Surat ini menjemput sekolah untuk mengikuti Kejohanan Merentas Desa MSSR Zon Lubok Antu 2018 yang akan diadakan pada 12 Januari di SK Skarok. Surat ini memberikan maklumat tentang tarikh, masa, dan tempat kejohanan serta meminta sekolah menghantar borang pendaftaran dan sijil lahir peserta.
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
KEJOHANAN
1. Ruj.Kami : JPS(W)/SKSK/(KK)/153/05/01/01
Tarikh 02.01.2018
Guru Besar
SK _________________
Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSR ZON LUBOK ANTU 2018
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sebagai makluman, pihak kami telah dilantik sebagai pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSR Zon
Lubok Antu 2018 yang akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 12 Januari (Jumaat)
Masa : 08.00 – 12.00 tengahari
(Pendaftaran Jam 7.30 pagi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Skarok
3. Sehubungan dengan itu, kami sertakan 1 salinan Kertas Konsep dan borang penyertaan untuk tindakan
pihak sekolah masing – masing. Sebagai makluman pihak tuan, pihak pengelola tidak menyediakan makan dan
minum kepada peserta.
4. Pihak tuan diminta untuk menghantar 1 salinan sijil lahir peserta dan borang kebenaran ibu bapa /
penjaga murid semasa pendaftaran peserta. Sebarang pertanyaan tentang perkara ini bolehlah menghubungi
Cikgu Lofez Anak Robyn Julin di talian 019-8499424 atau Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey di talian 014-5804624
untuk keterangan lanjut. Sekian terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
(KULOK ANAK LAGA)
Guru Besar,
SK Skarok,
95900 Lubok Antu,
Sarawak.
AE/PJI/-ict
Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Fly Kenyalang Fly, Fly High
SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU
95900 LUBOK ANTU
SARAWAK
AS 1001/YBB2312
2. BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA
PERINGKAT MSSR ZON LUBOK ANTU 2018
NAMA SEKOLAH : _____________________________________________
KATEGORI : ____________________________________________
KETUA JURULATIH : ____________________________________________
BIL NAMA PESERTA NO SURAT BERANAK NO BAJU
1
2
3
4
5
6
7
8
DISAHKAN OLEH,
3. ATURCARA KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSR ZON LUBOK ANTU
2018
MASA TENTATIF TINDAKAN
7.30 pagi Pendaftaran • Mendaftar nama peserta di
kaunter pendaftaran
8.00 pagi Senaman / warm up / Stretching • Senaman akan diketuai oleh
guru SK Skarok
8.20 pagi • Taklimat Kejohanan kepada Pegawai
-pegawai Kejohanan oleh Penolong
Pengerusi Teknik.
• Taklimat kejohanan kepada peserta oleh
Pengurus Kejohanan di tapak
perhimpunan
• Pengerusi Teknik, Penolong
Pengerusi teknik, Pegawai
Check Point, Pencatat
Masa, Hakim Penamat.
8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 5
minit mengikut Kategori;
PEREMPUAN
• 12 tahun ke bawah
LELAKI
• 12 tahun ke bawah
• Pelepas, Peronda Mula,
Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda Akhir,
Pertolongan cemas
9.30 pagi Peserta pertama dijangka tiba • Ketua Hakim, Pencatat
Masa, Pencatat Pemenang.
10.00 pagi Rehat
• Jamuan ringan VVIP & pengurus
pasukan
• AJK jamuan menyediakan
tapak jamuan
10.30 pagi • Majlis Rasmi Penutupan
• Ucapan PPD
• Penyampaian Hadiah
Juruacara Majlis
• Lagu Negaraku
• Lagu Sekolah
11.30 pagi Bersurai • Lagu Ibu Pertiwiku