1. 1
1.0 Pengenalan
Kurikulum Bahasa Melayu yang mencakupi teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah
telah lama diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hingga pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011, banyak pembaharuan yang dipertingkatkan dan
ditambah baik terutamanya dalam aspek pemupukan elemen sastera dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di sekolah rendah. Ia selaras dengan
perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti
sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses
pengajaran dan pembelajaran ini akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku
teks. Pada ketika ini, elemen sastera seperti pantun, syair dan sajak menjadi medium utama
dalam menyemai nilai dan membina jati diri murid agar mencintai dan berbangga dengan
khazanah negara yang tidak ternilai ini. Justeru, di peringkat sekolah rendah lagi, elemen
sastera telah mula bertapak dan diharap menjadi pelopor kepada tokoh kesusasteraan
negara pada masa hadapan.
2.0 Sinopsis
Cerpen “Kampung Oh Kampung” karya Nik Amirul Mu’min telah diterbitkan pada 2007 oleh
Penerbit Didikmas sebagai sebuah karya yang mudah difahami dan dekat dengan jiwa
kanak-kanak. Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman baharu percutian di desa yang
dirasai oleh dua orang adik-beradik di kampung ayahnya. Bermula dengan episod
penantian kedua orang tua Azman ; Pak Jusuh dan Mak Milah yang menantikan
kepulangan anak tunggal mereka setelah lama tidak pulang ke kampung kerana tuntutan
2. 2
kerja di luar negara. Kesempatan bercuti selama dua bulan sebelum berkhidmat di Kuala
Lumpur telah digunakan sebaiknya untuk menziarahi orang tuanya dan memperkenalkan
anak-anaknya ; Sani dan Saiful kepada datuk dan nenek mereka. Selain itu, dia juga ingin
anak-anaknya merasai pelbagai pangalaman pahit manis tinggal di kampung.
Cerita diteruskan dengan sikap dingin isteri Azman; Mazni terhadap kedua mentuanya
termasuk anaknya Sani yang kurang selesa dengan kehidupan desa. Walau bagaimanapun,
percutian mereka bertambah seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman sebenar
tinggal di kampung. Aktiviti menjerat wak-wak, meredah bendang, menyerkap ikan,
memasang pukat dan membuang lintah di kaki telah menzahirkan kenangan manis di
dalam sanubari mereka. Merasai makanan kampung hasil titik peluh sendiri juga amat
mengujakan mereka.
Cerita terus berkembang dengan perkenalan Sani dan Saiful dengan sahabat baharu
dan masyarakat kampung yang peramah dan suka membantu membuatkan mereka berasa
diterima dan disenangi oleh semua orang. Perkenalan dengan abang Karim seorang petani
moden dan Ustaz Jaafar; guru mengaji di kampung itu telah menyedarkan mereka akan erti
kegigihan yang sebenar. Keseronokan mereka bertambah apabila sempat merasai sendiri
budaya perkahwinan masyarakat India di estet berhampiran dengan kampung mereka.
Perkenalan dengan Encik Raju; pengurus estet dan Ramesh ; anaknya telah memberikan
gambaran sebenar tentang amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Pada akhir percutian, Azman sempat membawa keluarganya ke gelanggang silat Tok
Hitam; guru silat di kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan seni warisan itu yang
masih lagi relevan dengan kehidupan masyarakat kini di samping menyedarkan anak-anak
mereka tentang erti disiplin dalam kehidupan mereka.
Percutian diakhiri dengan kenduri yang diadakan di rumah datuk. Saiful, Sani dan
ibunya; Mazni seronok merasai suasana masak memasak dengan orang kampung yang
saling bekerjasama menjayakan kenduri itu. Makan nasi ambang berlapikkan daun pisang
dan berlaukkan sayur, ikan masin, tempe, mihun goreng, ayam goreng dan serunding
memberikan pengalaman baru kepada mereka. Mereka berjanji akan pulang ke kampung
pada cuti yang akan datang.
3. 3
3.0 Tema dan Persoalan
Buku rujukan
Internet Kawan-kawan
Rajah 1: Tema dan Persoalan
Keseronokan
bercuti di
kampung.
Ibu bapa yang kesunyian kerana
anak, menantu dan cucunya sudah
lama tidak menjengah mereka di
kampung.
Masyarakat kampung
yang masih
mempraktikkan amalan
gotong-royong dalam
kehidupan.
Menantu dan cucu yang pada
mulanya tidak selesa dengan
kehidupan desa akhirnya
seronok dengan pengalaman
baharu.
Sikap hormat-menghormati
mengukuhkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum.
Kegigihan berusaha akan
membangunkan taraf
sosioekonomi masyarakat.
Warisan seni
mempertahankan diri tetap
dipelihara dan diamalkan
masyarakat desa.
Kewajipan terhadap perintah
Allah tidak pernah diabaikan.
Penduduk kampung
yang memanfaatkan
hasil bumi.
4. 4
3.1 Tema
Tema bagi cerpen “ Kampung Oh Kampung” ialah keseronokan bercuti di kampung .
Kisah bermula apabila dua orang adik-beradik pulang ke kampung ayahnya yang begitu
asing bagi mereka. Sani yang bersikap dingin dengan datuk dan neneknya serta tidak
selesa berada di kampung, akhirnya seronok dengan pelbagai pengalaman baru ketika
menghabiskan cuti selama dua bulan di kampung itu. Saiful pula sememangnya tidak
sabar-sabar berjumpa datuk dan nenek telah memanfaatkan cuti tersebut dengan
merasai cara hidup masyarakat kampung yang disifatkan sebagai masyarakat yang
gigih, kreatif dan penuh daya saing.
3.2 Persoalan
Persoalan pertama yang dikemukakan kepada pembaca ialah ibu bapa yang
kesunyian kerana anak, menantu dan cucunya sudah lama tidak menjengah mereka di
kampung. Contohnya; “Mengikut suratnya, memanglah hari ini. Tidak sabar rasanya
hendak bertemu mereka terutama dua orang cucu lelaki Pak Jusuh, Sani dan Saiful.”
(m/s 4). Contoh yang lain; …nenek terbayang akan wajah anak dan cucunya.
Kerinduannya tidak dapat dibendung lagi. (m/s 5).
Kedua, penduduk kampung yang menunaikan kewajipan terhadap perintah Allah
tidak pernah diabaikan. Contoh; …kedinginan pagi dirasai oleh penghuni desa terpencil
di kaki Banjaran Titiwangsa ini. Namun kewajipan terhadap Tuhan tidak pernah
diabaikan. Dalam kedinginan pagi itu, surau kecil di tengah kampung penuh dengan
jemaah. (m/s 1).
Ketiga, masyarakat kampung masih mempraktikkan amalan gotong-royong
dalam kehidupan. Contohnya; Beberapa orang jiran dan saudara-mara terdekat datang
membantu nenek. (m/s 73).
Seterusnya, sikap hormat-menghormati dapat mengukuhkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum . Contoh ayat; Encik Raju mengucapkan terima kasih
kepada Pak Jusuh sekeluarga kerana memenuhi jemputan perkahwinan anaknya itu.
(m/s 62).
Selain itu, warisan seni mempertahankan diri tetap dipelihara dan
diamalkan oleh masyarakat desa yang dipelopori Tok Hitam. Contohnya; Malam itu ada
5. 5
beberapa pesilat yang pernah belajar dengan Tok Hitam menunjukkan kebolehan
masing-masing. Pesilat-pesilat yang beradu dengan lawan masing-masing nampak
bersemangat. (m/s 67).
Seterusnya, sikap menantu dan cucu yang pada mulanya tidak selesa dengan
kehidupan desa akhirnya seronok dengan pengalaman baharu. Contoh ayat; Beberapa
hari lagi mereka akan kembali ke bandar. Sani dan Saiful masih belum puas. Sani mula
dapat menerima kenyataan bahawa kampung bukan satu tempat yang membosankan.
(m/s 73).
Selain itu, sikap penduduk kampung yang memanfaatkan hasil bumi dapat
menjimatkan perbelanjaan harian dan mengelakkan pembaziran. Contoh; Inilah antara
kelebihan hidup di desa. Di sekeliling kita banyak hasil bumi boleh dimanfaatkan. Tidak
perlu mengeluarkan belanja. (m/s 31).
6. 6
4.0 Watak dan Perwatakan
4.1 Watak Utama
Rajah 2: Watak Utama dalam “ Kampung Oh Kampung”
Adik-
beradik
Hidup di
bandar
Anak
kepada
Azman dan
Mazni
abang
Selesa
dengan
kehidupan
kampung
Sayang dan
rapat dengan
datuk dan
nenek.
adik
Lebih
selesa
tinggal di
bandar.
Menjauhkan
diri daripada
datuk dan
nenek.
7. 7
Cerpen “Kampung Oh Kampung” mempunyai dua watak utama yang menghidupkan
cerita ini iaitu Sani dan Saiful yang merupakan dua orang adik-beradik yang berlainan sikap dan
pandangan berkaitan kampung. Mereka yang tinggal di bandar merupakan anak kepada Azman
dan Mazni. Sani merupakan abang kepada Saiful.
Perwatakan Sani dalam cerpen ini digambarkan sebagai seorang budak yang tidak
selesa dengan kehidupan di kampung. Ini dapat dilihat dalam ayat; “…Yalah, papa. Sani pun
rasa tidak seronok pulang ke kampung ini.” (m/s 6). Selain itu, sikapnya yang menjauhkan diri
daripada datuk dan nenek dapat digambarkan dalam ayat; “Dia juga tidak mempedulikan datuk
dan neneknya.” (m/s 10).
Perwatakan Saiful pula begitu berbeza dengan Sani. Digambarkan sebagai seorang
budak yang sangat seronok dengan kehidupan di kampung. Contohnya; “ Saiful pula sebaliknya.
Dia gembira pulang ke kampung.” (m/s 13). Selain itu, Saiful juga sangat rapat dan sayang
akan datuk dan neneknya. Contohnya; “Saiful terus meluru mendapatkan datuk dan neneknya.”
(m/s 9).
Secara dasarnya dapatlah disimpulkan bahawa Sani dan Saiful telah menjadi watak
utama dalam menghidupkan cerita ini. Bermula dengan Sani yang tidak seronok dengan
kehidupan kampung akhirnya akur apabila mula merasai keindahan desa, rakan-rakan sebaya
yang begitu mesra, masyarakat yang sentiasa hormat-menghormati dan aktiviti harian yang
begitu mengujakan berbanding dengan kehidupan bandar yang hanya bertemankan komputer
dan permainan video semata. Saiful pula sebagai seorang yang positif dan dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung telah berjaya menarik perhatian Sani untuk
menerima segala kekurangan tinggal di kampung seadanya. Akhirnya, percutian mereka
menjadi percutian yang paling indah dalam perjalanan hidup mereka sebagai kanak-kanak.
8. 8
4.2 Watak Sampingan
Rajah 3: Watak Sampingan
Sambungan…
WATAK
SAMPINGAN
Pak Jusuh
-ay ah Azman
-suami Mak Milah
-datuk kepada Sani dan Saif ul
- bapa mentua kepada Mazni
Gigih
"...Dengan hasil kebun dan ayam itik inilah datuk membesarkan dan memberikan
pendidikan kepadanya sehingga berjaya." (m/s 20).
Taat perintah
Allah
Sesudah solat Zuhur, datukmengajak keluarganya menghadiri jemputan
Encik Raju. (m/57).
Mak Milah
-ibu Azman
-isteri Pak Jusuh
-nenek kepada Sani dan saif ul
- ibu mentua kepada Mazni
Peny ay ang " Saiful lemas dalam pelukan neneknya." (m/s 10)
Jamal
-pemuda kampung
Suka membantu
Walaupun buruk, kereta Jamal banyakberjasa kepada penduduk kampung.
(m/s 3)
Mazni
-isteri Azman
-menantu Pak Jusuh dan Mak
Milah
- ibu Sani dan Saif ul
-orang bandar
Cerewet
" Berapa lama kita hendak tinggal di kampung kali ini, abang? Saya sudah
mula rasa tidak selesa". (m/s 6)
Azman
-anak Pak Jusuh dan mak Milah
-suami Mazni
-ay ah Sani dan Saif ul
-berpendidikan tinggi
Peny ay ang
Azman rasa terharu dan gembira. Kerinduan kepada ayah dan ibu serta
kampung terubat jua. (m/s 8)
Tabah Kesusahan dan kepayahan hidup mengajar dirinya untuk berusaha (m/s 27) .
9. 9
Rajah 4: Watak Sampingan
WATAK
SAMPINGAN
Pak Long Hasan
-bapa saudara ayah Azman
-adik beradik Pak Jusuh
Meraikan
tetamu
...Pak Long Hasan menghidangkan bubur lambuk kepada mereka. (m/s 43)
Ustaz Jaafar
- imam kampung
- orang y ang paling tua di
kampung
- guru mengaji Azman
Teliti Jika ada kesalahan, Ustaz Jaafar menegur dari jauh.(m/s 44)
Anak murid
Uztaz Jaafar
Bantu-
membantu
...murid yang pandai membantu murid yang lemah (m/s 44)
Memuliakan guru
...sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan Ustaz
Jaafar (m/s 45)
Abang Karim
-sahabat karib Azman
-lepasan universitidalam
jurusan pertanian moden
-menetap di kampung
-bekerja sendirisebagai
petani moden
Gigih
Selain dusun, kebun say ur dan ternakan ikan kolam, abang Karim juga membuka sebuah kedai
runcit di kampungny a. (m/s 46)
Murah Hati ...sebahagianny a lagi akan disedekahkan kepada golongan miskin. (m/s 48)
Encik Raju
- pengurus estet
Berbudi
bahasa
Encik Raju meny ambut kedatangan datuk dan keluargany a. (m/s 59)
Peramah Keluarga Encik Raju semuany a peramah. (m/s 60)
Ramesh
- anak Encik Raju
Peramah "Hai, saya Ramesh, anak Encik Raju!." (m/s 60)
10. 10
5.0 Plot
Rajah 5.0 Plot Novel “Kampung Oh Kampung”.
PERMULAAN
Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman baharu percutian di
desa yang dirasai oleh dua orang adik-beradik di kampung
ayahnya. Bermula dengan episod penantian kedua orang tua
Azman ; Pak Jusuh dan Mak Milah yang menantikan kepulangan
anak tunggal mereka setelah lama tidak pulang ke kampung
kerana tuntutan kerja di luar negara. Kesempatan bercuti selama
dua bulan sebelum berkhidmat di Kuala Lumpur telah digunakan
sebaiknya untuk menziarahi orang tuanya dan mengeratkan
kembali hubungan anak-anaknya ; Sani dan Saiful dengan datuk
dan nenek mereka. Selain itu, dia juga ingin anak-anaknya
merasai pelbagai pangalaman pahitmanis tinggal di kampung.
PERKEMBANGAN
Cerita berkembang dengan sikap dingin isteri Azman;
Mazni terhadap kedua mentuanya termasuk anaknya
Sani yang kurang selesa dengan kehidupan desa.
Walau bagaimanapun, percutian mereka bertambah
seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman
sebenar tinggal di kampung. Aktiviti menjerat wak-
wak, meredah bendang, menyerkap ikan, memasang
pukat dan membuang lintah di kaki telah
menzahirkan kenangan manis di dalam sanubari
mereka. Merasai makanan kampung hasil titik peluh
sendiri juga amatmengujakan mereka.
KLIMAKS
Cerita terus memuncak dengan perkenalan Sani dan Saiful dengan sahabat
baharu dan masyarakatkampung yang peramah dan suka membantu
membuatkan mereka berasa diterima dan disenangi oleh semua orang.
Perkenalan dengan abang Karim seorang petani moden dan UstazJaafar;guru
mengaji di kampung itu telah menyedarkan mereka akan erti kegigihan yang
sebenar. Keseronokan mereka bertambah apabila sempatmerasai sendiri
budaya perkahwinan masyarakat India di estet berhampiran dengan kampung
mereka.Perkenalan dengan Encik Raju;pengurus estet dan Ramesh ;
anaknya telah memberikan gambaran sebenar tentang amalan masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Pada akhir percutian,Azman sempatmembawa keluarganya ke gelanggang
silatTok Hitam;guru silatdi kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan
seni warisan itu yang masih lagi relevan dengan kehidupan masyarakatkini di
samping menyedarkan anak-anak mereka tentang erti disiplin dalam kehidupan
mereka.
PELERAIAN
Percutian diakhiri dengan kenduri yang diadakan
di rumah datuk.Saiful, Sani dan ibunya; Mazni
seronok merasai suasana masak memasak
dengan orang kampung yang saling bekerjasama
menjayakan kenduri itu. Makan nasi ambang
berlapikkan daun pisang dan berlaukkan sayur,
ikan masin,tempe,mihun goreng,ayam goreng
dan serunding memberikan pengalaman baru
kepada mereka. Mereka berjanji akan pulang ke
kampung pada cuti yang akan datang. Apa yang
jelas,kasih-sayang antara Azman, isteri dan anak-
anaknya terhadap Pak Jusuh dan Mak Milah
akhirnya bertambah erat. Mereka bersyukur
kepada Allah kerana memberikan sinar baharu
dalam hubungan kekeluargaan ini.
11. 11
6.0 Latar
LATAR
MASA
Subuh
-Dalam kedinginan pagi itu,
surau kecil di tengah
kampung penuh dengan
jemaah.(m/s 1)
Petang
-Petang itu, ramai saudara-
mara datang berkunjung.
(m/s 14)
Malam
- Selepas makan malam,
semua ahli keluarga
berkumpul ndi bahagian
tengah rumah. (m/s 14)
TEMPAT
Surau
-Dalam kedinginan pagi itu, surau
kecil di tengah kampung penuh
dengan jemaah. (m/s 1)
Bendang
-Mereka semua berjalan meredah
bendang yang sudah lama tidak
diusahakan. (m/s 21)
Rumah Pak Long Hasan
- Rumah pertama yang dikunjungi
mereka ialah rumah Pak Long
Hasan. (m/s 43)
Rumah Ustaz Jaafar
- Dari rumah Pak Long Hasan,
mereka singgah di rumah Ustaz
Jaafar.(m/s 43)
Estet
-"Ayah jarang-jarang ke estet di
kampung kita.."(m/s52)
Gelanggang silat
Setibanya di gelanggang silat, ramai
anak-anak muda berada di sana.
(m/s67)
MASYARAKAT
Berpegang teguh dengan ajaran agama
-Kedinginan pagi dirasai oleh penghuni
desa terpencil ini.Namun,kewajipan
kepada Tuhan tidak pernah diabaikan.
(m/s 1)
Bergantung hidup dengan hasil bumi
-"Inilah antara kelebihan hidup di desa.Di
sekeliling kita banyak hasil bumi yang
boleh dimanfaatkan".(m/s 31)
Perkampungan masyarakat India (estet)
"Di sana nanti,Sani dan Saiful bolehlah
melihatadatperkahwinan masyarakat
India". (m/s 53)
Masyarakat kampung yang
tolong-menolong
"...sikap tolong-menolong tidak pernah
lenyap di desa ini." (m/s76)
Rajah 6.0 : Latar
12. 12
7.0 Gaya Bahasa
Rajah 7.0: Gaya Bahasa dalam novel Kampung Oh Kampung.
GAYA
BAHASA
PERIBAHASA
...namun ini tempat tumpah darahnya. Sejauh mana bangau terbang, akhirnya
pulang juga ke belakang kerbau. (m/s 7)
Sani sedar, penerimaan kawan-kawannya itu bukan kerana erti persahabatan
atau menghormatinya, tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu. (m/s45).
Sani tengok, setiap orang yang datang ada saja buah tangan yang dibawa.
(m/s 78)
REPITISI
Sesekali kedengaran bunyi motosikal melintasi jalan di hadapan rumah. Bunyi
cengkerik nyaring di belakang rumah. (m/s 16)
Ada yang bersampan dan ada yang mengharungi air untuk
memasang pukat. (m/s 36)
SINKOPE
"Selama ini, tak pernah mereka melihat cendawan busut." (m/s 27)
"Sani dan Saiful gembira tak?" ?(m/s 74)
PERSONIFIKASI
Setelah menemui tempat yang sesuai, datuk mula melabuhkan pukatnya.
(m/s 36)
Malam itu, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut tubuh mereka. (m/s
51)
KATA GANDA
"Masa ayah kecil-kecil dahulu, ayah pernah belajar silat."
(m/s 68)
...sedang beradu di tengah-tengah bendang. (m/s 27) .
13. 13
8.0 Nilai
9.0 Nilai dalan novel “Kampung Oh Kampung”.
NILAI
KEGIGIHAN
Pak Jusuh seorang yang gigih bekerja untuk membesarkan anaknya.
"...Dengan hasil kebun dan ayam itik inilah datuk membesarkan dan
memberikan pendidikan kepadanya sehingga berjaya." (m/s 20).
MURAH HATI
Abang Karim yang mengusahakan pertanian moden di kampung itu selalu
bermurah hati menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
...sebahagiannya lagi akan disedekahkan kepada golongan miskin. (m/s 48)
KETABAHAN
Azman yang hidup dalam serba kekurangan pada zaman kanak-kanak tetap terus
berusaha untuk berjaya dalam hidup.
Kesusahan dan kepayahan hidup mengajar dirinya untuk berusaha. (m/s 27)
BANTU- MEMBANTU
Anak murid Ustaz Jaafar telah pandai mengaji akan membantu pelajar baru yang
masih lemah.
...murid yang pandai membantu murid yang lemah . (m/s 44)
HORMAT-
MENGHORMATI
Anak murid Ustaz Jaafar akan bersalaman sesama meraka dan guru mereka
sebelum pulang ke rumah.
...sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan
Ustaz Jaafar (m/s 45)
BERBUDI BAHASA
Kedudukan Encik Raju sebagai pengurus estet tidak menghalang beliau untuk
melayan tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinan anaknya.
Encik Raju menyambut kedatangan datuk dan keluarganya dengan gembira. (m/s 59)
14. 14
10.0 Puisi Tradisional
Pohon nyiur melambai-lambai,
Dibadai bayu sejuk terasa;
Kampung Oh Kampung buku ku gapai,
Ku kaji ku dalami ke akar umbinya.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi lalang dari padi;
Anak ke mana cucu ke mana,
Rindu hati tak terbendung lagi.
Bintang indah sinar berseri,
Burung pungguk melayan pilu;
Tiga tahun lelah menanti,
Putera kembali pengubat rindu.
Dilipat-lipat kain pelikat,
Disusun kemas di dalam bakul;
Pak Jusuh Mak Milah doa diangkat,
Anak menantu dipeluk dirangkul.
Pohon lada di tepi titi,
Tempat rehat bersantai riang;
Saiful dan Sani cucu dinanti,
Hilang rindu bertaut sayang.
Buah nangka di tepi kolam,
Masak gulai juadah berbuka;
Saiful teruja Sani terdiam,
Azman gembira Mazni mencuka.
Ayam hutan dibuat lauk,
Diberi makan teruna dara;
Malam pertama di kampung datuk,
Nyamuk cengkerik berlagu setia.
Terbang merbah tuju ke sarang,
Sarang di atas pohon delima;
Jerat wak-wak di hujung bendang,
Keli haruan santap bersama.
15. 15
Pohon mangga berdaun redup,
Buahnya gugur di tepi sawah;
Gigih dan sabar pedoman hidup,
Rezeki dijunjung melimpah ruah.
Buah kelapa dalam semak,
Mari dikutip oleh Pak Acu;
Cendawan busut masak lemak,
Pembuka selera anak dan cucu.
Sawah bendang keruh airnya,
Pasang pukat rapat-rapat;
Anak-beranak juadah tersedia,
Makan bersama kasih dipererat.
Tangkap sekawan ikan gelama,
Beli seekor ikan tenggiri;
Ustaz Jaafar pembela agama,
Anak desa diasuh diajari.
Meredah lembah mencari rusa,
Sembah hadiah Putera Bentan;
Azman sekeluarga untung terasa,
Undangan diterima pererat perpaduan.
Ibu berjalan di atas titi,
Sentiasa ingat akan bahaya;
Karim berbakti seikhlas hati,
Ekonomi dijana masyarakat berjaya.
Bawa lada dari seberang,
Puncak gunung diselaputi awan;
Tok Hitam buka gelanggang,
Pesilat beradu dengan lawan.
Pohon kepayang di pinggir desa,
Daunnya gugur di tengah laman;
Tegak budaya warisan bangsa,
Jadi amalan zaman berzaman.
Kampung Jawa tanah pinggiran,
Buah bacang penuh sebakul;
Kenduri dirai tanda kesyukuran,
Doa dititip mohon dimakbul.
16. 16
Pasang api sumbu pelita,
Dentam dentum guruh berbunyi;
Anak dan cucu pulang ke kota,
Ayah dan ibu kembali sunyi.
Tebang kepayang tepi telaga,
Daunnya lebar berulat bulu;
Kalaulah sayang satu keluarga,
Bahagia dirasa aman selalu.
17. 17
11.0 Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Merdeka
Bilangan Murid : 20 orang
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Kampung Oh Kampung
Tarikh : 10 Ogos 2015
Masa : 8.10-9.10 pagi
Standard kandungan : 2.6 ,3.3
Standard Pembelajaran : 2.6.2
Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera
untuk mengenal pasti nilai murni.
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan
yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
Objektif: 1. Membaca dan memahami pantun untuk mengenal pasti lima
nilai murni.
2. Membina dan menulis lima jawapan pemahaman dengan
lengkap dan tepat berdasarkan teks pantun.
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai murni : Kesyukuran, kasih-sayang, hormat-menghormati
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Mengenal pasti
18. 18
Kecerdasan Pelbagai: Muzik , Kinestetik
Pembelajaran kontekstual: Mengaitkan pengalaman sedia ada murid
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melafazkan pantun sebelum ini.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa:
Morfologi : Kata adjektif
Kosa-kata: bendang, burung wak-wak, cendawan busut
Bspp:
VCD lagu “Balik Kampung”
Pantun “Kampung Oh Kampung”
Lembaran kerja peta i-think
Lembaran kerja pemahaman
Kad Imbasan nilai murni
Komputer riba
Audio- pantun
19. 19
Masa Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Video lagu;
Balik Kampung
Soalan:
Apa yang kamu lihat
dalam video?
Bagaimanakah
perasaan kamu ketika
pulang ke kampung?
1. Murid menonton tayangan video
lagu ‘Balik Kampung’
2. Murid bersoal-jawab dengan guru
perihal video.
3. Murid mengaitkan video dengan
tajuk pelajaran hari ini.
Teknik;
Soal-jawab
Nilai:
Kerjasama
KP: Muzik
BSPP:
Video lagu
‘Balik
Kampung’
Langkah 1
(10 minit)
-Melafazkan 20 rangkap
pantun .
-Aktiviti berkumpulan
( 1 kump= 4 orang)
1. Murid mendengar audio cara
melafazkan pantun yang betul.
2. Murid melafazkan pantun
berpandukan audio dengan suara
yang jelas dan intonasi yang
sesuai.
3. Murid cuba melafazkan pantun
dalam kumpulan kecil.
4. Murid melafazkan pantun di
hadapan kelas secara
berkumpulan.
5. Guru memberi ulasan berkaitan
kekuatan dan kelemahan
kumpulan masing-masing.
6. Kumpulan terbaik mendapat
Teknik:
-latih tubi
Bspp:
Rakaman
audio
EMK: TMK
TKP:
Verbal
Linguistik
20. 20
ganjaran.
Langkah 2
(15 minit)
- Memahami maksud
pantun.
- Aktiviti berkumpulan
- Menjawab soalan
pemahaman
- Pembentangan
1. Guru membahagikan murid
kepada lima kumpulan kecil
berserta empat rangkap pantun.
2. Murid membincangkan maksud
pantun dengan bimbingan guru.
3. Murid ke hadapan kelas untuk
membentangkan hasil
perbincangan.
4. Murid mendengar komen guru
berkaitan hasil pembentangan
kumpulan masing-masing.
5. Murid menjawab lima soalan
pemahaman berpandukan maksud
pantun.
6. Murid membincangkan jawapan
bersama guru dan membuat
pembetulan bagi jawapan yang
salah.
KBT:
Kemahiran
berfikir
-menjana idea
Nilai:
Kerjasama
Bspp:
Lembaran
maksud
pantun &
soalan
pemahaman
Kemahiran
berfikir:
Menyatakan
sebab dan
akibat
Langkah 3
(10 minit)
- Menyatakan nilai murni
dalam pantun.
- Kaitan nilai murni dalam
kehidupan.
1. Murid diminta menyatakan nilai
murni yang terdapat dalam pantun
berpandukan beberapa kad
imbasan nilai murni di papan tulis.
2. Murid memilih kad imbasan nilai
murni yang berkaitan dengan
pantun.
3. Murid menyatakan kaitan nilai
murni yang dipilih dengan pantun.
4. Murid lain mengaitkan nilai murni
TKP:
-Verbal
Linguistik
- Kinestetik
Kemahiran
Berfikir:
21. 21
dengan kehidupan harian mereka.
Mengenal pasti
Bspp:
Kad imbasan
nilai murni
Langkah 4
(10 minit)
Pentaksiran
Kump.A:
Lembaran peta i-think
aktiviti harian penduduk
kampung
Kump. B:
Lembaran peta i-think
watak dalam pantun.
Kump.C:
Lembaran peta i-think
nilai murni
1. Murid dengar penerangan guru
berkaitan latihan yang diberikan.
2. Murid melengkapkan lembaran
aktiviti peta i-think mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan
oleh guru.
3. Murid membincangkan jawapan
bersama guru.
4. Murid buat pembetulan bagi
jawapan yang tidak tepat .
KB:
Mengenal pasti
BSPP:
Lembaran
kerja
22. 22
Penutup
(5 minit)
1. Nyanyian lagu “Balik
Kampung”.
2. Kesimpulan isi
pelajaran.
1. Murid menyanyikan lagu “Balik
Kampung”
2. Murid bersoal-jawab dengan guru
berkaitan isi pelajaran hari ini.
Teknik:
Soal-jawab
TKP:
Muzik
EMK: TMK
26. 26
Jawabsoalanpemahamandi bawah denganlengkap.
1. Siapakah yang sudah lama tidak pulang ke kampung?
______________________________________________________________________
2. Bagaimanakah perasaan ibu dan ayah Azman ketika mereka sampai di kampung?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Sani dan Saiful di kampung?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Pada pendapat kamu, mengapakah Abang Karim bersikap rendah diri walaupun telah
bergelar petani moden?
______________________________________________________________________
____________________________________________________________________
5. Tuliskan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun.
a.___________________________________________
b.___________________________________________
28. 28
12.0 Refleksi
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mula diperkenal pada 1957 dengan matlamat
untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan
bangga dan cinta akan tanah air . Budaya kebangsaan ini berperanan membina
insaniah dalam kehidupan manusia. Begitu juga kaitannya dengan unsur
kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri.
Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad (1991)
menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan
sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui
sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk
melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat
mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka
(http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-
1malaysia/). Berdasarkan pernyataan tersebut, dapatlah kita membuat kesimpulan
awal tentang peranan kesusasteraan dalam diri murid iaitu dapat memperbaiki
kehidupan mereka dari aspek kerohanian dan spiritual. Generasi yang mampu menilai
baik dan buruk sesuatu perkara dan berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu yang
terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan bagi hasil yang lebih sempurna.
Selain itu, dalam sastera ada ilmunya yang tersendiri bergantung kepada
penulis. Sebagai pembaca, penghayatan dan minat terhadap karya sastera seperti
novel atau puisi tradisional seperti pantun sedikit sebanyak akan mempengaruhi
pandangan , tindakan dan sikap kita terhadap situasi, rakan sebaya, kehidupan dan
sebagainya. Apa yang jelas, kesemua faktor tersebut adalah ‘digali’ daripada
kelebihan sastera itu sendiri. Maka amat jelas kepada kita mengapa unsur-unsur
sastera itu memberi makna besar dalam diri murid yang tidak mampu diajari secara
langsung oleh guru atau ibu bapa melainkan datang dengan sendirinya setelah
berjaya menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Penguasaan yang berbeza setiap murid memungkinkan pelbagai skema
pemikiran yang dipengaruhi oleh nilai yang ingin diketengahkan oleh penulis sesuatu
karya sastera. Sebagai contoh, pemilihan novel “Kampung Oh Kampung” sarat
29. 29
dengan nilai kekeluargaan dan kemasyarakat yang amat ketara. Penyerapan nilai
dapat dirasai dengan plot cerita yang telah berjaya membawa murid ‘pulang ke
kampung’ masing-masing dan menemui datuk dan nenek mereka walaupun dengan
hanya mengkaji isi pantun sahaja.
Menurut Borneo Post Online (2011), Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang,
mencatatkan bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara
meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa,
keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran
tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa
harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama
yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera. Perkaitan
tersebut telah mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu murid seperti
penggunaan kata yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.
Nisah Haron (2006) menyatakan bahawa sebuah karya sastera yang
mewakili bangsa dan negaranya akan memberikan beberapa perkara, antaranya jati
diri, patriotisme dan rasa syukur. Ternyata ketiga-tiga komponen ini dilihat sebagai
asas kepada pembentukan jati diri masyarakat Malaysia khususnya para pelajar yang
kukuh dan mantap dari segi pemupukan agenda kebangsaan terutamanya dalam
komponen karya sastera itu sendiri.
Kesimpulannya, karya sastera dalam kehidupan murid mampu menyumbang ke
arah pembentukan jati diri yang unggul. Apa yang pasti, komitmen guru sebagai
wadah ilmu amat diperlukan dalam menzahirkan matlamat sebenar ilmu
kesusasteraan ini agar terus digunakan sebagai alat menjana kematangan berfikir
dan diadaptasikan melalui sikap dan perlakuan.
30. 30
Rujukan
Nik Amirul Mu’min. (2007).Kampung Oh Kampung. Selangor: Penerbit Didikmas.
Dr.Khairuddin Mohamad, Dr. Wan Zaliha Wan Othman & Amanah Mohd. Noor (2015). Genre
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu.Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu Tradisional : pantun, syair, gurindam, nazam, seloka.
Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publications.
Amat Juhari Moain.(2008). Pemilihan Kata dalam Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Zaleha M. Hashim.(2013). Siri Penghayatan Puisi Tradisional Kenali Puisi Tradisional Kita.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kepentingan sastera dalam masyarakat 1 Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2015 daripada
http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-1malaysia/ .
Nisah Haron(2006).Kepentingan Sastera dalam Kehidupan. Dicapai pada 29 Julai 2015
daripada http://annyss.blogspot.com/2006/12/kepentingan-sastera-dalam-kehidupan.html.