SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
1
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE
ISLAM, SAINS DAN TEKNOLOGI
BGB32201
NOTE 1
KETEGORI ILMU & PENGETAHUAN MENURUT ISLAM
(FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH)
USTAZ KAMALULHYSHAM BIN MOHD SUHUT
2
PENGENALAN
Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang
bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia
akan menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan sesiapa yang
kuat kemahuannya, ia akan mulia.” Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan
kepada setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah sebagai seorang yang
mencinta ilmu pengetahuan.
Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri ingin mengetahui dan
menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusia untuk melangkah
dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang lebih
lengkap dan meluas. Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu adalah antara perkara
keperluan utama manusia. Ia menjadi sebagai petunjuk, pembantu, bekalan
dan senjata untuk melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ilmu menjadi
tonggak kehidupan yang harmoni. Juga sebagai satu aset penting bagi
manusia. Ilmu juga merupakan suatu keperluan yang penting dalam hidup. Ilmu
yang baik dan disertai dengan amalan yang istiqamah akan mencapai kepada
matlamat sebenar dalam kehidupan iaitu keberkatan.
Bahkan semata-mata dengan memiliki ilmu pengetahuan, darjat atau
kedudukan berbeza-beza. Seseorang itu dimuliakan kerana ilmu yang
dimilikinya. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Oleh hal
yang demikian Nabi Muhammad s.„a.w bersabda (bermaksud): “Bukankah
dunia ini dilaknat. Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan perkara
yang seiring dengannya. Juga orang berilmu atau orang yang belajar.” (Riwayat
Al-Tirmizi daripada Abu Hurairah).
3
DEFINISI ILMU
Dari segi Bahasa
Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang
bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar.
Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai „sciences‟.
Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama
walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza.
Dari segi istilah
Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi.
Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan
melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio.
Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu
sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman
tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat
dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang
kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.
4
KEDUDUKAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA
Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman
Allah bermaksud :
“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan
orang yang diberikan ilmu di kalangan kamu.” (Surah Al – Mujadalah :11)
Ilmu merupakan perintah yang utama dan pertama yang diturunkan Allah
kepada manusia muslim. Firman Allah bermaksud:
“Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menjadikan. Yang menjadikan
manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan qalam. Yang
mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.”
(Surah Al-Alaq :1-5)
Ayat tersebut mengandungi dua persoalan utama iaitu :
i. Perintah supaya manusia membaca dan mencari ilmu pengetahuan.
ii. Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam
dan manusia.
Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang
membolehkan mereka untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau
buruk. Firman Allah bermaksud : “Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang
kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai (baik-buruk)nya.”
Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam tidak hanya bersandarkan
kepada perasaan atau ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan
kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan
umatnya menuntut ilmu. Sabda Rasulullah bermaksud ; “Menuntut ilmu adalah
5
fardu ke atas setiap individu muslim” Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan
dan penerimaan ibadat.
PEMBAHAGIAN ILMU
Dapat dilihat dari beberapa sudut :
I. Dari segi hukum mempelajari.
II. Dari segi sumber
III. Dari segi cara memperolehi
IV. Dari segi hubungannya dengan syariat
I. Dari segi hukum mempelajari, Ia terbahagi kepada dua :
a. Ilmu Fardhu Ain
b. Ilmu fardhu kifayah
a. Ilmu Fardhu Ain
Ilmu fardhu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman
manusia.Ia merupakan objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan ilmu
abadi yang menjadi inti dasar kepada ajaran Islam. Contohnya adalah ilmu-
ilmu mengenai akidah, syariat dan akhlak lain-lain yang berkaitan dengan
selok belok agama Islam.
Sumber utama ilmu fardhu ain adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala
sumber yang kedua adalah Ijmak Ulama dan Qias. Kewajipan mempelajari
ilmu fardhu ain adalah wajib ke atas setiap individu muslim yang mukallaf
memahami dan mengamalkannya. Ia juga mesti dipelajari dari peringkat
kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai. Ilmu fardhu ain
adalah sebagai panduan hidup setiap umat Islam supaya tidak melebihi
garisan dan batas-batasan syariat.
6
Ilmu-ilmu fardhu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu
Tauhid, Fekah dan Tasauf.Daripada bahagian-bahagian ini ianya terbahagi
pula kepada beberapa tajuk kecil yang merupakan ilmu yang wajib dituntut
oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal :
Aqidah tauhid
Ibadat-ibadat fardu
Ilmu untuk membaca Al-Quran
Akhlak
Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada individu
tersebut waktu itu.
1. TAUHID
Ilmu tauhid ialah satu ilmu ketuhanan untuk mengenal Allah S.W.T
dengan sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil dan harus.Selain itu ilmu
tauhid juga merupakan satu ilmu yang membahaskan segala rukun-
rukun iman yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam.
Kepentingan mendalami ilmu Tauhid
Ilmu tauhid perlu dipelajari sedalam-dalamnya bertujuan antaranya:
a. Membetulkan kepercayaan dan keyakinan terhadap zat Penciptanya.
b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT.
c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah S.W.T
d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah
dengan sebenar-benarnya.
Perbezaan Iman, Islam, Murtad, kafir, munafik dan syirik :
IMAN
7
Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinantentang adanya Tuhan
yang menciptakan Alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW
sebagai Nabi yang diutuskan oleh Allah serta juga mempercayai
kesemua Rukun-rukun Iman yang enam.
Rukun Iman ada 6 perkara;
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada malaikat-malaikat-Nya.
3. Percaya kepada kitab-kitab-Nya.
4. Percaya kepada Rasul-rasul-Nya.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. Percaya kepada qada‟ dan qadar.
ISLAM
Islam ertinya tunduk dan patuh menurut apa yang dibawa oleh nabi
Muhammad SAW dengan menunaikan kewajipan, iaitu melaksanakn
dengan perbuatan lahir.
MURTAD
Murtad adalah keluar dari agamanya, tidak setia pada agama atau
kembali menjadi kafir setelah Islam.
KAFIR
Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran Islam serta jahil tentang
ketuhanan Allah dan keesaannya dan jahil mengenai kerasulan Nabi
Muhammad SAW. Seseorang yang kafir boleh menghilangkan
kekafirannya dengan mengucapkan dua khalimah Syahadat serta
mengetahui syarat-syarat sahnya.
MUNAFIK
Munafik ialah seorang yang menzahirkan dirinya beragama Islam tetapi
sebenarnya tidak beriman atau dengan kata lain mereka ini berpura-
pura.
8
SYIRIK
Syirik ialah menyamakan Allah dengan sekutu dengan yang lain seperti
menyembah batu, kayu, matahari dan seumpamanya.
2. FEKAH
Ilmu Fekah dari segi bahasa Feqah bererti faham. Manakala disegi
Istilah pula ialah mengenal hukum-hakam syarak berhubung dengan
amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al-
Quran dan Al-Hadith secara terperinci (tafsiliah) serta sumber dari Ijmak
Ulama dan Ijtihad.
Penggunaan Istilah Fiqhiah:
Wajib atau fardhu
Perintah agama yang mesti dikerjakan.jika dilaksanakan mendapat
pahala dan berdosa jika ditinggalkan.
Wajib terbahagi kepada dua bahagian:
a) Wajib ain atau Fardhu ain.Wajib dikerjakan oleh setiap mukallaf.
b) Wajib Kifayah atau Fardhu Kifayah.Sesuatu yang apabila dikerjakan
oleh sebahagian orang di dalam daerah, maka terlepaslah tuntutan
keatas orang lain. Dan sekiranya tidak ada seorang pun yang
mengerjakannya, maka berdosalah semuanya.
Sunat, Mandub, Mustahab atau tathawwu’
Mendapat pahala bila dikerjakan dan tidak berdosa bila ditinggalkan.
9
Haram
Dilarang keras untuk dikerjakan dan mendapat dosa jika meninggalkan.
Makruh
Dilarang tidak keras untuk dikerjakan dan tidak berdosa.Jika tidak
mengerjakan kerana Allah akan mendapat pahala. Mubah atau Jaaiz
Sesuatu yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan.mendapat ganjaran
sekiranya dilaksanakan kerana Allahataupun dijadikansatu amalanyang baik
(ibadah) serta berfaedah untuk org lain.
Sah
Sesuatu ibadah atau muamalah yang di lakukan dengan cukup rukun dan
syaratnya sehingga di terima tuhan atau terlaksana dalam muamalah.
Batal atau Baatil
Sesuatu ibadah atau muamalah yang dilakukan dengan tidak cukup rukun
dan syaratnya sehingga tidak diterima Tuhan atau tidak termasuk dalam
muamalah.
Ijmak
Kata-kata sepakat di kalangan Imam-Imam Mujtahid yang hidup sezaman.
Qiyas
Perbandingan hukum tentang sesuatu yang terjadi di zaman Nabi dengan
apa yang berlaku sekarang.
Ijtihad
Pengolahan dengan ber4sungguh-sungguh serta peralatan yang cukup
untuk sesuatu hukum Agama yang dari sumber Al-Quran, Al-hadith, Qiyas
dan Ijmak.
10
Mujtahid
Ulama-ulama Ahli Fiqh yang menurunkan pengetahuannya dengan
mengeluarkan hukum-hukum Agama bersumberkan Al Quran, Al hadith,
Qiyas dan Ijmak.
Syarat
Sesuatu hal yang terletak di luar Ibadah (Muamalah) tetapi wajib dipenuhi.
Rukun
Sesuatu hal yang wajib dipenuhi dan terletak dalam ibadah Muamalah.
3. TASAUF
Tasauf dari segi bahasa ialah bersih atau suci. Tujuan mempelajari Ilmu Tasauf
Ilmu tasauf ialah satu ilmu yang dipelajari bertujuan antaranya;
1. Untuk membersihkan dan menyucukan hati dari segala sifat-sifat yang keji
(mazmumah) dan mengisikan dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah) dengan
tujuan beribadah semata-mata kerana Allah Taala.
2. Memiliki iman yang kuat dan kental di dalam hati.
3. Mengerjakan amalan kebajikan sebanyak-banyaknya.
Firman Allah didalam Al Quran yang memperingatkan tentang kesejahteraan
hati: (Asy Syuara: 88-89)
Ertinya:
Pada hari itu, tiada berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang
pergi mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.
11
Sumber Ilmu Tasauf
Ilmu Tasauf adalah bersumberkan dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW.
Hukum
Umat Islam (termasuk ilmu Fardhu Ain selain dari tauhid dan feqah)
mengetahui sifat baik dan buruk yang ada pada diri manusia. Sifat-sifat yang
baik disebut Mahmudah, dan sifat-sifat yang buruk disebut sifat Mazmumah.
Didalam maka ini lah di senarai antara sifat-sifat tersebut yang penting
diketahui oleh semua umat Islam.
b.Ilmu fardu kifayah
Ilmu menurut Kamus Dewan bermaksud pengetahuan, kepandaian ( dalam
perkara dunia, akhirat, zahir batin dan kajian berkenaan sesuatu perkara.
Fardu pula bermaksud kewajipan yang dituntut (ditentukan) oleh agama.
Kifayah bermaksud fardu. Oleh itu ilmu fardu kifayah bermaksud ilmu
pengetahuan yang wajib dituntut dalam Islam. Ilmu fardu kifayah ialah semua
disiplin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia
sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduniaan. Contohnya ialah semua
ilmu yang berkembang dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan
manusia kepadanya. Misalnya ialah dalam bidang perubatan, sains dan
teknologi, astronomi, kejuruteraan ,botani, pentadbiran dan lain-lain.
Di antara kewajipan mempelajar ilmu fardu kifayah ini ialah wajib ke atas
anggota masyarakat secara kolektif. Selain itu,penglibatan sebahagian dari
anggota masyarakat dalam sesuatu bidang ilmu fardu kifayah adalah mewakili
keseluruhan anggota yang lain dalam aspek tersebut. Sekiranya semua
anggota masyarakat melepaskan dan mengabaikan tanggungjawab ini
kesemuanya dianggap menanggung dosa.
Ilmu-ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh
itu,ia di tempat kedua dari segi hirarkinya. Ilmu ini sebagai penyempurna dan
pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan
12
kepentingan masyarakat semasa. Ia dapat difahami dengan mudah oleh setiap
akal yang sempurna. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW apabila ditanya oleh
seorang sahabat tentang mencantumkan baka pokok tamar untuk
menghasilkan buah yang bermutu, maka
Rasulullah SAW menjawab, “Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan
kamu”.
Ilmu Kifayah juga ilmu yang mana sebahagian dari UmatIslam wajib
menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang
Ianya meliputi :
i. Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara
mendalam.
ii. Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail.
iii. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti
astronomi, matematik, fizik, kedoktoran dan lain-lain.
Ilmu fardu kifayah ini secara ringkas dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian besar :
I. Ilmu indera (knowledge ) iaitu ilmu yang dapat diperolehi melalui
pengamatan, penelitian dan pengalaman seperti ilmu sejarah, ilmu
ekonomi , ilmu politik dan lain-lain lagi yang tersimpul di dalam kategori
ilmu sains kemasyarakatan dan kemanusiaan.
II. Ilmu sains (science) iaitu ilmu yang diperolehi melalui penelitian,
penghimpunan fakta, penganalisaan fakta, pengujian di makmal,
perumusan daripada keputusan yang dihasilkan da percubaan
(eksperimen ). Ia mempunyai ruang lingkup yang luas seperti biologi,
kimia, matematik, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi.
13
III. Ilmu falsafah iaitu yang berasaskan kepada panduan ilmu dan
pengalaman yang berusaha menangkap kebenaran yang berada di luar
pengalaman. Keputusan itu pula belum muktamad tentang kebenaran
atau kesalahannya dan tidak pula dapat diuji.
IV. Dari segi sumber, terbahagi kepada dua:
a. Ilmu aqli
b. Ilmu naqli
a. Ilmu aqli
Iaitu yang bersumberkan kepada akal semata-mata.
b. Ilmu naqli
Ilmu yang diambil atau bersumber dari wahyu Allah (al-Quran) dan
Sunnah Rasul- Nya.
V. Dari segi hubungannya dengan syariat :
a. Ilmu syariat
b. Ilmu bukan syariat
a. Ilmu syariat
iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang secara
langsung menyentuh persoalan hubungan dengan Allah dan hubungan
dengan sesama manusia.
b. Ilmu bukan syariat
iaitu ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan kemajuannya.
14
Dari segi cara memperolehi, terbahagi kepada :
a. Ilmu kasbi : Iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan
pembelajaran seperti ilmu matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan lain-
lain.
b. Ilmu laduni (wahbi) : Iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah melalui
ilham dan wahyu
Sumber ilmu dalam Islam
Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan
rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam islam ia mempunyai
bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi islam ialah :
I. Al-Quran
II. Sunnah
III. Akal dan pancaindera
IV. Fenomena tabii
V. Ilham  mimpi
Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak.
Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict atau
gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau kemampuan untuk
memahami.
Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan lain-lain.
Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.
15
KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah beliau mendapati
sebahagian daripada ilmuan Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu
kalam [tawhid], fiqh, tasawuf, tafsir dan hadith bercanggah pendapat tentang
bidang-bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Islam.
Berdasarkan sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud “Menuntut ilmu
adalah fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam”. Imam al-Ghazali
menimbulkan persoalan tentang ilmu; adakah menuntut ilmu itu fardhu „ain
ataupun fardhu kifayah atas individu Islam. Berpandukan persoalan tersebut
Imam al-Ghazali telah mengkalsifikasikan ilmu kepada dua bahagian utama
iaitu :
1. Ilmu Mu‘amalah.
Ilmu mu„amalah dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang diperolehi manusia
samada melalui utusan Allah, akal [pembelajaran], pengalaman dan
pendengaran. Pada asasnya ilmu tersebut [mu„amalah] tiada sebarang
perbezaan melainkan menerusi nama-nama khas yang dberikan kepadanya
seperti ilmu fardhu „ain dan ilmu fardhu kifayah oleh para ilmuan Islam.
Ilmu mu„amalah menurut beliau terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
I. Ilmu fardhu ‘ain.
Ilmu fardhu „ain secara ringkas dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas-
asas agama Islam seperti mengucap syahadah, menunaikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan fardhu
haji bagi yang berkemampuan. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib
dituntut oleh setiap individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan
tersebut individu Islam dapat melaksanakan segala tuntutan yang
ditaklifkan samada berbentuk iktikad [kepercayaan], melaksanakan
perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu fardhu „ain hanya diperolehi
menerusi utusan Allah iaitu para rasulNya.
16
II. Ilmu fardhu kifayah.
Ilmu fardhu kifayah menurut ajaran Islam merupakan suatu ilmu yang
perlu dikuasai oleh sebahagian manusia yang mendiami sesebuah
kawasan, daerah atau negeri. Hukum mempelajari ilmu fardhu kifayah
berubah menjadi fardhu „ain apabila tiada seseorang pun di sesebuah
kawasan, daerah atau negeri mengetahui tentang sesuatu ilmu seperti
ilmu perubatan, pertanian, pembinaan, pengiraan dan sebagainya. Ilmu
fardhu kifayah juga dimaksudkan sebagai ilmu yang berhubung kait
dengan kehidupan sosial. Ilmu tersebut terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu :
a. Terpuji
Ilmu terpuji adalah ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di
dunia dan di akhirat. Menurut Imam al-Ghazali ilmu terpuji merangkumi
dua kategori iaitu :
i. Ilmu syariah.
Ilmu syariah hanya dapat diperolehi menerusi utusan Allah atau
dalam kata lain ilmu yang tak tercapai oleh akal, pengalaman dan
pendengaran untuk mengetahuinya seperti ilmu tentang hari kiamat.
ii. Ilmu umum.
Ilmu umum pula mampu diperolehi manusia menerusi akal
(pembelajaran), pengalaman dan pendengaran seperti ilmu bahasa
dan ilmu perubatan.
b. Harus.
Ilmu yang harus dipelajari oleh manusia adalah seperti ilmu-ilmu
kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.
c. Tercela.
Ilmu tercela merupakan ilmu yang dilarang kepada manusia untuk
mempelajarinya seperti ilmu sihir dan sebagainya.
17
2. Ilmu Mukasyafah.
Ilmu mukasyafah merupakan suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh
manusia menerusi ilham yang diberikan oleh Allah kepadanya setelah
melalui peringkat-peringkat tertentu dalam amalannya. Ilmu ini lebih dikenali
di kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu ladunni.
Pembahagian ilmu-ilmu tersebut adalah berdasarkan kepada pemerhatian
Imam al-Ghazali tentang :
I. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada manusia dari segi
penggunaanya seperti ilmu bahasa.
II. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan
beragama manusia.
III. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan
manusia di dunia seperti ilmu perubatan dan pengiraan.
IV. Sejauhmanakah kesan ilmu-ilmu tersebut dalam memberi ilmu
pengetahuan dan keseronokan kepada manusia seperti ilmu
kesusasteraan dan ilmu sejarah.
Menurut Imam al-Ghazali dasarnya sesuatu ilmu tidak tercela sehinggalah ilmu
tersebut :
I. Mendatangkan kemudaratan ke atas diri orang yang mempelajarinya
serta orang lain.
II. Mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada penuntutnya
III. Tidak memberikan sebarang faedah kepada penuntutnya mahupun
orang lain.
Berdasarkan kepada klasifikasi ilmu yang diberikan oleh Imam al-Ghazali ilmu
fardhu „ain merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Islam.
Manakala lain-lain ilmu adalah berdasarkan kepada sejauhmanakah ilmu-ilmu
tersebut bermanfaat kepada kehidupan individu ataupun masyarakat di dunia
dan di akhirat.
18
KESIMPULAN
Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmufardhu ain adalah ilmu teras
agama yang mengandungi kebenaran mutlak, disampaikan melalui
perantaraan wahyu,
Mengisi keperluan rohani manusia, mengandungi panduan-panduan yang
bersifat abadi dan diwajibkan ke atas setiap orang untuk mengetahui
dan mempelajarinya. Manakala ilmu fardhu kifayah pula memenuhi
keperluan intelek dan emosi serta berkaitan dengan kehidupan dan
kemakmuran dunia. Setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi-
fungsinya yang tersendiri dan perlu diletakkan pada tempatnya yang betul.
Dewasa ini, telah mengangkat kembali martabat ilmu fardhu ain dengan
mengembalikan fungsinya sebagai teras dalam sistem pendidikan umat
khususnya di peringkat pengajian tinggi. Justeru, kesepaduan ilmu
menurut perspektif Islam bukan sekadar memasukkan semua jenis
ilmu.
Dalam konteks epistemologi ilmu dalam Islam, perkembangan ilmu
fardhu kifayah perlu berpaksikan kepada ilmu fardhu ain . Walau
bagaimanapun, ilmu fardhu kifayah yang berkembang pesat masa kini
(merujuk khusus kepada ilmu sains moden Barat) terpisah dari paradigma
tauhid. Ini menjadikan proses kesepaduan ilmu fardhu ain dengan ilmu
fardhu kifayah tidak lagi dapat dilakukan dengan mudah
Jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, proses tersebut hanya akan
mengulangi kesilapan yang sama iaitu mengekalkan kesinambungan
keterpisahan ilmu naqli dan aqli.
19
KEDUDUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
MERUJUK KEPADA KETEGORI ILMU DAN
ISLAM
PENDAHULUAN
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yg tidak dapat
dipisahkan satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yg mampu
memberikan kemungkinan munculnya berbagai penemuan rekaan dan idea-
idea. Adapun teknoogi adalah terapan atau aplikasi dari ilmu yg dapat
ditunjukkan dalam hasil nyata yg lbh canggih dan dapat mendorong manusia
utk berkembang lbh maju lagi.
Sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa dasar-dasar falsafah utk
mengembangkan ilmu dan teknologi itu dapat dikaji dan digali dalam Alquran
sebab kitab suci ini banyak mengupas keterangan-keterangan mengenai ilmu
pengetahuan dan teknologi. Sebagai contoh adl firman Allah SWT dalam surat
Al-Anbiya ayat 80 yg artinya:
“Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi utk kamu guna
memelihara diri dalam peperanganmu.”
Dari keterangan itu jelas sekali bahwa manusia dituntut utk berbuat sesuatu
dgn sarana teknologi. Sehingga tidak menghairankan jika abad ke-7 M telah
banyak lahir pemikir Islam yg sungguh produktif dan inovatif dalam
pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Kepeloporan dan keunggulan
umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan sudah dimulai pada abad itu.
20
Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat
ditindaklanjuti dgn sebaik-baiknya sehingga tanpa sadar umat Islam akhirnya
melepaskan kepeloporannya. Menurut catatan sejarah, bangsa Barat berhasil
mengambil khazanah ilmu pengetahuan yg telah dikembangkan lebih dahulu
oleh kaum muslimin kemudian mereka mengembangkannya di atas paham
materialisme tanpa mengindahkan lagi nilai-nilai Islam sehingga terjadilah
perubahan total sampai akhirnya terlepas dari sendi-sendi kebenaran.
Ilmu Sains dan Teknologi
Manusia boleh mengetahui rahsia kebesaran Allah SWT melalui dua cara iaitu
melalui al-Quran yang merupakan bukti-bukti yang tersurat melalui kosmos dan
alam tabii yang merupakan bukti-bukti yang tersirat. Al-Quran memaparkan ilmu
mengenai nilai-nilai semasa serta perkara-perkara ghaib seperti alam akhirat
dan lain-lain yang perlu diketahui oleh manusia. Di samping itu, di dalam Al-
Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang membicarakan tentang ilmu sains
tabii dan sains sosial. Terdapat lebih 900 ayat yang menerangkan tentang sains
sumber air dan kejuruteraan dan lebih 1400 ayat mengenai
ekonomi. Di dalam Al-Quran terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa
manusia supaya mengkaji dan meneliti tentang fenomena alam agar mereka
mencapai ilmu pengetahuan dan berupaya membina tamadun di dunia ini
malah ia juga menggalakkan manusia mengembara untuk mencari penemuan-
penemuan baru.
Astronomi.
Sumbangan sarjana Islam dalam bidang ilmu astronomi bermula apabila
Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari
India yang bertajuk “Siddharta” ke bahasa arab pada tahun 155H/771M.
21
Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama
“Zij”. Diikuti pula seterusnya dengan penterjemahan karya-karya astronomi
berbahasa Yunani. Buku Yunani yang pertama diterjemahkan ke bahasa Arab
ialah “Almagest” karangan Ptolemy. Dua buah buku Ptolemy yang lain turut
diterjemahkan oleh al-Hajaj Ibn Mathar pada tahun 212H/887M dan oleh
Hunain bin Ishaq yang kemudiannya disemak semula oleh Thabit Ibn Qurrah
329H/901M. Abu Abdullah Muhammad Ibn Jahir al-Battani ( Al-bategnius )
berasal dari Harran adalah salah seorang ahli kaji bintang. Beliau telah
membuat penyelidikan seperti melakukan pencerapan astronomi di Raqqah.
Hasil pencerapan itu beliau telah berjaya membuat pembetulan beberapa
pendapat Ptolemy, termasuk membuat hitungan yang betul terhadap orbit bulan
dan planet-planet tertentu. Beliau membuktikan tentang kemungkinan gerhana
matahari dan mengemukakan teori tentang penentuan dapat melihat bulan
baru. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah menambahkan
kefahaman di dalam ilmu peredaran malam dan siang seperti perlu mengetahui
kedatangan waktu subuh, waktu terbit matahari dan sebagainya.
Geografi.
Mempelajari ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi
umat Islam. Ini kerana melalui ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya
Mekah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan
fardu haji. Justeru itu kita perhatikan umat Islam sejak dari zaman awal lagi
telah memberikan perhatian terhadap ilmu itu. Hasil daripada kesungguhan
mereka mempelajari ilmu ini, maka sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam
berjaya sampai ke negeri China, baik melalui jalan darat mahupun jalan laut.
Mereka telah berjaya sampai ke hujung paling selatan benua Afrika dan di
bahagian utara pula telah sampai ke Russia. Sarjana-sarjana geografi Islam
Zaman Pertengahan telah pun mempunyai maklumat yang agak jelas tentang
asal-usul fosil sebagai peninggalan binatang-binatang laut yang telah menjadi
batu.Dalam artikal-artikel yang dihasilkan oleh anggota Ikhwan al-Shafa
mengenai mineralogy, mereka menjelaskan tentang teori siklus kosmik yang
22
menyebabkan terhasilnya perubahan-perubahan pada muka bumi. Kawasan
Steppe boleh berubah menjadi laut atau sebaliknya. Demikian juga kawasan
pertanian boleh bertukar menjadi gurun pasir dan sebaliknya. Mereka
menjelaskan tentang kepentingan malapetaka seperti gempa bumi dalam
mengubah bentuk permukaan bumi.
Matematik.
Perkembangan ilmu matematik di dalam dunia Islam berkait rapat dengan
perkembangan ilmu astronomi. Justeru itu sudah menjadi kebiasaan seorang
ahli astronomi Islam beliau juga seorang ahli matematik. Sarjana-sarjana Islam
telah memberikan sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang
perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru
yang menjadikan ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan
paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan system
angka baru, termasuklah angka sifar ( kosong ) yang belum ada pada zaman
sebelumnya. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah dalam
pembayaran zakat yang diwajibkan yang memerlukan mereka mengetahui ilmu
matematik dan begitu juga soal pembahagian harta pusaka dan lain-lain. Di
antara tokoh terkenal matematik ialah Al-Khawarizmi. Baliau telah membuktikan
persoalan yang telah dikemukakan oleh Neo-Babylonian dalam bentuk dugaan.
Beliau yang telah memperkenalkan angka Arab ke dunia barat. Justeru itu
orang-orang Barat menyebut angka arab sebagai “algorismus” yang diambil
dari nama Al-Khawarizmi. Begitu juga dengan nama daftar logaritma.
Perubatan.
Tamadun Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang
perubatan sama ada di dunia Timur mahupun di Barat. Pada zaman kemuncak
perkembangan ilmu pengetahuannya tamadun Islam telah berjaya melahirkan
tokoh-tokoh ilmu perubatan yang ramai. Di sebelah Timur, cabang ilmu
pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan perubatan.
Ada tiga faktor utama yang mendorong para sarjana menumpukan minat
mereka untuk mengkaji bidang ilmu perubatan dan kedoktoran. Tersebarnya
23
wabak penyakit terutamanya penyakit mata di kalangan masyarakat. Ini
berpunca daripada iklim panas dan debu gurun yang beterbangan. Sikap
prihatin para pemerintah terhadap kesihatan rakyat di mana mereka mengambil
berat atas kesihatan rakyat.
Profesion kedoktoran mendapat penghormatan dan bayaran yang tinggi.
Dengan faktor-faktor tersebut, maka ramailah lahir doktor-doktor yang
berkaliber di seluruh dunia Islam. Antaranya ialah Yuhanna Ibn Musawah
(237H/851M) yang membuat kajian mengenai anatomi tubuh manusia. Selain
itu, Ali Ibn Sahl Rabban al-Tabari yang berasal dari Tabaristan telah berkhidmat
sebagai doctor peribadi Khalifah al-Mutawakkil. Pada tahun 236H/850M, beliau
telah menghasilkan buku yang bertajuk “Firdaus al-Hikmah” yang merupakan
sebuah copendium ilmu kedoktoran. Buku ini merupakan naskah tertua tentang
ilmu perubatan yang ditulis dalam bahasa arab. Ia juga turut membicarakan
serba sedikit tentang ilmu falsafah dan astronomi. Ibn Sina juga merupakan
seorang yang pakar dalam bidang kedoktoran, ilmu falsafah dan syair. Beliau
telah menulis kitab ilmu kedoktoran iaitu “al-qanun Fi al-Tibb”. Kitab itu
merupakan sebuah karya perubatan yang amat berpengaruh.
Kimia
Al-Quran berulang kali menggesa umat islam agar memikirkan tentang
penciptaan alam ini dan mengkaji bagaimana langit dan bumi diciptakan untuk
kepentingan manusia. Ini jelas membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan
di antara iman dan akal di dalam Islam. Maka itulah kita dapati sejak dari awal
lagi uamt Islam telah membuat kajian yang serius tentang ilmu fizik dan kimia.
Kimia Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke 8M dengan
kemunculan Jabir Ibn Hayyan(776M). Jabir yang dikenali di barat sebagai
Geber telah menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi
oleh pengikut-pengikutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil
penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Diantaranya termasuklah “Kitab
al-Sab‟in” dan “Kitab al-Mizan” yang merupakan asas kepada kimia Katin yang
mula berkembang pada abad ke 15M. Selain itu, al-Razi juga merupakan
24
seorang ahli kimia. Beliau telah menolak proses kerohanian (ta‟wil) dari zahir
kepada batin dan ini sudah tentu merupakan penyisihan dari kimia tradisi.
Sumbangan yang terpenting al-Razi kepada kimia moden termasuklah
pengelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau
juga memberikan penerangan yang lebih teliti berbanding dengan Jabir tentang
proses penyulingan, pengkalsinan,penurasan dan sebagainya.
Zoologi
Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengelasan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatatkan oleh orang Islam sejak dari zaman
Bani Umaiyyah lagi. Mereka amat berminat di dalam perkara pembiakan kuda
dan unta dan ini telah memberikan dorongan kepada mereka memulakan kajian
dalam bidang zoology dan biologi biak-baka. Sejumlah
monograf khusus menjelaskan tentang jenis-jenis kuda, nama bahagian-
bahagian tubuhnya, warna dan jenis kuda yang baik, telah dihasilkan oleh
pakar-pakar zoology Islam.(18)Di antara karya terawal di dalam bidang ini ialah
“Kitab al-Ibil”, “Kitab al-Khail”, “Kitab al-Wuhusy” dan “Kitab al-Sya” yang telah
dihasilkan oleh al-Asma‟I yang berasal dari Basrah (739-738 M). Abu Uthman
Amr Ibn Bahr al-Jahiz (254 H / 868 M)yang berasal dari Basrah telah
menghasilkan buku bertajuk “Kitab al-Hayawan”. Buku ini menyentuh tentang
psikologi haiwan, persaingan di antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan
adaptasi mereka kepada alam sekitar.
Kejuruteraan
Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sunbangan sarjana dan jurutera
Islam tersebar ke benua Eropah khususnya melalui Andalus (Sepanyol) dan
Itali. Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah
satu daripada sains matematik. Sains matematik pula dibahagikan kepada
sains bentuk, sains nombor, sains muzik dan sains kejuruteraan. Sains
25
kejuruteraan pula dibahagikan kepada 12 bidang kecil iaitu bangunan, ukur,
pelayaran dan pengapungan, optik,cermin membakar, mesin perang, pusat
gravity, mengangkat beban berat, imbangan dan pengimbangan, jam
pengangkutan air dan mesin rohani. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan
sarjana-sarjana Islam memberi sumbangan besar di dalam tiap-tiap bidang
kecil tersebut. Kemahiran dan kefahaman sarjana Islam dalam segala bidang
kejuruteraan pada zaman itu, apabila dicampur dengan seni-seni halus,telah
dapat menghasilkan rekaan-rekaan yang amat menarik. Pada awal abad ke-
8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat keatas dan
sebelum akhir abad ke-8M beberapa buah kilang keatas telah didirikan di
Samarqand dan Baghdad.
26
Islam Mementingkan Ilmu Sains Dan Teknologi
Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi
yang perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk di dalam
tuntutan fardu kifayah yang telah disebutkan sebelum ini.
Allah berfirman, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja
kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk
berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh?
(SurahAl-Anfal:60)
Salah seorang peribadi unggul yang kisahnya disebutkan di dalam Al-Quran
ialah raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui satu kumpulan manusia yang
terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau melakukan sesuatu yang dapat
mencegah Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan ke atas mereka.
Zulqarnain bersetuju untuk menolong mereka dan berhubung dengan ini, Allah
berfirman, (Berkata Zulqarnain): Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga
apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, Tiuplah (api
itu). Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, Berikan aku tembaga yang
mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak
mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.
(SurahAl-Kahfi:96-97)
Teknologi yang dimiliki oleh raja Zulqarnain begitu hebat sekali sehingga
gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung melalui pembinaan tembok yang
kukuh ini. Allah menegaskan, di antara kelebihan yang ada pada raja
Zulqarnain ialah beliau sentiasa mencari jalan serta pendekatan baru untuk
mencapai matlamat yang beliau tetapkan. Ketika menceritakan tentang
Zulqarnain, kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali di dalam surah Al-
27
Kahfi ialah yang bermaksud, “(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau
pendekatan tertentu”.
Berhubung dengan ini Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir telah berkata:
Orang-orang Islam dituntut untuk menegakkan Islam dengan menggunakan
hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian yang luar biasa
untuk mencapai kejayaan. Kisah yang terdapat di dalam surah ini menunjukkan
Zulqarnain menggunakan pendekatan sebab musabab yang pelbagai untuk
mencapai matlamat perjuangan beliau dan aspek ini telah diabaikan oleh umat
Islam pada hari ini.
Di dalam proses untuk mempersiapkan diri, umat Islam diizinkan untuk
menimba ilmu dan kemahiran dari golongan yang bukan Islam, tidak kira sama
ada dari Timur atau Barat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar-
dasar Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Kalimah yang bijaksana (hikmat) adalah
suatu barangan yang telah hilang dari orang yang bijaksana. Di mana saja dia
menemuinya, dialah yang lebih berhak untuk memilikinya." (Riwayat Ibn Majah
danTarmuzi)
Di Dalam Usul 20, Imam Hasan Al-Banna berkata: Islam membebaskan akal,
mendorong supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling.
Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu-
alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmat (atau ilmu pengetahuan)
merupakan suatu yang telah hilang dari tangan seorang mukmin. Di mana saja
beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak untuk memilikinya.
Contoh yang paling baik ialah Nabi Muhammad s.a.w Ketika berlaku perang
Khandak, Baginda s.a.w memanfaatkan strategi perang orang-orang Parsi
dengan mengorek parit yang besar. Strategi ini telah mendatangkan kesan
yang positif ke atas umat Islam di dalam peperangan itu. Begitu juga dengan
Omar Al-Khattab ra, di zaman pemerintahannya, beliau telah serapkan
beberapa cara pentadbiran Parsi ke dalam pentadbirannya.
28
Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus di dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inovatif di dalam perancangan
dan perjuangan mereka. Sebenarnya, di samping ketakwaan kepada Allah,
inilah di antara sebab umat Islam dahulu menjadi gilang gemilang dan dikagumi
hinggalah ke hari ini. Sebagai contoh, di zaman Nabi s.a.w dan dua khalifah
yang pertama, kekuatan tentera Islam difokuskan untuk peperangan di darat.
Namun, di zaman khalifah Uthman ra, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648
M, arahan telah dikeluarkan oleh khalifah kepada Muawiyah ra agar
memberikan tumpuan kepada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom.
Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam telah dihimpunkan
sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Peperangan laut yang
pertama di antara armada Islam dan Rom berlaku pada tahun yang sama di
perairan pulau Cyprus dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Di
saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700
buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai
Amirul Bahri dan dari gelaran inilah lahirnya kalimat Admiral kemudiannya.
Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas dikalahkan oleh armada Islam
di dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.
Umat Islam juga sebelum ini amat menonjol di dalam bidang sains. Mereka
merupakan pemangkin kepada kebangkitan sains dan teknologi di Barat. Di
zaman pertengahan dahulu, dunia Eropah jauh berbeza dari dunia Islam dan
hal ini telah disebutkan oleh Victor Robinson di dalam The Story of
Medicine:Europe was darkened at sunset, “Cordova shone with public lamps;
Europe was dirty, Cordova built a thousand baths; Europe was covered with
vermin, Cordova changed its undergarment daily; Europe lay in mud, Cordovas
streets were paved; Europe?s palaces had smoke-holes in the ceiling,
Cordovas arabesques were exquisite; Europe?s nobility could not sign its
name, Cordovas children went to school; Europes monks could not read the
baptismal service, Cordova?s teachers created a library of Alexandrian
dimension.”
29
Ia bermaksud: “Eropah bergelap di waktu malam, Cordova bercahaya dengan
lampu; Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempat mandi; Eropah dipenuhi
serangga, penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari;
Eropah dipenuhi selut, jalan-jalan di Cordova bertar; Istana di Eropah dipenuhi
lubang asap di bumbung, bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah;
tokoh-tokoh Eropah tidak tahu untuk menandatangani nama sendiri, anak-anak
di Cordova sudah ke sekolah; tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu
membaca risalah Kristian, ulama (Islam) di Cordova telah membina kutub
khannah yang besar”.
Hal yang sama juga disebutkan oleh Robert Briffault, seorang tokoh orientalis
yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk Making of Humanity: “It was
under the influence of Arabian and Moorish revival of culture, and not in the
15th century, that the real renaissance took place. Spain and not Italy, was the
cradle of the rebirth of Europe. After sinking lower and lower in barbarism, it had
reached the darkest depths of ignorance and degradation when the cities of the
Saracenic world Baghdad, Cairo, Cordova, Toledo, were growing centres of
civilization and intellectual activity. It was there that the new life arose which
was to grow into a new phase of human evolution. From the time when the
influence of their culture made itself felt, began the stirrings of new life.”
Ia bermaksud: Era kebangkitan yang sebenarnya telah diledakkan oleh orang-
orang Arab Islam sebelum berlakunya kesedaran dan kebangkitan di Eropah
pada abad kelima belas.. Sepanyol dan bukannya Itali merupakan benih yang
telah melahirkan Eropah moden. Ketika Eropah tenggelam di dalam kejahilan
dan keruntuhan, bandar-bandar Islam seperti Baghdad, Cairo, Cordova dan
Toledo menjadi pusat ilmu dan Tamadun.
Umat Islam pada hari ini sepatutnya bangun dari tidur dan mengorak langkah
ke arah perubahan minda dan cara fikir agar ilmu-ilmu sains dan teknologi
dapat dikuasai demi untuk masa depan Islam yang gilang gemilang.
30
TOKOH-TOKOH ILMUAN SAINS ISLAM
Tokoh – Tokoh
Tamadun Islam
Al – Khindi Al – Biruni Ibn Sina
(789 – 873M) (973 – 1048 M) (980 – 1037 M)
Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu
perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat
penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi
merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah
seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah
berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang
penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan
yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan
oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan
dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.
31
Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi
masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi
digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara
lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip
penting.
Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan
kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan
penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam
telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia
di Eropah.
Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan
dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.
Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan
pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi
farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan
secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.
Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun
Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet,
rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah
umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya.
Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan
pengawalan mutu.
Selain itu, Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan
yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan
beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja
mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang
diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat.
Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat,
kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh
pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit
32
dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu
bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih
boleh digunakan sampai kini.
KESIMPULAN
Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan
istimewa di sisi Allah. Ini terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu
melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah iaitu surah al-
„Alaq. Allah telah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan
menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan
manusia.
Ilmu, pencarian ilmu, penyebaran ilmu memiliki akar yang kuat dalam ajaran
Islam. Begitu banyak ayat dan hadith dapat dikutip untuk menerangkan hal ini.
Pakar Ilmu Al Quran pernah menyebut bahawa pengulangan konsep
kepentingan ilmu di dalam Al Quran merupakan satu indikasi terhadap
penekanannya atau makna penting konsep tersebut. Salah satu hadith yang
boleh dijadikan sebagai ilustrasi mengenai pentingnya ilmu adalah salah satu
sabda Rasulullah yang menyatakan keunggulan seorang berilmu dibandingkan
dengan orang yang beribadah seperti terangnya bulan purnama dan bintang-
bintang.
Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu
kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan
nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu
sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi
manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia. Dalam erti
kata lain, sebarang ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia
dan memandu manusia ke arah jalan benar merupakan ilmu yang mendapat
tempat mulia di sisi Islam.
33
Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu agar dapat menghadapi
segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidupkan kembali semangat dan
roh cintakan ilmu ke dalam jiwa dan sanubari. Penghayatan ilmu itu bukan
sahaja dititik beratkan dalam soal pelajaran di institusi pengajian sahaja, tetapi
penghayatan itu merangkumi kajian, penelitian dan perlaksanaan ilmu itu
sendiri.
Sesungguhnya ilmu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan umat Islam. Ini
adalah kerana ilmu itu sebenarnya menjadi tunjang atau asas kekuatan umat,
yang mengandungi berbagai-bagai hikmah dan pengajaran serta menjadi
panduan dan teras kehidupan. Oleh itu, pembudayaan ilmu wajar dihayati dan
dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat Islam di dunia.

Contenu connexe

Tendances

Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINWanMohamadZulhilmi1
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Aina Sofieyah
 
(Unit 4) jenayah islam ( hudud )-1
(Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1(Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1
(Unit 4) jenayah islam ( hudud )-1Norni Wahab
 
1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali
1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali
1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azaliMufakkirah Sumayyah
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmusarahmuthiah
 
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMFIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMHafiz Zakaria
 
Tarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahTarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahSabrina Lye
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMTazkirah PTAR
 
Macam Riba dan Contoh-contohnya - Titok Priastomo
Macam Riba dan Contoh-contohnya - Titok PriastomoMacam Riba dan Contoh-contohnya - Titok Priastomo
Macam Riba dan Contoh-contohnya - Titok PriastomoRidwan Kurniawan
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanAffwan Lokman
 

Tendances (20)

Definisi istishab
Definisi istishabDefinisi istishab
Definisi istishab
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Surah yasin
Surah yasinSurah yasin
Surah yasin
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
(Unit 4) jenayah islam ( hudud )-1
(Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1(Unit 4)   jenayah islam ( hudud )-1
(Unit 4) jenayah islam ( hudud )-1
 
Hudud
HududHudud
Hudud
 
1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali
1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali
1008461 7 wahyu sebagai sumber ilmu yang azali
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMFIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Tarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahTarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyah
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
 
Dasar dasar ilmu dakwah
Dasar dasar ilmu dakwahDasar dasar ilmu dakwah
Dasar dasar ilmu dakwah
 
Macam Riba dan Contoh-contohnya - Titok Priastomo
Macam Riba dan Contoh-contohnya - Titok PriastomoMacam Riba dan Contoh-contohnya - Titok Priastomo
Macam Riba dan Contoh-contohnya - Titok Priastomo
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
 

Similaire à Kategori Ilmu Islam

kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAthoillahAR
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAbuAtheea
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islamAfshan Mbo
 
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VII
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIIRPP MTs Akidah Ahlak Kelas VII
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIIDiva Pendidikan
 
Bab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
Bab 8 Islam dan Ilmu PengetahuanBab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
Bab 8 Islam dan Ilmu PengetahuanRobby Firmansyah
 
Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)
Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)
Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)AldyASChanel
 
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptLim Salawat
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuDodyk Fallen
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 paiRIAN BERLIAN
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamIzzat Najmi
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahYusuf Prasetyo
 

Similaire à Kategori Ilmu Islam (20)

Sumber ilmu
Sumber ilmuSumber ilmu
Sumber ilmu
 
Akidah
AkidahAkidah
Akidah
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islam
 
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VII
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIIRPP MTs Akidah Ahlak Kelas VII
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VII
 
Bab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmuBab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmu
 
Bab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
Bab 8 Islam dan Ilmu PengetahuanBab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
Bab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
 
Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)
Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)
Kelompok 1 (paradigma tauhid dalam pengembangan keilmuan)
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmu
 
Islam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu PengetahuanIslam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu Pengetahuan
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Menyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam Ialam
Menyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam IalamMenyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam Ialam
Menyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam Ialam
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul Karimah
 

Dernier

konsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptx
konsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptxkonsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptx
konsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptxelisabethlumbantoruan
 
power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.
power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.
power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.tency1
 
Pengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptx
Pengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptxPengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptx
Pengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptxIPutuSuwitra1
 
Kelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum Merdeka
Kelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum MerdekaKelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum Merdeka
Kelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum MerdekaErvina Puspita
 
Penetapan tonisitas sediaan farmasi steril
Penetapan tonisitas sediaan farmasi sterilPenetapan tonisitas sediaan farmasi steril
Penetapan tonisitas sediaan farmasi steriljoey552517
 
Kuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisika
Kuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisikaKuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisika
Kuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisikajoey552517
 
sistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdf
sistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdfsistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdf
sistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdfMarisaRintania
 
kup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptx
kup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptxkup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptx
kup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptxINDIRAARUNDINASARISA
 
Presentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XI
Presentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XIPresentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XI
Presentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XIariwidiyani3
 
MODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptx
MODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptxMODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptx
MODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptx12MIPA3NurulKartikaS
 

Dernier (10)

konsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptx
konsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptxkonsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptx
konsep termoregulasi gangguan keseimbangan suhu.pptx
 
power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.
power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.
power point ini berisi tentang Kerugian akibat gulma.
 
Pengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptx
Pengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptxPengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptx
Pengertian ruang dan interaksi antar ruang.pptx
 
Kelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum Merdeka
Kelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum MerdekaKelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum Merdeka
Kelas 7 Bumi dan Tata Surya SMP Kurikulum Merdeka
 
Penetapan tonisitas sediaan farmasi steril
Penetapan tonisitas sediaan farmasi sterilPenetapan tonisitas sediaan farmasi steril
Penetapan tonisitas sediaan farmasi steril
 
Kuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisika
Kuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisikaKuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisika
Kuliah ke-2 Pembelajaran vektor dalam fisika
 
sistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdf
sistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdfsistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdf
sistem Peredaran darah(sistem sirkualsi)pdf
 
kup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptx
kup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptxkup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptx
kup2 ketentuan umum perpajakan negara.pptx
 
Presentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XI
Presentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XIPresentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XI
Presentasi materi suhu dan kalor Fisika kelas XI
 
MODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptx
MODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptxMODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptx
MODUL AJAR KELARUTAN DAN KSP KIMIA SMA.pptx
 

Kategori Ilmu Islam

  • 1. 1 UNIVERSITI KUALA LUMPUR BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE ISLAM, SAINS DAN TEKNOLOGI BGB32201 NOTE 1 KETEGORI ILMU & PENGETAHUAN MENURUT ISLAM (FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH) USTAZ KAMALULHYSHAM BIN MOHD SUHUT
  • 2. 2 PENGENALAN Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia akan menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan sesiapa yang kuat kemahuannya, ia akan mulia.” Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan kepada setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah sebagai seorang yang mencinta ilmu pengetahuan. Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri ingin mengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusia untuk melangkah dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang lebih lengkap dan meluas. Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu adalah antara perkara keperluan utama manusia. Ia menjadi sebagai petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata untuk melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ilmu menjadi tonggak kehidupan yang harmoni. Juga sebagai satu aset penting bagi manusia. Ilmu juga merupakan suatu keperluan yang penting dalam hidup. Ilmu yang baik dan disertai dengan amalan yang istiqamah akan mencapai kepada matlamat sebenar dalam kehidupan iaitu keberkatan. Bahkan semata-mata dengan memiliki ilmu pengetahuan, darjat atau kedudukan berbeza-beza. Seseorang itu dimuliakan kerana ilmu yang dimilikinya. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Oleh hal yang demikian Nabi Muhammad s.„a.w bersabda (bermaksud): “Bukankah dunia ini dilaknat. Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan perkara yang seiring dengannya. Juga orang berilmu atau orang yang belajar.” (Riwayat Al-Tirmizi daripada Abu Hurairah).
  • 3. 3 DEFINISI ILMU Dari segi Bahasa Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar. Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai „sciences‟. Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza. Dari segi istilah Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi. Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.
  • 4. 4 KEDUDUKAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman Allah bermaksud : “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang yang diberikan ilmu di kalangan kamu.” (Surah Al – Mujadalah :11) Ilmu merupakan perintah yang utama dan pertama yang diturunkan Allah kepada manusia muslim. Firman Allah bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan qalam. Yang mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.” (Surah Al-Alaq :1-5) Ayat tersebut mengandungi dua persoalan utama iaitu : i. Perintah supaya manusia membaca dan mencari ilmu pengetahuan. ii. Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam dan manusia. Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang membolehkan mereka untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Firman Allah bermaksud : “Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai (baik-buruk)nya.” Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam tidak hanya bersandarkan kepada perasaan atau ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Sabda Rasulullah bermaksud ; “Menuntut ilmu adalah
  • 5. 5 fardu ke atas setiap individu muslim” Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan dan penerimaan ibadat. PEMBAHAGIAN ILMU Dapat dilihat dari beberapa sudut : I. Dari segi hukum mempelajari. II. Dari segi sumber III. Dari segi cara memperolehi IV. Dari segi hubungannya dengan syariat I. Dari segi hukum mempelajari, Ia terbahagi kepada dua : a. Ilmu Fardhu Ain b. Ilmu fardhu kifayah a. Ilmu Fardhu Ain Ilmu fardhu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan ilmu abadi yang menjadi inti dasar kepada ajaran Islam. Contohnya adalah ilmu- ilmu mengenai akidah, syariat dan akhlak lain-lain yang berkaitan dengan selok belok agama Islam. Sumber utama ilmu fardhu ain adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala sumber yang kedua adalah Ijmak Ulama dan Qias. Kewajipan mempelajari ilmu fardhu ain adalah wajib ke atas setiap individu muslim yang mukallaf memahami dan mengamalkannya. Ia juga mesti dipelajari dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai. Ilmu fardhu ain adalah sebagai panduan hidup setiap umat Islam supaya tidak melebihi garisan dan batas-batasan syariat.
  • 6. 6 Ilmu-ilmu fardhu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu Tauhid, Fekah dan Tasauf.Daripada bahagian-bahagian ini ianya terbahagi pula kepada beberapa tajuk kecil yang merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal : Aqidah tauhid Ibadat-ibadat fardu Ilmu untuk membaca Al-Quran Akhlak Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada individu tersebut waktu itu. 1. TAUHID Ilmu tauhid ialah satu ilmu ketuhanan untuk mengenal Allah S.W.T dengan sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil dan harus.Selain itu ilmu tauhid juga merupakan satu ilmu yang membahaskan segala rukun- rukun iman yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam. Kepentingan mendalami ilmu Tauhid Ilmu tauhid perlu dipelajari sedalam-dalamnya bertujuan antaranya: a. Membetulkan kepercayaan dan keyakinan terhadap zat Penciptanya. b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT. c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah S.W.T d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Perbezaan Iman, Islam, Murtad, kafir, munafik dan syirik : IMAN
  • 7. 7 Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinantentang adanya Tuhan yang menciptakan Alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi yang diutuskan oleh Allah serta juga mempercayai kesemua Rukun-rukun Iman yang enam. Rukun Iman ada 6 perkara; 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada malaikat-malaikat-Nya. 3. Percaya kepada kitab-kitab-Nya. 4. Percaya kepada Rasul-rasul-Nya. 5. Percaya kepada hari akhirat. 6. Percaya kepada qada‟ dan qadar. ISLAM Islam ertinya tunduk dan patuh menurut apa yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dengan menunaikan kewajipan, iaitu melaksanakn dengan perbuatan lahir. MURTAD Murtad adalah keluar dari agamanya, tidak setia pada agama atau kembali menjadi kafir setelah Islam. KAFIR Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran Islam serta jahil tentang ketuhanan Allah dan keesaannya dan jahil mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW. Seseorang yang kafir boleh menghilangkan kekafirannya dengan mengucapkan dua khalimah Syahadat serta mengetahui syarat-syarat sahnya. MUNAFIK Munafik ialah seorang yang menzahirkan dirinya beragama Islam tetapi sebenarnya tidak beriman atau dengan kata lain mereka ini berpura- pura.
  • 8. 8 SYIRIK Syirik ialah menyamakan Allah dengan sekutu dengan yang lain seperti menyembah batu, kayu, matahari dan seumpamanya. 2. FEKAH Ilmu Fekah dari segi bahasa Feqah bererti faham. Manakala disegi Istilah pula ialah mengenal hukum-hakam syarak berhubung dengan amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al- Quran dan Al-Hadith secara terperinci (tafsiliah) serta sumber dari Ijmak Ulama dan Ijtihad. Penggunaan Istilah Fiqhiah: Wajib atau fardhu Perintah agama yang mesti dikerjakan.jika dilaksanakan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan. Wajib terbahagi kepada dua bahagian: a) Wajib ain atau Fardhu ain.Wajib dikerjakan oleh setiap mukallaf. b) Wajib Kifayah atau Fardhu Kifayah.Sesuatu yang apabila dikerjakan oleh sebahagian orang di dalam daerah, maka terlepaslah tuntutan keatas orang lain. Dan sekiranya tidak ada seorang pun yang mengerjakannya, maka berdosalah semuanya. Sunat, Mandub, Mustahab atau tathawwu’ Mendapat pahala bila dikerjakan dan tidak berdosa bila ditinggalkan.
  • 9. 9 Haram Dilarang keras untuk dikerjakan dan mendapat dosa jika meninggalkan. Makruh Dilarang tidak keras untuk dikerjakan dan tidak berdosa.Jika tidak mengerjakan kerana Allah akan mendapat pahala. Mubah atau Jaaiz Sesuatu yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan.mendapat ganjaran sekiranya dilaksanakan kerana Allahataupun dijadikansatu amalanyang baik (ibadah) serta berfaedah untuk org lain. Sah Sesuatu ibadah atau muamalah yang di lakukan dengan cukup rukun dan syaratnya sehingga di terima tuhan atau terlaksana dalam muamalah. Batal atau Baatil Sesuatu ibadah atau muamalah yang dilakukan dengan tidak cukup rukun dan syaratnya sehingga tidak diterima Tuhan atau tidak termasuk dalam muamalah. Ijmak Kata-kata sepakat di kalangan Imam-Imam Mujtahid yang hidup sezaman. Qiyas Perbandingan hukum tentang sesuatu yang terjadi di zaman Nabi dengan apa yang berlaku sekarang. Ijtihad Pengolahan dengan ber4sungguh-sungguh serta peralatan yang cukup untuk sesuatu hukum Agama yang dari sumber Al-Quran, Al-hadith, Qiyas dan Ijmak.
  • 10. 10 Mujtahid Ulama-ulama Ahli Fiqh yang menurunkan pengetahuannya dengan mengeluarkan hukum-hukum Agama bersumberkan Al Quran, Al hadith, Qiyas dan Ijmak. Syarat Sesuatu hal yang terletak di luar Ibadah (Muamalah) tetapi wajib dipenuhi. Rukun Sesuatu hal yang wajib dipenuhi dan terletak dalam ibadah Muamalah. 3. TASAUF Tasauf dari segi bahasa ialah bersih atau suci. Tujuan mempelajari Ilmu Tasauf Ilmu tasauf ialah satu ilmu yang dipelajari bertujuan antaranya; 1. Untuk membersihkan dan menyucukan hati dari segala sifat-sifat yang keji (mazmumah) dan mengisikan dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah) dengan tujuan beribadah semata-mata kerana Allah Taala. 2. Memiliki iman yang kuat dan kental di dalam hati. 3. Mengerjakan amalan kebajikan sebanyak-banyaknya. Firman Allah didalam Al Quran yang memperingatkan tentang kesejahteraan hati: (Asy Syuara: 88-89) Ertinya: Pada hari itu, tiada berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.
  • 11. 11 Sumber Ilmu Tasauf Ilmu Tasauf adalah bersumberkan dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Hukum Umat Islam (termasuk ilmu Fardhu Ain selain dari tauhid dan feqah) mengetahui sifat baik dan buruk yang ada pada diri manusia. Sifat-sifat yang baik disebut Mahmudah, dan sifat-sifat yang buruk disebut sifat Mazmumah. Didalam maka ini lah di senarai antara sifat-sifat tersebut yang penting diketahui oleh semua umat Islam. b.Ilmu fardu kifayah Ilmu menurut Kamus Dewan bermaksud pengetahuan, kepandaian ( dalam perkara dunia, akhirat, zahir batin dan kajian berkenaan sesuatu perkara. Fardu pula bermaksud kewajipan yang dituntut (ditentukan) oleh agama. Kifayah bermaksud fardu. Oleh itu ilmu fardu kifayah bermaksud ilmu pengetahuan yang wajib dituntut dalam Islam. Ilmu fardu kifayah ialah semua disiplin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduniaan. Contohnya ialah semua ilmu yang berkembang dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan manusia kepadanya. Misalnya ialah dalam bidang perubatan, sains dan teknologi, astronomi, kejuruteraan ,botani, pentadbiran dan lain-lain. Di antara kewajipan mempelajar ilmu fardu kifayah ini ialah wajib ke atas anggota masyarakat secara kolektif. Selain itu,penglibatan sebahagian dari anggota masyarakat dalam sesuatu bidang ilmu fardu kifayah adalah mewakili keseluruhan anggota yang lain dalam aspek tersebut. Sekiranya semua anggota masyarakat melepaskan dan mengabaikan tanggungjawab ini kesemuanya dianggap menanggung dosa. Ilmu-ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh itu,ia di tempat kedua dari segi hirarkinya. Ilmu ini sebagai penyempurna dan pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan
  • 12. 12 kepentingan masyarakat semasa. Ia dapat difahami dengan mudah oleh setiap akal yang sempurna. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang mencantumkan baka pokok tamar untuk menghasilkan buah yang bermutu, maka Rasulullah SAW menjawab, “Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan kamu”. Ilmu Kifayah juga ilmu yang mana sebahagian dari UmatIslam wajib menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang Ianya meliputi : i. Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara mendalam. ii. Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail. iii. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti astronomi, matematik, fizik, kedoktoran dan lain-lain. Ilmu fardu kifayah ini secara ringkas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian besar : I. Ilmu indera (knowledge ) iaitu ilmu yang dapat diperolehi melalui pengamatan, penelitian dan pengalaman seperti ilmu sejarah, ilmu ekonomi , ilmu politik dan lain-lain lagi yang tersimpul di dalam kategori ilmu sains kemasyarakatan dan kemanusiaan. II. Ilmu sains (science) iaitu ilmu yang diperolehi melalui penelitian, penghimpunan fakta, penganalisaan fakta, pengujian di makmal, perumusan daripada keputusan yang dihasilkan da percubaan (eksperimen ). Ia mempunyai ruang lingkup yang luas seperti biologi, kimia, matematik, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi.
  • 13. 13 III. Ilmu falsafah iaitu yang berasaskan kepada panduan ilmu dan pengalaman yang berusaha menangkap kebenaran yang berada di luar pengalaman. Keputusan itu pula belum muktamad tentang kebenaran atau kesalahannya dan tidak pula dapat diuji. IV. Dari segi sumber, terbahagi kepada dua: a. Ilmu aqli b. Ilmu naqli a. Ilmu aqli Iaitu yang bersumberkan kepada akal semata-mata. b. Ilmu naqli Ilmu yang diambil atau bersumber dari wahyu Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul- Nya. V. Dari segi hubungannya dengan syariat : a. Ilmu syariat b. Ilmu bukan syariat a. Ilmu syariat iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang secara langsung menyentuh persoalan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia. b. Ilmu bukan syariat iaitu ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan kemajuannya.
  • 14. 14 Dari segi cara memperolehi, terbahagi kepada : a. Ilmu kasbi : Iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan pembelajaran seperti ilmu matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan lain- lain. b. Ilmu laduni (wahbi) : Iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah melalui ilham dan wahyu Sumber ilmu dalam Islam Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam islam ia mempunyai bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi islam ialah : I. Al-Quran II. Sunnah III. Akal dan pancaindera IV. Fenomena tabii V. Ilham mimpi Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak. Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict atau gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau kemampuan untuk memahami. Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan lain-lain. Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.
  • 15. 15 KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah beliau mendapati sebahagian daripada ilmuan Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu kalam [tawhid], fiqh, tasawuf, tafsir dan hadith bercanggah pendapat tentang bidang-bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Islam. Berdasarkan sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam”. Imam al-Ghazali menimbulkan persoalan tentang ilmu; adakah menuntut ilmu itu fardhu „ain ataupun fardhu kifayah atas individu Islam. Berpandukan persoalan tersebut Imam al-Ghazali telah mengkalsifikasikan ilmu kepada dua bahagian utama iaitu : 1. Ilmu Mu‘amalah. Ilmu mu„amalah dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang diperolehi manusia samada melalui utusan Allah, akal [pembelajaran], pengalaman dan pendengaran. Pada asasnya ilmu tersebut [mu„amalah] tiada sebarang perbezaan melainkan menerusi nama-nama khas yang dberikan kepadanya seperti ilmu fardhu „ain dan ilmu fardhu kifayah oleh para ilmuan Islam. Ilmu mu„amalah menurut beliau terbahagi kepada dua bahagian iaitu : I. Ilmu fardhu ‘ain. Ilmu fardhu „ain secara ringkas dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas- asas agama Islam seperti mengucap syahadah, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan tersebut individu Islam dapat melaksanakan segala tuntutan yang ditaklifkan samada berbentuk iktikad [kepercayaan], melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu fardhu „ain hanya diperolehi menerusi utusan Allah iaitu para rasulNya.
  • 16. 16 II. Ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu kifayah menurut ajaran Islam merupakan suatu ilmu yang perlu dikuasai oleh sebahagian manusia yang mendiami sesebuah kawasan, daerah atau negeri. Hukum mempelajari ilmu fardhu kifayah berubah menjadi fardhu „ain apabila tiada seseorang pun di sesebuah kawasan, daerah atau negeri mengetahui tentang sesuatu ilmu seperti ilmu perubatan, pertanian, pembinaan, pengiraan dan sebagainya. Ilmu fardhu kifayah juga dimaksudkan sebagai ilmu yang berhubung kait dengan kehidupan sosial. Ilmu tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : a. Terpuji Ilmu terpuji adalah ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Menurut Imam al-Ghazali ilmu terpuji merangkumi dua kategori iaitu : i. Ilmu syariah. Ilmu syariah hanya dapat diperolehi menerusi utusan Allah atau dalam kata lain ilmu yang tak tercapai oleh akal, pengalaman dan pendengaran untuk mengetahuinya seperti ilmu tentang hari kiamat. ii. Ilmu umum. Ilmu umum pula mampu diperolehi manusia menerusi akal (pembelajaran), pengalaman dan pendengaran seperti ilmu bahasa dan ilmu perubatan. b. Harus. Ilmu yang harus dipelajari oleh manusia adalah seperti ilmu-ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya. c. Tercela. Ilmu tercela merupakan ilmu yang dilarang kepada manusia untuk mempelajarinya seperti ilmu sihir dan sebagainya.
  • 17. 17 2. Ilmu Mukasyafah. Ilmu mukasyafah merupakan suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh manusia menerusi ilham yang diberikan oleh Allah kepadanya setelah melalui peringkat-peringkat tertentu dalam amalannya. Ilmu ini lebih dikenali di kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu ladunni. Pembahagian ilmu-ilmu tersebut adalah berdasarkan kepada pemerhatian Imam al-Ghazali tentang : I. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada manusia dari segi penggunaanya seperti ilmu bahasa. II. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan beragama manusia. III. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia seperti ilmu perubatan dan pengiraan. IV. Sejauhmanakah kesan ilmu-ilmu tersebut dalam memberi ilmu pengetahuan dan keseronokan kepada manusia seperti ilmu kesusasteraan dan ilmu sejarah. Menurut Imam al-Ghazali dasarnya sesuatu ilmu tidak tercela sehinggalah ilmu tersebut : I. Mendatangkan kemudaratan ke atas diri orang yang mempelajarinya serta orang lain. II. Mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada penuntutnya III. Tidak memberikan sebarang faedah kepada penuntutnya mahupun orang lain. Berdasarkan kepada klasifikasi ilmu yang diberikan oleh Imam al-Ghazali ilmu fardhu „ain merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Islam. Manakala lain-lain ilmu adalah berdasarkan kepada sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan individu ataupun masyarakat di dunia dan di akhirat.
  • 18. 18 KESIMPULAN Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmufardhu ain adalah ilmu teras agama yang mengandungi kebenaran mutlak, disampaikan melalui perantaraan wahyu, Mengisi keperluan rohani manusia, mengandungi panduan-panduan yang bersifat abadi dan diwajibkan ke atas setiap orang untuk mengetahui dan mempelajarinya. Manakala ilmu fardhu kifayah pula memenuhi keperluan intelek dan emosi serta berkaitan dengan kehidupan dan kemakmuran dunia. Setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri dan perlu diletakkan pada tempatnya yang betul. Dewasa ini, telah mengangkat kembali martabat ilmu fardhu ain dengan mengembalikan fungsinya sebagai teras dalam sistem pendidikan umat khususnya di peringkat pengajian tinggi. Justeru, kesepaduan ilmu menurut perspektif Islam bukan sekadar memasukkan semua jenis ilmu. Dalam konteks epistemologi ilmu dalam Islam, perkembangan ilmu fardhu kifayah perlu berpaksikan kepada ilmu fardhu ain . Walau bagaimanapun, ilmu fardhu kifayah yang berkembang pesat masa kini (merujuk khusus kepada ilmu sains moden Barat) terpisah dari paradigma tauhid. Ini menjadikan proses kesepaduan ilmu fardhu ain dengan ilmu fardhu kifayah tidak lagi dapat dilakukan dengan mudah Jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, proses tersebut hanya akan mengulangi kesilapan yang sama iaitu mengekalkan kesinambungan keterpisahan ilmu naqli dan aqli.
  • 19. 19 KEDUDUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MERUJUK KEPADA KETEGORI ILMU DAN ISLAM PENDAHULUAN Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yg tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yg mampu memberikan kemungkinan munculnya berbagai penemuan rekaan dan idea- idea. Adapun teknoogi adalah terapan atau aplikasi dari ilmu yg dapat ditunjukkan dalam hasil nyata yg lbh canggih dan dapat mendorong manusia utk berkembang lbh maju lagi. Sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa dasar-dasar falsafah utk mengembangkan ilmu dan teknologi itu dapat dikaji dan digali dalam Alquran sebab kitab suci ini banyak mengupas keterangan-keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai contoh adl firman Allah SWT dalam surat Al-Anbiya ayat 80 yg artinya: “Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi utk kamu guna memelihara diri dalam peperanganmu.” Dari keterangan itu jelas sekali bahwa manusia dituntut utk berbuat sesuatu dgn sarana teknologi. Sehingga tidak menghairankan jika abad ke-7 M telah banyak lahir pemikir Islam yg sungguh produktif dan inovatif dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Kepeloporan dan keunggulan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan sudah dimulai pada abad itu.
  • 20. 20 Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat ditindaklanjuti dgn sebaik-baiknya sehingga tanpa sadar umat Islam akhirnya melepaskan kepeloporannya. Menurut catatan sejarah, bangsa Barat berhasil mengambil khazanah ilmu pengetahuan yg telah dikembangkan lebih dahulu oleh kaum muslimin kemudian mereka mengembangkannya di atas paham materialisme tanpa mengindahkan lagi nilai-nilai Islam sehingga terjadilah perubahan total sampai akhirnya terlepas dari sendi-sendi kebenaran. Ilmu Sains dan Teknologi Manusia boleh mengetahui rahsia kebesaran Allah SWT melalui dua cara iaitu melalui al-Quran yang merupakan bukti-bukti yang tersurat melalui kosmos dan alam tabii yang merupakan bukti-bukti yang tersirat. Al-Quran memaparkan ilmu mengenai nilai-nilai semasa serta perkara-perkara ghaib seperti alam akhirat dan lain-lain yang perlu diketahui oleh manusia. Di samping itu, di dalam Al- Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang membicarakan tentang ilmu sains tabii dan sains sosial. Terdapat lebih 900 ayat yang menerangkan tentang sains sumber air dan kejuruteraan dan lebih 1400 ayat mengenai ekonomi. Di dalam Al-Quran terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa manusia supaya mengkaji dan meneliti tentang fenomena alam agar mereka mencapai ilmu pengetahuan dan berupaya membina tamadun di dunia ini malah ia juga menggalakkan manusia mengembara untuk mencari penemuan- penemuan baru. Astronomi. Sumbangan sarjana Islam dalam bidang ilmu astronomi bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India yang bertajuk “Siddharta” ke bahasa arab pada tahun 155H/771M.
  • 21. 21 Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama “Zij”. Diikuti pula seterusnya dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Buku Yunani yang pertama diterjemahkan ke bahasa Arab ialah “Almagest” karangan Ptolemy. Dua buah buku Ptolemy yang lain turut diterjemahkan oleh al-Hajaj Ibn Mathar pada tahun 212H/887M dan oleh Hunain bin Ishaq yang kemudiannya disemak semula oleh Thabit Ibn Qurrah 329H/901M. Abu Abdullah Muhammad Ibn Jahir al-Battani ( Al-bategnius ) berasal dari Harran adalah salah seorang ahli kaji bintang. Beliau telah membuat penyelidikan seperti melakukan pencerapan astronomi di Raqqah. Hasil pencerapan itu beliau telah berjaya membuat pembetulan beberapa pendapat Ptolemy, termasuk membuat hitungan yang betul terhadap orbit bulan dan planet-planet tertentu. Beliau membuktikan tentang kemungkinan gerhana matahari dan mengemukakan teori tentang penentuan dapat melihat bulan baru. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah menambahkan kefahaman di dalam ilmu peredaran malam dan siang seperti perlu mengetahui kedatangan waktu subuh, waktu terbit matahari dan sebagainya. Geografi. Mempelajari ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam. Ini kerana melalui ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Mekah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardu haji. Justeru itu kita perhatikan umat Islam sejak dari zaman awal lagi telah memberikan perhatian terhadap ilmu itu. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini, maka sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke negeri China, baik melalui jalan darat mahupun jalan laut. Mereka telah berjaya sampai ke hujung paling selatan benua Afrika dan di bahagian utara pula telah sampai ke Russia. Sarjana-sarjana geografi Islam Zaman Pertengahan telah pun mempunyai maklumat yang agak jelas tentang asal-usul fosil sebagai peninggalan binatang-binatang laut yang telah menjadi batu.Dalam artikal-artikel yang dihasilkan oleh anggota Ikhwan al-Shafa mengenai mineralogy, mereka menjelaskan tentang teori siklus kosmik yang
  • 22. 22 menyebabkan terhasilnya perubahan-perubahan pada muka bumi. Kawasan Steppe boleh berubah menjadi laut atau sebaliknya. Demikian juga kawasan pertanian boleh bertukar menjadi gurun pasir dan sebaliknya. Mereka menjelaskan tentang kepentingan malapetaka seperti gempa bumi dalam mengubah bentuk permukaan bumi. Matematik. Perkembangan ilmu matematik di dalam dunia Islam berkait rapat dengan perkembangan ilmu astronomi. Justeru itu sudah menjadi kebiasaan seorang ahli astronomi Islam beliau juga seorang ahli matematik. Sarjana-sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadikan ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan system angka baru, termasuklah angka sifar ( kosong ) yang belum ada pada zaman sebelumnya. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah dalam pembayaran zakat yang diwajibkan yang memerlukan mereka mengetahui ilmu matematik dan begitu juga soal pembahagian harta pusaka dan lain-lain. Di antara tokoh terkenal matematik ialah Al-Khawarizmi. Baliau telah membuktikan persoalan yang telah dikemukakan oleh Neo-Babylonian dalam bentuk dugaan. Beliau yang telah memperkenalkan angka Arab ke dunia barat. Justeru itu orang-orang Barat menyebut angka arab sebagai “algorismus” yang diambil dari nama Al-Khawarizmi. Begitu juga dengan nama daftar logaritma. Perubatan. Tamadun Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang perubatan sama ada di dunia Timur mahupun di Barat. Pada zaman kemuncak perkembangan ilmu pengetahuannya tamadun Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ilmu perubatan yang ramai. Di sebelah Timur, cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan perubatan. Ada tiga faktor utama yang mendorong para sarjana menumpukan minat mereka untuk mengkaji bidang ilmu perubatan dan kedoktoran. Tersebarnya
  • 23. 23 wabak penyakit terutamanya penyakit mata di kalangan masyarakat. Ini berpunca daripada iklim panas dan debu gurun yang beterbangan. Sikap prihatin para pemerintah terhadap kesihatan rakyat di mana mereka mengambil berat atas kesihatan rakyat. Profesion kedoktoran mendapat penghormatan dan bayaran yang tinggi. Dengan faktor-faktor tersebut, maka ramailah lahir doktor-doktor yang berkaliber di seluruh dunia Islam. Antaranya ialah Yuhanna Ibn Musawah (237H/851M) yang membuat kajian mengenai anatomi tubuh manusia. Selain itu, Ali Ibn Sahl Rabban al-Tabari yang berasal dari Tabaristan telah berkhidmat sebagai doctor peribadi Khalifah al-Mutawakkil. Pada tahun 236H/850M, beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk “Firdaus al-Hikmah” yang merupakan sebuah copendium ilmu kedoktoran. Buku ini merupakan naskah tertua tentang ilmu perubatan yang ditulis dalam bahasa arab. Ia juga turut membicarakan serba sedikit tentang ilmu falsafah dan astronomi. Ibn Sina juga merupakan seorang yang pakar dalam bidang kedoktoran, ilmu falsafah dan syair. Beliau telah menulis kitab ilmu kedoktoran iaitu “al-qanun Fi al-Tibb”. Kitab itu merupakan sebuah karya perubatan yang amat berpengaruh. Kimia Al-Quran berulang kali menggesa umat islam agar memikirkan tentang penciptaan alam ini dan mengkaji bagaimana langit dan bumi diciptakan untuk kepentingan manusia. Ini jelas membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan di antara iman dan akal di dalam Islam. Maka itulah kita dapati sejak dari awal lagi uamt Islam telah membuat kajian yang serius tentang ilmu fizik dan kimia. Kimia Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke 8M dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan(776M). Jabir yang dikenali di barat sebagai Geber telah menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh pengikut-pengikutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Diantaranya termasuklah “Kitab al-Sab‟in” dan “Kitab al-Mizan” yang merupakan asas kepada kimia Katin yang mula berkembang pada abad ke 15M. Selain itu, al-Razi juga merupakan
  • 24. 24 seorang ahli kimia. Beliau telah menolak proses kerohanian (ta‟wil) dari zahir kepada batin dan ini sudah tentu merupakan penyisihan dari kimia tradisi. Sumbangan yang terpenting al-Razi kepada kimia moden termasuklah pengelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti berbanding dengan Jabir tentang proses penyulingan, pengkalsinan,penurasan dan sebagainya. Zoologi Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatatkan oleh orang Islam sejak dari zaman Bani Umaiyyah lagi. Mereka amat berminat di dalam perkara pembiakan kuda dan unta dan ini telah memberikan dorongan kepada mereka memulakan kajian dalam bidang zoology dan biologi biak-baka. Sejumlah monograf khusus menjelaskan tentang jenis-jenis kuda, nama bahagian- bahagian tubuhnya, warna dan jenis kuda yang baik, telah dihasilkan oleh pakar-pakar zoology Islam.(18)Di antara karya terawal di dalam bidang ini ialah “Kitab al-Ibil”, “Kitab al-Khail”, “Kitab al-Wuhusy” dan “Kitab al-Sya” yang telah dihasilkan oleh al-Asma‟I yang berasal dari Basrah (739-738 M). Abu Uthman Amr Ibn Bahr al-Jahiz (254 H / 868 M)yang berasal dari Basrah telah menghasilkan buku bertajuk “Kitab al-Hayawan”. Buku ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan di antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi mereka kepada alam sekitar. Kejuruteraan Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sunbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya melalui Andalus (Sepanyol) dan Itali. Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah satu daripada sains matematik. Sains matematik pula dibahagikan kepada sains bentuk, sains nombor, sains muzik dan sains kejuruteraan. Sains
  • 25. 25 kejuruteraan pula dibahagikan kepada 12 bidang kecil iaitu bangunan, ukur, pelayaran dan pengapungan, optik,cermin membakar, mesin perang, pusat gravity, mengangkat beban berat, imbangan dan pengimbangan, jam pengangkutan air dan mesin rohani. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan sarjana-sarjana Islam memberi sumbangan besar di dalam tiap-tiap bidang kecil tersebut. Kemahiran dan kefahaman sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu, apabila dicampur dengan seni-seni halus,telah dapat menghasilkan rekaan-rekaan yang amat menarik. Pada awal abad ke- 8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat keatas dan sebelum akhir abad ke-8M beberapa buah kilang keatas telah didirikan di Samarqand dan Baghdad.
  • 26. 26 Islam Mementingkan Ilmu Sains Dan Teknologi Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk di dalam tuntutan fardu kifayah yang telah disebutkan sebelum ini. Allah berfirman, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh? (SurahAl-Anfal:60) Salah seorang peribadi unggul yang kisahnya disebutkan di dalam Al-Quran ialah raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui satu kumpulan manusia yang terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau melakukan sesuatu yang dapat mencegah Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan ke atas mereka. Zulqarnain bersetuju untuk menolong mereka dan berhubung dengan ini, Allah berfirman, (Berkata Zulqarnain): Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, Tiuplah (api itu). Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, Berikan aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya. (SurahAl-Kahfi:96-97) Teknologi yang dimiliki oleh raja Zulqarnain begitu hebat sekali sehingga gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung melalui pembinaan tembok yang kukuh ini. Allah menegaskan, di antara kelebihan yang ada pada raja Zulqarnain ialah beliau sentiasa mencari jalan serta pendekatan baru untuk mencapai matlamat yang beliau tetapkan. Ketika menceritakan tentang Zulqarnain, kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali di dalam surah Al-
  • 27. 27 Kahfi ialah yang bermaksud, “(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau pendekatan tertentu”. Berhubung dengan ini Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir telah berkata: Orang-orang Islam dituntut untuk menegakkan Islam dengan menggunakan hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian yang luar biasa untuk mencapai kejayaan. Kisah yang terdapat di dalam surah ini menunjukkan Zulqarnain menggunakan pendekatan sebab musabab yang pelbagai untuk mencapai matlamat perjuangan beliau dan aspek ini telah diabaikan oleh umat Islam pada hari ini. Di dalam proses untuk mempersiapkan diri, umat Islam diizinkan untuk menimba ilmu dan kemahiran dari golongan yang bukan Islam, tidak kira sama ada dari Timur atau Barat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar- dasar Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Kalimah yang bijaksana (hikmat) adalah suatu barangan yang telah hilang dari orang yang bijaksana. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang lebih berhak untuk memilikinya." (Riwayat Ibn Majah danTarmuzi) Di Dalam Usul 20, Imam Hasan Al-Banna berkata: Islam membebaskan akal, mendorong supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu- alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmat (atau ilmu pengetahuan) merupakan suatu yang telah hilang dari tangan seorang mukmin. Di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak untuk memilikinya. Contoh yang paling baik ialah Nabi Muhammad s.a.w Ketika berlaku perang Khandak, Baginda s.a.w memanfaatkan strategi perang orang-orang Parsi dengan mengorek parit yang besar. Strategi ini telah mendatangkan kesan yang positif ke atas umat Islam di dalam peperangan itu. Begitu juga dengan Omar Al-Khattab ra, di zaman pemerintahannya, beliau telah serapkan beberapa cara pentadbiran Parsi ke dalam pentadbirannya.
  • 28. 28 Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inovatif di dalam perancangan dan perjuangan mereka. Sebenarnya, di samping ketakwaan kepada Allah, inilah di antara sebab umat Islam dahulu menjadi gilang gemilang dan dikagumi hinggalah ke hari ini. Sebagai contoh, di zaman Nabi s.a.w dan dua khalifah yang pertama, kekuatan tentera Islam difokuskan untuk peperangan di darat. Namun, di zaman khalifah Uthman ra, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648 M, arahan telah dikeluarkan oleh khalifah kepada Muawiyah ra agar memberikan tumpuan kepada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam telah dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Peperangan laut yang pertama di antara armada Islam dan Rom berlaku pada tahun yang sama di perairan pulau Cyprus dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Di saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan dari gelaran inilah lahirnya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas dikalahkan oleh armada Islam di dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M. Umat Islam juga sebelum ini amat menonjol di dalam bidang sains. Mereka merupakan pemangkin kepada kebangkitan sains dan teknologi di Barat. Di zaman pertengahan dahulu, dunia Eropah jauh berbeza dari dunia Islam dan hal ini telah disebutkan oleh Victor Robinson di dalam The Story of Medicine:Europe was darkened at sunset, “Cordova shone with public lamps; Europe was dirty, Cordova built a thousand baths; Europe was covered with vermin, Cordova changed its undergarment daily; Europe lay in mud, Cordovas streets were paved; Europe?s palaces had smoke-holes in the ceiling, Cordovas arabesques were exquisite; Europe?s nobility could not sign its name, Cordovas children went to school; Europes monks could not read the baptismal service, Cordova?s teachers created a library of Alexandrian dimension.”
  • 29. 29 Ia bermaksud: “Eropah bergelap di waktu malam, Cordova bercahaya dengan lampu; Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempat mandi; Eropah dipenuhi serangga, penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari; Eropah dipenuhi selut, jalan-jalan di Cordova bertar; Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung, bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah; tokoh-tokoh Eropah tidak tahu untuk menandatangani nama sendiri, anak-anak di Cordova sudah ke sekolah; tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian, ulama (Islam) di Cordova telah membina kutub khannah yang besar”. Hal yang sama juga disebutkan oleh Robert Briffault, seorang tokoh orientalis yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk Making of Humanity: “It was under the influence of Arabian and Moorish revival of culture, and not in the 15th century, that the real renaissance took place. Spain and not Italy, was the cradle of the rebirth of Europe. After sinking lower and lower in barbarism, it had reached the darkest depths of ignorance and degradation when the cities of the Saracenic world Baghdad, Cairo, Cordova, Toledo, were growing centres of civilization and intellectual activity. It was there that the new life arose which was to grow into a new phase of human evolution. From the time when the influence of their culture made itself felt, began the stirrings of new life.” Ia bermaksud: Era kebangkitan yang sebenarnya telah diledakkan oleh orang- orang Arab Islam sebelum berlakunya kesedaran dan kebangkitan di Eropah pada abad kelima belas.. Sepanyol dan bukannya Itali merupakan benih yang telah melahirkan Eropah moden. Ketika Eropah tenggelam di dalam kejahilan dan keruntuhan, bandar-bandar Islam seperti Baghdad, Cairo, Cordova dan Toledo menjadi pusat ilmu dan Tamadun. Umat Islam pada hari ini sepatutnya bangun dari tidur dan mengorak langkah ke arah perubahan minda dan cara fikir agar ilmu-ilmu sains dan teknologi dapat dikuasai demi untuk masa depan Islam yang gilang gemilang.
  • 30. 30 TOKOH-TOKOH ILMUAN SAINS ISLAM Tokoh – Tokoh Tamadun Islam Al – Khindi Al – Biruni Ibn Sina (789 – 873M) (973 – 1048 M) (980 – 1037 M) Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.
  • 31. 31 Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting. Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu. Selain itu, Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat. Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat, kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit
  • 32. 32 dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih boleh digunakan sampai kini. KESIMPULAN Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah. Ini terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah iaitu surah al- „Alaq. Allah telah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia. Ilmu, pencarian ilmu, penyebaran ilmu memiliki akar yang kuat dalam ajaran Islam. Begitu banyak ayat dan hadith dapat dikutip untuk menerangkan hal ini. Pakar Ilmu Al Quran pernah menyebut bahawa pengulangan konsep kepentingan ilmu di dalam Al Quran merupakan satu indikasi terhadap penekanannya atau makna penting konsep tersebut. Salah satu hadith yang boleh dijadikan sebagai ilustrasi mengenai pentingnya ilmu adalah salah satu sabda Rasulullah yang menyatakan keunggulan seorang berilmu dibandingkan dengan orang yang beribadah seperti terangnya bulan purnama dan bintang- bintang. Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia. Dalam erti kata lain, sebarang ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia dan memandu manusia ke arah jalan benar merupakan ilmu yang mendapat tempat mulia di sisi Islam.
  • 33. 33 Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu agar dapat menghadapi segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidupkan kembali semangat dan roh cintakan ilmu ke dalam jiwa dan sanubari. Penghayatan ilmu itu bukan sahaja dititik beratkan dalam soal pelajaran di institusi pengajian sahaja, tetapi penghayatan itu merangkumi kajian, penelitian dan perlaksanaan ilmu itu sendiri. Sesungguhnya ilmu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan umat Islam. Ini adalah kerana ilmu itu sebenarnya menjadi tunjang atau asas kekuatan umat, yang mengandungi berbagai-bagai hikmah dan pengajaran serta menjadi panduan dan teras kehidupan. Oleh itu, pembudayaan ilmu wajar dihayati dan dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat Islam di dunia.