Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Pengenalan muzik klasik

1 593 vues

Publié le

muzikal

Publié dans : Divertissement et humour
  • Soyez le premier à commenter

Pengenalan muzik klasik

  1. 1. PENGENALAN MUZIK KLASIK Muzik klasikal ialah satu istilah yang memberi tiga makna yang berbeza:  Muzik tradisi eropah yang berkaitan dengan kebudayaan yang sangat tinggi nilainya; yang amat berbeza denganmuzik popular moden atau muzik tradisi lama (termasuk muzik-muzik tradisi di negara bukan Eropah).  Tradisi Eropah begitu juga yang hampir sama dengan sesetengah tradisi bukan eropah.  Satu bahagian yang terperinci dalam pembangunan tradisi muzik seni eropah yang berakar umbi dari akhir kurun ke-18. Istilah muzik klasikal tidak muncul sehingga awal abad ke-19. Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke Beethoven sebagai salah satu "seni" di dalam zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai penggunaan genre muzik yang bermaksud bukan muzik popular atau muzik tradisi lama. Bahasa Inggeris memberi penjelasan terperinci mengenai perbezaan classic dan classical; di mana classic ialah istilah umum untuk semua bidang (barang lama bermutu tinggi) seperti "motor klasik", "rekod klasik", "lagu klasik", "lampu klasik", "perabot klasik" dan sebagainya, manakala "classical" ialah istilah yang spesifik merujuk kepada muzik simfoni orkestra sahaja. Oleh kerana sesetengah negara memilih untuk menterjemahkan "Classical music" sebagai "Muzik Klasik", pemahaman sebenar perlu dibuat secara terperinci agar pengguna-pengguna bahasa negara tersebut tidak menyamakan muzik klasikal sebagai muzik ciptaan lama seperti "lagu-lagu tradisi", "lagu-lagu rakyat" atau "lagu-lagu evergreen" . Muzik klasikal dan opera masih digubah sehingga ke hari ini. Secara ringkasnya, Muzik klasikal adalah muzik-muzik yang berakar-umbikan tradisi muzik eropah, penggubahan muzik orkestra simfoni dan opera – opera dari akhir kurun ke-18 sehingga ke hari ini. Penggunaan istilah muzik klasikal juga merangkumi muzik teks suci kristian (sacred text) dan muzik konsert (yang menggunakan muzik instrumen orkestra).
  2. 2. KRONOLOGI SEJARAH MUZIK KLASIK  Lagu purba – Muzik yang wujud sebelum tahun 476, iaitu pada ketika zaman kejatuhan empayar Rom. Kebanyakan muzik era tersebut yang wujud hari ini dari adalah dari greek purba.  Muzik era pertengahan – Secara umumnya muncul pada sebelum tahun 1450. Canta monofonik, yang juga dipanggil “plain song” atau canta Gregory, berkembang di sebelah barat dan tengah Eropah pada abad ke-9 dan ke-10. Muzik polifonik (berbilang suara) kemudiannya berkembang dari canta monofonik dari penghujung era pertengahan hingga ke zaman pembaharuan.  Muzik era pembaharuan - Pada sekitar tahun 1450 – 1600; digambarkan sebagai zaman kebangkitan dalam penggunaan instrumen-instrumen muzik dan baris melodi berganda; juga penggunaan alatan muzik bes buat pertama kalinya.  Muzik era barok – Pada sekitar 1600 – 1750; dipelopori oleh penggunan tonal kompleks daripada penggunaan modal, penambahan kaunterpoin dan meningkatkan populariti penggunaan muzik papan kunci seperti alat muzik hapsikord dan organ paip.  Muzik era klasikal - Pada 1750 – 1820; adalah era muzik terpenting yang melahirkan banyak gubahan-gubahan muzik, gaya dan persembahan yang dterima hingga ke hari ini. Era muzik klasikal juga menandakan pengakhiran zaman penggunaan alat muzik hapsikord dan klavikord; digantikan dengan piano yang menjadi alat muzik terpenting untuk gubahan yang kekal sehingga kini.  Muzik era romantis - Pada 1820 – 1910; adalah era di mana amalan-amalan muzik disusun dengan lebih teliti dan lebih sistematik. Peranan muzik juga dikembangkan di dalam budaya hidup dan juga dengan kewujudan institusi-institusi muzik untuk mengekalkan seni kerja muzik dan persembahanan, di samping kelas-kelas pembelajaran muzik. Pada era ini juga, tumpuan lebih banyak diberikan kepada ritma dan melodi; begitu juga elemen-elemen ekspresif dan emosi, selaras dengan idea romantisisme di dalam bentuk seni yang lain.  Muzik impresionisme - Pada 1910-1920; adalah zaman di mana penggubah- penggubah Perancis menggubah dan melahirkan seni yang bertentangan dengan tradisi muzik dan seni Jerman. Seni mereka dibentuk dari aritmia, skala pentatonic, nada panjang, frasa aliran dan penggunaan instrumen bras sebagai bahagian utama untuk penghasilan corak muzik berbanding dengan penggunaan instrumen bertali.  Muzik moden - Dari 1905-1985; adalah era muzik yang agak kompleks di mana terdapat krisis di dalam nilai seni muzik klasikal dan peranannya di dalam kehidupan masakini di
  3. 3. mana para pendengar dan pemuzik telah menjadi lebih cerdik pandai, begitu juga dengan lanjutan dari segi teknik dan teori. Soarang ahli teori, Arnold Schoenberg, di dalam esei beliau "Brahms the Progressive," menegaskan bahawa modenisme melambangkan penolakan atau impak negatif di dalam kaedah penggubahan muzik klasikal.  Muzik klasikal abad ke-20 - Biasanya dikenali sebagai era muzik yang mana terdapat pilihan yang lebih besar untuk corak lama era muzik romantis sehingga ke tahun 1999, termasuk penggubahan muzik di akhir era romantis, era muzik moden dan di permulaan era muzik moden.
  4. 4. BIOGRAFI KOMPOSER (Wolfgang Amadeus Mozart Johannes) Pada tanggal 27 Januari 1756, Wolfgang Amadeus Mozart, seorang pemuzik dunia termasyhur, telah lahir ke dunia di kota Salzburg Austria. Nama asal Wolfgang Amadeus Mozart Johannes ialah Chrysostomus Wolfgangus Gottlieb Mozart, beliau meninggal di Wina, Austria, pada 5 Desember 1791 pada usia 35 tahun). Beliau merupakan seorang pengubah lagu yang terkenal pada zaman itu. Beliau dianggap sebagai salah satu daripada pencipta muzik klasik Eropah yang terpenting dan paling terkenal dalam sejarah. Mozart, yang terkenal memiliki kemampuan tala bunyi (mengenal nada dengan tepat tanpa bantuan alat). Beliau mengenal muzik sejak lahir. Ayahnya, Johann Georg Leopold Mozart adalah pengubah penting pada zamannya. Salah satu karyanya yang paling penting adalah Kindersinfonie (“Simfoni Anak-Anak”). Wolfgang adalah anak bongsu dari tujuh beradik yang bertahan hidup sampai dewasa. Sewaktu berumur empat tahun, Mozart sudah mampu memainkan harpsichord dan melakukan improvisasi pada karya-karya muzik terdahulunya. Beliau menulis lagu yang pertama ketika berusia lima tahun dan dalam usia muda ini, beliau telah mahir menguasai biola. Tahun 1767, pada saat Mozart berusia sebelas tahun, ia telah menulis karya opera pertamanya yang berjudul La Finta Semplice untuk dihadiahkan kepada Kaisar. Mozart menghabiskan usianya di kota Wina sejak berusia 25 tahun Mozart pernah bermain piano di hadapan Raja Bayern di München. Beliau dibawa olah ayahnya untuk bermain sebagai memperkenalkan bakat beliau dalam permainan alat muzik. Pada bulan September 1762, Leopold mengambil cuti panjang dari jabatannya untuk mempromosikan anaknya kepada raja-raja. Mereka berangkat ke Wina. Di sana Mozart bermain piano di depan Ratu Maria Theresia yang terpukau akan kepakaran dan kepandaian permainan Mozart dan Nannerl. Setelah konsert ini, Mozart pula perlu mengikuti konsert yang cukup panjang selama tiga tahun iaitu Paris (1763, 1765) dan London (1764-1765). Di tempat-tempat tersebut, Mozart mengadakan konsert di hadapan raja-raja dan juga diuji oleh mereka. Antara lain dengan mengimprovisasi tema-tema yang diberikan oleh penguji dengan mata yang ditutup sehelai kain. Mozart diberi gelaran sebagai “Anak Ajaib” di segala tempat.
  5. 5. Walaupun Mozart seorang yang bijak dalam mencipta muzik, ternyata beliau juga mempunyai kehidupan yang menarik, terutama dalam hubungannya dengan ayahnya, Leopold Mozart--seorang pemuzik professional yang berpendidikan tinggi. Mozart seorang anak yang baik dan taat kepada ayah dan keluarganya. Keluarga Mozart memegang teguh nilai-nilai murni seperti bekerja keras, jujur, setia pada pasangan, dan cepat mengotakan janji. Leopold Mozart bukan sahaja ayah malah merupakan seorang. penasihat, setiausaha pembimbing, guru, dan idola kepada Mozart. Mozart tahu siapa yang paling berjasa bagi dirinya: "sesudah Tuhan", katanya, "Papa-lah yang paling banyak berjasa." Walaupun kadang-kala dengan kesabaran dan kerendahan hati yang menyentuh, ia menangkis tuduhan kasar ayahnya yang hampir selalu tanpa dasar menduga Mozart melakukan kesalahan atau kekeliruan tertentu. "Aku hanya memiliki satu permintaan," tulisnya dengan nada sedih pada akhir 1777, ketika usianya hampir dua puluh dua, "janganlah terlalu berprasangka buruk tentang diriku.". Walau bagaimanapun Mozart sangat menghormati bapanya. Simfoni-simfoni dari Bach dan Carl Friedrich Abel mempengaruhi simfoni-simfoni Mozart yang pertama (K.16 & K.19), yang pada tahun 1764 & 1765. Pada 1767, Mozart menggubah beberapa piano sonata dari pengubah-pegubah lain dan membuatnya menjadi empat buah piano Concerto pertamanya (K.37, K.39, K.40, K.41). Pada tahun 1768, atas permintaan Kaisar Wina, Mozart menggubah Opera buffa, La Finta Semplice (namun tak dipentaskan) dan operetta Bastien und Bastienne. Dalam masa hidupnya yang singkat itu, ia menghasilkan karya muzik yang sangat banyak, dan yang paling terkenal adalah konsert piano berjudul simfoni no 17 dalam G major, no. 20 dalam D minor, dan no. 21 dalam C major. Pada tahun 1769, Mozart mengadakan perjalanan ke Itali. Mozart sangat produktif dalam arena gubahan dan penciptaan. Dia menggubah opera Mitridati, rè di Ponto (1770) dan Lucia Silla (1772). Kedua-duanya mendapat kejayaan besar dalam pertunjukannya di Milano. Mozart juga mencipta banyak simfoni selama perjalanan itu, dan dipengaruhi para komposer-komposer itali seperti Sammartini. Di Bologna, Mozart juga mempelajari Kontrapung pada guru komposer yang paling terkenal pada masa itu, iaitu Padre Martini.
  6. 6. Mozart adalah pemuzik dan komposer besar. Menurut Robert Schumann, Mozart merupakan salah seorang daripada tiga genius muzik bersama Ludwig van Beethoven dan Johann Sebastian Bach. Pencapaiannya dianggap setingkat dengan prestasi Raphael dan Shakespeare di bidangnya. Ada juga yang menyebut salah satu jenius terbesar dalam budaya Barat. Mozart kecil, Si Anak Ajaib yang dikenal sebagai pencipta Eine Kleine Nachtmusik, juga simfoni, konsert, opera, dan sonata, bak sebutir bintang nan amat gemerlapan di angkasa muzik. Bukan saja muzik-muzik gubahannya mempesona, tapi ia juga melambangkan kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Gelaran "Sang Maestro Mozart" diberikan kepadanya ketika usianya belum genap lapan tahun. Beliau merupakan seorang komposer, yang menjadi "anak kecil" di bawah bayang-bayang ayahnya. Dalam masa yang singkat beliau telah mencipta pelbagai genre muzik. Semua muzik vocal dan instrumental beliau didapati sangat merdu muziknya berkualiti, lembut dan seimbang dari aspek harmoni. Bagi Mozart yang bijak dan pencinta muzik ini, muzik adalah mudah kerana seakan lahir begitu saja dan mengalir indah, dengan style yang boleh dikatakan sempurna. Pendengar muzik Mozart memberikan pandangan yang sama. Kemasyhuran Mozart di bidang muzik menyebabkan nama beliau selain Johann Sebastian Bach sering dijadikan tema festival di seluruh dunia, hingga kini. Seniman besar sepanjang abad ini mewarisi dunia dengan karya muzik dalam jumlah dan nilai keindahan yang luar biasa. Kini, penghargaan dan festival muzik di seluruh dunia semakin banyak. menggunakan namanya. Penghormatan dan penghargaan kian meluas.
  7. 7. KARYA MOZART Dalam masa hidupnya yang singkat itu, ia menghasilkan karya muzik yang sangat banyak, dan yang paling terkenal adalah konsert piano berjudul simfoni no 17 dalam G major, no. 20 dalam D minor, dan no. 21 dalam C major. Salah satu lagu yang terkenal beliau adalah Symphony 40 K550 in G minor. Ciri yang jelas yang terdapat dalam muzik Mozart ialah kejelasan dan kemerduan melodi, keseimbangan dan mudah. Ini dapat kita lihat dalam Symphony 40 K550 in G minor KARYA MOZART KETIKA KANAK-KANAK (1764–1771) 1. Symphony No. 1 in E-flat major, K. 16 2. Symphony No. 2 in B-flat major, K. 17 3. Symphony No. 3 in E-flat major, K. 18 4. Symphony No. 4 in D major, K. 19 5. Symphony No. 5 in B-flat major, K. 22 6. Symphony No. 6 in F major, K. 43 7. Symphony No. 7 in D major, K. 45 8. Symphony No. 8 in D major, K. 48 9. Symphony No. 9 in C major, K. 73/75a 10. Symphony No. 10 in G major, K. 74 11. Symphony No. 11 in D major, K. 84/73q 12. Symphony No. 12 in G major, K. 110/75b 13. Symphony No. 13 in F major, K. 112 14. Symphony in F major, K. 75 15. Symphony in F major, K. 76/42a 16. Symphony in D major, K. 81/73l 17. Symphony in D major, K. 95/73n 18. Symphony in C major, K. 96/111b 19. Symphony in D major, K. 97/73m 20. Symphony in F major, K. 98/Anh.C 11.04 21. Symphony in B-flat major, K. Anh. 214/45b 22. Symphony in B-flat major, K. Anh. 216/74g/Anh.C 11.03 23. Symphony in G major, "Old Lambach", K. Anh. 221/45a 24. Symphony in F major, K. Anh. 223/19a 25. Symphony in A minor, "Odense", K. Anh. 220/16a
  8. 8. KARYA MOZART DI ERA SALZBURG (1771–1777) 1. Symphony No. 14 in A major, K. 114 (1771) 2. Symphony No. 15 in G major, K. 124 (1772) 3. Symphony No. 16 in C major, K. 128 (1772) 4. Symphony No. 17 in G major, K. 129 (1772) 5. Symphony No. 18 in F major, K. 130 (1772) 6. Symphony No. 19 in E-flat major, K. 132 (1772) 7. Symphony No. 20 in D major, K. 133 (1772) 8. Symphony No. 21 in A major, K. 134 (1772) 9. Symphony No. 22 in C major, K. 162 (1773) 10. Symphony No. 23 in D major, K. 181/162b (1773) 11. Symphony No. 24 in B-flat major, K. 182/173dA (1773) 12. Symphony No. 25 in G minor, K. 183/173dB (1773) 13. Symphony No. 26 in E-flat major, K. 184/161a (1773) 14. Symphony No. 27 in G major, K. 199/161b (1773) 15. Symphony No. 28 in C major, K. 200/189k (1774) 16. Symphony No. 29 in A major, K. 201/186a (1774) 17. Symphony No. 30 in D major, K. 202/186b (1774) KARYA MOZART DI AKHIR HAYAT (1778–1791) 1. Symphony No. 31 in D major, "Paris", K. 297/300a (1778) 2. Symphony No. 32 in G major, "Overture in the Italian style", K. 318 (1779) 3. Symphony No. 33 in B-flat major, K. 319 (1779) 4. Symphony No. 34 in C major, K. 338 (1780) 5. Symphony No. 35 in D major, "Haffner", K. 385 (1782) 6. Symphony No. 36 in C major, "Linz", K. 425 (1783) 7. Symphony No. 37 in G major, K. 444 (1783) 8. Symphony No. 38 in D major, "Prague", K. 504 (1786) 9. Symphony No. 39 in E-flat major, K. 543 (1788) 10. Symphony No. 40 in G minor, K. 550 (1788)
  9. 9. 11. Symphony No. 41 in C major, "Jupiter", K. 551 (1788) Analisis SkorLagu Symphony No. 40 K. 550 Symphony No. 40 in G minor K. 550 merupakan karya popular hasil ciptaan Mozart. Simfoni ini dicipta lengkap pada 25 July 1788. Simfoni ini merupakan simfoni yang popular dan juga menjadi karya yang terkenal dalam zaman Klasikal Eropah. Skor simfoni ini bertanda masa 4/4 iaitu 4 krocet dalam satu bar. Tempo simfoni ini adalah dalam allegro dan nadanya G minor. Ianya merupakan juga simfoni yang kerap digunakan dalam orchestra pada masa ini. Pernah juga simfoni ini dimainkan dalam cerita kartun atau pun sebagai caller-ring tunes. Muzik zaman klasik mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri yang jauh berbeza dengan cirri-ciri muzik zaman –zaman yang lain seperti Barok dan zaman Renaissance. Gubahan yang dibuat adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang memainkan karya ini mengandungi alat-alat muzik seperti 2 Oboi (oboe), 1 Clarinetti in B (clarinet), 1 Flauto (flute), 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in G, 2 Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso. Symphony No. 40 in G minor K. 550 merupakan karya yang mempunyai nilai yang tinggi yang dicipta oleh Mozart dan mempunyai suasana yang riang, lambat, dan unik. Melodinya merdu dan menarik. Terdapat empat pergerakan tempo dalam lagu ini iaitu: 1. Pergerakan sangat cepat (Allegro Molto 2/2) 2. Pergerakan lambat (Andante, 6/8) 3. Pergerakan gemalai minuet (Menuetto – Trio, 3/4) dan 4. Pergerakan cepat (Allegro assai, 2/2). Setiap pergerakan-pergerakan ini biasanya terdapat di dalam setiap pergerakan tempo lagu-lagu klasik. Dalam pergerakan yang ketiga, adalah pergerakan bentuk sonata (muzik yang digubah untuk satu alat seperti piano atau dua alat seperti piano dan biola biasanya dengan 3 atau 4
  10. 10. babak). Bentuk sonata merupakan bentuk yang sangat penting dan terdapat dalam genre simfoni ini. Pergerakan gemalai di dalam bentuk yang biasa iaitu ABC . Simfoni ini berbentuk ABC. Tema yang pertama bermula dengan nada muram tetapi itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Pergerakan berikutnya cepat dengan iringan alat-alat muzik yang dimainkannya lebih rendah seperti viola. Teknik permulaannya bermula dengan iringan alat-alat muzik oleh Mozart dalam concerto piano KV. 595 ( gubahan muzikal untuk satu atau lebih alat solo dan orchestra) akhirnya. Pergerakan lagu ini juga terdapat irama yang romantic /gemalai (minuet). Permulaan melodi yang pertama: Permulaan yang kedua adalah sangat teruja melodinya iaitu dalam tandamasa 6/8. Tema kedua dalam nada E flat major iaitu submediant major dalam keseluruhan tandanada G minor dalam Symphony No. 40 ini. Pergerakan minuet bermula dengan agak keras dalam tekanan lagu ini iaitu dalam prasa (rangkai lagu) 3 bar. Oleh sebab itu saya melebelkan lagu ini “minuet”. Ianya amat sesuai untuk tarian gemalai klasik. Pergerakan yang keempat ditulis lebih besar dalam prasa 8 bar. Berikutnya kecenderungan yang mempengaruhi rentak dalam lagu simfoni klasik ini yang patut diberi perhatian dalam perubahan muzik. Ini berlaku di permulaan membangunnya lagu ini. Setiap ton dimainkan dalam skill kromatik.
  11. 11. Not-not yang paling banyak digunakan dalam simfoni ini adalah not kuaver. Tidak dinafikan not lain juga banyak digunakan iaitu not krocet. Not semikuaver banyak digunakan bermula pada bar 45 dan dimainkan oleh alat muzik obei, clarinet dan carno. Alat-alat ini memainkan pada not yang sama. Alat muzik violin banyak digunakan untuk memainkan not-not krocet. Manakala alat muzik viola memainkan not-not kuaver. Not minim dan semibrif juga banyak digunakan, ini dapat kita lihat bermula pada bar yang ke 15, 16, 17, 19 dan seterusnya bagi not minim. Penggunaan not semibrif pula bermula pada bar 102. Not C# dan F# digunakan bermula pada bar ke 16. Penggunaan simbol “slur” ( mengaitkan not) juga banyak digunakan dalam gubahan simfoni ini. Mozart banyak menggunakan not-not yang berpic tinggi seperti not Motif simfoni ini adalah berulang dan terdapat banyak ulangan dalam karya ini tetapi ditambah dan diselang seli dengan motif yang baru. Walaupun diulang-ulang lagunya tetapi masih ada kelainan dalam sesetengah bahagian. Terdapat imitasi dan sekuen yang digunakan oleh Mozart dalam bar ke 5 dan seterusnya dalam simfoni ini. Mempunyai corak irama yang sangat menarik seolah-olah ia dibentuk untuk menjadi melodi. Simfoni ini menjadi lebih menarik melodinya kerana pergerakan tempo yang cepat dan lambat di selang selikan dengan teratur. Kedengaran simfoni ini lancar dan licin walaupun dimainkan dengan cepat. Apa yang menarik tempo yang lambat dan minuet ini dapat dimainkan dengan baik dan simfoni ini menjadi bertambah harmoni.
  12. 12. Alat-alat muzik yang digunakan dalam Symphony No. 40 in G Minor K. 550 1. Flauto (flute) 2. Oboi (obei)
  13. 13. 3. Bassoon (bassoon)
  14. 14. 4. Clarinetti (clarinet) 5. violin 6. viola
  15. 15. 7. cello
  16. 16. Rujukan 1. HBMS4103, Muzik dalam Bilik Darjah, Lim Zek Chu, Zulkiply Yaakob, Khatijah Mohammad dll. OUM. Selangor Darul Ehsan. 2. http://tugaspti100008.wordpress.com/2010/12/08/sejarah-mozart/ 3. http://queenatthepalace.blogspot.com/2011/01/sejarah-mozart.html 4. http://www.ruangbaca.com/buku_bulan_ini/?action=b3Blbg==&id=MTc=&when=MjAw NTA3MjE= 5.

×