1. HBAE2203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER 2013
HBAE2203 SMP
TAJUK:
MEMBENTUK DAN MEMBUAT
BINAAN
NO. MATRIKULASI : 710824105339001
NO. KAD PENGENALAN : 710824-10-5339
NO. TELEFON : 0193481012
E-MEL : bba1038zihanmdaris@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SHAH ALAM
2. 2
Prakata
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
kursus yang diamanahkan dalam subjek HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup sebagai seorang pelajar. Misalnya, kami dapat
meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan ilmu
Seni Visual.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya pensyarah HBAE2203 pada kali ini
iaitu Pn.Rashimah Binti Nordin. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Bantuan dan dorongan dari kalian telah
menjadi tulang belakang kepada saya agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh agar tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan
amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
3. 3
1.0 Pengenalan
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama
dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan
semasa zaman silam. Diorama digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan
orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Diorama boleh digunakan untuk
pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan
sebagainya. Diorama juga boleh dihasilkan dengan mudah. Murid boleh digalakkan membuat
projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan
bahan-bahan buangan lain. Diorama berasal daripada perkataan Yunani iaitu “melihat melalui”.
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari
hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada
tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak
pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Secara
mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini
objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan,
fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula
unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Bentuk 3D
ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai
permukaan sama ada rata atau melengkung.
4. 4
2.0 Kelebihan dan kelemahan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-
kanak
2.1 Kelebihan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak
Perkembangan persepsi kanak-kanak tehadap aspek seni dari segi bentuk, ruang
,struktur, imbangan dan kestabilan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti bahagian-
bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan dengan memerhati, mengenali dan
memahami bentuk dan ruang objek stabil. Kanak-kanak juga boleh menggunakan
kreativiti mereka bagi mendapatkan susunan kedudukan dan keseimbangan sesuatu
diorama. Memilih dan menggunakan alat dan media yang bersesuaian dalam
pengolahan rekabentuk diorama. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi
secara aktif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Tema
dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi,perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi
si pelukis,aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman harian. Kanak-kanak
juga perlu memikirkan bagaimana untuk mempamer dan mempersembahkan diorama
dan membuat apresiasi mengikut fungsinya. Pelaksanaan apresiasi seni juga
bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang.
Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu
dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi
seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman
(Johari Abdul Hamid,2004). Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu
peringkat analitikal, peringkat penerangan, konteks dan skop, aspek assosiasi, aspek
kritikal dan aspek hubungan baik.
2.2 Kelemahan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak
Peralatan dan media seperti gerudi, player, pisau dan lain-lain sangat bahaya dan
kurang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan memerlukan pengawasan teliti orang
dewasa. Media juga sukar didapati. Arca yang tidak kukuh juga adalah merbahaya
kepada kanak-kanak. Bagi menghasilkan arca stabil, kanak-kanak perlu sentiasa
ditemani orang dewasa yang dapat membantu mereka melakukan kerja-kerja yang
berbahaya seperti memotong dan menggunting. Ini akan membantutkan kreativiti
mereka.
5. 5
3.0 Bagaimana untuk memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak?
Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi
ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat
dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga(1994), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur kreatif bermaksud kebolehan mencipta atau menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Manakala dalam bahasa Greek pula membawa
maksud “memenuhi” yakni diambil dari perkataan “creare”.
Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan
mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti
menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu
organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti. Berdasarkan beberapa pendapat tokoh bijak
pandai ini, dapatlah kita rumuskan kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang
untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli yang mungkin tidak ada tercipta sebelum ini.
Kreatif bagi Herbert Read (1958) ialah jika seseorang itu sering membayangkan suatu
penemuan bagi mewujudkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan atau sesuatu yang
memberi makna kepada anda. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat
respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu
yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua
orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan
untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau
menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk. Carl
Rogers pula mentafsirkan kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan
dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa
terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir yang bermakna ia boleh di bentuk dan dilatih. Individu yang kreatif
biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana mereka dianggap mempunyai
kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).
Bagi Lowenfeld (1975) setiap kanak-kanak adalah kreatif dengan cara mereka sendiri
di sebabkan oleh rasa ingin tahu mereka. Disamping itu ia melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir. Adalah penting bagi guru Seni Visual merancang aktiviti yang sesuai
bagi menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan lancar.
6. 6
Dalam menjana idea, pengkarya perlulah menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya, walaupun ada kalanya ia tidak dapat menetapkan haluan penghasilan
karya kerana ia bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Oleh itu guru PSV perlulah
membimbing kanak-kanak dalam menentukan hala tuju penghasilan karya.
Sekiranya diabaikan , dikuatiri kanak-kanak mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
Antara kaedah yang boleh dijalankan bagi menjana kreativiti kanak-kanak, guru PSV
bolehlah:
a. Merangsang pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar,
bercerita, menonton filem, menayangkan slaid dan gambar foto dalam sesi
sumbangsaran.
b. Membuat lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang
baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk
memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. kritikan yang keterlaluan terhadap karya mereka akan membantutkan kreativiti
kanak- kanak. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai
cabaran untuk peningkatan.
f. Pemberian ganjaran atau insentif akan menggalakkan kanak-kanak berfikir
dengan lebih kreatif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-
tempat strategik.
g. Mengadakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di
kalangan pelajar.
Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - bagi memastikan
bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya, kanak-kanak
hendaklah digalakkan membuat penerokaan dan eksperimen terhadap bahan-bahan yang
difikirkan boleh digunakan untuk penghasilan diorama yang dirancang.
Sebagai contoh:
Bagaimana perkembangan dan penghalusan idea
a. Pemerhatian dan kajian visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan
7. 7
karya.
b. Perubahan cara bekerja - Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan
mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik
dan berketerampilan.
c. Penerokaan simbol dan makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.
Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang,
kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam
dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan
yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.
Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi
pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat,
olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan
menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk
rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan
mengikut fungsi.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
8. 8
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik.
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran.
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia.
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan
untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
9. 9
4.1 Diorama
i. Pemerhatian secara aktif
Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina
diorama. Diorama merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat
binaan.Dalam kerja menghasilkan binaan diorama ini memerlukan pemerhatian yang teliti
terutama melibatkan penggunaan ruang objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh
diorama kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai diorama.
Diorama ini melibatkan objek yang hendak disusun boleh gantung, didiri atau dilekatkan pada
tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Justeru, bagi menghasilkan diorama ini murid perlu
membentuk atau menggunakan objek yang sebenar atau memotong gambar dan
mewarnakannya supaya lebih menarik. Diorama hidupan laut ini diambil sebagai bahan
pengajaran memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek ikan, kerang, kuda laut
kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat akuarium di sekitar mereka.
Bagi menghasilkan diorama ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek
ikan digantung dengan stabil. Penggunaan ruang yang sesuai dan kekemasan mestilah
dititikberatkan bagi menghasilkan diorama dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan
maka objek perlu disusun seimbang supaya menarik. Murid boleh menekatkan model tersebut
pada kertas tebal atau bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya.
Objek yang siap digunting akan diwarnakan serta dirikan, dilekat, digantung menggunakan tali
10. 1
0
atau benang pada kotak. Hasil ini boleh dipamer di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang
sesuai.
ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Kerja menghasilkan diorama ini memerlukan alat dan bahan yang sesuai dengan
diorama yang hendak dibuat. Alat dan bahan yang digunakan seperti kotak, kertas tebal, tali,
gunting, pisau, dan sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk objek
yang akan dihasilkan. Setelah kerja menekat selesai, disusuli pula dengan kerja memotong
kemudian mewarna dan seterusnya menyusun pada kedudukan yang sesuai dalam kotak.
Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam menghasilkan diorama. Bahan-bahan
terbuang seperti biji getah, tudung botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan
menjadi alat dan bahan yang yang menarik dalam diorama. Fungsi warna juga penting dalam
menghasilkan diorama yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain
dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta menjadikan suasanan yang
indah apabaila diorama ini dipamerkan. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang
dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
iii. Apresiasi seni visual secara mudah
Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas penghasilan diorama yang baik
akan mendorong murid berminat dalam kerja-kerja seni. Diorama yang dihasilkan hendaklah
dipamerkan di ruang pameran di hadapan kelas. Rasa dihargai dan disanjung terbit dalam diri
murid apabila hasil yang dibuat mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan.
Keadaan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu,
pemilihan objek dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi keindahan pada
diorama tersebut. Diorama juga boleh dihasilkan dengan meletakkan pelbagai objek namun
imbangan objek mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Penghasilan diorama masa kini lebih
kreatif dan moden. Diorama kini dipamer pada dinding hotel dan pusat membeli belah , pejabat
dan sebagainya.
iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok seperti
sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan diorama ini,
mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung objek
11. 1
1
yang dibentuk menjadi menarik. Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka
sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain. Menerusi
kerja-kerja penghasilan diorama ini juga akan melahirkan sikap bekerjasama, bantu-membantu
dan bertolak ansur di kalangan murid-murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling
bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-masing.
Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan menerusi
penghasilan diorama ini. Sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga
dapat disemai dalam diri murid-murid menerusi penghasilan diorama hidupan dasar laut ini.
Mereka melihat keunikan hidupan laut yang pelbagai warna dan bentuk adalah kebesaran cipta
Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga turut merasai tempiasnya apabila diorama
ini di pamer dalam ruang pameran dalam bilik darjah. Situasi ini menjadikan bilik darjah
semakin cantik dan ceria.
Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan
dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-
objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan
subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.
Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:
Tema :
(a) Alam semula jadi dan objek persekitaran
Flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Dikaji dari segi
dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di
samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
(b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi Si Pelukis
Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau
pelukis. Sigmund Freud dan Paul Jean Sartre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta
sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status seorang pelukis.
(c) Aliran dan tema sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. contoh wau bulan,
wau helang, wau kapal dan lain-lain lagi.
12. 1
2
Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan
dan mengujudkan satu kekaguman. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan
akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.
(d) Keperluan dan pengalaman hidup harian – peralatan kegunaan
harian.
Idea datang dari akibat desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan
mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan
manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta
objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetiknya.
Menentukan Alat dan Media
Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi
kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya
hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak
kepenggunaannya . Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar
diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui
pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau
nisbah gambar latar secara idealistik.
Contoh :
Subjek dan Tema Tajuk Alatan
Alam semulajadi dan
persekitaran
Hidupan di dasar laut Karangan laut, gam UHU,
Tulang ikan, dawai, tangsi,
kad tebal, pasir laut, batu-
batu laut.
Rumusan
Merangsang pemikiran kreatif sangat penting semasa melaksanakan aktiviti membuat diorama.
Rangsangan terhadap pemikiran yang kreatif akan menghasilkan dapatan yang asli, unik dan
berketrampilan. Penghasilan sesuatu diorama memerlukan penelitian dan rancangan yang
sepatutnya. Hal yang demikian adalah bertujuan agar hasil karya yang dipamerkan menepati
semua sifat dan sudut yang menarik kepada tumpuan. Selain itu aktiviti ini juga boleh
meransang minda pelajar dan membuat pelajar bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti seni.
Penggunaan alat dan media turut mempengaruhi diorama yang dibina. Oleh itu guru PSV
13. 1
3
perlulah lebih kreatif menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Seni itu indah dan sepatutnya kita sebagai tenaga pendidik perlu memotivasikan pelajar agar
sentiasa berusaha untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.