SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
Soalan 3 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam
4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3
Soalan 5 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
4
9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup
10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru
mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh
11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira
12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang
________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang
13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan
air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
5
15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi
tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan
17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk
18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari
Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram
19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas
20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk
Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6
21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya
petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melecet
22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A geli
B haru
C kelam
D gundah
23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat
B telap
C telus
D kalis
24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
A terkilan
B runsing
C murung
D sengsara
25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu
mengalah .
A pelik
B gawat
C runsing
D rencam
26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
A busuk …tengik
B hanyir… wangi
C hapak … harum
D hancing …mersik
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7
27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .
A ghairah
B asyik
C tekun
D leka
28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .
A becak
B lembik
C lembap
D bengkok
29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
A serong
B bengkok
C bongkok
D condong
30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
A jauh
B cepat
C dekat
D nyaris
31 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang
kemalangan itu.
A sedih
B hairan
C terkejut
D gembira
32 “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani.
A lazat
B busuk
C kelat
D harum
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
8
Soalan 33 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas
B cepat
C deras
D kencang
34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A teliti
B lemah
C sopan
D lembut
35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam
kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
A baru
B antik
C retak
D runtuh
36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A sibuk
B damai
C serabut
D gembira
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
9
37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring
38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
A tertib
B gopoh
C pantas
D cermat
39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A pilu
B gusar
C geram
D marah
Soalan 40 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
A kelajuan
B kelalaian
C keberanian
D kesibukan
41 Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A masuk
B muat
C muak
D mual
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
10
42 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.
A menjadikan
B mengecilkan
C mengecutkan
D menguruskan
43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
A baru
B lama
C segar
D layu
44 Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu
A tumpul
B tajam
C tebal
D nipis
45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.
A laju
B petah
C bising
D pandai
46 Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.
A masam
B masin
C manis
D manja
47 Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
A kuat
B lebat
C hebat
D renyai
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11
48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.
A laju
B tajam
C cepat
D lambat
49 Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.
A baik
B keras
C kejam
D waras
50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.
A kecil
B baharu
C usang
D elok
51 Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
A pahit
B masin
C manis
D masam
52 Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam
kemalangan itu dialih ke tepi.
A tegang
B gelap
C pulih
D pilu
53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan
komputer.
A geliga
B cekap
C petah
D fasih
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
12
54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.
A kelat
B pahit
C manis
D masam
55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.
A senyap
B sunyi
C diam
D riuh
56 Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .
A lebar
B buncit
C sendat
D runcing
57 Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
A luas
B tinggi
C rimbun
D panjang
Soalan 58 berdasarkan Gambar 5
Gamabar 5
58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.
A hari
B larut
C gelap
D nampak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
13
59 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
A laju
B rata
C licin
D lekuk
60 Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.
A nipis
B tebal
C berkilat
D berwarna
61 Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.
A jauh
B cetek
C dalam
D dangkal
62 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
A kaya
B papa
C cerdik
D peramah
63 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas
kedap udara.
A kuat
B tajam
C lemau
D garing
64 Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang
diimport.
A nipis
B tebal
C kesat
D keras
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
14
65 “Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti
Noridah.
A bijak
B malas
C cerdik
D pandai
66 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu
selesaikan.
A asyik
B tekun
C sering
D kurang
67 Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak
sedap untuk dimakan.
A hangit
B tengik
C busuk
D basi
68 Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya
mengalami masalah pendengaran.
A kuat
B kasar
C tinggi
D kesat
69 Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.
A pahit
B masin
C masam
D manis
70 Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A tebal
B nipis
C berkilat
D berwarna
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
15
71 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-
anak yang bermain di situ.
A pantai
B curam
C dalam
D rendah
72 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.
A mentah
B lembik
C hangit
D tengik
73 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi
membeli-belah.
A aneh
B boros
C buruk
D bosan
74 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.
A elok
B lazat
C hebat
D basi
75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya
tetap ramai.
A murah
B tinggi
C mahal
D rendah
76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan
barang dapur.
A sarat
B sendat
C sumbat
D sendal
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16
77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .
A rangup
B lemau
C rapuh
D hangit
78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
A kesat
B basah
C comot
D compang
79 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .
A kuat
B patuh
C cekal
D berani
80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara ditolak .
A kesian
B hampa
C hancur
D resah
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
17
Kata Adjektif
1 D 31 A 61 C
2 A 32 A 62 A
3 B 33 C 63 C
4 D 34 A 64 D
5 C 35 C 65 B
6 A 36 B 66 A
7 A 37 C 67 B
8 C 38 C 68 C
9 A 39 A 69 A
10 D 40 B 70 A
11 D 41 B 71 B
12 D 42 D 72 B
13 B 43 A 73 D
14 C 44 A 74 B
15 C 45 B 75 C
16 B 46 A 76 A
17 B 47 B 77 A
18 A 48 A 78 C
19 C 49 C 79 C
20 B 50 B 80 B
21 D 51 A
22 A 52 C
23 D 53 B
24 B 54 A
25 B 55 B
26 C 56 B
27 B 57 B
28 A 58 B
29 D 59 C
30 D 60 B

More Related Content

What's hot (13)

Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Latih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapan
Latih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapanLatih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapan
Latih tubi tatabahasa adjektif beserta jawapan
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
8. kata adjektif 2 sk pt. sulaiman
8. kata adjektif 2   sk pt. sulaiman8. kata adjektif 2   sk pt. sulaiman
8. kata adjektif 2 sk pt. sulaiman
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printed
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
 

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Memindah maklumat 03
Memindah maklumat 03Memindah maklumat 03
Memindah maklumat 03
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaan
 
Peribahasa 260
Peribahasa 260Peribahasa 260
Peribahasa 260
 
Umpama 30-with-chinese-meaning
Umpama 30-with-chinese-meaningUmpama 30-with-chinese-meaning
Umpama 30-with-chinese-meaning
 
Memindah maklumat 07
Memindah maklumat 07Memindah maklumat 07
Memindah maklumat 07
 
Latih tubi kata_kerja
Latih tubi kata_kerjaLatih tubi kata_kerja
Latih tubi kata_kerja
 
Latih tubi pengimbuhan
Latih tubi pengimbuhanLatih tubi pengimbuhan
Latih tubi pengimbuhan
 
Latih tubi antonim
Latih tubi antonimLatih tubi antonim
Latih tubi antonim
 
81 BM tatabahasa UPSR
81 BM tatabahasa UPSR81 BM tatabahasa UPSR
81 BM tatabahasa UPSR
 
Kesalahan tatabahasa 1
Kesalahan tatabahasa 1Kesalahan tatabahasa 1
Kesalahan tatabahasa 1
 
Memindah maklumat 01
Memindah maklumat 01Memindah maklumat 01
Memindah maklumat 01
 
Memindah maklumat 05
Memindah maklumat 05Memindah maklumat 05
Memindah maklumat 05
 
Kamus kata-ganda
Kamus kata-gandaKamus kata-ganda
Kamus kata-ganda
 
Latih tubi kata_pemeri
Latih tubi kata_pemeriLatih tubi kata_pemeri
Latih tubi kata_pemeri
 
Memindah maklumat 06
Memindah maklumat 06Memindah maklumat 06
Memindah maklumat 06
 
Latih tubi penanda_wacana
Latih tubi penanda_wacanaLatih tubi penanda_wacana
Latih tubi penanda_wacana
 
Penulisan Bahagian A - Mudul guru
Penulisan Bahagian A - Mudul guruPenulisan Bahagian A - Mudul guru
Penulisan Bahagian A - Mudul guru
 
Latih tubi kata_nama
Latih tubi kata_namaLatih tubi kata_nama
Latih tubi kata_nama
 
Peribahasa bidalan
Peribahasa bidalanPeribahasa bidalan
Peribahasa bidalan
 
Note penting tatabahasa
Note penting tatabahasaNote penting tatabahasa
Note penting tatabahasa
 

Similar to Latih tubi kata_adjecktif

Penanda wacana (BM Thn 5
Penanda wacana (BM Thn 5Penanda wacana (BM Thn 5
Penanda wacana (BM Thn 5
PAKLONG CIKGU
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
KPM
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
PAKLONG CIKGU
 

Similar to Latih tubi kata_adjecktif (20)

Latih tubi tatabahasa kata hubung-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata hubung-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata hubung-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata hubung-berserta-jawapan
 
adjektif-t3.pdf
adjektif-t3.pdfadjektif-t3.pdf
adjektif-t3.pdf
 
adjektif-1.pdf
adjektif-1.pdfadjektif-1.pdf
adjektif-1.pdf
 
Modul bm pemahaman sjkc kinta utara update
Modul bm pemahaman sjkc kinta utara updateModul bm pemahaman sjkc kinta utara update
Modul bm pemahaman sjkc kinta utara update
 
Penanda wacana (BM Thn 5
Penanda wacana (BM Thn 5Penanda wacana (BM Thn 5
Penanda wacana (BM Thn 5
 
Latih tubi tatabahasa penanda wacana-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa penanda wacana-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa penanda wacana-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa penanda wacana-berserta-jawapan
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Kata hubung thn 5
Kata hubung thn 5Kata hubung thn 5
Kata hubung thn 5
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Bijak peribahasa
Bijak peribahasaBijak peribahasa
Bijak peribahasa
 
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
 
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
 
Latih tubi kata penguat
Latih tubi kata penguatLatih tubi kata penguat
Latih tubi kata penguat
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Latih tubi kata_seru
Latih tubi kata_seruLatih tubi kata_seru
Latih tubi kata_seru
 
Latih tubi tatabahasa kata seru-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata seru-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata seru-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata seru-berserta-jawapan
 
Kata hubung ayat majmuk t2
Kata hubung ayat majmuk t2Kata hubung ayat majmuk t2
Kata hubung ayat majmuk t2
 

More from Kathleen Ong

More from Kathleen Ong (20)

初中幾何定理簡介
初中幾何定理簡介初中幾何定理簡介
初中幾何定理簡介
 
六年级奥数经典题难题集粹
六年级奥数经典题难题集粹六年级奥数经典题难题集粹
六年级奥数经典题难题集粹
 
Dizangjing
DizangjingDizangjing
Dizangjing
 
Maths Olympiad - Bases other than Ten
Maths Olympiad - Bases other than TenMaths Olympiad - Bases other than Ten
Maths Olympiad - Bases other than Ten
 
奥林匹克数学课本 小学6年级
奥林匹克数学课本 小学6年级奥林匹克数学课本 小学6年级
奥林匹克数学课本 小学6年级
 
奥林匹克数学课本 小学5年级
奥林匹克数学课本 小学5年级奥林匹克数学课本 小学5年级
奥林匹克数学课本 小学5年级
 
奥林匹克数学课本 小学4年级
奥林匹克数学课本 小学4年级奥林匹克数学课本 小学4年级
奥林匹克数学课本 小学4年级
 
奥林匹克数学课本 小学3年级
奥林匹克数学课本 小学3年级奥林匹克数学课本 小学3年级
奥林匹克数学课本 小学3年级
 
奥林匹克数学课本 小学2年级
奥林匹克数学课本 小学2年级奥林匹克数学课本 小学2年级
奥林匹克数学课本 小学2年级
 
奥林匹克数学课本 小学1年级
奥林匹克数学课本 小学1年级奥林匹克数学课本 小学1年级
奥林匹克数学课本 小学1年级
 
Singapore model-composition-primary-6
Singapore model-composition-primary-6Singapore model-composition-primary-6
Singapore model-composition-primary-6
 
Singapore model-composition-primary-5
Singapore model-composition-primary-5Singapore model-composition-primary-5
Singapore model-composition-primary-5
 
Singapore model-composition-primary-4
Singapore model-composition-primary-4Singapore model-composition-primary-4
Singapore model-composition-primary-4
 
Singapore model-composition-primary-3
Singapore model-composition-primary-3Singapore model-composition-primary-3
Singapore model-composition-primary-3
 
Weekly Dose 22 - Maths Olympiad Practice - Area
Weekly Dose 22 - Maths Olympiad Practice - AreaWeekly Dose 22 - Maths Olympiad Practice - Area
Weekly Dose 22 - Maths Olympiad Practice - Area
 
Kesalahan tatabahasa 2
Kesalahan tatabahasa 2Kesalahan tatabahasa 2
Kesalahan tatabahasa 2
 
Weekly Dose 21 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 21 - Maths Olympiad PracticeWeekly Dose 21 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 21 - Maths Olympiad Practice
 
Weekly Dose 20 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 20 - Maths Olympiad PracticeWeekly Dose 20 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 20 - Maths Olympiad Practice
 
Weekly Dose 19 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 19 - Maths Olympiad PracticeWeekly Dose 19 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 19 - Maths Olympiad Practice
 
Weekly Dose 18 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 18 - Maths Olympiad PracticeWeekly Dose 18 - Maths Olympiad Practice
Weekly Dose 18 - Maths Olympiad Practice
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 

Latih tubi kata_adjecktif

  • 1. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 1 KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong 2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik
  • 2. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 2 Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A cair B putih C pekat D merah 2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi. A ketat B besar C singkat D longgar Soalan 3 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya. A kelat B enak C manis D masam 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________. A tajam B kasar C kesat D tumpul
  • 3. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 3 Soalan 5 berdasarkan Gambar 2 Gambar 2 5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya. A jernih B hitam C kotor D bersih 6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya. A kecil B tebal C besar D panjang 7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya. A sejuk B damai C panas D nyaman 8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________. A baik B cergas C nyaman D indah
  • 4. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 4 9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu. A Indah B Muram C Kelam D Sayup 10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka. A baik B malu C takut D patuh 11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya. A pilu B mahu C cemas D gembira 12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________ A tinggi B besar C kontot D panjang 13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar. A hapak B hanyir C tengik D hancing 14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. A serak B garau C merdu D nyaring
  • 5. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 5 15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya. A sombong B senang C ramah D kasar 16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa. A kegelapan B kedinginan C kemalapan D kepanasan 17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah. A bengkok B bengkak C botak D lekuk 18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri. A lengang B senyap C muram D suram 19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun. A pedas B lebam C pedih D panas 20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat. A luas B sempit C senang D besar
  • 6. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 6 21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi. A menggelupas B menggerutu C melecur D melecet 22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu. A geli B haru C kelam D gundah 23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air. A kesat B telap C telus D kalis 24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam . A terkilan B runsing C murung D sengsara 25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah . A pelik B gawat C runsing D rencam 26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu . A busuk …tengik B hanyir… wangi C hapak … harum D hancing …mersik
  • 7. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 7 27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu . A ghairah B asyik C tekun D leka 28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu . A becak B lembik C lembap D bengkok 29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran. A serong B bengkok C bongkok D condong 30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan . A jauh B cepat C dekat D nyaris 31 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu. A sedih B hairan C terkejut D gembira 32 “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani. A lazat B busuk C kelat D harum
  • 8. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 8 Soalan 33 berdasarkan Gambar 3 Gambar 3 33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________. A pantas B cepat C deras D kencang 34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik. A teliti B lemah C sopan D lembut 35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai. A baru B antik C retak D runtuh 36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang. A sibuk B damai C serabut D gembira
  • 9. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 9 37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________ A hapak B tengik C hamis D haring 38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya. A tertib B gopoh C pantas D cermat 39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya. A pilu B gusar C geram D marah Soalan 40 berdasarkan Gambar 4 Gambar 4 40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya. A kelajuan B kelalaian C keberanian D kesibukan 41 Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar. A masuk B muat C muak D mual
  • 10. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 10 42 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu. A menjadikan B mengecilkan C mengecutkan D menguruskan 43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak. A baru B lama C segar D layu 44 Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu A tumpul B tajam C tebal D nipis 45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap. A laju B petah C bising D pandai 46 Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya. A masam B masin C manis D manja 47 Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh. A kuat B lebat C hebat D renyai
  • 11. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11 48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________. A laju B tajam C cepat D lambat 49 Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya. A baik B keras C kejam D waras 50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati. A kecil B baharu C usang D elok 51 Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula. A pahit B masin C manis D masam 52 Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi. A tegang B gelap C pulih D pilu 53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer. A geliga B cekap C petah D fasih
  • 12. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 12 54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah. A kelat B pahit C manis D masam 55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu. A senyap B sunyi C diam D riuh 56 Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya . A lebar B buncit C sendat D runcing 57 Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam. A luas B tinggi C rimbun D panjang Soalan 58 berdasarkan Gambar 5 Gamabar 5 58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam. A hari B larut C gelap D nampak
  • 13. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 13 59 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan. A laju B rata C licin D lekuk 60 Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja. A nipis B tebal C berkilat D berwarna 61 Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu. A jauh B cetek C dalam D dangkal 62 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya. A kaya B papa C cerdik D peramah 63 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara. A kuat B tajam C lemau D garing 64 Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang diimport. A nipis B tebal C kesat D keras
  • 14. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 14 65 “Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti Noridah. A bijak B malas C cerdik D pandai 66 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan. A asyik B tekun C sering D kurang 67 Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan. A hangit B tengik C busuk D basi 68 Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran. A kuat B kasar C tinggi D kesat 69 Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________. A pahit B masin C masam D manis 70 Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran. A tebal B nipis C berkilat D berwarna
  • 15. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 15 71 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak- anak yang bermain di situ. A pantai B curam C dalam D rendah 72 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________. A mentah B lembik C hangit D tengik 73 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah. A aneh B boros C buruk D bosan 74 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya. A elok B lazat C hebat D basi 75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai. A murah B tinggi C mahal D rendah 76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur. A sarat B sendat C sumbat D sendal
  • 16. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 16 77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ . A rangup B lemau C rapuh D hangit 78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai. A kesat B basah C comot D compang 79 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup . A kuat B patuh C cekal D berani 80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak . A kesian B hampa C hancur D resah
  • 17. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 17 Kata Adjektif 1 D 31 A 61 C 2 A 32 A 62 A 3 B 33 C 63 C 4 D 34 A 64 D 5 C 35 C 65 B 6 A 36 B 66 A 7 A 37 C 67 B 8 C 38 C 68 C 9 A 39 A 69 A 10 D 40 B 70 A 11 D 41 B 71 B 12 D 42 D 72 B 13 B 43 A 73 D 14 C 44 A 74 B 15 C 45 B 75 C 16 B 46 A 76 A 17 B 47 B 77 A 18 A 48 A 78 C 19 C 49 C 79 C 20 B 50 B 80 B 21 D 51 A 22 A 52 C 23 D 53 B 24 B 54 A 25 B 55 B 26 C 56 B 27 B 57 B 28 A 58 B 29 D 59 C 30 D 60 B