2. Definisi
seloka ialah karangan berangkap
atau bahasa berirama. Seloka
merupakan pepatah atau
perumpamaan yang mengandungi
kejenakaan, gurau senda, giatan,
olokan, ejekan dan malah sindiran.
( Safian Hussain,dll, Glosari Istilah
Kesusasteraan, DBP, 1988)
3. Seloka adalah sejenis puisi
bebas, tidak mempunyai bentuk-
bentuk tertentu dari segi rangkap,
jumlah baris dalam serangkap, jumlah
perkataan dalam sebaris dan sama ada
berirama atau tidak.
Seloka terdiri daripada ungkapan
yang sejajar, lebih daripada 2 baris,
mempunyai kodensa yang sama
dengan talibun atau prosa berirama.
4. Isinya mengandungi
maksud mengejek, menyindir
sama ada serius atau jenaka,
atau mungkin juga
mengandungi perasaan-
perasaan berahi, asyik, khayal
dan mimpi.
5. Ciri-ciri Seloka
1. Sejenis puisi bebas – tidak
mempunyai bentuk tertentu dari
segi rangkap, jumlah baris dalam
serangkap, jumlah perkataan dalam
sebaris.
2. Terdiri daripada ungkapan yang
sejajar, lebih daripada dua baris,
mempunyai kadensa yang sama
dengan talibun atau prosa berirama.
6. 3. Isinya mengandungi maksud
mengejek, menyindir, olakan dan
giatan yang disampaikan secara halus
sama ada secara jenaka atau serius.
4. Di sebalik unsur-unsur sindiran dan
mengejek itu, terselit pengajaran dan
teladan yang sangat bernilai.
5. Dari segi bentuk, terdapat seloka yang
memakai bentuk pantun atau syair (
iaitu dalam rangkapan yang terdiri
dalam empat baris serangkap)
7. Fungsi Seloka
1. Berfungsi untuk menghibur,
bermain atau bersuka-suka. Sesuai
dengan isi dan tema seloka yang
berupa sindiran, ejekan dan jenaka,
puisi ini digunakan oleh berbagai-
bagai lapisan masyarakat Melayu
untuk berhibur pada masa lapang
dan mendatangkan keriangan dan
kegembiraan.
8. 2. Berfungsi sebagai alat pengajaran dan
penyelidikan yang bertujuan memberi
panduan agar sentiasa beringat dan
berwaspada terhadap sesuatu
kemungkinan buruk yang akan
menimpa akibat daripada tindakan kita
yang lalai.
3. Berperanan dalam konteks sesebuah
cerita. Seloka digunakan sebagai
pembuka cerita, sebagai penutup atau
sebagai selingan-selingan di tempat-
tempat tertentu dalam penceritaan
plot.
9. Petikan seloka dan Teks Warna Sari
Sastera Melayu Tradisional
1. Seloka Emak Si Randang
2. Seloka Pak Kaduk
3. Seloka Pak Pandir
10. Seloka Emak Si Randang
1. Merupakan seloka mengejek.
2. Isinya mengandungi kata-kata
ejekan, lawak jenaka, giatan dan
sindiran.
3. Memakai bentuk bebas.
11. Intisari isi Seloka Emak Si Randang
Seloka “Emak Si Randang”
menyindir secara halus perbuatan baik
yang tidak kena pada tempatnya. Emak
Si Randang melayan atau memuliakan
orang yang tidak dikenali (dagang). Dia
sanggup berhabis harta benda sendiri
kerana berbuat baik kepada orang
dagang. Emak Si Randang sanggup
meruntuhkan rumah yang menjadi
tempat perlindungan bagi diri dan
anak-anak
12. Semata-mata untuk orang lain.
tindakan emak Si Randang adalah
keterlaluan kerana mengutamakan
orang dagang, anak sendiri diabaikan.
Anaknya pulang kelaparan. Perbuatan
ini dibandingkan dengan “kera di
hutan disusui” iaitu suatu perbuatan
yang sia-sia iaitu luar daripada
tanggungjawab kita yang sepatutnya
dilakukan berdasarkan seloka Emak Si
Randang.
13. Intisari isinya:
1. Berbuat baik tidak kena pada
tempatnya.
2. Sanggup berhabis harta benda
untuk menunjukkan kebaikan
kepada orang lain.
3. Mengabaikan tanggungjawab wajib
– iaitu tidak mengutamakan anak
sendiri, baik dalam menjaga
kepentingan mereka atau memberi
kasih sayang.
14. 4. Mendapat kesusahan dan bencana
akibat daripada mempercayai orang
lain.
5. Tergadai segala harta benda.
15. Seloka Pak Kaduk
1. Corak ini mengandungi unsur
sindiran, ejekan yang diselitkan dalam
senda gurau yang melucukan.
2. Memakai bentuk bebas. Dalam satu
rangkap terdiri daripada 12 baris.
3. Menceritakan nasib malang yang
menimpa diri Pak Kaduk. Pak Kaduk
merupakan watak dalam Cerita Jenaka
Melayu yang digambarkan sebagai
watak yang memiliki sifat bodoh-
dungu.
16. Intisari Isi Seloka Pak kaduk
1. Mengenai nasib malang.
Kemenangan yang dicapai hanya
pada nama. Hakikatnya kerugian
yang dialami (Ayamnya menang
kampung tergadai)
2. Sesuatu yang menjadi miliknya
hilang atau ,musnah. Rezeki yang
menjadi miliknya (ada nasi
dicurahkan) dicurah atau dibuang.
Akibatnya kelaparan.
17. 3. “Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang;
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput,”
Maksudnya:
melakukan sesuatu tindakan atau
perbuatan yang membawa masalah
kepada diri sendiri. Pak Kaduk tidak
dapat menyesuaikan diri dengan
suasana atau keadaan bagi
memudah sesuatu pekerjaan.
18. Pak Kaduk mundik atau berkayuh
ke hulu sungai ketika air surut. Hal ini
bermakna Pak Kaduk terpaksa
melawan arus sungai yang deras
(menongkah surut).
Sebaliknya, ketika air pasang Pak
Kaduk berkayuh pula ke hilir.
Perbuatan Pak Kaduk tentu sekali
memenatkan serta mengambil masa
yang panjang.
19. “Ada rumah bertandang duduk”
4. Walaupun Pak Kaduk memiliki
rumah sendiri, tetapi disebabkan
nasib malangnya (Ayamnya menang
kampung tergadai) akhirnya Pak
Kaduk tinggal menumpang di rumah
orang lain.
5. Unsur pengajaran dan pendidikan
yang terkandung dalam Seloka Pak
Kaduk antara lain:-
20. a. Memberi pengajaran agar jangan
sesekali terlibat dengan kegiatan
perjudian. Amalan berjudi bukan
sahaja salah di sisi agama Islam
tetapi akan membawa kesan buruk
seperti kepapaan.
b. Kita janganlah mengharapkan
kesenangan akan datang secara
mudah misalnya melalui “bertaruh”
atau “berjudi” (berlaga ayam)
21. c. Hendaklah melakukan sesuatu
pekerjaan atau perbuatan mengikut
kesesuaian masa, keadaan dan
suasana agar pekerjaan kita dapat
dilaksanakan dalam masa yang
singkat dan sempurna.