SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  50
3/20/2014 1
3/20/2014 2
 Terdapat beberapa cara yg dibincangkan
ulama feqah untuk menghilangkan najis dan
bersuci daripadanya:
 -- Menghilangkan najis yang nyata dengan air
mutlak. SUCI itu membawa maksud sesuatu
yang tidak bernajis. Air mutlak itu ialah tidak
bercampur dengannya sesuatu yg lain (pure
water). Maka air mutlak diiktiraf sebagai alat
bersuci tanpa khilaf.
3/20/2014 3
 2. cecair yg lain seperti air mawar, mazhab
hanbali, imam malik, imam syafie,
Muhammad ibn hasan assyaibani, bersuci dari
najis yg nyata itu hanya dengan air mutlak,
tidak jadi suci dengan bendalir yg selainnya.
 Namun, Imam Abu Hanifah mengatakan harus
bersuci dengan bendalir selain air mutlak
untuk menghilangkan ain (sifat,fizikal) najis
kerana dalam hadith nabi “apabila terdapat
kesan jilatan anjing pada bekas seseorang
daripada kamu, maka basuhlah 7 kali”..Nabi
tidak menyebut “basuh dengan air
mutlak”..tidak ada taqyid di situ.
3/20/2014 4
 Bendalir lain yang dianggap tidak
menghilangkan najis seperti susu, sesuatu
makanan berkuah, sos, dressing dan
sebagainya maka tidak boleh dijadikan alat
untuk bersuci. Maka yg ini, ulama’ tidak ada
khilaf ttgnya.
3/20/2014 5
 Pendapat yang rajih yang dikeluarkan oleh Dr
Abdul Karim Zaidan (DAZ) ialah diharuskan
untuk bersuci dengan menggunakan bendalir
selain daripada air mutlak kerana bersuci
dari najis ialah bukan daripada perkara
taabbudiyyah (ibadah), tiada tuntutan untuk
melakukan niat, dan Nabi SAW hanya
menyuruh bersuci dgn menggunakan air
dalam kes2 tertentu, Baginda tidak
menyuruh dengannya dengan suruhan yg
umum bahawa bersuci hanyalah dengan air.
3/20/2014 6
 Tidak ada dalil yg mengatakan bersuci itu hanya
menggunakan air mutlak atau bersuci tidak
dapat tidak mesti menggunakan air mutlak.
 Ulama berhujjah bahawa air mutlak mempunyai
sifat al-lathfu (relieve/menghilangkan dan
menggantikan)
 DAZ menyokong pendapat syaikh ibn taymiyyah
yg mengatakan bahawa sifat air mutlak itu bukan
isu, yg menjadi isu ialah maksud menghilangkan
najis itu tercapai atau tidak. Maka bersuci
dengan bendalir lain adalah harus sekiranya
bersuci dengannnya menghilangkan najis.
3/20/2014 7
 Sekiranya terdapat bekalan air yg
mencukupi, tidak ada masalah untuk
menggunakan air, maka tidak boleh
cenderung untuk menggunakan bendalir lain
walaupun ianya diharuskan.
 Untuk mengelakkan daripada perkara khilaf.
3/20/2014 8
 Terdapat perbezaan cara membasuh tmpt yg
terkena najis bergantung kepada jenis
permukaan tmpt tersebut.
 1. Sekiranya najis terkena pada permukaan
yg tidak menyerap air seperti peralatan
(utensils), logam, besi dan kaca, maka cara
membasuhnya adalah dengan mengalirkan air
sahaja di permukaan tersebut, sekali jirus
bermaksud 1 kali basuhan samada kita
sendiri yg jirus atau air hujan. Tiada apa2
niat disyaratkan.
3/20/2014 9
 Sekiranya permukaan tersebut telah
menyerap najis tersebut, tidak cukup dengan
mengalirkan air dengan sekali basuhan,
tetapi dengan menekan/menggosok
/menyental tmpt tersebut dan segala sesuatu
yang berkaitan dgn najis tersebut.
 Contohnya, sofa, kain, kusyen, dll.
 Sekiranya terkena pada karpet yang tebal
maka membasuhnya adalah dibalikkan ia dan
ditekan atau diinjakkan.
3/20/2014 10
 Untuk kes khinzir dan anjing seperti
peralatan atau badan terkena jilatannya atau
najisnya maka bilangan basuhan yg sahih
ialah 7 kali, basuhan yang pertama ialah dgn
menggunakan air tanah.
 Untuk kes selain daripada anjing dan khinzir,
ada 2 pendapat: Mazhab hanbali qiaskan kpd
kes anjing dan khinzir, mazhab syafie tidak
diwajibkan berapa bilangan, cukuplah
dengan yakin bahawa najis tersebut hilang
secara ainnya.
3/20/2014 11
 DAZ memberi 3 dalil berkenaan seorang
lelaki A’rabi yang kencing di dalam masjid.
Dalam hadith tersebut Rasulullah melarang
para sahabat untuk menegah lelaki tersebut,
setelah selesai urusannya, lelaki tersebut
dinasihati bahawa masjid bukan tmpt untuk
membuang najis tetapi untuk mengingati
Allah, solat, dan membaca al-quran.
 Hadith2 tersebut juga menjadi dalil bahawa
menyiram air ke tmpt terkena najis adalah
cara bersuci dari kencing tersebut.
3/20/2014 12
 Imam Syafie dan imam Maliki menegaskan
bahawa menyucikan tmpt yg terkena tidak
dapat tidak mestilah menggunakan air, tidak
boleh hanya dengan sesuatu yg lain yg
mengeringkan seperti cahaya matahari atau
angin.
 Namun, Imam Hanafi dan Abu Yusuf
berpendapat harus untuk menganggap tmpt
yg terkena najis SUCI apabila kering
disebabkan angin dan cahaya matahari.
3/20/2014 13
 Dengan ini DAZ mentarjihkan pendapat Imam
Abu Hanifah dan Abu Yusuf kerana ketiga2 hadith
ttg a’rabi td hanya untuk mengatakan bahawa
air adalah unsur utama yg digunakan untuk
menyucikan najis seperti kencing, dan di dlm
hadith tersebut tidak menafikan bahawa selain
daripada air tidak boleh digunakan.
 Tambahan pula, terdapat hadith yg diriwayatkan
oleh Sunan Abu Dawud, dari Ibn Umar: Ketika
beliau berada di masjid zaman Rasulullah, dtg
seekor anjing kencing, maka jemaah yg ada di
masjid ketika itu membiarkan dan meneruskan
tadabbur di dlm masjid, dan tiada siapapun yg
memercikkan atau mengenakan air pada tmpt
tersebut.
3/20/2014 14
 Ibn qayyim : Hadith Ibn Umar adalah dalil
bahawa permukaan tanah apabila telah
kering disebabkan oleh matahari atau angin
maka boleh dihukumkan suci.
 Ibn Taymiyyah : Najis apabila hilang dengan
apa cara sekalipun, maka boleh dihukumkan
ianya adalah SUCI samada dengan sesuatu yg
mengeringkan (Jaffaf) atau cahaya matahari
atau sesuatu yg lain yg bersifat boleh
menggantikan najis tersebut kpd bentuk
bukan najis seperti tanah.
3/20/2014 15
 DAZ memberi 2 hadith berkenaan hal ini:
 1: Dari Abi Hurairah RA berkata: Sabda Rasulullah
SAW : Apabila terpijak salah seorang dari kamu
dengan kasut akan najis maka tanah boleh
dijadikan baginya alat untuk bersuci. (Hadith
riwayat abu dawud )
 2: Dari abi said al-maqbari bahawa Rasulullah
SAW berkata: Apabila dtg salah seorang dari
kamu ke masjid maka hendaklah dibelekkan
selipar dan tgk, jika terdapat najis maka
gosoklah di permukaan tanah, kemudian
bersolatlah di dalamnya. Riwayat dari Imam
Ahmad dan juga Al-Syaukani.
3/20/2014 16
 Maka difahami dari hadith ini bahawa, selipar
atau khuf atau kasut yg dipakai oleh baik
lelaki atau wanita, apabila terkena najis
kering atau basah, maka suci apabila
disapukan ke permukaan tanah.
 X kira kasut jenis apa, dan x kira jgk apa
jenis najis sekalipun.
 Demikian adalah pendapat kebanyakan ulama
seperti imam auzaie, abi yusuf, mazhab
azzohiriyah dan imam ahmad.
3/20/2014 17
 DAZ juga menyatakan 2 hadith berkenaan hal ini.
 1. Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya ttg
hujung bajunya yg terkena najis ketika berjalan di
suatu tmpt. Maka berkata Ummu Salamah, Nabi SAW
bersabda: Disucikannya oleh laluan yg suci selepas
daripada tmpt tersebut. (hadith sunan abu dawud)
 2. Seorang wanita daripada bani Abdul Asyhal
bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, jalan
yg kami lalui untuk ke masjid adalah sgt busuk, apa
yg kami harus buat sekiranya baju kami basah
disebabkan oleh najis atau kekotoran di situ? Jawab
Rasulullah: Bukankah jalan selepas dr jalan itu adalah
lebih bersih? Wanita itu menjawab: Bahkan.
Rasulullah berkata lg: Maka yg itu, dgn yg itu.
(fahazihi bihazihi)
3/20/2014 18
 Maksud hadith2 ini ialah, apa2 yg terkena
baju wanita dari najis maka disucikan najis
tersebut dengan tanah yg suci lagi bersih
iaitu mana2 tmpt yg dilalui olehnya selepas
tmpt yg kotor itu.
 Fahazihi bihazihi itu maksudnya
“disucikannya dgn apa yg selepasnya”
 Maka, jenis najis yg melekat pd hujung baju
wanita yg dimaksudkan dlm hadith itu, yg
menjadi persoalan, adakah najis basah atau
kering?
3/20/2014 19
 1. Najis kering yg terkena hujung baju wanita
Muslimah adalah disucikan dengan melalui pada
permukaan tanah yg suci, yg tiada najis.
 2. Najis basah yg terkena hujung baju wanita
Muslimah, dikira hilang najis dengan melalui
permukaan tanah yg suci lagi bersih.
 3. Maka sekiranya hujung baju yg terkena najis
basah tadi tidak juga hilang, walaupun telah
melalui jalan yg lebih bersih, maka di maafkan
kerana ianya agak menyusahkan. (raf’ul haraj)
 4. Sekiranya najis yg basah tadi terlalu banyak
walaupun sudah melalui jalan yg bersih, maka
diperintahkan untuk membasuhnya seperti yg
dibincangkan oleh syariat sebelum ini.
3/20/2014 20
 Sekiranya pakaian lelaki atau wanita terkena
air mani, maka cara menyucikannya ialah
dengan menggosok dengan cara menyental
sekiranya kering, dan membasuh sekiranya
basah. Ini berdasarkan beberapa hadith :
 1. Imam Bukhari meriwayatkan dari
Sulayman bin Yasar, dia berkata: Aku
bertanya kepada Aisyah ttg mani yg terkena
baju, maka dia menjawab: “sebelum ini aku
membasuh baju Rasulullah SAW, dan baginda
keluar untuk solat, dan masih terdapat kesan
pada bajunya yg dibasuh tompok2 air mani”
3/20/2014 21
 2. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari
Aisyah RA ttg air mani, dia berkata, sebelum
ini aku menggosok baju Rasulullah SAW.
 3. Hadith yg ditakhrijkan oleh Ad-daruqutni
dari Saidatina Aisyah RA, sesungguhnya aku
menggosok air mani pada baju Rasulullah
sekiranya kering, dan membasuhnya
sekiranya basah.
3/20/2014 22
 Terdapat sebahagian hadith mengatkan air
mani hendaklah di basuh dan dalam hadith yg
lain hendaklah digosok. Hakikatnya ia
tidaklah bercanggah kerana berlaku
penggabungan sebenarnya di antara
keduanya.
 Menyucikan mani dengan cara membasuh
adalah digalakkan, ttp tidaklah wajib
(mazhab syafie, ahmad, dan ahli hadith).
 Kaedah al-jam’u digunakan iaitu apabila
kering digosok, apabila basah di basuh
(mazhab hanafi)
3/20/2014 23
 Mazhab maliki, tidak dpt tidak dibasuh
samada air mani tersebut basah atau kering.
3/20/2014 24
 Terdapat hadith sahih yg membezakan antara kencing
bayi @ kanak2 lelaki dan perempuan yg menyusu.
 Sekiranya baju terkena air kencing kanak2 lelaki yg
menyusu, maka di renjiskan air, dikira suci pakaian,
tidak dikenakan syarat untuk membasuh untuk
menyucikannya.
 Ttp sekiranya baju terkena kencing kanak2
perempuan, disyaratkan membasuh baju untuk
menyucikannya.
 Kanak2 yg dibincangkan ini ialah yg menyusu tanpa
diberi apa2 makanan.
 Apabila telah diberi makanan, maka cara
menyucikannya adalah sama antara kanak2 lelaki dan
perempuan iaitu dengan membasuh dengan air.
3/20/2014 25
 1. Ummu qays telah datang dengan seorang bayi
yg tidak diberi makan kepada Rasulullah SAW,
maka Rasulullah mendudukkan (bayi itu) ke atas
paha baginda, tiba2 bayi itu kencing di atas baju
baginda, Rasulullah minta air, dan direnjiskan ke
tmpt najis.(hadith sahih al-bukhari dan jami’
tarmizi)
 Daripada Aisyah RA, beliau berkata : Nabi SAW
didatangi 2 org kanak2, baginda memanggil
mereka, maka mereka dtg…kencing atas baju
Baginda, Rasulullah minta air, dikenakan air, dan
tidak dibasuh. (riwayat bukhari dan Muslim).
3/20/2014 26
 Ibn qayyim menyatakan 3 hikmah
pembezaan:
 1. air kencing kanak2 lelaki adalah lebih
banyak, maka jika disyaratkan membasuh
maka akan menyusahkan para ibu.
 2.Air kencing kanak2 lelaki tidak jatuh di
satu tempat, bahkan di merata2 tempat,
maka menyusahkan ibu2 jika mensyaratkan
untuk membasuhnya.
 3. Air kencing kanak2 perempuan lebih
berbau berbanding kencing kanak2 lelaki.
3/20/2014 27
 Terdapat hadith yg sgt byk berkenaan cara
membersihkan baju dari darah haidh, sebahagiannya
di sebut oleh DAZ di sini:
 1. Hadith didatangkan dari Asma binti Abu Bakar,
beberapa org wanita dtg bertanya kepada Rasulullah
ttg baju yang terkena darah haidh, maka apa yg perlu
dilakukan. Jawab Rasulullah: Kikis atau sental
kemudian basuh dengan air.
 Bahkan ada di antara mereka yg hanya mempunyai
sehelai baju, bertanya ttg darah haidh yg terkena di
baju mereka.
 Rasulullah menjawab, apabila kamu sudah suci, maka
basuhlah tmpt yg terkena darah kmudian solatlah
dengannya. Ditanya lagi: walaupun kesannya masih
ada? Rasulullah jawab: cukuplah dgn air, dan jgn
kamu diberatkan dgn kesan tersebut.
3/20/2014 28
 Apabila ditanya Saidatina Aisyah ttg hal ini,
beliau menjawab, basuh, sekiranya kesannya
tidak tanggal, gunakan sesuatu yang lain yg
blh menanggalkan kesannya.
 “tidak ada seorang pun dr kami mempunyai
pakaian yg terkena haidh padanya, kami
lembapkan kilauannya, kemudian bersihkan
ia”
3/20/2014 29
 Darah haidh jika sedikit, tidak dapat tidak
mestilah dihilangkan dari pakaian dgn cara
melembapkan kwsn darah kemudian
menghilangkannya. Sekiranya terdapat kesan yg
susah hilang, Islam tidak memberatkan hal
tersebut.
 Darah haidh yg banyak, tidak dapat tidak perlu
dibasuh dengan air.
 Islam tidak memberatkan wanita yg didatangi
haidh mesti menanggalkan pakaian yg terkena
haidh, dan tidak perlu membasuh pakaian
mereka yg terkena tidak terkena darah haid.
3/20/2014 30
 Peralatan yang berkilat yg tidak boleh ditembusi
najis seperti cermin, pisau, apabila terkena najis
maka cukup dengan mengelap sehingga najis
tersebut hilang samada dengan kertas atau
tangan atau dengan yg lain (tisu, kain).
 Antara sandaran ialah amalan sahabat yang
hanya menggunakan kaedah menyapu sahaja
pada pedang2 mereka yg terkena darah selepas
peperangan kemudian mereka bersolat
dengannya.
 Maka pedang tersebut diqiyaskan dengan cermin
atau kaca apabila terkena najis.
 Cermin kereta, tingkap rumah, pisau yg terkena
darah.
3/20/2014 31
 Tiada khilaf bahawa kulit bangkai binatang
adalah najis
 Tetapi apabila melalui proses
tanning/membersihkan dan menukarkan kulit
badan kepada kulit untuk dibuat perkakas
dengan menggunakan bahan2 tertentu maka ia
menjadi suci.
 Ada beberapa pendapat yg berbeza:
 1. Kulit yg suci ialah kulit dari binatang yg halal
di makan dan disembelih.(mazhab imam malik)
 2. semua kulit bangkai yg di tanning menjadi suci
kecuali anjing dan khinzir.(mazhab imam syafie)
 3. semua bangkai binatang yg kulitnya di
tanning, suci termasuk anjing dan khinzir.
3/20/2014 32
Perkara 3 THAHARAH AL-HAKIKIAH
3/20/2014 33
 Hadith yg diriwayatkan oleh kedua2 imam bukhari
dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((
Fitrah itu 5 perkara : berkhitan, menghilangkan bulu
di sekeliling kemaluan, mencabut bulu ketiak,
memotong kuku, dan mencukur misai ))
 Hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah
RA, beliau bersabda: telah berkata Rasulullah, fitrah
itu 10 perkara: (( mencukur misai, menyimpan
janggut, siwak, membasuh hidung dgn air, berkumur,
memotong kuku, membasuh celah2 dan sendi jari,
mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan,
istinja’, berkumur )).
 Nabi mengisyaratkan sifat fitrah tidak hanya terbatas
kpd 10 perkara tersebut, dalam riwayat yg lain dari
Imam Muslim.
3/20/2014 34
 Kata Al-Hafiz Abu Sulayman Al-khataabi: bahawa
fitrah yg disebutkan di dalam hadith ialah
sunnah, iaitu sifat2 dari sunnah para Nabi, yg
diperintahkan oleh Allah SWT untuk kita
mengikutinya.
 Kata Al-Syaukani, perkara2 tersebut ialah yang
disifatkan sebagai fitrah yang dijadikan oleh
Allah SWT ke atas manusia untuk menjadikan
manusia yg mulia dan elok rupanya.
 Kata Al-Baydhawi, fitrah ialah sunnah yg
terdahulu yg dipilih oleh para anbiya’ untuk
mengamalkannya, dan sgt di menepati syariat.
3/20/2014 35
 Tujuan sangat jelas iaitu untuk menjaga
kebersihan badan dan menyucikan daripada
kekotoran.
 Kata Ibn Taymiyyah: kebersihan badan
daripada kekotoran adalah sgt digalakkan,
seperti riwayat tirmizi dari Nabi SAW:
sesungguhnya Allah SWT itu bersih dan sgt
mencintai kebersihan.—contoh : telekung
3/20/2014 36
 AL-KHITAN
 ISTINJA’
 SIWAK
 MEMOTONG KUKU
 MENCUKUR MISAI DAN MENYIMPAN JANGGUT
 MENCUKUR BULU ARI-ARI
 BASUH
 BERKUMUR DAN MEMBERSIHKAN HIDUNG
3/20/2014 37
 Khitan ialah memotong kulit yg menutupi
hasyafah pada zakar lelaki, dan memotong
sebahagian kecil dari kulit yg teratas pada
kemaluan perempuan.
 Khitan wajib bagi lelaki, seperti kata Ibn
Qudamah, dan kemuliaan bagi wanita dan tidak
diwajibkan kepada mereka.
 Khitan diharuskan dilakukan ketika mereka masih
kecil.
 Dalil khitan bagi wanita : Sabda Nabi SAW,
(apabila bertemu antara 2 khitan, maka wajib
bagi mereka untuk mandi..) maksudnya wanita
juga berkhitan.
3/20/2014 38
 Tidak dilimitkan waktunya. Diharuskan
melakukannya pada hari ketujuh selepas
kelahirannya seperti dalam Fatawa Al-hindiyyah
dalam fiqh Hanafi.
 Waktu yang dianjurkan ialah 7 tahun hingga 12
tahun, ini ialah pendapat mazhab hanafiah.
 Kata Ibn Qayyim dalam zaadul Maad: al-hasan
(muhammad ibn hasan) tidak menyetujui untuk
berkhatan pada hari ketujuh kelahiran kerana
ditakuti menyerupai Yahudi..tapi sebenarnya
tidak lah begitu.
 Pendapat Imam Hanbal , sunat hari ketujuh tak
mengapa, pendapat imam syafie: ianya
dianjurkan.
3/20/2014 39
 Dari al-badihi: yg mengkhitankan ialah yg paling
mahir untuk mengkhitankan, iaitu lelaki untuk
lelaki, perempuan bagi perempuan.
 Dalam Fatawa al-hindiyyah, mengatakan ayah yg
lebih elok untuk mengkhitankan walaupun
perkara tersebut bukan kerjayanya.
 Seorang ayah sepatutnya yang mengkhitankan
anaknya yg lelaki, membekamnya, merawatnya,
begitu juga penjaga kanak2 tersebut.
 Sekiranya mati kanak2 itu kerana khitan
tersebut, tidak dihukumkan ganti rugi kerana
anak2 adalah didalam jagaan mereka.
 Begitu juga seorang ibu yg mengkhitankan anak
perempuannya.
3/20/2014 40
 Keharusan ayah atau ibu yang
mengkhatankan sekiranya mereka tahu
melakukannya, sekiranya mati, mereka tidak
perlu membayar ganti rugi.
 Tetapi sekiranya khitan dilakukan oleh bukan
penjaganya dan dia tidak mahir, mati
kanak2, maka dikenakan ganti rugi kerana
kanak2 itu bukan dalam jagaan mereka dan
mereka tidak mahir melakukannya.
3/20/2014 41
 Kata Fatawa Hindiyyah: x perlu berkhitan,
kerana dalam kes meninggalkan yg wajib
kerana keuzuran pun diharuskan dalam Islam
maka dalam perkara sunnah apatah lagi.
 Ini kerana khitan bagi pendapat Hanafi
adalah sunat.
 Kata Ibn qudamah; sekiranya masuk Islam
seseorang lelaki dewasa dan tua, sekiranya
dia takut khitan itu memudaratkan (takut
sakit, tidak kuat untuk menanggung sakit,
ada kencing manis) dsbg, maka digugurkan.
3/20/2014 42
 Daz merasakan mereka tidak mengetahui
adanya bius untuk menghilangkan sakit,
maka sekiranya ada kemudahan tersebut,
mungkin boleh digunakan untuk
mengkhitankan lelaki yg telah tua.
3/20/2014 43
 Maksud istinja’: tuntutan untuk menyucikan
qubul dan dubur dari apa2 yg keluar
daripadanya.
 Istinja’ dilakukan dgn air atau batu2.
 Adapun berak atau kencing ini digunakan
dalam satu istilah iaitu QADHA’ HAJAT.
 Antara adab2 ketika qadha hajat ialah:
3/20/2014 44
 1. tidak mengadap kiblat ketika qadha hajat.
Tidak boleh mengadap kiblat, adapun ketika
dalam bangunan seperti rumah atau
dimana2, juga tidak boleh (mengikut mazhab
hanafi), kerana hadith menyebut larangan
secara umum. Namun bagi imam malik dan
Syafie, dibolehkan mengadap kiblat atau
membelakangkan kiblat, dalam mazhab
hanbali ianya adalah yg lebih rajih.
3/20/2014 45
 2. Menutup dan menjauhi daripada pandangan
manusia. Sekiranya tidak sesuatu untuk menutupi,
jauhkan diri sehingga tidak dilihat oleh sesiapa.
 Hadith al-mughirah bin syu’bah: aku bersama Nabi
dalam perjalanan, maka baginda didatangi Hajat,
maka menjauhkan diri baginda dari perkumpulan.
 Hadith dari Jabir bin Abdullah : Nabi SAW ketika ingin
buang air besar, menjauhkan diri sehingga tidak
dilihat oleh sesiapa.
 Hadith nabi, baginda bersabda: sesiapa yg qadha
hajat, maka tutuplah, jika tidak boleh, ambillah kain
dan tutuplah dgn ia sesungguhnya syaitan
mempermainkan kedudukan bani adam, sesiapa yg
melakukannya maka itu yg terbaik, sesiapa yg tidak
dapat melakukan, tidak perlu bersusah payah.
3/20/2014 46
 Isteri2 Nabi apabila ingin qadha hajat,
mereka keluar pada waktu malam atau
dalam keadaan gelap.
3/20/2014 47
 Tidak menyebut nama Allah, sekiranya ingin
menyebut, sebutlah di dalam hati
 Jgn menjawab salam sekiranya ada yg
memberi salam.
 Berzikir hendaklah di dalam hati bukan
dengan lisan.
3/20/2014 48
 Setelah selesai urusan qadha hajat, wajib beristinja;
dgn menggunakan samada batu, atau air atau
kedua2nya, dengan menggunakan batu terlebih
dahulu kemudian dengan air dan tidak beristinja; dgn
tangan kanan tetapi dengan tangan kiri.
 Adapun kayu atau apa2 yg seumpama dgnnya
diharuskan sama hukumnya dengan batu. Tidak
dibolehkan beristinja dengan menggunakan tulang,
semua jenis makanan, dan harta yg dimuliakan
seperti kitab2 yang tertulis di dalam nya ayat2
alquran atau hadith Nabi, atau ttg syariah islamiyyah.
 Contoh: Tandas2 awam di negara Barat menggunkan
tisu, maka dibolehkan sekiranya untuk menggunakan
air sangat mnyusahkan.
3/20/2014 49
3/20/2014 50

Contenu connexe

Tendances (20)

Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
Hadats dan Najis
Hadats dan NajisHadats dan Najis
Hadats dan Najis
 
Bab 5 Thaharah (Bersuci) docx
Bab 5  Thaharah  (Bersuci)   docxBab 5  Thaharah  (Bersuci)   docx
Bab 5 Thaharah (Bersuci) docx
 
Istinjak 2
Istinjak 2Istinjak 2
Istinjak 2
 
MODUL TAYAMUM ERMALINDA
MODUL TAYAMUM ERMALINDAMODUL TAYAMUM ERMALINDA
MODUL TAYAMUM ERMALINDA
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
6 perlaksanaan ibadah semasa sakit
6 perlaksanaan ibadah semasa sakit6 perlaksanaan ibadah semasa sakit
6 perlaksanaan ibadah semasa sakit
 
Panduan Tayammum, Wudu\' Dan Solat Bagi Pesakit
Panduan Tayammum, Wudu\' Dan Solat Bagi PesakitPanduan Tayammum, Wudu\' Dan Solat Bagi Pesakit
Panduan Tayammum, Wudu\' Dan Solat Bagi Pesakit
 
Power poin tayamum
Power poin tayamumPower poin tayamum
Power poin tayamum
 
Panduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ainPanduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ain
 
thaharah mata kuliah agama 3 ,
thaharah mata kuliah agama 3 , thaharah mata kuliah agama 3 ,
thaharah mata kuliah agama 3 ,
 
Makalah tugas fiqih tentang thaharah
Makalah tugas fiqih tentang thaharahMakalah tugas fiqih tentang thaharah
Makalah tugas fiqih tentang thaharah
 
Fiqih taharah
Fiqih taharahFiqih taharah
Fiqih taharah
 
1. materi tentang thaharah
1. materi tentang thaharah1. materi tentang thaharah
1. materi tentang thaharah
 
Alat bersuci
Alat bersuciAlat bersuci
Alat bersuci
 
Alat bersuci
Alat bersuciAlat bersuci
Alat bersuci
 
Thoharoh
ThoharohThoharoh
Thoharoh
 
Thoharoh
ThoharohThoharoh
Thoharoh
 
Thaharah menurut bahasa dan istilah
Thaharah menurut bahasa dan istilahThaharah menurut bahasa dan istilah
Thaharah menurut bahasa dan istilah
 

En vedette

AA211 hospitaliti dan pelancongan dalam Islam
AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam IslamAA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam
AA211 hospitaliti dan pelancongan dalam IslamAs Nuurien Najma
 
Assembly tables[1]
Assembly tables[1]Assembly tables[1]
Assembly tables[1]metafold
 
Drupaljam Drupal vs Magento
Drupaljam Drupal vs MagentoDrupaljam Drupal vs Magento
Drupaljam Drupal vs MagentoMarino Linderhof
 
Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan
Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan
Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan Noor Fiteri Abdullah
 
readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)geobog
 
readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)geobog
 
Reflective learning
Reflective learningReflective learning
Reflective learningDTLLStutor
 

En vedette (16)

AA211 hospitaliti dan pelancongan dalam Islam
AA211   hospitaliti dan pelancongan dalam IslamAA211   hospitaliti dan pelancongan dalam Islam
AA211 hospitaliti dan pelancongan dalam Islam
 
Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1
 
Assembly tables[1]
Assembly tables[1]Assembly tables[1]
Assembly tables[1]
 
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 7)
 
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 8)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 8)Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 8)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 8)
 
Drupaljam Drupal vs Magento
Drupaljam Drupal vs MagentoDrupaljam Drupal vs Magento
Drupaljam Drupal vs Magento
 
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
 
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 1)
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 1)Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 1)
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 1)
 
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
 
Sepetang Ber-sejarah (Siri 2) oleh Imran Mustafa
Sepetang Ber-sejarah (Siri 2) oleh Imran MustafaSepetang Ber-sejarah (Siri 2) oleh Imran Mustafa
Sepetang Ber-sejarah (Siri 2) oleh Imran Mustafa
 
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 3)
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 3)Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 3)
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 3)
 
Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan
Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan
Konsep Pelancongan Islam: Satu Pengamatan
 
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 9)
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 9)Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 9)
Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 9)
 
readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.2(Partea speciala)
 
readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)
readaptarea copilului handicapat fizic p.1(partea generala)
 
Reflective learning
Reflective learningReflective learning
Reflective learning
 

Similaire à Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 2)

Bab 1 wudhu
Bab 1 wudhuBab 1 wudhu
Bab 1 wudhudwiurhan
 
MAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docxMAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docxHamdanYasin
 
MAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docxMAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docxHamdanYasin
 
Cara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAWCara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAWAnang Febrianto
 
Tata cara memandikan jenazah
Tata cara memandikan jenazah Tata cara memandikan jenazah
Tata cara memandikan jenazah Lukman Hakim
 
ATH-THAHARAH.pptx
ATH-THAHARAH.pptxATH-THAHARAH.pptx
ATH-THAHARAH.pptxmila448993
 
Tata Cara Memandikan Jenazah
Tata Cara Memandikan JenazahTata Cara Memandikan Jenazah
Tata Cara Memandikan JenazahArdhia Pramesti
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal projectdarmanKIVIC
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal projectSINARWATILABINDA
 
Presentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point ThaharahPresentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point Thaharahjannahere
 
Bab 1 thaharah new
Bab 1 thaharah newBab 1 thaharah new
Bab 1 thaharah newAhmad Tasnim
 
PPT Agama Islam III Thaharah
PPT Agama Islam III Thaharah PPT Agama Islam III Thaharah
PPT Agama Islam III Thaharah khoirulanam166
 
contoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannya
contoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannyacontoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannya
contoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannyaRoisMansur
 
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDAMODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDASINARWATILABINDA
 
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptxdokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptxKRISTIONOSMPN4DEMAK1
 
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptxPresentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptxAnisaManumpa
 

Similaire à Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 2) (20)

Bab 1 wudhu
Bab 1 wudhuBab 1 wudhu
Bab 1 wudhu
 
MAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docxMAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docx
 
MAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docxMAKALAH AGAMA.docx
MAKALAH AGAMA.docx
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
Cara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAWCara berwudhu nabi Muhammad SAW
Cara berwudhu nabi Muhammad SAW
 
Tata cara memandikan jenazah
Tata cara memandikan jenazah Tata cara memandikan jenazah
Tata cara memandikan jenazah
 
ATH-THAHARAH.pptx
ATH-THAHARAH.pptxATH-THAHARAH.pptx
ATH-THAHARAH.pptx
 
Tata Cara Memandikan Jenazah
Tata Cara Memandikan JenazahTata Cara Memandikan Jenazah
Tata Cara Memandikan Jenazah
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal project
 
other form of my personal project
other form of my personal projectother form of my personal project
other form of my personal project
 
Presentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point ThaharahPresentasi Power Point Thaharah
Presentasi Power Point Thaharah
 
Bab 1 thaharah new
Bab 1 thaharah newBab 1 thaharah new
Bab 1 thaharah new
 
PPT Agama Islam III Thaharah
PPT Agama Islam III Thaharah PPT Agama Islam III Thaharah
PPT Agama Islam III Thaharah
 
contoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannya
contoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannyacontoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannya
contoh makalah thhaharoh dan perrmasalahannya
 
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDAMODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
MODUL/MEDIA PEMBELAJARAN SINARWATI LABINDA
 
Materi Thaharah.ppt
Materi Thaharah.pptMateri Thaharah.ppt
Materi Thaharah.ppt
 
MAKALAH THOHARAH
MAKALAH THOHARAHMAKALAH THOHARAH
MAKALAH THOHARAH
 
وضؤ
وضؤوضؤ
وضؤ
 
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptxdokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
dokumen.tips_presentasi-power-point-thaharah.pptx
 
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptxPresentasi-power-point-THAHARAH.pptx
Presentasi-power-point-THAHARAH.pptx
 

Dernier

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3Adam Hiola
 
Ikhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptx
Ikhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptxIkhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptx
Ikhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptxsigit135
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...RobertusLolok1
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 

Dernier (6)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 3
 
Ikhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptx
Ikhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptxIkhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptx
Ikhtiar Agar Bisa Sholat Dengan Khusu.pptx
 
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
MATERI PPT NILAI-NILAI KRISTIANI.hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 

Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 2)

  • 3.  Terdapat beberapa cara yg dibincangkan ulama feqah untuk menghilangkan najis dan bersuci daripadanya:  -- Menghilangkan najis yang nyata dengan air mutlak. SUCI itu membawa maksud sesuatu yang tidak bernajis. Air mutlak itu ialah tidak bercampur dengannya sesuatu yg lain (pure water). Maka air mutlak diiktiraf sebagai alat bersuci tanpa khilaf. 3/20/2014 3
  • 4.  2. cecair yg lain seperti air mawar, mazhab hanbali, imam malik, imam syafie, Muhammad ibn hasan assyaibani, bersuci dari najis yg nyata itu hanya dengan air mutlak, tidak jadi suci dengan bendalir yg selainnya.  Namun, Imam Abu Hanifah mengatakan harus bersuci dengan bendalir selain air mutlak untuk menghilangkan ain (sifat,fizikal) najis kerana dalam hadith nabi “apabila terdapat kesan jilatan anjing pada bekas seseorang daripada kamu, maka basuhlah 7 kali”..Nabi tidak menyebut “basuh dengan air mutlak”..tidak ada taqyid di situ. 3/20/2014 4
  • 5.  Bendalir lain yang dianggap tidak menghilangkan najis seperti susu, sesuatu makanan berkuah, sos, dressing dan sebagainya maka tidak boleh dijadikan alat untuk bersuci. Maka yg ini, ulama’ tidak ada khilaf ttgnya. 3/20/2014 5
  • 6.  Pendapat yang rajih yang dikeluarkan oleh Dr Abdul Karim Zaidan (DAZ) ialah diharuskan untuk bersuci dengan menggunakan bendalir selain daripada air mutlak kerana bersuci dari najis ialah bukan daripada perkara taabbudiyyah (ibadah), tiada tuntutan untuk melakukan niat, dan Nabi SAW hanya menyuruh bersuci dgn menggunakan air dalam kes2 tertentu, Baginda tidak menyuruh dengannya dengan suruhan yg umum bahawa bersuci hanyalah dengan air. 3/20/2014 6
  • 7.  Tidak ada dalil yg mengatakan bersuci itu hanya menggunakan air mutlak atau bersuci tidak dapat tidak mesti menggunakan air mutlak.  Ulama berhujjah bahawa air mutlak mempunyai sifat al-lathfu (relieve/menghilangkan dan menggantikan)  DAZ menyokong pendapat syaikh ibn taymiyyah yg mengatakan bahawa sifat air mutlak itu bukan isu, yg menjadi isu ialah maksud menghilangkan najis itu tercapai atau tidak. Maka bersuci dengan bendalir lain adalah harus sekiranya bersuci dengannnya menghilangkan najis. 3/20/2014 7
  • 8.  Sekiranya terdapat bekalan air yg mencukupi, tidak ada masalah untuk menggunakan air, maka tidak boleh cenderung untuk menggunakan bendalir lain walaupun ianya diharuskan.  Untuk mengelakkan daripada perkara khilaf. 3/20/2014 8
  • 9.  Terdapat perbezaan cara membasuh tmpt yg terkena najis bergantung kepada jenis permukaan tmpt tersebut.  1. Sekiranya najis terkena pada permukaan yg tidak menyerap air seperti peralatan (utensils), logam, besi dan kaca, maka cara membasuhnya adalah dengan mengalirkan air sahaja di permukaan tersebut, sekali jirus bermaksud 1 kali basuhan samada kita sendiri yg jirus atau air hujan. Tiada apa2 niat disyaratkan. 3/20/2014 9
  • 10.  Sekiranya permukaan tersebut telah menyerap najis tersebut, tidak cukup dengan mengalirkan air dengan sekali basuhan, tetapi dengan menekan/menggosok /menyental tmpt tersebut dan segala sesuatu yang berkaitan dgn najis tersebut.  Contohnya, sofa, kain, kusyen, dll.  Sekiranya terkena pada karpet yang tebal maka membasuhnya adalah dibalikkan ia dan ditekan atau diinjakkan. 3/20/2014 10
  • 11.  Untuk kes khinzir dan anjing seperti peralatan atau badan terkena jilatannya atau najisnya maka bilangan basuhan yg sahih ialah 7 kali, basuhan yang pertama ialah dgn menggunakan air tanah.  Untuk kes selain daripada anjing dan khinzir, ada 2 pendapat: Mazhab hanbali qiaskan kpd kes anjing dan khinzir, mazhab syafie tidak diwajibkan berapa bilangan, cukuplah dengan yakin bahawa najis tersebut hilang secara ainnya. 3/20/2014 11
  • 12.  DAZ memberi 3 dalil berkenaan seorang lelaki A’rabi yang kencing di dalam masjid. Dalam hadith tersebut Rasulullah melarang para sahabat untuk menegah lelaki tersebut, setelah selesai urusannya, lelaki tersebut dinasihati bahawa masjid bukan tmpt untuk membuang najis tetapi untuk mengingati Allah, solat, dan membaca al-quran.  Hadith2 tersebut juga menjadi dalil bahawa menyiram air ke tmpt terkena najis adalah cara bersuci dari kencing tersebut. 3/20/2014 12
  • 13.  Imam Syafie dan imam Maliki menegaskan bahawa menyucikan tmpt yg terkena tidak dapat tidak mestilah menggunakan air, tidak boleh hanya dengan sesuatu yg lain yg mengeringkan seperti cahaya matahari atau angin.  Namun, Imam Hanafi dan Abu Yusuf berpendapat harus untuk menganggap tmpt yg terkena najis SUCI apabila kering disebabkan angin dan cahaya matahari. 3/20/2014 13
  • 14.  Dengan ini DAZ mentarjihkan pendapat Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf kerana ketiga2 hadith ttg a’rabi td hanya untuk mengatakan bahawa air adalah unsur utama yg digunakan untuk menyucikan najis seperti kencing, dan di dlm hadith tersebut tidak menafikan bahawa selain daripada air tidak boleh digunakan.  Tambahan pula, terdapat hadith yg diriwayatkan oleh Sunan Abu Dawud, dari Ibn Umar: Ketika beliau berada di masjid zaman Rasulullah, dtg seekor anjing kencing, maka jemaah yg ada di masjid ketika itu membiarkan dan meneruskan tadabbur di dlm masjid, dan tiada siapapun yg memercikkan atau mengenakan air pada tmpt tersebut. 3/20/2014 14
  • 15.  Ibn qayyim : Hadith Ibn Umar adalah dalil bahawa permukaan tanah apabila telah kering disebabkan oleh matahari atau angin maka boleh dihukumkan suci.  Ibn Taymiyyah : Najis apabila hilang dengan apa cara sekalipun, maka boleh dihukumkan ianya adalah SUCI samada dengan sesuatu yg mengeringkan (Jaffaf) atau cahaya matahari atau sesuatu yg lain yg bersifat boleh menggantikan najis tersebut kpd bentuk bukan najis seperti tanah. 3/20/2014 15
  • 16.  DAZ memberi 2 hadith berkenaan hal ini:  1: Dari Abi Hurairah RA berkata: Sabda Rasulullah SAW : Apabila terpijak salah seorang dari kamu dengan kasut akan najis maka tanah boleh dijadikan baginya alat untuk bersuci. (Hadith riwayat abu dawud )  2: Dari abi said al-maqbari bahawa Rasulullah SAW berkata: Apabila dtg salah seorang dari kamu ke masjid maka hendaklah dibelekkan selipar dan tgk, jika terdapat najis maka gosoklah di permukaan tanah, kemudian bersolatlah di dalamnya. Riwayat dari Imam Ahmad dan juga Al-Syaukani. 3/20/2014 16
  • 17.  Maka difahami dari hadith ini bahawa, selipar atau khuf atau kasut yg dipakai oleh baik lelaki atau wanita, apabila terkena najis kering atau basah, maka suci apabila disapukan ke permukaan tanah.  X kira kasut jenis apa, dan x kira jgk apa jenis najis sekalipun.  Demikian adalah pendapat kebanyakan ulama seperti imam auzaie, abi yusuf, mazhab azzohiriyah dan imam ahmad. 3/20/2014 17
  • 18.  DAZ juga menyatakan 2 hadith berkenaan hal ini.  1. Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya ttg hujung bajunya yg terkena najis ketika berjalan di suatu tmpt. Maka berkata Ummu Salamah, Nabi SAW bersabda: Disucikannya oleh laluan yg suci selepas daripada tmpt tersebut. (hadith sunan abu dawud)  2. Seorang wanita daripada bani Abdul Asyhal bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, jalan yg kami lalui untuk ke masjid adalah sgt busuk, apa yg kami harus buat sekiranya baju kami basah disebabkan oleh najis atau kekotoran di situ? Jawab Rasulullah: Bukankah jalan selepas dr jalan itu adalah lebih bersih? Wanita itu menjawab: Bahkan. Rasulullah berkata lg: Maka yg itu, dgn yg itu. (fahazihi bihazihi) 3/20/2014 18
  • 19.  Maksud hadith2 ini ialah, apa2 yg terkena baju wanita dari najis maka disucikan najis tersebut dengan tanah yg suci lagi bersih iaitu mana2 tmpt yg dilalui olehnya selepas tmpt yg kotor itu.  Fahazihi bihazihi itu maksudnya “disucikannya dgn apa yg selepasnya”  Maka, jenis najis yg melekat pd hujung baju wanita yg dimaksudkan dlm hadith itu, yg menjadi persoalan, adakah najis basah atau kering? 3/20/2014 19
  • 20.  1. Najis kering yg terkena hujung baju wanita Muslimah adalah disucikan dengan melalui pada permukaan tanah yg suci, yg tiada najis.  2. Najis basah yg terkena hujung baju wanita Muslimah, dikira hilang najis dengan melalui permukaan tanah yg suci lagi bersih.  3. Maka sekiranya hujung baju yg terkena najis basah tadi tidak juga hilang, walaupun telah melalui jalan yg lebih bersih, maka di maafkan kerana ianya agak menyusahkan. (raf’ul haraj)  4. Sekiranya najis yg basah tadi terlalu banyak walaupun sudah melalui jalan yg bersih, maka diperintahkan untuk membasuhnya seperti yg dibincangkan oleh syariat sebelum ini. 3/20/2014 20
  • 21.  Sekiranya pakaian lelaki atau wanita terkena air mani, maka cara menyucikannya ialah dengan menggosok dengan cara menyental sekiranya kering, dan membasuh sekiranya basah. Ini berdasarkan beberapa hadith :  1. Imam Bukhari meriwayatkan dari Sulayman bin Yasar, dia berkata: Aku bertanya kepada Aisyah ttg mani yg terkena baju, maka dia menjawab: “sebelum ini aku membasuh baju Rasulullah SAW, dan baginda keluar untuk solat, dan masih terdapat kesan pada bajunya yg dibasuh tompok2 air mani” 3/20/2014 21
  • 22.  2. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA ttg air mani, dia berkata, sebelum ini aku menggosok baju Rasulullah SAW.  3. Hadith yg ditakhrijkan oleh Ad-daruqutni dari Saidatina Aisyah RA, sesungguhnya aku menggosok air mani pada baju Rasulullah sekiranya kering, dan membasuhnya sekiranya basah. 3/20/2014 22
  • 23.  Terdapat sebahagian hadith mengatkan air mani hendaklah di basuh dan dalam hadith yg lain hendaklah digosok. Hakikatnya ia tidaklah bercanggah kerana berlaku penggabungan sebenarnya di antara keduanya.  Menyucikan mani dengan cara membasuh adalah digalakkan, ttp tidaklah wajib (mazhab syafie, ahmad, dan ahli hadith).  Kaedah al-jam’u digunakan iaitu apabila kering digosok, apabila basah di basuh (mazhab hanafi) 3/20/2014 23
  • 24.  Mazhab maliki, tidak dpt tidak dibasuh samada air mani tersebut basah atau kering. 3/20/2014 24
  • 25.  Terdapat hadith sahih yg membezakan antara kencing bayi @ kanak2 lelaki dan perempuan yg menyusu.  Sekiranya baju terkena air kencing kanak2 lelaki yg menyusu, maka di renjiskan air, dikira suci pakaian, tidak dikenakan syarat untuk membasuh untuk menyucikannya.  Ttp sekiranya baju terkena kencing kanak2 perempuan, disyaratkan membasuh baju untuk menyucikannya.  Kanak2 yg dibincangkan ini ialah yg menyusu tanpa diberi apa2 makanan.  Apabila telah diberi makanan, maka cara menyucikannya adalah sama antara kanak2 lelaki dan perempuan iaitu dengan membasuh dengan air. 3/20/2014 25
  • 26.  1. Ummu qays telah datang dengan seorang bayi yg tidak diberi makan kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah mendudukkan (bayi itu) ke atas paha baginda, tiba2 bayi itu kencing di atas baju baginda, Rasulullah minta air, dan direnjiskan ke tmpt najis.(hadith sahih al-bukhari dan jami’ tarmizi)  Daripada Aisyah RA, beliau berkata : Nabi SAW didatangi 2 org kanak2, baginda memanggil mereka, maka mereka dtg…kencing atas baju Baginda, Rasulullah minta air, dikenakan air, dan tidak dibasuh. (riwayat bukhari dan Muslim). 3/20/2014 26
  • 27.  Ibn qayyim menyatakan 3 hikmah pembezaan:  1. air kencing kanak2 lelaki adalah lebih banyak, maka jika disyaratkan membasuh maka akan menyusahkan para ibu.  2.Air kencing kanak2 lelaki tidak jatuh di satu tempat, bahkan di merata2 tempat, maka menyusahkan ibu2 jika mensyaratkan untuk membasuhnya.  3. Air kencing kanak2 perempuan lebih berbau berbanding kencing kanak2 lelaki. 3/20/2014 27
  • 28.  Terdapat hadith yg sgt byk berkenaan cara membersihkan baju dari darah haidh, sebahagiannya di sebut oleh DAZ di sini:  1. Hadith didatangkan dari Asma binti Abu Bakar, beberapa org wanita dtg bertanya kepada Rasulullah ttg baju yang terkena darah haidh, maka apa yg perlu dilakukan. Jawab Rasulullah: Kikis atau sental kemudian basuh dengan air.  Bahkan ada di antara mereka yg hanya mempunyai sehelai baju, bertanya ttg darah haidh yg terkena di baju mereka.  Rasulullah menjawab, apabila kamu sudah suci, maka basuhlah tmpt yg terkena darah kmudian solatlah dengannya. Ditanya lagi: walaupun kesannya masih ada? Rasulullah jawab: cukuplah dgn air, dan jgn kamu diberatkan dgn kesan tersebut. 3/20/2014 28
  • 29.  Apabila ditanya Saidatina Aisyah ttg hal ini, beliau menjawab, basuh, sekiranya kesannya tidak tanggal, gunakan sesuatu yang lain yg blh menanggalkan kesannya.  “tidak ada seorang pun dr kami mempunyai pakaian yg terkena haidh padanya, kami lembapkan kilauannya, kemudian bersihkan ia” 3/20/2014 29
  • 30.  Darah haidh jika sedikit, tidak dapat tidak mestilah dihilangkan dari pakaian dgn cara melembapkan kwsn darah kemudian menghilangkannya. Sekiranya terdapat kesan yg susah hilang, Islam tidak memberatkan hal tersebut.  Darah haidh yg banyak, tidak dapat tidak perlu dibasuh dengan air.  Islam tidak memberatkan wanita yg didatangi haidh mesti menanggalkan pakaian yg terkena haidh, dan tidak perlu membasuh pakaian mereka yg terkena tidak terkena darah haid. 3/20/2014 30
  • 31.  Peralatan yang berkilat yg tidak boleh ditembusi najis seperti cermin, pisau, apabila terkena najis maka cukup dengan mengelap sehingga najis tersebut hilang samada dengan kertas atau tangan atau dengan yg lain (tisu, kain).  Antara sandaran ialah amalan sahabat yang hanya menggunakan kaedah menyapu sahaja pada pedang2 mereka yg terkena darah selepas peperangan kemudian mereka bersolat dengannya.  Maka pedang tersebut diqiyaskan dengan cermin atau kaca apabila terkena najis.  Cermin kereta, tingkap rumah, pisau yg terkena darah. 3/20/2014 31
  • 32.  Tiada khilaf bahawa kulit bangkai binatang adalah najis  Tetapi apabila melalui proses tanning/membersihkan dan menukarkan kulit badan kepada kulit untuk dibuat perkakas dengan menggunakan bahan2 tertentu maka ia menjadi suci.  Ada beberapa pendapat yg berbeza:  1. Kulit yg suci ialah kulit dari binatang yg halal di makan dan disembelih.(mazhab imam malik)  2. semua kulit bangkai yg di tanning menjadi suci kecuali anjing dan khinzir.(mazhab imam syafie)  3. semua bangkai binatang yg kulitnya di tanning, suci termasuk anjing dan khinzir. 3/20/2014 32
  • 33. Perkara 3 THAHARAH AL-HAKIKIAH 3/20/2014 33
  • 34.  Hadith yg diriwayatkan oleh kedua2 imam bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda: (( Fitrah itu 5 perkara : berkhitan, menghilangkan bulu di sekeliling kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mencukur misai ))  Hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA, beliau bersabda: telah berkata Rasulullah, fitrah itu 10 perkara: (( mencukur misai, menyimpan janggut, siwak, membasuh hidung dgn air, berkumur, memotong kuku, membasuh celah2 dan sendi jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’, berkumur )).  Nabi mengisyaratkan sifat fitrah tidak hanya terbatas kpd 10 perkara tersebut, dalam riwayat yg lain dari Imam Muslim. 3/20/2014 34
  • 35.  Kata Al-Hafiz Abu Sulayman Al-khataabi: bahawa fitrah yg disebutkan di dalam hadith ialah sunnah, iaitu sifat2 dari sunnah para Nabi, yg diperintahkan oleh Allah SWT untuk kita mengikutinya.  Kata Al-Syaukani, perkara2 tersebut ialah yang disifatkan sebagai fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT ke atas manusia untuk menjadikan manusia yg mulia dan elok rupanya.  Kata Al-Baydhawi, fitrah ialah sunnah yg terdahulu yg dipilih oleh para anbiya’ untuk mengamalkannya, dan sgt di menepati syariat. 3/20/2014 35
  • 36.  Tujuan sangat jelas iaitu untuk menjaga kebersihan badan dan menyucikan daripada kekotoran.  Kata Ibn Taymiyyah: kebersihan badan daripada kekotoran adalah sgt digalakkan, seperti riwayat tirmizi dari Nabi SAW: sesungguhnya Allah SWT itu bersih dan sgt mencintai kebersihan.—contoh : telekung 3/20/2014 36
  • 37.  AL-KHITAN  ISTINJA’  SIWAK  MEMOTONG KUKU  MENCUKUR MISAI DAN MENYIMPAN JANGGUT  MENCUKUR BULU ARI-ARI  BASUH  BERKUMUR DAN MEMBERSIHKAN HIDUNG 3/20/2014 37
  • 38.  Khitan ialah memotong kulit yg menutupi hasyafah pada zakar lelaki, dan memotong sebahagian kecil dari kulit yg teratas pada kemaluan perempuan.  Khitan wajib bagi lelaki, seperti kata Ibn Qudamah, dan kemuliaan bagi wanita dan tidak diwajibkan kepada mereka.  Khitan diharuskan dilakukan ketika mereka masih kecil.  Dalil khitan bagi wanita : Sabda Nabi SAW, (apabila bertemu antara 2 khitan, maka wajib bagi mereka untuk mandi..) maksudnya wanita juga berkhitan. 3/20/2014 38
  • 39.  Tidak dilimitkan waktunya. Diharuskan melakukannya pada hari ketujuh selepas kelahirannya seperti dalam Fatawa Al-hindiyyah dalam fiqh Hanafi.  Waktu yang dianjurkan ialah 7 tahun hingga 12 tahun, ini ialah pendapat mazhab hanafiah.  Kata Ibn Qayyim dalam zaadul Maad: al-hasan (muhammad ibn hasan) tidak menyetujui untuk berkhatan pada hari ketujuh kelahiran kerana ditakuti menyerupai Yahudi..tapi sebenarnya tidak lah begitu.  Pendapat Imam Hanbal , sunat hari ketujuh tak mengapa, pendapat imam syafie: ianya dianjurkan. 3/20/2014 39
  • 40.  Dari al-badihi: yg mengkhitankan ialah yg paling mahir untuk mengkhitankan, iaitu lelaki untuk lelaki, perempuan bagi perempuan.  Dalam Fatawa al-hindiyyah, mengatakan ayah yg lebih elok untuk mengkhitankan walaupun perkara tersebut bukan kerjayanya.  Seorang ayah sepatutnya yang mengkhitankan anaknya yg lelaki, membekamnya, merawatnya, begitu juga penjaga kanak2 tersebut.  Sekiranya mati kanak2 itu kerana khitan tersebut, tidak dihukumkan ganti rugi kerana anak2 adalah didalam jagaan mereka.  Begitu juga seorang ibu yg mengkhitankan anak perempuannya. 3/20/2014 40
  • 41.  Keharusan ayah atau ibu yang mengkhatankan sekiranya mereka tahu melakukannya, sekiranya mati, mereka tidak perlu membayar ganti rugi.  Tetapi sekiranya khitan dilakukan oleh bukan penjaganya dan dia tidak mahir, mati kanak2, maka dikenakan ganti rugi kerana kanak2 itu bukan dalam jagaan mereka dan mereka tidak mahir melakukannya. 3/20/2014 41
  • 42.  Kata Fatawa Hindiyyah: x perlu berkhitan, kerana dalam kes meninggalkan yg wajib kerana keuzuran pun diharuskan dalam Islam maka dalam perkara sunnah apatah lagi.  Ini kerana khitan bagi pendapat Hanafi adalah sunat.  Kata Ibn qudamah; sekiranya masuk Islam seseorang lelaki dewasa dan tua, sekiranya dia takut khitan itu memudaratkan (takut sakit, tidak kuat untuk menanggung sakit, ada kencing manis) dsbg, maka digugurkan. 3/20/2014 42
  • 43.  Daz merasakan mereka tidak mengetahui adanya bius untuk menghilangkan sakit, maka sekiranya ada kemudahan tersebut, mungkin boleh digunakan untuk mengkhitankan lelaki yg telah tua. 3/20/2014 43
  • 44.  Maksud istinja’: tuntutan untuk menyucikan qubul dan dubur dari apa2 yg keluar daripadanya.  Istinja’ dilakukan dgn air atau batu2.  Adapun berak atau kencing ini digunakan dalam satu istilah iaitu QADHA’ HAJAT.  Antara adab2 ketika qadha hajat ialah: 3/20/2014 44
  • 45.  1. tidak mengadap kiblat ketika qadha hajat. Tidak boleh mengadap kiblat, adapun ketika dalam bangunan seperti rumah atau dimana2, juga tidak boleh (mengikut mazhab hanafi), kerana hadith menyebut larangan secara umum. Namun bagi imam malik dan Syafie, dibolehkan mengadap kiblat atau membelakangkan kiblat, dalam mazhab hanbali ianya adalah yg lebih rajih. 3/20/2014 45
  • 46.  2. Menutup dan menjauhi daripada pandangan manusia. Sekiranya tidak sesuatu untuk menutupi, jauhkan diri sehingga tidak dilihat oleh sesiapa.  Hadith al-mughirah bin syu’bah: aku bersama Nabi dalam perjalanan, maka baginda didatangi Hajat, maka menjauhkan diri baginda dari perkumpulan.  Hadith dari Jabir bin Abdullah : Nabi SAW ketika ingin buang air besar, menjauhkan diri sehingga tidak dilihat oleh sesiapa.  Hadith nabi, baginda bersabda: sesiapa yg qadha hajat, maka tutuplah, jika tidak boleh, ambillah kain dan tutuplah dgn ia sesungguhnya syaitan mempermainkan kedudukan bani adam, sesiapa yg melakukannya maka itu yg terbaik, sesiapa yg tidak dapat melakukan, tidak perlu bersusah payah. 3/20/2014 46
  • 47.  Isteri2 Nabi apabila ingin qadha hajat, mereka keluar pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. 3/20/2014 47
  • 48.  Tidak menyebut nama Allah, sekiranya ingin menyebut, sebutlah di dalam hati  Jgn menjawab salam sekiranya ada yg memberi salam.  Berzikir hendaklah di dalam hati bukan dengan lisan. 3/20/2014 48
  • 49.  Setelah selesai urusan qadha hajat, wajib beristinja; dgn menggunakan samada batu, atau air atau kedua2nya, dengan menggunakan batu terlebih dahulu kemudian dengan air dan tidak beristinja; dgn tangan kanan tetapi dengan tangan kiri.  Adapun kayu atau apa2 yg seumpama dgnnya diharuskan sama hukumnya dengan batu. Tidak dibolehkan beristinja dengan menggunakan tulang, semua jenis makanan, dan harta yg dimuliakan seperti kitab2 yang tertulis di dalam nya ayat2 alquran atau hadith Nabi, atau ttg syariah islamiyyah.  Contoh: Tandas2 awam di negara Barat menggunkan tisu, maka dibolehkan sekiranya untuk menggunakan air sangat mnyusahkan. 3/20/2014 49