga 25 orang, termasuk hos.

Nombor atas talian atau SkypeIn, adalah perkhidmatan yang membenarkan pengguna
Skype untuk menerima panggilan melalui komputer pengguna, dari talian telefon tetap (fix

                                             29
line) pengguna yang berdaftar dengan Skype. Tetapi perkhidmatan ini hanya terdapat di
negara-negara seperti Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Denmark, Republik
Dominican, Estonia, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun,
Mexico, New Zealand, Poland, Romania, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Turki,
Belanda, England dan Amerika Syarikat. Pengguna Skype boleh memiliki nombor telepon
tempatan di negara berkenaan, dan kadar panggilan adalah sama dengan kadar panggilan
talian tetap di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, Skype tidak mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan
kecemasan, misalnya 911 di Amerika Syarikat dan Kanada atau 999 di Great Britain. Ini
kerana Federal Communications Commission Amerika Syarikat (FCC) telah menolak, atas
tujuan seksyen 255, Akta Telekomunikasi, bahawa Skype bukanlah “pembekal Voip Suara”.

Skype WiFi pula membenarkan pengguna berdaftar untuk membayar per minit untuk
menggunakan Internet di tempat-tempat pusat perniagaan tanpa wayar menggunakan
Kredit Skype. Di samping itu, juga dengan adanya panggilan percuma sesama pengguna
skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan serta mesra pengguna dan
menjimatkan kos panggilan. Sehingga Mei 2010, senarai Skype yang menggunakan talian
tanpa wayar ini berjumlah lebih daripada 100 rangkaian.




Ciri-ciri aplikasi

Web “Skype Toolbar” boleh mengenalpasti telepon dan nombor Skype, dan didapati hanya
untuk Internet Explorer dan Mozilla Firefox untuk Window. Nombor di dalam laman web
berkenaan akan digantikan dengan ikon yang boleh di-klik untuk menghubungi nombor
menggunakan Skype atau klik kanan untuk memberikan lebih banyak pilihan, contohnya
menambahkan nombor ke dalam senarai Skype. “Toolbar” Skype akan mengesan nombor
telepon secara automatik. Fail log akan diwujudkan di dalam senarai kenalan pengguna, dan
akan disimpan untuk pengguna yang sah mempunyai kenalan ini sahaja.

Di dalam Window, Skype boleh digunakan secara terus dari USB flash drive, tanpa memuat-
turun di dalam komputer hos. Manakala di dalam Mac OX X, muat-turun aplikasi Skype ke
dalam komputer hos adalah tidak perlu.




                                            30
Apa yang diperlukan untuk menggunakan Skype di dalam Komputer

Pengguna perlu bersedia untuk memuat-turun perisian Skype melalui alamat website
http://www.skype.com, untuk membuat akaun secara percuma.Untuk sesi perbualan,
pengguna perlu ada mikropon, manakala untuk berinteraksi secara video, pengguna mesti
ada kemudahan webcam.

Dua hala untuk menjayakan program Skype kepada pengguna dari komputer atau telepon
dengan perisian Skype. Memulakan dari komputer adalah cara yang paling senang iaitu
hanya memerlukan mesin yang mampu menjayakan program Skype sambungan Internet
dan pembesar suara.

Selepas berjaya memuat-turun Skype, pengguna boleh membuka akaun peribadi yang boleh
dibuat secara percuma. Menggunakan akaun yang telah dibuat, pengguna bolehlah
berinteraksi secara teks atau membuat panggilan ke pengguna Skype yang lain, menerusi
mikropon yang biasanya telah dipasang di dalam komputer riba.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan skype :

   1. Buka skype dan log masuk. Klik di sini untuk sign in.




2. Tujukan tetikus kita pada menu navigasi pada pilihan "GET SKYPE", kita perlu memilih
berdasarkan O.S (Operating System) yang sedang kita gunakan misalnya kita menggunakan
komputer atau notebook dengan O.S (windows XP/Vista/Seven 7/Windows 8). Oleh itu kita
memilih windows.




                                            31
2. Kemudian klik "Download Skype".




3. Setelah kita klik pautan tersebut, ia akan memuat turun secara automatik.




4. Setelah proses memuat turun selesai, kita boleh membuka apa yang telah kita muat
   turun tadi.




                                        32
6. Proses memasang skype seperti berikut:




Pada contoh gambar di atas klik butang "Saya setuju-berikutnya".




Proses memuat turun dilakukan dan tunggu hingga selesai (jangan matikan akses internet).




                                            33
Jika proses install sudah selesai, maka secara automatik „skype run‟ muncul pada desktop
anda (kalau tidak run secara automatik, kita boleh membuka secara manual). Akhirnya kita
telah memuat turun skype.




Cara menguji mikropon dan pembesar suara anda bekerja dengan baik atau
tidak.

1. Klik Echo/Sound Test Service

                                          34
2. Lalu klik butang pembesar suara yang berwarna kuning




3. Kemudian klik pada bahagian Pembesar Suara, dan cuba bercakap di depan mikropon
skype. Dalam masa yang sama cuba perhatikan tanda mikropon ada atau tidak.




Permasalahan: Jika suara mikropon tidak dikesan, cuba pilih „combo box‟ yang ada di
samping tulisan mainkan, kemungkinan anda menggunakan lebih dari satu soundcard pada
komputer anda, oleh itu anda perlu memilih dan sesuaikan dengan soundcard yang sedang
aktif.




                                          35
Faedah/Kebaikan Menggunakan Skype

1. Mudah untuk digunakan.

•      Penciptaan telah membuatkan komunikasi lebih mesra pengguna dalam pelbagai
bidang seperti pendidikan, hiburan, pelancongan dan perniagaan. Skype juga mudah untuk
dipasang sendiri oleh pengguna. Mudah berhubung dengan orang lain di menggunakan
komputer dan telefon bimbit.

2. Panggilan Video.

•      Skype    mempunyai      keupayaan   untuk    membuat   panggilan   video.   Dengan
menggunakan skype pemanggil dan penerima panggilan boleh melihat antara satu sama
lain. Skype alat yang sangat penting bagi individu yang mempunyai dua tugas di tempat
yang berbeza.Misalnya mengadakan mesyuarat, pengajaran guru dan sebagainya.

3. Pemindahan Maklumat.

•      Pengguna Skype boleh berkongsi fail atau maklumat dengan mudah melalui akaun
masing-masing. Ia menyokong jenis fail seperti data sulit, data pejabat dan gambar.
Pemindahan juga boleh digunakan menggunakan keselamatan relatif.

4. Kos murah

•      Panggilan percuma di mana pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan Skype
dalam jangka masa yang panjang.




Kepentingan Skype dalam Pendidikan

Berikut adalah kepentingan skype sebagai alat dalam pendidikan:

•      Skype merupakan penggunaan komunikasi yang mudah dan murah dan diguna pakai
di seluruh dunia. Skype membolehkan meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar
dalam pelbagai aktiviti.

•      Membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan belajar tentang sejarah serta
norma-norma sosial. Hal ini dengan menggunakan skype, pelajar boleh berhubung dengan
individu dari pelbagai latarbelakang budaya.




                                               36
•      Sesuai bagi pelajar yang ingin atau sedang mendalami bahasa baru. Skype boleh
menghubungkan mereka dengan penutur asal bahasa yang dipelajari dan membolehkan
pelajar mendalami bahasa baru.

•      Pembelajaran akan menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampaui
batas bilik darjah.

•      Skype menawarkan cara mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri
dalam komunikasi segerak.




Tips Skype untuk Guru

Bayangkan menghubungkan dengan kelas lain di seluruh dunia tanpa pernah meninggalkan
batasan sekolah seperti tiada bentuk realiti, tiada kos untuk ibu bapa atau sekolah dan tiada
bersusah-payah ke lawatan lapangan. Skype telah mencipta satu komponen pendidikan
yang dipanggil Skype di dalam kelas yang membolehkan guru-guru berhubung dengan
pendidik lain di seluruh dunia dalam persekitaran maya. Dengan lebih daripada 28,000
pendidik menyertai sejak Mei 2012, perkhidmatan ini percuma menawarkan pelbagai projek
kerjasama dan hubungan budaya. Fikirkan ia sebagai satu program sahabat pena untuk
abad ke-21. (Lauren M. Bronson, Elementary School Teacher, Hillsborough County, Florida).
Berikut adalah antara tips untuk guru jika ingin menggunakan skype dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.




1. Projek: Meneliti Perbezaan Budaya

Skype di dalam kelas mempunyai satu forum di mana guru-guru boleh mengepos idea
projek untuk orang lain untuk menyertai sebagai peserta. Dalam satu contoh, seorang guru
sekolah tinggi di Norway mencatatkan satu projek yang bertajuk "Menggambarkan
bagaimana Perbezaan Budaya dan Sistem Nilai berbeza boleh Kesan Komunikasi," yang
memberikan pelajar peluang untuk menangani         halangan dalam komunikasi di kalangan
bangsa yang berbeza.




                                             37
Setelah pelajar mendapat tanggapan bahawa remaja di negara-negara lain adalah sama
seperti diri mereka sendiri, ia boleh membuka kefahamanyang baru dan penghargaan
terhadap orang-orang yang latar belakang yang berbeza.




2. Projek: Perbandingan cuaca di seluruh Globe

Dalam satu projek, guru gred pertama di Chicago cuba untuk menyambung dengan kelas-
kelas yang lain untuk membandingkan keadaan cuaca selama dua minggu. Para pelajar
dapat belajar tentang keadaan cuaca di negara-negara yang berbeza dan langkah berjaga-
jaga tentang cuaca yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Pelajar yang mengalami salji lebat
di Chicago boleh berkomunikasi melalui Skype dengan anak-anak muda di Costa Rica yang
serentak mengalami hujan lebat dan suhu panas.




3. Projek: Pembelajaran Bahasa

Dicipta oleh seorang guru di Argentina, "Projek Perkongsian - Bahasa Inggeris dan
Sepanyol" menerima sokongan dari pendidik AS dari New York ke Wisconsin yang ingin
untuk memberi pelajar mereka peluang untuk mengamalkan bahasa asing. Apa cara yang
lebih baik untuk mengamalkan sebutan yang betul berbanding dengan penutur asli umur
yang sama?

Skype di dalam kelas juga membolehkan guru-guru untuk menyambung dengan pendidik
lain untuk membincangkan kurikulum, berkongsi idea atau mendapatkan nasihat. Di
samping itu, ramai guru menghantar permintaan untuk penceramah jemputan yang relevan
kepada subjek mereka.Seorang guru sekolah tinggi di Amerika Syarikat meminta
penceramah tetamu yang boleh berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan industri
filem untuk kelas filem yang maju. Dalam satu lagi posting, seorang guru kanak-kanak
autistik bertanya pendidik lain untuk berkongsi buku-buku kegemaran klasik mereka semasa
cerita.

Dengan kira-kira 1,900 projek disediakan untuk pelajar berusia 3-18, guru mungkin untuk
mencari sumber bernilai menembusi melalui Skype di dalam kelas, sama ada ia berkaitan
dengan matematik, pendidikan jasmani, seni, bahasa, membaca, menulis, sains, kajian
sosial atauteknologi. Terdapat juga pilihan untuk mewujudkan projek dari awal dan
menjemput orang lain untuk menyertai

                                            38
Dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa tangan-aktiviti boleh meningkatkan
pembelajaran, guru-guru yang menggabungkan teknologi seperti Skype di dalam kelas ke
dalam pelajaran mereka boleh bersedia untuk melihatprestasi yang lebih baik di kalangan
pelajar mereka.




Aplikasi Skype dalam bilik darjah

Dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang
lain di serata dunia, skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan
keterlibatan dan kefahaman pelajar. Interaksi dengan pelajar daripada negara lain akan
membantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma-
norma sosial serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran akan menjadi lebih
autentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah dan kebolehan untuk berbual melalui
telefon atau video dengan seseorang dari negara lain menjadikan pengalaman pembelajaran
lebih menarik. Alat yang murah dan mudah diperoleh seperti skype juga menggalakkan
kakitangan fakulti dan pelajar untuk mencuba teknik-teknik baharu bagi memudahkan
penglibatan. Bagi pendidikan jarak jauh, skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajar
dan pengajar yang berlainan untuk mengambil bahagian dalam komunikasi segerak
(Educause 2007).

Skype boleh digunakan oleh para guru di dalam kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran untuk mengawal kelas. Ini penting terutamanya apabila seseorang guru
berada di luar sekolah untuk urusan-urusan tertentu. Melalui skype,guru masih berpeluang
atau boleh mengadakan kelas melalui skype misalnya daripada hotelnya. Komunikasi
interaktif ini menyediakan hubungan audio dan visual dan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar yang mengikuti kursus secara jarak jauh kerana guru boleh mendengar dan melihat
pelajarnya secara serentak walaupun di lokasi lain, di samping penggunaan bahasa isyarat
badan bagi menambahkan lagi keberkesanan komunikasi.

Sebagai medium komunikasi yang interaktif, skype menyediakan pelbagai faedah kepada
pengguna. Easton(1983), menyatakan kelebihan sidang video kepada pelajar sebagai
menjimatkan masa kepada semua peserta, menjimatkan kos dari segi tambang dan
penginapan, menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapat
maklumat yang sama, lebih ramai peserta dapat dilibatkan tanpa mengira status
kekananan(seniority), memudahkan penjadualan dari segi masa dan tempat bagi


                                          39
penceramah atau pakar yang dijemput. Melalui Skype juga,seorang guru boleh menjemput
pakar dalam satu-satu bidang untuk ditemubual tanpa perlunya tetamu tersebut berada di
dalam kelas. Ini membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan penceramah secara
langsung.Contohnya, guru dalam sastera boleh menjemput penyajak atau penyair untuk
karya-karya tertentu bercakap secara terus dengan pelajar.Melalui skype, pelajar berpeluang
menyaksikan dan mendengar penyajak bersajak secara langsung membolehkan pelajar lebih
menghayati sesuatu karya.

Skype turut memberi manfaat kepada guru-guru kerana mereka berpeluang untuk
menjemput ahli panel terdiri daripada guru-guru lain daripada tempat yang berlainan untuk
terlibat sama dalam perbincangan dengan kelasnya. Ini memberi manfaat kepada guru
mahupun pelajarnya kerana boleh mendengar pelbagai pendapat dan idea yang pelbagai
tentang topik yang dibincangkan.Cadangan serta idea-idea yang diberikan semasa
perbincangan juga boleh dibahaskan bersama-sama pelajar.Melalui penggunaan skype ini,
para pelajar mahupun guru berpeluang bertanya terus atau meminta pandangan ahli panel
atau guru-guru lain tadi tentang sesuatu isu yang dibincangkan.

Skype juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru terutama semasa terlibat dengan lawatan
lapangan.Contohnya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta muzium. Guru boleh
memanfaatkan skype agar boleh berhubung dengan ahli arkeologi untuk memberi
penerangan serta maklumat tentang apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar-pelajar
tersebut. Berbekalkan pengetahuan dan maklumat yang ada, para pelajar akan lebih faham
dan jelas tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas. Malah para pelajar turut
berpeluang bertanya terus soalan-soalan yang dirasakan perlu kepada ahli arkeologi
tersebut sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan. Kemudahan video dan audio ini
membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada pelajar mahupun guru untuk
mendapat maklumat-maklumat daripada pakar dari luar tanpa perlu berada bersama-sama
di lokasi yang sama. Sidang video membolehkan perhubungan antara pelajar dengan pakar
di lokasi geografi yang berlainan berlaku di samping dapat menyokong penggunaan media
seperti papan kapur, dokumen bercetak dan video (Shaffebin Mohd Daud,2005).

Skype turut membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk turut serta
dalam perbincangan kelas pada hari tersebut.Pelajar yang tidak dapat hadir kelas kerana
masalah kesihatan ataupun terlibat dengan aktiviti luar sekolah masih boleh mengikuti
pembelajaran melalui sambungan skype.Keadaan ini sedikit sebanyak membantu pelajar
agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah walaupun tidak dapat hadir ke


                                            40
kelas.Guru-guru terlibat turut boleh berhubung dengan pelajar terbabit melalui panggilan
video sekiranya pelajar tersebut ingin bertanyakan soalan ataupun guru tersebut ingin
memberi penjelasan lanjut tentang isi pembelajaran pada hari tersebut walaupun kedua-
duanya tidak berapa di lokasi yang sama. Selain itu, Skype boleh digunakan untuk tujuan
latihan bahasa dengan padankan pelajar dengan sukarelawan daripada negara lain untuk
berbual.Skype juga boleh digunakan dalam melakukan kerja kumpulan. Pelajar boleh
berhubung antara satu sama lain di luar kelas untuk bekerjasama untuk satu projek.Skype
turut berguna ketika waktu pejabat bagi menganjurkan pertemuan dengan pelajar atau sesi
bantuan dari pejabat atau rumah anda.Kerjasama antara dua pihak juga boleh diwujudkan
menggunakan Skype bagi tujuan berkongsi projek pengumpulan data dengan pelajar dari
tempat lain.Skype juga boleh digunakan untuk persembahan misalnya tayangkan
persembahan,sketsa atau persembahan pelajar kepada penilai yang pakar.

Secara   kesimpulannya,   teknologi   pendidikan   sangat   berguna   sebagai   alat   untuk
merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan teknologi,
menstrukturkan organisasi sekolah agar lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih
erat antara sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar.




Penutup

Sebagai kesimpulan, kehadiran aplikasi Web 2.0 ini dilihat sebagai revolusi untuk
menyebarkan maklumat secara meluas khususnya          dalam bidang pendidikan. Teknologi
Web 2.0 menyediakan guru-guru satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya
dengan cara yang bermakna. Oleh itu, penggunaan laman-laman web bercirikan web 2.0
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah harus dikaji dengan lebih mendalam
memandangkan penggunaannya dalam bidang pendidikan masih di peringkat rendah di
negara ini.   Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi Internet dari web
berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel.Kandungan yang
dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai serta menekankan konsep komunikasi web
secara dua hala.Web 2.0 diperkenalkan dalam O‟ Reilly Media Web 2.0 Conference pada
tahun 2004.

Skype yang merupakan satu perisian komputer yang inovatif dan membolehkan pengguna
untuk membuat panggilan percuma secara dalam talian kepada pengguna Skype lain di
seluruh dunia. Perisian ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web Skype dan


                                            41
boleh digunakan dengan hampir semua sistem pengendalian dan komputer. Skype mudah
digunakan kerana    komunikasi menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang
misalnya bidang pendidikan.




                                        42
Rujukan

Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjung Malim: Quantum Books.

Easton,A.T.(1983). The satellite TV Handbook.Indiana.Howard W. Sams & Co. Inc.

Caprio, M. W. (1994). Easing into constructivism connecting meaningful learning with

         students experience. Journal of College Science Teaching, 23(4), 210-212.

http://www.scribd.com/doc/61049448/Aplikasi-Teori-Fungsional-Dalam-P-P

http://www.educatorstechnology.com/2012/06/complete-guide-to-use-of-skype-in.html

http://thepaisano.wordpress.com/2008/03/08/web-20-vs-web-30/

http://pakdhe.febri.web.id/?p=28

http://id.wikipedia.org/wiki/Web_3.0

http://webtrends.about.com/od/web20/a/what-is-web-30.htm

http://willscullypower.wordpress.com/2008/10/21/who-will-control-your-data-in-the-web-30-
world/

Shaffe bon Mohd daud. 2005.Sidang Video dalam Pendidikan JArak Jauh.Karisma

         Publications Sdn Bhd,Selangor Darul Ehsan.

Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa

         needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 20, 21-41.

Rumelhart, D. E., dan Norman, D. A. (1978). Accretion, tuning and restructuring: Three

         models learning. Dalam Anderson, R. C., Spiro, R.J. dan Montague, W.E. (ed.).
Semantic factors in cognition. Hilldale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.




                                              43

Contenu connexe

Tendances

Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSiti Mariam
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatWan Farid Nazrin
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaSyuhaila Shukri
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaranmazlan81
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratifputeh_qu
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 

Tendances (20)

Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaran
 
Akta Pendidikan
Akta PendidikanAkta Pendidikan
Akta Pendidikan
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 

En vedette

Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniKavitha Moorthi
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukanNoor Remy Ariffin
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Mohd Kasman
 
Education 3.0 and the Pedagogy of Mobile Learning
Education 3.0 and the Pedagogy of Mobile LearningEducation 3.0 and the Pedagogy of Mobile Learning
Education 3.0 and the Pedagogy of Mobile LearningJackie Gerstein, Ed.D
 

En vedette (6)

Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
Wany
WanyWany
Wany
 
Education 3.0 and the Pedagogy of Mobile Learning
Education 3.0 and the Pedagogy of Mobile LearningEducation 3.0 and the Pedagogy of Mobile Learning
Education 3.0 and the Pedagogy of Mobile Learning
 

Similaire à Pendidikan Abad ke-21

Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21bibahfayyadh
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21bibahfayyadh
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Raja Segaran
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Deny HY
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulAdila Dila
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Nor Saidah
 
Pendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanPendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanSaujuk Ahsane
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisLSP3I
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Pendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanPendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanUniversitas PGRI
 
DESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BE
DESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BEDESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BE
DESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BEVina Serevina
 

Similaire à Pendidikan Abad ke-21 (20)

Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
Pelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st centuryPelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st century
 
Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2Pembelajaran abad 21 thn2
Pembelajaran abad 21 thn2
 
P
PP
P
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
Pendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanPendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depan
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
 
KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21
KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21
KOMPETENSI GURU-DOSEN DI ABAD 21
 
Sp psk kbsm
Sp psk kbsmSp psk kbsm
Sp psk kbsm
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
MATERI BPSDM.pdf
MATERI BPSDM.pdfMATERI BPSDM.pdf
MATERI BPSDM.pdf
 
Pendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanPendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa Depan
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
DESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BE
DESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BEDESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BE
DESAIN PEMBELAJARAN FISIKA: BAGAIMANA MENJADI SISWA KNOW, DO, AND BE
 

Dernier

Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaSoal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaMonaAmelia
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfVenyHandayani2
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 

Dernier (20)

Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaSoal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 

Pendidikan Abad ke-21

  • 1. Pengenalan Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984),teknologi pendidikan adalah satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-kaedah lain dan penggunaan persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran. Dalam teknologi pendidikan,pembelajaran adalah dipentingkan kerana termasuk dalam teknologi pendidikan ialah semua ikhtiar yang dapat menghasilkan pembelajaran. Di Amerika Syarikat, teknologi pendidikan mula diperbincangkan pada awal tahun enam puluhan lagi. Pada mulanya, seperti di dalam bidang pengetahuan lain, terdapat perbezaan pendapat mengenai isi bidang ini. Pakar-pakar pendidikan biasanya menerima pengertian istilah teknologi pendidikan sahaja sebagai sama dengan proses mekanikal seperti penggunaan mesin. Pengertian yang seperti ini juga terdapat di negara kita, Malaysia.Mengikut pengertian ini, apabila kita menggunakan sesuatu mesin ketika mengajar, kita dikatakan telah mengajar dengan menggunakan teknologi pendidikan. Ini adalah pengertian yang salah kerana teknologi telah tidak diberikan pengertian sebagai suatu proses yang cukup abstrak.Jika teknologi pengajaran diberikan pengertian ini,pengajaran itu hanya merupakan aktiviti dengan menggunakan mesin semata-mata. Pendidikan Abad ke-21 "Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991) Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.Justeru itu, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru.Dalam usaha membangunkan insan ini,sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya terhadap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani 1
  • 2. cabaran-cabaran abad ke-21.Dalam abad ke-21 ini sistem pendidikan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,budaya dan politik. Intellectual Capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah,wang atau bahan mentah.Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organisasi ataupun negara. Oleh itu, sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Bekas Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40 suatu ketika dulu pernah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi, sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain.Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembagunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Perdana Menteri turut kerap dalam ucapannya memberi ingatan “kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri” Dalam Persidangan Pendidikan Nasional ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat.Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat. Pembinaan Budaya Ilmu Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara.Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya 2
  • 3. Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Pembudayaan Masyarakat Malaysia Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: “suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.”Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi.Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta ketelusan(transprency) sistem.Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana.Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat. Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang 3
  • 4. berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi abad ke-21. Kemahiran Abad ke-21 Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia global, bidang pendidikan turut tidak terkecuali.Beberapa kajian tentang kemahiran dan tahap kompetensi seseorang mahasiswa dalam abad ke-21 ini telah dilakukan di serata dunia. Kajian yang telah dijalankan oleh D‟Andre dan Daniels(2002) misalnya mendapati mahasiswa memerlukan kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kemahiran seharian. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 1. Jadual 1: Kemahiran-kemahiran abad ke-21. No Jenis Kemahiran Huraian 1 Komunikasi Pertukaran pemikiran dan idea melalui lisan dan tulisan. 2 Kepekaan silang Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya. budaya 3 Pelbagai Bahasa Keupayaan berkomunikasi menggunakan lebih daripada satu bahasa. 4 Kemahiran Mengurus Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan,menyelesaikan masalah dan konflik. 5 Kerja Berpasukan Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat. 6 Kreativiti Dapat menyumbang pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 7 Keupayaan untuk Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri menyesuaikan diri dengan perubahan. 4
  • 5. 8 Empati Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka. 9 Pengurusan stress Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenalpasti punca stress. (Relaxation) 10 Etika kerja Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi. 11 Disiplin diri Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi. 12 Tanggungjawab Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi. 13 Pemikiran deskriminitif Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza 14 Kemahiran Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan tatabahasaa idea yang lebih baik. 15 Kemahiran analitikal Keupayaan untuk menggunakan emikiran logik dan abstrak. 16 Ekonomi dan Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan perniagaan dalam perhubungan. 17 Kemahiran matematik Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan. 18 Kemahiran komputer Keupayaan untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan kaunseling. 19 Kemahiran Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai telekomunikasi satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling. 5
  • 6. Guru Abad Ke-21 Kerjaya guru adalah amat memerlukan komitmen dan kesungguhan daripada penjawatnya.Oleh yang demikian, perguruan dianggap satu profesion.Hasil komitmen yang penuh dan kesungguhan yang kuat maka terhasillah anak didik yang berjaya dalam kehidupan.Seseorang guru adalah lahir daripada pengalaman, kematangan dan sedikit daripada sifat semulajadi atau genetik. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran.Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Dengan demikian, seseorang guru perlu sentiasa bersiap sedia dengan segala perubahan dalam sistem pendidikan sebagai pelaksana dalam memajukan pendidikan dan pelajarnya secara khasnya.Seseorang guru itu perlu sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan baru selari dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat penggunaannya dalam pendidikan di negara kita.Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru-guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan karier mereka (Wan Liz Ozman, 2000). Oleh yang demikian, menyediakan diri menjadi guru yang perkasa perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang itu guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan seperti tersirat di dalam Standard Tinggi Kualiti Pendidikan hari ini. 6
  • 7. Guru abad ke21 yang dihasratkan oleh sistem pendidikan malaysia ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru ynag perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji; tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. . Pelajar Abad Ke21 Selari dengan tuntutan abad ke-21 yang berlandaskan wawasan 2020 dan wawasan, maka tanggungjawab pendidikan terutamanya pendidik adalah menyediakan sumber manusia berkualiti.Pendidikan perlu melahirkan pelajar yang kaya dengan maklumat termasuk penguasaan sepenuhnya berkaitan sains dan teknologi.Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia tanpa sempadan disebabkan pembangunan teknologi.Jika pendidikan selama 150 tahun yang lalu disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang "Ekonomi Perindustrian".Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang "Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka,pendidikan abad ke-21 perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21. Seperti yang diketahui abad ke-21 adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat "melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh era cyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik, kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak dan beradab (Wan Liz Ozman Wan Omar, 2000). Pembaharuan perlukan perubahan.Perubahan yang sangat utama dan penting ialah perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan bersaing secara cekap dan berketrampilan. Satu daripadanya ialah konsep 'belajar sepanjang hayat' perlu menjadi amal budaya setiap pelajar menguasai 'belajar cara belajar. 7
  • 8. Pengertian Teori Teori berasal dari perkataan Yunani iaitu “therio” yang membawa maksud pandangan.Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan.Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah sering kita digunakan secara tidak langsung dalam percakapan atau perbualan dan tingkah laku seharian.Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar.Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.Teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu, guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teori-teori pembelajaran yang sering digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Behaviorisme, Teori Fungsionalisme dan Teori Konstruktivisme. Teori Behaviolisme Teori Behaviorisme adalah teori belajar yang lebih menekankan pada tingkah laku manusia. Memandang individu sebagai makhluk reaktif yang memberirespon terhadap lingkungan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Tokoh-tokoh behaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkahlaku yang nampak, dapat diukur, dan diramal hasil interaksi antara stimulus dan respon.Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.Pengalaman dan pemeliharaan akan membentuk perilaku mereka. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku.Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. 8
  • 9. Teori Fungsionalisme Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri.Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Teori fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan masyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial. Brinkerhoff & White (1989: dalam Amir Hasan Dawi, 2009), telah merumuskan terdapat tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti adalah kriteria untuk menilai tahap kefungsian sesebuah masyarakat. Harmoni pula merujuk kepada cara semua bahagian dan struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai matlamat. Evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat.Teori ini mementingkan persefahaman anggota masyarakarnya atau konsesus untuk mencapai keharmonian dan kestabilan. Perspektif teori sangat penting dalam analisis sosial termasuk dalam bidang pendidikan.Pendidikan merupakan salah satu profesion yang berada dalam masyarakat dan berkhidmat untuk masyarakat.Oleh yang demikian, pendidik perlu memahami teori pendidikan untuk menyediakan diri dalam masyarakat.Teori fungsionalisme melihat aspek pendidikan dalam skop yang luas iaitu menghubungkan pendidikan dengan keseluruhan masyarakat iaitu menghubungkan sekolah kepada keperluan-keperluan masyarakat.Menurut teori fungsionalisme, pendidikan berfungsi untuk merekrut dan menempatkan manusia dalam kedudukan yang pelbagai dalam masyarakat berdasarkan kepakaran, bakat dan kebolehan masing-masing.Hal ini kerana masyarakat dicirikan oleh ketidaksamaan dari segi kebolehan dan bakat. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pendidik atau guru boleh mengaplikasikan teori fungsionalisme ini terutamanya dalam subjek bahasa. Menurut teori fungsional, pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih mementingkan fungsi sosial.Fungsi sesuatu bahasa boleh diajar berdasarkan situasi.Pelajar dikehendaki menulis ayat berdasarkan situasi.Contohnya, situasi bagi perkataan „beratur‟. Kemudian pelajar akan membuat ayat tunggal bagi menerangkan situasi perkataan „beratur‟. Dengan cara pengajaran dan 9
  • 10. pembelajaran ini akan membuatkan pelajar lebih mahir untuk menggunakan atau bertutur dengan perkataan yang diberikan dengan baik mengikut fungsi sosial bahasa tersebut. Teori Konstruktivisme Teori konstruktivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966), Dewey (1938), dan Ausubel (1963).Teori konstruktivisme ini adalah satu pandangan baru tentang pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme bukan satu konsep yang baru tetapi telah digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran sains dan matematik sejak tahun 1980-an lagi. Penggunaan teori konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan kognitif. Menurut Caprio (1994: dalam Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah, 2005), teori ini mempunyai kelebihan terhadap pelajar, di mana pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baru. Dengan kata lain, pelajar akan mengaitkan pengetahuan sedia mereka dengan pembelajaran yang baru dipelajari. Hal ini seperti mana hasil kajian yang dilakukan oleh Rumelhart dan Norman (1978), bahawa seseorang akan dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini juga dikenali sebagai accretion. Pengetahuan tersebut juga boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang dikenali sebagai penalaan atau tuning.Selain itu, pelajar boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang dikenali sebagai parcing. Kajian yang dilakukan oleh Caprio (1994), telah membuktikan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Proses penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dijelaskan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham seperti berikut: a. Orientasi (engage) Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dalam bilik darjah. Guru 10
  • 11. perlumenyediakan suasana yang dapat menarik meminat pelajar terhadap pelajaran. Misalnya menggunakan cara tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya. Aktiviti ini mampu merangsang perasaan ingin tahu pelajar terhadap pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. b. Pencetusan idea (explore) Dalam fasa ini, guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru dipelajari. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk mencapai pembelajaran inkuiri.Semasa pelajaran inipelajar akanlebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan. c. Penstrukturan semula idea (explain) Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan berserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Guru perlu menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea 11
  • 12. secaraberurutan. Peranan guru pada fasa ini adalah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. d. Aplikasi Idea (evaluate) Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Hasil daripada fasa ini akan mewujudkan pemahaman baru dan menggalakkan inkuiri di kalangan pelajar. Pelajar juga akan lebih mengingati apa yang dipelajari disebabkan mereka terlibat secara aktif semasa membina pengetahuan baru tersebut. e. Refleksi Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai samaada idea terdahulu telah berubah atau tidak. Dalam fasa ini guru boleh menggunakan cara bersoal jawab, penulisan kendiri, dan catatan peribadi pelajar untuk menilai tahap pemahaman pelajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pelajar juga boleh membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru serta merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Apa itu Web ? Tahun 1980 dunia mengalami permulaan era penggunaan PC sehingga tahun 1990. Pada masa itu teknologi yang digunakan adalah email, FTP, IRC, Usenet dan PC‟s. Maka penggunaan web adalah terhad dan terbatas dalam pencarian maklumat di alam maya. Penggunaan teknologi PC ini adalah yang berkualiti pada masa itu dan bersesuaian dengan harga yang murah dan cara bekerja yang lebih fleksibel dengan setiap penggunanya. Ini telah mendorong pekerjaan yang lebih kompetitif dan berkolaboratif. Pada tahun 1998, Google telah dilancarkan dan mebuatkan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan. Waktu itu potensi laman web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. Di Amerika, berbillion dollar telah dilaburkan untuk memasuki bidang jaringan online web ini 12
  • 13. walaupun didapati tidak semua laman web dengan modal yang amat besar dan kos yang tinggi berjaya dihasilkan. “Web Definition has always been, and continues to be, our go-to-source for all aspects of our Web Design and Management. The team is always friendly, creative, effective, on-time and on-budget.” President Porter Hill, Inc. (Tecnology) Pertengahan tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst). Dana ini tiada pusingan untuk menjana keuntungan tetapi untuk mendapatkan perkhidmatan web yang lebih canggih. Dengan berbagai pengetahuan proses bisnis dan keterampilan teknik, Web akan memberi impak dan mempengaruhi pasaran perniagaan ahli perniagaan kerana dengan perkembangan Web ini mereka dapat merekabentuk web dan pengembangan, komunikasi pemasaran, iklan online, media cetak dan banyak lagi. Era perkembangan web di seluruh dunia berkembang dengan pesatnya iaitu era Web 1.0 antara tahun 1990 hingga 2000, Web 2.0 antara tahun 2000 hingga 2010, Web 3.0 pula antara tahun 2010 hingga 2020 dan dijangkakan Web 4.0 yang lebih canggih akan berlaku sekitar tahun 2020 sehingga 2030. 13
  • 14. Perkembangan Web 1.0, Web 2.0, web 3.0 dan web 4.0 Rajah 1 : Era perkembangan Web 14
  • 15. Rajah 2 : Perkembangan perubahan Web Ciri-ciri Web 1.0 Web 2.0 Web 3.0 The mostly read only web The wildly read-write-web The portable personel web 45million global users (1996) 1 billion+ global users (2006) Focus untuk individu Focosud on companies Fokus untuk masyarakat Lifestream Home pages Blog Consolidating dynamic content Owning content Pengkongsian maklumat Web semantic Britannica online Wikipedia Widgets, drag & drop mashups HTML, portal XML, RSS User behaviour(me-onomy) Borang Web (Web forms) Aplikasi web Igoogle, Netvibes Direktori (taksonomi) Tagging (folksonomy) User engagement Netscape Google advertainment Pages views Cost per click Pengiklanan Word of mouth Jadual 2 : Ciri-ciri web 15
  • 16. Apakah itu Web 1.0 Era web 1.0 bermula dari awal tahun 1990 sehingga tahun 2000. Web ini merupakan generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Ini kerana segala isi kandungan dan maklumat hanya dapat diakses dan dibawah kawalan penciptanya sahaja. Pengguna web 1.0 hanya boleh melayari internet sahaja untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu orang yang melayari internet hanya dapat melihat kandungan dari laman web tersebut tanpa dapat memberi komen mahupun pandangan.Ini mengakibatkan pengguna web 1.0 menjadi bosan dan web 1.0 tidak dapat menarik minat penggunanya. Web 1.0 merupakan teknologi Web pertama yang merupakan revolusi baru di dunia Internet kerana ia telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, Website yang dibangunkan pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Web 1.0 ini merupakan “world wide web” yang terdiri daripada Windows, SGML, MMQ‟S, SQL disamping ianya menyediakan khidmat database, “file servers” dan “groupware”. Berbagai Website seperti berita “cnn.com” atau bisne secara online “Bhinneka.com” dapat dikategorikan ke dalam jenis ini. Secara umum, Web 1.0 dikembangkan untuk pengaksesan maklumat dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Secara teorinya, Web 1.0 adalah pengguna komputer hanya dapat melayari website. Selepas pengguna melayari website - Tinggalkan website - tutup browser 16
  • 17. Rajah 3 : Contoh paparan web 1.0 Apakah itu Web 2.0 Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O‟Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim O‟Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: “Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut. Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0 memiliki ciri-ciri berikut: • CSS (Cascading Style Sheets) 17
  • 18. Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax • Markup XHTML • Sindikasi dan agregasi data menggunakan RSS/Atom • URL yang valid • Folksonomies • Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website • XML Web-Service API Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi. (Rujuk Rajah 1) Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka.Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan sebagainya. 18
  • 19. Rajah 4: Rangkaian Web 2.0 Web 2.0 ini telah mengubah dunia teknologi internet di seluruh dunia.Ini menyebabkan internet menjadi kegilaan ramai oleh pengguna internet. Misalnya penggunaan halaman web facebook dan twitter yang sangat popular pada masa ini. Seluruh masyarakat dunia setiap hari melayari facebook mereka untuk berkongsi maklumat, ilmu, gambar, aktiviti mereka seharian. Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna. Pelajar lahir dizaman teknologi media baru ini kurang minat untuk menyiapkan lembaran kerja dan mendengar ceramah yang diberikan oleh guru mereka.Ini kerana pelajar-pelajar telah terlibat di peringkat sejagat (global).Kekurangan penyertaan dalam bilik darjah tradisional telah menahan banyak fakta sebaliknyapelajar berpeluang menerima maklum balas atau fakta yang lebih baik melalui atas talian (online). 19
  • 20. Dalam siaran TV Pendidikan di Malaysia, web 2.0 juga berkembang dengan pesatnya iaitu dengan kemunculan eduwebTV. Sejarah awal TV Pendidikan bermula pada tahun 1972-1999 di mana ia disiarkan melalui TV2 sahaja. Manakala dari tahun 2000 ke 2006 TV Pendidikan ditayangkan melalui Astro Channel 13.Tahun 2007-2008 pula siarannya adalah di Media Prima TV9. Keseluruhannya TV Pendidikan ini disiarkan secara “terrestrial” TV. Ini telah menyebabkan masalah penjadualan pelajar yang menonton adalah sukar diselaraskan kerana satu kelas hanya boleh menonton dalam satu masa. Pada tahun 2008 eduwebTV diperkenalkan dan ia boleh dilayari melalui internet. EduwebTV merupakan medium terbaru dalam penyiaran pendidikan di mana ia mensasarkan Pendidian Digital untuk semua. Berdasarkan “streaming” dan muat turun video pendidikan melalui internet ia boleh memuat turun latihan, pemindahan teknologi, kandungan dan editorial. Ini dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya disamping menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat pendidikan yang berkesan. Selain itu pelajar boleh melayari, melihat, memuat turun maklumat yang mereka inginkan dengan tidak mengira masa dan di mana mereka berada asalkan mereka mendapat akses jaringan internet. EduwebTV boleh dilayari melalui www.eduwebtv.com Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. Seperti yang telah dihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat.E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi.E- pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). E- pembelajaran 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang bersifat digital, saling berkaitan, peribadi , ciptaan dan terbuka . 20
  • 21. Rajah 5 : Kerangka Kerja Web 2.0 Rajah 6: Rangkaian Web 2.0 21
  • 22. Secara ringkasnya, Web 2.0 adalah pengguna komputer akan melihat RSS reader. Pengguna melayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan, mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna boleh melihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen. Apakah itu Web 3.0 Menurut John Markoff (2006), akan muncul sebuah web masa hadapan yang mempunyai perkembangan teknologi web yang lebih maju dan canggih jika dibandingkan dengan web2.0. Web ini dikenali sebagai web 3.0.Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experience atau intelligent internet experience”. Berdasarkan Rajah 1: Era perkembangan web, Web 3.0 berlaku di antara tahun 2010 ke 2030. Komponen yang paling utama dalam Web 3.0 adalah Semantik Web. Rajah 7 : Web 3.0 22
  • 23. Web 3.0 adalah sebagai sebuah mesin untuk membaca halaman-halaman Web generasi ketiga dari layanan internet dengan tujuan mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang manusia dapat lakukan sekarang ini. Web 3.0 berkaitan dengan konsep Web Semantik yang dilayari website yang tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi juga dalam bentuk format yang boleh di akses oleh berbagai software. Rajah 8 : Rangkaian Web 3.0 Konsep Web 3.0 adalah dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari.Pengguna boleh memohon Web untuk mencari suatu data spesifik tanpa bersusah- susah mencari satu per satu dalam carian Web.Web 3.0 juga mampu menyediakan keterangan-keterangan yang relevan tentang informasi yang ingin kita cari, bahkan tanpa kita minta. Web 3.0 menawarkan metod yang efisen dalam membantu komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. Web 3.0 juga memungkinkan Web menjadi sebuah bahan untuk penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar.Web 3.0 sendiri terdiri dari Web semantik, Format mikro, pencarian dalam bahasa pengguna, penyimpanan data dalam jumlah besar, pembelajaran melalui mesin, agen rekomen, yang merujuk pada kecerdasan buatan Web. Web 3.0 juga memiliki beberapa standard pengoperasian yang boleh menjalankan fungsinya dalam menampung metadata. 23
  • 24. Antara ciri-ciri khas web 3.0 i. Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu. ii. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi/maklumat diakses menjadi media iii. Network Computing : Perisian adalah sebagai model-model perniagaan, perkhidmatan halaman web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran komputer, pengelasan komputer,menaiktaraf komputer. iv. Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform sumber terbuka atau secara percuma v. Open Identity and Open ID : seluruh maklumat adalah bebas vi. The interligent Web : Sebagai Teknologi Semantic Web termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan pernyataan penyimpanan data. vii. Distributed Database : Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database) viii. Aplikasi bersifat pintar dan bijak Apakah itu Web 4.0 Era perkembangan web semakin canggih, dijangkakan menjelang tahun 2020 ke 2030 Web 4.0 akan menggantikan web3.0. Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadi web simbiotik adalah metadata yang dianjurkan (web 3.0), dimana manusia dan mesin boleh berinteraksi dalam simbiosis.Boleh kita tafsirkan bahawa teknologi web 4.0 ini rangkaian nya lebih canggih sistemnya. Walaupun begitu, masih kurang jelas mengenai tafsiran sebenar web 4.0 yang dikhabarkan tentang kecerdasan webOS, ambien, kecerdasan buatan. Tetapi ia adalah baik untuk mengetahui bahawa terdapat banyak projek-projek yang berlaku di dalam dunia web. Manusia dan mesin boleh berinteraksi 24
  • 25. dalam simbiosis seperti muka minda dikawal (web simbiotik). Web 4,0 atau webOS akan seperti „middleware‟ yang akan mulai berfungsi seperti sistem operasi. Apa perbezaan di antara Web 1.0 dengan 2.0 Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalah kesinambungan daripada web 1.0 itu sendiri.Namun begitu terdapat perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khusus jika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian untuk laman web lain. Tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin mendapatkan maklumat mengenai telefon Samsung, kita perlu pergi ke laman web Samsung. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinya perlu pergi ke laman web Samsung jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh melayari laman web Samsung melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan capaian yang mudah. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu melayari laman web tersebut.Aplikasi web 1.0 lebih terbatas.Pengguna perlu melawat laman web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat.Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0. Jadual 2 : Perbezaan Web 1.0 dengan Web 2.0 25
  • 26. Rajah 9 : Perbezaan Website 1.0 dengan Website 2.0 Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0 dengan Web 2.0 ialah : • web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0 diperkenalkan pada pertama kali. • web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik. • web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti yang lebih. • aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0 26
  • 27. Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website tersebut dan melihat satu persatu isi kandungan di dalamnya. Sedangkan Web 2.0 menghendaki pengguna internet dapat melayari semua maklumat dalam website tanpa harus berkunjung ke alamat yang berkaitan. Apa perbezaan di antara Web 2.0 dengan 3.0 Pada era web 2.0, apabila kita melayari atau mengakses internet untuk mencari maklumat, secara tidak langsung kita akan berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar-tukar buah fikiran dengan pengguna internet lain. Ini akan menyebabkan maklumat yang ingin kita perolehi adalah lebih lengkap. Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com menyediakan perkhidmatan maklumat yang kita perlukan, namun kini wikipedia.com telah menyediakan maklumat keseluruhan pengetahuan yang kita ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan maklumat semakin padat dan lengkap. Rajah 10 : Perbezaan Web 1.0, 2.0 dan 3.0 27
  • 28. Dengan kewujudkan Web 3.0, yang lebih berkonsepkan Web Semantik yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir.Misalnya apabila kita ingin mencari sebuah perkataan, contohnya “burung”. Kita akan memperolehi semua maklumat atau data biologi tentang spesies burung. Contohnya permainan berbentuk burung, DVD tentang burung, jenis-jenis burung dan sebagainya yang berkaitan dengan burung.Pada Web semantik diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan” maklumat yang dicari.Dapat kita simpulkan bahawa Web 2.0 membincangkan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah membincangkan mengenai Web semantik iaitu web cerdas yang boleh memahami keperluan pengguna berdasarkan sejarah aktivitinya di jaringan. Apa perbezaan di antara Web 3.0 dengan 4.0 Walaupun Web 4.0 masih agak jauh iaitu bermula pada tahun 2020, namun ianya semakin menghampiri kepada pergerakan yang lebih praktikal.Web 3.0 berkonsepkan Web Semantik manakala Web 4.0 adalah berkonsepkan The WebOS. Apa itu Skype? Skype adalah sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian. Ia merupakan satu perkhidmatan yang terbaik dalam talian suara melalui internet dan telah dicipta pada tahun 2003 oleh Hy Niklas Zennstrom dan Janus Friis tetapi kemudian telah dimiliki oleh microsoft khususnya dalam tahun 2011. Skype mempunyai lebih 663 000 000 pengguna berdaftar setakat september 2011 meletakkan ia berada pada kedudukan teratas sama dengan Facebook dan Twitter. Jika dibandingkan software serupa, Skype memiliki kualiti IP yang lebih baik. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untuk berbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hingga Call Forward. 28
  • 29. Ciri-ciri utama Skype Pengguna berdaftar Skype dikenalpasti melalui nama Skype yang unik, yang disenaraikan atau didaftarkan didalam direktori Skype. Skype akan membenarkan pengguna mendaftar dan berkomunikasi diantara satu sama lain melalui pesanan ringkasan (instant messaging) atau perbualan suara (voice chat). Perbualan suara membolehkan pengguna berdaftar dengan Skype berbual di antara satu sama lain dengan menggunakan kaedah “audio códec”. Manakala perbualan melalui teks pula membolehkan sekumpulan pengguna yang berdaftar dengan Skype berbual diantara satu sama lain di dalam kelompok atau kumpulan pada satu masa dengan menggunakan aplikasi emosi (emoticons), menyimpan rekod perbualan dan melakukan edit kepada perbualan teks yang lepas (secara offline). Penggunaan skype juga boleh berkongsi fail diantara satu sama lain walaupun mereka berada pada jarak beribu batu jauhnya. Meraka boleh berkongsi semua jenis fail seperti data sulit, fail pejabat dan juga gambar dengan pemindahan ini dijamin akan keselamatannya. Pada Januari, 2006 Skype telah memperkenalkan perbualan koferansi secara video di antara dua pengguna yang melibatkan pengguna platform Windows dan Mac OS X. Manakala Skype 2.0 untuk Linux pula telah diperkenalkan pada 13 Mac 2008, juga mempunyai ciri-ciri yang menyokong perbualan konferansi secara video. Versi 5 beta 1 untuk Windows, telah digunakan dipasaran bermula pada 13 Mei 2010, yang menawarkan perbualan konferensi video sehingga lima orang pengguna dalam satu-satu masa. Melalui panggilan video ini, satu kebolehan skype dimana pemanggil bukan sahaja boleh membuat panggilan, tetapi mereka berpeluang untuk melihat orang yang menjawab panggilan. Penggunaan Skype video ini, sangat penting dalam pendidikan terutamanya apabila ia melibatkan pendidikan jarak jauh, guru atau pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah, contohnya pelajar sakit dan berada di hospital. Skype untuk Windows, bermula dengan versi terbaharu 3.6.0.216, sesuai untuk kualiti dan ciri-ciri “Video Berkualiti Tinggi” seperti skrin penuh atau bentuk skrin di dalam skrin, sama seperti sistem konferensi video tahap pertengahan. Audio Skype dapat menampung perbualan secara audio sehingga 25 orang, termasuk hos. Nombor atas talian atau SkypeIn, adalah perkhidmatan yang membenarkan pengguna Skype untuk menerima panggilan melalui komputer pengguna, dari talian telefon tetap (fix 29
  • 30. line) pengguna yang berdaftar dengan Skype. Tetapi perkhidmatan ini hanya terdapat di negara-negara seperti Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Denmark, Republik Dominican, Estonia, Finland, Perancis, German, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, New Zealand, Poland, Romania, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, Turki, Belanda, England dan Amerika Syarikat. Pengguna Skype boleh memiliki nombor telepon tempatan di negara berkenaan, dan kadar panggilan adalah sama dengan kadar panggilan talian tetap di negara tersebut. Walau bagaimanapun, Skype tidak mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan, misalnya 911 di Amerika Syarikat dan Kanada atau 999 di Great Britain. Ini kerana Federal Communications Commission Amerika Syarikat (FCC) telah menolak, atas tujuan seksyen 255, Akta Telekomunikasi, bahawa Skype bukanlah “pembekal Voip Suara”. Skype WiFi pula membenarkan pengguna berdaftar untuk membayar per minit untuk menggunakan Internet di tempat-tempat pusat perniagaan tanpa wayar menggunakan Kredit Skype. Di samping itu, juga dengan adanya panggilan percuma sesama pengguna skype dengan telefon mudah alih amat menyenangkan serta mesra pengguna dan menjimatkan kos panggilan. Sehingga Mei 2010, senarai Skype yang menggunakan talian tanpa wayar ini berjumlah lebih daripada 100 rangkaian. Ciri-ciri aplikasi Web “Skype Toolbar” boleh mengenalpasti telepon dan nombor Skype, dan didapati hanya untuk Internet Explorer dan Mozilla Firefox untuk Window. Nombor di dalam laman web berkenaan akan digantikan dengan ikon yang boleh di-klik untuk menghubungi nombor menggunakan Skype atau klik kanan untuk memberikan lebih banyak pilihan, contohnya menambahkan nombor ke dalam senarai Skype. “Toolbar” Skype akan mengesan nombor telepon secara automatik. Fail log akan diwujudkan di dalam senarai kenalan pengguna, dan akan disimpan untuk pengguna yang sah mempunyai kenalan ini sahaja. Di dalam Window, Skype boleh digunakan secara terus dari USB flash drive, tanpa memuat- turun di dalam komputer hos. Manakala di dalam Mac OX X, muat-turun aplikasi Skype ke dalam komputer hos adalah tidak perlu. 30
  • 31. Apa yang diperlukan untuk menggunakan Skype di dalam Komputer Pengguna perlu bersedia untuk memuat-turun perisian Skype melalui alamat website http://www.skype.com, untuk membuat akaun secara percuma.Untuk sesi perbualan, pengguna perlu ada mikropon, manakala untuk berinteraksi secara video, pengguna mesti ada kemudahan webcam. Dua hala untuk menjayakan program Skype kepada pengguna dari komputer atau telepon dengan perisian Skype. Memulakan dari komputer adalah cara yang paling senang iaitu hanya memerlukan mesin yang mampu menjayakan program Skype sambungan Internet dan pembesar suara. Selepas berjaya memuat-turun Skype, pengguna boleh membuka akaun peribadi yang boleh dibuat secara percuma. Menggunakan akaun yang telah dibuat, pengguna bolehlah berinteraksi secara teks atau membuat panggilan ke pengguna Skype yang lain, menerusi mikropon yang biasanya telah dipasang di dalam komputer riba. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan skype : 1. Buka skype dan log masuk. Klik di sini untuk sign in. 2. Tujukan tetikus kita pada menu navigasi pada pilihan "GET SKYPE", kita perlu memilih berdasarkan O.S (Operating System) yang sedang kita gunakan misalnya kita menggunakan komputer atau notebook dengan O.S (windows XP/Vista/Seven 7/Windows 8). Oleh itu kita memilih windows. 31
  • 32. 2. Kemudian klik "Download Skype". 3. Setelah kita klik pautan tersebut, ia akan memuat turun secara automatik. 4. Setelah proses memuat turun selesai, kita boleh membuka apa yang telah kita muat turun tadi. 32
  • 33. 6. Proses memasang skype seperti berikut: Pada contoh gambar di atas klik butang "Saya setuju-berikutnya". Proses memuat turun dilakukan dan tunggu hingga selesai (jangan matikan akses internet). 33
  • 34. Jika proses install sudah selesai, maka secara automatik „skype run‟ muncul pada desktop anda (kalau tidak run secara automatik, kita boleh membuka secara manual). Akhirnya kita telah memuat turun skype. Cara menguji mikropon dan pembesar suara anda bekerja dengan baik atau tidak. 1. Klik Echo/Sound Test Service 34
  • 35. 2. Lalu klik butang pembesar suara yang berwarna kuning 3. Kemudian klik pada bahagian Pembesar Suara, dan cuba bercakap di depan mikropon skype. Dalam masa yang sama cuba perhatikan tanda mikropon ada atau tidak. Permasalahan: Jika suara mikropon tidak dikesan, cuba pilih „combo box‟ yang ada di samping tulisan mainkan, kemungkinan anda menggunakan lebih dari satu soundcard pada komputer anda, oleh itu anda perlu memilih dan sesuaikan dengan soundcard yang sedang aktif. 35
  • 36. Faedah/Kebaikan Menggunakan Skype 1. Mudah untuk digunakan. • Penciptaan telah membuatkan komunikasi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, hiburan, pelancongan dan perniagaan. Skype juga mudah untuk dipasang sendiri oleh pengguna. Mudah berhubung dengan orang lain di menggunakan komputer dan telefon bimbit. 2. Panggilan Video. • Skype mempunyai keupayaan untuk membuat panggilan video. Dengan menggunakan skype pemanggil dan penerima panggilan boleh melihat antara satu sama lain. Skype alat yang sangat penting bagi individu yang mempunyai dua tugas di tempat yang berbeza.Misalnya mengadakan mesyuarat, pengajaran guru dan sebagainya. 3. Pemindahan Maklumat. • Pengguna Skype boleh berkongsi fail atau maklumat dengan mudah melalui akaun masing-masing. Ia menyokong jenis fail seperti data sulit, data pejabat dan gambar. Pemindahan juga boleh digunakan menggunakan keselamatan relatif. 4. Kos murah • Panggilan percuma di mana pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan Skype dalam jangka masa yang panjang. Kepentingan Skype dalam Pendidikan Berikut adalah kepentingan skype sebagai alat dalam pendidikan: • Skype merupakan penggunaan komunikasi yang mudah dan murah dan diguna pakai di seluruh dunia. Skype membolehkan meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar dalam pelbagai aktiviti. • Membantu pelajar memahami perbezaan budaya dan belajar tentang sejarah serta norma-norma sosial. Hal ini dengan menggunakan skype, pelajar boleh berhubung dengan individu dari pelbagai latarbelakang budaya. 36
  • 37. Sesuai bagi pelajar yang ingin atau sedang mendalami bahasa baru. Skype boleh menghubungkan mereka dengan penutur asal bahasa yang dipelajari dan membolehkan pelajar mendalami bahasa baru. • Pembelajaran akan menjadi lebih sahih, berinspirasi dan menarik apabila melampaui batas bilik darjah. • Skype menawarkan cara mudah untuk pelajar dan pengajar untuk melibatkan diri dalam komunikasi segerak. Tips Skype untuk Guru Bayangkan menghubungkan dengan kelas lain di seluruh dunia tanpa pernah meninggalkan batasan sekolah seperti tiada bentuk realiti, tiada kos untuk ibu bapa atau sekolah dan tiada bersusah-payah ke lawatan lapangan. Skype telah mencipta satu komponen pendidikan yang dipanggil Skype di dalam kelas yang membolehkan guru-guru berhubung dengan pendidik lain di seluruh dunia dalam persekitaran maya. Dengan lebih daripada 28,000 pendidik menyertai sejak Mei 2012, perkhidmatan ini percuma menawarkan pelbagai projek kerjasama dan hubungan budaya. Fikirkan ia sebagai satu program sahabat pena untuk abad ke-21. (Lauren M. Bronson, Elementary School Teacher, Hillsborough County, Florida). Berikut adalah antara tips untuk guru jika ingin menggunakan skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1. Projek: Meneliti Perbezaan Budaya Skype di dalam kelas mempunyai satu forum di mana guru-guru boleh mengepos idea projek untuk orang lain untuk menyertai sebagai peserta. Dalam satu contoh, seorang guru sekolah tinggi di Norway mencatatkan satu projek yang bertajuk "Menggambarkan bagaimana Perbezaan Budaya dan Sistem Nilai berbeza boleh Kesan Komunikasi," yang memberikan pelajar peluang untuk menangani halangan dalam komunikasi di kalangan bangsa yang berbeza. 37
  • 38. Setelah pelajar mendapat tanggapan bahawa remaja di negara-negara lain adalah sama seperti diri mereka sendiri, ia boleh membuka kefahamanyang baru dan penghargaan terhadap orang-orang yang latar belakang yang berbeza. 2. Projek: Perbandingan cuaca di seluruh Globe Dalam satu projek, guru gred pertama di Chicago cuba untuk menyambung dengan kelas- kelas yang lain untuk membandingkan keadaan cuaca selama dua minggu. Para pelajar dapat belajar tentang keadaan cuaca di negara-negara yang berbeza dan langkah berjaga- jaga tentang cuaca yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Pelajar yang mengalami salji lebat di Chicago boleh berkomunikasi melalui Skype dengan anak-anak muda di Costa Rica yang serentak mengalami hujan lebat dan suhu panas. 3. Projek: Pembelajaran Bahasa Dicipta oleh seorang guru di Argentina, "Projek Perkongsian - Bahasa Inggeris dan Sepanyol" menerima sokongan dari pendidik AS dari New York ke Wisconsin yang ingin untuk memberi pelajar mereka peluang untuk mengamalkan bahasa asing. Apa cara yang lebih baik untuk mengamalkan sebutan yang betul berbanding dengan penutur asli umur yang sama? Skype di dalam kelas juga membolehkan guru-guru untuk menyambung dengan pendidik lain untuk membincangkan kurikulum, berkongsi idea atau mendapatkan nasihat. Di samping itu, ramai guru menghantar permintaan untuk penceramah jemputan yang relevan kepada subjek mereka.Seorang guru sekolah tinggi di Amerika Syarikat meminta penceramah tetamu yang boleh berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan industri filem untuk kelas filem yang maju. Dalam satu lagi posting, seorang guru kanak-kanak autistik bertanya pendidik lain untuk berkongsi buku-buku kegemaran klasik mereka semasa cerita. Dengan kira-kira 1,900 projek disediakan untuk pelajar berusia 3-18, guru mungkin untuk mencari sumber bernilai menembusi melalui Skype di dalam kelas, sama ada ia berkaitan dengan matematik, pendidikan jasmani, seni, bahasa, membaca, menulis, sains, kajian sosial atauteknologi. Terdapat juga pilihan untuk mewujudkan projek dari awal dan menjemput orang lain untuk menyertai 38
  • 39. Dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa tangan-aktiviti boleh meningkatkan pembelajaran, guru-guru yang menggabungkan teknologi seperti Skype di dalam kelas ke dalam pelajaran mereka boleh bersedia untuk melihatprestasi yang lebih baik di kalangan pelajar mereka. Aplikasi Skype dalam bilik darjah Dengan menyediakan satu cara yang mudah dan murah untuk berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia, skype menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan keterlibatan dan kefahaman pelajar. Interaksi dengan pelajar daripada negara lain akan membantu pelajar untuk memahami perbezaan budaya, mempelajari sejarah dan norma- norma sosial serta mengasah kemahiran bahasa asing. Pembelajaran akan menjadi lebih autentik kerana ia menjangkau ke luar bilik darjah dan kebolehan untuk berbual melalui telefon atau video dengan seseorang dari negara lain menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik. Alat yang murah dan mudah diperoleh seperti skype juga menggalakkan kakitangan fakulti dan pelajar untuk mencuba teknik-teknik baharu bagi memudahkan penglibatan. Bagi pendidikan jarak jauh, skype menawarkan cara yang mudah untuk pelajar dan pengajar yang berlainan untuk mengambil bahagian dalam komunikasi segerak (Educause 2007). Skype boleh digunakan oleh para guru di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengawal kelas. Ini penting terutamanya apabila seseorang guru berada di luar sekolah untuk urusan-urusan tertentu. Melalui skype,guru masih berpeluang atau boleh mengadakan kelas melalui skype misalnya daripada hotelnya. Komunikasi interaktif ini menyediakan hubungan audio dan visual dan memberi manfaat kepada pelajar- pelajar yang mengikuti kursus secara jarak jauh kerana guru boleh mendengar dan melihat pelajarnya secara serentak walaupun di lokasi lain, di samping penggunaan bahasa isyarat badan bagi menambahkan lagi keberkesanan komunikasi. Sebagai medium komunikasi yang interaktif, skype menyediakan pelbagai faedah kepada pengguna. Easton(1983), menyatakan kelebihan sidang video kepada pelajar sebagai menjimatkan masa kepada semua peserta, menjimatkan kos dari segi tambang dan penginapan, menambahkan kesan komunikasi kerana semua yang hadir mendapat maklumat yang sama, lebih ramai peserta dapat dilibatkan tanpa mengira status kekananan(seniority), memudahkan penjadualan dari segi masa dan tempat bagi 39
  • 40. penceramah atau pakar yang dijemput. Melalui Skype juga,seorang guru boleh menjemput pakar dalam satu-satu bidang untuk ditemubual tanpa perlunya tetamu tersebut berada di dalam kelas. Ini membolehkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan penceramah secara langsung.Contohnya, guru dalam sastera boleh menjemput penyajak atau penyair untuk karya-karya tertentu bercakap secara terus dengan pelajar.Melalui skype, pelajar berpeluang menyaksikan dan mendengar penyajak bersajak secara langsung membolehkan pelajar lebih menghayati sesuatu karya. Skype turut memberi manfaat kepada guru-guru kerana mereka berpeluang untuk menjemput ahli panel terdiri daripada guru-guru lain daripada tempat yang berlainan untuk terlibat sama dalam perbincangan dengan kelasnya. Ini memberi manfaat kepada guru mahupun pelajarnya kerana boleh mendengar pelbagai pendapat dan idea yang pelbagai tentang topik yang dibincangkan.Cadangan serta idea-idea yang diberikan semasa perbincangan juga boleh dibahaskan bersama-sama pelajar.Melalui penggunaan skype ini, para pelajar mahupun guru berpeluang bertanya terus atau meminta pandangan ahli panel atau guru-guru lain tadi tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Skype juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru terutama semasa terlibat dengan lawatan lapangan.Contohnya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta muzium. Guru boleh memanfaatkan skype agar boleh berhubung dengan ahli arkeologi untuk memberi penerangan serta maklumat tentang apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut. Berbekalkan pengetahuan dan maklumat yang ada, para pelajar akan lebih faham dan jelas tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas. Malah para pelajar turut berpeluang bertanya terus soalan-soalan yang dirasakan perlu kepada ahli arkeologi tersebut sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan. Kemudahan video dan audio ini membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada pelajar mahupun guru untuk mendapat maklumat-maklumat daripada pakar dari luar tanpa perlu berada bersama-sama di lokasi yang sama. Sidang video membolehkan perhubungan antara pelajar dengan pakar di lokasi geografi yang berlainan berlaku di samping dapat menyokong penggunaan media seperti papan kapur, dokumen bercetak dan video (Shaffebin Mohd Daud,2005). Skype turut membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk turut serta dalam perbincangan kelas pada hari tersebut.Pelajar yang tidak dapat hadir kelas kerana masalah kesihatan ataupun terlibat dengan aktiviti luar sekolah masih boleh mengikuti pembelajaran melalui sambungan skype.Keadaan ini sedikit sebanyak membantu pelajar agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah walaupun tidak dapat hadir ke 40
  • 41. kelas.Guru-guru terlibat turut boleh berhubung dengan pelajar terbabit melalui panggilan video sekiranya pelajar tersebut ingin bertanyakan soalan ataupun guru tersebut ingin memberi penjelasan lanjut tentang isi pembelajaran pada hari tersebut walaupun kedua- duanya tidak berapa di lokasi yang sama. Selain itu, Skype boleh digunakan untuk tujuan latihan bahasa dengan padankan pelajar dengan sukarelawan daripada negara lain untuk berbual.Skype juga boleh digunakan dalam melakukan kerja kumpulan. Pelajar boleh berhubung antara satu sama lain di luar kelas untuk bekerjasama untuk satu projek.Skype turut berguna ketika waktu pejabat bagi menganjurkan pertemuan dengan pelajar atau sesi bantuan dari pejabat atau rumah anda.Kerjasama antara dua pihak juga boleh diwujudkan menggunakan Skype bagi tujuan berkongsi projek pengumpulan data dengan pelajar dari tempat lain.Skype juga boleh digunakan untuk persembahan misalnya tayangkan persembahan,sketsa atau persembahan pelajar kepada penilai yang pakar. Secara kesimpulannya, teknologi pendidikan sangat berguna sebagai alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan teknologi, menstrukturkan organisasi sekolah agar lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar. Penutup Sebagai kesimpulan, kehadiran aplikasi Web 2.0 ini dilihat sebagai revolusi untuk menyebarkan maklumat secara meluas khususnya dalam bidang pendidikan. Teknologi Web 2.0 menyediakan guru-guru satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang bermakna. Oleh itu, penggunaan laman-laman web bercirikan web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah harus dikaji dengan lebih mendalam memandangkan penggunaannya dalam bidang pendidikan masih di peringkat rendah di negara ini. Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi Internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel.Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai serta menekankan konsep komunikasi web secara dua hala.Web 2.0 diperkenalkan dalam O‟ Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Skype yang merupakan satu perisian komputer yang inovatif dan membolehkan pengguna untuk membuat panggilan percuma secara dalam talian kepada pengguna Skype lain di seluruh dunia. Perisian ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web Skype dan 41
  • 42. boleh digunakan dengan hampir semua sistem pengendalian dan komputer. Skype mudah digunakan kerana komunikasi menjadi lebih mesra pengguna dalam pelbagai bidang misalnya bidang pendidikan. 42
  • 43. Rujukan Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjung Malim: Quantum Books. Easton,A.T.(1983). The satellite TV Handbook.Indiana.Howard W. Sams & Co. Inc. Caprio, M. W. (1994). Easing into constructivism connecting meaningful learning with students experience. Journal of College Science Teaching, 23(4), 210-212. http://www.scribd.com/doc/61049448/Aplikasi-Teori-Fungsional-Dalam-P-P http://www.educatorstechnology.com/2012/06/complete-guide-to-use-of-skype-in.html http://thepaisano.wordpress.com/2008/03/08/web-20-vs-web-30/ http://pakdhe.febri.web.id/?p=28 http://id.wikipedia.org/wiki/Web_3.0 http://webtrends.about.com/od/web20/a/what-is-web-30.htm http://willscullypower.wordpress.com/2008/10/21/who-will-control-your-data-in-the-web-30- world/ Shaffe bon Mohd daud. 2005.Sidang Video dalam Pendidikan JArak Jauh.Karisma Publications Sdn Bhd,Selangor Darul Ehsan. Subadrah Nair & Malar a/p Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 20, 21-41. Rumelhart, D. E., dan Norman, D. A. (1978). Accretion, tuning and restructuring: Three models learning. Dalam Anderson, R. C., Spiro, R.J. dan Montague, W.E. (ed.). Semantic factors in cognition. Hilldale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. 43