SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang
menganalisis hasil karya yang bertajuk Cerpen Gersang, karya Masniah Kalyubi
iaitu:


1)       Sinopsis

2)       Tema

3)       Persoalan

4)       Watak Dan Perwatakan

            i.   Datuk Tua

            ii. Sumi

5)       Latar

           i. Latar Masa

          ii. Latar Tempat

          iii. Latar Masyarakat

2)       Teknik Penceritaan

3)       Gaya Bahasa

4)       Nilai




                                                                            1
CERPEN GERSANG
                                (Masniah Kalyubi)



SINOPSIS


       Cerpen “Gersang” karya Masniah Kalyubi memaparkan kisah seorang lelaki tua
peminta sedekah yang terjumpa seorang bayi kecil di dalam tong sampah. Bayi itu
dinamainya Sumi. Meskipun teramat tua kerana berusia hampir 100 tahun dan bongkok
pula, namun naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkannya dia gigih memelihara
Sumi dengan penuh kasih sayang. Pada akhirnya, mereka berdua terpaksa hidup
bergelandangan kerana gubuk buruk di kawasan setinggan yang mereka diami akan
diruntuhkan oleh pihak berkuasa untuk tujuan pembangunan.




TEMA


       Cerpen ini bertemakan tentang kasih sayang dan perjuangan hidup seorang lelaki
tua yang bergelut dengan penderitaan dalam mencari rezeki untuk meneruskan
kehidupan. Lelaki tua itu hanya bergantung pada pendapatannya sebagai peminta sedekah
di bandar raya Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan bersama seorang cucunya
yang masih kecil iaitu Sumi. Sumi adalah tempatnya mencurahkan kasih saying
meskipun dia hanyalah bayi buangan yang ditemuinya.




PERSOALAN


1. Persoalan Tentang Kemiskinan Hidup.
Contohnya, datuk tua menyara kehidupan dengan menjadi seorang peminta sedekah dan
dia juga tinggal di sebuah gubuk buruk di kawasan setinggan di kota Kuala Lumpur
bersama dengan seorang anak iaitu Sumi.




                                                                                   2
2. Persoalan Tentang Kasih Sayang.
Contohnya, datuk tua menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya
sendiri dan berusaha untuk membahagiakan Sumi walaupun membesarkannya dengan
hanya memberi makan hasil huluran tin susu tuanya.


3. Persoalan Tentang Pembuangan Bayi.
Contohnya, Sumi telah dijumpai oleh datuk tua di dalam tong sampah dengan keadaan
hanya berbalut dengan lampin.


4. Persoalan Tentang Ketabahan Dalam Menempuh Dugaan Hidup.
Contohnya: dalam menghadapi dugaan hidup walaupun gubuk buruk yang didiaminya
selama ini bersama Sumi di kawasan setinggan telah dirobohkan.


5. Persoalan Tentang Kegigihan Dalam Mencari Rezeki.
Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih
dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun
pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.


6. Persoalan Tentang Keyakinan Akan Tuhan.
Contohnya, datuk tua yakin bahawa walaupun pekerjaannya kini terjejas akibat gubuk
buruknya telah dirobohkan tetapi baginya bumi Allah ini luas dan dia masih boleh
meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki di mana-mana tempat.


8. Persoalan Tentang Kemajuan Pembangunan.
Contohnya, Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang sudah mengecapi kemajuan
pembangunan sehingga menjadikan tempat tersebut lubuk atau pusat pekerjaan penduduk
yang sangat penting. Begitu juga, deretan gubuk buruk yang didiami oleh datuk tua
bersama dengan penghuni-penghuni yang lain telah dirobohkan untuk tujuan
pembangunan.




                                                                                   3
WATAK DAN PERWATAKAN


Datuk Tua
1. Watak utama cerita dalam cerpen ini.
2. Berusia menjangkau satu abad iaitu hampir 100 tahun.
3. Badannya kurus dan sudah bongkok. Dia berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat.
4. Tinggal di gubuk buruk di kawasan setinggan di Kuala Lumpur.
5. Seorang peminta sedekah. Contohnya, datuk tua selalu mengemis di kaki-kaki lima
bandar Kuala Lumpur.
6. Memelihara seorang anak iaitu Sumi yang ditemuinya kerana telah dibuang oleh ibu
bapanya di tong sampah.
7. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang
seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha menunaikan permintaan Sumi dengan
segala kudratnya.
8. Seorang yang gigih. Contohnya, ’meskipun datuk tua sudah teramat tua dan bongkok
pula tetapi dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang dan berusaha mencari
mencari rezeki untuk membesarkannya.’
9. Seorang tua yang mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Contohnya, ’meskipun
datuk tua sudah teramat dan seorang peminta sedekah tetapi dengan naluri kemanusiaan
yang ada pada dirinya, dia sanggup memelihara Sumi yang dibuang oleh ibu bapanya di
tong sampah.’
10. Percaya dan yakin akan Tuhan. Contohnya, ’datuk tua yakin Tuhan akan sentiasa
memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki di mana–mana tempat di bumi ini.’


Sumi
1. Berumur lima tahun.
2. Korban kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya telah dibuang
oleh ibu bapanya di tong sampah dan telah dijumpai oleh datuk tua dengan keadaan yang
hanya berbungkus lampin.
3. Dipelihara oleh datuk tua iaitu seorang peminta sedekah yang sudah berusia.
4. Menyayangi datuk tuanya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat tinggal mereka



                                                                                    4
diruntuhkan, Sumi segera mendapatkan datuk tua kesayangannya walaupun sedang sakit.
Dia tidak mahu datuk tuanya itu terkial-kial sendirian menanggung segala penderitaan
yang dialami.
5. Seorang kanak-kanak yang periang dan mempunyai dua orang kawan iaitu Utih dan
Nana.Sumi juga seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai kesenangan hidup.
Contohnya, Sumi tidak pernah merasai kesenangan hidup lantaran ibu bapanya yang
membuangnya di tong sampah dan kini, hidup bergantung dengan datuk tuanya yang
lemah dan tidak mempunyai apa-apa iaitu mencari rezeki dengan hanya mengemis.




LATAR



(a) Latar Tempat

1. Bandar raya Kuala Lumpur

2. Kaki lima – tempat datuk tua meminta sedekah.

3. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan – tempat datuk tua dan Sumi tinggal.



(b) Latar Masa

1. Waktu tengah hari – keadaan terik panas yang dilalui oleh datuk tua semasa mengemis

di jalanan.

2. Waktu petang -

3. 5 tahun yang lalu – Datuk tua menjumpai bayi yang berbalut dengan lampin di tong

sampah .

4. 20 tahun yang lalu – Detik permulaan datuk tua memulakan kehidupan sebagai seorang

peminta sedekah.




                                                                                    5
(c) Latar Masyarakat

1. Masyarakat kota yang miskin.

Contohnya, datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta

sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai.



2. Masyarakat tua yang gigih.

Contohnya, datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok

masih meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun

sudah teramat tua.



3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan.

Contohnya, masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan

memberi sedekah kepada datuk tua.



4. Masyarakat yang penyayang.

Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang

seperti anak kandungnya sendiri.



5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan.

Contohnya, ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan

berperikemanusiaan kerana membuang anak di tong sampah.




                                                                                         6
6. Masyarakat yang jahil tentang agama.

Contohnya, perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah

memperlihatkan kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah

daging sendiri.



7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk.

Contohnya, setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk

dengan hal dan pekerjaan masing-masing.



8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan.

Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih

merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah tanpa ada

bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya di rumah-rumah kebajikan

orang-orang tua.




                                                                               7
TEKNIK PENCERITAAN


1. Pemerian


  i. Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah kaki
     warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang
     terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan penuh
     penderitaan, membayangkan warna hidupnya. ( halaman 93).
  ii. Datuk tua bersama Sumi berjalan perlahan-lahan beredar. Tidak dihiraukannya lagi
     kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan memilukan. Baginya semua itu
     sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-
     tiba bibir itu mengorak senyum. ( halaman 101)


2. Imbas Muka/ Flashforward


  i. Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi
     masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu merupakan
     petang bagi segala masalah. (halaman 94).
  ii. Datuk tua mengharapkan apabila Sumi sudah melalui peringkat kedewasaan, dia
     dapat hidup sebagai anak merdeka dan berasa bangga hidup di atas bumi. (halaman
     97).


3. Imbas kembali / Flasback


  i. Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan
     tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk
     buruk mereka di tebing sungai. (halaman 94-95).
  ii. Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam
     tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. (halaman 96).
 iii. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang
     ayah dan ibunya kandungnya. (halaman 97).



                                                                                           8
iv. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah tiga hari terbaring di tikar mengkuang
      lusuh kerana sakit. (halaman 97).
  v. Datuk tua teringat akan pesanan Sumi yang menyuruhnya balik cepat pada hari itu.
      (halaman 99)


4. Dialog
- “Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan puluh
tingkat.”
       “Tapi encik…”
       “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (halaman 95).


5. Monolog dalaman
- Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di
manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di
manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana?
Hatinya menjerit. (halaman 96).
- Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya berbicara.
(halaman 97)


6. Monolog
- “Tunggu ya cu, tuk pulang ni!” Dia berbisik sendirian. (halaman 99)


7. Suspens
- Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin hampir
ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya
mati tiba-tiba. (halaman 99).




                                                                                          9
GAYA BAHASA


1. Simile
- Hitam seperti malam.                              (halaman 93)
- Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas.     (halaman 99)


2. Personifikasi.
- Hatinya menjerit. (halaman 96)


3. Sinkof.
- “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!”     (halaman 95).
- - “Balik cepat ya tuk, Sumi takut.”                              (halaman 99)


4. Hiperbola.
- Mengalir air mata darah
- Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. (halaman 94)
5. Metafora
- Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. (halaman 93).


6. Penggunaan bahasa asing.
- Alhamdullilah.       (halaman 94)
- Sore.                (halaman 97)
- buldozer.            (halaman 99)


7. Retoris
- Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-
laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota
yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? (halaman 96).




                                                                                     10
8. Repitisi anafora.
   i. Terbelelenggu oleh kemiskinan. Terbelenggu dengan undang-undang dunia
     ciptaan manusia yang tidak berhati perut.          (halaman 95).
  ii. - Tidak ada susu. Tidak ada kopi.                 (halaman 96).
 iii. - Sudah pandai menanya. Sudah pandai merajuk.     (halaman 97)


9. Paradoks.
- Siang ialah malam. Malam ialah siang. (halaman 97).




NILAI DAN PENGAJARAN


NILAI MURNI
1. Kasih sayang.
Contohnya: Datuk tua yang menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih
sayang seperti anak kandungnya sendiri meskipun Sumi bukanlah anak kandungnya.


2. Tabah.
Contohnya: Datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut
dengan penderitaan hidup akibat kemiskinan.


3. Pemurah.
Contohnya: Segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua
dengan bermurah hati menghulurkan sedekah.


4. Bertanggungjawab.
Contohnya: Datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan
membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.




                                                                                  11
5. Gigih.
Contohnya: Datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan malah bongkok masih
gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya
walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. Bersyukur
Contohnya: Datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada
meminta sedekah daripada orang lain. Apa yang penting baginya, dia dan Sumi boleh
mendapat makanan sebagai penyambung kehidupan.




AMANAT DAN PENGAJARAN


1. Sebagai manusia, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup.
2. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Sikap bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain
adalah sangat penting sebagai manusia.
4. Tanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan
kita. Tanpa tanggungjawab, pasti banyak masalah yang timbul seperti masalah yang
dihadapi oleh watak Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya yang tidak
bertanggungjawab.
5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan
kepada kita. Jika kita berasa hidup kita ini dirundung kepayahan, pasti lebih ramai lagi
manusia yang lebih besar masalahnya. Misalnya watak datuk tua dan Sumi yang
bergantung ihsan warga kota untuk dapat meneruskan hidup.




                                                                                     12

Contenu connexe

En vedette

Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Analisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenAnalisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenizyan bakri
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn CerpenAwang Kelabu
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1ronita67
 
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5Atiqah Yoseob
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015thuvas27
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014filzahsyafiqah
 
Carol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamondsCarol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamondselena_procopio
 
Goodyear et al chapter 16 nov2012
Goodyear et al chapter 16 nov2012Goodyear et al chapter 16 nov2012
Goodyear et al chapter 16 nov2012Peter Goodyear
 
Improve Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineImprove Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineParalegal Rainmakers
 

En vedette (20)

Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Analisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenAnalisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpen
 
3116 proforma
3116 proforma3116 proforma
3116 proforma
 
Bmm
BmmBmm
Bmm
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn Cerpen
 
19. cerpen idola
19. cerpen idola19. cerpen idola
19. cerpen idola
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
 
KOMSAS
KOMSASKOMSAS
KOMSAS
 
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
CERPEN: IDOLA TINGKATAN 5
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
 
Keluarga saya
Keluarga sayaKeluarga saya
Keluarga saya
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Karangan tahun 3
Karangan tahun 3Karangan tahun 3
Karangan tahun 3
 
Carol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamondsCarol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamonds
 
Goodyear et al chapter 16 nov2012
Goodyear et al chapter 16 nov2012Goodyear et al chapter 16 nov2012
Goodyear et al chapter 16 nov2012
 
Improve Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-lineImprove Your Paralegal Skills On-line
Improve Your Paralegal Skills On-line
 
The First 10 Steps to Extreme Self Care
The First 10 Steps to Extreme Self CareThe First 10 Steps to Extreme Self Care
The First 10 Steps to Extreme Self Care
 

Similaire à Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

KALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan Kapitalisme
KALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan KapitalismeKALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan Kapitalisme
KALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan KapitalismeRizky Faisal
 
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"Laila Wati Johari
 
PP Budaya Sunda 12 ER 2022.pptx
PP Budaya Sunda 12  ER 2022.pptxPP Budaya Sunda 12  ER 2022.pptx
PP Budaya Sunda 12 ER 2022.pptxYusrilPerdiansyahN
 
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"Aulia Dina Wulandani
 
Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiAyuFatihah1
 
Harimau! Harimau! - Mochtar Lubis
Harimau! Harimau! - Mochtar LubisHarimau! Harimau! - Mochtar Lubis
Harimau! Harimau! - Mochtar LubisAbdul Muhaemin
 
Ibu dan ceper
Ibu dan ceperIbu dan ceper
Ibu dan ceperMiss Jia
 
Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2Qurrotayunin
 
Ruangan adila radio klasik nasional ini
Ruangan adila radio klasik nasional iniRuangan adila radio klasik nasional ini
Ruangan adila radio klasik nasional iniFaridah Daud
 
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAKESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAZulkiffliKutty
 
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1cikgurusdi
 
Teks cerita rakyat
Teks cerita rakyatTeks cerita rakyat
Teks cerita rakyatpudjotri
 

Similaire à Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi (20)

KALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan Kapitalisme
KALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan KapitalismeKALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan Kapitalisme
KALAM UPI _ Antara Malin, Ibunya Malin, Dan Kapitalisme
 
Krakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustakaKrakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustaka
 
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
Kupasan buku "Kampung Oh kampung"
 
Sivik b4 d5e1
Sivik b4 d5e1Sivik b4 d5e1
Sivik b4 d5e1
 
PP Budaya Sunda 12 ER 2022.pptx
PP Budaya Sunda 12  ER 2022.pptxPP Budaya Sunda 12  ER 2022.pptx
PP Budaya Sunda 12 ER 2022.pptx
 
Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4
 
Cerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan RimbaCerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan Rimba
 
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
 
NOTA BM IB SL
NOTA BM IB SL NOTA BM IB SL
NOTA BM IB SL
 
1
11
1
 
Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padi
 
Harimau! Harimau! - Mochtar Lubis
Harimau! Harimau! - Mochtar LubisHarimau! Harimau! - Mochtar Lubis
Harimau! Harimau! - Mochtar Lubis
 
Cerpen Ibu dan ceper
Cerpen Ibu dan ceperCerpen Ibu dan ceper
Cerpen Ibu dan ceper
 
Ibu dan ceper
Ibu dan ceperIbu dan ceper
Ibu dan ceper
 
Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2
 
Bin7 bab6
Bin7 bab6Bin7 bab6
Bin7 bab6
 
Ruangan adila radio klasik nasional ini
Ruangan adila radio klasik nasional iniRuangan adila radio klasik nasional ini
Ruangan adila radio klasik nasional ini
 
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAKESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
 
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1
 
Teks cerita rakyat
Teks cerita rakyatTeks cerita rakyat
Teks cerita rakyat
 

Plus de Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014Momee Rain
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinMomee Rain
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangMomee Rain
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungMomee Rain
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaMomee Rain
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYAMomee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16Momee Rain
 

Plus de Momee Rain (14)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

  • 1. Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya yang bertajuk Cerpen Gersang, karya Masniah Kalyubi iaitu: 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Datuk Tua ii. Sumi 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 2) Teknik Penceritaan 3) Gaya Bahasa 4) Nilai 1
  • 2. CERPEN GERSANG (Masniah Kalyubi) SINOPSIS Cerpen “Gersang” karya Masniah Kalyubi memaparkan kisah seorang lelaki tua peminta sedekah yang terjumpa seorang bayi kecil di dalam tong sampah. Bayi itu dinamainya Sumi. Meskipun teramat tua kerana berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula, namun naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkannya dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang. Pada akhirnya, mereka berdua terpaksa hidup bergelandangan kerana gubuk buruk di kawasan setinggan yang mereka diami akan diruntuhkan oleh pihak berkuasa untuk tujuan pembangunan. TEMA Cerpen ini bertemakan tentang kasih sayang dan perjuangan hidup seorang lelaki tua yang bergelut dengan penderitaan dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Lelaki tua itu hanya bergantung pada pendapatannya sebagai peminta sedekah di bandar raya Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan bersama seorang cucunya yang masih kecil iaitu Sumi. Sumi adalah tempatnya mencurahkan kasih saying meskipun dia hanyalah bayi buangan yang ditemuinya. PERSOALAN 1. Persoalan Tentang Kemiskinan Hidup. Contohnya, datuk tua menyara kehidupan dengan menjadi seorang peminta sedekah dan dia juga tinggal di sebuah gubuk buruk di kawasan setinggan di kota Kuala Lumpur bersama dengan seorang anak iaitu Sumi. 2
  • 3. 2. Persoalan Tentang Kasih Sayang. Contohnya, datuk tua menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha untuk membahagiakan Sumi walaupun membesarkannya dengan hanya memberi makan hasil huluran tin susu tuanya. 3. Persoalan Tentang Pembuangan Bayi. Contohnya, Sumi telah dijumpai oleh datuk tua di dalam tong sampah dengan keadaan hanya berbalut dengan lampin. 4. Persoalan Tentang Ketabahan Dalam Menempuh Dugaan Hidup. Contohnya: dalam menghadapi dugaan hidup walaupun gubuk buruk yang didiaminya selama ini bersama Sumi di kawasan setinggan telah dirobohkan. 5. Persoalan Tentang Kegigihan Dalam Mencari Rezeki. Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan. 6. Persoalan Tentang Keyakinan Akan Tuhan. Contohnya, datuk tua yakin bahawa walaupun pekerjaannya kini terjejas akibat gubuk buruknya telah dirobohkan tetapi baginya bumi Allah ini luas dan dia masih boleh meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki di mana-mana tempat. 8. Persoalan Tentang Kemajuan Pembangunan. Contohnya, Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang sudah mengecapi kemajuan pembangunan sehingga menjadikan tempat tersebut lubuk atau pusat pekerjaan penduduk yang sangat penting. Begitu juga, deretan gubuk buruk yang didiami oleh datuk tua bersama dengan penghuni-penghuni yang lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan. 3
  • 4. WATAK DAN PERWATAKAN Datuk Tua 1. Watak utama cerita dalam cerpen ini. 2. Berusia menjangkau satu abad iaitu hampir 100 tahun. 3. Badannya kurus dan sudah bongkok. Dia berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat. 4. Tinggal di gubuk buruk di kawasan setinggan di Kuala Lumpur. 5. Seorang peminta sedekah. Contohnya, datuk tua selalu mengemis di kaki-kaki lima bandar Kuala Lumpur. 6. Memelihara seorang anak iaitu Sumi yang ditemuinya kerana telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah. 7. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha menunaikan permintaan Sumi dengan segala kudratnya. 8. Seorang yang gigih. Contohnya, ’meskipun datuk tua sudah teramat tua dan bongkok pula tetapi dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang dan berusaha mencari mencari rezeki untuk membesarkannya.’ 9. Seorang tua yang mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Contohnya, ’meskipun datuk tua sudah teramat dan seorang peminta sedekah tetapi dengan naluri kemanusiaan yang ada pada dirinya, dia sanggup memelihara Sumi yang dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.’ 10. Percaya dan yakin akan Tuhan. Contohnya, ’datuk tua yakin Tuhan akan sentiasa memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki di mana–mana tempat di bumi ini.’ Sumi 1. Berumur lima tahun. 2. Korban kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah dan telah dijumpai oleh datuk tua dengan keadaan yang hanya berbungkus lampin. 3. Dipelihara oleh datuk tua iaitu seorang peminta sedekah yang sudah berusia. 4. Menyayangi datuk tuanya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat tinggal mereka 4
  • 5. diruntuhkan, Sumi segera mendapatkan datuk tua kesayangannya walaupun sedang sakit. Dia tidak mahu datuk tuanya itu terkial-kial sendirian menanggung segala penderitaan yang dialami. 5. Seorang kanak-kanak yang periang dan mempunyai dua orang kawan iaitu Utih dan Nana.Sumi juga seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai kesenangan hidup. Contohnya, Sumi tidak pernah merasai kesenangan hidup lantaran ibu bapanya yang membuangnya di tong sampah dan kini, hidup bergantung dengan datuk tuanya yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa iaitu mencari rezeki dengan hanya mengemis. LATAR (a) Latar Tempat 1. Bandar raya Kuala Lumpur 2. Kaki lima – tempat datuk tua meminta sedekah. 3. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan – tempat datuk tua dan Sumi tinggal. (b) Latar Masa 1. Waktu tengah hari – keadaan terik panas yang dilalui oleh datuk tua semasa mengemis di jalanan. 2. Waktu petang - 3. 5 tahun yang lalu – Datuk tua menjumpai bayi yang berbalut dengan lampin di tong sampah . 4. 20 tahun yang lalu – Detik permulaan datuk tua memulakan kehidupan sebagai seorang peminta sedekah. 5
  • 6. (c) Latar Masyarakat 1. Masyarakat kota yang miskin. Contohnya, datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai. 2. Masyarakat tua yang gigih. Contohnya, datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok masih meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun sudah teramat tua. 3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan. Contohnya, masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan memberi sedekah kepada datuk tua. 4. Masyarakat yang penyayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri. 5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Contohnya, ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kerana membuang anak di tong sampah. 6
  • 7. 6. Masyarakat yang jahil tentang agama. Contohnya, perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah memperlihatkan kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah daging sendiri. 7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk. Contohnya, setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk dengan hal dan pekerjaan masing-masing. 8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan. Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya di rumah-rumah kebajikan orang-orang tua. 7
  • 8. TEKNIK PENCERITAAN 1. Pemerian i. Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah kaki warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. ( halaman 93). ii. Datuk tua bersama Sumi berjalan perlahan-lahan beredar. Tidak dihiraukannya lagi kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan memilukan. Baginya semua itu sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba- tiba bibir itu mengorak senyum. ( halaman 101) 2. Imbas Muka/ Flashforward i. Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu merupakan petang bagi segala masalah. (halaman 94). ii. Datuk tua mengharapkan apabila Sumi sudah melalui peringkat kedewasaan, dia dapat hidup sebagai anak merdeka dan berasa bangga hidup di atas bumi. (halaman 97). 3. Imbas kembali / Flasback i. Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk buruk mereka di tebing sungai. (halaman 94-95). ii. Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. (halaman 96). iii. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang ayah dan ibunya kandungnya. (halaman 97). 8
  • 9. iv. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah tiga hari terbaring di tikar mengkuang lusuh kerana sakit. (halaman 97). v. Datuk tua teringat akan pesanan Sumi yang menyuruhnya balik cepat pada hari itu. (halaman 99) 4. Dialog - “Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan puluh tingkat.” “Tapi encik…” “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (halaman 95). 5. Monolog dalaman - Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? Hatinya menjerit. (halaman 96). - Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya berbicara. (halaman 97) 6. Monolog - “Tunggu ya cu, tuk pulang ni!” Dia berbisik sendirian. (halaman 99) 7. Suspens - Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba. (halaman 99). 9
  • 10. GAYA BAHASA 1. Simile - Hitam seperti malam. (halaman 93) - Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas. (halaman 99) 2. Personifikasi. - Hatinya menjerit. (halaman 96) 3. Sinkof. - “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (halaman 95). - - “Balik cepat ya tuk, Sumi takut.” (halaman 99) 4. Hiperbola. - Mengalir air mata darah - Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. (halaman 94) 5. Metafora - Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. (halaman 93). 6. Penggunaan bahasa asing. - Alhamdullilah. (halaman 94) - Sore. (halaman 97) - buldozer. (halaman 99) 7. Retoris - Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung- laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? (halaman 96). 10
  • 11. 8. Repitisi anafora. i. Terbelelenggu oleh kemiskinan. Terbelenggu dengan undang-undang dunia ciptaan manusia yang tidak berhati perut. (halaman 95). ii. - Tidak ada susu. Tidak ada kopi. (halaman 96). iii. - Sudah pandai menanya. Sudah pandai merajuk. (halaman 97) 9. Paradoks. - Siang ialah malam. Malam ialah siang. (halaman 97). NILAI DAN PENGAJARAN NILAI MURNI 1. Kasih sayang. Contohnya: Datuk tua yang menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri meskipun Sumi bukanlah anak kandungnya. 2. Tabah. Contohnya: Datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut dengan penderitaan hidup akibat kemiskinan. 3. Pemurah. Contohnya: Segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua dengan bermurah hati menghulurkan sedekah. 4. Bertanggungjawab. Contohnya: Datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah. 11
  • 12. 5. Gigih. Contohnya: Datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan malah bongkok masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan. 6. Bersyukur Contohnya: Datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada meminta sedekah daripada orang lain. Apa yang penting baginya, dia dan Sumi boleh mendapat makanan sebagai penyambung kehidupan. AMANAT DAN PENGAJARAN 1. Sebagai manusia, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup. 2. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 3. Sikap bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain adalah sangat penting sebagai manusia. 4. Tanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita. Tanpa tanggungjawab, pasti banyak masalah yang timbul seperti masalah yang dihadapi oleh watak Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. 5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan kepada kita. Jika kita berasa hidup kita ini dirundung kepayahan, pasti lebih ramai lagi manusia yang lebih besar masalahnya. Misalnya watak datuk tua dan Sumi yang bergantung ihsan warga kota untuk dapat meneruskan hidup. 12