Era perkembangan seni catan Malaysia bermula pada tahun 1930.pelukis cat air pulau pinang menjadi perintis catan moden Malaysia.Abdullah Ariff ,Yong mun sen,Kao ju ping,khaw sia,dan tay hooi keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui konsep pembuatan,iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni yang bertemakan pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat air.Sapuan berus basah digabungkan dengan ciri impresionis ,cenderung merakamkan kesan cahaya dan bayang yang transperensi kelam di samping menggunakan warna yang harmoni dan bertindan.Antara karya yang menonjol pada era ini termasuklah pemandangan di tepi sungai,kawasan lombong,dan dalam hutan serta tepi pantai yang dirakamkan oleh Abdullah ariff.