Solat bersendirian yang sahih dan betul.
Solat orang yg sakit.
Solat orang yg musafir.
Solat org yg dalam keadaan takut atau
kecemasan.
Solat jemaah dalam keadaan aman.
Solat jemaah dalam keadaan Imam yg uzur.
Solat jemaah dalam keadaan takut atau
kecemasan.
Niat solat : berniat dengan kaedah takbir. Tiada khilaf
ttg wajibnya niat. Niat tmptnya adalah di hati, tidak
perlu dilafazkan.
Mengangkat tangan ketika takbir: mengangkat tangan
ke cuping telinganya.Hukumnya adalah harus. Perbuatan
mengangkat tangan mestilah mendahului takbir. Setelah
selesai takbir baru selesai mengangkat tangan.Ada 2
pendapat dr imam ahmad ttg angkat takbir bagi wanita
muslimah. Pndpt pertama, wanita perlu mengangkat
tangan kerana terdapat sanad dari ummu darda’ dan
Hafsah. Pndpt kedua tidak perlu kerana “tajafi” iaitu ia
termasuk dalam perbuatan solat lelaki iaitu
merenggangkan. Dan wanita dalam solat tidak
melakukannya. Tetapi merapatkan anggota badan ketika
sujud dan rukuk serta semua pergerakan di dalam solat.
Meletakkan tangan kanan di atas tangan
kiri:ia adalah perbuatan sunat dalam solat
seperti kata sebahagian besar ahli ilmu.
Posisi tangan adalah boleh di bawah pusat
atau di atas pusat. Kata Hanafiyah, posisi
adalah di bawah payu dara bagi wanita. Ada
juga ulama mengatakan di atas payu dara.
Ada juga yg mengatakan di atas dada.
Doa istiftah: Ianya adalah perbuatan sunat
dalam solat. Lafaznya seperti
Subhanakallahumma, wabihamdika, wa
tabaraka ismuka dll…sekiranya melafazkan
dgn lafaz yg lain dibolehkan.
Isti’azah : sunnah. Dan tidak dijaharkan.
Membaca al-fatihah: wajib. Tidak sah solat
tanpa al-fatihah. Lafaz basmalah juga tidak
dijaharkan. Kecuali mazhab Syafie. Dalam
solat bersendirian, membaca al-fatihah
hendaklah sehingga dpt didengari oleh diri
sendiri atau org lain. Membacanya adalah pd
setiap rakaat. Dan menyebut (AAMEEN)
adalah sunnah. Dalam mazhab syafie,
menjaharkan alfatihah dalam solat maghrib
dan isyak adalah harus.
Membaca al-fatihah dengan bahasa arab:
Tidak boleh membaca dgn bahasa selain yg
diturunkan kpd Nabi. bg yg tidak lancar al-
fatihah, hendaklah menyebut subhanallah,
walhamdulillah, wa la ilaaha illah wallahu
akbar walahawlawala quwwata illa billah
Membaca surah selepas al-fatihah dan
berhenti sebentar selepasnya. Surah adalah
yg paling ringan dan mudah bagi dirinya.
Takbir untuk rukuk: ianya adalah wajib.
Sebahagian besar mengatakan memulakan
mengangkat tangan sebelum rukuk, sama
perbuatan dengan takbiratul ihram.
Kemudian meletakkan tangan di atas lutut
dan menjarakkan jari jemarinya. Meratakan
belakangnya dan tidak mengangkat kepala
atau menundukkannya.
Itmiknan dalam rukuk: Rukun solat. Diam
seketika sehingga sempurna rukuknya dan
tenang perbuatannya. Dan menyebut lafaz
subhana rabbiyal azimi wa bihamdihi 3 kali.
I’tidal: bangun daripada rukuk, diangkatkan
kepala, dan iktidal serta tamakninah,
melafazkan samiallahu liman hamidah
kemudian mengangkat tangan. Perbuatan ini
adalah wajib. Kemudian menyebut rabbana
lakal hamdu.
Takbir untuk sujud: takbir untuk sujud tidak
dgn mengangkat tangan. Sujud adalah
perbuatan wajib. Tamakninah adalah rukun.
Dan harus anggota yg terlebih dahulu diletak
di sejadah ialah lutut kmdn tangan kemudian
dahi dan hidung. Dan berkata
subhanarabbiyal a’la 3 kali.
Bangun dari sujud, dan sujud semula
selepas duduk sementara: bangun dari
sujud hendaklah dengan bertakbir, dan
duduk sekejap. Perbuatan ini wajib. Dengan
membaca rabbighfirli 3 kali.
Bangun dari sujud dan bangun dengan
takbir: setelah selesai sujud yg kedua
bangun dengan takbir, perbuatan ini adalah
rukun dan takbir adalah wajib. Ada ulama yg
mengatakan bangun tersebut dengan tapak
kaki bergantung/menekan pd lutut. Ada yg
mengatakan bangun dengan menekan pada
tangan.
Rakaat kedua : semua perbuatan dlm rakaat
pertama dilakukan pada rakaat kedua.
Seperti kata nabi SAW : ((if’al zaalika fi
solaatika kulliha)). Cuma yg kurang pd rakaat
kedua ialah niat, takbiratul ihram, dan doa
istiftah.
Duduk Tasyahud : perbuatan ini dilakukan
setelah selesai 2 rakaat. Kaki kiri di duduki
dan kaki kanan ditegakkan untuk menjadikan
jari2 kaki kanan menghadap ke kiblat.
Diharuskan dan digalakkan tangan kiri di
atas peha kiri, dirapatkan , menghadapkan
semua jari2nya ke arah kiblat.
Begitu juga dengan tangan kanan, diletakkan
diatas peha kanan, menunjukkan jari
telunjuk ketika zikrullah dalam syahadah dan
tidak menggerakkannya.
Tasyahud awal dan akhir: Selepas bangun
daripada tasyahud awal, maka sempurnakan
rakaat ketiga dan keempat. Tidak dibacakan
apa2 surah selepas al-fatihah, dan tidak
dijaharkan .
Tasyahud akhir: bacaan adalah ditambah:
Sunnah bacaan adalah perlahan dan tidak
dijaharkan.
Perbuatan duduk tahiyat akhir adalah rukun
solat.
Keluar dr solat : setelah selesai, memberi
salam ke sebelah kanan dgn mengatakan
Assalamualaikum warahmatullah..dan begitu
juga dengan sebelah kiri. Perbuatan ini
adalah wajib. Salam di sebelah kanan adalah
wajib manakala sebelah kiri adalah sunnah.
Berdiri tegak sekadar mampu.
Takbiratul ihram.
Membaca al-fatihah bg imam jemaah dan
individu yg solat bersendirian.
Rukuk serta tamakninah.
Tasyahud akhir dan cara duduknya.
Salam
Tertib semua rukun-rukunnya.
Rukun2 solat ini tidak sempurna sekiranya
tiada nya, batal solatnya sekiranya tertinggal
secara sengaja mahupun terlupa.
Takbir selain dari takbiratul ihram.
Sebutan tasbih dalam rukuk.
Sujud
Tasmi’ dan tahmid ketika bangun dari rukuk,
dan rabbighfirli ketika duduk antara 2 sujud.
Tasyahud awal
Selawat kepada Nabi dalam tasyahud awal.
Sekiranya tertinggal secara sengaja, batal
solatnya, sekiranya tertinggal secara lupa,
sujud sahwi.
Perkara yg selain dari rukun dan perkara
wajib: tidak batal solat walau tertinggal
secara segaja dan tidak wajib sujud sahwi
kalau terlupa.
Mengangkat tangan ketika takbiratul
ihram,dan ketika nak rukuk atau nak sujud.
Meletakkan tgn kanan atas tangan kiri.
Melihat pada tmpt sujud
Doa istiftah
Taawwuz
basmalah
Bacaan surah selepas alfatihah,
Bacaan kalimah AAMEEN
Bacaan perlahan atau kuat
Meletakkan tgn pada lutut ketika rukuk
Meratakan belakang ketika rukuk
Membaca tasbih lebih dari sekali dalam rukuk
dan sujud.
Menjarakkan kedua peha ketika sujud
Meletakkan tangan ke paras dada atau
telinga dan membuka jari ketika sujud.
Duduk iftirasy dalam tasyahud awal.
Duduk antara dua sujud
Meletakkan tgn di atas peha ketika duduk
tasyahud
Menunjukkan isyarat jari
Sujud di atas hidungnya
Salam kedua
Doa qunut dalam rakaat terakhir ketika solat
witir.
Terjadi pada org yg bersolat, lupa, kdg2 dia
menambah perbuatan dalam solat, atau
mengurangkan perbuatan dalam solat. Maka
dikehendaki baginya untuk melakukan sujud
sahwi.
Contoh keadaan yg perlu sujud sahwi : 1.
memberi salam ketika sebelum tamat solat
secara terlupa. Sekiranya jarak masa tidak
terlalu lama dan batal wudhuk, maka
hendaklah baginya melakukan apa yg dia
lupa, contoh terlupa 2 rakaat terakhir,
tashyahud, dan memberi salam.. Baginya
sujud 2 kali iaitu sujud sahwi dan melakukan
perbuatan yg tertinggal.
Sekiranya lama jarak atau terbatal wudhuk
maka hendaklah dia mengulang solat.
Sekiranya ia terlupa 1 rukun dari rukun2
solat, contohnya terlupa 1 rakaat, apabila
dia teringat sebelum bergerak ke rakaat
seterusnya, maka hendaklah ia patah semula
kepada rakaat yg ia terlupa, sekiranya dia
teringat selepas bergerak ke rakaat
seterusnya, dikira terbatal rakaat yg dia
tertinggal, maka dikira rakaat yg semasa itu,
menggantikan rakaat yg tertinggal, kemudian
hendaklah ia sujud sahwi sebanyak 2 kali
sujud.
Sekiranya seseorang menambah bilangan
rakaat secara terlupa, contohnya rakaat
kelima, dalam solat yg 4 rakaat, maka
baginya sujud sahwi 2 kali sujud, kemudian
memberi salam. Ini ketika dia telah dalam
tasyahud akhir…dan baru teringat.
Sekiranya dia dalam rakaat kelima dan belum
tasyahud, dan tetiba teringat, dia harus
duduk secara serta merta.
sekiranya seusai solat baru teringat, sujud
sahwi 2 kali sujud, kemudian tasyahud dan
memberi salam.
Tertinggal tasyahud awal misalnya, sekiranya
dia teringat sebelum dia bangun maka
hendaklah dia sempurnakan nya. Sekiranya
dia telah berdiri baru teringat, teruskan
solat, maka setelah tasyahud akhir sujud 2
kali untuk sujud sahwi.
tolong huraikan mengenai solat Qada'. ada
yang kaa x ada istilah solat Qada.
kite solat jama' qasar kan, blh ke kite
berimamkan dgn org yang tak buat jamak
qasar
Ada istilah solat qadha, boleh rujuk kepada
penerangan DAZ dalam nota yg lepas.
Musafir yg singgah di masjid tidak boleh ikut
imam 4 rakaat, sbb imam rakaatnya lebih
byk dari makmum, melainkan imam dah
sampai ke rakaat ketiga.
Makmum mesti sama byk rakaat dengan
imam. Makmum habis dahulu tidak mengapa,
jangan imam yg habis dahulu.