1. NORHISHAM ARIFFIN
M20111000144
SOALAN 1
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172
PENGENALAN
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini dilakukan untuk
mengenalpasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam
kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang membantu
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini menerangkan bagaimana
pendekatan ini dilakukan kepada pelajar dan data kuantitatif dikumpulkan melalui
kaji selidik berasaskan Teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ bagi mengenalpasti
tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran.
Dalam menentukan fokus kajian yang dijalankan oleh penyelidik, ianya hanya
tertumpu kepada kaji selidik terhadap responden berkaitan dengan penerimaan e-
pembelajaran di dalam proses pembelajaran dan mengenalpasti tahap kesedaran
dan penilaian yang dilakukan ke atas kemudahan e-pembelajaran. Penyelidik tidak
menyatakan secara terperinci berkaitan dengan persoalan kajian mahupun
pernyataan masalah berhubung dengan tajuk yang dijalankan. Kajian yang
dilakukan hanya membincangkan objektif kajian dalam menentukan fokus kajian
yang dilakukan. Oleh itu, persoalan kajian dan juga pernyataan masalah tidak
dinyatakan dalam abstrak.
Kajian yang dijalankan juga menggunakan reka bentuk tinjauan dan ianya dilakukan
secara deskriptif iaitu penyelidik mengambil gambaran awal terhadap kesediaan
penerimaan e-pembelajaran terhadap ahli akademik. Dilihat dari segi penulisan
artikel, ianya ditulis dengan agak sempurna dan hasil kajian yang dihuraikan juga
amat jelas dengan bantuan pengiraan yang dilakukan.
2. Selain itu, ianya juga telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk kita
menyemak hasil kajian dan dapatan ujian. Antara langkah yang boleh diperbaiki
dalam tulisan artikel ini ialah dari aspek mengulas dengan lebih lanjut berkaitan
dengan fokus kajian iaitu menyatakan persoalan kajian dan permasalahannya,
teknik pengumpulan data, teknik analisis data dan juga dapatan kajian.
Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan literatur kajian yang
lepas dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data yang benar dan
kukuh serta mempunyai rujukan bibliografi yang tepat.
LATAR BELAKANG PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang terlibat terdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian
USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli
akademik di 15 pusat pengajian dan hanya 119 borang soal selidik telah berjaya
dikumpulkan mengikut pusat pengajian.
3. METODOLOGI
Di dalam artikel yang diterbitkan, terdapat kaedah yang digunakan untuk kajian ini
dilakukan. Kajian yang dijalankan mengenalpasti satu bentuk instrumen kajian.
Kajian yang dijalankan haruslah mempunyai kaitan dengan kajian yang akan
dijalankan iaitu melihat amalan e-pembelajaran yang digunakan dalam kalangan ahli
akademik USM.
Pengumpulan data yang dilakukan dalam kajian ini berdasarkan kuantitatif. Data
yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh ubah
sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan
kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan
kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. Sebanyak 19 soalan telah
diajukan dan secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai
hubungan yang berkait rapat.
Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kuantitatif melalui borang soal selidik.
Data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan dianalisis menggunakan
Statistical Packages For Social Science (SPSS versi 14.0) telah digunakan bagi
melihat signifikan jawapan yang diberikan oleh subjek. Untuk itu, segala prosedur
dan juga method yang digunakan amat jelas dan ianya cukup untuk direplikasikan.
4. DAPATAN
Hasil dapatan daripada kajian juga dilakukan dengan amat baik sekali kerana
terdapat banyak maklumat yang dikumpulkan melalui graf, jadual, rajah dan juga
data juga mudah untuk dilihat dan di analisis. Terdapat empat analisis yang
dilakukan untuk menentukan tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-
pembelajaran mempunyai hubungan yang berkait rapat.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh tentang tahap kefahaman responden terhadap
e-pembelajaran, majoriti bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang
dikemukakan oleh pengkaji. Selain itu, nilai-nilai min yang diperoleh juga
menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap kefahaman yang
tinggi terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan di USM.
Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman
responden bagi kelima-lima konsep yang diketengahkan adalah tinggi. Daripada
dapatan kajian juga membuktikan majoriti ahli akademik USM sedar terhadap
konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini
adalah kerana usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti untuk
menggalakkan ahli akademik menggunakan sistem e-pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seharian.
Hasil kajian ini disokong oleh Azwan dan Rozita (2002) yang mana, ahli akademik
seharusnya bijak untuk menggunakan peluang yang ada pada masa kini kerana
kemahiran,
5. PERBINCANGAN
Daripada dapatan kajian, maka dapat dilihat hasil keputusan ujian yang dijalankan
ke atas atlet. Berdasarkan daripada kajian ini, ianya dijalankan iaitu mengenai tahap
kecergasan yang diinginkan. Berdasarkan maklumat yang telah direkodkan, ujian
yang dipilih adalah bertujuan untuk membuatkan fizikal atlet berada dalam tahap
cergas untuk melakukan sukan bola tampar.
Daripada perbincangan, dapat dilihat ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awal
kajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USM
terhadap e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri
ahli akademik, sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh
ubah tersebut.
Dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa ahli akademik di
USM sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah responden
tidak menyokong konsep-konsep e-pembelajaran yang dinyatakan.
Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara
kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan
kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan terdapat faktor-
faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor mempunyai
kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati ahli akademik
menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran.
Kajian yang dilakukan ini tidak menyatakan cadangan bagi tujuan penyelidikan
lanjut. Oleh itu, ia hanya membincangkan berdasarkan dapatan dan juga hasil kajian
yang dijalankan.
6. KRITIKAN
Daripada pengkajian tersebut, dapatlah dilihat ianya disusun dan diatur dengan
sempurna. Struktur dan format kajian yang digunakan amat kemas dan teratur serta
saling berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah hasil pengumpulan data yang sistematik,
hasil kajiannya juga disusun dan diaturkan dengan sempurna. Segala data yang
berbentuk jadual, graf dan rajah juga dilihat teratur dan maklumat juga mudah untuk
dicapai. Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan interpretasi keputusan yang
dilakukan pada jurnal tersebut dan ianya merupakan satu artikel yang sangat
menarik. Saya berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan dan ianya ditulis
dengan amat baik.
Ujian yang dijalankan berupaya membantu mengkaji berkaitan dengan e-
pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran. e-pembelajaran secara
keseluruhannya tidak didefinisikan dengan terperinci dan tidak benar-benar difahami
oleh sesetengah pihak. Setiap organisasi dan institusi mendefinisikan e-
pembelajaran dengan cara mereka sendiri. e-pembelajaran merupakan inovasi
dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk menggantikan sistem
pendidikan yang sedia ada.
Oleh itu, penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk
menilainya sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan
melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah
sistem sosial.