SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
KESEDIAAN KERJAYA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA 
Maznizam Mansor, Abdullah Mat Rashid 
ABSTRAK 
Kesediaan Kerjaya dapat menerangkan sama ada seseorang individu tersebut telah bersedia atau tidak untuk menceburi 
bidang kerjaya pilihan. Kesediaan Kerjaya boleh digunakan untuk menjelaskan tahap Kematangan Kerjaya dimana 
dapat membantu dalam menjelaskan berkenaan perancangan kerjaya, penerokaan kerjaya, kemampuan membuat 
keputusan dan dunia maklumat pekerjaan. Oleh itu, boleh dianggap seseorang individu yang bersedia untuk menempuh 
alam pekerjaan telah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta telah membuat keputusan 
berkenaan kerjaya mereka. Tinjauan telah dijalankan ke atas 292 orang pelajar di empat buah Institut Kemahiran Belia 
Negara (IKBN) di negeri Selangor bertujuan untuk mengukur tahap Kesediaan Kerjaya serta mengenalpasti perbezaan 
antara gender, pencapaian akademik, pengalaman kerja dan penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap 
Kesediaan Kerjaya pelajar. Responden dipilih secara persampelan rawak mudah. Ujian t dan ujian ANOVA satu hala 
digunakan untuk melihat perbezaan antara pembolehubah yang dikaji. Dapatan menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya 
pelajar adalah rendah. Tiada perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Tahap 
Kesediaan Kerjaya tidak berbeza antara pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, sederhana dan 
rendah. Pengalaman kerja dalam bidang kursus berkaitan dan penyertaan dalam program kerjaya tida k membezakan 
tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu pihak pengurusan IKBN 
meningkatkan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. 
Kata kunci: Kesediaan Kerjaya, Kematangan Kerjaya, Pembangunan Kerjaya, IKBN, Pendidikan Teknikal dan 
Vokasional 
Pengenalan 
Pelaburan kerajaan didalam mewujudkan institusi-institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional 
(TVET) kebelakangan ini merupakan satu langkah yang serius bagi memenuhi keperluan tenaga kerja selari 
dengan status ekonomi negara. Tanggungjawab institusi-institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional 
adalah memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada para belia bersesuaian dengan kemahiran-kemahiran 
yang diperlukan oleh pihak industri. Cabaran yang besar adalah bagi memastikan graduan yang 
telah dilatih bersedia untuk memasuki dan meneroka bidang pekerjaan selari dengan kemahiran yang 
dimiliki. Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan yang penting dalam 
membangunkan modal insan ke arah Malaysia menuju status negara maju. Dijangkakan sebanyak 3.3 juta 
peluang pekerjaan di wujudkan sehingga tahun 2020 melalui inisiatif kerajaan melalui NKEA (National Key 
Economic Areas) di mana 1.3 juta daripada pekerjaan tersebut perlu di isi oleh graduan bidang TVET 
(Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, 2011). 
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) merupakan institusi kemahiran yang bertanggungjawab 
menyediakan pelbagai kemahiran teknikal dan vokasional kepada golongan belia yang berminat dengan 
bidang kemahiran dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi selepas tamat 
tempoh persekolahan di peringkat sekolah menengah. Fungsi utama IKBN adalah mengeluarkan pelatih yang 
berkemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Malaysia. Namun masalah ketidaksepadanan 
kemahiran wujud di kalangan pelatih-pelatih IKBN dan yang menjadi persoalan adalah keupayaan graduan 
IKBN untuk memenuhi kehendak pasaran semasa. Oleh yang demikian, adalah jelas menunjukkan bahawa 
golongan belia masih lagi tercicir untuk memenuhi pelbagai peluang perkerjaan yang terdapat dalam pasaran 
pada masa kini. Keberkesanan dan kebolehpasaran pelatih-pelatih IKBN perlu dilihat untuk menentukan 
keperluan latihan kemahiran yang terkini sesuai dengan keperluan semasa pasaran buruh dalam pelbagai 
sektor. Ini adalah berkaitan dengan isu kerjaya graduan IKBN.
Pembangunan kerjaya adalah penting bagi para pelajar institusi TVET dimana mereka ini berada dalam fasa 
perubahan dari dunia belajar ke dunia pekerjaan. Mereka sedang menyiapkan diri bagi menghadapi 
perubahan tersebut. Pembangunan kerjaya mengandungi proses dan aktiviti yang membentuk kerjaya masa 
depan. Ia juga merujuk proses psikologi dan kelakuan serta pengaruh konteksual yang membentuk kerjaya 
individu sepanjang hayat. Oleh itu, konsep pembangunan kerjaya meliputi pembentukan corak kerjaya 
seseorang, gaya membuat keputusan, ekspresi nilai hidup dan konsep kendiri. Secara tidak langsung 
pembangunan kerjaya akan memberi kesan kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Kajian 
yang dijalankan oleh Mansor & Tan (2009a) mendapati secara amnya, pelajar-pelajar mempunyai impian 
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan mendapatkan pekerjaan. Bagaimanapun 
sesetengah mereka menghadapi halangan untuk melanjutkan pelajaran atau gagal mendapatkan pekerjaan. 
Oleh itu, masalah pengangguran dikalangan graduan masih menjadi satu perkara yang perlu diambil berat. 
Satu perkara yang perlu diberi perhatian yang berkaitan dengan perkara ini adalah keupayaan seseorang 
untuk membuat keputusan kerjaya. Kegagalan untuk menentukan pekerjaan yang ingin dilakukan dikenali 
sebagai ‘Career Indecision’ atau teragak-agak untuk membuat keputusan terhadap kerjaya yang ingin 
diceburi. ‘Career Indecision’ menggambarkan tahap Kesediaan Kerjaya (Career Readiness) atau 
Kematangan Kerjaya (Career Maturity) seseorang pelajar tersebut. 
Sudah menjadi satu fenomena dimana berlaku pengangguran di kalangan pelajar yang telah tamat pengajian. 
Fenomena ini bukan sahaja berlaku di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta tetapi juga 
melanda para graduan daripada institusi-institusi TVET. Merujuk kepada Perangkaan Utama Tenaga Buruh, 
Malaysia dari Januari 2011 hingga Mac 2013, didapati kadar pengangguran pada Januari 2011 adalah 3.4 
peratus atau 421 800 orang dan pada Disember 2011 adalah 3.1 peratus atau 399 300 orang. Pada Disember 
2012 kadar pengangguran adalah 3.3 peratus atau 434 100 orang. Kadar ini berterusan hingga Mac 2013 iaitu 
pada kadar 3.3 peratus. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013). Berdasarkan statistik Kajian Kebolehpasaran 
Graduan IKBN dari tahun 2009 hingga 2011 yang dijalankan selepas enam bulan graduan menamatkan 
pengajian setiap tahun, kadar purata kebolehpasaran graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), 
Kementerian Belia dan Sukan adalah 73% dimana kadar pengangguran adalah 27% (Kementerian Belia dan 
Sukan, 2012). Persoalannya adakah pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk mengikuti latihan kemahiran dan 
bekerja dalam bidang tersebut. Dan adakah mereka membuat keputusan yang betul dengan mengikuti latihan 
tersebut. Sekiranya mereka tidak bersedia apakah yang perlu dilakukan. Persoalan ini boleh dijawab dengan 
mengkaji Kesediaan Kerjaya pelajar. 
Kajian Kesediaan Kerjaya oleh Mansor & Tan (2009a) yang telah dijalankan terhadap pelajar prasiswazah di 
universiti-universiti awam Malaysia menunjukkan tahap kesediaan pelajar-pelajar berkenaan adalah rendah. 
Beberapa kajian berkaitan Kesediaan Kerjaya juga telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik di luar negara 
antaranya Yon, Joeng, & Goh (2012) di Korea, Kaur (2012) di India, Hughes (2011) di Australia dan 
Thailand, Dybwad (2009) di Norway dan Salami (2008) di Nigeria juga menunjukkan tahap Kesediaan 
Kerjaya berada pada tahap sederhana dan rendah. 
Sehingga kini masih kurang kajian tentang Kesediaan Kerjaya yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar di 
institusi TVET. Kemasukan jumlah graduan TVET ke pasaran kerja seharusnya bertambah selari dengan 
pertambahan bilangan institut dan peningkatan kos operasi latihan keseluruhan. Menurut laporan yang 
dikeluarkan oleh The Boston Consulting Group (Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian 
Sumber Manusia, 2011), kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 1.3 bilion bagi keseluruhan kos 
operasi latihan institusi TVET dan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan 
Sukan sahaja adalah sebanyak RM 112 juta bagi tahun 2009 dan RM 102 juta bagi tahun 2010. Dengan 
menjalankan kajian berkaitan Kesediaan Kerjaya, dapat di tentukan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar dan 
peramal-peramal yang mempengaruhi tahap Kesediaan Kerjaya dan perhubungannya. Seterusnya hasil 
dapatan daripada kajian akan dapat dijadikan sebagai input bagi program dan aktiviti pembangunan kerjaya 
pelajar bagi menambahbaik tahap Kesediaan Kerjaya seterusnya dapat meningkatkan kadar kebolehpasaran 
graduan IKBN. 
2
Objektif utama kajian adalah untuk mengukur tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN. Berikut adalah 
persoalan-persoalan kajian: 
1. Apakah tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 
2. Adakah terdapat perbezaan antara faktor gender terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 
3. Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar 
3 
IKBN? 
4. Adakah terdapat perbezaan antara penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap Kesediaan 
Kerjaya pelajar IKBN? 
5. Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian akademik terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar 
IKBN? 
Metodologi 
Kajian ini adalah satu penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan. Rekabentuk tinjauan adalah secara ‘cross - 
sectional’ dimana data akan dikumpul dalam satu masa sahaja. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti 
tahap kesediaan kerjaya pelajar IKBN serta perbezaan gender, pencapaian akademik, pengalaman kerja, 
penyertaan program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. 
Populasi adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negeri Selangor. 
Terdapat empat buah IKBN di negeri Selangor iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) 
Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, IKBN Dusun Tua di Cheras, IKBN Peretak di Kuala Kubu Baru dan 
IKBN Kuala Langat di Banting. Merujuk data enrolmen pelajar bagi setiap IKBN, jumlah keseluruhan 
pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada sesi 1/2013 adalah seramai 1600 orang. Daripada jumlah 
keseluruhan tersebut, seramai 344 orang pelajar IKTBN Sepang, 657 orang pelajar IKBN Dusun Tua, 343 
orang pelajar IKBN Peretak manakala baki 256 orang pelajar adalah daripada IKBN Kuala Langat. 
Penentuan bagi jumlah sampel yang diperlukan, merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel yang 
dihasilkan oleh Krejcie & Morgan (1970). Bagi kajian ini, populasi (N) adalah seramai 1600 orang. Merujuk 
jadual penentuan saiz sampel, bilangan sampel (S) yang perlu adalah sebanyak 310. Teknik persampelan 
bertujuan (purposive sampling) dan persampelan rawak mudah (simple random sampling) digunakan dalam 
kajian ini. Persampelan bertujuan adalah bagi memilih pelajar semester dua dan ke atas bagi memenuhi 
keperluan pembolehubah pencapaian akademik yang diukur dengan nilai CGPA memandangkan pelajar 
semester satu belum lagi menduduki peperiksaan akhir dan tidak mempunyai nilai CGPA. Sampel diambil 
dari setiap IKBN yang terdiri daripada empat buah institut iaitu IKTBN Sepang, IKBN Dusun Tua, IKBN 
Peretak dan IKBN Kuala Langat. Keempat-empat institut memenuhi keperluan ciri-ciri kajian iaitu 
mempunyai kursus pelbagai bidang, pelbagai tahap serta mempunyai pelajar lelaki dan perempuan. 
Sebanyak 77 sampel diambil daripada IKTBN Sepang, IKBN Peretak dan IKBN Kuala Langat manakala 79 
sampel diambil daripada IKBN Dusun Tua. 
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu 
bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah latarbelakang responden yang terlibat dan ini merupakan 
ciri-ciri demografik kajian. Item-item didalam bahagian A soal selidik dibangunkan sendiri oleh pengkaji. 
Bahagian B pula mengukur tahap Kesediaan Kerjaya responden. Mengandungi 21 item diadaptasi daripada 
Career Factors Inventory (CFI) oleh Chartrand, Robbins, Morrill, & Boggs, (1990). Kesemua item tersebut 
terbahagi kepada empat pembolehubah iaitu ‘Need for Career Information’ (NCI), ‘Need for Self 
Knowledge’ (NSK), ‘Career Choice Anxiety’ (CCA) dan ‘Generalised Indicisiveness’ (GI). Item 1, 13, 14, 
16, 20 dan 21 mengukur NCI, item 2, 3, 15 dan 17 mengukur NSK, item 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 akan 
mengukur CCA manakala item 4, 5, 6, 18 dan 19 mengukur GI. Item-item didalam CFI akan mengukur 
tahap Kesediaan Kerjaya dengan pilihan jawapan menggunakan skala Likert lima mata. Jumlah skor CFI 
yang tinggi menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya responden yang tinggi. Nilai Cronbach alpha (α) CFI 
adalah .827.
4 
Dapatan Kajian 
Merujuk kepada Jadual 1, jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 292 orang yang terdiri daripada 
73 orang pelajar IKTBN Sepang, 72 orang pelajar IKBN Dusun Tua, 77 orang pelajar IKBN Peretak dan 70 
orang IKBN Kuala Langat. Agihan peratusan responden adalah seimbang bagi keempat-empat IKBN yang 
terdapat di negeri Selangor. 
Jadual 1 : Peratusan demografi responden 
Pembolehubah n Peratusan (%) 
IKBN/IKTBN 
IKTBN Sepang 
IKBN Dusun Tua 
IKBN Peretak 
IKBN Kuala Langat 
Jantina 
Lelaki 
Perempuan 
Bangsa 
Melayu 
Cina 
India 
Lain-lain 
Umur 
19 - 21 
22 - 24 
25 - 29 
Kursus 
Berasaskan kejuruteraan 
Berasaskan perkhidmatan 
Tahap Kursus 
Satu 
Dua 
Tiga 
Empat 
Pencapaian Akademik (CGPA) 
Tinggi (>=3.67) 
Sederhana (3.66-2.67) 
Rendah (<=2.66) 
Pengalaman Kerja 
Ada 
Tiada 
Program Kerjaya 
Pernah sertai 
Tidak pernah sertai 
73 
72 
77 
70 
145 
147 
282 
3 
5 
2 
251 
33 
8 
149 
143 
12 
138 
77 
65 
50 
123 
44 
78 
214 
182 
110 
25 
24.7 
26.4 
24 
49.7 
50.3 
96.6 
1.0 
1.7 
0.7 
86.1 
11.2 
2.7 
51 
49 
4.1 
47.3 
26.4 
22.3 
23 
56.7 
20.3 
26.7 
73.3 
62.3 
37.7
Persoalan kajian 1: Apakah tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 
Responden dikategorikan kepada dua tahap kesediaan kerjaya berdasarkan min skor yang diperolehi pada 
Career Factors Inventory (CFI) dalam soal selidik. Min skor 1.00 hingga 2.99 menunjukkan tahap 
Kesediaan Kerjaya rendah manakala min skor 3.00 hingga 5.00 menunjukkan responden mempunyai tahap 
Kesediaan Kerjaya yang tinggi (Chartrand et al., 1990, Mansor & Tan, 2009a). Merujuk Jadual 2, majoriti 
pelajar IKBN mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang rendah dengan nilai min adalah 2.84 dan sisihan 
piawai adalah 0.32. 
Jadual 2 : Min Tahap Kesediaan Kerjaya 
Pembolehubah M SP 
Kesediaan Kerjaya 2.84 .32 
‘Need for career information (NCI)’ 2.28 .45 
‘Need for Self Knowledge (NSK)’ 2.97 .40 
‘Career Choice Anxiety (CCA)’ 3.12 .54 
‘Generalized Indiciveness (GI)’ 3.06 .47 
Persoalan kajian 2: Adakah terdapat perbezaan antara faktor gender terhadap tahap Kesediaan Kerjaya 
pelajar IKBN? 
Ujian t tidak bersandar telah dijalankan untuk membandingkan tahap kesediaan kerjaya antara pelajar lelaki 
dan pelajar perempuan. Dapatan ujian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan untuk pelajar 
lelaki (M=2.85, SP= .33) dan pelajar perempuan (M=2.82, SP= .30) dimana t (290) = .94 , p = .351. 
Didapati gender tidak memberi kesan terhadap tahap kesediaan kerjaya. 
Persoalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja terhadap tahap Kesediaan Kerjaya 
pelajar IKBN? 
Ujian t yang dijalankan kepada kedua-dua kumpulan tersebut mendapati min pelajar yang memiliki 
pengalaman kerja (M = 2.86) hampir sama dengan pelajar yang tidak memiliki pengalaman kerja (M = 2.83) 
dimana t (290) = .89 , p = .372. Dalam kajian ini, pengalaman kerja pelajar yang diambilkira adalah 
pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga bulan yang berkaitan dengan kursus yang diikuti dan juga 
program latihan industri yang diwajibkan kepada semua pelajar IKBN di peringkat Sijil dan Diploma. Ini 
bermakna tahap Kesediaan Kerjaya pelajar tidak dipengaruhi oleh pengalaman kerja dan program latihan 
industri yang diikuti oleh pelajar IKBN. 
Persoalan kajian 4: Adakah terdapat perbezaan antara penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap 
Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 
Tahap kesediaan kerjaya pelajar tidak berbeza antara kumpulan pelajar yang telah menyertai program 
kerjaya (M = 2.84) dengan kumpulan pelajar yang belum menyertai program kerjaya (M = 2.83). Dapatan 
ujian t menunjukkan tiada perbezaan antara dua kumpulan tersebut dimana dimana t (290) = .58, p = .560. 
Dapat dinyatakan, program kerjaya yang dilaksanakan oleh IKBN perlu di tambahbaik supaya dapat 
memberi kesan kepada pelajar. Ia sepatutnya menjadi satu program yang dapat memberi galakan dan 
dorongan untuk pelajar-pelajar menyiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan selari dengan kursus 
yang sedang diikuti.
Persoalan kajian 5: Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian akademik terhadap tahap Kesediaan 
Kerjaya pelajar IKBN? 
Ujian ANOVA satu hala telah dijalankan untuk membandingkan perbezaan antara pencapaian akademik 
dengan tahap kesediaan kerjaya. Dapatan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk 
pencapaian akademik tinggi (M=2.90, SP= .31), pencapaian akademik sederhana (M=2.83, SP= .33) dan 
pencapaian akademik rendah (M=2.79, SP= .32) dimana F (2, 214) = 1.41 , p = .248. Dapatan ujian ini 
menunjukkan tiada perbezaan tahap kesediaan kerjaya bagi pelajar yang mempunyai pencapaian akademik 
tinggi, sederhana dan rendah. 
Perbincangan 
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap kesediaan kerjaya pelajar IKBN di negeri Selangor. 
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan kerjaya pelajar adalah rendah. Dapatan ini sama dengan 
dapatan kajian yang dilakukan oleh Mansor & Tan (2009a) terhadap tahap kesediaan pelajar prasiswazah 
universiti awam di Malaysia. Tetapi berbeza dengan dapatan kajian oleh Poh et al. (2013) yang menjalankan 
kajian keatas pelajar tahun satu bidang kaunseling di universiti awam Malaysia dan kajian oleh Mustafa & 
Muhammad Faizal (2013) terhadap pelajar antarabangsa di universiti awam Malaysia. Dapatan menunjukkan 
responden masih memerlukan maklumat tentang kerjaya yang bakal diceburi selari dengan kursus yang 
sedang diikuti dan juga pengalaman kerja dimana responden tidak yakin dengan pengalaman dan kemahiran 
yang dimiliki sepanjang tempoh latihan. Majoriti responden bersetuju dengan item soal selidik berikut: 
“Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mengetahui bagaimana bentuk 
peluang pekerjaan yang sedia ada dalam bidang tertentu” dan “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu 
bidang kerjaya, saya masih memerlukan kemahiran pelbagai jenis pekerjaan melalui kerja separuh masa atau 
sementara sebanyak mungkin”. 
Responden juga bersetuju dengan item-item berikut: “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang 
kerjaya, saya masih perlu mendapatkan jawapan terhadap persoalan ‘apakah yang ingin saya jadi kelak?’ ” 
dan “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mendapatkan jawapan 
terhadap persoalan ‘apakah perkara yang paling penting pada saya?’ “. Dapat dinyatakan, bahawa responden 
tidak pasti apakah bidang pekerjaan yang patut mereka ceburi setelah tamat pengajian walaupun telah 
memilih kursus kemahiran di IKBN yang menjurus kepada bidang pekerjaan tertentu. Dapatan juga 
menunjukkan responden masih tidak dapat menentukan jenis pekerjaan yang bakal diceburi. Responden juga 
memilih pekerjaan berdasarkan hobi masa lapang dan subjek-subjek yang diajar didalam bidang kursus 
masing-masing. Responden juga masih teragak-agak dengan keupayaan diri untuk memasuki dunia 
pekerjaan. Selain daripada itu, dapatan menunjukkan responden mempunyai keupayaan untuk membuat 
keputusan tetapi ianya merupakan satu proses sukar dan dibuat dalam keadaan yang ragu. Responden juga 
mempunyai perasaan bimbang didalam membuat sesuatu keputusan tentang pemilihan kerjaya mereka dan 
memerlukan nasihat atau pandangan daripada orang lain. Ini ditunjukkan melalui item “Sebelum memilih 
atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu berbincang dengan seseorang dalam sesuatu atau 
pelbagai bidang” dimana majoriti responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Melalui dapatan kajian 
juga menunjukkan responden tidak pasti adakah mereka telah bersedia dan mempunyai jati diri yang cukup 
untuk menceburi sesuatu bidang kerjaya. Majoriti responden bersetuju dengan item-item berikut: “Sebelum 
memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mencari jawapan terhadap persoalan ‘siapa 
diri saya?’ ” dan “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mendapatkan 
jawapan terhadap persoalan ‘apakah nilai-nilai peribadi saya?’ 
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya diantara pelajar lelaki dan 
perempuan. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian oleh (Birol & Kıralp, 2010; Salami, 2008). Tetapi 
kajian yang dijalankan kepada para penuntut universiti awam di Malaysia didapati terdapat perbezaan faktor 
gender terhadap Kesediaan Kerjaya (Mansor & Tan, 2009b; Poh et al., 2013 dan Mustafa & Muhammad 
Faizal, 2013). Ini bermakna pelajar lelaki dan pelajar perempuan di IKBN mempunyai tahap Kesediaan 
6
Kerjaya yang sama. Kemungkinan mereka mempunyai masalah yang sama didalam membuat keputusan 
kerjaya serta kurang keyakinan diri bagi menentukan pekerjaan yang bakal diceburi. 
Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga kategori pencapaian akademik 
pelajar iaitu lemah, sederhana dan tinggi terhadap tahap Kesediaan Kerjaya. Kategori pencapaian akademik 
pelajar adalah berdasarkan nilai CGPA semasa. Dapatan ini sama dengan dapatan Gehlert, Timberlake, & 
Wagner (1992) dan Hampton (2006) tetapi berbeza dengan dapatan kajian oleh Westbrook (2006) dimana 
menunjukkan pelajar dengan pencapaian akademik tinggi mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang tinggi. 
Manakala dapatan oleh Mansor & Tan (2009b) menunjukkan pelajar prasiswazah dengan pencapaian 
akademik tinggi mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang rendah. Dapat dinyatakan bahawa pencapaian 
akademik bukan satu faktor yang menentukan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN. Pelajar yang 
menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi tidak bermakna mereka telah bersedia dan yakin untuk 
membuat keputusan tentang kerjaya yang bakal diceburi. Kemungkinan subjek-subjek kemahiran yang 
diajar kepada pelajar IKBN tidak memasukkan elemen-elemen kerjaya yang dapat mempengaruhi keupayaan 
pelajar untuk membuat keputusan tentang kerjaya. 
Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya diantara pelajar yang 
mempunyai pengalaman kerja dengan pelajar yang tidak mempunyai pengalaman kerja. Hanya pengalaman 
kerja melebihi tiga bulan dalam bidang yang berkaitan dengan bidang kursus sahaja diambilkira termasuk 
program latihan industri. Melalui dapatan ini boleh dikatakan pengalaman kerja sahaja tidak mencukupi 
untuk meningkatkan tahap kesediaan kerjaya pelajar. Juga dapat dilihat bahawa program latihan industri 
yang diwajibkan keatas semua pelajar IKBN tidak dapat memberi kesan terhadap kesediaan kerjaya. 
Walaupun 62.3% responden telah menyertai program kerjaya, tetapi dapatan kajian menunjukkan tidak 
terdapat perbezaan penyertaan program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Dapat dinyatakan, 
pengisian program kerjaya yang dijalankan oleh IKBN perlu dikaji semula agar program tersebut dapat 
memberi kesan kepada pelajar yang menyertainya. 
Secara keseluruhannya, melalui perbincangan diatas dapat difahami tahap Kesediaan Kerjaya pelajar dapat di 
tambah baik dengan meningkatkan usaha memperbaiki faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar 
untuk membuat keputusan tentang kerjaya yang bakal diceburi. 
Cadangan 
1. Mewujudkan pusat perkhidmatan kerjaya (career services centre) yang beroperasi sepanjang tempoh 
pembelajaran dan terbuka kepada semua pelajar. Pusat ini berfungsi sebagai tempat rujukan bagi persiapan 
kerjaya pelajar. Perkhidmatan yang dicadangkan bagi pusat ini adalah seperti kaunseling kerjaya, penerokaan 
kerjaya, strategi mencari pekerjaan, panduan membuat resume, bengkel temuduga dan menyediakan bahan-bahan 
rujukan berkenaan kerjaya. Pusat ini juga bertanggungjawab untuk mencari dan mengenalpasti 
industri atau syarikat yang berpotensi untuk dijadikan rakan industri dimana dapat membantu pelajar lebih 
memahami keperluan dan cabaran dunia pekerjaan. 
2. Menyediakan program pembangunan kerjaya bermula daripada semester pertama hingga semester akhir 
bagi semua pelajar yang mengikuti pengajian di IKBN. 
3. Membina satu pangkalan data pelajar di pusat perkhidmatan kerjaya yang mengandungi data lengkap 
pelajar dan juga senarai aktiviti pembangunan kerjaya yang perlu dan telah diikuti oleh pelajar sepanjang 
tempoh pengajian. 
4. Mengkaji semula pengisian program kerjaya yang dijalankan oleh IKBN agar program tersebut dapat 
memberi kesan kepada pelajar yang menyertainya. Pengisian program perlu dirujuk kepada pakar bidang 
pembangunan kerjaya dan juga institusi pengajian lain yang berpengalaman menjalankan program 
berkenaan. 
7
5. Menilai semula program latihan industri dimana kurang memberi kesan kepada tahap kesediaan kerjaya 
pelajar. Dicadangkan tempoh program dilanjutkan daripada tiga bulan kepada enam bulan. Juga dicadangkan 
penempatan pelajar untuk program latihan industri hanya kepada syarikat yang telah dikenalpasti berpotensi 
membantu dan membimbing pelajar dalam proses pembangunan kerjaya. 
8 
Rujukan 
Birol, C., & Kıralp, Y. (2010). A comparative analysis of the career maturity level and career indecision of 
the first grade high school students. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 5, 2359–2365. 
doi:10.1016/j.sbspro.2010.07.464 
Chartrand, J. M., Robbins, S. B., Morrill, W. H., & Boggs, K. (1990). Development and validation of the 
Career Factors Inventory. Journal of Counseling Psychology, 37(4), 491–501. doi:10.1037//0022- 
0167.37.4.491 
Dybwad, T.-E. (2009). Career maturity: a latent means and covariance structure analysis of Daidalos. 
Scandinavian journal of psychology, 50(2), 109–20. doi:10.1111/j.1467-9450.2008.00702.x 
Gehlert, K., Timberlake, D., & Wagner, B. (1992). The Relationship between Vocational Identity and 
Academic Achievement. Journal of College Student Development, 33, 143–148. 
Hampton, N. Z. (2006). A Psychometric Evaluation of The Career Self Efficacy Scale-Short Form in 
Chinese School Students. Journal of Career Development, 33(2), 142–155. 
Hughes, C. (2011). The influence of self-concept, parenting style and individualism–collectivism on career 
maturity in Australia and Thailand. International Journal for Educational and Vocational Guidance, 
11(3), 197–210. doi:10.1007/s10775-011-9208-1 
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. (2011). Rationalizing the 
implementation of Technical Education and Vocational Training (TEVT). 
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2013). Siaran Bulanan Monthly Release Perangkaan Tenaga Buruh , 
Malaysia , Mac 2013 Perangkaan Utama Tenaga Buruh ,. 
Kaur, P. (2012). CAREER MATURITY AMONG ADOLESCENTS IN RELATION. International Journal 
of Research in Education Methodology, 1(1), 10–13. 
Kementerian Belia dan Sukan. (2012). Laporan Kebolehpasaran Graduan Institut Kemahiran Belia Negara 
2009 - 2011. 
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and 
Psychological Measurement, 30, 607–610. 
Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009a). Predictors of Career Indecision Among Malaysian Undergraduate 
Students. European Journal of Social Sciences, 8(2), 215–224.
9 
Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009b). InFLUenCe oF GenDeR on CAReeR ReADIness AMonG 
MALAYsIAn UnDeRGRADUAtes. Australian Journal of Career development, 18(2), 33–45. 
Morgan, G. A., Leech, N. L., Gloeckner, G. W., & Barrett, K. C. (2011). IBM SPSS for introductory 
statistics. Taylor and Francis Group, LLC. 
Mustafa, T., & Muhammad Faizal, A. G. (2013). Examining the level of career maturity among asian foreign 
students in a public university: gender and academic achivement. Hope Jourrnal of research, House of 
Pakistani Educationists, 1(1), 100–121. 
Poh, L. L., Suet, F. L., & Abd. Razak Zakaria. (2013). Gender and work: assessment and application of 
super’s theory – career maturity. Psychology and Behavioral Sciences, 2(2), 36–42. 
doi:10.11648/j.pbs.20130202.12 
Salami, S. O. (2008). Gender , Identity Status and Career Maturity of Adolescents in Southwest Nigeria. 
Journal of Social Science, 16(1), 35–49. 
Savickas, M. L., & Porfeli, E. J. (2011). Revision of the Career Maturity Inventory: The Adaptability Form. 
Journal of Career Assessment, 19(4), 355–374. doi:10.1177/1069072711409342 
Westbrook, B. (2006). Construct Validity and Predictive Validity of the Career Planning Inventory. Journal 
of Career Assessment, 14(3), 385–404. doi:10.1177/1069072706286506 
Yon, K. J., Joeng, J.-R., & Goh, M. (2012). A longitudinal study of career maturity of Korean adolescents: 
the effects of personal and contextual factors. Asia Pacific Education Review, 13(4), 727–739. 
doi:10.1007/s12564-012-9232-y

Contenu connexe

Tendances

Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Alex King
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalHayati Mustaffa
 
Badan pusat statistik tenaga kerja asing
Badan pusat statistik tenaga kerja asingBadan pusat statistik tenaga kerja asing
Badan pusat statistik tenaga kerja asingLusi Sulistiani
 
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...761117105188
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...Mohamed Nazul Ismail
 
“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...
“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...
“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...e pai
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...Mohamed Nazul Ismail
 
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikanOumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikanchipmunk1767
 
Transformasi vokasional
Transformasi vokasionalTransformasi vokasional
Transformasi vokasionalMohd Noor Noor
 
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKANISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKANDadang DjokoKaryanto
 
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan VokasionalPeranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan VokasionalSherly Jewinly
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetSiti Hany
 

Tendances (19)

Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Badan pusat statistik tenaga kerja asing
Badan pusat statistik tenaga kerja asingBadan pusat statistik tenaga kerja asing
Badan pusat statistik tenaga kerja asing
 
Kemahiran sosial
Kemahiran sosialKemahiran sosial
Kemahiran sosial
 
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
Keberhasilan Murid Dalam Usaha Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Melalui...
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
 
“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...
“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...
“Perspektif, Defenisi Kurikulum, dan Karakteristik Pendidikan Teknologi dan K...
 
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
TVET DAN IPGK TEKNIK DIPERKASAKAN KE ARAH MALAYSIA NEGARA MAJU DITUNJANGI OLE...
 
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikanOumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
 
Transformasi vokasional
Transformasi vokasionalTransformasi vokasional
Transformasi vokasional
 
Hawati
HawatiHawati
Hawati
 
Tvet di msia
Tvet di msiaTvet di msia
Tvet di msia
 
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKANISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
 
Tugas 4 ptk
Tugas 4 ptkTugas 4 ptk
Tugas 4 ptk
 
Teknik & vokasional
Teknik & vokasionalTeknik & vokasional
Teknik & vokasional
 
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan VokasionalPeranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Peranan dan Fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional
 
Maklumat kolej vokasional
Maklumat kolej vokasionalMaklumat kolej vokasional
Maklumat kolej vokasional
 
42961737 2-2-edi
42961737 2-2-edi42961737 2-2-edi
42961737 2-2-edi
 
Artikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvetArtikel multimedia dlm tvet
Artikel multimedia dlm tvet
 

Similaire à GREDUC_2013_article

ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTOISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTODadang DjokoKaryanto
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesjonirahmatpramudia
 
penting
pentingpenting
pentingc_ck69
 
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...ajirniarya
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaLSP3I
 
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysiaSlaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysiaGadis gingger
 
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdfAhmadRopei1
 
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docxANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docxBRofiatulNurhasanah
 
Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...
Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...
Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...LintangUtami
 
Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...
Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...
Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...Fajar Baskoro
 
Research Content Structure
Research Content StructureResearch Content Structure
Research Content StructureSamsul Salleh
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalHayati Mustaffa
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRroyzamy
 
Pengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia Maju
Pengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia MajuPengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia Maju
Pengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia MajuSujatmiko Wibowo
 
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Ruslina Wati
 

Similaire à GREDUC_2013_article (20)

ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTOISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntries
 
penting
pentingpenting
penting
 
Bab 1 08402241020
Bab 1  08402241020Bab 1  08402241020
Bab 1 08402241020
 
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
3. pengaruh model pembelajaran proyek dan motivasi terhadap kompetensi prakti...
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
 
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysiaSlaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
Slaid present pendemokrasian sistem pendidikan tertiari di malaysia
 
3642 13376-1-pb
3642 13376-1-pb3642 13376-1-pb
3642 13376-1-pb
 
Artikel
ArtikelArtikel
Artikel
 
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
 
curriculum
curriculumcurriculum
curriculum
 
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docxANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
ANALISIS SOAR DI SMP PGRI KABUPATEN .docx
 
Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...
Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...
Intisari skripsi hubungan antara work values dengan kematangan karir pada sis...
 
Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...
Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...
Implementasi Evaluasi Hasil Belajar Pada Sekolah Dengan Program Double Track ...
 
Research Content Structure
Research Content StructureResearch Content Structure
Research Content Structure
 
Ppt laporan penelitian_2016
Ppt  laporan penelitian_2016Ppt  laporan penelitian_2016
Ppt laporan penelitian_2016
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
 
Pengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia Maju
Pengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia MajuPengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia Maju
Pengawasan Berkualitas menuju SDM Unggul dan Indonesia Maju
 
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
Keberkesanan Penerapan Nilai Domain Afektif Pelajar Kejuruteraan Awam dan Mek...
 

Dernier

Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxKalpanaMoorthy3
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfMateri Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfKamboja16
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdfTidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdfAnggaaBaraat
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfHendroGunawan8
 

Dernier (20)

Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfMateri Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdfTidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
 

GREDUC_2013_article

  • 1. KESEDIAAN KERJAYA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA Maznizam Mansor, Abdullah Mat Rashid ABSTRAK Kesediaan Kerjaya dapat menerangkan sama ada seseorang individu tersebut telah bersedia atau tidak untuk menceburi bidang kerjaya pilihan. Kesediaan Kerjaya boleh digunakan untuk menjelaskan tahap Kematangan Kerjaya dimana dapat membantu dalam menjelaskan berkenaan perancangan kerjaya, penerokaan kerjaya, kemampuan membuat keputusan dan dunia maklumat pekerjaan. Oleh itu, boleh dianggap seseorang individu yang bersedia untuk menempuh alam pekerjaan telah melengkapkan proses penerokaan dan perancangan kerjaya serta telah membuat keputusan berkenaan kerjaya mereka. Tinjauan telah dijalankan ke atas 292 orang pelajar di empat buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negeri Selangor bertujuan untuk mengukur tahap Kesediaan Kerjaya serta mengenalpasti perbezaan antara gender, pencapaian akademik, pengalaman kerja dan penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Responden dipilih secara persampelan rawak mudah. Ujian t dan ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan antara pembolehubah yang dikaji. Dapatan menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar adalah rendah. Tiada perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Tahap Kesediaan Kerjaya tidak berbeza antara pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, sederhana dan rendah. Pengalaman kerja dalam bidang kursus berkaitan dan penyertaan dalam program kerjaya tida k membezakan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu pihak pengurusan IKBN meningkatkan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Kata kunci: Kesediaan Kerjaya, Kematangan Kerjaya, Pembangunan Kerjaya, IKBN, Pendidikan Teknikal dan Vokasional Pengenalan Pelaburan kerajaan didalam mewujudkan institusi-institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kebelakangan ini merupakan satu langkah yang serius bagi memenuhi keperluan tenaga kerja selari dengan status ekonomi negara. Tanggungjawab institusi-institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada para belia bersesuaian dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri. Cabaran yang besar adalah bagi memastikan graduan yang telah dilatih bersedia untuk memasuki dan meneroka bidang pekerjaan selari dengan kemahiran yang dimiliki. Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan ke arah Malaysia menuju status negara maju. Dijangkakan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan di wujudkan sehingga tahun 2020 melalui inisiatif kerajaan melalui NKEA (National Key Economic Areas) di mana 1.3 juta daripada pekerjaan tersebut perlu di isi oleh graduan bidang TVET (Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, 2011). Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) merupakan institusi kemahiran yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai kemahiran teknikal dan vokasional kepada golongan belia yang berminat dengan bidang kemahiran dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi selepas tamat tempoh persekolahan di peringkat sekolah menengah. Fungsi utama IKBN adalah mengeluarkan pelatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Malaysia. Namun masalah ketidaksepadanan kemahiran wujud di kalangan pelatih-pelatih IKBN dan yang menjadi persoalan adalah keupayaan graduan IKBN untuk memenuhi kehendak pasaran semasa. Oleh yang demikian, adalah jelas menunjukkan bahawa golongan belia masih lagi tercicir untuk memenuhi pelbagai peluang perkerjaan yang terdapat dalam pasaran pada masa kini. Keberkesanan dan kebolehpasaran pelatih-pelatih IKBN perlu dilihat untuk menentukan keperluan latihan kemahiran yang terkini sesuai dengan keperluan semasa pasaran buruh dalam pelbagai sektor. Ini adalah berkaitan dengan isu kerjaya graduan IKBN.
  • 2. Pembangunan kerjaya adalah penting bagi para pelajar institusi TVET dimana mereka ini berada dalam fasa perubahan dari dunia belajar ke dunia pekerjaan. Mereka sedang menyiapkan diri bagi menghadapi perubahan tersebut. Pembangunan kerjaya mengandungi proses dan aktiviti yang membentuk kerjaya masa depan. Ia juga merujuk proses psikologi dan kelakuan serta pengaruh konteksual yang membentuk kerjaya individu sepanjang hayat. Oleh itu, konsep pembangunan kerjaya meliputi pembentukan corak kerjaya seseorang, gaya membuat keputusan, ekspresi nilai hidup dan konsep kendiri. Secara tidak langsung pembangunan kerjaya akan memberi kesan kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Kajian yang dijalankan oleh Mansor & Tan (2009a) mendapati secara amnya, pelajar-pelajar mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan mendapatkan pekerjaan. Bagaimanapun sesetengah mereka menghadapi halangan untuk melanjutkan pelajaran atau gagal mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, masalah pengangguran dikalangan graduan masih menjadi satu perkara yang perlu diambil berat. Satu perkara yang perlu diberi perhatian yang berkaitan dengan perkara ini adalah keupayaan seseorang untuk membuat keputusan kerjaya. Kegagalan untuk menentukan pekerjaan yang ingin dilakukan dikenali sebagai ‘Career Indecision’ atau teragak-agak untuk membuat keputusan terhadap kerjaya yang ingin diceburi. ‘Career Indecision’ menggambarkan tahap Kesediaan Kerjaya (Career Readiness) atau Kematangan Kerjaya (Career Maturity) seseorang pelajar tersebut. Sudah menjadi satu fenomena dimana berlaku pengangguran di kalangan pelajar yang telah tamat pengajian. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta tetapi juga melanda para graduan daripada institusi-institusi TVET. Merujuk kepada Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia dari Januari 2011 hingga Mac 2013, didapati kadar pengangguran pada Januari 2011 adalah 3.4 peratus atau 421 800 orang dan pada Disember 2011 adalah 3.1 peratus atau 399 300 orang. Pada Disember 2012 kadar pengangguran adalah 3.3 peratus atau 434 100 orang. Kadar ini berterusan hingga Mac 2013 iaitu pada kadar 3.3 peratus. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013). Berdasarkan statistik Kajian Kebolehpasaran Graduan IKBN dari tahun 2009 hingga 2011 yang dijalankan selepas enam bulan graduan menamatkan pengajian setiap tahun, kadar purata kebolehpasaran graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan adalah 73% dimana kadar pengangguran adalah 27% (Kementerian Belia dan Sukan, 2012). Persoalannya adakah pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk mengikuti latihan kemahiran dan bekerja dalam bidang tersebut. Dan adakah mereka membuat keputusan yang betul dengan mengikuti latihan tersebut. Sekiranya mereka tidak bersedia apakah yang perlu dilakukan. Persoalan ini boleh dijawab dengan mengkaji Kesediaan Kerjaya pelajar. Kajian Kesediaan Kerjaya oleh Mansor & Tan (2009a) yang telah dijalankan terhadap pelajar prasiswazah di universiti-universiti awam Malaysia menunjukkan tahap kesediaan pelajar-pelajar berkenaan adalah rendah. Beberapa kajian berkaitan Kesediaan Kerjaya juga telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik di luar negara antaranya Yon, Joeng, & Goh (2012) di Korea, Kaur (2012) di India, Hughes (2011) di Australia dan Thailand, Dybwad (2009) di Norway dan Salami (2008) di Nigeria juga menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya berada pada tahap sederhana dan rendah. Sehingga kini masih kurang kajian tentang Kesediaan Kerjaya yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar di institusi TVET. Kemasukan jumlah graduan TVET ke pasaran kerja seharusnya bertambah selari dengan pertambahan bilangan institut dan peningkatan kos operasi latihan keseluruhan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Boston Consulting Group (Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, 2011), kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 1.3 bilion bagi keseluruhan kos operasi latihan institusi TVET dan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan sahaja adalah sebanyak RM 112 juta bagi tahun 2009 dan RM 102 juta bagi tahun 2010. Dengan menjalankan kajian berkaitan Kesediaan Kerjaya, dapat di tentukan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar dan peramal-peramal yang mempengaruhi tahap Kesediaan Kerjaya dan perhubungannya. Seterusnya hasil dapatan daripada kajian akan dapat dijadikan sebagai input bagi program dan aktiviti pembangunan kerjaya pelajar bagi menambahbaik tahap Kesediaan Kerjaya seterusnya dapat meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan IKBN. 2
  • 3. Objektif utama kajian adalah untuk mengukur tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN. Berikut adalah persoalan-persoalan kajian: 1. Apakah tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 2. Adakah terdapat perbezaan antara faktor gender terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 3. Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar 3 IKBN? 4. Adakah terdapat perbezaan antara penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? 5. Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian akademik terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? Metodologi Kajian ini adalah satu penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan. Rekabentuk tinjauan adalah secara ‘cross - sectional’ dimana data akan dikumpul dalam satu masa sahaja. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan kerjaya pelajar IKBN serta perbezaan gender, pencapaian akademik, pengalaman kerja, penyertaan program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Populasi adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negeri Selangor. Terdapat empat buah IKBN di negeri Selangor iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, IKBN Dusun Tua di Cheras, IKBN Peretak di Kuala Kubu Baru dan IKBN Kuala Langat di Banting. Merujuk data enrolmen pelajar bagi setiap IKBN, jumlah keseluruhan pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada sesi 1/2013 adalah seramai 1600 orang. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 344 orang pelajar IKTBN Sepang, 657 orang pelajar IKBN Dusun Tua, 343 orang pelajar IKBN Peretak manakala baki 256 orang pelajar adalah daripada IKBN Kuala Langat. Penentuan bagi jumlah sampel yang diperlukan, merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel yang dihasilkan oleh Krejcie & Morgan (1970). Bagi kajian ini, populasi (N) adalah seramai 1600 orang. Merujuk jadual penentuan saiz sampel, bilangan sampel (S) yang perlu adalah sebanyak 310. Teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) dan persampelan rawak mudah (simple random sampling) digunakan dalam kajian ini. Persampelan bertujuan adalah bagi memilih pelajar semester dua dan ke atas bagi memenuhi keperluan pembolehubah pencapaian akademik yang diukur dengan nilai CGPA memandangkan pelajar semester satu belum lagi menduduki peperiksaan akhir dan tidak mempunyai nilai CGPA. Sampel diambil dari setiap IKBN yang terdiri daripada empat buah institut iaitu IKTBN Sepang, IKBN Dusun Tua, IKBN Peretak dan IKBN Kuala Langat. Keempat-empat institut memenuhi keperluan ciri-ciri kajian iaitu mempunyai kursus pelbagai bidang, pelbagai tahap serta mempunyai pelajar lelaki dan perempuan. Sebanyak 77 sampel diambil daripada IKTBN Sepang, IKBN Peretak dan IKBN Kuala Langat manakala 79 sampel diambil daripada IKBN Dusun Tua. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah latarbelakang responden yang terlibat dan ini merupakan ciri-ciri demografik kajian. Item-item didalam bahagian A soal selidik dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Bahagian B pula mengukur tahap Kesediaan Kerjaya responden. Mengandungi 21 item diadaptasi daripada Career Factors Inventory (CFI) oleh Chartrand, Robbins, Morrill, & Boggs, (1990). Kesemua item tersebut terbahagi kepada empat pembolehubah iaitu ‘Need for Career Information’ (NCI), ‘Need for Self Knowledge’ (NSK), ‘Career Choice Anxiety’ (CCA) dan ‘Generalised Indicisiveness’ (GI). Item 1, 13, 14, 16, 20 dan 21 mengukur NCI, item 2, 3, 15 dan 17 mengukur NSK, item 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 akan mengukur CCA manakala item 4, 5, 6, 18 dan 19 mengukur GI. Item-item didalam CFI akan mengukur tahap Kesediaan Kerjaya dengan pilihan jawapan menggunakan skala Likert lima mata. Jumlah skor CFI yang tinggi menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya responden yang tinggi. Nilai Cronbach alpha (α) CFI adalah .827.
  • 4. 4 Dapatan Kajian Merujuk kepada Jadual 1, jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 292 orang yang terdiri daripada 73 orang pelajar IKTBN Sepang, 72 orang pelajar IKBN Dusun Tua, 77 orang pelajar IKBN Peretak dan 70 orang IKBN Kuala Langat. Agihan peratusan responden adalah seimbang bagi keempat-empat IKBN yang terdapat di negeri Selangor. Jadual 1 : Peratusan demografi responden Pembolehubah n Peratusan (%) IKBN/IKTBN IKTBN Sepang IKBN Dusun Tua IKBN Peretak IKBN Kuala Langat Jantina Lelaki Perempuan Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Umur 19 - 21 22 - 24 25 - 29 Kursus Berasaskan kejuruteraan Berasaskan perkhidmatan Tahap Kursus Satu Dua Tiga Empat Pencapaian Akademik (CGPA) Tinggi (>=3.67) Sederhana (3.66-2.67) Rendah (<=2.66) Pengalaman Kerja Ada Tiada Program Kerjaya Pernah sertai Tidak pernah sertai 73 72 77 70 145 147 282 3 5 2 251 33 8 149 143 12 138 77 65 50 123 44 78 214 182 110 25 24.7 26.4 24 49.7 50.3 96.6 1.0 1.7 0.7 86.1 11.2 2.7 51 49 4.1 47.3 26.4 22.3 23 56.7 20.3 26.7 73.3 62.3 37.7
  • 5. Persoalan kajian 1: Apakah tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? Responden dikategorikan kepada dua tahap kesediaan kerjaya berdasarkan min skor yang diperolehi pada Career Factors Inventory (CFI) dalam soal selidik. Min skor 1.00 hingga 2.99 menunjukkan tahap Kesediaan Kerjaya rendah manakala min skor 3.00 hingga 5.00 menunjukkan responden mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang tinggi (Chartrand et al., 1990, Mansor & Tan, 2009a). Merujuk Jadual 2, majoriti pelajar IKBN mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang rendah dengan nilai min adalah 2.84 dan sisihan piawai adalah 0.32. Jadual 2 : Min Tahap Kesediaan Kerjaya Pembolehubah M SP Kesediaan Kerjaya 2.84 .32 ‘Need for career information (NCI)’ 2.28 .45 ‘Need for Self Knowledge (NSK)’ 2.97 .40 ‘Career Choice Anxiety (CCA)’ 3.12 .54 ‘Generalized Indiciveness (GI)’ 3.06 .47 Persoalan kajian 2: Adakah terdapat perbezaan antara faktor gender terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? Ujian t tidak bersandar telah dijalankan untuk membandingkan tahap kesediaan kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan ujian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan untuk pelajar lelaki (M=2.85, SP= .33) dan pelajar perempuan (M=2.82, SP= .30) dimana t (290) = .94 , p = .351. Didapati gender tidak memberi kesan terhadap tahap kesediaan kerjaya. Persoalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman kerja terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? Ujian t yang dijalankan kepada kedua-dua kumpulan tersebut mendapati min pelajar yang memiliki pengalaman kerja (M = 2.86) hampir sama dengan pelajar yang tidak memiliki pengalaman kerja (M = 2.83) dimana t (290) = .89 , p = .372. Dalam kajian ini, pengalaman kerja pelajar yang diambilkira adalah pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga bulan yang berkaitan dengan kursus yang diikuti dan juga program latihan industri yang diwajibkan kepada semua pelajar IKBN di peringkat Sijil dan Diploma. Ini bermakna tahap Kesediaan Kerjaya pelajar tidak dipengaruhi oleh pengalaman kerja dan program latihan industri yang diikuti oleh pelajar IKBN. Persoalan kajian 4: Adakah terdapat perbezaan antara penyertaan dalam program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? Tahap kesediaan kerjaya pelajar tidak berbeza antara kumpulan pelajar yang telah menyertai program kerjaya (M = 2.84) dengan kumpulan pelajar yang belum menyertai program kerjaya (M = 2.83). Dapatan ujian t menunjukkan tiada perbezaan antara dua kumpulan tersebut dimana dimana t (290) = .58, p = .560. Dapat dinyatakan, program kerjaya yang dilaksanakan oleh IKBN perlu di tambahbaik supaya dapat memberi kesan kepada pelajar. Ia sepatutnya menjadi satu program yang dapat memberi galakan dan dorongan untuk pelajar-pelajar menyiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan selari dengan kursus yang sedang diikuti.
  • 6. Persoalan kajian 5: Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian akademik terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN? Ujian ANOVA satu hala telah dijalankan untuk membandingkan perbezaan antara pencapaian akademik dengan tahap kesediaan kerjaya. Dapatan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk pencapaian akademik tinggi (M=2.90, SP= .31), pencapaian akademik sederhana (M=2.83, SP= .33) dan pencapaian akademik rendah (M=2.79, SP= .32) dimana F (2, 214) = 1.41 , p = .248. Dapatan ujian ini menunjukkan tiada perbezaan tahap kesediaan kerjaya bagi pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi, sederhana dan rendah. Perbincangan Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap kesediaan kerjaya pelajar IKBN di negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan kerjaya pelajar adalah rendah. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mansor & Tan (2009a) terhadap tahap kesediaan pelajar prasiswazah universiti awam di Malaysia. Tetapi berbeza dengan dapatan kajian oleh Poh et al. (2013) yang menjalankan kajian keatas pelajar tahun satu bidang kaunseling di universiti awam Malaysia dan kajian oleh Mustafa & Muhammad Faizal (2013) terhadap pelajar antarabangsa di universiti awam Malaysia. Dapatan menunjukkan responden masih memerlukan maklumat tentang kerjaya yang bakal diceburi selari dengan kursus yang sedang diikuti dan juga pengalaman kerja dimana responden tidak yakin dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki sepanjang tempoh latihan. Majoriti responden bersetuju dengan item soal selidik berikut: “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mengetahui bagaimana bentuk peluang pekerjaan yang sedia ada dalam bidang tertentu” dan “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih memerlukan kemahiran pelbagai jenis pekerjaan melalui kerja separuh masa atau sementara sebanyak mungkin”. Responden juga bersetuju dengan item-item berikut: “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mendapatkan jawapan terhadap persoalan ‘apakah yang ingin saya jadi kelak?’ ” dan “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mendapatkan jawapan terhadap persoalan ‘apakah perkara yang paling penting pada saya?’ “. Dapat dinyatakan, bahawa responden tidak pasti apakah bidang pekerjaan yang patut mereka ceburi setelah tamat pengajian walaupun telah memilih kursus kemahiran di IKBN yang menjurus kepada bidang pekerjaan tertentu. Dapatan juga menunjukkan responden masih tidak dapat menentukan jenis pekerjaan yang bakal diceburi. Responden juga memilih pekerjaan berdasarkan hobi masa lapang dan subjek-subjek yang diajar didalam bidang kursus masing-masing. Responden juga masih teragak-agak dengan keupayaan diri untuk memasuki dunia pekerjaan. Selain daripada itu, dapatan menunjukkan responden mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan tetapi ianya merupakan satu proses sukar dan dibuat dalam keadaan yang ragu. Responden juga mempunyai perasaan bimbang didalam membuat sesuatu keputusan tentang pemilihan kerjaya mereka dan memerlukan nasihat atau pandangan daripada orang lain. Ini ditunjukkan melalui item “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu berbincang dengan seseorang dalam sesuatu atau pelbagai bidang” dimana majoriti responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Melalui dapatan kajian juga menunjukkan responden tidak pasti adakah mereka telah bersedia dan mempunyai jati diri yang cukup untuk menceburi sesuatu bidang kerjaya. Majoriti responden bersetuju dengan item-item berikut: “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mencari jawapan terhadap persoalan ‘siapa diri saya?’ ” dan “Sebelum memilih atau menceburi sesuatu bidang kerjaya, saya masih perlu mendapatkan jawapan terhadap persoalan ‘apakah nilai-nilai peribadi saya?’ Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya diantara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian oleh (Birol & Kıralp, 2010; Salami, 2008). Tetapi kajian yang dijalankan kepada para penuntut universiti awam di Malaysia didapati terdapat perbezaan faktor gender terhadap Kesediaan Kerjaya (Mansor & Tan, 2009b; Poh et al., 2013 dan Mustafa & Muhammad Faizal, 2013). Ini bermakna pelajar lelaki dan pelajar perempuan di IKBN mempunyai tahap Kesediaan 6
  • 7. Kerjaya yang sama. Kemungkinan mereka mempunyai masalah yang sama didalam membuat keputusan kerjaya serta kurang keyakinan diri bagi menentukan pekerjaan yang bakal diceburi. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga kategori pencapaian akademik pelajar iaitu lemah, sederhana dan tinggi terhadap tahap Kesediaan Kerjaya. Kategori pencapaian akademik pelajar adalah berdasarkan nilai CGPA semasa. Dapatan ini sama dengan dapatan Gehlert, Timberlake, & Wagner (1992) dan Hampton (2006) tetapi berbeza dengan dapatan kajian oleh Westbrook (2006) dimana menunjukkan pelajar dengan pencapaian akademik tinggi mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang tinggi. Manakala dapatan oleh Mansor & Tan (2009b) menunjukkan pelajar prasiswazah dengan pencapaian akademik tinggi mempunyai tahap Kesediaan Kerjaya yang rendah. Dapat dinyatakan bahawa pencapaian akademik bukan satu faktor yang menentukan tahap Kesediaan Kerjaya pelajar IKBN. Pelajar yang menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi tidak bermakna mereka telah bersedia dan yakin untuk membuat keputusan tentang kerjaya yang bakal diceburi. Kemungkinan subjek-subjek kemahiran yang diajar kepada pelajar IKBN tidak memasukkan elemen-elemen kerjaya yang dapat mempengaruhi keupayaan pelajar untuk membuat keputusan tentang kerjaya. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap Kesediaan Kerjaya diantara pelajar yang mempunyai pengalaman kerja dengan pelajar yang tidak mempunyai pengalaman kerja. Hanya pengalaman kerja melebihi tiga bulan dalam bidang yang berkaitan dengan bidang kursus sahaja diambilkira termasuk program latihan industri. Melalui dapatan ini boleh dikatakan pengalaman kerja sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan tahap kesediaan kerjaya pelajar. Juga dapat dilihat bahawa program latihan industri yang diwajibkan keatas semua pelajar IKBN tidak dapat memberi kesan terhadap kesediaan kerjaya. Walaupun 62.3% responden telah menyertai program kerjaya, tetapi dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan penyertaan program kerjaya terhadap tahap Kesediaan Kerjaya pelajar. Dapat dinyatakan, pengisian program kerjaya yang dijalankan oleh IKBN perlu dikaji semula agar program tersebut dapat memberi kesan kepada pelajar yang menyertainya. Secara keseluruhannya, melalui perbincangan diatas dapat difahami tahap Kesediaan Kerjaya pelajar dapat di tambah baik dengan meningkatkan usaha memperbaiki faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk membuat keputusan tentang kerjaya yang bakal diceburi. Cadangan 1. Mewujudkan pusat perkhidmatan kerjaya (career services centre) yang beroperasi sepanjang tempoh pembelajaran dan terbuka kepada semua pelajar. Pusat ini berfungsi sebagai tempat rujukan bagi persiapan kerjaya pelajar. Perkhidmatan yang dicadangkan bagi pusat ini adalah seperti kaunseling kerjaya, penerokaan kerjaya, strategi mencari pekerjaan, panduan membuat resume, bengkel temuduga dan menyediakan bahan-bahan rujukan berkenaan kerjaya. Pusat ini juga bertanggungjawab untuk mencari dan mengenalpasti industri atau syarikat yang berpotensi untuk dijadikan rakan industri dimana dapat membantu pelajar lebih memahami keperluan dan cabaran dunia pekerjaan. 2. Menyediakan program pembangunan kerjaya bermula daripada semester pertama hingga semester akhir bagi semua pelajar yang mengikuti pengajian di IKBN. 3. Membina satu pangkalan data pelajar di pusat perkhidmatan kerjaya yang mengandungi data lengkap pelajar dan juga senarai aktiviti pembangunan kerjaya yang perlu dan telah diikuti oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian. 4. Mengkaji semula pengisian program kerjaya yang dijalankan oleh IKBN agar program tersebut dapat memberi kesan kepada pelajar yang menyertainya. Pengisian program perlu dirujuk kepada pakar bidang pembangunan kerjaya dan juga institusi pengajian lain yang berpengalaman menjalankan program berkenaan. 7
  • 8. 5. Menilai semula program latihan industri dimana kurang memberi kesan kepada tahap kesediaan kerjaya pelajar. Dicadangkan tempoh program dilanjutkan daripada tiga bulan kepada enam bulan. Juga dicadangkan penempatan pelajar untuk program latihan industri hanya kepada syarikat yang telah dikenalpasti berpotensi membantu dan membimbing pelajar dalam proses pembangunan kerjaya. 8 Rujukan Birol, C., & Kıralp, Y. (2010). A comparative analysis of the career maturity level and career indecision of the first grade high school students. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 5, 2359–2365. doi:10.1016/j.sbspro.2010.07.464 Chartrand, J. M., Robbins, S. B., Morrill, W. H., & Boggs, K. (1990). Development and validation of the Career Factors Inventory. Journal of Counseling Psychology, 37(4), 491–501. doi:10.1037//0022- 0167.37.4.491 Dybwad, T.-E. (2009). Career maturity: a latent means and covariance structure analysis of Daidalos. Scandinavian journal of psychology, 50(2), 109–20. doi:10.1111/j.1467-9450.2008.00702.x Gehlert, K., Timberlake, D., & Wagner, B. (1992). The Relationship between Vocational Identity and Academic Achievement. Journal of College Student Development, 33, 143–148. Hampton, N. Z. (2006). A Psychometric Evaluation of The Career Self Efficacy Scale-Short Form in Chinese School Students. Journal of Career Development, 33(2), 142–155. Hughes, C. (2011). The influence of self-concept, parenting style and individualism–collectivism on career maturity in Australia and Thailand. International Journal for Educational and Vocational Guidance, 11(3), 197–210. doi:10.1007/s10775-011-9208-1 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. (2011). Rationalizing the implementation of Technical Education and Vocational Training (TEVT). Jabatan Perangkaan Malaysia. (2013). Siaran Bulanan Monthly Release Perangkaan Tenaga Buruh , Malaysia , Mac 2013 Perangkaan Utama Tenaga Buruh ,. Kaur, P. (2012). CAREER MATURITY AMONG ADOLESCENTS IN RELATION. International Journal of Research in Education Methodology, 1(1), 10–13. Kementerian Belia dan Sukan. (2012). Laporan Kebolehpasaran Graduan Institut Kemahiran Belia Negara 2009 - 2011. Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610. Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009a). Predictors of Career Indecision Among Malaysian Undergraduate Students. European Journal of Social Sciences, 8(2), 215–224.
  • 9. 9 Mansor, A. T., & Tan, K. A. (2009b). InFLUenCe oF GenDeR on CAReeR ReADIness AMonG MALAYsIAn UnDeRGRADUAtes. Australian Journal of Career development, 18(2), 33–45. Morgan, G. A., Leech, N. L., Gloeckner, G. W., & Barrett, K. C. (2011). IBM SPSS for introductory statistics. Taylor and Francis Group, LLC. Mustafa, T., & Muhammad Faizal, A. G. (2013). Examining the level of career maturity among asian foreign students in a public university: gender and academic achivement. Hope Jourrnal of research, House of Pakistani Educationists, 1(1), 100–121. Poh, L. L., Suet, F. L., & Abd. Razak Zakaria. (2013). Gender and work: assessment and application of super’s theory – career maturity. Psychology and Behavioral Sciences, 2(2), 36–42. doi:10.11648/j.pbs.20130202.12 Salami, S. O. (2008). Gender , Identity Status and Career Maturity of Adolescents in Southwest Nigeria. Journal of Social Science, 16(1), 35–49. Savickas, M. L., & Porfeli, E. J. (2011). Revision of the Career Maturity Inventory: The Adaptability Form. Journal of Career Assessment, 19(4), 355–374. doi:10.1177/1069072711409342 Westbrook, B. (2006). Construct Validity and Predictive Validity of the Career Planning Inventory. Journal of Career Assessment, 14(3), 385–404. doi:10.1177/1069072706286506 Yon, K. J., Joeng, J.-R., & Goh, M. (2012). A longitudinal study of career maturity of Korean adolescents: the effects of personal and contextual factors. Asia Pacific Education Review, 13(4), 727–739. doi:10.1007/s12564-012-9232-y