Dokumen tersebut membahas empat kunci kebahagiaan menurut hadis Nabi Muhammad SAW yaitu istri solehah, rumah yang luas, jiran yang baik, dan kendaraan yang nyaman. Dokumen lain membahas ganjaran bagi mereka yang sabar menahan amarah dan enam perkara yang disembunyikan Allah SWT.
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
Empat kunci kebahagiaan
1. EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN
Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan
ialah wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang
selesa..."
(Riwayat Ibnu Hibban)
Huraian:
i. Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh
Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang
penting iaitu:
a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat
menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk
bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan
fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat
selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin
keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh
bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam
segala urusan.
ii. Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya
dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat
2. ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat
yang terdahulu.
iii. Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain,
mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini,
kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran
kemewahan turut berbeza.
GANJARAN MENAHAN MARAH
Hadith:
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang
menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya
maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu
penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”
Huraian Hadith:
i. Menahan marah adalah sifat yang baik dan terpuji.
ii. Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang
besar di sisi Allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu
bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak
balas tidak ada nilainya di sisi Allah.
iii. Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang
mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri
dan menahan marah.
iv. Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.
v. Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah
bidadari syurga.
3. HATI YANG SUDAH HITAM
1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
2. Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan...
6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
4. 7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
10. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau
membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org
lain.
6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat
(ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail as memandang
dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah
SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan
ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat
yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
5. fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai
dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada
mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa
sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah
Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama
300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh
di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang
telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-
Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
6. * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.