Dokumen tersebut berisi 10 soalan yang meminta penulisan karangan berdasarkan topik yang diberikan. Topik-topik tersebut meliputi debat bahasa antarsekolah, pidato peringkat negeri, insiden menemukan anak hilang di pasar raya, tugas seharian sekretaris syarikat, pengaruh sikap orang tua, wawancara guru, memohon perbaikan taman bermain, insiden menyelamatkan anak yang tenggelam, ajakan ke pameran sejarah, dan
1. Tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan kamu mestilah
tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.
Soalan 1
Kamu menyertai pertandingan bahas antara sekolah. Tajuk perbahasan ialah “Perubatan
Tradisional Lebih Berkesan daripada Perubatan Moden”.
Sediakan hujah-hujah kamu untuk membangkang tajuk tersebut.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Kata alu-aluan- nyatakan tajuk perbahasan dan pendirian- tidak bersetuju
Isi-isi
• Perubatan moden lebih berkesan – terbukti dapat menyembuhkan banyak penyakit
• Kaedah yang digunakan lebih selamat dan tidak menyakitkan
• Kebersihan peralatannya terjamin – disterilkan – bebas daripada kuman
• Menggunakan kepakaran tertentu – doktor yang terlatih
Penutup
• Tegaskan bahawa perubatan moden lebih berkesan daripada perubatan tradisional
Soalan 2
Kamu baru menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan diumumkan pemidato
terbaik.
Tulis surat kepada sepupu kamu untuk menceritakan kejayaan kamu itu.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Alamat pengirim, tarikh, pembuka kata, kata ganti nama penerima
Isi-isi
• Menyatakan perasaan gembira kamu kerana dipilih sebagai pemidato terbaik
• Peserta hebat-hebat belaka – agak gementar dan kurang yakin pada mulanya
• Membuat persediaan awal – dapat berhujah dengan lancar
• Galakan ibu bapa dan usaha guru sekolah
• Berlatih untuk pertandingan peringkat Kebangsaan
Penutup
• Berdoa untuk kejayaan kamu pada masa akan datang
• Pengakuan pengirim dan tandatangan
Soalan 3
Kamu sedang membeli-belah di sebuah pasar raya. Tiba-tiba kamu terdengar suara
kanak-kanak menangis.
Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas itu.
2. Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Membeli-belah dengan kawan – mahu pulang kerana hari sudah senja
Isi-isi
• Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menangis – di depan bilik persalinan pakaian
• Budak lelaki dan berbangsa Melayu – berusia kira-kira tiga tahun – mencari ibunya
• Mendukung kanak-kanak itu – mencuba untuk mencari ibunya tetapi tidak berjaya
• Pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan – meminta pihak pasar raya membuat
pengumuman tentang kanak-kanak itu.
Penutup
• Seorang wanita datang dan mengaku ibunya – budak itu menerkam ibunya – berasa
lega
Soalan 4
Kamu setiausaha syarikat.
Catatkan tugas seharian kamu dengan selengkapnya.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Nyatakan masa, tarikh atau hari
Isi-isi
• Memaklumkan agenda semasa majikan kamu
• Melakukan kerja-kerja menaip
• Memasukkan data dalam komputer
• Menyemak rekod syarikat
• Menyediakan peralatan untuk mesyuarat
• Mencatat minit-minit mesyuarat
• Menyediakan laporan mesyuarat kepada majikan
• Menjawab panggilan telefon
Penutup
• Catatkan masa dan tugas terakhir
Soalan 5
Sikap ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka.
Bincangkan penyataan ini.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Definisi sikap – perangai atau kelakuan yang terdapat pada diri seseorang
3. Isi-isi
• Sikap ibu bapa mempengaruhi cara anak-anak mereka berfikir, berkomunikasi,
bertindak dan membuat keputusan
• Ibu bapa orang yang paling rapat dengan anak-anak-memberikan asuhan sejak kecil
• Faktor persekitaran turut mempengaruhi sikap anak-anak-pergaulan dengan kawan-
kawan
• Anak-anak perlu dikawal supaya tidak terlibat dengan masalah sosial
Penutup
• Ibu bapa harus bijak memainkan peranan masing-masing- sikap mereka menjadi
contoh kepada anak-anak
Soalan 6
Kamu sidang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki mewawancara guru yang
paling lama bertugas di sekolah kamu.
Tulis dialog antara kamu dengan guru tersebut.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Mengucapkan selamat pagi
Isi-isi
• Kamu memberitahu guru bahawa kamu hendak mewawancaranya untuk majalah
sekolah
• Guru menyatakan latar belakang keluarga dan pendidikan
• Guru menyatakan bila beliau mula mengajar di sekolah itu
• Guru menyatakan pengalaman mengajar – pahit dan manis
• Harapan guru kepada muridnya
Penutup
• Mengucapkan terima kasih
Soalan 7
Andaikan kamu pengerusi penduduk di sebuah taman perumahan.
Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk meminta mereka membaik pulih
taman permainan kanak-kanak.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Nama dan alamat pengirim; nama dan alamat penerima
• Tarikh; kata-kata penghadapan
4. Isi-isi
• Tujuan surat: memohon bantuan membaik pulih taman permainan kanak-kanak
• Padang tidak berjaga – rumput tumbuh liar – bimbang ada haiwan berbisa
• Peralatan banyak yang rosak – berbahaya kepada kanak-kanak
• Menjadi tempat penagih menjalankan aktiviti kurang sihat – dapat mempengaruhi
remaja
• Kawasan tersebut perlu dipagar – elakkan dimasuki haiwan seperti anjing liar
Penutup
• Menyatakan harapan – diluluskan; ucapan terima kasih
• Pengakuan pengirim; nama penuh; jawatan
Soalan 8
Lengkapkan cerita di bawah ini.
Mahadi sedang berbasikal di sebatang jalan berhampiran dengan sebatang sungai.
Tiba-tiba….
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Seperti yang terdapat dalam soalan.
Isi-isi
• Beberapa orang budak sedang mandi – terdengar akan jeritan meminta tolong
• Seorang budak dibawa arus deras
• Budak-budak lain takut – Mahadi cepat-cepat terjun
• Mahadi menghadapi kesukaran – memaut badan budak itu
• Mahadi membawa budak itu ke tebing – berjaya menyelamatkan budak itu – orang-
orang kampung turut membantu
Penutup
• Ibu bapa mangsa itu mengucapkan terima kasih kepada Mahadi
Soalan 9
Kamu telah mempelawa rakan kamu pergi ke pameran sejarah. Malangnya, rakan kamu
menolak pelawaan itu dengan alasan bahawa pameran tersebut tidak memberikan faedah
apa-apa. Kamu mencuba memujuknya supaya pergi ke pameran itu.
Tulislah perbualan kamu itu.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Kamu mempelawa kawan kamu pergi ke pameran sejarah – nyatakan masa dan
tempat pameran tetapi kawan kamu menolaknya
Isi-isi
• Banyak terdapat bahan yang dipamerkan – gambar foto, slaid, keratan akhbar, buku,
dan alin-lain
• Banyak faedahnya – menambahkan pengetahuan, mendapat maklumat
• Membantu mengenali tokoh-tokoh dan peristiwa bersejarah dengan lebih dekat
5. • Ada cabutan bertuah; majalah percuma
• Bermanfaat untuk kerja amali/projek
• Banyak rakan akan pergi
Penutup
• Kamu meminta rakan kamu itu memikirkannya
Soalan 10
Kamu berhasrat untuk mengajak sahabat pena kamu di luar negara mengunjungi negara
ini.
Untuk tujuan itu, kamu telah menulis sepucuk surat kepadanya untuk memaklumkannya
beberapa tempat menarik di negara ini.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Alamat pengirim – kata alu-aluan
Isi-isi
• Banyak tempat menarik – kawasan tanah tinggi, pantai, air terjun, dan pulau
• Cameron Highlands – sejuk; ada kebun teh
• Port Dickson, Lumut, Pantai Cahaya Bulan – tempat perkelahan
• Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Redang – pulau indah; airnya jernih; banyak
batu karang; diiktiraf sebagai antara pulau tercantik di dunia
• Bandar raya Kuala Lumpur – syurga beli belah
Penutup
• Menyatakan harapan – mengalu-alukan kedatangannya
• Ucapan perpisahan; pengakuan pengirim dan tandatangan
Soalan 11
Kerosakan harta benda awam banyak berlaku di negara ini.
Nyatakan cara-cara untuk menjaga kemudahan awam di negara anda.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Nyatakan kemudahan awam yang disediakan – telefon, jalan raya, lampu jalan,
tandas, dan lain-lain
Isi-isi
• Perlu dijaga – untuk kemudahan orang ramai; sebarang kerosakan melibatkan kos
yang tinggi
• Cara penjagaan:
- menggunakan dengan baik, dijaga kebersihannya
- menyayanginya seperti harta sendiri
- mengadukan perbuatan buruk kepada pihak berkuasa
- menasihati para pelaku yang merosakkan harta awam
Penutup
• Yang lebih penting menanam kesedaran dalam diri sendiri
6. Soalan 12
Kamu dibawa ibu bapa kamu melancong ke sebuah pulau. Semasa menaiki feri ke pulau
itu, ribut telah melanda dan perjalanan kamu telah terganggu.
Ceritakan pengalaman kamu itu.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Kamu dibawa melancong ke Pulau Tioman – menaiki feri yang agak canggih
• Semasa menaiki feri, langit cerah kerana di luar musim monsun
Isi-isi
• Di pertengahan perjalanan, tiba-tiba angin bertiup agak kencang – ombak bergulung-
gulung
• Feri yang dinaiki terolang-aling tetapi masih dapat bertahan
• Dalam feri sudah banyak penumpang yang mabuk dan muntah – ada yang pengsan;
anak-anak kecil menangis
• Kamu sekeluarga membaca ayat-ayat suci al-Quran
• Pemandu feri berusaha menuju ke pulau kecil untuk berlindung daripada ribut
• Bersyukur kerana pemandu berjaya membawa feri ke pulau kecil itu – ribut reda satu
jam kemudian
Penutup
• Pengalaman itu sukar dilupakan
Soalan 13
Sebagai seorang pegawai di Jabatan Alam Sekitar, kamu diminta berceramah tentang
masalah pencemaran alam sekitar yang didepani oleh negara ini sekarang.
Tulis ceramah kamu tentang perkara tersebut dengan selengkapnya.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Kata alu-aluan kepada hadirin dan menyatakan tajuk ceramah
Isi-isi
• Jenis-jenis pencemaran – pencemaran air, udara, dan bunyi
- Punca pencemaran air – pembuangan sampah-sarap, sisa toksik, bahan terbuang
- Punca pencemaran udara – pengeluaran asap oleh kilang, pembakaran sampah,
kenderaan
- Punca pencemaran bunyi – bunyi kenderaan, kawasan pembinaan
• Kesan pencemaran – menyebabkan penyakit; mencemarkan udara – menjejaskan
kehidupan makhluk
• Cara mengatasi – mengawal pembuangan sampah; menggantung lesen pengusaha
yang ingkar, mengenakan denda
Penutup
• Kesimpulan ceramah – masalah ini membimbangkan – semua pihak perlu kerjasama
• Ucapan penghargaan dan terima kasih
7. Soalan 14
Masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah sering menjadi isu di negara ini.
Tulislah suatu karangan tentang masalah ini.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Menjelaskan masalah itu menjadi isu; golongan yang terlibat – pelajar sekolah rendah
dan menengah
Isi-isi
• Bentuk masalah disiplin – melawan guru, ponteng sekolah, jenayah, vandalisme
• Kesan kepada murid/pelajar – pelajaran terjejas; tanggapan negatif terhadap
murid/pelajar, guru, sekolah, dan pihak kementerian
• Tindakan yang perlu diambil
- Guru/sekolah – memberikan amaran, berbincang dengan ibu bapa, memberikan
kaunseling
- Tindakan ibu bapa – ambil berat pelajaran anak-anak; menghubungi guru pada
setiap
masa; mengenal pasti rakan anak-anak
- Tindakan murid/pelajar – terima nasihat, bersedia mengubah sikap
Penutup
• Guru dan ibu bapa serta murid/pelajar perlu bekerjasama
• Pihak media perlu memainkan peranan untuk menyedarkan tanggungjawab guru – ibu
bapa – murid/ pelajar
Soalan 15
Tulis suatu karangan dengan berdasarkan peribahasa “Mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan”.
Jawapan cadangan:
Pendahuluan
• Maksud peribahasa – kerana mahu mengejar keuntungan yang besar, harta yang
sedikit yang ada hilang pula
Isi-isi
• Perlu berwaspada dengan sikap sendiri – hindarkan sikap tamak
• Keuntungan yang belum pasti – diselidik terlebih dahulu – tidak perlu gopoh-gapah
• Sama maksud peribahasa – “Yang kejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Penutup
• Jadikan peribahasa ini sebagai pedoman dan nasihat – tidak perlu rambang mata
hingga terpedaya