SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  24
Kaedah Fiqh Dalam
Keusahawanan Sosial
Islam: Satu Pengenalan
Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizah
Che Omar, Aemy Aziz, Muhammad Anas Ibrahim
27hb Jun 2018/ 13 Syawal 1439H
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
1
Isi Kandungan:
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Penyelidikan
4.0 Lima (5) Kaedah fiqh Umum
5.0 Aplikasi kaedah fiqh dalam KSI
6.0 Kesimpulan
7.0 Rujukan
2
1.0 Pengenalan
• Keusahawanan sosial Islam (KSI) merupakan salah satu cabang
muamalat dalam meningkatkan ekonomi ummah.
• KSI juga adalah aktiviti keusahawanan yang berorientasikan matlamat
sosial berlandaskan kepada sumber hukum utama iaitu al-Qur’an dan
as-Sunnah.
• Keperluan kajian kaedah fiqh dalam KSI untuk dijadikan asas dan
panduan kepada usahawan sosial untuk melaksanakan aktiviti KSI
secara holistik.
• Kertas kerja ini merupakan kajian awal (concept paper) untuk
mencetuskan idea dalam bidang KSI.
3
Samb…
Allah SWT berfirman yang bermaksud seperti berikut:“Bandingan
(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan
tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah SWT Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”.
(al-Baqarah, 2:261)
4
2.0 Objektif Kajian
• Objektif Kajian ini dijalankan untuk melihat kaedah fiqh umum
dalam melaksanakan aktiviti KSI.
• Objektif khusus adalah menghuraikan beberapa dalil al-Qur’an dan
as-Sunnah serta pandangan jumhur ulamak berkenaan kaedah fiqh
agar boleh dijadikan panduan kepada usahawan sosial.
5
3.0 Kaedah Penyelidikan
• Berdasarkan kaedah epistimologi Islam dengan berpandukan
sumber wahyu al-Qur’an dan as-Sunnah.
• Kaedah perpustakaan dan analisis kandungan kajian-kajian lepas.
6
4.0 Lima (5) Kaedah Fiqh Umum
• Pengertian Kaedah fiqh: merupakan rangkuman prinsip yang telah
dilaksanakan oleh syarak, malah ia dibuat melalui pandangan para
ulamak mujtahid untuk memudahkan proses merujuk sesuatu masalah
yang berlaku dalam bidang fiqh kepada prinsip-prinsip syarak. Kaedah
fiqh tidak dianggap sebagai dalil syarak yang akan menentukan sesuatu
hukum, malah sebaliknya adalah satu keputusan yang dibuat untuk
menghasilkan rumusan dalam perundangan yang begitu teliti terhadap
hukum fiqh yang pelbagai. Selain dari itu, ia dijadikan sebagai satu
metod untuk memudahkan seseorang itu mengingati, meneliti,
menguasai dan memahami pelbagai hukum hakam fiqh (Abu Ghuddah,
1992).
7
Samb….
• Kaedah fiqh dalam bahasa Arab adalah al-Qa’idah yang membawa maksud asas dan
setiap perkara yang dijadikan dasar kepada sesuatu dan asalnya. Kaedah juga
adalah usul bagi sesuatu perkara sama ada dapat dilihat dan disentuh oleh
pancaindera seperti asas binaan atau seperti asas agama yang dicapai melalui
pemikiran.
• Dari sudut istilah kaedah ialah hukum serta perkara menyeluruh yang dipraktikkan
terhadap semua masalah bahagian-bahagiannya (As-Suyuti, 1983).
• Perkataan fiqh dari segi bahasa ialah memahami, memikirkan sesuatu dan
mempelajari (Ibn Manzur, 1990). Dalam istilah bahasa Arab fiqh membawa maksud
kefahaman, kepintaran, keilmuan dan kebijaksanaan (Ibrahim Mustafa, 1960).
Menurut dari segi istilah fiqh ialah mengetahui pelbagai hukum hakam amali dalam
syariat yang diambil daripada dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah secara terperinci
(al-Baydawi, t.t).
8
Samb….
• Pemakaian kaedah fiqh ini merupakan sumber hukum yang dapat menjelaskan
kedudukan sesuatu keadaan yang dilakukan oleh usahawan sosial dalam KSI.
Berdasarkan kaedah fiqh tersebut, terdapat lima kaedah asas yang terkenal dan
digunakan secara meluas dalam kebanyakkan permasalahan fiqh dan disepakati
penerimaanya oleh jumhur ulamak dari pelbagai mazhab fiqh iaitu (as-Suyuti,
1983):
1. Al-Umur bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat)
2. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan)
3. Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir (Kesukaran membawa kemudahan)
4. Al-Darar Yuzalu (Bahaya mesti dihapuskan)
5. Al-Adah Muhakkamah (Adat dijadikan hukum)
9
5.0 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam KSI
1. Al-Umur bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat)
2. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak hilang dengan
keraguan)
3. Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir (Kesukaran membawa
kemudahan)
4. Al-Darar Yuzalu (Bahaya mesti dihapuskan)
5. Al-Adah Muhakkamah (Adat dijadikan hukum)
10
5.1 Al-Umur bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai
berdasarkan niat)
• Kaedah pertama ini membawa maksud bahawa sesuatu perbuatan tidak
dikira selagimana tidak disertakan dengan niat. Niat seseorang itu akan
menentukan sama ada sesuatu perkara yang dilakukan itu halal atau
haram, sah atau batal. Terdapat tiga peranan niat yang utama iaitu:
i. Membezakan ibadat dan adat
ii. Membezakan peringkat-peringkat ibadat fardu dan sunat
iii. Membezakan perbuatan ikhlas dan riya’
11
5.1.1 Contoh-Contoh Kaedah Fiqh dalam KSI
• Berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata untuk mendapat keberkatan dan ketakwaan
di dunia dan akhirat.
• Berniat untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah sosial agar mereka semua terbela dan dapat
meneruskan kehidupan seterusnya dengan baik, aman dan harmoni.
• Berniat untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi golongan masyarakat yang memerlukan dengan
mewujudkan peluang pekerjaan, memberikan latihan percuma, menawarkan biasiswa pendidikan dan
membina kemudahan awam di tempat tinggal luar bandar.
• Berniat untuk menjadikan keusahawanan dan perniagaan sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT dan menjadikan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.
• Berniat untuk mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat melalui aktiviti KSI yang berlandaskan konsep
khalifah, konsep persaudaraan, konsep jihad ekonomi, konsep keadilan dan keseimbangan, konsep
memenuhi keperluan sosial masyarakat, konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi, konsep
al-falah, konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan, konsep jaminan sosial, konsep
peningkatan ekonomi ummah, konsep zakat dan wakaf, konsep sedekah dan barakah, dan konsep sentiasa
mengutamakan solat berjemaah, solat dimasjid, berdoa dan sentiasa hadir ke masjid.
12
5.2 Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak
hilang dengan keraguan)
• Kaedah kedua ini adalah Al-Yaqin la Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak
hilang dengan keraguan) iaitu perbincangan tentang yakin, kepercayaan
yang sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan dan ketentutan. Syak pula
didefinisikan sebagai rasa kurang yakin, curiga, sangsi dan was-was.
Pengertian yakin menurut kamus bahasa Melayu ialah betul-betul percaya
(tentang kebenaran, kemampuan sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu
(syak) lagi, pasti benar (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat).
13
5.2.1 Contoh-contoh kaedah Fiqh dalam KSI
• Jika usahawan sosial mengetahui terdapat sesuatu yang haram dalam harta yang diperolehinya, tetapi
tidak diketahui secara jelas bahagian ataupun jumlah bahagian yang haram, maka dalam situasi tersebut
tidak diharamkan untuk usahawan sosial meneruskan aktiviti muamalat dan urusniaga serta melakukan
aktiviti KSI secara biasa kerana keyakinan tidak dihapuskan dengan ketidakpastian atau keraguan.
• Menurut Syaikh Abu Hamid al-Isfirayini bermuamalat dengan orang yang sebahagian besar hartanya
haram dan tidak terbukti yang diambil daripada hartanya itu merupakan harta yang haram, maka tidak
haram jual beli transaksi dengannya kerana kemungkinan halal dan ketidakjelasan yang haram. Akan
tetapi, hal ini dimakruhkan, kerana khuatir terjerumus kepada yang haram .
• Usahawan sosial kemungkinan merasa ragu terhadap jumlah pemberian atau penawaran dalam muamalat
terutamanya terlibat dengan aktiviti KSI kepada orang Islam dan juga bukan Islam, maka seeloknya
usahawan sosial berfikiran secara yakin bahawa amalan KSI yang dilakukan akan diberikan ganjaran
pahala yang besar di sisi Allah SWT kerana melakukan perkara yang baik seperti mana yang telah
dianjurkan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah agar setiap orang beriman dan bertakwa kena memastikan
agar sentiasa melakukan perkara yang boleh meningkatkan keimanan, ketakwaan dan melakukan sifat-
sifat ihsan untuk menjaga hubungan manusia dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia.
14
5.3 Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir (Kesukaran
membawa kemudahan)
• Kaedah ketiga ini secara umumnya membawa pengertian hukum hakam
yang mendatangkan kesukaran untuk dilaksanakan oleh mukallaf (orang
yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk
memjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya)
akan diringankan cara pelaksanaannya oleh Syarak. Tidak semua
kesukaran diberikan keringanan, hanya ada beberapa kesukaran sahaja
yang dibenarkan iaitu:
i. Kesukaran yang tidak dapat dielakkan dalam menjalani ibadat.
ii. Kesukaran yang biasanya dapat dielakkan dalam menjalani ibadat seperti
kesukaran besar (melibatkan kehilangan nyawa, agama, akal, keturunan dan
harta), kesukaran kecil dan kesukaran sederhana.
15
5.3.1 Contoh Kaedah Fiqh dalam KSI
• Pensyariatan iqalah, hawalah, gadai, dhaman, ibra’, qard, syirkah,
shulh, hajr, wakalah, ijarah, musaqah, qiradh, ‘ariyah, wadi’ah, kerana
adanya kesukaran jika setiap satu harus menggunakan apa yang menjadi
miliknya sahaja. Menurut Syaikh Izzudin Ibn Abdissalam yang
menyatakan bahawa salah satu daripada enam jenis takhfif syarak iaitu
takhfif taqdim (keringanan dalam bentuk mendahulukan) seperti contoh
mendahulukan zakat atas haul, mendahulukan zakat fitrah di bulan
Ramadan dan membayar kaffarah atas pelanggaran sumpah.
• Oleh itu, usahawan sosial boleh melaksanakan konsep zakat berdasarkan
pandangan ini dalam aktiviti KSI secara holistik. Hal ini kerana
mendahulukan zakat terhadap institusi zakat dapat membantu
meringankan bebanan golongan asnaf fakir dan miskin terutamanya.
16
5.4 Al-Darar Yuzalu (Bahaya mesti dihapuskan)
• Kaedah keempat ini adalah bahaya mesti dihapuskan. Ia diaplikasikan dalam pelbagai
isu fiqh, dengan kata lain ia berkait rapat dengan maqasid syariah al-khomsah dengan
memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kaedah ini menjelaskan tentang
segala bahaya mesti ditegah, dielak dan diharamkan, ia termasuk bahaya yang umum
dan khusus. Secara asasnya kaedah fiqh dalam kategori ini berpandukan pelbagai nas
syarak yang menegah daripada berlaku kemudaratan dalam sebarang tindakan. Kaedah
ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada mudarat
dan tidak dibenarkan membalas dengan kemudaratan.” (Riwayat al-Bayhaqi, 1994 no
hadis 11384). Terdapat beberapa kategori bahaya atau kemudaratan yang dibincangkan
iaitu:
i. Al-Darar Yuzal: Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.
ii. Al-Darar Yudfa bi qadr al-Imkan: Mudarat itu ditolak dengan kadar yang boleh.
iii. Al-Darar la Yuzal bi al-Darar: Mudarat itu tidak boleh dihilangkan dengan mudarat
umpamanya. 17
5.4.1 Contoh-contoh Kaedah Fiqh dalam KSI
• Apabila seseorang yang muflis menggadaikan barang yang dijual, menanami tanah
atau membangunkan bangunan di atasnya, maka penjual tidak boleh menarik kembali
dalam hal gadai yang sah, kerana hal ini mengakibatkan sesuatu yang tidak baik bagi
yang menerima gadai. Demikian juga dalam masalah penanaman atau pendirian
bangunan. Tanaman dan bangunan tetap menjadi milik orang yang muflis itu. Hal ini
kerana tanaman boleh mengurangkan harga tanah dan menjadikan kesan negatif bagi
dirinya dan orang-orang yang berhutang dengannya.
• Jika seseorang memiliki sepuluh buah rumah yang tidak layak dihuni dan bakinya
milik orang lain serta yang lebih banyak meminta bahagiannya, maka permintaannya
itu boleh dikabulkan menurut pendapat yang paling sahih, meskipun hal ini
menimbulkan impak atau kesan negatif bagi syarikatnya.
• Usahawan sosial yang melaksanakan aktiviti KSI melalui akad ijarah dan tabaruat
perlu memastikan bahawa setiap individu yang berakad tersebut adalah bukan
penjenayah atau penjahat yang boleh mendatangkan kemudaratan atau bahaya di
kemudian hari.
18
5.5 Al-Adah Muhakkamah (Adat dijadikan hukum)
• Kaedah kelima dan juga terakhir ini adalah adat dijadikan hukum. Adat ialah peraturan yang sudah
diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus
dipatuhi. Kaedah ini bermaksud bahawa adat sesuatu masyarakat yang tidak bertentangan dengan nas
syarak boleh diambil kira dalam menentukan hukum syarak (al-Ghazi, 1997). Akan tetapi terdapat
beberapa syarat dan kriteria yang perlu difahami untuk menerima adat sebagai penentu hukum iaitu (as-
Suyuti, 1983):
i. Adat tersebut perlu konsisten dan diterima oleh majoriti masyarakat. Contoh lafaz ijab dan qabul dalam
transaksi jual beli dan perkataan daging yang merujuk daging lembu.
ii. Tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, jika berlawanan dengan nas al-Qur’an dan as-Sunnah
maka ia ditolak. Sebagai contoh adat masyarakat berkahwin wajib memakai inai, meminum arak, berzina dan
seumpamanya.
iii. Ia diterima pakai selagi tidak dipersetujui sebaliknya.
• Beberapa kaedah fiqh telah digariskan bagi menunjukkan implikasi adat setempat dalam kalangan
masyarakat antaranya adalah seperti berikut:
i. Al-Adat Muhakkamah: Adalah adat itu dijadikan hukum.
ii. Al-Ma’ruf ‘urfan ka al-Mashrut Shartan: Yang makruf dan masyur pada ahli uruf (adat setempat) itu seperti
yang disyaratkan.
iii. La yunkar taghayyur al-Ahkam bi taghayyur al-Azman: Tidak boleh diingkarkan berubah hukum itu
disebabkan berubah masa.
19
5.5.1 Contoh-contoh Kaedah Fiqh dalam KSI
• Kebiasaan memberi hadiah sebelum seseorang menjawat jawatan. Ibn al-Subuki mengatakan, “Saya
tidak menemui adanya pendapat yang boleh dikutip tentang hal ini, dengan apa kebiasaan itu boleh
dikukuhkan.” Lebih lanjut beliau mengatakan, “Perkataan ashab al-Syafie menyifatkan bahawa
kebiasaan itu boleh kukuh dengan sekali pemberian sahaja.” Oleh kerana itu, al-Rafi’i menegaskan hal
ini dengan mengatakan, “Hadiah itu perlu diperhatikan sebelumnya, dan perhatian itu cukup dengan
sekali sahaja”.
• Berdasarkan pandangan sarjana Islam tersebut jelas menunjukkan bahawa usahawan sosial yang
melaksanakan konsep tabaruat (melibatkan satu pihak sahaja menerima tanpa syarat) perlu memberikan
hadiah atau hibah kepada masyarakat secara berhati-hati kerana takut ia menjadi rasuah atau syubhah.
• Usahawan sosial juga diharuskan melakukan aktiviti KSI terhadap masyarakat tanpa sighah iaitu salah
satu rukun jual beli kerana hal yang demikian itu menjadi adat setempat dalam kalangan masyarakat.
• Usahawan sosial yang melakukan urusan jualan dengan menggunakan mata wang ringgit dan
memutlakkanya, maka yang jatuh ialah mata wang yang berlaku. Apabila kebiasaan menunjukkan
kekacauan berlaku pada mata wang tersebut, maka harus ada penjelasan. Apabila tiada penjelasan yang
jelas, maka batal urusan jual beli itu.
• Apabila usahawan sosial memberikan modal kepada masyarakat untuk aktiviti KSI dengan menggunakan
akad mudarabah atau musyarakah telah meninggal dunia dan masyarakat yang terlibat masih lagi boleh
meneruskan urusan pekerjaan tersebut, keuntungan perlu dibahagikan di antara pekerja dan waris
usahawan sosial tersebut agar kelangsungan aktiviti KSI sentiasa berjalan. 20
6.0 Kesimpulan
• Kaedah fiqh ini boleh dijadikan satu rujukan dan panduan khusus kepada
usahawan sosial dalam melaksanakan aktiviti KSI secara menyeluruh
berdasarkan ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah. Hal ini kerana, usahawan sosial
adalah ejen perubahan kepada masyarakat terutamanya dalam meningkatkan
ekonomi dan membasmi masalah sosial berlandaskan lunas dan syiar Islam.
• Secara tidak langsung usahawan sosial ini menghayati dan mengamalkan
konsep berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan. Seperti Firman Allah
SWT yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang
dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat
kebaikan di mana sahaja kamu berada, pasti Allah SWT akan
mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah SWT
Maha Kuasa atas segala sesuatu” (al-Baqarah. 2:148).
21
Samb…
• Kefahaman berkaitan kaedah fiqh ini adalah sangat penting untuk dikuasai
dan diperhalusi oleh semua usahawan terutama dalam menangani pelbagai
isu dan masalah yang melibatkan aktiviti perniagaan dan keusahawan secara
langsung ataupun tidak langsung.
• Kaedah fiqh dalam KSI ini memerlukan pengkajian, penelitian dan penilaian
yang lebih mendalam lagi agar ia menjadi satu karya ilmiah yang bukan
hanya kepada golongan akademik bahkan kepada usahawan-usahawan
Muslim di luar sana yang ingin menegakkan syiar Islam.
• Justeru, sesuai dengan lima kaedah fiqh asas ini perlu diterapkan dalam diri
usahawan sosial bagi memelihara kemaslahatan umum agar segala
pelaksanaan aktiviti KSI ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada
semua pihak untuk meneruskan kehidupan dengan lebih aman dan harmoni.
22
7.0 Rujukan
• Mohd Adib Abd Muin. “Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam Kalangan Usahawan: Kajian Terhadap Usahawan Sosial
Berjaya Muslim di Malaysia”. (Tesis Ijazah Kedoktoran). Universiti Malaysia Perlis, 2017.
• Muhammad Syukri Salleh. Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam untuk Penyelidikan Berkaitan Islam. (Islamic Research
Methodology for Islamic Related Researchers). Pulau Pinang: Penerbit USM, 2011.
• Abu Ghuddah, ‘Abd al-Sattar. Buhus Fi al-Fiqh al-Tibb Wa al-Sihhat al-Nafsiyyah Min Manzur Islamiyy. Beirut: Dar al-
Aqsa, 1992.
• Imam Jalaluddin Abdul Rahman Abi Bakr, as-Suyuti, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Syafi’I (Ashbahu Wa al-
Nadhair Fi Qawa’id al-Fiqhiyyah) (Penterjemah Mardhiya Mukhtar). Selangor: Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2016.
• Muhammad Sidqi bin Ahmad, al-Burnu al-Harith al-Ghazzi. Mawsu’at al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Riyadh: Maktabah al-
Tawbah, 1997.
• Abi al-Fadl jamal al-Din Muhammad Mukarram, Ibn Manzur. Lisan al’Arab. Beirut: Dar al-Sadir. 1990.
• Ibrahim Mustafa. Al-Mu’jam al-wasit. Turki: Maktabah al-Islamiyyah. 1960.
• Al-Baydawi, al-Qadi. Minhaj al-wasul ila ‘Ilm as-Usul. Jil 1. Beirut: Dar al-Kulliyat al-Azhariyyah. (t.t).
• Jalal al-Din Abd Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti, Al-Asybah wa al-Nazair fi Qawaid wa furu’ al-Syafi’iyyah. Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 1983.
• Abdul Manan Ismail. Kajian Syariah dan Undang-Undang-Siri 2/2005
• Ibn Kathir, `Imad al-Din Abi Fada' Ismail Ibn `Umar. Tafsir Ibn Kathir, jil. 1,2,3,4,5,6,7,8. Beirut: Dar al-Fikr. 1980.
• Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizan bahari, A. J. Ramli, N. S. Hussin, Jamsari Jamaluddin & Z. Ahmad.
“Model of Islamic Social Entrepreneurship: A Study on Successful Muslim Social Entrepreneur in Malaysia.” MATEC Web
Conf. Vol. 150, (2018) 05093, pp. 1-6. doi.org/10.1051/matecconf/201815005093 Malaysia Technical Universities
Conference on Engineering and Technology (MUCET 2017).
• Al-Qur’an al-Karim. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an (Cetakan ke-22). Kuala Lumpur: Darul Fikir.
1980.
• Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Ja’fiy, al-Bukhari. Sahih al-Bukhari (Penterjemah Muhammad Iqbal)
Jil. 1,2,3,4,5. Jakarta: Pustaka as-Sunnah, 2010.
• Abu al-Husain Muslim bin al-hajjaj al-Qusyairi an Naisburi. Sahih Muslim (Penterjemah Dede Ishaq Munawar), Jil 1,2,3,4.
Jakarta: Pustaka as-Sunnah, 2010.
• Ahmad ibn hanbal. Al-Musnad. Jil 5. Beirut: Alam al-Kutub, 1998.
23
Sekian, terima kasih.
24

Contenu connexe

Tendances

Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyarezz_ally
 
Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Cahaya Hidupku
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalatsalmy1001
 
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Shafiefie Fey
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Teori Hak dalam Islam
Teori Hak dalam IslamTeori Hak dalam Islam
Teori Hak dalam Islamsalmy1001
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAhmad Zaki Abdul Latiff
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatShahidan Aziz
 

Tendances (20)

Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah
 
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
Tafsir al quran al-’azim ( Ibnu Katsir )
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Qiyas
QiyasQiyas
Qiyas
 
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Teori Hak dalam Islam
Teori Hak dalam IslamTeori Hak dalam Islam
Teori Hak dalam Islam
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalat
 

Similaire à Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)

Makalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docx
Makalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docxMakalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docx
Makalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docxmediapro5
 
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULAMAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULAAmiruddin Ahmad
 
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptxSYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptxAyubSantoso
 
Topik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptx
Topik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptxTopik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptx
Topik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptxssuser31519f
 
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANUITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANsakura rena
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAHAmiruddin Ahmad
 
perkembangan maslalahah.pdf
perkembangan maslalahah.pdfperkembangan maslalahah.pdf
perkembangan maslalahah.pdfEkoPriyojadmiko
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Nurul Ashwad
 
Presentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail FiqhiyahPresentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail FiqhiyahMarhamah Saleh
 
Slide bahagian 3 a170849
Slide bahagian 3 a170849Slide bahagian 3 a170849
Slide bahagian 3 a170849FakhriIrfan
 
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptLim Salawat
 
Ppt kel. 11 Etika Profesi
Ppt kel. 11 Etika ProfesiPpt kel. 11 Etika Profesi
Ppt kel. 11 Etika ProfesiRikza Dewi
 

Similaire à Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI) (20)

Qawaidul Fiqh
Qawaidul FiqhQawaidul Fiqh
Qawaidul Fiqh
 
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.docKE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
 
Kuliah usul fiqh sb
Kuliah usul fiqh sbKuliah usul fiqh sb
Kuliah usul fiqh sb
 
Makalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docx
Makalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docxMakalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docx
Makalah Qowaid Fiqihiyyah Kl.4 HTN1.Smt6.docx
 
ETIKA DAN ISLAM
ETIKA DAN ISLAMETIKA DAN ISLAM
ETIKA DAN ISLAM
 
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULAMAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
 
Masolih
MasolihMasolih
Masolih
 
Modul 1
Modul   1Modul   1
Modul 1
 
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptxSYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
SYARIAH-IBADAH-MUAMALAH.pptx
 
Topik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptx
Topik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptxTopik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptx
Topik 1 PENGENALAN KEPADA ETIKA PERNIAGAAN.pptx
 
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANUITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
 
perkembangan maslalahah.pdf
perkembangan maslalahah.pdfperkembangan maslalahah.pdf
perkembangan maslalahah.pdf
 
Maqasid syarak
Maqasid syarakMaqasid syarak
Maqasid syarak
 
Kaedahfiqh
Kaedahfiqh Kaedahfiqh
Kaedahfiqh
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
 
Presentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail FiqhiyahPresentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
 
Slide bahagian 3 a170849
Slide bahagian 3 a170849Slide bahagian 3 a170849
Slide bahagian 3 a170849
 
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
 
Ppt kel. 11 Etika Profesi
Ppt kel. 11 Etika ProfesiPpt kel. 11 Etika Profesi
Ppt kel. 11 Etika Profesi
 

Plus de Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia

Plus de Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia (20)

CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptxCU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
 
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan KakitanganCU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
 
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
 
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptxCU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
 
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptxCU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
 
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
 
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
 
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdfCU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
 
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptxCU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
 
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptxCU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
 
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdfBAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
 
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
 
CHAPTER 9.pptx
CHAPTER 9.pptxCHAPTER 9.pptx
CHAPTER 9.pptx
 
Pentingkah Aku!!
Pentingkah Aku!!Pentingkah Aku!!
Pentingkah Aku!!
 
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptxPemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
 
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic PerspectiveCHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
 
CHAPTER 7: Controlling in Islam
CHAPTER 7: Controlling in IslamCHAPTER 7: Controlling in Islam
CHAPTER 7: Controlling in Islam
 
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdfDR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
 
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdfTazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
 
TAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdf
TAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdfTAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdf
TAKLIMAT Pelajar Baru A221 by Kapt Dr Mohd Adib Abd Muin.pdf
 

Dernier

005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt
005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt
005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.pptIjlalMaulana1
 
PPT DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptx
PPT  DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptxPPT  DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptx
PPT DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptxvickrygaluh59
 
1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx
1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx
1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptxAndiAzhar9
 
KELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdf
KELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdfKELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdf
KELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdfPritaRatuliu
 
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda KetahuiPanduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda KetahuiHaseebBashir5
 
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptxPraktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptxEndah261450
 
[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat
[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat
[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Baratsenapananginterbaik2
 
WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...
WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...
WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...gamal imron khoirudin
 
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogelmenang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogelHaseebBashir5
 
PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024
PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024
PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024DarmiePootwo
 
saw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
saw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasaw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
saw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaNovaRuwanti
 

Dernier (11)

005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt
005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt
005 ppt elastisitas-permintaan-dan-penawaran.ppt
 
PPT DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptx
PPT  DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptxPPT  DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptx
PPT DENIES SUSANTO AHLI MADYA BANGUNAN PERAWATAN GEDUNG 1.pptx
 
1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx
1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx
1.-Ruang-Lingkup-Studi-Kelayakan-Bisnis-2.pptx
 
KELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdf
KELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdfKELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdf
KELOMPOK 7_ANALISIS INVESTASI PUBLIK.pdf
 
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda KetahuiPanduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
 
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptxPraktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
 
[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat
[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat
[BEST PRICE] Senapan Angin Dengan Teleskopik Kalimantan Barat
 
WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...
WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...
WA/TELP : 0822-3006-6162, Toko Box Delivery Sayur, Toko Box Delivery Donat, T...
 
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogelmenang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
 
PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024
PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024
PROGRAM WALI KELAS TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
saw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
saw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasaw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
saw method aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 

Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)

  • 1. Kaedah Fiqh Dalam Keusahawanan Sosial Islam: Satu Pengenalan Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizah Che Omar, Aemy Aziz, Muhammad Anas Ibrahim 27hb Jun 2018/ 13 Syawal 1439H THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018) 1
  • 2. Isi Kandungan: 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif Kajian 3.0 Kaedah Penyelidikan 4.0 Lima (5) Kaedah fiqh Umum 5.0 Aplikasi kaedah fiqh dalam KSI 6.0 Kesimpulan 7.0 Rujukan 2
  • 3. 1.0 Pengenalan • Keusahawanan sosial Islam (KSI) merupakan salah satu cabang muamalat dalam meningkatkan ekonomi ummah. • KSI juga adalah aktiviti keusahawanan yang berorientasikan matlamat sosial berlandaskan kepada sumber hukum utama iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. • Keperluan kajian kaedah fiqh dalam KSI untuk dijadikan asas dan panduan kepada usahawan sosial untuk melaksanakan aktiviti KSI secara holistik. • Kertas kerja ini merupakan kajian awal (concept paper) untuk mencetuskan idea dalam bidang KSI. 3
  • 4. Samb… Allah SWT berfirman yang bermaksud seperti berikut:“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah SWT Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”. (al-Baqarah, 2:261) 4
  • 5. 2.0 Objektif Kajian • Objektif Kajian ini dijalankan untuk melihat kaedah fiqh umum dalam melaksanakan aktiviti KSI. • Objektif khusus adalah menghuraikan beberapa dalil al-Qur’an dan as-Sunnah serta pandangan jumhur ulamak berkenaan kaedah fiqh agar boleh dijadikan panduan kepada usahawan sosial. 5
  • 6. 3.0 Kaedah Penyelidikan • Berdasarkan kaedah epistimologi Islam dengan berpandukan sumber wahyu al-Qur’an dan as-Sunnah. • Kaedah perpustakaan dan analisis kandungan kajian-kajian lepas. 6
  • 7. 4.0 Lima (5) Kaedah Fiqh Umum • Pengertian Kaedah fiqh: merupakan rangkuman prinsip yang telah dilaksanakan oleh syarak, malah ia dibuat melalui pandangan para ulamak mujtahid untuk memudahkan proses merujuk sesuatu masalah yang berlaku dalam bidang fiqh kepada prinsip-prinsip syarak. Kaedah fiqh tidak dianggap sebagai dalil syarak yang akan menentukan sesuatu hukum, malah sebaliknya adalah satu keputusan yang dibuat untuk menghasilkan rumusan dalam perundangan yang begitu teliti terhadap hukum fiqh yang pelbagai. Selain dari itu, ia dijadikan sebagai satu metod untuk memudahkan seseorang itu mengingati, meneliti, menguasai dan memahami pelbagai hukum hakam fiqh (Abu Ghuddah, 1992). 7
  • 8. Samb…. • Kaedah fiqh dalam bahasa Arab adalah al-Qa’idah yang membawa maksud asas dan setiap perkara yang dijadikan dasar kepada sesuatu dan asalnya. Kaedah juga adalah usul bagi sesuatu perkara sama ada dapat dilihat dan disentuh oleh pancaindera seperti asas binaan atau seperti asas agama yang dicapai melalui pemikiran. • Dari sudut istilah kaedah ialah hukum serta perkara menyeluruh yang dipraktikkan terhadap semua masalah bahagian-bahagiannya (As-Suyuti, 1983). • Perkataan fiqh dari segi bahasa ialah memahami, memikirkan sesuatu dan mempelajari (Ibn Manzur, 1990). Dalam istilah bahasa Arab fiqh membawa maksud kefahaman, kepintaran, keilmuan dan kebijaksanaan (Ibrahim Mustafa, 1960). Menurut dari segi istilah fiqh ialah mengetahui pelbagai hukum hakam amali dalam syariat yang diambil daripada dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah secara terperinci (al-Baydawi, t.t). 8
  • 9. Samb…. • Pemakaian kaedah fiqh ini merupakan sumber hukum yang dapat menjelaskan kedudukan sesuatu keadaan yang dilakukan oleh usahawan sosial dalam KSI. Berdasarkan kaedah fiqh tersebut, terdapat lima kaedah asas yang terkenal dan digunakan secara meluas dalam kebanyakkan permasalahan fiqh dan disepakati penerimaanya oleh jumhur ulamak dari pelbagai mazhab fiqh iaitu (as-Suyuti, 1983): 1. Al-Umur bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat) 2. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan) 3. Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir (Kesukaran membawa kemudahan) 4. Al-Darar Yuzalu (Bahaya mesti dihapuskan) 5. Al-Adah Muhakkamah (Adat dijadikan hukum) 9
  • 10. 5.0 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam KSI 1. Al-Umur bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat) 2. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan) 3. Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir (Kesukaran membawa kemudahan) 4. Al-Darar Yuzalu (Bahaya mesti dihapuskan) 5. Al-Adah Muhakkamah (Adat dijadikan hukum) 10
  • 11. 5.1 Al-Umur bi Maqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat) • Kaedah pertama ini membawa maksud bahawa sesuatu perbuatan tidak dikira selagimana tidak disertakan dengan niat. Niat seseorang itu akan menentukan sama ada sesuatu perkara yang dilakukan itu halal atau haram, sah atau batal. Terdapat tiga peranan niat yang utama iaitu: i. Membezakan ibadat dan adat ii. Membezakan peringkat-peringkat ibadat fardu dan sunat iii. Membezakan perbuatan ikhlas dan riya’ 11
  • 12. 5.1.1 Contoh-Contoh Kaedah Fiqh dalam KSI • Berniat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata untuk mendapat keberkatan dan ketakwaan di dunia dan akhirat. • Berniat untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah sosial agar mereka semua terbela dan dapat meneruskan kehidupan seterusnya dengan baik, aman dan harmoni. • Berniat untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi golongan masyarakat yang memerlukan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, memberikan latihan percuma, menawarkan biasiswa pendidikan dan membina kemudahan awam di tempat tinggal luar bandar. • Berniat untuk menjadikan keusahawanan dan perniagaan sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjadikan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai contoh ikutan terbaik sepanjang zaman. • Berniat untuk mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat melalui aktiviti KSI yang berlandaskan konsep khalifah, konsep persaudaraan, konsep jihad ekonomi, konsep keadilan dan keseimbangan, konsep memenuhi keperluan sosial masyarakat, konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi, konsep al-falah, konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan, konsep jaminan sosial, konsep peningkatan ekonomi ummah, konsep zakat dan wakaf, konsep sedekah dan barakah, dan konsep sentiasa mengutamakan solat berjemaah, solat dimasjid, berdoa dan sentiasa hadir ke masjid. 12
  • 13. 5.2 Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan) • Kaedah kedua ini adalah Al-Yaqin la Yuzalu Bi al-Shakk (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan) iaitu perbincangan tentang yakin, kepercayaan yang sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan dan ketentutan. Syak pula didefinisikan sebagai rasa kurang yakin, curiga, sangsi dan was-was. Pengertian yakin menurut kamus bahasa Melayu ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak) lagi, pasti benar (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat). 13
  • 14. 5.2.1 Contoh-contoh kaedah Fiqh dalam KSI • Jika usahawan sosial mengetahui terdapat sesuatu yang haram dalam harta yang diperolehinya, tetapi tidak diketahui secara jelas bahagian ataupun jumlah bahagian yang haram, maka dalam situasi tersebut tidak diharamkan untuk usahawan sosial meneruskan aktiviti muamalat dan urusniaga serta melakukan aktiviti KSI secara biasa kerana keyakinan tidak dihapuskan dengan ketidakpastian atau keraguan. • Menurut Syaikh Abu Hamid al-Isfirayini bermuamalat dengan orang yang sebahagian besar hartanya haram dan tidak terbukti yang diambil daripada hartanya itu merupakan harta yang haram, maka tidak haram jual beli transaksi dengannya kerana kemungkinan halal dan ketidakjelasan yang haram. Akan tetapi, hal ini dimakruhkan, kerana khuatir terjerumus kepada yang haram . • Usahawan sosial kemungkinan merasa ragu terhadap jumlah pemberian atau penawaran dalam muamalat terutamanya terlibat dengan aktiviti KSI kepada orang Islam dan juga bukan Islam, maka seeloknya usahawan sosial berfikiran secara yakin bahawa amalan KSI yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT kerana melakukan perkara yang baik seperti mana yang telah dianjurkan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah agar setiap orang beriman dan bertakwa kena memastikan agar sentiasa melakukan perkara yang boleh meningkatkan keimanan, ketakwaan dan melakukan sifat- sifat ihsan untuk menjaga hubungan manusia dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. 14
  • 15. 5.3 Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir (Kesukaran membawa kemudahan) • Kaedah ketiga ini secara umumnya membawa pengertian hukum hakam yang mendatangkan kesukaran untuk dilaksanakan oleh mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk memjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya) akan diringankan cara pelaksanaannya oleh Syarak. Tidak semua kesukaran diberikan keringanan, hanya ada beberapa kesukaran sahaja yang dibenarkan iaitu: i. Kesukaran yang tidak dapat dielakkan dalam menjalani ibadat. ii. Kesukaran yang biasanya dapat dielakkan dalam menjalani ibadat seperti kesukaran besar (melibatkan kehilangan nyawa, agama, akal, keturunan dan harta), kesukaran kecil dan kesukaran sederhana. 15
  • 16. 5.3.1 Contoh Kaedah Fiqh dalam KSI • Pensyariatan iqalah, hawalah, gadai, dhaman, ibra’, qard, syirkah, shulh, hajr, wakalah, ijarah, musaqah, qiradh, ‘ariyah, wadi’ah, kerana adanya kesukaran jika setiap satu harus menggunakan apa yang menjadi miliknya sahaja. Menurut Syaikh Izzudin Ibn Abdissalam yang menyatakan bahawa salah satu daripada enam jenis takhfif syarak iaitu takhfif taqdim (keringanan dalam bentuk mendahulukan) seperti contoh mendahulukan zakat atas haul, mendahulukan zakat fitrah di bulan Ramadan dan membayar kaffarah atas pelanggaran sumpah. • Oleh itu, usahawan sosial boleh melaksanakan konsep zakat berdasarkan pandangan ini dalam aktiviti KSI secara holistik. Hal ini kerana mendahulukan zakat terhadap institusi zakat dapat membantu meringankan bebanan golongan asnaf fakir dan miskin terutamanya. 16
  • 17. 5.4 Al-Darar Yuzalu (Bahaya mesti dihapuskan) • Kaedah keempat ini adalah bahaya mesti dihapuskan. Ia diaplikasikan dalam pelbagai isu fiqh, dengan kata lain ia berkait rapat dengan maqasid syariah al-khomsah dengan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kaedah ini menjelaskan tentang segala bahaya mesti ditegah, dielak dan diharamkan, ia termasuk bahaya yang umum dan khusus. Secara asasnya kaedah fiqh dalam kategori ini berpandukan pelbagai nas syarak yang menegah daripada berlaku kemudaratan dalam sebarang tindakan. Kaedah ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada mudarat dan tidak dibenarkan membalas dengan kemudaratan.” (Riwayat al-Bayhaqi, 1994 no hadis 11384). Terdapat beberapa kategori bahaya atau kemudaratan yang dibincangkan iaitu: i. Al-Darar Yuzal: Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan. ii. Al-Darar Yudfa bi qadr al-Imkan: Mudarat itu ditolak dengan kadar yang boleh. iii. Al-Darar la Yuzal bi al-Darar: Mudarat itu tidak boleh dihilangkan dengan mudarat umpamanya. 17
  • 18. 5.4.1 Contoh-contoh Kaedah Fiqh dalam KSI • Apabila seseorang yang muflis menggadaikan barang yang dijual, menanami tanah atau membangunkan bangunan di atasnya, maka penjual tidak boleh menarik kembali dalam hal gadai yang sah, kerana hal ini mengakibatkan sesuatu yang tidak baik bagi yang menerima gadai. Demikian juga dalam masalah penanaman atau pendirian bangunan. Tanaman dan bangunan tetap menjadi milik orang yang muflis itu. Hal ini kerana tanaman boleh mengurangkan harga tanah dan menjadikan kesan negatif bagi dirinya dan orang-orang yang berhutang dengannya. • Jika seseorang memiliki sepuluh buah rumah yang tidak layak dihuni dan bakinya milik orang lain serta yang lebih banyak meminta bahagiannya, maka permintaannya itu boleh dikabulkan menurut pendapat yang paling sahih, meskipun hal ini menimbulkan impak atau kesan negatif bagi syarikatnya. • Usahawan sosial yang melaksanakan aktiviti KSI melalui akad ijarah dan tabaruat perlu memastikan bahawa setiap individu yang berakad tersebut adalah bukan penjenayah atau penjahat yang boleh mendatangkan kemudaratan atau bahaya di kemudian hari. 18
  • 19. 5.5 Al-Adah Muhakkamah (Adat dijadikan hukum) • Kaedah kelima dan juga terakhir ini adalah adat dijadikan hukum. Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Kaedah ini bermaksud bahawa adat sesuatu masyarakat yang tidak bertentangan dengan nas syarak boleh diambil kira dalam menentukan hukum syarak (al-Ghazi, 1997). Akan tetapi terdapat beberapa syarat dan kriteria yang perlu difahami untuk menerima adat sebagai penentu hukum iaitu (as- Suyuti, 1983): i. Adat tersebut perlu konsisten dan diterima oleh majoriti masyarakat. Contoh lafaz ijab dan qabul dalam transaksi jual beli dan perkataan daging yang merujuk daging lembu. ii. Tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, jika berlawanan dengan nas al-Qur’an dan as-Sunnah maka ia ditolak. Sebagai contoh adat masyarakat berkahwin wajib memakai inai, meminum arak, berzina dan seumpamanya. iii. Ia diterima pakai selagi tidak dipersetujui sebaliknya. • Beberapa kaedah fiqh telah digariskan bagi menunjukkan implikasi adat setempat dalam kalangan masyarakat antaranya adalah seperti berikut: i. Al-Adat Muhakkamah: Adalah adat itu dijadikan hukum. ii. Al-Ma’ruf ‘urfan ka al-Mashrut Shartan: Yang makruf dan masyur pada ahli uruf (adat setempat) itu seperti yang disyaratkan. iii. La yunkar taghayyur al-Ahkam bi taghayyur al-Azman: Tidak boleh diingkarkan berubah hukum itu disebabkan berubah masa. 19
  • 20. 5.5.1 Contoh-contoh Kaedah Fiqh dalam KSI • Kebiasaan memberi hadiah sebelum seseorang menjawat jawatan. Ibn al-Subuki mengatakan, “Saya tidak menemui adanya pendapat yang boleh dikutip tentang hal ini, dengan apa kebiasaan itu boleh dikukuhkan.” Lebih lanjut beliau mengatakan, “Perkataan ashab al-Syafie menyifatkan bahawa kebiasaan itu boleh kukuh dengan sekali pemberian sahaja.” Oleh kerana itu, al-Rafi’i menegaskan hal ini dengan mengatakan, “Hadiah itu perlu diperhatikan sebelumnya, dan perhatian itu cukup dengan sekali sahaja”. • Berdasarkan pandangan sarjana Islam tersebut jelas menunjukkan bahawa usahawan sosial yang melaksanakan konsep tabaruat (melibatkan satu pihak sahaja menerima tanpa syarat) perlu memberikan hadiah atau hibah kepada masyarakat secara berhati-hati kerana takut ia menjadi rasuah atau syubhah. • Usahawan sosial juga diharuskan melakukan aktiviti KSI terhadap masyarakat tanpa sighah iaitu salah satu rukun jual beli kerana hal yang demikian itu menjadi adat setempat dalam kalangan masyarakat. • Usahawan sosial yang melakukan urusan jualan dengan menggunakan mata wang ringgit dan memutlakkanya, maka yang jatuh ialah mata wang yang berlaku. Apabila kebiasaan menunjukkan kekacauan berlaku pada mata wang tersebut, maka harus ada penjelasan. Apabila tiada penjelasan yang jelas, maka batal urusan jual beli itu. • Apabila usahawan sosial memberikan modal kepada masyarakat untuk aktiviti KSI dengan menggunakan akad mudarabah atau musyarakah telah meninggal dunia dan masyarakat yang terlibat masih lagi boleh meneruskan urusan pekerjaan tersebut, keuntungan perlu dibahagikan di antara pekerja dan waris usahawan sosial tersebut agar kelangsungan aktiviti KSI sentiasa berjalan. 20
  • 21. 6.0 Kesimpulan • Kaedah fiqh ini boleh dijadikan satu rujukan dan panduan khusus kepada usahawan sosial dalam melaksanakan aktiviti KSI secara menyeluruh berdasarkan ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah. Hal ini kerana, usahawan sosial adalah ejen perubahan kepada masyarakat terutamanya dalam meningkatkan ekonomi dan membasmi masalah sosial berlandaskan lunas dan syiar Islam. • Secara tidak langsung usahawan sosial ini menghayati dan mengamalkan konsep berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan. Seperti Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada, pasti Allah SWT akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa atas segala sesuatu” (al-Baqarah. 2:148). 21
  • 22. Samb… • Kefahaman berkaitan kaedah fiqh ini adalah sangat penting untuk dikuasai dan diperhalusi oleh semua usahawan terutama dalam menangani pelbagai isu dan masalah yang melibatkan aktiviti perniagaan dan keusahawan secara langsung ataupun tidak langsung. • Kaedah fiqh dalam KSI ini memerlukan pengkajian, penelitian dan penilaian yang lebih mendalam lagi agar ia menjadi satu karya ilmiah yang bukan hanya kepada golongan akademik bahkan kepada usahawan-usahawan Muslim di luar sana yang ingin menegakkan syiar Islam. • Justeru, sesuai dengan lima kaedah fiqh asas ini perlu diterapkan dalam diri usahawan sosial bagi memelihara kemaslahatan umum agar segala pelaksanaan aktiviti KSI ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada semua pihak untuk meneruskan kehidupan dengan lebih aman dan harmoni. 22
  • 23. 7.0 Rujukan • Mohd Adib Abd Muin. “Amalan Keusahawanan Sosial Islam Dalam Kalangan Usahawan: Kajian Terhadap Usahawan Sosial Berjaya Muslim di Malaysia”. (Tesis Ijazah Kedoktoran). Universiti Malaysia Perlis, 2017. • Muhammad Syukri Salleh. Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam untuk Penyelidikan Berkaitan Islam. (Islamic Research Methodology for Islamic Related Researchers). Pulau Pinang: Penerbit USM, 2011. • Abu Ghuddah, ‘Abd al-Sattar. Buhus Fi al-Fiqh al-Tibb Wa al-Sihhat al-Nafsiyyah Min Manzur Islamiyy. Beirut: Dar al- Aqsa, 1992. • Imam Jalaluddin Abdul Rahman Abi Bakr, as-Suyuti, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Syafi’I (Ashbahu Wa al- Nadhair Fi Qawa’id al-Fiqhiyyah) (Penterjemah Mardhiya Mukhtar). Selangor: Crescent News (KL) Sdn Bhd, 2016. • Muhammad Sidqi bin Ahmad, al-Burnu al-Harith al-Ghazzi. Mawsu’at al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Riyadh: Maktabah al- Tawbah, 1997. • Abi al-Fadl jamal al-Din Muhammad Mukarram, Ibn Manzur. Lisan al’Arab. Beirut: Dar al-Sadir. 1990. • Ibrahim Mustafa. Al-Mu’jam al-wasit. Turki: Maktabah al-Islamiyyah. 1960. • Al-Baydawi, al-Qadi. Minhaj al-wasul ila ‘Ilm as-Usul. Jil 1. Beirut: Dar al-Kulliyat al-Azhariyyah. (t.t). • Jalal al-Din Abd Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti, Al-Asybah wa al-Nazair fi Qawaid wa furu’ al-Syafi’iyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. 1983. • Abdul Manan Ismail. Kajian Syariah dan Undang-Undang-Siri 2/2005 • Ibn Kathir, `Imad al-Din Abi Fada' Ismail Ibn `Umar. Tafsir Ibn Kathir, jil. 1,2,3,4,5,6,7,8. Beirut: Dar al-Fikr. 1980. • Mohd Adib Abd Muin, Shuhairimi Abdullah, Azizan bahari, A. J. Ramli, N. S. Hussin, Jamsari Jamaluddin & Z. Ahmad. “Model of Islamic Social Entrepreneurship: A Study on Successful Muslim Social Entrepreneur in Malaysia.” MATEC Web Conf. Vol. 150, (2018) 05093, pp. 1-6. doi.org/10.1051/matecconf/201815005093 Malaysia Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCET 2017). • Al-Qur’an al-Karim. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an (Cetakan ke-22). Kuala Lumpur: Darul Fikir. 1980. • Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Ja’fiy, al-Bukhari. Sahih al-Bukhari (Penterjemah Muhammad Iqbal) Jil. 1,2,3,4,5. Jakarta: Pustaka as-Sunnah, 2010. • Abu al-Husain Muslim bin al-hajjaj al-Qusyairi an Naisburi. Sahih Muslim (Penterjemah Dede Ishaq Munawar), Jil 1,2,3,4. Jakarta: Pustaka as-Sunnah, 2010. • Ahmad ibn hanbal. Al-Musnad. Jil 5. Beirut: Alam al-Kutub, 1998. 23

Notes de l'éditeur

  1. This template can be used as a starter file to give updates for project milestones. Sections Right-click on a slide to add sections. Sections can help to organize your slides or facilitate collaboration between multiple authors. Notes Use the Notes section for delivery notes or to provide additional details for the audience. View these notes in Presentation View during your presentation. Keep in mind the font size (important for accessibility, visibility, videotaping, and online production) Coordinated colors Pay particular attention to the graphs, charts, and text boxes. Consider that attendees will print in black and white or grayscale. Run a test print to make sure your colors work when printed in pure black and white and grayscale. Graphics, tables, and graphs Keep it simple: If possible, use consistent, non-distracting styles and colors. Label all graphs and tables.
  2. What is the project about? Define the goal of this project Is it similar to projects in the past or is it a new effort? Define the scope of this project Is it an independent project or is it related to other projects? * Note that this slide is not necessary for weekly status meetings
  3. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  4. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  5. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  6. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  7. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  8. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  9. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  10. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  11. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  12. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  13. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  14. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  15. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  16. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.
  17. * If any of these issues caused a schedule delay or need to be discussed further, include details in next slide.