SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
BAB III

                              SAINS DAN ISLAM


OBJEKTIF
• Membincangkan konsep sains dan pengertian sains dalam tradisi Islam.
• Menjelaskan salah faham terhadap pengajian ilmu sains dan pandangan Islam
  terhadap pengajian ilmu sains yang sering dilabel sebagai ilmu sekular.
• Membincangkan metodologi yang diguna pakai dalam sains Islam dan ciri-
  cirinya.

PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya
agar menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budaya
ilmu dan menghindarkan umat daripada lembah kejahilan ialah melalui
pendidikan. Justeru, pendidikan amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu-
ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat.

KONSEP SAINS
Perkataan sains berasal daripada kata scio, scire atau scientia (bahasa Latin) yang
bermaksud pengetahuan. Mengikut Endang Saifuddin Ansari (1982:43), sains
mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas. Justeru itu, sains
lebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan, atau singkatnya, ilmu. Menurut
Wan Fuad (1990: 3) pula, istilah sains pada asalnya membawa pengertian yang
mudah, iaitu ilmu. Sebelum kemunculan sains moden, sains hanya membawa
pengertian yang mudah tersebut, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benar
setelah diolah zaman berzaman. Akan tetapi, makna sains kini telah berubah.

    Menurut Kamus Dwibahasa (1990: 1111), sains adalah ilmu pengetahuan yang
teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata
(fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain).          Sulaiman Nordin (1993:148)
mendefinisikan sains sebagai satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur
berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabie yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui kajian
eksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai
serta boleh diuji kebenarannya. Demikian juga Hairudin Harun (1992:5) yang
memetik pandangan Clagett yang mendefinisikan sains sebagai ilmu yang
dihasilkan melalui cerapan dan fahaman atau huraian sistematik mengenai
fenomena tabii. Huraian sistematik adalah melibatkan penggunaan kaedah
kuantitatif dan intelek. Ini termasuk kaedah logik dan matematik serta segala
peralatan yang diperlukan.
2


   Sains juga didefinisikan sebagai ilmu yang didapati melalui metodologi
saintifik. Dalam konteks sains moden, metodologi tersebut pada asasnya terdiri
daripada kaedah empirikal dan matematik sahaja. Dari segi tradisi sains moden,
boleh dikatakan bahawa metodologi saintifik hanya melibatkan empat proses
aktiviti intelektual yang utama, iaitu cerapan, generalisasi, huraian, dan ramalan.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa sains adalah usaha pemahaman
manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-
bahagian dan hukum-hukum tentang hal ehwal yang diselidiki (alam, manusia dan
agama) sejauh yang terjangkau oleh daya pemikiran serta dibantu oleh
pancaindera manusia, sementara kebenarannya pula dapat diuji secara empiris dan
eksperimental (Endang 1982:45).

               PENGERTIAN SAINS DALAM TRADISI ISLAM
               Pengertian sains sebagaimana yang dibincangkan di atas adalah
               merujuk kepada pengertian sains sebagaimana yang difahami
               dalam sains moden. Ia sama sekali sangat berbeza dengan
               pengertian sains dalam tradisi Islam. Menurut Hairudin Harun
               (1992:7), dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun
               Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal
               merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi
               sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti
               ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam
               metodologi saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh
               tokoh-tokoh sains Islam yang terkenal.

                        Misalnya, Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau
               bertafakkur di dalam masjid untuk mencari ilham bagi
               menyelesaikan sesuatu masalah sains apabila beliau gagal
               menyelesaikannya dengan cara biasa. Ibn Sina tidak menganggap
               bahawa “kaedah rasional” lebih tinggi daripada “kaedah berdoa”.
               Malahan, bagi Ibn Sina berdoa adalah sebahagian daripada
               metodologi saintifik. Tegasnya, definisi “metodologi saintifik”
               dalam sains Islam adalah lebih luas daripada yang biasa difahami
               masa kini. Oleh itu, bidang ilmu dalam tradisi sains Islam yang
               diistilahkan sebagai sains adalah meliputi pelbagai bidang.
               Contohnya, muzik adalah ilmu yang serius dalam budaya sains
               Islam dan merupakan sebahagian daripada subjek matematik
               gunaan atau fizik matematik. Namun, muzik pada masa kini lebih
               dikaitkan dengan ilmu hiburan dan dijadikan sebahagian daripada
               industri pop-rock yang tidak menentu malah boleh menyesatkan
               manusia daripada ajaran agama.

SALAH FAHAM TERHADAP PENGAJIAN ILMU SAINS
3


Terdapat salah faham dalam kalangan segelintir masyarakat Islam terhadap
pengajian ilmu sains yang dilabel sebagai ilmu sekular atau ilmu keduniaan
semata-mata. Salah faham tersebut adalah kesan daripada pandangan yang
membahagikan ilmu kepada ilmu agama dan ilmu dunia.               Hakikatnya,
pembahagian tersebut adalah suatu pembahagian yang salah dan perlu diubah
kerana membawa beberapa kesan negatif. Antara kesan buruknya ialah
melahirkan perasaan rendah diri kerana menganggap dirinya semakin jauh
daripada agama selain perasaan kurang terdorong untuk menghayati dan
mengamalkan ajaran agama kerana merasakan tiada hubungan antara ilmu sains
dengan kehidupan beragama. Jika keadaan ini tidak dibendung, ia boleh
membawa kepada kemunduran nilai akhlak dan kehilangan jati diri sebagai saintis
Muslim dalam kalangan penuntut ilmu. Secara tidak langsung, pembahagian
tersebut turut menyokong proses sekularisasi ilmu kerana wujudnya unsur
pengasingan agama daripada urusan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

        Pembahagian yang lebih tepat ialah dengan membahagikan ilmu kepada
dua, iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Menerusi pembahagian tersebut
pemikiran positif masyarakat Islam terhadap pengajian sains akan dapat
dipertingkatkan kerana melibatkan tanggungjawab menunaikan kewajipan yang
bersifat individu (fardu ain) atau melepaskan tanggungjawab sesebuah masyarakat
(fardu kifayah). Pembahagian tersebut juga memungkinkan suatu cabang dalam
ilmu sains yang asalnya bersifat fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain, iaitu
apabila keperluan terhadapnya menjadi terdesak dan boleh mendatangkan
kemudaratan jika tidak dipelajari oleh umat Islam.

PENGAJIAN ILMU SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Islam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan begitu tegas
menyeru umatnya supaya bersungguh-sungguh dalam proses pencarian ilmu
pengetahuan. Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu dapat dibuktikan
dengan fakta bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w memberi penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting dalam
usaha keilmuan. Asas galakan membaca telah dinyatakan dalam firman Allah
S.W.T. (al-‘Alaq, 96: 1) yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan
nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).”

      Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan ke atas setiap umat Islam, sama ada
lelaki atau wanita. Tuntutan ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Ibn Majah i
yang bermaksud: “menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap orang
Islam”. Menurut Imam al-Ghazāli (1992: 27), kewajipan menuntut ilmu yang
tersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajib
fardu kifayah. Pembahagian ini berdasarkan jenis sesuatu ilmu yang dituntut.
Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan wahyu seperti ilmu tauhid, hadis, tafsir,
dan fikah adalah wajib fardu kifayah. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan
akal seperti perubatan dan matematik termasuk dalam wajib fardu kifayah.

      Dengan menuntut ilmu, seorang Muslim akan dapat melepaskan dirinya
daripada belenggu kejahilan, malah Islam memberi kemuliaan dan kedudukan
yang tinggi kepadanya. Lebih daripada itu, Islam membezakan antara golongan
yang berilmu dengan golongan yang tidak berilmu. Antara ayat al-Quran yang
menjelaskan perbezaan tersebut ialah firman Allah S.W.T (az-Zumar 39: 9):
4


        Terjemahan: Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang
        mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
        Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima
        pelajaran.

       Dalam satu ayat al-Quran yang lain, Allah menjelaskan bahawa golongan
yang berilmu diangkat kedudukan mereka beberapa darjat lebih tinggi daripada
golongan yang tidak berilmu. Firman Allah S.W.T menjelaskan hal ini (al-
Mujaadalah 58: 11):
        Terjemahan: Allah akan meninggikan orang-orang yang
        beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
        beberapa darjat.

        Di samping itu, kandungan al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmu
pengetahuan. Menurut Sardar (1991: 25, 62, 67), al-Quran umpama cahaya
pembimbing untuk digunakan dalam menunjukkan jalan yang lurus ke arah ilmu
dan keselamatan. Al-Quran turut menyentuh beberapa tema saintifik di dalamnya
seperti biologi, astronomi, meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi, walaupun
tema utama al-Quran adalah mengenai ciptaan Allah.

       Selain mengandungi petunjuk tentang perundangan dan halal-haramnya
sesuatu aktiviti, adab dalam muamalat (pergaulan) antara manusia dalam bidang
ekonomi, perniagaan, sosio budaya, peperangan dan perhubungan antarabangsa,
al-Quran juga mengandungi maklumat ataupun isyarat tentang perkara yang telah
menjadi tumpuan kajian sains, umpamanya tentang cap jari tangan sebagai alamat
pengenalan manusia, penciptaan bumi dan langit, bentuk bumi yang bulat dan
berpusing di atas paksinya serta beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari,
dan tentang penciptaan makhluk yang berpasangan (Baharuddin Yatim &
Sulaiman Noordin, 1996: 1).

        Antara ayat al-Quran yang menyentuh fenomena sains seperti ilmu falak
atau astronomi ialah firman Allah S.W.T (Yaa siin 36: 37-40):
         Terjemahan: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi
         mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu,
         maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan. Dan
         matahari berjalan di tempat peredarannya.         Demikianlah
         ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah
         Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah
         dia sampai ke manzilah terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk
         tandan yang tua (tandan kering yang melengkung). Tidaklah
         mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak
         dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis
         edarnya.

       Persoalan tentang fenomena botani turut dijelaskan dalam al-Quran seperti
yang terdapat dalam firman Allah S.W.T (Qaaf 50: 9-11):
         Terjemahan: Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak
         manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon
         dan biji-biji tanaman yang diketam. Dan pohon kurma yang
         tinggi-tinggi yang mempunyai mayang-mayang yang bersusun-
5


         susun. Untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan
         Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti
         itulah terjadinya kebangkitan.

        Terdapat juga ayat al-Quran yang membicarakan salah satu topik
terpenting dalam fizik iaitu cahaya. Kedudukan cahaya adalah begitu penting
kerana dalam teori kerelatifan halaju, segala gerakan adalah relatif tetapi halaju
cahaya adalah mutlak. Selain daripada keperluan kepada cahaya untuk melihat,
cahaya juga bahan yang memberi maklumat tentang keadaan sesuatu atom,
nukleus atau pepejal. Kepentingan cahaya dari sudut fizik terdapat dalam ayat
berikut (an-Nuur 24: 35):

         Terjemahan: Allah (Pemberi cahaya kepada) langit dan bumi.
         Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang
         tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di
         dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya)
         seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon
         yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak
         di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang
         minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak
         disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah
         membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan
         Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia,
         dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

       Al-Quran tidak ketinggalan dalam memberi perhatian mengenai ilmu
kimia. Ini dijelaskan menerusi ayat mengenai kejadian manusia yang diciptakan
daripada tanah. Penemuan sains moden telah dapat memastikan bahawa dalam
jasmani manusia terdapat semua unsur-unsur kimia seperti yang didapati daripada
tanah. Antara ayat yang membicarakan tentang fenomena tersebut ialah firman
Allah S.W.T (Saad 38: 71):
        Terjemahan: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
        malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia
        daripada tanah.

        Berdasarkan beberapa contoh tersebut, jelas terbukti bahawa al-Quran
memberikan perhatian terhadap banyak topik yang berhubung dengan sains.
Antara matlamat utama al-Quran memberi perhatian terhadap fenomena-fenomena
sains tersebut adalah untuk mengajak orang-orang yang beriman supaya berfikir,
merenung, mengkaji (Sardar, 1991: 28) dan menyedari keagungan Tuhan serta
menginsafi kelemahan insan selaku makhluk yang diciptakan.

        Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia supaya
berfikir, melihat dan memerhati alam sekitarnya.ii Secara tidak langsung, ini
bermakna penerapan asas penting untuk seseorang Muslim menjadi saintis telah
diberi perhatian oleh al-Quran. Antara ayat yang menggalakkan manusia supaya
berfikir, melihat, dan memerhati alam sekitarnya ialah firman Allah S.W.T (adz-
Dzaariyaat 51: 20-21):
6


        Terjemahan: Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan
        Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu
        sendiri. Maka apakah kamu tiada memerhatikan?

       Pendekatan al-Quran terhadap sains mempunyai kaitan yang rapat dengan
iman. Hal ini demikian kerana al-Quran tidak pernah menganjurkan orang
beriman supaya meneroka sains semata-mata untuk sains (Sardar, 1991: 28).
Penerokaan sains yang sejajar dengan pendekatan al-Quran, secara tidak langsung
akan dapat menyingkap tanda-tanda kekuasaan Allah yang telah menjadikan alam
semesta. Dengan cara ini manusia dapat mengenali Tuhannya setelah menyedari
hakikat kejadian dan kedudukannya sebagai hamba Allah.

        Al-Quran melihat sains dalam kerangka pengalaman manusia seluruhnya
iaitu akal dan menuntut ilmu mempunyai tempat yang amat tinggi dalam
masyarakat Islam, tetapi ia tunduk kepada nilai dan etika al-Quran. Dalam
kerangka ini, akal dan wahyu berjalan seiringan dan tiada konflik antara Islam dan
sains. Walau bagaimanapun, suatu konflik boleh timbul apabila sains dan
metodenya dijadikan nilai serba menyeluruh sehingga mengorbankan nilai-nilai
lain dalam Islam.

        Selain daripada ayat-ayat al-Quran tentang fenomena sains, terdapat
beberapa hadis yang memberi galakan kepada umat Islam agar mempelajari dan
mendalami fenomena sains. Antara hadis tersebut ialah peristiwa Nabi
Muhammad s.a.w yang melarang sahabat baginda daripada melakukan proses
pendebungaan pokok kurma (dengan menabur debunga jantan ke atas debunga
betina) lalu menyebabkan buah kurma tidak masak sepenuhnya. Rentetan
daripada itu baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:
          “Sesungguhnya aku adalah manusia, maka apabila aku
          menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan agama kamu,
          hendaklah kamu menerimanya. Dan apabila aku menyuruh
          kamu dengan sesuatu daripada urusan dunia kamu, maka aku
          adalah seorang manusia.”
                                             (Riwayat al-Tabarāni, 4/280)

         Hadis tersebut menjelaskan bahawa segala urusan agama hendaklah
berpandukan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang
merangkumi al-Quran dan hadis. Berkenaan dengan urusan keduniaan seperti
pertanian, umat Islam tidak dikongkong oleh agama dan diberi kebebasan untuk
mempelajari, mengkaji, dan melakukannya selagi tidak bertentangan dengan
syariat.

        Aspek kesihatan dan perubatan begitu mendapat perhatian daripada Nabi
s.a.w kerana fizikal yang sihat dan bebas daripada penyakit akan memberikan
daya fikir yang baik. Bidang perubatan melibatkan pelbagai jenis ilmu sains
seperti biologi, zoologi, botani, dan kimia. Hal ini demikian kerana bidang
perubatan memerlukan pengetahuan yang banyak seperti pengetahuan mengenai
kaedah pencegahan dan rawatan sesuatu penyakit, tanda-tanda sesuatu penyakit
dan penyediaan ubat daripada bahan yang terdiri daripada tumbuhan, campuran
beberapa cecair, dan bahagian tertentu haiwan. Sehubungan dengan hal tersebut,
Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan kepentingan dan keperluan kepada
7


perubatan yang secara tidak langsung menggalakkan umat Islam mempelajari
ilmu-ilmu sains yang berkaitan dengannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w ketika
ditanya tentang perlunya berubat, selain daripada berdoa memohon kesihatan yang
maksudnya:

        “Berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak menetapkan suatu
        penyakit kecuali ditetapkan ubat baginya (atau baginda
        bersabda) penawar baginya kecuali satu penyakit. Mereka (para
        sahabat) bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah. Baginda
        menjawab penyakit tua. ”
                                            (Riwayat al-Tirmidhi, 4/383)

       Dalam sejarah peradaban Islam, ilmu sains turut dikenali sebagai ilmu
hikmah,iii manakala seorang saintis digelar hakim yang bermaksud seorang yang
bijaksana. Hal ini sejajar dengan ajaran Islam yang amat menggalakkan umatnya
memiliki ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dalam menjelaskan kepentingan
ilmu kepada umat, Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya:
         “Hikmah itu (ibarat) harta yang hilang dari orang mukmin, di
         mana sahaja dia menjumpainya, maka dia lebih berhak
         terhadapnya.”
                                              (Riwayat al-Tirmidhi, 5/51)iv

       Berdasarkan keterangan-keterangan daripada al-Quran dan hadis tersebut,
dapatlah disimpulkan bahawa Islam memandang positif terhadap ilmu sains yang
memberi pelbagai faedah dan banyak membantu dalam memudahkan urusan
hidup manusia.

        Melihat kepada pandangan Islam yang positif terhadap ilmu sains, maka
tidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim seperti al-Ghazāli (1992: 1/27)
berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu sains seperti perubatan dan
matematik adalah fardu kifayah. Hal ini demikian kerana mempelajari ilmu
perubatan adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sementara
mempelajari ilmu matematik adalah penting dalam urusan perniagaan dan
pembahagian harta pusaka.

       Ibn Khaldun (1996: 467) menjelaskan faedah mempelajari ilmu matematik
yang tergolong sebagai sebahagian daripada ilmu sains seperti berikut:
         “Antara sebaik-baik pendidikan adalah yang dimulakan dengan
         ilmu hisab (matematik), kerana ia menitikberatkan pengetahuan
         yang jelas dan bukti-bukti yang sistematik. Kebiasaannya, ia
         dapat melahirkan suatu fikiran yang cerdas dan terlatih dengan
         kebenaran.    Dikatakan bahawa sesiapa yang memulakan
         pengajiannya dengan mempelajari ilmu hisab seawal mungkin
         dalam kehidupannya, dan sebagaimana lazimnya akan menjadi
         orang yang jujur. Ini kerana ilmu hisab memiliki asas yang baik
         dan menuntut disiplin diri. Kebenaran dan disiplin itu akan
         menjadi suatu watak bagi orang yang mempelajarinya. Dia akan
         terbiasa dengan kebenaran dan mematuhinya sebagai suatu
         aliran.”
8


       Berdasarkan kenyataan tersebut, Ibn Khaldun (1996: 471) berpendapat
bahawa pengajian ilmu matematik mempunyai faedah dari aspek mental dan
akhlak seperti melahirkan fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran yang
mendorong kepada sifat jujur dan bercakap benar. Dalam satu kenyataan lain
beliau menyatakan :
        Orang yang secara terus-menerusnya mengaplikasikan
        geometri adalah agak sukar untuk melakukan kesalahan.
        Dengan cara mudahnya, orang yang mengetahui geometri
        mempunyai tingkatan keadilan yang tinggi.

     Ibn Khaldun menguatkan lagi kenyataan beliau tentang faedah
mempelajari ilmu geometri dengan katanya;
       Para pendidik kami pernah menyatakan bahawa usaha melatih
       fikiran dengan geometri seakan sama seperti fungsi sabun
       kepada pakaian. Ia membersihkan tompok-tompok kotor dan
       menghilangkan daki kotoran daripadanya.

       Menurut Sulaiman Noordin (1979: 1), dalam tamadun Islam, alam tabii
yang menjadi fokus pengajian ilmu sains dianggap sebagai kitab Allah yang
terbuka atau kitab kedua yang mengandungi tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesaran
dan kebijaksanaan Allah. Ini bermakna segala penemuan sains pada asasnya
bermatlamatkan sains semata-mata, tetapi apabila disertakan dengan semangat
keilmuan Islam, ia akan dapat membuka fikiran manusia ke arah memikirkan
kebesaran dan kebijaksanaan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam semesta.

METODOLOGI SAINS ISLAM

Sains Islam mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunapakai untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Menurut ahli sains, terdapat enam pendekatan
aqliah (akal) dalam sains, iaitu: (Haji Abu Hassan bin Haji Ali, 2005: h. 1)
    1) Meneliti makhluk di dalam alam sekitar
    2) Memahami, memikir dan mengkelaskan maklumat dalam bentuk data dan
        fakta
    3) Membuat analisis dan membina andaian yang berdasarkan akal dan logik
    4) Menguji setiap anggapan melalui eksperimen
    5) Membuat hipotesis secara sementara
    6) Memutuskan kesimpulan tentatif sebagai konsep, teori dan hukum sains
        umum

                   Perbincangan lanjut mengenai kerangka asas sains Islam boleh
              dibahagi kepada dua, iaitu metodologi yang berupa langkah-
              langkah yang diikuti sewaktu menjalankan kajian dan keduanya,
              ciri-ciri umum yang membentuk metodologi dan membolehkannya
              diguna untuk mencapai objektif kajian. Sebagaimana yang telah
              dijelaskan sebelum ini bahawa dalam tradisi sains tamadun awal
              terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal
              ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang
              digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang
              bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai
              tergolong dalam metodologi saintifik. Meskipun, saintis Muslim
9


              tidak memiliki metodologi yang khusus (berbeza daripada sains
              lain), minda mereka sangat jelas terhadap peraturan dan langkah-
              langkah dalam menjalankan kajian saintifik, malah mereka sering
              menjelaskan kepentingan metodologi tersebut kepada pembaca dan
              pelajar dari masa ke masa. Berdasarkan tulisan saintis Muslim
              maka berikut adalah metodologi yang digunakan oleh mereka
              khasnya dalam bidang perubatan;



1.      Metode observasi dan deskripsi
Saintis Muslim khasnya dalam bidang perubatan telah menggunakan metode
observasi dan deskripsi dalam kajian dan amali perubatan mereka. Terdapat
beberapa contoh yang dicatatkan dalam sejarah perubatan Arab-Islam.
Contohnya, al-Razi yang dikenali kemahirannya dalam bidang perubatan. Beliau
didapati telah menghuraikan symptom penyakit demam campak (small pox)–
yang beliau sendiri amati- dengan katanya: kemunculan demam campak adalah
disebabkan oleh demam yang berlanjutan yang mengakibatkan sakit di bahagian
belakang dan gatal di bahagian hidung serta rasa menggigil semasa tidur.

2.       Metode eksperimen dan pengujian
Imuwan Muslim khasnya dalam bidang perubatan amat mengambil berat terhadap
metode eksperimen dan pengujian kerana kedua-duanya adalah kesaksian terbaik
bagi memperbetulkan sesuatu pandangan saintifik. Oleh sebab itulah maka al-
Razi banyak menyebutkan tentang eksperimen dalam buku beliau, The
Characteristics of things sebagaimana katanya, “we add what we know by
experiment and people know that we do not give our confidence to anything
except after its test and experimentation.”
         Al-Razi turut percaya bahawa doktor yang mahir mesti memliki dua sifat
secara bersama. Pertama, dia mestilah mahir dalam bidang saintifik perubatan
dan keduanya, mestilah mempunyai banyak pengalaman. Berdasarkan kenyataan
di atas, jelaslah bahawa al-Razi sentiasa komited kepada eksperimen yang
dianggap sebagai kriteria asas dalam membuat keputusan. Eksperimen adalah
kriteria asas dalam membuat keputusan selagi doktor itu sentiasa melakukan
sesuatu perkara itu untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan terhadap
apa yang membimbangkan kriteria-kriteria yang mungkin akan dikemukakan
untuk tujuan penafian mereka yang tidak dapat memahami matlamat sains. Kita
turut menemui sebilangan ilmuwan dalam tamadun Islam seperti Ibn Sina dan
Gabriel Ibn Bakhtishu’ yang mengetahui secara mendalam tentang beberapa
penyakit utama pada zaman yang mana diagnosis masih belum dikenali dalam
tradisi perubatan silam.

CIRI-CIRI METODOLOGI SAINS ISLAM
Terdapat beberapa ciri umum yang disifatkan kepada metode yang digunakan oleh
saintis dan doktor sepanjang tempoh kegemilangan tamadun Islam. Ciri-ciri
tersebut boleh dihuraikan seperti berikut;

1.    Perbahasan ilmiah
Metodologi perbahasan ilmiah membenarkan berlangsungnya majlis debat sesama
ilmuwan yang dikendalikan secara ilmiah. Setiap ilmuwan bebas mengeluarkan
10


pendapat dan menolak pandangan pihak lain dengan berdasarkan hujah masing-
masing.

2.      Analisis secara sedar dan tepat
Para ilmuwan Muslim menjalankan kajian saintifik dengan menggunakan analisis
yang dilakukan dalam keadaan sedar, menginsafi kebenaran, dan berusaha sedaya
upaya untuk menghasilkan keputusan yang tepat.



3.      Kejujuran saintifik
Ciri kejujuran saintifik ini boleh dilakukan dalam tiga keadaan berikut. Pertama,
merujuk sesuatu pendapat kepada ilmuwan yang mengutarakannya. Kedua, tidak
mengambil kesempatan daripada kreativiti orang lain. Ketiga, menggunakan
pernyataan yang menunjukkan ketidakpastian setelah gagal mengenalpasti nama
ilmuwan yang mengutarakan sesuatu pendapat atau maklumat.

4.      Kebebasan berfikir tanpa terikat dengan teori terdahulu
Metodologi ini sesuai dengan sifat ilmu yang sentiasa berkembang dari masa ke
masa. Ilmu juga tidak terikat dengan mana-mana teori terdahulu yang mungkin
terbukti kesilapannya setelah kajian terkini berjaya membuktikannya.

5.     Jatidiri (self confident and self esteemed)
Saintis Arab-Muslim sendiri memliki keyakinan diri dan harga diri dalam
mengutarakan pendapat saintifik yang berani. Tulisan mereka telah disifatkan
oleh gaya kefasihan dan ketepatan dalam pembentangan serta bebas daripada
percanggahan. Namun, dalam keadaan tertentu mereka juga didapati bergantung
kepada penggunaan ungkapan-ungkapan yang mengelirukan.

PENUTUP
Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspek
pendidikan dan pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan mahupun selainnya
termasuklah mempelajari ilmu-ilmu sains. Justeru, Islam tidak menghalang
umatnya daripada mempelajari ilmu sains selagi tidak membawa kepada
kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Seharusnya umat
Islam tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan sains memandangkan ia adalah
sebahagian daripada tuntutan ajaran Islam. Tidak boleh dikatakan bahawa kajian
terhadap sejarah dan perkembangan sains Islam telah lengkap. Hal ini demikian
kerana para doktor Arab-Muslim juga bukanlah setakat menyalin hasil kerja
daripada tamadun Greek. Pada hakikatnya, para ilmuwan Muslim menyedari
teori-teori saintifik khasnya daripada tamadun Greek yang diterajui oleh
Hippocrates dan Galen. Fenomena ini tidak menghalang mereka daripada turut
serta dalam bidang kajian dan melakukan pembaikan terhadap beberapa kesilapan
yang terdapat dalam teori-teori sains terdahulu.
11




BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim.
Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā. 1910. Mantiq al-
        mashriqiyyin wa al-qasidah al-muzdawijah fi al-mantiq. Kaherah: al-
        Maktabah al-Salafiyyah.
Haji Abu Hassan bin Haji Ali. 2005. Ensiklopedia Pendidikan Sains Dalam Al-
        Qur’an. Kuala Lumpur: Emedia Publication.
http://www.levity.com/alchemy/islam06.html (tarikh akses 8/22/2002).
i
     NOTA HUJUNG

      Riwayat Ibn Mājah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, kitāb al-‘Ilm, bāb Fadl al-‘ulamā’ wa al-
hathth ‘alā talab al-‘ilm, t.th, Dār al-Fikr: Beirut, juz. 1, hlm. 81. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini da ‘if, sementara
al-Mizzi dan al-Suyūti pula berpendapat bahawa hadis ini telah mencapai darjat hadis hasan. Lihat al-Suyūti, Sharh
Sunan Ibn Majah, t.th, Qadimi Kutub Khānah: Karachi, hlm. 20.
    ii
        Lihat ayat-ayat al-Quran tentang galakan berfikir, memerhati, dan melihat seperti dalam Surah al-Baqarah 2: 219,
266, Surah Ali ‘Imrān 3:191, Surah al-An‘ām 6: 99, Surah al-A‘rāf 7:185, Surah Yūnus 10:24, Surah al-Ra‘d 13:3, Surah
al-Nahl 16: 11, 69, Surah al-Rūm 30:50, Surah al-Zukhruf 43:51, Surah al-Jāthiyah 45:13, Surah Qāf 50:6, Surah al-
Ghāshiyah 88:17; bandingkan Muhammad Fu’ād ‘Abd al-Bāqi, al-Mu‘jam al-mufahras li alfaz al-Qur’ān al-Karim, Dār
al-Hadith, Kaherah, 1988, hlm. 154, 667, 877.
    iii
        Sebagai contoh lihat penggunaannya oleh Ibn Sinā dalam karya-karya beliau seperti Mantiq al-mashriqiyyin.
Lihat Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā, Mantiq al-mashriqiyyin wa al-qasidah al-
muzdawijah fi al-mantiq, al-Maktabah al-Salafiyyah, Kaherah, 1910, hlm. 9.
    iv
        Riwayat al-Tirmidhi, al-Jami‘ al-sahih, kitab Abwāb al-‘ilm, bab Mā ja’a fi fadl al-fiqh ‘alā al-‘ibādah, juz. 5, hlm.
51. Berkata Imam al-Tirmidhi: Hadis ini gharib.

Contenu connexe

Tendances

Pembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya IlmuPembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya Ilmuzana liyaa
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahmzaidin
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismeSalam Salleh
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularismedr2200s
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuAbdul Khaliq
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Aina Sofieyah
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMGuru Sejarah PraU
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Imam ghazali
Imam ghazaliImam ghazali
Imam ghazalifirdurs
 
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihBulan Hijau
 
UICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmuUICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmuAbdul Khaliq
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 

Tendances (20)

Pembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya IlmuPembudayaan Budaya Ilmu
Pembudayaan Budaya Ilmu
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
Bab 3 ctu 211
Bab 3 ctu 211Bab 3 ctu 211
Bab 3 ctu 211
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
 
Al farabi
Al farabiAl farabi
Al farabi
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
 
Ibnu Khaldun
Ibnu KhaldunIbnu Khaldun
Ibnu Khaldun
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Imam ghazali
Imam ghazaliImam ghazali
Imam ghazali
 
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
 
UICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmuUICI 2022 - Perpindahan ilmu
UICI 2022 - Perpindahan ilmu
 
Ibnu sina
Ibnu sinaIbnu sina
Ibnu sina
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 

Similaire à UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdfTaufikRahman392594
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfWahyuThoha
 
Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuAbuy Thea
 
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdfRESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdfenjat2
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuayu Naoman
 
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatIntegrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatEeLly Lunjani
 
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.Faseha 3
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxEkoSulastri
 
Scientisme dan kultus keilmuan
Scientisme dan kultus keilmuanScientisme dan kultus keilmuan
Scientisme dan kultus keilmuanyoggivani zhansen
 
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)Abdul Khaliq
 
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdfKonsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdfZukét Printing
 
artikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docx
artikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docxartikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docx
artikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docxWandaWanda37
 
Artikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docx
Artikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docxArtikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docx
Artikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docxMetaFitriani1
 
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docx
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docxKonsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docx
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docxZukét Printing
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkDesiPermataSari16
 

Similaire à UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota) (20)

Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211
 
Falsafah KTI.docx
Falsafah KTI.docxFalsafah KTI.docx
Falsafah KTI.docx
 
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
 
Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmu
 
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdfRESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
 
04 agama dan pst
04 agama dan pst 04 agama dan pst
04 agama dan pst
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmu
 
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatIntegrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
 
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
 
Tugas Artikel FKI.docx
Tugas Artikel FKI.docxTugas Artikel FKI.docx
Tugas Artikel FKI.docx
 
Scientisme dan kultus keilmuan
Scientisme dan kultus keilmuanScientisme dan kultus keilmuan
Scientisme dan kultus keilmuan
 
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
 
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdfKonsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.pdf
 
artikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docx
artikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docxartikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docx
artikel ilmiah falsafah kesatuan ilmu Wanda Hamidah (5).docx
 
Artikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docx
Artikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docxArtikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docx
Artikel FKI SUSI LUSIYANI MANJ B.docx
 
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docx
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docxKonsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docx
Konsep Ilmu dalam Perspektif Filsafat Pendidikan Islam.docx
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
 

Plus de Abdul Khaliq

UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam PaperAbdul Khaliq
 
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperSCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperAbdul Khaliq
 
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMSCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMAbdul Khaliq
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperAbdul Khaliq
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)Abdul Khaliq
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleAbdul Khaliq
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperAbdul Khaliq
 
Soalan orienteering
Soalan orienteeringSoalan orienteering
Soalan orienteeringAbdul Khaliq
 
Orienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraOrienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraAbdul Khaliq
 
orienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangorienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangAbdul Khaliq
 
orienteering - cerun
orienteering - cerunorienteering - cerun
orienteering - cerunAbdul Khaliq
 
orenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunorenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunAbdul Khaliq
 
Orienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikOrienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)Abdul Khaliq
 
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)Abdul Khaliq
 
Computational mathematic
Computational mathematicComputational mathematic
Computational mathematicAbdul Khaliq
 
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022   sains teknologi dan manusiaA intro uici 2022   sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusiaAbdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 

Plus de Abdul Khaliq (20)

UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperSCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
 
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMSCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
 
Soalan orienteering
Soalan orienteeringSoalan orienteering
Soalan orienteering
 
Orienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraOrienteering - titik utara
Orienteering - titik utara
 
orienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangorienteering - saling pandang
orienteering - saling pandang
 
orienteering - cerun
orienteering - cerunorienteering - cerun
orienteering - cerun
 
orenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunorenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerun
 
Orienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikOrienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatik
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
 
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
UICI 2022 - Bab 02 perpindahan ilmu (nota)
 
Computational mathematic
Computational mathematicComputational mathematic
Computational mathematic
 
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022   sains teknologi dan manusiaA intro uici 2022   sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
 

Dernier

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 

Dernier (20)

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 

UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

  • 1. BAB III SAINS DAN ISLAM OBJEKTIF • Membincangkan konsep sains dan pengertian sains dalam tradisi Islam. • Menjelaskan salah faham terhadap pengajian ilmu sains dan pandangan Islam terhadap pengajian ilmu sains yang sering dilabel sebagai ilmu sekular. • Membincangkan metodologi yang diguna pakai dalam sains Islam dan ciri- cirinya. PENDAHULUAN Islam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya agar menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budaya ilmu dan menghindarkan umat daripada lembah kejahilan ialah melalui pendidikan. Justeru, pendidikan amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu- ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat. KONSEP SAINS Perkataan sains berasal daripada kata scio, scire atau scientia (bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan. Mengikut Endang Saifuddin Ansari (1982:43), sains mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas. Justeru itu, sains lebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan, atau singkatnya, ilmu. Menurut Wan Fuad (1990: 3) pula, istilah sains pada asalnya membawa pengertian yang mudah, iaitu ilmu. Sebelum kemunculan sains moden, sains hanya membawa pengertian yang mudah tersebut, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benar setelah diolah zaman berzaman. Akan tetapi, makna sains kini telah berubah. Menurut Kamus Dwibahasa (1990: 1111), sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain). Sulaiman Nordin (1993:148) mendefinisikan sains sebagai satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabie yang bernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui kajian eksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya. Demikian juga Hairudin Harun (1992:5) yang memetik pandangan Clagett yang mendefinisikan sains sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan fahaman atau huraian sistematik mengenai fenomena tabii. Huraian sistematik adalah melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif dan intelek. Ini termasuk kaedah logik dan matematik serta segala peralatan yang diperlukan.
  • 2. 2 Sains juga didefinisikan sebagai ilmu yang didapati melalui metodologi saintifik. Dalam konteks sains moden, metodologi tersebut pada asasnya terdiri daripada kaedah empirikal dan matematik sahaja. Dari segi tradisi sains moden, boleh dikatakan bahawa metodologi saintifik hanya melibatkan empat proses aktiviti intelektual yang utama, iaitu cerapan, generalisasi, huraian, dan ramalan. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa sains adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian- bahagian dan hukum-hukum tentang hal ehwal yang diselidiki (alam, manusia dan agama) sejauh yang terjangkau oleh daya pemikiran serta dibantu oleh pancaindera manusia, sementara kebenarannya pula dapat diuji secara empiris dan eksperimental (Endang 1982:45). PENGERTIAN SAINS DALAM TRADISI ISLAM Pengertian sains sebagaimana yang dibincangkan di atas adalah merujuk kepada pengertian sains sebagaimana yang difahami dalam sains moden. Ia sama sekali sangat berbeza dengan pengertian sains dalam tradisi Islam. Menurut Hairudin Harun (1992:7), dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh tokoh-tokoh sains Islam yang terkenal. Misalnya, Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau bertafakkur di dalam masjid untuk mencari ilham bagi menyelesaikan sesuatu masalah sains apabila beliau gagal menyelesaikannya dengan cara biasa. Ibn Sina tidak menganggap bahawa “kaedah rasional” lebih tinggi daripada “kaedah berdoa”. Malahan, bagi Ibn Sina berdoa adalah sebahagian daripada metodologi saintifik. Tegasnya, definisi “metodologi saintifik” dalam sains Islam adalah lebih luas daripada yang biasa difahami masa kini. Oleh itu, bidang ilmu dalam tradisi sains Islam yang diistilahkan sebagai sains adalah meliputi pelbagai bidang. Contohnya, muzik adalah ilmu yang serius dalam budaya sains Islam dan merupakan sebahagian daripada subjek matematik gunaan atau fizik matematik. Namun, muzik pada masa kini lebih dikaitkan dengan ilmu hiburan dan dijadikan sebahagian daripada industri pop-rock yang tidak menentu malah boleh menyesatkan manusia daripada ajaran agama. SALAH FAHAM TERHADAP PENGAJIAN ILMU SAINS
  • 3. 3 Terdapat salah faham dalam kalangan segelintir masyarakat Islam terhadap pengajian ilmu sains yang dilabel sebagai ilmu sekular atau ilmu keduniaan semata-mata. Salah faham tersebut adalah kesan daripada pandangan yang membahagikan ilmu kepada ilmu agama dan ilmu dunia. Hakikatnya, pembahagian tersebut adalah suatu pembahagian yang salah dan perlu diubah kerana membawa beberapa kesan negatif. Antara kesan buruknya ialah melahirkan perasaan rendah diri kerana menganggap dirinya semakin jauh daripada agama selain perasaan kurang terdorong untuk menghayati dan mengamalkan ajaran agama kerana merasakan tiada hubungan antara ilmu sains dengan kehidupan beragama. Jika keadaan ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada kemunduran nilai akhlak dan kehilangan jati diri sebagai saintis Muslim dalam kalangan penuntut ilmu. Secara tidak langsung, pembahagian tersebut turut menyokong proses sekularisasi ilmu kerana wujudnya unsur pengasingan agama daripada urusan yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Pembahagian yang lebih tepat ialah dengan membahagikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Menerusi pembahagian tersebut pemikiran positif masyarakat Islam terhadap pengajian sains akan dapat dipertingkatkan kerana melibatkan tanggungjawab menunaikan kewajipan yang bersifat individu (fardu ain) atau melepaskan tanggungjawab sesebuah masyarakat (fardu kifayah). Pembahagian tersebut juga memungkinkan suatu cabang dalam ilmu sains yang asalnya bersifat fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain, iaitu apabila keperluan terhadapnya menjadi terdesak dan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dipelajari oleh umat Islam. PENGAJIAN ILMU SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Islam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan begitu tegas menyeru umatnya supaya bersungguh-sungguh dalam proses pencarian ilmu pengetahuan. Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu dapat dibuktikan dengan fakta bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w memberi penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting dalam usaha keilmuan. Asas galakan membaca telah dinyatakan dalam firman Allah S.W.T. (al-‘Alaq, 96: 1) yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan ke atas setiap umat Islam, sama ada lelaki atau wanita. Tuntutan ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Ibn Majah i yang bermaksud: “menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap orang Islam”. Menurut Imam al-Ghazāli (1992: 27), kewajipan menuntut ilmu yang tersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajib fardu kifayah. Pembahagian ini berdasarkan jenis sesuatu ilmu yang dituntut. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan wahyu seperti ilmu tauhid, hadis, tafsir, dan fikah adalah wajib fardu kifayah. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan akal seperti perubatan dan matematik termasuk dalam wajib fardu kifayah. Dengan menuntut ilmu, seorang Muslim akan dapat melepaskan dirinya daripada belenggu kejahilan, malah Islam memberi kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepadanya. Lebih daripada itu, Islam membezakan antara golongan yang berilmu dengan golongan yang tidak berilmu. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan perbezaan tersebut ialah firman Allah S.W.T (az-Zumar 39: 9):
  • 4. 4 Terjemahan: Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Dalam satu ayat al-Quran yang lain, Allah menjelaskan bahawa golongan yang berilmu diangkat kedudukan mereka beberapa darjat lebih tinggi daripada golongan yang tidak berilmu. Firman Allah S.W.T menjelaskan hal ini (al- Mujaadalah 58: 11): Terjemahan: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Di samping itu, kandungan al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Menurut Sardar (1991: 25, 62, 67), al-Quran umpama cahaya pembimbing untuk digunakan dalam menunjukkan jalan yang lurus ke arah ilmu dan keselamatan. Al-Quran turut menyentuh beberapa tema saintifik di dalamnya seperti biologi, astronomi, meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi, walaupun tema utama al-Quran adalah mengenai ciptaan Allah. Selain mengandungi petunjuk tentang perundangan dan halal-haramnya sesuatu aktiviti, adab dalam muamalat (pergaulan) antara manusia dalam bidang ekonomi, perniagaan, sosio budaya, peperangan dan perhubungan antarabangsa, al-Quran juga mengandungi maklumat ataupun isyarat tentang perkara yang telah menjadi tumpuan kajian sains, umpamanya tentang cap jari tangan sebagai alamat pengenalan manusia, penciptaan bumi dan langit, bentuk bumi yang bulat dan berpusing di atas paksinya serta beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari, dan tentang penciptaan makhluk yang berpasangan (Baharuddin Yatim & Sulaiman Noordin, 1996: 1). Antara ayat al-Quran yang menyentuh fenomena sains seperti ilmu falak atau astronomi ialah firman Allah S.W.T (Yaa siin 36: 37-40): Terjemahan: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua (tandan kering yang melengkung). Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Persoalan tentang fenomena botani turut dijelaskan dalam al-Quran seperti yang terdapat dalam firman Allah S.W.T (Qaaf 50: 9-11): Terjemahan: Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam. Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang-mayang yang bersusun-
  • 5. 5 susun. Untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan. Terdapat juga ayat al-Quran yang membicarakan salah satu topik terpenting dalam fizik iaitu cahaya. Kedudukan cahaya adalah begitu penting kerana dalam teori kerelatifan halaju, segala gerakan adalah relatif tetapi halaju cahaya adalah mutlak. Selain daripada keperluan kepada cahaya untuk melihat, cahaya juga bahan yang memberi maklumat tentang keadaan sesuatu atom, nukleus atau pepejal. Kepentingan cahaya dari sudut fizik terdapat dalam ayat berikut (an-Nuur 24: 35): Terjemahan: Allah (Pemberi cahaya kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Al-Quran tidak ketinggalan dalam memberi perhatian mengenai ilmu kimia. Ini dijelaskan menerusi ayat mengenai kejadian manusia yang diciptakan daripada tanah. Penemuan sains moden telah dapat memastikan bahawa dalam jasmani manusia terdapat semua unsur-unsur kimia seperti yang didapati daripada tanah. Antara ayat yang membicarakan tentang fenomena tersebut ialah firman Allah S.W.T (Saad 38: 71): Terjemahan: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Berdasarkan beberapa contoh tersebut, jelas terbukti bahawa al-Quran memberikan perhatian terhadap banyak topik yang berhubung dengan sains. Antara matlamat utama al-Quran memberi perhatian terhadap fenomena-fenomena sains tersebut adalah untuk mengajak orang-orang yang beriman supaya berfikir, merenung, mengkaji (Sardar, 1991: 28) dan menyedari keagungan Tuhan serta menginsafi kelemahan insan selaku makhluk yang diciptakan. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia supaya berfikir, melihat dan memerhati alam sekitarnya.ii Secara tidak langsung, ini bermakna penerapan asas penting untuk seseorang Muslim menjadi saintis telah diberi perhatian oleh al-Quran. Antara ayat yang menggalakkan manusia supaya berfikir, melihat, dan memerhati alam sekitarnya ialah firman Allah S.W.T (adz- Dzaariyaat 51: 20-21):
  • 6. 6 Terjemahan: Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memerhatikan? Pendekatan al-Quran terhadap sains mempunyai kaitan yang rapat dengan iman. Hal ini demikian kerana al-Quran tidak pernah menganjurkan orang beriman supaya meneroka sains semata-mata untuk sains (Sardar, 1991: 28). Penerokaan sains yang sejajar dengan pendekatan al-Quran, secara tidak langsung akan dapat menyingkap tanda-tanda kekuasaan Allah yang telah menjadikan alam semesta. Dengan cara ini manusia dapat mengenali Tuhannya setelah menyedari hakikat kejadian dan kedudukannya sebagai hamba Allah. Al-Quran melihat sains dalam kerangka pengalaman manusia seluruhnya iaitu akal dan menuntut ilmu mempunyai tempat yang amat tinggi dalam masyarakat Islam, tetapi ia tunduk kepada nilai dan etika al-Quran. Dalam kerangka ini, akal dan wahyu berjalan seiringan dan tiada konflik antara Islam dan sains. Walau bagaimanapun, suatu konflik boleh timbul apabila sains dan metodenya dijadikan nilai serba menyeluruh sehingga mengorbankan nilai-nilai lain dalam Islam. Selain daripada ayat-ayat al-Quran tentang fenomena sains, terdapat beberapa hadis yang memberi galakan kepada umat Islam agar mempelajari dan mendalami fenomena sains. Antara hadis tersebut ialah peristiwa Nabi Muhammad s.a.w yang melarang sahabat baginda daripada melakukan proses pendebungaan pokok kurma (dengan menabur debunga jantan ke atas debunga betina) lalu menyebabkan buah kurma tidak masak sepenuhnya. Rentetan daripada itu baginda s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya aku adalah manusia, maka apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan agama kamu, hendaklah kamu menerimanya. Dan apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan dunia kamu, maka aku adalah seorang manusia.” (Riwayat al-Tabarāni, 4/280) Hadis tersebut menjelaskan bahawa segala urusan agama hendaklah berpandukan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang merangkumi al-Quran dan hadis. Berkenaan dengan urusan keduniaan seperti pertanian, umat Islam tidak dikongkong oleh agama dan diberi kebebasan untuk mempelajari, mengkaji, dan melakukannya selagi tidak bertentangan dengan syariat. Aspek kesihatan dan perubatan begitu mendapat perhatian daripada Nabi s.a.w kerana fizikal yang sihat dan bebas daripada penyakit akan memberikan daya fikir yang baik. Bidang perubatan melibatkan pelbagai jenis ilmu sains seperti biologi, zoologi, botani, dan kimia. Hal ini demikian kerana bidang perubatan memerlukan pengetahuan yang banyak seperti pengetahuan mengenai kaedah pencegahan dan rawatan sesuatu penyakit, tanda-tanda sesuatu penyakit dan penyediaan ubat daripada bahan yang terdiri daripada tumbuhan, campuran beberapa cecair, dan bahagian tertentu haiwan. Sehubungan dengan hal tersebut, Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan kepentingan dan keperluan kepada
  • 7. 7 perubatan yang secara tidak langsung menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu-ilmu sains yang berkaitan dengannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w ketika ditanya tentang perlunya berubat, selain daripada berdoa memohon kesihatan yang maksudnya: “Berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak menetapkan suatu penyakit kecuali ditetapkan ubat baginya (atau baginda bersabda) penawar baginya kecuali satu penyakit. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah. Baginda menjawab penyakit tua. ” (Riwayat al-Tirmidhi, 4/383) Dalam sejarah peradaban Islam, ilmu sains turut dikenali sebagai ilmu hikmah,iii manakala seorang saintis digelar hakim yang bermaksud seorang yang bijaksana. Hal ini sejajar dengan ajaran Islam yang amat menggalakkan umatnya memiliki ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dalam menjelaskan kepentingan ilmu kepada umat, Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: “Hikmah itu (ibarat) harta yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja dia menjumpainya, maka dia lebih berhak terhadapnya.” (Riwayat al-Tirmidhi, 5/51)iv Berdasarkan keterangan-keterangan daripada al-Quran dan hadis tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa Islam memandang positif terhadap ilmu sains yang memberi pelbagai faedah dan banyak membantu dalam memudahkan urusan hidup manusia. Melihat kepada pandangan Islam yang positif terhadap ilmu sains, maka tidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim seperti al-Ghazāli (1992: 1/27) berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu sains seperti perubatan dan matematik adalah fardu kifayah. Hal ini demikian kerana mempelajari ilmu perubatan adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sementara mempelajari ilmu matematik adalah penting dalam urusan perniagaan dan pembahagian harta pusaka. Ibn Khaldun (1996: 467) menjelaskan faedah mempelajari ilmu matematik yang tergolong sebagai sebahagian daripada ilmu sains seperti berikut: “Antara sebaik-baik pendidikan adalah yang dimulakan dengan ilmu hisab (matematik), kerana ia menitikberatkan pengetahuan yang jelas dan bukti-bukti yang sistematik. Kebiasaannya, ia dapat melahirkan suatu fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran. Dikatakan bahawa sesiapa yang memulakan pengajiannya dengan mempelajari ilmu hisab seawal mungkin dalam kehidupannya, dan sebagaimana lazimnya akan menjadi orang yang jujur. Ini kerana ilmu hisab memiliki asas yang baik dan menuntut disiplin diri. Kebenaran dan disiplin itu akan menjadi suatu watak bagi orang yang mempelajarinya. Dia akan terbiasa dengan kebenaran dan mematuhinya sebagai suatu aliran.”
  • 8. 8 Berdasarkan kenyataan tersebut, Ibn Khaldun (1996: 471) berpendapat bahawa pengajian ilmu matematik mempunyai faedah dari aspek mental dan akhlak seperti melahirkan fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran yang mendorong kepada sifat jujur dan bercakap benar. Dalam satu kenyataan lain beliau menyatakan : Orang yang secara terus-menerusnya mengaplikasikan geometri adalah agak sukar untuk melakukan kesalahan. Dengan cara mudahnya, orang yang mengetahui geometri mempunyai tingkatan keadilan yang tinggi. Ibn Khaldun menguatkan lagi kenyataan beliau tentang faedah mempelajari ilmu geometri dengan katanya; Para pendidik kami pernah menyatakan bahawa usaha melatih fikiran dengan geometri seakan sama seperti fungsi sabun kepada pakaian. Ia membersihkan tompok-tompok kotor dan menghilangkan daki kotoran daripadanya. Menurut Sulaiman Noordin (1979: 1), dalam tamadun Islam, alam tabii yang menjadi fokus pengajian ilmu sains dianggap sebagai kitab Allah yang terbuka atau kitab kedua yang mengandungi tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesaran dan kebijaksanaan Allah. Ini bermakna segala penemuan sains pada asasnya bermatlamatkan sains semata-mata, tetapi apabila disertakan dengan semangat keilmuan Islam, ia akan dapat membuka fikiran manusia ke arah memikirkan kebesaran dan kebijaksanaan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam semesta. METODOLOGI SAINS ISLAM Sains Islam mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunapakai untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Menurut ahli sains, terdapat enam pendekatan aqliah (akal) dalam sains, iaitu: (Haji Abu Hassan bin Haji Ali, 2005: h. 1) 1) Meneliti makhluk di dalam alam sekitar 2) Memahami, memikir dan mengkelaskan maklumat dalam bentuk data dan fakta 3) Membuat analisis dan membina andaian yang berdasarkan akal dan logik 4) Menguji setiap anggapan melalui eksperimen 5) Membuat hipotesis secara sementara 6) Memutuskan kesimpulan tentatif sebagai konsep, teori dan hukum sains umum Perbincangan lanjut mengenai kerangka asas sains Islam boleh dibahagi kepada dua, iaitu metodologi yang berupa langkah- langkah yang diikuti sewaktu menjalankan kajian dan keduanya, ciri-ciri umum yang membentuk metodologi dan membolehkannya diguna untuk mencapai objektif kajian. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Meskipun, saintis Muslim
  • 9. 9 tidak memiliki metodologi yang khusus (berbeza daripada sains lain), minda mereka sangat jelas terhadap peraturan dan langkah- langkah dalam menjalankan kajian saintifik, malah mereka sering menjelaskan kepentingan metodologi tersebut kepada pembaca dan pelajar dari masa ke masa. Berdasarkan tulisan saintis Muslim maka berikut adalah metodologi yang digunakan oleh mereka khasnya dalam bidang perubatan; 1. Metode observasi dan deskripsi Saintis Muslim khasnya dalam bidang perubatan telah menggunakan metode observasi dan deskripsi dalam kajian dan amali perubatan mereka. Terdapat beberapa contoh yang dicatatkan dalam sejarah perubatan Arab-Islam. Contohnya, al-Razi yang dikenali kemahirannya dalam bidang perubatan. Beliau didapati telah menghuraikan symptom penyakit demam campak (small pox)– yang beliau sendiri amati- dengan katanya: kemunculan demam campak adalah disebabkan oleh demam yang berlanjutan yang mengakibatkan sakit di bahagian belakang dan gatal di bahagian hidung serta rasa menggigil semasa tidur. 2. Metode eksperimen dan pengujian Imuwan Muslim khasnya dalam bidang perubatan amat mengambil berat terhadap metode eksperimen dan pengujian kerana kedua-duanya adalah kesaksian terbaik bagi memperbetulkan sesuatu pandangan saintifik. Oleh sebab itulah maka al- Razi banyak menyebutkan tentang eksperimen dalam buku beliau, The Characteristics of things sebagaimana katanya, “we add what we know by experiment and people know that we do not give our confidence to anything except after its test and experimentation.” Al-Razi turut percaya bahawa doktor yang mahir mesti memliki dua sifat secara bersama. Pertama, dia mestilah mahir dalam bidang saintifik perubatan dan keduanya, mestilah mempunyai banyak pengalaman. Berdasarkan kenyataan di atas, jelaslah bahawa al-Razi sentiasa komited kepada eksperimen yang dianggap sebagai kriteria asas dalam membuat keputusan. Eksperimen adalah kriteria asas dalam membuat keputusan selagi doktor itu sentiasa melakukan sesuatu perkara itu untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan terhadap apa yang membimbangkan kriteria-kriteria yang mungkin akan dikemukakan untuk tujuan penafian mereka yang tidak dapat memahami matlamat sains. Kita turut menemui sebilangan ilmuwan dalam tamadun Islam seperti Ibn Sina dan Gabriel Ibn Bakhtishu’ yang mengetahui secara mendalam tentang beberapa penyakit utama pada zaman yang mana diagnosis masih belum dikenali dalam tradisi perubatan silam. CIRI-CIRI METODOLOGI SAINS ISLAM Terdapat beberapa ciri umum yang disifatkan kepada metode yang digunakan oleh saintis dan doktor sepanjang tempoh kegemilangan tamadun Islam. Ciri-ciri tersebut boleh dihuraikan seperti berikut; 1. Perbahasan ilmiah Metodologi perbahasan ilmiah membenarkan berlangsungnya majlis debat sesama ilmuwan yang dikendalikan secara ilmiah. Setiap ilmuwan bebas mengeluarkan
  • 10. 10 pendapat dan menolak pandangan pihak lain dengan berdasarkan hujah masing- masing. 2. Analisis secara sedar dan tepat Para ilmuwan Muslim menjalankan kajian saintifik dengan menggunakan analisis yang dilakukan dalam keadaan sedar, menginsafi kebenaran, dan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan keputusan yang tepat. 3. Kejujuran saintifik Ciri kejujuran saintifik ini boleh dilakukan dalam tiga keadaan berikut. Pertama, merujuk sesuatu pendapat kepada ilmuwan yang mengutarakannya. Kedua, tidak mengambil kesempatan daripada kreativiti orang lain. Ketiga, menggunakan pernyataan yang menunjukkan ketidakpastian setelah gagal mengenalpasti nama ilmuwan yang mengutarakan sesuatu pendapat atau maklumat. 4. Kebebasan berfikir tanpa terikat dengan teori terdahulu Metodologi ini sesuai dengan sifat ilmu yang sentiasa berkembang dari masa ke masa. Ilmu juga tidak terikat dengan mana-mana teori terdahulu yang mungkin terbukti kesilapannya setelah kajian terkini berjaya membuktikannya. 5. Jatidiri (self confident and self esteemed) Saintis Arab-Muslim sendiri memliki keyakinan diri dan harga diri dalam mengutarakan pendapat saintifik yang berani. Tulisan mereka telah disifatkan oleh gaya kefasihan dan ketepatan dalam pembentangan serta bebas daripada percanggahan. Namun, dalam keadaan tertentu mereka juga didapati bergantung kepada penggunaan ungkapan-ungkapan yang mengelirukan. PENUTUP Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspek pendidikan dan pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan mahupun selainnya termasuklah mempelajari ilmu-ilmu sains. Justeru, Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu sains selagi tidak membawa kepada kemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Seharusnya umat Islam tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan sains memandangkan ia adalah sebahagian daripada tuntutan ajaran Islam. Tidak boleh dikatakan bahawa kajian terhadap sejarah dan perkembangan sains Islam telah lengkap. Hal ini demikian kerana para doktor Arab-Muslim juga bukanlah setakat menyalin hasil kerja daripada tamadun Greek. Pada hakikatnya, para ilmuwan Muslim menyedari teori-teori saintifik khasnya daripada tamadun Greek yang diterajui oleh Hippocrates dan Galen. Fenomena ini tidak menghalang mereka daripada turut serta dalam bidang kajian dan melakukan pembaikan terhadap beberapa kesilapan yang terdapat dalam teori-teori sains terdahulu.
  • 11. 11 BIBLIOGRAFI Al-Quran al-Karim. Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā. 1910. Mantiq al- mashriqiyyin wa al-qasidah al-muzdawijah fi al-mantiq. Kaherah: al- Maktabah al-Salafiyyah. Haji Abu Hassan bin Haji Ali. 2005. Ensiklopedia Pendidikan Sains Dalam Al- Qur’an. Kuala Lumpur: Emedia Publication. http://www.levity.com/alchemy/islam06.html (tarikh akses 8/22/2002).
  • 12. i NOTA HUJUNG Riwayat Ibn Mājah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, kitāb al-‘Ilm, bāb Fadl al-‘ulamā’ wa al- hathth ‘alā talab al-‘ilm, t.th, Dār al-Fikr: Beirut, juz. 1, hlm. 81. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini da ‘if, sementara al-Mizzi dan al-Suyūti pula berpendapat bahawa hadis ini telah mencapai darjat hadis hasan. Lihat al-Suyūti, Sharh Sunan Ibn Majah, t.th, Qadimi Kutub Khānah: Karachi, hlm. 20. ii Lihat ayat-ayat al-Quran tentang galakan berfikir, memerhati, dan melihat seperti dalam Surah al-Baqarah 2: 219, 266, Surah Ali ‘Imrān 3:191, Surah al-An‘ām 6: 99, Surah al-A‘rāf 7:185, Surah Yūnus 10:24, Surah al-Ra‘d 13:3, Surah al-Nahl 16: 11, 69, Surah al-Rūm 30:50, Surah al-Zukhruf 43:51, Surah al-Jāthiyah 45:13, Surah Qāf 50:6, Surah al- Ghāshiyah 88:17; bandingkan Muhammad Fu’ād ‘Abd al-Bāqi, al-Mu‘jam al-mufahras li alfaz al-Qur’ān al-Karim, Dār al-Hadith, Kaherah, 1988, hlm. 154, 667, 877. iii Sebagai contoh lihat penggunaannya oleh Ibn Sinā dalam karya-karya beliau seperti Mantiq al-mashriqiyyin. Lihat Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā, Mantiq al-mashriqiyyin wa al-qasidah al- muzdawijah fi al-mantiq, al-Maktabah al-Salafiyyah, Kaherah, 1910, hlm. 9. iv Riwayat al-Tirmidhi, al-Jami‘ al-sahih, kitab Abwāb al-‘ilm, bab Mā ja’a fi fadl al-fiqh ‘alā al-‘ibādah, juz. 5, hlm. 51. Berkata Imam al-Tirmidhi: Hadis ini gharib.